Anda di halaman 1dari 7

Pembangunan Modal Insan Melalui Pendidikan

Oleh : Robiatul Adawiyah Bt Saad

PENGENALAN

Pembangunan sumber manusia merupakan satu aspek yang penting untuk pembangunan ekonomi
sesebuah Negara. Pengenalan konsep modal insan dalam Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9)
adalah bertepatan dengan langkah membendung jenayah komersial yang berlaku sebelum ini. Modal
insan yang diketengahkan adalah modal insan yang berkualiti yang menjadi teras utama RMK-9.
Pembangunan modal insan akan dilaksanakan secara holistik merangkumi pemerolehan pengetahuan dan
kemahiran atau modal intelek termasuk keupayaan keusahawanan dan pengetahuan Sains dan Teknologi
(S&T) serta memiliki sikap, nilai dan etika positif dan progresif melalui pendidikan, latihan dan
pembelajaran sepanjang hayat.

KONSEP MODAL INSAN

Modal terbahagi kepada dua bahagian, iaitu modal fizikal dan modal insan. Modal fizikal diertikan
sebagai sekumpulan wang, aset dan harta yang dapat digemblengkan ke dalam pelbagai kegiatan untuk
menghasilkan keluaran yang menguntungkan. Modal manusia atau modal insan ditakrifkan sebagai ciri-
ciri yang dimiliki oleh manusia yang menyebabkan mereka lebih produktif. Modal ini tidak boleh
dipindahkan kepada seseorang kepada seseorang yang lain tetapi seseorang perlu melabur untuk
mendapatkannya. Ia dibentuk atau dipupuk melalui pelaburan terhadap pendidikan, latihan sebelum
bekerja, latihan semasa bekerja, kesihatan, penghijrahan dan usaha mencari maklumat yang dapat
meningkatkan taraf hidup sesorang.

Pembangunan modal insan pula merupakan suatu proses bertujuan untuk melahirkan jiwa yang bertaqwa.
Ketiadaan jiwa yang bertaqwa akan mengakibatkan fungsi akal dan fizikal menjadi lumpuh (Ismahali,
2008). Disamping itu, pembangunan modal insan juga adalah pembangunan yang penuh dengan
keinsanannya. Ia harus dilengkapi dengan pembangunan jiwa, hati dan naluri bagi melahirkan insan yang
ada sifat keinsanannya (Fauziah, 2008).

KEPENTINGAN PEMBANGUNAN MODAL INSAN DALAM PENDIDIKAN

Pendidikan memainkan peranan penting dalam membangunkan modal insan yang mempunyai jati diri
yang kukuh, berketerampilan, keperibadian mulia, berpengetahuan dan berkemahiran tinggi bagi mengisi
keperluan Negara maju untuk abad ke-21. Modal insan yang ingin dihasilkan oleh mantan perdana
menteri YAB Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi, adalah yang mampu berfikir secara kritis dan kreatif,
berkemahiran menyelesaikan masalah, berkeupayaan mencipta peluang-peluang baru, mempunyai
ketahanan serta berkebolehan untuk berhadapan dengan persekitaran yang lebih global dan sering
berubah-ubah (Marzita, 2006).

Menurut Hasani (2006) Kementerian Pendidikan Malaysia diberikan tugas yang berat sebagai pemimpin
yang dapat menghasilkan generasi muda Malaysia berpotensi, mempunyai pelbagai kemahiran serta dapat
membentuk ciri-ciri keperibadian dan perspektif hidup yang membolehkan mereka berjaya dalam
kehidupan dan mampu memajukan lagi Negara di mata dunia, selari dengan hasrat dan Falsafah
Pendidikan Negara. Menurut Abu Bakar dan Ikhsan (2003), pendidikan adalah aktiviti memahami potensi
yang terdapat pada seseorang dan seterusnya melakukan sesuatu untuk kesempurnaan tabi’i. Setiap
potensi individu boleh berkembang ke tahap cemerlang jika diberi peluang secukupnya. Kepentingan
pendidikan dalam membangunkan modal insan turut juga diulas oleh Prof Madya Dr. Hailani Muji Tahir
(2008). Menurut beliau, pembentukan modal insan dapat dicapai melalui aspek pendidikan dan tarbiyyah.
Pendidikan bermakna memberikan ilmu secara formal, manakala tarbiyyah adalah pendidikan tidak
formal namun berkesinambungan sifatnya. Pendidikan secara formal adalah bentuk pendidikan yang
ditawarkan sama ada pihak kerajaan atau swasta seperti pendidikan awal di Tadika Asuhan Kanak-kanak
(TASKA), Sekolah Kebangsaan (SK), Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) dan Institusi Pengajian
Tinggi Awam (IPTA) dan Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS).

