Anda di halaman 1dari 21

KULIAH 5

CDA 30603
PEMBANGUNAN
DAN PERUBAHAN SOSIAL
PROF DATUK DR YAHAYA IBRAHIM
KULIAH 5
PEMBANGUNAN FIZIKAL
PENGENALAN
Dimana-mana seringkali orang memperkatakan bahawa kawasan yang mundur itu sebagai
kawasan yang kurang membangun atau tidak maju. Alasannya ialah tiadanya pembangunan
bersifat fizikal yang dapat dilihat, diukur atau diperhitungkan dengan jelas secara kuantitatif atau
kualitatif.

Terdapat 2 maksud berkaitan dengan pembangunan fizikal:


1. PEMBANGUNAN FIZIKAL MANUSIA : yang bermula daripada bayi, kanak, dewasa dan
orang tua;
2. PEMBANGUNAN FIZIKAL BUKAN MANUSIA ; termasuk alam semula jadi dan alam
buatan manusia seperti bangunan, taman rekreasi, jalanraya, Pelabuhan dan apa jua perubahan
fizikal yang dialami oleh sesuatu kawasan /tempat/lokasi pembangunan tersebut.
•Pembangunan fizikal melibatkan infrastruktur negara seperti jalan raya, bangunan pencakar
langit dan pembinaan ikon negara seperti lapangan terbang antarabangsa Malaysia lain-lain lagi.
TUJUAN PEMBANGUNAN FIZIKAL
MENJANA PERTUMBUHAN EKONOMI RAKYAT DAN NEGARA
• Semasa projek pembangunan fizikal hendak dilaksanakan, banyak pekerja
diperlukanseperti menjadi kontraktor, jurutera dan seumpamanya.
• Setelah projek pembangunan sempurna, sekali lagi peluang pekerjaan disediakan.
• Pembangunan fizikal boleh menjana pertumbuhan ekonomi. Contohnya, jalan raya atau
lebuh raya menyediakan laluan penghantaran barangan.Banyak aktiviti ekonomi seperti
pengangkutan dilaksanakan.

PEMBANGUNAN PERSEKITARAN
• Pembangunan fizikal di sesuatu tempat membantu memajukan kawasan setempat
danpersekitarannya. Misalnya, jika pembangunan berbentuk pengangkutan, sudah tentu
berjaya memajukankawasan.
• Contohnya, kawasan pelancongan di Pantai Timur boleh memajukan lagi apabila
siapnyaLebuh Raya Pantai Timur (LPT).
APAKAH MANFAAT PEMBANGUNAN FIZIKAL
• Meningkatkan imej dan kebangaan negara.
• Dianggap negara yang moden dan mempunyai pembangunan yang baik.
• Melahirkan rasa bangga dan dihormati oleh masyarakat tempatan dan
masyarakat antarabangsa.
• Pembangunan fizikal yang canggih melambangkan keupayaan negara.
• Rakyat boleh berbangga dengan kemajuan yang dicapai oleh negara.
PEMBANGUNAN MAMPAN
• Pembangunan fizikal ini juga seringkali dikaitkan atau juga disebut
sebagai ‘Pembangunan Mampan’ atau Pembangunan Lestari’.

• PEMBANGUNAN MAMPAN atau PEMBANGUNAN LESTARI


merupakan pembangunan yang dijalankan secara terancang dan
berterusan serta tidak menjejaskan keadaan alam sekitar, bukan sahaja
untuk generasi semasa malah untuk generasi akan datang.

• Pembangunan bandar yang mampan harus dijalankan dengan mengambil


kira keupayaan menampungnya, pengambilan sumber, pengagihan bahan
buangan serta kadar pencemaran yang dicetuskan ke atas bandar dan
kawasan sekelilingnya (White & Whitney, 1992).
• Pembangunan yang memenuhi keperluan semasa serta masa hadapan bagi mencapai
kesinambungan antara pembangunan ekonomi, sosial dan alam sekitar demi
kesejahteraan bersama tanpa menjejaskan keperluan generasi seterusnya.

• Pembangunan mampan merupakan pembangunan yang mengimbangkan pembangunan


ekonomi dengan keperluan-keperluan sosial dan alam sekitar.

• Mengikut Brundtland Report 1987 : Pembangunan mampan ialah pembangunan yang


dapat memenuhi keperluan pada masa sekarang tanpa menjejaskan keupayaan
memenuhi keperluan pada masa depan.

• Pembangunan bandar yang mampan harus dijalankan dengan mengambil kira


keupayaan menampungnya; pengambilan sumber, pengagihan bahan buangan serta
kadar pencemaran yang dicetuskan ke atas bandar dan kawasan sekelilingnya.(White
& Whitney, 1992)
• Pembangunan bandar yang mampan perlulah mengambil kira keadilan sosial,
keperluan manusia asas, kesihatan awam, kesedaran persekitaran dari segi ruang dan
masa.

