Anda di halaman 1dari 2

a) Di antara kepentingan pakatan tersebut terhadap pembangunan sosial dan ekonomi negara

anggota ialah dapat meningkatkan aliran perdagangan antara negara anggota menerusi prinsip
liberasasi perdagangan. Kerjasama ekonomi berjaya mengurangkan halangan dalam
perdagangan barangan, perkhidmatan dan pelaburan dalam kalangan negara anggota.

Di samping itu, melalui dasar buka pintu di kalangan negara anggota dapat meluaskan
pasaran menerusi pertambahan penduduk serantau dan peningkatan kuasa beli yang
menyebabkan barangan dan perkhidmatan boleh dijiual ke serata negara. Dengan mengamalkan
prinsip pasaran bebas iaitu membolehkan semua pasaran negara anggota APEC dapat ditembusi
tanpa halangan/sekatan yang ketat.

Selain itu, melalui pakatan menyebabkan kemasukan pelabur asing lebih bebas dan
mudah dari negara anggota APEC yang akan menambahkan dana dalam negara dan seterusnya
menjana ekonomi tempatan. Pelaburan modal asing biasanya datang daripada negara-negara
anggota APEC yang maju seperti Amerika Syarikat dan Jepun.

Melalui kemasukan teknologi moden dari negara maju ke negara kurang maju
menggalakkan perkembangan R&D dalam negara anggota lain seterusnya memberikan manfaat
kepada penduduk setempat.

Dengan kemasukan buruh asing yang lebih mudah dari negara-negara APEC bagi
menampung kekurangan buruh dalam negara anggota dalam pelbagai sektor ekonomi.
Perkongsian kepakaran menerusi latihan lanjutan luar negara, pinjaman tenaga pajkar dariu luar
atau program usahasama antara universiti.

b) Di antara masalah yang sering dihadapi oleh pakatan tersebut ialah dari segi kepentingan
nasional mengatasi kepentingan serantau. Hal ini timbul akibat APEC terdiri daripada negara
maju dan mundur yang berbeza akhirnya menimbulkan kesukaran untuk bekerjasama apabila
kepentingan nasional melebihi kepentingan serantau.

Disebabkan wujud jurang ekonomi yang ketara antara negara anggota maka idea
globalisasi dan liberalisasi perdagangan membolehkan negara-negara kaya mengambil
kesempatan melalui kemajuan teknologi untuk mengaut keuntungan dan memonopoli ekonomi
negara yang mundur.

Disamping itu, wujudnya ketidakstabilan politik bagi sesetengah negara anggota seperti
masalah pergolakan politik di wilayah sempadan seperti Selatan Filipina dan Selatan Thailand.
Akibat daripada pergolakan politik ini telah menjejaskan kemajuan ekonomi serantau dan
mewujudkan iklim pelaburan yang tidak sihat.

Selain itu, kekurangan teknologi dan kepakaran terutama di kalangan negara-negara


Asia Pasifik yang berada dalam kelompok negara yang sedang membangun dan negara mundur
yang masih mempunyai tingkat teknologi yang rendah. Hal ini boleh melambatkan proses
globalisasi ekonomi serantau disebabkan negara-negara tersebut amat bergantung kepada
import teknologi daripada negara anggota yang maju.

4 a) Tiga pakatan ekonomi serantau di Asia Pasifik

ASEAN, AFTA, APEC

Peranan Malaysia

b)i) menjadi orang tengah dalam konteks menyelesaikan pertelingkahan dalam


sesebuah negara. Contoh menjadi orang tengah mendamaikan kerajaan Filipina dengan
pejuang bangsa Moro.

ii) memberi sokongan dalam isu seperti melawan pengganas dan lanun dengan
menyertai rondaan perairan di Selat Melaka dengan Indonesia dan Singapura.

c) Dua langkah yang dilaksanakan oleh Malaysia dalam menangani masalah


pencemaran rentas sempadan
i) Meningkatkan kerjasama teknikal dan bantuan ketika fenomena jerebu
rentas sempadan seperti menghantar pasukan bomba/smart team.
ii) Mempelopori perjanjian pada tahun 2002, Malaysia dan semua anggota
ASEAN bersetuju menandatangani Perjanjian Jerebu Merentasi
Sempadan.

d) Dua teras dasar luar Malaysia


i) ZOPFAN : kawasan aman, bebas dan berkecuali (Zone of Peace,
Freedom and Neutrality yang telah diumumkan melalui Deklarasi Kuala
Lumpur pada 27 November 1971.
ii) Dasar memakmurkan jiran : dasar ini menjadi prinsip hubungan luar
negara Malaysia terus menjadi amalan. Bagi Malaysia, kemakmuran
negara perlu dikongsi bersama negara jiran tetangga kerana
manfaatnya akan lebih melimpah ruah.

Anda mungkin juga menyukai