Anda di halaman 1dari 16

Antara soalan-soalan yang biasa ditanya ketika sesi temuduga guru

Sebelum temuduga anda hendaklah, 1. Berpakaian kemas dan seperti seorang guru. Termasuk dari segi potongan rambut. Bertali leher , pakaian berseterika dan menggunakan padanan warna yang sesuai. Maksud saya ialah padangan warna tali leher dengan baju atau pun padanan seluar dengan baju. 2. Datang lebih awal samaada paling kurang 15 minit awal. Supaya anda lebih bertenang dan tidak kelam kabut. 3. Susun sijl dengan teratur. Kalau tidak silap saya paling atas mengikut susunan ialah surat kelahiran, kad pengenalan, sijil SPM, transkrip keputusan , dan diikuti dengan sijil-sijil akademik yang lain . Pastikan anda telah membuat salinan bagi semua sijil-sijil tersebut dan dapatkan pengesahan. Semasa saya pergi temuduga dahulu ada calon yang tidak membuat pengesahan pada sijil tersebut, tetapi ada pegawai di tempat temuga yang baik hati membuat pengesahan. 4. Soalan-soalan yang biasa akan ditanya ialah a- Terangkan secara ringkas mengenai diri kamu. Soalan boleh ditanya dalam bahasa Inggeris atau Melayu. b- Falsafah pendidikan guru, plan induk pendidkan, Nama menteri dan pengarah pelajaran. c- Mengapa kamu berhenti bekerja dan sanggup menjadi guru . Sekiranya calon pernah bekerja dan mempunyai gaji yang lumayan berbanding guru d- Apakah sumbangan yang kamu akan berikan dalam pendidkan dengan kemahiran yang kamu ada. e- Sanggupkah kalau kamu akan dihantar ke Sabah atau Serawak atau sekolah luar Bandar yang serba kurang. f- Pandangan anda berkenaan dengan isu semasa terutama isu yang berkaitan dengan perguruan. g- Dan banyak lagi soalan yang akan ditanya berkaiatan dengan kebolehan anda dan sumbangan 5. Menjawab soalan dengan tenang setenang James Bond menghadapi suasana sukar. 6. Tidak terlalu menunjuk anda seorang yang terlebih bijak. Bersederhanalah dalam menjawab 7. Paling penting berdoalah kepada Allah kerana dialah yang Maha Memberi Rezeki..Sebelum saya terlupa, masa temuduga paling minimum 15 minit mungkin sampai setengah jam pun ada kalau 20 minit tu biasa sahaja. Bersedialah mempromosi diri anda untuk menunjukkan anda mampu menjadi guru

NOTA-NOTA PENTING. FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN "Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, berketrampilan dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara." PELAN INDUK PEMBANGUNAN PENDIDIKAN 2006-2010 Pendahuluan Modal insan berminda kelas pertama merupakan salah satu kunci utama untuk membolehkan negara mencapai Wawasan 2020 yang telah digagaskan. Merekalah yang akan meningkatkan tahap produktiviti dan daya saing negara dalam mendepani cabaran dan tekanan besar persaingan abad ke 21. Agenda membina dan memupuk modal insan yang menjadi benih generasi masa depan ini amat bergantung kepada kualiti sistem pendidikan negara. Justeru, Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) 2006-2010 telah dirangka untuk melaksanakan dan merealisasikan satu sistem pendidikan yang holistik, progresif, bermoral dan bertaraf dunia. PIPP telah dilancarkan oleh Perdana Menteri, Dato Seri Abdullah Haji Ahmad Badawi pada 16 Januari 2007 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya. PIPP 2006-2010 telah menggariskan enam teras iaitu membina Negara bangsa, membangunkan modal insan, memperkasakan Sekolah Kebangsaan, merapatkan jurang pendidikan, memartabatkan profesion keguruan dan melonjakkan kecemerlangan institusi pendidikan. 1. Membina negara bangsa Pembinaan negara bangsa bagi sebuah negara berbilang kaum seperti Malaysia adalah amat penting terutama dalam era globalisasi yang membenarkan pengaliran secara bebas dan pantas bukan sahaja maklumat, modal serta manusia tetapi juga sistem nilai, budaya dan kepercayaan dari pelbagai negara. Keupayaan membina negara bangsa bergantung kepada perkongsian nilai serta semangat patriotisme, lingua franca, integrasi, kewarganegaraan dan demokrasi.