• Salah satu cara untuk mencapai pembangunan mampan tersebut adalah melalui
kesihatan ekonomi bandar. Justeru itu, aktiviti ekonomi, peluang pekerjaan dan
kemiskinan perlu diambil perhatian dan daripadanya peranan aktiviti informal serta
perdagangan skala kecil (petty commodity sector) menjadi penting (David drakakis-
smith, 1995).

• Definisi Pembangunan Mampan Mengikut Laporan Our Common Future yang


diterbitkan oleh The World Commissionon Environment and Development (WCED),
1987, adalah : “ Pembangunan yang memenuhi keperluan generasi masa kini tanpa
mengabaikan keupayaan generasi akan datang untuk memenuhi keperluan mereka .
INDIKATOR PEMBANGUNAN FIZIKAL
DIRINGKASKAN KEPADA JADUAL DI BAWAH :-

• ISU • INDIKATOR KAPASITI


• Tekanan pembangunan di pinggiran bandar • Perubahan fizikal dalam kawasan bandar.
menjejaskan ciri-ciri “compact” bandar. • Tanah yang ada untuk perumahan.
• Tekanan pembangunan dalam kawasan hijau • Perubahan kuantiti ruang lapang dalam bandar.
menjejaskan kualiti dan kuantiti ruang lapang • Nisbah ruang lapang awam dengan ruang lapang swasta.
awam dan swasta. • Perubahan dalam kawasan bangunan bersejarah.
• Pembangunan bangunan tinggi menjejaskan • Kehilangan beransur-ansur lorong dan jalan.
lanskap bandar, bangunan bersejarah dan • Analisis visual
pandangan. • Kadar kekosongan bangunan.
• Penyesuaian bangunan bersejarah dengan aktivit • Kerosakan bangunan.
peruncitan baru memerlukan penyesuaian fabrik • Jenis kedai.
bangunan dalaman dan luaran.
KONSEP PM:
• Pembangunan mampan ialah pembangunan yang dapat memenuhi keperluan pada
masa sekarang tanpa menjejaskan keupayaan memenuhi keperluan pada masa
depan.
• Pembangunan bandar yang mampan harus dijalankan dengan mengambil kira
keupayaan menampungnya; pengambilan sumber, pengagihan bahan buangan serta
kadar pencemaran yang dicetuskan ke atas bandar dan kawasan sekelilingnya.
(White & Whitney, 1992)
• Pembangunan bandar yang mampan perlulah mengambil kira keadilan sosial,
keperluan manusia asas, kesihatan awam, kesedaran persekitaran dari segi ruang dan
masa. Salah satu cara untuk mencapai pembangunan mampan tersebut adalah
melalui kesihatan ekonomi bandar.
• Justeru itu, aktiviti ekonomi, peluang pekerjaan dan kemiskinan perlu diambil
perhatian dan daripadanya peranan aktiviti informal serta perdagangan skala
kecil(petty commodity sector) menjadi penting.(David Drakakis-Smith, 1995) 
TUJUAN PEMBANGUNAN MAMPAN
1. PEMULIHARAAN SUMBER
• Memastikan penerusan penawaran sumber semulajadi pada masa sekarang dan akan
datang melalui penggunaan tanah yang efektif, pengurangan sumber yang tidak boleh
diperbaharui, pemuliharaan kepelbagaian sumber semulajadi. 
Pemuliharaan merangkumi penggantian sumber, perubahan dalam cara penggunaan dan
memberi perhatian kepada faktor ‘intangible’ seperti nilai keselesaan dan nilai warisan. 

2. PEMBANGUNAN FIZIKAL
• Memastikan pembangunan alam bina akan berharmoni dengan alam semulajadi di mana
hubungan mereka adalah seimbang dan saling memanfaatkan. 
Membantu menyedarkan komuniti tentang peluang yang terdapat di kawasan tersebut.
Meminimumkan pembaziran sumber dan keburukan yang akan dibawa kepada komuniti
apabila sesetengah kawasan perniagaan mengalami tekanan pembangunan yang
melampau sedangkan sesetengah kawasan mengalami kemerosotan perniagaan seperti
penutupan kedai dan kehilangan pekerjaan. 
3. KUALITI ALAM SEKITAR
Mengelakkan pencemaran alam, melindungi kapasiti ekosistem dan mengelakkan
pembangunan yang akan mengancam kesihatan manusia atau menjejaskan kualiti
kehidupan. Mengurangkan atau mengubah proses pengeluaran atau perniagaan yang
akan menjejaskan kualiti hidup manusia. Cara pembuangan dan pelupusan sampah
harus dititikberatkan. 

4. KESAKSAMAAN SOSIAL
Mengelakkan pembangunan yang akan menambahkan jurang antara golongan kaya dan
miskin serta menggalakkan pembangunan yang dapat mengurangkan ketidaksamaan
sosial. Mengurangkan pembaziran tenaga manusia. Kesaksamaan sosial perlu
dipelihara dari segi peluang ekonomi di sesuatu kawasan.

