Anda di halaman 1dari 7

GEOGRAFI ALAM SEKITAR MANUSIA

TEMA : GLOBALISASI EKONOMI DAN KERJASAMA SERANTAU

2. Kerjasama serantau

2.1 Pertubuhan-pertubuhan kerjasama serantau dan tujuan penubuhan:

i) ASEAN Pertubuhan negara-negara Asia Tenggara


- Mempercepat pertumbuhan ekonomi,sosial dan pembangunan budaya dalam mencapai
matlamat Asia Tenggara yang aman dan makmur.
- Meningkatkan keamanan dan kestabilan serantau
- Menggalak kerjasama dalam ekonomi,sosial,teknologi dan pendidikan
- Member bantuan berbentuk latihan dan kemudahan penyelidikan
- Meningkatkan bidang pengajian di IPT

ii)APEC Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik


- Mengekalkan pertumbuhan dan pembangunan wilayah
- Menggalak aliran barangan,modal,perkhidmatan & teknologi dalam kalangan negara
anggota
- Memperkukuh dagangan pelbagai hala atau terbuka
- Mengurangkan halangan dagangan,pelaburan dan perkhidmatan antara negara

iii) AFTA Kawasan perdagangan bebas ASEAN :


- Kerjasama untuk mengurangkan tariff dan cukai barangan negara ASEAN
- Memperkukuh kedudukan ASEAN dalam pasaran global

iv)EAEC Perundingan Ekonomi Asia Timur

v) EU Kesatuan Eropah

vi) NAFTA Perjanjian Perdagangan Bebas Amerika Utara

2.2 Kepentingan kerjasama serantau

a) Perkongsian sumber -Membolehkan perkongsian sumber antara negara anggota di mana negara yang tidak
mempunyai sumber bahan mentah, tenaga dan mineral tertentu . Misalnya Malaysia mempunyai banyak
sumber minyak,gas asli dan bijih timah boleh mengeksport sumber tersebut ke negara-negara anggota.
Perbezaan pengeluaran hasil pertanian juga membolehkan perkongsian sumber pertanian. Misalnya Thailand
yang mempunyai lebihan hasil padi membolehkan beras diekport ke negara Malaysia dan Indonesia.
Penghantaran gas asli melalui saluran paip bawah tanah dari Terengganu ( Malaysia) ke Thailand
membolehkan perkongsian sumber tenaga antara negara tersebut.
b) Dari segi teknologi – perkongsian teknologi antara negara anggota boleh berlaku melalui pemindahan
teknologi,pinjaman teknologi dan perkongsian teknologi. Pemindahan teknologi berlaku apabila negara tertentu
membina kilang-kilang cawangannya di sesebuah negara anggota. Pinjaman teknologi berlaku melalui pinjaman
pakar-pakar asing dalam teknologi binaan atau pertanian. Perkongsian teknologi berlaku apabila pelabur-
pelabur mengadakan usahasama dengan pelabur tempatan dalam pembinaan industri,pembukaan pasaraya
besar dan pembinaan infrastruktur.
c) Perluasan pasaran – Bagi sesebuah syarikat atau industri, kerjasama serantau akan meningkatkan jumlah
pelanggan iaitu pertambahan pelanggan tempatan dan pelanggan luar negara. Barangan yang dahulunya
hanya dipasarkan dalam negara sahaja, kini boleh dipasarkan hingga ke luar negara. Contohnya, makanan
tradisional Malaysia, telah dapat diekport ke Indonesia, Arab Saudi dan Jepun. Bagi sesebuah negara pula
terdapat pertambahan negara yang mengimport barangannya..
d) Membolehkan perkongsian modal – kerjasama serantau akan membantu pertambahan modal dalam sesebuah
negara. Keadaan ini boleh berlaku melalui kemasukan pelabur luar dalam sektor industri, pertanian,perniagaan
dan pembinaan. Contohnya pelaburan pasaraya besar di Malaysia oleh syarikat-syarikat Jepun, Korea dan
China. Aliran masuk modal juga boleh berlaku melalui pelaburan bersama ( usaha sama) antara syarikat asing
dengan pelabur tempatan. Pinjaman modal antara negara kerjasama juga boleh dilakukan.
e) Perkongsian buruh dan tenaga pakar – negara terlibat boleh mendapatkan tenaga buruh atau tenaga
professional dari negara-negara lain. Misalnya buruh untuk sektor perladangan,perkhidmatan dan pembinaan.
Tenaga professional seperti jurutera, arkitek, pensyarah juga boleh dikongsi dalam bentuk pinjaman pakar,
konsultasi dan usahasama.
3. Segi tiga pertumbuhan ( Growth Triangle )