Cabaran globalisasi dan liberalisasi menuntut perubahan dinamik dalam system pendidikan bagi melahirkan warganegara glokal yang bertindak bijak menghadapi cabaran globalisasi dan liberalisasi mengikut acuan local atau tempatan. Fokus utama dalam membina negara bangsa mencakupi usaha-usaha seperti memperkasakan bahasa kebangsaan sebagai asas perpaduan, integrasi nasional dan bahasa ilmu. Fokus lain ialah memupuk kecintaan terhadap seni, warisan dan budaya bangsa serta memupuk kefahaman yang jelas terhadap pendekatan Islam Hadhari dalam membentuk pemikiran kehidupan. Antara strategi untuk membina negara bangsa ialah : Menggerakkan gelombang baru gerakan memperkasakan bahasa kebangsaan. Memantapkan pelaksanaan Dasar Buku Negara. Menyelaras peranan semua pihak terlibat untuk menggiatkan aktiviti kebahasaan, kesusasteraan, pengkaryaan, penterjemahan dan penerbitan. Mewujudkan bulan bahasa dan sastera negara dalam usaha memperkasakan bahasa kebangsaan. Bagi memantapkan perpaduan negara dan integrasi nasional, pelbagai usaha akan dilaksanakan untuk meningkatkan kesedaran dan kefahaman rakyat agar menghormati Perlembagaan Malaysia, meningkatkan semangat patriotik melalui aktiviti kokurikulum dan menanam semangat hormat-menghormati sensitiviti masyarakat pelbagai kaum. Selain itu, memberi kefahaman menyeluruh tentang pentingnya semangat kejiranan ke arah perpaduan dan integrasi nasional turut dititikberatkan. Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) turut menyusun program bagi memupuk kecintaan terhadap seni, warisan dan budaya melalui kurikulum kesenian, membina sekolah seni, meningkatkan kerjasama dengan Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan (KEKWA) serta membudayakan penggunaan tulisan jawi. Bagi memupuk kefahaman yang jelas tentang pendekatan Islam Hadhari, pelbagai aktiviti untuk bimbingan melalui siri ceramah, seminar dan penerbitan bahan bacaan berkaitan Islam Hadhari akan dilaksanakan. 2. Membangunkan modal insan Pembangunan modal insan bertujuan memastikan anak bangsa Malaysia mempunyai ilmu pengetahuan serta kepakaran tinggi bagi penyediaan guna tenaga dalam pelbagai jenis pekerjaan. Di samping itu, para pelajar akan dilengkapi kemahiran, komunikasi berkesan, kebolehan menggunakan teknologi komunikasi maklumat (ICT) dengan baik, berupaya berfikir secara kreatif dan kritis serta mampu bertindak secara rasional, mengamalkan pembelajaran sepanjang hayat, mempunyai nilai tinggi serta berupaya menjadi pemimpin berkesan dalam keluarga dan masyarakat. Bagi mencapai dasar dan matlamat tersebut, fokus pembangunan

modal insane sepanjang tempoh Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) adalah : Mengadakan lebih banyak pilihan pendidikan kepada ibu bapa danpelajar KPM akan meneruskan kewujudan pelbagai jenis sekolah, aliran, mata pelajaran dan bidang pengkhususan. Pendaftaran Sekolah Agama Rakyat (SAR) dan Sekolah Agama Negeri (SAN) akan diteruskan. Pelaksanaan mata pelajaran vokasional (MPV) di sekolah-sekolah akan diperluaskan. Peruntukan belanja mengurus akan ditingkatkan bagi sekolah kerajaan dan sekolah bantuan kerajaan. Meningkatkan keupayaan dan minat pelajar untuk menguasai ilmu pengetahuan dan kemahiran Pelaksanaan Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) dan Kurikulum Baru Sekolah Menengah (KBSM) akan dikaji semula agar lebih menekankan kemahiran berfikir aras tinggi. Budaya cintakan ilmu pengetahuan akan dipupuk dengan menggalakkan tabiat membaca. Penerbitan dan penterjemahan pelbagai jenis bahan bacaan sama ada dalam bentuk bercetak atau bukan bercetak akan dipergiatkan. Bagi menjayakan Program Pembestarian Sekolah, infrastruktur yang mencukupi akan disediakan seperti komputer, televisyen dan cakera video digital (DVD). Bagi memastikan program ini dapat beroperasi dengan lancar, program latihan dan bimbingan akan diadakan iaitu Latihan Asas Penggunaan Komputer, Latihan Penggunaan Komputer untuk pengajaran dan pembelajaran (P&P), Latihan Penggunaan Perisian Khusus dan latihan Penggunaan Televisyen Pendidikan (TVP) dalam P&P. Beberapa pendekatan P&P baru akan diperkenalakn supaya menarik minat para pelajar seperti program F1 Technology Challenge dan Robotik. Memupuk pelajar supaya memiliki kemahiran dan ketrampilan Kemahiran berkomunikasi merentas kurikulum dan kokurikulum dengan memperbanyakkan aktiviti literasi dan secara langsung akan dipergiatkan. MPV akan diperluas di sekolah-sekolah selain memastikan pelajar menguasai kemahiran ICT. Bagi membina penampilan diri yang positif, aktiviti bina diri seperti kerja berpasukan dan pembinaan karakter akan diperbanyakkan. Ceramah, seminar, motivasi dan bengkel berunsur pembangunan insan akan ditingkatkan bagi memupuk nilai-nilai murni, budi bahasa dan adab di kalangan pelajar. Kerja amal dalam masyarakat setempat seperti di rumah orang tua dan anak yatim juga akan diperbanyakkan. Aspek keselamatan, kesihatan dan kebersihan (3K) turut diberi keutamaan. Program Amalan Kebersihan Sekolah turut dimantapkan sepanjang RMK-9.

