Anda di halaman 1dari 11

NOTA KECEMERLANGAN SEMESTER 2 OLEH: CIKGU PA

KERJASAMA EKONOMI MALAYSIA


Kerjasama Ekonomi Malaysia dengan ASEAN.

1. Mewujudkan Kawasan Perdagangan Bebas ASEAN (AFTA).


 Pada tahun 1993, Menteri-Menteri Luar ASEAN memeterai perjanjian mewujudkan Skim
Keutamaan Tarif Sama Rata Berkesan (CEPT).
 Menurut CEPT, negara ASEAN akan menggurangkan tarif antara wilayah terhadap semua barang
kilang, barangan modal dan produk pertanian.
 Halangan tarif dan bukan tarif antara negara anggota dimansuhkan untuk mewujudkan kebebasan
dalam perdagangan sesama anggota.
 Melalui skim ini, barangan yang dijual mesti mengandungi 60% komponen barangan tempatan dan
bebas daripada halangan tarif.
 Matlamat AFTA adalah mewujudkan perdagangan bebas dan terbuka dengan menghapuskan
halangan perdagangan.
 Mengalakkan daya saing syarikat tempatan. Walaubagaimanapun, Syarikat tempatan terpaksa
menghadapi persaingan daripada produk dari negara anggota ASEAN yang lain.
 Mengalakkan kemasukan pelaburan langsung asing ke ASEAN.

2. Kerjasama Segitiga Pertumbuhan Ekonomi (GT).


 Konsep ini merupakan suatu memorandum persefahaman untuk memajukan dan
membangunkan kawasan serantau.
 Bertujuan untuk membangunkan wilayah baru yang telah dikenalpasti sebagai pusat
pertumbuhan ekonomi.
 Negara terlibat saling membantu dan melengkapi antara satu sama lain.

 Penekanan kepada :-
o Sektor Perlancongan,
o Sektor Perdagangan.
o Sektor Infrastruktur fizikal.
o Perkongsian Teknologi.
o Sektor Pengangkutan dan perhubungan.

 Kawasan segi tiga pertumbuhan seperti:


o Segi Tiga Pertumbuhan Indonesia, Malaysia, Singapura (IMS-GT) di selatan melibatkan
Batam, Johor dan Singapura.
o Segi Tiga Pertumbuhan Indonesia, Thailand dan Semenanjung Malaysia (IMT-GT) di
utara.
o Segi Tiga Pertumbuhan Brunei, Indonesia, Malaysia dan Filipina (EAGA-BIMP).

 Masalah:
o Kegawatan ekonomi serantau
o Masalah bentuk muka bumi
o Masalah teknologi dan kepakaran
o Masalah politik
o Masalah pasaran terhad.

3. Projek Usahasama Perindustrian ASEAN


 Malaysia bekerjsama dalam bidang ekokomi dengan mewujudkan beberapa perojek
perindustrian.
 Projek-projek usahasama ini diagih-agihkan kepada negara anggota ASEAN.
 Contoh,
o Projek baja Urea didirikan di Malaysia dan Indonesia,
o Projek Fabrikasi Tembaga di Filipina,
o Projek perlombongan Garam Batu Soda di Thailand.
o Projek Vaksin Hepatitis B di Singapura.

1
NOTA KECEMERLANGAN SEMESTER 2 OLEH: CIKGU PA

4. Komuniti Ekonomi ASEAN (AEC)/Pasaran Tunggal ASEAN 2025


 Mewujudkan pasaran tunggal negara anggota ASEAN
 Menarik minat pelabur luar ASEAN dan meningkatkan status ASEAN sebagai destinasi pelabur.
 Dilancarkan pada tahun 2015.
 Mengurangkan kemiskinan serta jurang pendapatan.
 Meningkatkan taraf hidup negara serantau
 Bersatu menghadapi isu/cabaran ekonomi antarabangsa.

Faedah :
o Peluasan Pasaran – meningkat 20x ganda.
o Peluang-peluang ekonomi yang luas.
o Pembangunan modal insan/ sumber manusia.
o Peningkatan pelaburan asing.
o Mewujudkan banyak peluang pekerjaan.