3.1 Konsep
Pertumbuhan segitiga merujuk kepada kerjasama memajukan subwilayah yang berjiran di dalam ASEAN. Kerjasama ini
menumpukan kepada modal, buruh, teknologi, telekomunikasi, keselamatan dan perdagangan

3.2 Kawasan Pertumbuhan Segitiga ASEAN :

1) IMS-GT - Indonesia, Malaysia, Singapura - Growth Triangle


Indonesia : Kepulauan Riau, Bangkahulu, Jambi, Sumatera Barat, Kalimantan Barat.
Malaysia : Selatan Johor
Singapura : Utara Singapura

Fokus aktiviti : Perindustrian

2) IMT-GT - Indonesia, Malaysia, Thailand - Growth Triangle


Indonesia : Acheh, Sumatera Utara.
Malaysia : Langkawi, Kedah-Perlis, Pulau Pinang, Perak Utara.
Thailand : Phuket, Songkhla, Saturn

Fokus aktiviti : Sumber pertanian dan pelancongan

3) BIMP-EAGA : Kawasan Pertumbuhan Asean Timur : Berunai – Indonesia – Malaysia – Filipina


(Brunei, Indonesia, Malaysia, Filipina - East Asean Growth Area )
Brunei : seluruh Brunei
Indonesia : Kalimantan Barat, Sulawesi, Maluku, Ujung Padang.
Malaysia : Sabah, Sarawak, Labuan.
Filipina : Mindanao, Palawan.

Fokus aktiviti : Pelbagai sektor ekonomi

IMT-GT
BIMP-EAGA

IMS-GT
3.2 Aspek kerjasama dalam segitiga pertumbuhan ASEAN
BIMP- EAGA

3.3 Mengapa pakatan segi tiga pertumbuhan ditubuhkan ialah:

i. Untuk menpercepatkan lagi pertumbuhan ekonomi dalam pelbagai sektor di antara negara-negara ASEAN yang
berjiran yang termasuk dalam kawasan segi tiga pertumbuhan tersebut. Segi tiga pertumbuhan menjadi pusat
pertumbuhan ekonomi ASEAN yang baru.
ii. Untuk saling memperolehi keuntungan dalam konteks pembangunan sumber alam. Kawasan segi tiga
sememangnya kaya dengan sumber-sumber alam yang belum dimanfaatkan sepenuhnya seperti sumber hutan,
sumber maritim, sumber tenaga, sumber air dan sebagainya.

iii. Untuk saling memperolehi keuntungan dalam konteks perluasan pasaran dan perdagangan antara kawasan/intra-
ASEAN. Kesan-kesan positif daripada perluasan pasaran setempat akan dinikmati bersama. Misalnya melalui
kewujudan kawasan bebas cukai.

iv. Untuk saling memperolehi keuntungan dalam konteks perkongsian pelaburan modal/kewangan berdasarkan
prinsip perkongsian bijak yang dilakukan menerusi pelaburan bersama ataupun pelaburan silang oleh pihak
swasta.

v. Untuk saling memperolehi keuntungan dalam konteks perkongsian teknologi,R&D dan inovasi baru dari negara
jiran yang lebih maju ke kawasan segi tiga terbabit. Pemindahan teknologi membolehkan sumber-sumber yang
ada dapat dibangunkan dengan cepat.

vi. Untuk saling memperolehi keuntungan dalam konteks pengaliran buruh dan tenaga pakar. Kekurangan buruh dan
kepakaran di sesuatu kawasan segi tiga akan dapat ditampung oleh buruh dan tenaga pakar dari Negara jiran.

vii. Kerjasama dalam menjaga alam sekitar dan keselamatan.

3.4 Rancangan pembangunan ekonomi yang telah, sedang dan akan dilaksanakan

i. Pembangunan sektor pelancongan.

Memajukan industri perhotelan atau memajukan sumber-sumber maritime untuk tujuan pelancongan seperti
menjadikan kepulauan Riau sebagai pusat pelancongan baru di IMS-GT, Langkawi, Phuket dan Acheh ‘ Pintu Masuk
Pelancong ASEAN ‘di bawah IMT-GT di samping mewujudkan kawasan bebas cukai.

ii. Pembangunan sektor pengangkutan.

Khususnya laluan darat udara dan air / perkapalan seperti Jalan Kereta Api Trans-Borneo di bawah EAGA-BIMP,
Projek Line ke-2 Johor dengan Singapura di bawah IMS-GT dan perkhidmatan feri Langkawi-Phuket-Acheh di bawah
IMG-GT. Perkembangan sistem dan jaringan pengangkutan ini menjadi pemangkin utama untuk memajukan sektor-
sektor ekonomi yang lain.

iii. Pembangunan sistem perhutanan.