Memantapkan sistem pentaksiran dan penilaian supaya lebih holistic KPM akan mengubah penekanan peperiksaan awam daripada berasaskan kandungan kepada kemahiran atau daripada bersifat ujian kepada kebolehan am. Bilangan mata pelajaran dalam peperiksaan awam juga akan dikurangkan bagi mata pelajaran tertentu. Sistem penggal akan dikaji semula dan digantikan dengan sistem semester bagi menjadikan suasana persekolahan tidak berorientasikan peperiksaan. Bagi memantapkan kualiti system pentaksiran dan penilaian, standard prestasi kebangsaan bakal diperkenalkan untuk dibandingkan dengan standard negara lain. Memantapkan program kokurikulum dan sukan Budaya bersukan dan kokurikulum akan diterapkan kepada pelajar dengan menyediakan kemudahan serta peralatan sukan yang mencukupi di semua sekolah tidak kira lokasinya. KPM akan bekerjasama dengan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dan Majlis Sukan Negara (MSN) untuk melaksanakan program pembangunan sukan lebih menyeluruh di samping mengenal pasti sekolah yang dapat dijadikan Pusat Sukan Daerah dan Negeri. Bagi meningkatkan semangat patriotik, Rukun Negara akan dipelajari dan dihayati dari peringkat awal persekolahan. Penubuhan Kelab Rukun Negara akan dilaksanakan di sekolah rendah dan menengah. Memperkukuh disiplin pelajar Kempen Anti Buli, Kempen Anti Ponteng, kempen melibatkan penglibatan ibu bapa dalam Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) serta Kempen Pencegahan Salah Laku akan di perhebatkan. Program Pendidikan Keselamatan Jalan Raya 2005 akan dilaksanakan di sekolah rendah secara berperingkat dengan menerapkannya ke dalam mata pelajaran bahasa Melayu. Mempercepat perkhidmatan sistem aduan masalah disiplin dengan mempelbagaikan saluran aduan terus Saluran aduan terus akan dipelbagaikan termasuk talian terus, e-mail, faks dan khidmat pesanan ringkas (SMS). Memantapkan kurikulum Pelaksanaan j-QAF kepada murid Islam dan Pendidikan Moral kepada bukan Islam akan diperluaskan. Selain itu, Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan akan diperluas pelaksanaannya ke Tahap Dua sekolah rendah dan sekolah menengah. Meningkatkan kerjasama KPM dengan pelbagai agensi

Ini akan dilakukan dengan menjalankan pelbagai aktiviti bagi membangunkan modal insan. 3. Memperkasakan Sekolah Kebangsaan Dalam PIPP, tumpuan memperkasakan Sekolah Kebangsaan (SK) diberi kepada sekolah rendah. Ini kerana SK berperanan penting sebagai tapak untuk menyemai serta memupuk perpaduan di antara kaum dari peringkat awal persekolahan. Ciriciri SK perkasa ialah : Infrastruktur lengkap dan berkualiti. Pemimpin dan guru cekap, terlatih dan berkualiti, semua pelajar menguasai 3M. Beraspirasi nasional. Menawarkan bahasa Cina dan bahasa Tamil. Pencapaian akademik cemerlang. Sistem sokongan yang kuat dan mencukupi. Iklim dan budaya sekolah yang sihat. Penawaran dan pelaksanaan kurikulum berasaskan pelanggan. Penawaran dan pelaksanaan kokurikulum yang berkesan. Pencapaian sahsiah pelajar cemerlang. 4. Merapatkan jurang pendidikan di luar bandar PIPP bakal merapatkan jurang pendidikan antara lokasi dengan membangunkan infrastruktur dan kemudahan pendidikan luar bandar di seluruh negara. Selain itu, ia turut memfokuskan peningkatan kadar penyertaan dan mengurangkan risiko keciciran pelajar. Tumpuan akan diberi kepada sekolah-sekolah di pedalaman Sabah dan Sarawak. KPM turut memfokuskan untuk mengurangkan jurang pencapaian akademik dengan menambah bilangan komputer, TV Pendidikan, video teleconferencing,SchoolNet, makmal komputer, kemudahan perkakasan, pengisian dan tenaga kerja. Ini akan mengurangkan jurang digital yang wujud di kalangan murid dan guru luar bandar. Beberapa langkah telah dikenal pasti untuk meningkatkan penyertaan Orang Asli dan minoriti iaitu meningkatkan penguasaan 3M (membaca, menulis dan mengira).