5. Mengadakan kerjasama dalam sektor kewangan.


 Majlis Perbankan ASEAN (ASEAN Banking Council) ditubuhkan untuk menyelaras kegiatan bank-
bank perdagangan di rantau ASEAN
 Syarikat Kewangan ASEAN ditubuhkan untuk memberikan kemudahan kewangan kepada negara-
negara yang terlibat dalam projek-projek usahasama ASEAN.

6. Kerjasama dalam sektor makanan dan pertanian.

 Penubuhan Pusat Perancangan Pembangunan Pertanian ASEAN sebagai bank data mengenai
masalah pertanian.
 Penubuhan Plant Quarantine Traning Centre and Institute di Serdang.
 Penubuhan satu Stok Simpanan Makanan Keselamatan ASEAN 1981.
 Penubuhan ‘ ASEAN Centre for Development of Agricultural Cooperative’ di Indonesia.

Kerjasama Ekonomi ASEAN dengan negara-negara lain.

1. ASEAN + 3.
• Merupakan kerjasama Politik, Ekonomi dan Kewangan.
• ASEAN + 3 merupakan forum bagi mewujudkan kerjasama antara ASEAN dengan negara China, Jepun
dan Korea Selatan (negara Asia Timur).

• Bertujuan untuk:
i. Politik dan Keselamatan (keganasan, penyeludupan senjata, jenayah ekonomi antara
negara).
ii. Ekonomi (Saintifik, teknikal, sumber manusia).
iii. Kewangan (pakej pinjaman dan bantuan kewangan).

2. Kerjasama Ekonomi Asia Pasific (APEC).


• Negara anggota APEC ialah Amerika Syarikat, Kanada, New Zealand, Australia, Jepun, Korea
Selatan,China, Taiwan, Chile, Brunei, Indonesia, Malaysia, Singapura, Mexico, Rusia, Thailand, Vietnam,
Papua New Guinea, Peru, Filipina, Hong Kong.

• Objektif APEC:-
i. Mewujudkan kerjasama ekonomi yang bersifat serantau.
ii. Menyuarakan pendapat bersama diperingkat antarabangsa.
iii. Menggalakkan perdagangan bebas dalam kalangan negara anggota.
iv. Memperjuangkan sistem perdagangan pelbagai hala.

2
NOTA KECEMERLANGAN SEMESTER 2 OLEH: CIKGU PA

• Sidang Kemuncak APEC


i. di Kuala Lumpur (1998). Menyeru Majlis Penasihat Perniagaan Kerjasama Ekonomi Asia
Pasifik (ABAC) meneruskan usaha untuk membangunkan semula ekonomi negara Asia Pasific
yang terjejas akibat kegawatan ekonomi.
ii. Di Auckland, New Zealand (1999)- Bersetuju untuk mengadakan rangka kawalan terhadap
kawalan mata wang.
iii. Di Shanghai, China (2001)- Mengutuk keganasan yang mengebom Pusat Dagangan Dunia
(WTC) di New York, Amerika Syarikat.
iv. Di Los Cabos, Mexico (2002)- Langkah-langkah untuk membenteras keganasan.
v. Di Bangkok, Thailand (2003) – Langkah-langkah untuk membanteras keganasan.
vi. Di santiago, Chile (2004)- memerangi rasuah dan memastikan keterlusan.
vii. Di Busan, Korea Selatan (2005)- Membentuk satu komuniti untuk menghadapi cabaran dan
perubahan.
viii. Di Hanoi, Vietnam (2006) – mencapai visi kestabilan, keselamatan dan kemakmuran bagi
rantau Asia Pasifik.

• Deklarasi Kazan.
i. Dihadiri Menteri-Menteri Pertanian APEC.
ii. Mengeluarkan Deklarasi Kazan mengenai Jaminan Makanan APEC.
iii. Tumpuan :-
1. Mengingkatkan pengeluaran dan produktiviti pertanian.
2. Memudahkan perdagangan dan pembangunan pasaran makanan meningkatkan
keselamatan dan kualiti makanan.
3. Mengingkatkan akses untuk makanan bagi kumpulan penduduk yang mudah
terjejas.
4. Memastikan pengurusan berasaskan ekosistem lestari.

