Anda di halaman 1dari 4

NORAZILA BINTI OJEE (202002240093)

Terdapat eleman penting yang disepadukan termasuk nasionalisme, patriotisme dan ideologi
kebangsaan untuk membina kecemerlangan warga dan seterusnya membina negara bangsa
sejajar dengan pelan dasar Falsafah Pendidikan Negara dan Pelan Pembangunan Pendidikan
Negara (2015-2025).

Bincangkan pandangan anda secara asli (1500 patah perkataan)

___________________________________________________________________________

Dalam islam sangat menitikberatkan pembangunan modal insan dan al_quran dijadikan
sandaran utama yang mampu membentuk manusia menjadi cemerlang dalam semua bidang
yang berpasksikan akidah yang satu. Hal ini kerana dalam Islam telah melengkapi satu
system hidup yang lengkap serta meneyeluruh untuk membentuk insan yang berguna pada
masyarakat, Negara dan agama. Bagi mencapai pembentukan modal insan yang jitu,
pelbagai usaha perlu dilakukan untuk melahirkan lebih ramai modal insan kelas pertama yang
akan menjanjikan sebuah tamadun yang Cemerlang, Gemilang dan Terbilang.sehubungan
dengan itu, adanya kejayaan dalam membentuk modal insan yang jitu, ianya akan mampu
memenuhi keperluan pembangunan individu, keluarga, masyarakat, negara dan dunia yang
merangkumi aspek penguasaan ilmu yang tinggi, sikap proaktif, memiliki moral yang mantap,
megekalkan budaya baik untuk kepentingan bersama dan pembangunan yang bersifat
holistik.perkara ini memerlukan usaha yang keras serta komitmenyang tinggi daripada setiap
peringkat masyarakat untuk melahirkan modal insan.

Seperti yang kita sedia maklum, pembangunan sumber manusia merupakan satu aspek yang
penting untuk pembangunan pendidikan dalam sesebuah Negara.Pengenalan konsep modal
insan dalam Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) adalah bertepatan dengan langkah
membendung jenayah komersial yang berlaku sebelum ini.Modal insan yang diketengahkan
adalah modal insan yang berkualiti yang menjadi teras utama RMK-9. Pembangunan modal
insan akan dilaksanakan secara holistik merangkumi pemerolehan pengetahuan dan
kemahiran atau modal intelek termasuk keupayaan keusahawanan dan pengetahuan Sains
dan Teknologi serta memiliki sikap, nilai dan etika positif dan progresif melalui pendidikan,
latihan dan pembelajaran sepanjang hayat.
Bidang Pendidikan adalah merupakan jalan atau wilayah terbaik dalam memacu pembinaan
modal insan. Dimana guru-guru merupakan agen pelaksana dalam memainkan peranan
penting dalam membangunkan modal insan yang mempunyai jati diri yang kukuh,
berketerampilan, keperibadian mulia, berpengetahuan dan berkemahiran tinggi bagi mengisi
keperluan negara maju untuk abad ke-21 yang seiring dengan kehendak Falsafah Pendidikan
Negara.Kementerian Pendidikan Malaysia diberikan tugas yang berat sebagai pemimpin yang
dapat menghasilkan generasi muda Malaysia berpotensi, mempunyai pelbagai kemahiran
serta dapat membentuk ciri-ciri keperibadian dan perspektif hidup yang membolehkan mereka
berjaya dalam kehidupan dan mampu memajukan lagi Negara di mata dunia.Oleh hal yang
demikian, pembangunan modal insan ini amat penting dalam kehidupan kita pada masa
kini.Pelbagai langkah haruslah dijalankan untuk menggalakkan pembangunan modal insan
dalam diri generasi pada masa kini.

Agensi di sekolah seharusnya menggunakan kudrat dengan sehabis baik dalam


membentuk modal insan agar mampu melahirkan murid yang memberi impak yang besar
dalam masyarakat dan Negara kelak. Terdapat eleman penting yang disepadukan oleh
warga pendidik agar mampu melahirkan modal insan kelas pertama iaitu cemerlang dalam
pelbagai aspek. Antara kesepaduan yang perlu diambil berat dalam membina modal insa
dikalangan murid adalah menerapkan nilai-nilai nasionalisme, patriotisme dan ideologi
kebangsaan untuk membina kecemerlangan warga dan seterusnya membina negara
bangsa. Sebagai seorang warga pendidik seharusnya merancang secara rapi untuk
merealisasikan pembangunan modal insan yang cemerlang. Dimana sebagai seorang
pendidik seharusnya meningkatkan keupayaan, minat dan bakat murid dalam menguasai
ilmu pengetahuan dan kemahiran dalam diri murid. Selain itu, guru seharusnya
menerapkan sifat kepimpinan dalam diri murid agar mereka mampu berdisiplin dalam
setiap tugasan yang dijalankan.