GURU SEBAGAI PEMBINA MODAL INSAN

Antara individu yang memainkan peranan penting dalam membangunkan modal insan selepas ibu bapa
ialah guru. Hal ini kerana, di sekolah guru sebagai individu yang bersama-sama dengan pelajar dan
individu yang bertanggungjawab menggilap potensi pelajar, pembimbing, pembentuk akhlak, penjana
perubahan di dalam diri pelajar, pendorong kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif dan sebagainya.
Oleh itu, setiap guru mestilah mempunyai ciri-ciri positif dalam diri mereka seiring dengan usaha untuk
melahirkan para pelajar yang mempunyai ciri-ciri modal insan.  Ini berdasarkan kajian yang dibuat oleh
Kementerian Pelajaran Malaysia.

PEMBANGUNAN MODAL INSAN DI MALAYSIA

Malaysia sebagai sebuah Negara yang berada dalam era kemajuan tidak menafikan bahawa pembinaan
modal insan rakyatnya telah menyumbang ke arah peningkatan perkembangan ekonomi. Walaupun
Malaysia sebuah Negara yang terdiri daripada pelbagai etnik dan bangsa, pelbagai latar belakang
kepercayaan dan budaya, namun Malaysia menggunakan pendekatan agama dalam membangunkan
modal insan.

Sistem pendidikan di Malaysia mempunyai reka bentuk kurikulumnya yang tersendiri yang tidak hanya
memfokuskan ilmu pengetahuan dan kemahiran untuk membolehkan seseorang insan menjana ekonomi
Negara semata-mata, sebaliknya turut memberi fokus kepada pembinaan sahsiah dan akhlak insan. 
Melalui Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK) yang bermula pada tahun 2010 dan
Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) yang telah bermula pada tahun 2011 diharapkan mampu
memenuhi beberapa hasrat Negara antaranya untuk membangunkan modal insan, penghasilan murid yang
celik minda, membentuk warganegara yang menguasai ilmu, kemahiran dan maklumat serta
membangunkan akal manusia dalam melahirkan insan yang ulul al bab. Konsep KSPK dan KSSR adalah
selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang berhasrat memperkembangkan potensi individu
yang seimbang dalam aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek. Konsep tersebut jelas memaparkan
keseimbangan dalaman dan luaran seseorang individu. Enam tunjang pembelajaran dalam KSPK dan
KSSR ditegaskan dalam melahirkan insan yang seimbang iaitu :

 Komunikasi

 Kerohanian, Sikap dan Nilai

 Kemanusiaan

 Keterampilan diri

 Fizikal dan Estetika

 Literasi, Sains dan Teknologi.

Sebagai rumusannya, dapat dikatakan bahawa perkembangan pendidikan di Negara ini berlangsung sejak
zaman dahulu lagi dan berkesinambungan hingga sekarang. Walaubagaimanapun, dengan cabaran yang
berubah selaras dengan peredaran zaman, pendidikan terus mengalami perkembangan. Fungsi pendidikan
juga terus berubah. Fungsi pendidikan kini dilihat sebagai asas kepada kelangsungan sesuatu
pembangunan. Antara lain pendidikan yang berlangsung adalah untuk pembangunan insan dan
pembangunan Negara. Pembangunan insan terlebih dahulu berlangsung sebelum pembangunan yang lain
termasuk pembangunan Negara dapat dilakukan.
DEFINISI MODAL INSAN.

* Maksud "modal" . Menurut kamus Dewan ialah sesuatu yang digunakan untuk mencapai sesuatu yang
lain . Ia juga bermaksud kelebihan untuk yang memiliki. Pengertian lain ialah seuatu yang digunakan
sebagai asas mengembangkan harta,

* Maksud "Insan" ialah insan atau manusia yang dijelaskan sebagai makhluk yang diciptakan oleh Tuhan.
Pembinaan Insan yang tepat dan betul akan membantu sesebuah negara melahirkan masyarakat yang
dapat memastikan kejayaan masa depan negara tersebut.

* Definisi penuh modal insan ialah modal yang digagaskan telah dihebahkan dan dibentang di peringkat
institusi pengajian awam dan swasta untuk menjana suatu kerja yang dilihat sebagai aset penting dalam
sesebuah negara. Disebabkan itu golongan mahasiswa mahasiswi berintelektual sasaran utama dalam
menjayakan rencana pembangunan ini . Dengan itu golongan tersebut diletakkan sebagai golongan
pelapis yang mewarisi tanpuk pemerintahan negara.

OBJEKTIF.

* Melaksanakan penambahbaikan terhadap sistem penyampaian pendidikan dan latihan supaya ianya
berkualiti dan releven dengan keperluan semasa.

* Memperkasakan sekolah kebangsaan sebagai sekolah pilihan utama rakyat Malaysia yang berbilang
kaum bagi meningkatkan perpaduan negara.