3. Sidang Kemuncak Asia Timur (EAS).


• Dihadiri oleh pemimpin-pemimpin dari 10 buah negara anggota ASEAN, China, Jepun, Korea Selatan
dan New Zealand.
• AES merupakan forum untuk membincangkan isu-isu politik dan ekonomi dengan tujuan
mempromosikan keamanan, kestabilan dan kemakmuran ekonomi di Asia Timur.

• Melalui EAS, negara anggota berharap dapat membentuk kerjasama dalam hal-hal berikut:
i. Masalah senjata nuklear di Semenanjung Korea.
ii. Keganasan antarabangsa.
iii. Kegiatan lanun yang mengancam keselamatan maritim.
iv. Penyakit Selsema burung.
v. Masalah kemiskinan dan kemunduran di sesetengah negara anggota.

• Cabaran yang dihadapi oleh EAS:-


i. Perbezaan besar dalam kebudayaan, ekonomi dan politik.
ii. Persaingan antara Negara China dan Jepun.
iii. Perbalahan tentang laut di Asia Tenggara.

4. Mesyuarat Asia Eropah (ASEM).


• ASEM merupakan perjumpaan antara ketua negara benua Asia dan Eropah, dengan penyertaan
Suruhanjaya Eropah dan Secretariat ASEAN.
• Merupakan dialog informal rantau ke rantau bukannya blok ke blok.
• Benua Asia diwakitli oleh negara-negara ASEAN, China, Jepun, Korea Selatan, India, Pakistan dan
Mongolia.
• Benua Eropah diwakili – negara anggota Kesatuan Eropah (EU).
• Lain-lain negara – Russia, Australia dan New Zealand.

• Tujuan ASEM :-
i. Bertukar-tukar pendapat isu politik serantau dan global.
ii. Mempererat hubungan dan kerjasama ekonomi antara kedua-dua buah benua.
iii. Menggalakkan perdagangan dan pelaburan antara kedua-dua buah benua.
iv. Mengadakan dialog tentang peradaban kebudayaan.

3
NOTA KECEMERLANGAN SEMESTER 2 OLEH: CIKGU PA

Kerjasama Ekonomi Malaysia dengan negara-negara lain.

1. Dialog Utara-Selatan.
• Perjumpaan antara negara-negara perindustrian dengan negara-negara Dunia Ketiga tentang isu
Ekonomi.
• Dialog ini kini diadakan melalui Persidangan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu tentang perdagangan
dan Pembangunan (UNCTAD), Kerjasama Ekonomi Antarabangsa (CIEC), Tabung Kewangan
Antarabangsa (IMF), dan Pertubuhan Kerjasama dan Pembangunan Ekonomi (OECD).

• Hasil Dialog Utara-Selatan:-


• UNCTAD meluluskan Skim Keutamaan Am.
• Malaysia dapat menikmati skim GSP.
• Perjanjian Getah Asli Antarabangsa telah berjaya untuk menstabilkan harga komoditi
berkenaan.
• Tabung bersama untuk menstabilkan harga komoditi utama diwujudkan.
• Bantuan pembangunan kepada pihak Selatan berterusan tetapi kurang memuaskan dan
membawa kepada penubuhan Suruhanjaya Selatan-Selatan.

• Order Baru Ekonomi Dunia (NIEO)


 NIEO ini dituntut oleh negara-negara Selatan melalui Dialog Utara-Selatan.
 Matlamat NIEO :-
 Membetulkan ketidaksamaan dalam struktur ekonomi antarabangsa.
 Menghapuskan jurang perbezaan ekonomi antara pihak Selatan (negara-negara
membangun) dengan pihak utara (negara-negara maju).

 Tuntutan dalam NIEO :-


• Menuntut rundingan semula beban hutang luar negara-negara Dunia Ketiga (negara-
negara membangun).
• Penentuan semula syarat-syarat perdagangan (sekatan tarif dan bukan tarif) yang
menyebabkan pasaran dan harga barangan jatuh serta defisit dagangan yang meningkat.
• Peluasan pasaran negara-negara maju bagi eksport Dunia Ketiga.
• Pemindahan teknologi dari Utara ke Selatan.
• Pembabitan negara-negara Dunia ketiga dalam membuat keputusan tentang Tabung
Kewangan Antarabangsa (IMF)
• Pemberian bantuan pembangunan oleh negara-negara maju.