Meliputi sumber-sumber pembalakan khususnya di kawasan EAGA yang amat kaya denga hutan di samping program
pemeliharaan dan pemuliharaan hutan.

iv. Pembangunan sistem telekomunikasi.

Sektor ini juga amat berpotensi untuk berkembang dengan pesat misalnya projek Internet ASEAN dengan Thailand
sebagai pusatnya di bawah program IMT-GT. Progam pertukaran siaran Radio & TV dan lain-lain maklumat budaya
membolehkan interaksi sosial antara negara akan menjadi rapat.

v. Pembangunan sektor pembandaran.

Mewujudkan bandar-bandar baru melalui pendekatan pelaburan bersama seperti projek Bandar Nusa Jaya sebagai
bandar terapung di Tanjung Pelepas di Johor di bawah rancangan IMS-GT. Perkhidmatan pembandaran akan
menguntungkan banyak pihak.
3.5 Pakatan ekonomi serantau ASEAN boleh mengurangkan kesan negatif proses globalisasi ekonomi dengan cara:

i. Mengurangkan monopoli pasaran barangan dalaman ASEAN dari negara-negara maju. Ini dapat dapat dilakukan
menerusi kerjasama ekonomi ASEAN yang mewujudkan kawasan pasaran bebas ASEAN (AFTA). Dengan adanya
AFTA membolehkan produk barangan sesame negara ASEAN dijual dengan harga yang lebih murah berbanding
dengan barangan dari negara luar ASEAN. Apabila harga barangan ASEAN menjadi lebih murah maka sudah
tentunya permintaan barangan import dari negara-negara luar ASEAN akan semakin berkurangan.

ii. Mengurangkan monopoli pasaran kewangan ASEAn oleh negara-negara maju khususnya Amerika Syarikat. Ini boleh
dilakukan menerusi penubuhan bank ASEAN, Koperasi ASEAN, cadangan penggunaan mata wang ASEAN bagi
menggantikan dollar US dan lain-lain. Persepakatan sesama negara-negara ASEAN dalam konteks ini membolehkan
risiko kejatuhan nilai mata wang boleh dikurangkan.misalnya apabila urusan perdagangan antara negara-negara
ASEAN dilakukan dalam mata wang ASEAN sendiri, ini akan memberikan keuntungan kepada semua pihak.
Walaupun cadangan ini sukar dilaksanakan kerana perbezaan nilai wang yang begitu ketara antara negara-negara
ASEAN tetapi perkara ini tidak mustahil dilaksanakan demi mengelakkan daripada risik terlalu bergantung kepada
dollar Amerika.

iii. Mengurangkan kebergantungan modal daripada negara-negara kapitalisyang jelas tidak menguntungkan negara-
negara ASEAN jika berlaku keadaan yang tidak diingini seprti kejatuhan nilai mata wang negara-negara ASEAN yang
menyebabkan modal asing boleh ditarik keluar dari ASEAN pada bila-bila masa sahaja. Oleh sebab itu semasa
sesame negara-negara ASEAN boleh meningkatkan pelaburan menerusi konsep pelaburan bersama dan juga
pelaburan silang.

iv. Mengurangkan dominasi teknologi dan kepakaran dari negara-negara maju. Ini boleh dilakukan melalui konsep
persainagn pintar, konsep saling melngkapi, prinsip menang-menang, dan juga langkah pertukaran teknologi dan
inovasi baru, latihan tenaga manusia secara bersama dan bersepadu sesame negara anggota ASEAN. Seterusnya
dapat mengurangkan kebergantungan teknologi dari negara-negara naju sahaja. Setiap negara anggota ASEAN
mempunyai kelebihan teknologinya sendiri yang boleh di kongsi bersama untuk mewujudkan keadaan saling
melengkapi antara satu sama lain.

v. Membendung campur tangan politik dari negara-negara maju menerusi prinsip Zon Aman Bebas dan Berkecuali
(ZOFPAN), iaitu dasar tidak campur tangan negara-negara anggota serta prinsip kemakmuran bersam ASEAN.
Melalui persepakatan ini negara-negara luar tidak boleh sewenang-wenangnya mencampuri urusan politik dalaman
ASEAN.