5. Memartabatkan profesion perguruan Guru-guru yang baru menamatkan pengajian perguruan dari maktab atau institusi pengajian tinggi akan diwajibkan berkhidmat di kawasan pedalaman dahulu tanpa sebarang pengecualian. KPM akan menambah baik insentif dan mewujudkan skim insurans khusus kepada guru yang berkhidmat di pedalaman selain menyediakan rumah guru dan kemudahan asas yang sempurna. Kurikulum Institut Pendidikan

Guru (IPG) secara berpusat akan digubal bagi memberi penekanan kepada elemen baru dalam kurikulum pendidikan guru. Ia akan memberi focus kepada membangunkan infrastruktur yang meliputi Pusat Maklumat Latihan Keguruan, Sistem Penyaluran, rangkaian Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT), Portal Pendidikan Guru dan Total Campus Management System. Guru tugas-tugas khas bakal menikmati elaun baru apabila PIPP 2006-2010 dilaksanakan sepenuhnya. Pelbagai keistimewaan bakal dilaksanakan seperti mewujudkan laluan pantas untuk kenaikan gred DG berasaskan merit dan prestasi akan dilaksanakan, kemudahan tempat tinggal di kawasan pedalaman dan Bandar besar akan disediakan dan menempatkan guru mengikut opsyen dan keperluan. 6. Melonjakkan kecemerlangan institusi pendidikan Bagi melonjakkan lagi kecemerlangan institusi pendidikan dalam system pendidikan negara, dasar KPM adalah untuk mengadakan pendekatan, piawaian dan penanda aras yang lebih tepat serta bersesuaian dengan ciri dan keperluan kluster institusi pendidikan yang ada iaitu mengikut bidang khusus (niche areas) masing-masing. Hal ini kerana pada masa ini terdapat pelbagai jenis sekolah dalam sistem pendidikan negara. Institusi-institusi model yang dapat dijadikan contoh akan dibangunkan supaya dapat dijadikan showcase di peringkat antarabangsa. Ia bertujuan untuk membuktikan keupayaan sistem pendidikan negara di samping membantu usaha untuk menjadikan Malaysia Pusat Kecemerlangan Pendidikan. Dalam pada itu, sebanyak 300 buah institusi pendidikan yang menyerlah dan cemerlang dalam kluster institusi pendidikan tertentu akan dikenal pasti dan dipilih mengikut elemen berikut : Elemen utama (pencapaian purata, kokurikulum). Elemen sokongan (pengurusan dan pentadbiran sekolah, ketrampilan guru, pengurusan kewangan yang cekap, penglibatan ibu bapa dan masyarakat). Kesimpulan Dengan termeterainya PIPP 2006-2010, diharapkan bidang pendidikan bukan sahaja dapat melahirkan modal insan yang berpengetahuan, kuat fizikal dan cerdik minda tetapi juga mempunyai nilai-nilai yang sempurna dan murni untuk memikul amanah bagi membantu memajukan negara. Modal insan yang mempunyai celik minda dan nilai-nilai ditambah sangat penting untuk melakukan anjakan besar selain mampu bersaing untuk berjaya. Negara perlu melahirkan lebih ramai UlulAlbab (pemikir) yang bersyukur kerana mereka merupakan golongan yang mampu melaksanakan amanah bagi membawa kebaikan kepada negara. Sumber maklumat :Kementerian Pendidikan Malaysia

SENARAI NAMA MENTERI DALAM PENDIDIKAN. Menteri & Timbalan Menteri Menteri Pelajaran Y.A.B. Tan Sri Dato' Haji Muhyiddin Bin Haji Mohd. Yassin

Timbalan Menteri Pelajaran I Y.B. Datuk Ir. Dr. Wee Ka Siong Timbalan Menteri Pelajaran II Y.B. Dr. Haji Mohd Puad Bin Zarkashi

DASAR-DASAR PENDIDIKAN MALAYSIA 1) MBMMBI Secara dasar MBMMBI adalah berikut Memartabatkan bahasa Malaysia melalui : 1. 2. 3. 4. Pendekatan P&P Guru bahasa Malaysia berkualiti Perluasan ICT dalam P&P Melaksanakan P&P Sains dan Matematik dalam bahasa Malaysia di SK dan bahasa ibunda di SJKT dan SJKC.

Memperkukuhkan bahasa Inggeris melalui : 1. 2. 3. 4. Penambahan waktu P&P bahasa Inggeris di SK, SM, SJKT dan SJKC Guru bahasa Inggeris yang berkualiti Pendekatan P&P Menambah fungsi makmal komputer kepada makmal bahasa.