2. Suruhanjaya Selatan-Selatan.
• Negara Dunia ketiga telah menubuhkan Suruhanjaya Selatan-Selatan pada tahun 1987. Malaysia
menjadi tuan rumah kepada suruhanjaya tersebut.

• Matlamat penubuhan:-
i. Mengurangkan pergantungan ekonomi negara membangun pada negara maju.
ii. Membentuk kerjasama ekonomi dan teknikal yang lebih berkesan.
iii. Membantu negara anggota mengatasi masalah beban hutang dan kadar tukaran wang asing
yang tidak menentu.
iv. Meningkatkan produktiviti negara anggota.
v. Mengadakan dialog dengan negara maju.

• Rasional/ Sebab penubuhan Suruhanjaya Selatan-Selatan:-


• Ditubuhkan atas dasar kurang berkesannya pencapaian Dialog Utara-Selatan.
• Negara membangun menghadapi masalah dalam usaha memperdagangkan barangan komoditi
utamanya kerana:-
• Sekatan oleh negara-negara maju.
• Harga yang rendah dan tidak stabil.
• Pengeluaran bahan mentah yang berlebihan.

• Pencapaian Suruhanjaya Selatan-Selatan :-


• Kumpulan G-15 telah ditubuhkan yang terdiri daripada Algeria, Argentina, Brazil, Jamaica, India,
Indonesia, Malaysia, Mesir, Mexico, Nigeria, Peru, Senegal, Venezuela, Yugoslavia, Zimbabwe.

4
NOTA KECEMERLANGAN SEMESTER 2 OLEH: CIKGU PA

• Sidang Kemuncak yang pertama G-15 diadakan di Kuala Lumpur (1990).


I. Pusat Pertukaran Data Pelaburan, Perdagangan dan Teknologi Selatan (SITTDEC)
ditubuhkan di Kuala Lumpur untuk menjalinkan kerjasama perniagaan dan
menyebarkan maklumat ekonomi.
II. Forum perniagaan dan pelaburan.
III. Mekanisme Penghapusan cukai berganda antara dua buah negara yang berdagang.

• Kumpulan Lima Belas (G-15)


• Kumpulan mesyuarat peringkat negara Selatan-Selatan.
• Diwujudkan untuk lebih persefahaman dan faedah kerjasama di antara negara membangun.
• Berperanan sebagai pemikir untuk kerjasama Selatan-Selatan.
• Meningkatkan Ekonomi.

• Masalah negara Suruhanjaya Selatan-Selatan :-


• Kadar Faedah yang tinggi.
• Syarat perdagangan yang tidak seimbang.
• Beban hutang negara.
• Imbangan perdagangan yang negatif/defisit.
• Kadar pertukaran mata wang asing yang tidak menentu.

Kepentingan Hubungan Ekonomi di peringkat Antarabangsa Kepada Malaysia

1. Memperkenalkan jenama Malaysia di peringkat globa.l


 Ekonomi global memperkenalkan nama Malaysia dan produk Malaysia di peringkat antarabangsa.
 Perlaksanaa GATT dan CEPT membolehkan Malaysia meningkatkan produktiviti ke negara luar.
 Malaysia menjadi terkenal apabila banyak negara membeli barangan tempatan negara.

2. Perkongsian kepakaran dan pemindahan teknologi.


• Ekonomi global membantu negara berkongsi kepakaran teknologi dengan Negara Asia dan
Eropah.
• Kualiti barangan dapat diperbaiki melalui perkongsian teknologi canggih dari luar negara.
• Dapat membangunkan kelompok industri yang berdaya saing menerusi integrasi industri utama,
pembekal, industri sokongan, perkhidmatan sokongan perniagaan yang kritikal dalam pasaran.
• Menguntungkan negara dalam jangka masa panjang.

3. Meluaskan pasaran barangan.


• Keyakinan terhadap kualiti barangan Malaysia meningkatkan permintaan.
• Produk berasaskan kayu, produk makanan berasaskan minyak sawit, produk bukan makanan
berasaskan minyak kelapa sawit, produk berasaskan koko dan getah dapat dipasarkan dengan
meluas.
• Meningkatkan pendapatan dan mengekalkan imbangan pembayaran.