* Melaksanakan langkah bagi merapatkan jurang prestasi antara sekolah luar bandar dan bandar,
termasuk mempertingkatkan kualiti pengajian, prasarana dan kemudahan serta menetapkan guru yang
berpengalaman di sekolah luar bandar.

* Membangunkan universiti serta kolej yang bertaraf antarabangsa dan memastikan pendidikan dan
latihan diperingkat tertiari memenuhi keperluan pasaran.

* Menyediakan peluang pekerjaan dan akses kepada pendidikan kepada pendidikan latihan dan
pembelajaran sepanjang hayat yang berkualiti di semua peringkat.

* Membangunkan masyarakat yang inovatif dan kreatif, yang mempunyai pengetahuan dan keupayaan
dalam sains dan teknologi maklumat yang kukuh serta memiliki kemampuan memperolehi dan
menggunakan pengetahuan.

* Memperkukuhkan perpaduan nasional dan membangunkan masyarakat yang mempunyai perspektif,


budaya prestasi tinggi, sistem nilai-nilai murni dan menghargai tradisi serta warisan.

FAKTOR PEMBANGUNAN MODAL INSAN. 

* Kualiti tenaga kerja di Malaysia semakin merosot :

 disebabkan oleh krisis kewangan dan kegiatan ekonomi terpaksa bergantung kepada buruh yang
tidak mahir. 
 pasaran buruh menjadi "kendur" dengan kadar pengangguran sekitar 3.1% . 

* Kemasukan tenaga kerja baru ke dalam pasaran buruh tidak menepati kemahiran yang diperlukan oleh
industri:

 Berlaku kerana Malaysia kekurangan pekerja yang sangat ketara terutama dalam bidang-bidang
professional dan teknikal menyebabkan ekonomi menjadi kaku.

* Pelabur mengeluh bahawa pekerja baru kekurangan kapasiti menganalisis dan menyelesaikan masalah:

 Pekerja baru kebanyakkannya kurang berpengalaman. Pelabur memerlukan modal yang besar jika
mahu melatih pekerja baru dari asas kembali. 

*Kelemahan penguasaan bahasa:

 Ramai graduan yang kurang menguasai bahasa antarabangsa. 

KEPENTINGAN MODAL INSAN.

* "Untuk membangunkan modal insan, kita mahu memberi ilmu pengetahuan yang secukupnya , kita
mahu mendidik mereka menjadi bangsa yang berpekerti mulia , mempunyai hemah yang tinggi , berjiwa
besar , cintakan negara dan mereka mempunya kekuatan jasmani dan kekuatan rohani. Kita mestilah
menjadi rakyat yang cintakan negara ini, rakyat yang bersemangat , bersedia bekerja dengan kuat ,
bekerja dengan rajin serta menjadi rakyat yang mengamalkan budi bahasa yang bermutu tinggi." 

Perdana Menteri Malaysia ( Petikan Perutusan Hari Kemerdekaan ke-48)

* Modal Insan negara yang berkualiti merupakan elemen paling kritikal dalam mencapai misi nasional.
Oleh itu pembangunan modal insan akan menjadi teras utama pembangunan dalam tempoh RMK-9.
Pembangunan modal insan akan dilaksanakan secara holistic merangkumi pemerolehan pengetahuan dan
kemahiran atau modal intelek termasuk keupayaan keusahawanan dan pengetahuan sains dan teknologi
serta memiliki sikap , nilai dan etika positif dan progresif melalui pendidikan , latihan pembelajaran
sepanjang hayat.

HALANGAN & CABARAN.

* Sukar untuk melahirkan masyarakat yang benar-benar seimbang dan "bermodal insan".

 betapa perlunya minda kelas pertama dicorak dengan intipati akhlak dan moral yang sejati serta
mengikis tradisi individualisme dalam jiwa manusia dalam usaha kita membina modal insan yang
sebenar-benar insaniah.

* Masyarakat di Malaysia kelihatan lebih mudah dan bersedia untuk menerima budaya hiburan . 
 pelbagai pihak kelihatan berlumba menghidangkan bermacam-macam bentuk hiburan kepada
masyarakat. Hakikatnya ialah masyarakat cenderung untuk menyahut semua bentuk hiburan. 

TERAS DASAR PEMBANGUNAN NEGARA. 


* Teras pembangunan modal insan bagi tujuan pembaikan dalam sistem penyampaian pendidikan dan
latihan supaya menampakkan hasil yang berkualiti dan relevan dengan keperluan semasa.

LANGKAH-LANGKAH DALAM MENINGKATKAN PEMBANGUNAN MODAL INSAN.