2) NKRA NKRA Pendidikan NKRA The Government is set to begin the transformation process in strengthening the efficiency of its delivery system The KPI / KRA are not mere acronyms as they offer clear measures designed to ensure that the government is continuously working to better serve the needs of Malaysians Our real work will begin as we make the transformation of government services happen BIDANG KEBERHASILAN UTAMA NEGARA (NKRA) PENDIDIKAN Dalam Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) Pendidikan, kerajaan akan member tumpuan kepada 4 sub-NKRA untuk meluaskan akses kepada pendidikan berkualiti dan berkemampuan.

1. Sub-NKRA Prasekolah 7 teras untuk meluaskan akses kepada pendidikan prasekolah yang berkualiti dan berkemampuan: 1. Penubuhan Jawatankuasa Penyelarasan Prasokolah Kebangsaan dan Bahagian Prasekolah dan PERMATA Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) 2. Perlaksanaan Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK) 3. Menyeragamkan bantuan kepada murid prasekolah kerajaan 4. Meningkatkan kualiti guru dan pembantu guru 5. Menambah bilangan kelas prasekolah di kawasan miskin Bandar, luar Bandar dan pedalaman 6. Meningkatkan Perkongsian Pintar Kerajaan-Swasta dalam pendidikan Prasekolah. 7. Mewujudkan Sistem Maklumat Prasekolah Kebangsaan 2. Sub-NKRA Literasi dan Numerasi NKRA Peluasan akses kepada pendidikan berkualiti dan berkemampuan Setiap kanak-kanak* menguasai kemahiran asas literasi dan numerasi selepas 3 tahun mengikuti pendidikan rendah pada akhir tahun 2012 *Kanak-kanak berkeperluan khas didefinisikan sebagai murid bermasalah pembelajaran, masalah pendengaran, masalah pertuturan, masalah penglihatan, terencat akal, mempunyai pelbagai kecacatan, dan kurang upaya

secara fizikal. Kurikulum khas literasi dan numerasi dibentuk untuk kanakkanak berkeperluan khas. 3. Sub-NKRA Sekolah Berprestasi Tinggi 3.1 Mengangkat kualiti sekolah-sekolah yang terbaik Meningkatkan kualiti pencapaian institusi pendidikan melalui peningkatan tahap autonomi dan akauntabiliti, membenarkan sekolah melaksanakan inovasi dalam pengurusan masing-masing (pemusatan dalam aspek kurikulum dan anggota perkhidmatan) 3.2 Menghasilkan pelajar yang cemerlang Sebagai tempat untuk melatihkan pelajar cemerlang bertaraf antarabangsa dan yang menjadi personaliti unggul dalam semua bidang 3.3 Merapatkan jurang antara sekolah-sekolah di dalam sistem Sebagai inspirasi kepada sekolah-sekolah lain untuk membangunkan kecemerlangan tahap yang lebih tinggi melalui bimbingan dan jaringan antara sekolah sekolah tersebut.

4. Sub-NKRA Tawaran Baru kepada Pemimpin Sekolah Meningkatkan kualiti keberhasilan murid menerusi peningkatan prestasi pemimpin sekolah di Malaysia:

3) DASAR SATU MURID SATU SUKAN Dasar 1 M 1 S mewajibkan setiap murid menyertai sekurang-kurangnya satu aktiviti sukan di sekolah. Dasar ini menyokong pelaksanaan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang berhasrat untuk melahirkan insan yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Justeru dengan dasar ini, setiap murid akan melibatkan diri secara aktif dengan menyertai aktiviti sukan sekolah sepanjang tahun. Dasar ini adalah selaras dengan Dasar Sukan Negara untuk membudayakan sukan di kalangan masyarakat dan hendaklah dimulakan di peringkat sekolah melalui dua strategi iaitu Sukan Untuk Semua dan Sukan Untuk Kecemerlangan. Aktiviti sukan di bawah Sukan Untuk Semua adalah sangat penting dalam membina kesihatan, sahsiah dan kesejahteraan ke semua murid. Bagi Sukan untuk Kecemerlangan, prestasi murid yang berbakat dan berpotensi hendaklah terus dibangunkan di bawah Program Kecemerlangan Bakat Muda, Sukan Prestasi Tinggi Sekolah serta sukan lain yang mampu ditawarkan oleh pihak sekolah. Oleh yang demikian, penyertaan setiap murid dalam sukan adalah amat penting sebagai satu landasan mendokong aspirasi 1 Malaysia yang sihat, cergas, dinamik dan

