Anda di halaman 1dari 6

NOTA FALSAFAH PENDIDIKAN BAB 5.

DASAR DAN HALA TUJU SISTEM PENDIDIKAN NEGARA MASA KINI.

HAK KEPADA PENDIDIKAN.


• -merapatkan jurang Pendidikan
• -penempatan guru di Kawasan pedalaman
• -sekolah pedalaman diberi tumpuan
• -keperluan asas guru turut diberikan
TONGGAK PENDIDIKAN UNESCO
PROJEK YANG MENERIMA PENAJAAN UNESCO

- kemahiran menulis dan membaca


- teknikal, dan program latihan kepada guru-guru
- program sains antarabangsa
- promosi kebebasan bersuara
- media yang bebas
- projek sejarah kebudayaan setempat

TUNGGAK PENDIDIKAN UNESC0

~Sejak tahun 1996 UNESCO telah menetapkan 4 (empat) pilar pendidikan yang
harus diperhatikan secara sungguh-sungguh oleh pengelola dunia pendidikan
~Ia dibentuk UNESCO pada tahun 1993, dengan beranggotakan 14 orang dari
berbagai belaha
~Pendidikan formal kini seharusnya merancang kurikulum yang memberi ruang dan
masa untuk pelajar melibatkan diri dalam projek kolaboratif sama ada dalam aktiviti
sukan atau budaya
~Sekolah dan guru-guru boleh merancang program amal atau aktiviti dalam gerak
kokurikulu
~Pelajar menjalankan kerja-kerja amal atau komuniti di luar bandar dan juga di
kawasan orang asli untuk memahami cara hidup mereka.

EMPAT PILAR PENDIDIKAN


1. Belajar untuk menguasai ilmu ( learning to know)
2. Belajar untuk menguasai kemahiran ( learning to do)
3. Belajar untuk menjadi insan berguna ( learning to be)
4. Belajar untuk harmoni dan bekerjasama ( learning to live together)

4 TUNGGAK PENDIDIKAN UNESCO

1. BELAJAR UNTUK MENGUASAI ILMU


- faktor pembelajaran utama
- manusia perlu belajar untuk memahami dunia sekeliling mereka supaya dapat
memperkembangkan kemahiran kerjayanya serta berkomunikasi dengan orang
lain.
- belajar cara belajar dengan memperlembangkan tumpuan, kemahiran, ingatan dan
kebolehan kanak-kanak.

2.BELAJAR MENGUASAI KEMAHIRAN


3. BELAJAR UNTUK MENJADI INSAN BERGUNA
- Pendidikan harus menyumbang kepada pembentukan insan menyeluruh
dari segi fizikal
,intelek, rohani, emosi, kepekaan & penghargaan estetika berdasarkan FPK
- Pembentukan modal insan berpandanan dengan saranan yang diusulkan di
dalam Falsafah
Pendidikan Kebangsaan mengenai gagasan JERIS dalam
melahirkan individu seimbang.
- Kurikulum di Malaysia: membantu perkembangan potensi murid secara seimbang
dari segi
jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial (JERIS).

4. BELAJAR UNTUK HARMONI DAN BEKERJASAMA


- Pendidikan berperanan penting dalam menjalinkan hubungan baik antara satu
sama lain supaya rakyat dapat hidup aman damai di dalam negara berbilang kaum
dan budaya.
- Tonggak pendidikan di mana pelajar belajar untuk bekerjasama dan hidup
secara harmonitanpa mengira bangsa dan latar belakang.

Perlembagaan persekutuan.
• Pendidikan untuk semua: - kanak kanak bukan warganegara Malaysia tanpa
pengenalan diri dan gelandangan
• Diberi peluang dan hak untuk memperoleh sekurang kurangnya Pendidikan
asas yang meliputi literasi ,numerasi dan kenegeraan
• Kanak -kanak yang tidak mempunyai dokumen yang sah dan salah seorang
ibu bap aitu adalah kewarganegaraan. Boleh didaftarkan sebagai murid di
sekolah kerajaan dan sekolah bantuan kerajaan.

Akta pendidikan 1996


▪ Falsafah Pendidikan Negara telah dijadikan landasan dalam penggubalan Akta Pendidikan 1996.

▪ Sistem pendidikan kebangsaan dimantapkan dengan meliputi semua peringkat persekolahan dari
peringkat pra sekolah hingga ke peringkat pendidikan tinggi, dan meliputi semua kategori
sekolah, iaitu sekolah kerajaan, sekolah bantuan kerajaan dan sekolah swasta.

▪ Kedudukan bahasa kebangsaan diperkukuhkan dengan memperuntukkannya sebagai


bahasa pengantar utama dalam sistem pendidikan kebangsaan. Ini diperkuatkan lagi dengan
menjadikan bahasa tersebut sebagai mata pelajaran yang wajib diajar di semua sekolah dan
institusi pendidikan.

▪ Kurikulum semua jenis dan kategori sekolah selaras dengan kehendak negara.

▪ Murid-murid dari semua jenis dan kategori sekolah disediakan untuk mengambil peperiksaan
yang seragam.