3.6 Kepentingan saling bergantung antara negara

i. Untuk saling memperolehi keuntungan dalam konteks perkongsian sumber-sumber bahan mentah dan juga sumber
tenaga. Sesetengah negara / kawasan tidak mempunyai bekalan tenaga yang cukup bagi menggerakkan sektor
industrinya. Ia amat bergantung kepada negara / kawasan luar bagi memperolehi sumber tenaga tersebut. Misalnya
Malaysia amat bergantung kepada Thailand dalam memperolehi bekalan beras negara. Pendek kata, dalam sistem
ekonomi terbuka , keadaan saling bergantung sudah menjadi satu kemestian.

ii. Untuk saling memperolehi keuntungan dalam konteks perkongsian dan pemindahan teknologi, penyelidikan dan
pembangunan ( R&D ) serta inovasi baru dalam pelbagai bidang ekonomi. Tanpa teknologi sesebuah negara /
kawasan tidak boleh dibangunkan walaupun ia mungkin kaya dengan sumber alam. Dengan adanya pemindahan dan
perkongsian teknologi moden muka bidang-bidang seperti pembangunan sumber manusia, sumber tenaga,
perindustrian, sumber marin, pelancongan, pertanian dan sebagainya oleh dimajukan dengan cepat. Sebagai contoh
dalam usaha memperkembangkan Industri Berteknologi Tinggi ( IIITEC ) di Malaysia ia amat bergantung kepada
pemindahan teknologi dari negara Jepun. Misalnya teknologi kejenteraan automasi, teknologi reka bentuk dan
teknologi kawasan mutu.
iii. Untuk saling memperolehi keuntungan dalam konteks perluasan pasaran dan perdagangan antara negara/kawasan.
Dengan adanya kerjasama dan saling bergantung maka sesebuah negara itu boleh memperluaskan pasaran
barangan dan perkhidmatan mereka ke negara/kawasan lain. Kesan-kesan positif daripada perluasan dan
perkongsian pasaran akan dapat dinikmati bersama khususnya dari segi pertambahan permintaan dan juga kuasa beli
pengguna. Misalnya barangan negara-negara Asia Tenggara boleh dijual di pasaran Eropah dan Amerika Syarikat.

iv. Untuk saling memperolehi keuntungan dalam konteks perkongsian modal. Kekurangan dalam sesebuah negara boleh
ditampung oleh negara lain sama ada daripada pelaburan kerajaan mahupun pelaburan swasta. Keuntungan
pelaburan modal akan diperolehi melalui prinsip perkongsian bijak seperti kaedah pelaburan bersama atau kaedah
pelaburan silang. Contohnya melalui perkongsian modal swasta telah mempercepatkan proses pembangunan
ekonomi di kawasan Segitiga pertumbuhan ASEAN iaitu di IMT-GT, IMS-GT dan juga EAGA-BIMP.

v. Untuk saling memperolehi keuntungan dalam konteks perkongsian buruh dan tenaga pakar. Kekurangan buruh dan
tenaga pakar dalam sesebuah negara boleh ditampung oleh negara lain yang berlebihan buruh. Contohnya Malaysia
akan bergantung kepada buruh-buruh Indonesia dalam sektor perladangan dan pembinaan.

3.7 Halangan atau cabaran dalam kerjasama serantau

i. Perbezaan idiologi politik – negara anggota kerjasama mempunyai fahaman atau anutan idiologi politik yang berbeza.
Misalnya Malaysia, Indonesia mengamalkan pemerintahan demokrasi , Brunei mengamalkan “sistem beraja”,
Indonesia, Singapura,Filipina mengamalkan sistem republik dan Myanmar mengamalkan sistem Sosialis. Perbezaan
pemerintahan ini akan mempengaruhi penerimaan program-program kerjasama serantau yang akan dilaksnakan.

ii. Tahap keupayaan ( kekayaan ) negara – keupayaan negara anggota kerjasama serantau adalah berbeza. Terdapat
negara yang kaya seperti Singapura, Malaysia , Brunei mempunyai modal yang banyak untuk melaksanakan projek-
projek kerjasama. Tahap pembangunan infrastruktur negara anggota juga mempengaruhi kelancaran pelaksanaan
projek. Misalnya kemudahan jalan raya, keupayaan sumber tenaga elektrik dan bahan mentah.

iii. Halangan dasar-dasar pentadbiran dalam negara – terdapat beberapa dasar dalam negara tertentu yang menghadkan
penglibatan atau kemasukkan modal asing ke dalam negara mereka.

iv. Keadaan kestabilan politik – terdapat keadaan politik yang tidak stabil dalam beberapa negara pakatan kerjasama
ASEAN seperti Thailand, Myanmar, Filipina dan Vietnam yang sering bergolak dan bertukar pemerintahan. Keadaan
ini tidak selamat bagi pelabor-pelabor untuk membuat projek kerjasama yang dicadangkan.

v. Tahap kemajuan teknologi yang ada dalam negara – terdapat negara anggota kerjasama yang masih rendah tahap
teknologi nya disebabkan oleh kekurangan modal. Dengan ini projek kerjasama yang hendak dilaksanakan memakan
masa yang lama untuk disiapkan.

Anda mungkin juga menyukai