bersatu padu. Dasar ini selaras dengan hasrat YAB Perdana Menteri dalam mendokong semangat 1 Malaysia. Dasar 1 M 1 S berhasrat untuk, 1. Membangunkan modal insan melalui penyertaan yang menyeluruh dari kalangan murid dalam kegiatan sukan sepanjang tahun. 2. Memupuk budaya bersukan di kalangan murid sekolah agar menjadi ahli masyarakat yang mengamalkan gaya hidup sihat dan cergas. Dasar 1 M1 S berhasrat untuk memenuhi objektif-objektif berikut: 1. Meningkatkan kecergasan jasmani. 2. Membentuk sahsiah, jati diri, disiplin dan nilai murni. 3. Memupuk perpaduan di antara kaum. 4. Membentuk budaya sukan di kalangan murid. 5. Memenuhi naluri semulajadi murid dalam aktiviti fizikal. 6. Memberi keseimbangan antara keperluan akademik dengan keperluan fizikal. 7. Mewujudkan landasan ke arah kecemerlangan sukan. Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) bermatlamat untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani (JERI). Konsep Dasar 1 M 1S diwujudkan untuk menyokong FPK agar dapat: 1. Memberi akses kepada semua murid mendapatkan faedah daripada penglibatan dalam sukan khususnya kepada murid yang kurang atau tidak aktif. 2. Membangunkan sukan sekolah ke arah meningkatkan kadar penyertaan murid dalam sekurang-kurangnya satu jenis sukan di sekolah. 3. Memberi peluang kepada semua murid yang berbakat dan berpotensi untuk digilap ke tahap yang lebih tinggi. Pelaksanaan Dasar 1M 1S hendaklah mengambil kira prinsip-prinsip berikut: 1. Setiap murid termasuk murid berkeperluan khas yang tidak mengalami masalah kesihatan hendaklah wajib mengambil bahagian dalam sekurang-kurangnya satu jenis sukan. Dasar 1M 1S adalah diwajibkan untuk Tahun 4 hingga Tahun 6 di sekolah rendah dan Peralihan , Tingkatan 1 hingga Tingkatan 6 di sekolah menengah. Walau bagaimanapun murid-murid Pra Sekolah hingga Tahun 3 digalakkan menyertai program ini berdasarkan kemampuan sekolah. 2. Murid boleh menyertai lebih dari satu sukan mengikut kemampuan dan sukan yang ditawarkan oleh sekolah atau yang dijalankan dengan pengetahuan dan persetujuan pihak sekolah;. 3. Asas kepada 1M 1S adalah pelaksanaan mata pelajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan yang berkualiti di sekolah. Segala sumber untuk mata pelajaran pendidikan jasmani hendaklah diguna sama bagi 1M 1S.

4. Aspek yang diutamakan adalah penyertaan aktif oleh semua murid dalam aktiviti su kan. 5. Penyertaan dalam sukan adalah asas kepada perkembangan Intelek Rohani, Jasmani, dan Emosi murid. 6. Ibu bapa dan agensi luar rakan sukan adalah digalakkan untuk menyumbang kepada pembangunan sukan sekolah. 7. Setiap sekolah yang sudah pun mempunyai prasarana, kemudahan dan peralatan sukan hendaklah mengoptimumkan penggunaannya bagi meningkatkan lagi penyertaan aktif setiap murid. Bagi memenuhi prinsip-prinsip pelaksanaan 1M 1S, setiap sekolah mempunyai pendekatan dalam melaksanakan program sukan mengikut acuan dan kemampuan sedia ada. Dengan itu, pelaksanaan 1M 1 S adalah berdasarkan kepada pendekatan berikut: 1. Aktiviti sukan bermaksud melibatkan diri dan mengambil bahagian secara aktif dalam latihan sukan dan permainan di bawah pengurusan sekolah. Sukan yang ditawarkan di bawah 1M 1S hendaklah berunsurkan aktiviti yang melibatkan pergerakan fizikal. 2. Aktiviti sukan di sekolah diadakan sepanjang tahun berdasarkan kepada aktiviti rumah sukan dan kelab sukan. Kejohanan tahunan olahraga sekolah yang didahului oleh kejohanan merentas desa dan sukan tara menjadi aktiviti teras sukan di sekolah. 3. Pihak sekolah hendaklah mengadakan pertandingan antara tingkatan, kelas, rumah, dorm asrama, kelab sukan sekolah. Penyertaan murid dalam kejohanan MSSD/MSSN/MSSM serta peringkat antarabangsa adalah merupakan aktiviti 1M1S. Penilaian murid adalah berdasarkan kepada sistem penilaian sedia ada yang berasaskan: 1. Kehadiran; 2. Jawatan Serta Sumbangan; 3. Penglibatan; dan 4. Pencapaian. Perubahan pada sistem penilaian sedia ada akan berkuatkuasa untuk murid Tingkatan 4 dan Tingkatan 1 mulai tahun 2012. MAJULAH SUKAN UNTUK NEGARA ISU-ISU SEMASA Tanggungjawab sistem pendidikan adalah untuk menyediakan generasi muda dengan pelbagai pengetahuan dan kemahiran supaya mereka dapat menghadapi alam dewasa. Dalam konteks menyediakan pendidikan yang ideal, tujuan dan matlamat pendidikan negara pada abad ke 21 amat jelas sekali. Kementerian Pendidikan telah menyusun dan merancang untuk memperbaiki, memperkukuh,

