Anda di halaman 1dari 1

FORUM 3

NAMA : Nur Afiqah Akmal binti Kamarul Baharin (L20222013555)

Akta Pendidikan 1996 bertujuan memantapkan sistem pendidikan kebangsaan untuk


generasi akan datang. Hal ini sejajar dengan cita-cita dan kehendak untuk menjadikan Malaysia
sebagai pusat kecemerlangan pendidikan yang bertaraf dunia. Analisis terhadap kandungan Akta
Pendidikan 1996 dilakukan terhadap peraturan berkaitan kurikulum, institusi pendidikan, bahan
pendidikan dan masyarakat. Akta Pendidikan 1996 ini telah memberi banyak impak yang besar
terhadap kelestarian pembangunan pendidikan di Malaysia pada masa kini.

Antara impak yang diperoleh daripada Akta Pendidikan 1996 ialah berlaku perluasan
sistem pendidikan swasta terutamanya di peringkat tinggi. Pendidikan swasta ditubuhkan bagi
menampung bilangan pelajar yang layak menyambung pelajaran di peringkat lebih tinggi dan
dapat mengurangkan aliran wang keluar. Antara contoh pendidikan swasta yang ditubuhkan ialah
Universiti Multimedia dan Universiti Teknologi Petronas yang memberi peluang kepada rakyat
untuk melanjutkan pelajaran dalam pelbagai peringkat. Pendidikan ini terus berkembang secara
sistematik dengan memperuntukkan wang yang spesifik.

Seterusnya, pendidikan khas mula diberi perhatian. Pendidikan khas diberikan tumpuan
bagi membantu meningkatkan potensi diri, keyakinan diri, kemahiran diri dan keupayaan untuk
berdikari dalam kalangan golongan Orang Kurang Upaya (OKU) dengan memberi peruntukan
khas kepada golongan ini. Bukan itu sahaja, Kementerian Pendidikan Malaysia juga telah
mengambil langkah cekap untuk menyediakan sekolah yang sesuai dengan masalah yang
dihadapi oleh pelajar tersebut seperti Sekolah Pendidikan Khas dan Pendidikan Inklusif.

Akhir sekali, pendidikan teknik dipertingkatkan. Pihak kerajaan tertumpu kepada


meningkatkan kemahiran dan praktikal dengan membolehkan politeknik mengadakan program
dengan kerjasama mana-mana institusi, perbadanan dan organisasi perindustrian. Mengadakan
program berkembar kursus peringkat diploma dan ijazah dengan institusi-institusi pendidikan
tinggi sama ada di dalam dan luar negara serta lebih cenderung kepada pendidikan sains dan
teknologi bagi memenuhi tenaga kerja dalam industri.

Kesimpulannya, banyak impak yang besar setelah pelaksanaan Akta Pendidikan 1996
terhadap kelestarian pembangunan pendidikan di Malaysia. Sehingga kini, perkembangan dan
pembangunan pendidikan yang berlaku di Malaysia tertakluk kepada segala perkara yang
terkandung di dalam Akta Pendidikan 1996.

Anda mungkin juga menyukai