Kerajaan telah mengambil beberapa langkah untuk melahirkan modal insan yang berkualiti tinggi,
berkemahiran dan berpengetahuan , kreatif dan inovatif iaitu :

* Mempergiat usaha menarik bakat :

 menubuhkan "Talent Corporation" di bawah Jabatan Perdana Menteri pada 2011 untuk
menambah tenaga kerja yang berbakat dan berkualiti.
 Pemberian insentif yang sesuai supaya dapat meningkatkan minat pelajar terhadap bidang yang
kritikal seperti sains dan teknologi.

* Memperluas akses kepada pendidikan berkualiti :


 RM6.4 billion disediakan untuk menaik taraf sekolah , asrama , kemudahan dan peralatan serta
memartabatkan profesion guru. 
 Penubuhan projek skim insentif untuk menggalakkan guru-guru bekerja di kawasan luar bandar
yang terpinggir. Ia meningkatkan bekalan guru terlatih. 

* Memperkasa pendidikan awal: 


 Kadar kemasukan prasekolah ditingkatkan dengan sasaran 72 peratus menjelang akhir tahun 2011
melalui penambahan 1700 kelas pemantapan kurikulum serta pelantikan 800 orang guru prasekolah
lepasan ijazah.

* Memantapkan pendidikan sekolah rendah dan menengah


 sekolah agama,menengah kebangsaan cina,tamil,mubaligh akan terus diberi tumpuan.
 menyediakan bisiswa kepada guru yang melanjutkan pelajaran.
 mengambil 375 orang guru penuntur jati dari United Kingdom dan Australia untuk
mempertingkatkan pengajaran bahasa inggeris.
 menubuhkan sekolah berperstasi tinggi dalam semua aspek.

* Mengarus perdanakan pendidikan teknikal dan vokasional:


 menyediakan prospek kerjaya yang baik.
 jabatan pembangunan kemahiran akan mengeluarkan sijil-sijil institusi pengajian tinggi.
 mengubahsuai program pengajian di semua institusi tinggi dan latihan mengikut keperluaan
semasa pembangunan ekonomi Negara.
* Memperkasa pengajian tinggi :
 Peratusan staf akademik berkelulusan Phd ditambah kepada 75 peratus bagi Universiti
penyelidikan dan 60 peratus bagi IPTA lain . 
 Pensyarah juga berpeluang menikmati kenaikan pangkat di IPTA ke peringkat Gred Turus III , II
dan I serta dianugerahkan sebagai professor ulung tanpa memegang jawatan pentadbiran. 

* Mempergiat program latihan dan kemahiran :


 Menyediakan dana bagi mempergiat "Program Industrial Skill Enchantment" di pusat latihan
kemahiran negeri untuk meningkatkan kemahiran graduan kejuruteraan negeri untuk meningkatkan.
 Graduan jurusan lain digalakkan untuk menggembangkan kompentensi dan kebolehpasaran
melalui program pentauliahan professional , pembangunan sukan , keusahawanan , skim pengurusan
kebolehpasaran siswazah dan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT).

* Program Latihan 1 Malaysia : 


 Dilaksanakan untuk menambah ilmu pengetahuan melalui peningkatan kemahiran dan
mempelajari kemahiran baharu. 

* Meningkatkan produktiviti pekerja :


 Menubuhkan Majlis Konsultasi Gaji Negara untuk meningkatkan produktiviti pekerja . 
 Menggalakkan pembelajaran sepanjang hayat untuk meningkatkan peluang bekerja dan
produktiviti tenaga buruh. 

* Memperluaskan penglibatan wanita dalam ekonomi. 


 Menguatkuasakan peraturan-peraturan kerja ( pekerja separa masa ) bagi mengalakkan
penyertaan lebih banyak wanita sebagai pekerja separuh masai.
 Sumbangan wanita didalam pembangunan modal insan tidak boleh dinafikan kerana wanita yang
tidak bekerja, membantu urusniaga keluarga, menjadi surirumah sebenarnya memberikan sumbangan
besar dari sudut ekonomi dan sosial serta pembangunan keluarga.

KESIMPULAN. 

* Pembangunan modal insan menurut perspektif Islam adalah pembangunan yang melihat insan sebagai
watak terpenting dalam sesebuah bangunan. Pembangunan insan ini pula dibangunkan dalam diri dan di
luar diri manusia ia bergerak seiring dengan pembangunan dan tidak boleh diasingkan dalam rangka kerja
yang lain. Ini kerana pembangunan Islam ialah pembangunan yang bersepadu dan menyeluruh meliputi
rohani dan jasmani serta dunia dan akhirat. Tiada istilah insan selaku modal yang memberi keuntungan
material kerana material hanya satu bahagian dari matlamat yang ingin dicapat. Pembangunan modal
insan yang dilaksanakan adalah untuk penyempurnaan kesejahteraan manusia dalam semua aspek .

Anda mungkin juga menyukai