dan mempertingkatkan mutu pendidikan negara sesuai dengan perubahan sosialisasi masyarakat hari ini. Salah satu unsur yang penting adalah memberikan peluang pendidikan yang sama kepada semua pelajar tanpa mengambil kira budaya, kelas sosial, kelompok etnik dan amalan atau cara hidup. Dalam buku Pembangunan Pendidikan 2001-2010 (KPM, 2001). Kementerian Pelajaran Malaysia menyatakan bahawa pembangunan pendidikan dari Zaman Dasar Pembangunan hingga ke Zaman Dasar Wawasan Negara telah berjaya mencapai banyak kemajuan khususnya dalam penyediaan infrastruktur, kemudahan pendidikan dan latihan perguruan. Strategi meningkatkan peluang pendidikan berjaya mencapai sasarannya. Walau bagaimanapun, apa yang dilihat pada masa ini masih terdapat pelbagai isu yang ditimbulkan berkaitan dengan pencapaian Dasar Pendidikan Kebangsaan, antaranya perkara berhubung sengan struktur pendidikan; akses kepada pendidikan; ekuiti; kualiti tenaga pengajar; ketidakseimbangan penyediaan infrastruktur; Pelaksanaan Program PPSMI; dan kurikulum yang relevan. Ini selaras dengan pendapat Sufean (2004) yang menyatakan terdapat banyak isu pendidikan yang boleh dikatagorikan iaitu pentadbiran, peringkat pendidikan, teknologi pendidikan, organisasi sekolah dan keguruan. Struktur Pendidikan Beberapa isu berkaitan dengan struktur pendidikan antaranya termasuklah struktur pendidikan menengah yang tidak selaras kurang menepati keperluan, misalnya:

Bilangan tahun persekolahan struktur pendidikan Malaysia tidak sama dengan kebanyakan negara lain di dunia; Tidak terdapat keseragaman dalam kemasukan ke Institusi Pengajian Tinggi (IPT) disebabkan wujudnya pelbagai haluan; Kebanyakan pelajar memilih untuk menamatkan persekolahan mereka selepas Sijil Pelajaran Malaysia (SPM); dan Skop kurikulum Tingkatan 1 hingga 6 sangat luas. Akses Pendidikan Selaras dengan perkembangan teknologi semasa, KPM telah memperkenalkan Teknologi Maklumat dan Komunikasi atau Information and Communication Technology (ICT) dalam pendidikan yang meliputi aspek prasarana, pengisian dan latihan guru. KPM telah melaksanakan pelbagai projek ICT dengan pembekalan komputer sebagai aktiviti utama penyediaan infrastruktur ICT. Namun isu dan masalah yang menjejaskan usaha penggunaan ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Antara masalah tersebut adalah berkaitan dengan:

pembekalan komputer yang tidak seimbang antara sekolah bandar dan luar bandar; perisian komputer untuk P&P yang sesuai sukar diperoleh; latihan dalam perkhidmatan untuk guru mengendalikan sistem komputer di sekolah yang kurang berkesan; penyenggaraan komputer yang kurang memuaskan di sekolah; dan bilangan guru terlatih dalam ICT yang belum mencukupi. Justeru adalah menjadi cabaran kepada KPM untuk memastikan setiap sekolah akan memperoleh komputer menjelang usaha menjadikan setiap murid dan guru celik ICT. Ekuiti Pendidikan Dalam pelaksanaan Pembangunan Pendidikan 2001-2010, setiap institusi pendidikan di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) akan dipastikan mempunyai infrastruktur yang berkesan yang mencukupi dan berkualiti untuk pelaksanaan kurikulum dan kokurikulum yang berkesan. Oleh itu, input pendidikan yang meliputi guru, peruntukan kewangan, bahan dan peralatan pengajaran serta program sokongan akan diagih secara adil ke semua sekolah bagi mengurangkan jurang perbezaan antara sekolah beruntung (advantaged school) dan sekolah kurang beruntung (disadvantaged school). (Sumber: Pembangunan Pendidikan 2001-2010, KPM). Namun, setelah lebih kurang tujuh tahun pelaksanaan program tersebut, masih terlalu banyak sekolah-sekolah di Malaysia yang belum dapat menikmati kemudahan yang dijanjikan. Ini menyebabkan timbulnya beberapa isu yang dikaitkan dengan ekuiti atau peruntukan yang disediakan oleh KPM tidak mencukupi untuk pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Sebagai contoh, kementerian tidak menyediakan prasarana yang amat diperlukan, seperti bilik darjah yang mempunyai kemudahan khusus, terutamanya sekolah-sekolah luar bandar atau pedalaman. Selain itu, kemudahan lain seperti sumber pengajaran dan pembelajaran dan kelengkapan buku teks juga masih berkurangan. Tenaga pengajar Kekurangan tenaga pengajar yang berkemahiran turut menjadi isu dalam pelaksanaan pendidikan pendidikan yang berkesan. Berdasarkan statistik yang dikeluarkan oleh Bahagian Perancangan Pembangunan Pendidikan (BPPDP) Kementerian Pelajaran Malaysia, pada tahun 2000 sebanyak 61.8 guru terdiri daripada guru perempuan dan KPM menghadapi masalah menempatkan mereka di sekolah luar bandar, khususnya di pedalaman dan pulau. Kebanyakan sekolah di pedalaman dan pulau mendapat guru yang kurang berpengalaman atau kurang latihan. Keadaan ini juga turut menyebabkan berlaku ketidaksepadanan (mismatch)