5. PENYERTAAN POLITIK
Menggalakkan penyertaan komuniti dalam membuat keputusan.
MATLAMAT PEMBANGUNAN MAMPAN
(RANCANGAN FIZIKAL NEGARA) RFN

• Rancangan Fizikal Negara (RFN) merupakan suatu pernyataan bertulis yang merumuskan dasar-dasar
strategik bagi menentukan arah tuju pemajuan fizikal dan pemuliharaan bagi seluruh Semenanjung
Malaysia. Rancangan Fizikal Negara telah diluluskan oleh Majlis Perancang Fizikal Negara pada 26 April
2005. Kelulusan ini bermakna, Rancangan Fizikal Negara kini perlu dijadikan panduan perancangan fizikal
dan dilaksanakan di peringkat persekutuan dan negeri di seluruh Semenanjung Malaysia, dan seterusnya:

• Dasar-dasar Rancangan Fizikal Negara perlu diselaraskan dengan dasar-dasar sektoral lain yang berkaitan.

• Cadangan-cadangan Rancangan Fizikal Negara perlu diperincikan di peringkat Rancangan Struktur Negeri
dan Rancangan Tempatan bagi menjadi asas pembangunan semua negeri

• Cadangan-cadangan Rancangan Fizikal Negara perlu dijadikan panduan oleh agensi persekutuan dan
negeri dalam pembentukan program dan projek Rancangan Malaysia Lima Tahun.
FUNGSI RANCANGAN FIZIKAL NEGARA

• Mengukuhkan perancangan negara melalui


dimensi reruang dalam polisi ekonomi negara.
• Menyelaras agensi sektoral melalui penyediaan
peruntukan reruang dalam polisi sektoral.
• Membentuk rangka kerja untuk perancangan di
peringkat negeri dan tempatan; dan
• Membentuk polisi perancangan fizikal.
RANCANGAN FIZIKAL NEGARA KE-3
• RFN merupakan dokumen perancangan tertinggi dalam rangka kerja perancangan pembangunan
fizikal negara, yang menterjemahkan dasardasar strategik dan sektoral negara ke dalam dimensi
spatial serta fizikal. Sehingga kini, RFN telah melalui dua (2) fasa kajian semula yang bermula dari
tahun 2005, hingga ke penyediaan RFN ke-3 pada tahun 2015.

• RFN ke-3 ini merupakan dokumen pemajuan nasional hierarki tertinggi dalam perancangan guna
tanah negara dan disediakan selaras dengan penyediaan Rancangan Malaysia Lima Tahun meliputi
Semenanjung Malaysia. Buat pertama kali, RFN ke-3 melibatkan Sabah dan Wilayah Persekutuan
Labuan. Manakala bagi Negeri Sarawak, rancangan ini melibatkan perkara-perkara perancangan
strategic yang merentasi sempadan.
• Antara fokus RFN ke-3 ialah ‘Negara Berdaya Tahan’ yang membawa maksud negara yang
mampu menangani risiko bencana alam, perubahan iklim, alam semula jadi, ekonomi dan social
manakala istilah ‘Berdaya Huni’ menyentuh peningkatan kualiti persekitaran yang mampu
menjana komuniti sejahtera dan inklusif.

DASAR PERANCANGAN FIZIKAL DESA


NEGARA
• DPF Desa Negara merupakan dasar pembangunan desa yang
pertama di Malaysia berbentuk spatial, bertujuan untuk mewujudkan
perancangan holistik bagi pembangunan desa dan melengkapkan
Dasar Perbandaran Negara.
• Bagi memastikan desa terus relevan, DPF Desa Negara telah
menggariskan dasar-dasar dan strategi bagi memastikan kawasan
desa terus dipulihara. Secara tidak langsung, situasi ini
menggalakkan proses kebangkitan semula desa (rural rebound)
dengan mensasarkan perubahan yang positif bagi kawasn desa
dengan menjadikan desa sebagai tempat tinggal pilihan.

• Ketiga-tiga dokumen besar yang juga disebut sebagai Rancangan


Pemajuan Nasional atau RPN ini amat penting bagi masa depan
negara Malaysia, antaranya untuk:
DOKUMEN BESAR YANG JUGA DISEBUT
SEBAGAI RANCANGAN PEMAJUAN
NASIONAL ATAU RPN
i. menjadi sebagai rujukan utama oleh pelbagai agensi dalam merangka program-
program pembangunan fizikal negara ke arah mencorak pembangunan yang efisien dan
mampan;
ii. menjadi salah satu instrumen bagi mencapai kualiti persekitaran dan pembangunan
lestari serta berperanan sebagai tindak balas terhadap globalisasi dan kepesatan
pembangunan; dan
iii. meningkatkan taraf hidup isi rumah dan penyediaan perumahan mampu milik yang
berkualiti bagi membantu golongan B40 dan M40, supaya mereka juga tidak terpinggir
dalam menikmati arus kemajuan negara.

Anda mungkin juga menyukai