Disekolah, dalam PdP khususnya, guru seharusnya menggunakan peluang yang ada itu,
untuk menerapakan nilai nasionalisme dalam diri murid. Contohnya menyelitkan atau
mengaitkan pembelajaran dengan nilai nasionalisme agar mereka mampu membina
Negara yang bertamadun di masa akan datang. Di dalam kelas guru boleh melibatkan
murid saling membantu antara satu dengan yang lain, menghormati sesame mereka
walaupun mereka berbeza agama dan bangsa. Hal ini , mampu memupuk sikap pelajar
kearah bertoleransi dalam segala aspek serta mampu melahirkan rasa cinta terhadap
Negara yang didiami. Selain itu, guru juga boleh menerapkan nilai patriotisme dalam diri
murid, di mana, menyemaikan perasaan cinta terhadap Negara seperti contoh
menggalakan murid dalam menjaga budaya Malaysia dengan sebaiknya. Selain itu, murid
juga sentiasa dipupuk dengan sikap suka rela dalam membantu rakan mahupun guru dalam
apa jua keadaan, kerana dengan adanya perasaan suka rela akan membentuk modal insan
murid yang cemerlang dari sudut memiliki sahsiah yang terpuji. Hal ini juga mampu
memberi impak yang besar dalam pembangunan Negara kelak. Menerapkan nilai
menghargai diri dan orang lain juga merupakan satu tanggungjawab warga pendidik kerana
ianya mampu melahirkan murid yang sentiasa menjaga maruah diri mahupun Negara.
Ianya sedikit sebanyak membantu dalam memelihara maruah Negara daripada sebarang
jenayah seperti rasuah dan sebagainya.

Sehubungan dengan itu, penerapan aspek etika dan kerohanian juga amatlah penting
untuk membentuk modal insan yang cemerlang. Diman guru seharusnya, menjadi agen
pelaksana dalam menerapkan sahsiah yang baik dikalangan murid sperti amanah serta
berkuali tinggi dalam apa jua bidang yang diceburi. Contohnya, amanah dalam memikul
tanggugjawab sebagai ketua kelas. Disini, pelajar secara langsung mampu menilai
perbuatan yang baik dan tidak baik sekaligus mempamerkan amalan dan sahsiah yang
baik agar mampu menjadi contoh teladan kepada rakan yang lain. Jika budaya sahsiah dan
etika yang murni ini mampu dilkasankan sepanjang masa, ianya akan mampu membentuk
modal insan kelas pertama sekaligus mampu menjaga keamanan Negara.

Akhir sekali, bagi menjayakan pembangunan modal insan, kerajaan seharusnya mengambil
langkah untuk mentransformasi profesion perguruan menjadi profesion pilihan untuk
melahirkan modal insan minda kelas pertama di negara ini. Modal insan minda kelas pertama
dipertaruhkan untuk memacu pembangunan negara dalam merealisasikan kehendak dalam
Falsafah Pendidikan Negara. Oleh itu, aspek pendidikan guru menjadi agenda utama
kementerian untuk membentuk modal insan dari akar umbi. Sesungguhnya, guru yang baik
akan melengkapkan diri dengan pelbagai ilmu pengetahuan dan kemahiran serta peka
terhadap perkembangan pendidikan terkini dari semasa ke semasa mengikut perkembangan
zaman. Hal ini akan dapat membuat diri pendidik bersedia menerima sebarang perubahan
pada sistem pendidikan selari dengan keperluan masa kini. Guru perlu mengajar murid untuk
mempraktikkan ilmu dan mengaplikasikan serta mencetuskan idea baharu bagi menghasilkan
modal insan yang setanding dengan aras antarabangsa.

Tranformasi perguruan ini adalah untuk memastikan kita dapat melahirkan guru yang
berkualiti, tetapi lebih jauh daripada itu, iaitu untuk memastikan mereka yang berkualiti ini
kekal dalam sistem pendidikan negara dan kekal berkualiti sepanjang tempoh perkhidmatan
mereka. Kualiti guru merupakan faktor yang paling penting dalam menentukan keberhasilan
murid kerana guru merupakan suri teladan kepada murid. Hal ini bermaksud guru adalah
contoh kepada murid-murid dan perlu memberi teladan yang baik kepada setiap pelajar. Guru
pelatih akan menerima latihan yang sebaik mungkin dari mula mereka mengikuti program
latihan hingga mereka bersara. Bagi memenuhi hasrat melahirkan guru berkualiti,
kementerian akan memastikan kualiti kurikulum dan pensyarah ditingkatkan.Kementerian
Pendidikan haruslah memastikan standard yang sama digunakan dalam program latihan
perguruan di institusi pengajian tinggi awam dan swasta. Dengan demikian, hanya guru-guru
pelatih yang cemerlang sahaja akan mendapat penempatan terlebih dahulu di sekolah dan
mula melaksanakan tanggungjawab mereka sebagai seorang pendidik yang berintegrasi dan
berakauntabiliti serta berkebolehan untuk melaksanakan apa-apa tugasan yang diamanahkan
oleh pihak sekolah.

Natijahnya, untuk membangunkan modal insan berminda kelas pertama bukanlah satu
perkara yang mudah semudah mengatakannya.Ia memerlukan kesabaran, ketabahan,
ketelusan,keyakinan, kesedaran dan sokongan yang padu lagi jitu daripada semua pihak atau
seluruh rakyatyang benar-benar cintakan tanah air kita Malaysia. Dengan erti kata lain,
pengorbanan perlu dilakukan oleh semua pihak terutamanya pemimpin-pemimpin kaum dan
politik kerana rakyat negara kitaini terdiri dari pelbagai kaum, budaya,dan adat resam. Tidak
ada kejayaan yang boleh dicapai tanpa pengorbanan. Walaupun memakan masa untuk
mencapainya tetapi dengan tekad dan azam yangtinggi, telus dan atas rasa tanggungjawab
kepada agama, bangsa dan negara , hasrat murni ini pasti akan tercapai. Hal ini demikian
kerana pembangunan modal insan bermindakan kelas pertama amat penting bagi menjadikan
Malaysia bukan sahaja negara maju yang beridentitikan diri sendiri,malah akan menjadi
contoh bagi negara-negara di seluruh pelosok dunia.

Anda mungkin juga menyukai