dalam pengagihan guru mengikut opsyen. Maka berlakulah keadaan di mana kebanyakan guru yang mengajar di sekolah menjadi bidan terjun. Guru yang bukan opsyen terpaksa mengajar mata pelajaran kritikal seperti Matematik, Sains dan Bahasa Inggeris bagi memenuhi keperluan pelajar. Disebabkan kurang pengalaman dan pengetahuan tentang subjek berkenaan maka kewibaan guru dalam menyampaikan ilmu kepada pelajar mula dipertikaikan. Program PPSMI Sejajar dengan matlamat ingin melahirkan pelajar yang bertaraf dunia, KPM juga telah melaksanakan Program Pengajaran dan Pembelajaran Matematik dan Sains dalam Bahasa Inggeris (PPSMI). Walau bagaimanapun penggunaan bahasa Inggeris sebagai pengantar subjek sains dan matematik telah mendapat respon yang negatif daripada rakyat. Ini kerana penggunaan bahasa asing bukan sahaja merosakan kedudukan Bahasa Kebangsaan sebagai bahasa ilmu, tetapi turut memusnahkan reputasi pelajar, khususnya di luar bandar. Mereka belajar melalui medium yang mereka tidak faham. Komunikasi tidak berkesan dalam pelajaran sudah tentu memberi kesan yang buruk. Kesan globalisasi Selain daripada itu, isu-isu berkaitan pendidikan juga turut melibatkan penggunaan internet. Era dunia tanpa sempadan atau globalisasi telah memudahkan maklumat diperoleh dengan cepat dan berkesan melalui internet atau laman-laman web dan sebagainya melalui komputer. Implikasinya, isu-isu Moral semasa khususnya isuisu yang membabitkan nilai-nilai sosial menjadi begitu kompleks dan menjadi sukar untuk diselesaikan. Fenomena ini disebabkan nilai-nilai murni masyarakat Malaysia yang ingin diterapkan bercanggah dengan nilai-nilai di Barat atau negaranegara maju yang lain yang mana mereka lebih mementingkan materialistik, individualistik dan budaya kosmopolitan. Sahsiah Pelajar Kualiti sahsiah pelajar pada pelbagai peringkat pendidikan juga turut menjadi isu dan dipersoalkan kerana masih terdapat sebilangan pelajar rendah yang naik ke sekolah menengah, atau pelajar menengah rendah yang naik ke Tingkatan 4 memiliki kualiti sahsiah yang kurang baik. Hal ini berlaku pada kebanyakan murid tanpa mengira kaum dan agama. Sebagai contoh, tabiat merokok di kalangan pelajar, gejala vandalisme, melepak, ponteng sekolah dan sebagainya di kalangan pelajar sekolah semakin menjadi-jadi. Isu-isu lain dalam sistem pendidikan

Selain isu-isu yang dikemukakan di atas, terdapat pelbagai lagi isu yang timbul berkenaan pencapaian Dasar Pendidikan Kebangsaan, antaranya:

Kepimpinan sekolah masih tidak dapat berfungsi sepenuhnya sebagai pemimpin pengurusan dan pemimpin pengajaran (instructional leadership) yang berkesan; Pengupayaan kepada sekolah adalah terhad. Semua sekolah masih perlu mengikuti satu sistem, prosedur dan pendekatan yang seragam dan tidak mengambil kira kemampuan, keupayaan khusus dan potensi untuk sekolah melaksanakan dasar dan program pendidikan sendiri; Layanan yang sama diberi kepada semua sekolah walaupun pada realitinya sekolah mempunyai keperluan, kekuatan dan kelemahan serta keupayaan yang berbeza; Keselamatan di sesetengah sekolah masih belum terjamin sepenuhnya; Penandaarasan bagi menjamin sekolah di Malaysia setanding dengan sekolah di negara maju adalah terhad; Struktur organisasi antara lapisan pentadbiran di KPM yang tidak setara menyebabkan penyaluran dasar dan pelan pelaksanaan kurang sistematik dan berkesan; Sistem penyampaian masih belum cekap dan berkesan khususnya daripada aspek pemberian bantuan; dan Sistem maklumat tidak menyeluruh dan tidak bersepadu.

Anda mungkin juga menyukai