▪ Pendidikan Islam akan diperluaskan utnuk meliputi murid-murid Islam di semua kategori sekolah
termasuk sekolah swasta dan diperkukuhkan dengan menjadi pelajaran tersebut sebagai salah
satu daripada pelajaran teras di sekolah-sekolah.

▪ Pendidikan pra sekolah diperluaskan dengan menggunakan Garis Panduan Kurikulum Prasekolah
yang dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan.

▪ Pendidikan teknik akan dipertingkatkan di sekolah menengah teknik dan


politeknik untuk membudayakan pendidikan sains dan teknologi, Akta Pendidikan 1996
memudahkan sekolah vokasional ditukartarafkan ke sekolah teknik, manakala politeknik boleh
mengadakan program kerjasama dengan mana-mana institusi, perbadanan atau organisasi
perindustrian untuk mengendalikan kursus teknik atau vokasional atau program latihan, termasuk
program pertukaran. Politeknik juga boleh mengadakan program bekembar bagi kursus peringkat
diploma dan ijazah dengan institusi-institusi pendidikan tinggi, sama ada dalam negeri atau luar
negeri.

▪ Pendidikan guru diperrkukuhkan dengan adanya peruntukan yang membolehkan Kementerian


Pendidikan mengadakan progam pendidikan guru bukan sahaja di peringkat sijil, tetapi juga di
peringkat diploma dan ijazah, iaitu secara berkembar.

▪ Pendidikan swasta dikembangkan secara lebih sistematik dengan adanya peruntukan yang
spesifik bagi mengawal taraf pendidikan dan perjalanan institusi-institusi tersebut.

▪ Pendidikan khas akan diberi perhatian yang lebih dengan adanya peruntukan yang cukup bagi
pendidikan tersebut.
▪ Status quo sekolah rendah jenis kebangsaan dan juga 60 buah sekolah Cina swasta dikekalkan.
Di samping itu Unified Examination yang diambiloleh sekolah-sekolah ini serta lembaga pengelola
sekolah conforming dan sekolah mission dikekalkan.
Memperuntukkan pengajaran bahasa suku kaum di negara ini sekiranya didapati munasabah dan
praktik diadakan. Kelas-kelas agama seperti bible classes tidak diperlukan mendaftar di bawah Akta
Pendidikan 1996

Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (2013-2025)


adalah cetusan ilham, mantan Timbalan Perdana Menteri Malaysia,
merangkap Menteri Pendidikan Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin. Ianya telah
dilancarkan pada 6 September 2013 oleh YAB Timbalan Perdana Menteri Malaysia,
merangkap Menteri Pendidikan Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin di Pusat
Konvensyen Kuala Lumpur.

Ia mengandungi lima aspirasi sistem dan enam ciri murid yang akan dicapai dalam
tempoh 13 tahun, bermula dari tahun 2013 hingga 2025. Merupakan manifestasi
transformasi kerajaan yang paling menyeluruh dan besar bagi murid dari pra sekolah
hingga ke pusat pengajian tinggi, dalam mendatangkan pulangan terbaik modal insan
untuk memacu segala hasrat pembangunan negara.

Gelombang 1 (2013-2015)[
Gelombang pertama bermula dari tahun 2013 hingga 2015, yang memberi
penekanan kepada menambah baik sistem dengan mempercepat perubahan kaedah
pelaksanaan program.

Dalam tempoh pelaksanaan itu, tumpuan diberikan kepada kaedah peningkatan


kualiti pengajaran dengan meningkatkan kualiti guru sedia ada, meningkatan kualiti
kepimpinan sekolah dan meningkatkan kadar literasi Bahasa Melayu, Bahasa
Inggeris dan numerasi.

Gelombang 2 (2016-2020)
Kementerian akan melaksana perubahan struktur pendidikan negara untuk
mempercepat perjalanan perubahan kepada semua inisiatif yang bermula semasa
Gelombang 1, antaranya pergerakan kesemua 410,000 guru dan 10,000
pengetua/guru besar kepada pakej kerjaya baru dan penstrukturan semula
kementerian.
Kurikulum standard sekolah rendah dan menengah yang disemak semula juga akan
diperkenal dalam usaha menangani kebimbangan mengenai pengetahuan,
kemahiran dan nilai untuk maju sesuai dengan perkembangan ekonomi dunia hari ini.
Gelombang 3 (2021-2025)[
Memfokus kepada anjakan ke arah kecemerlangan dengan peningkatan keluwesan
operasi, di mana pada permulaan gelombang ini, semua sekolah, guru dan
pengetua/guru besar perlu menunjukkan prestasi melebihi standard minimum.
Kementerian juga akan menganjakkan kebanyakan sekolah kepada model
pengurusan berasaskan sekolah dan membangunkan model kejayaan sekolah
berdasarkan inovasi dalam pengajaran, dalam usaha membangunkan sistem
pengekalan kemajuan kendiri yang mampu untuk mencetuskan inovasi dan
meningkatkan pencapaian yang lebih tinggi.

Anda mungkin juga menyukai