4. Meningkatkan pendapatan negara.


• Aktiviti ekonomi global mampu meningkatkan pendapatan negara melalui aktiviti perdagangan
• Pelaburan asing juga dapat mengembangkan modal untuk mengeluarkan produk dalam skala
besar bagi membolehkan peningkatan eksport negara
• Peningkatan aliran wang masuk
• Kerajaan boleh mengutip cukai daripada keuntungan syarikat asing

5. Meningkatkan pelaburan asing


• Kemasukan pelaburan asing dapat mengembangkan pelbagai sector ekonomi contohnya
perindustrian
• Mewujudkan peluang pekerjaan kepada penduduk
• Mengurangkan kadar pengangguran
• Meningkatkan taraf hidup penduduk

5
NOTA KECEMERLANGAN SEMESTER 2 OLEH: CIKGU PA

Cabaran Ekonomi ASEAN

1. Persaingan dalam pasaran komoditi.


 Dengan iklim dan cuaca yang sama, negara anggota ASEAN mengeluarkan produk pertanian yang sama
seperti getah, kelapa, koko, minyak sawit yang menjadi komoditi kepada banyak negara anggota
ASEAN.
 Keadaan ini menjadikan negara-negara anggota berusaha merebut pasaran yang sama pada peringkat
antarabangsa.
 Bersaing untuk mencari pasaran dan pembeli luar negara
 Terpaksa mencari alternatif dengan meningkatkan kualiti produk.
 Tanpa kebijaksanaan pemimpin negara anggota, persaingan ini boleh mengeruhkan hubungan negara
anggota.

2. Kemunculan Kumpulan Ekonomi Serantau


 Kesatuan Eropah (EU) mengamalkan skim tarif mata wang yang sama (Euro) serta tidak menggalakkan
pelaburan asing ke negara Kesatuan Eropah.
 Amerika Syarikat, Kanada dan Mexico (NAFTA) juga telah merancang skim tarif yang sama.
 Kemunculan kumpulan ekonomi ini menjadikan ekonomi antara dua kumpulan negara akan lebih
tertutup. Apabila hal ini berlaku akan menyebabkan kesukaran bagi negara ASEAN untuk memasarkan
barangan mereka ke negara-negara ini.
 Hal ini akan menjadi cabaran untuk memasarkan barangan negara ASEAN.

3. Kurang permintaan daripada pasaran dunia.


 Pengurangan permintaan pasaran dunia terhadap sumber bahan utama seperti bijih timah, getah asli
menyebabkan menjejaskan pertumbuhan ekonomi negara-negara ASEAN kerana negara ASEAN kaya
dengan bahan-bahan mentah ini.
 Keadaan ini menyebabkan negara-negara ASEAN terpaksa memberi perhatian kepada pengeluaran
sektor perkilangan & perkhidmatan.
 Namun begitu, negara maju mempunyai kelebihan ekonomi dalam pengeluaran produk perkilangan
dari segi kos pengeluaran & kecanggihan teknologi.
 Pengeluaran & pemasaran produk yang sama akan menyebabkan persaingan yang sengit bukan sahaja
antara negara anggota ASEAN tetapi juga antara negara anggota dengan negara maju.
 Sebagai contoh, pengeluaran barangan elektrik, sudah pastinya ramai pengguna akan membeli
barangan daripada pengeluaran negara maju yang diperakui lebih bermutu ditambah lagi harganya
yang kompetitif.

4. Pergantungan kepada negara maju masih berterusan.


 Negara-negara ASEAN merupakan negara-negara membangun. Hal ini menyebabkan negara ASEAN
banyak bergantung kepada negara-negara maju.
 Negara ASEAN bergantung kepada pasaran luar negara seperti USA, Eropah dan Asia Pasifik.
 Selain itu, negara ASEAN bergantung kepada teknologi moden dari negara maju seperti Jepun, Korea,
Rusia untuk sektor perindustrian.
 Negara ASEAN juga masih memerlukan pelaburan modal asing untuk menggerakkan dan memajukan
sektor ekonomi seperti perindustrian, perkhidmatan, pelancongan dan lain-lain.
 Sebagai contoh, Syarikat Seagate, Samsung, Apple banyak membuka pelaburan syarikat mereka di
negara-negara ASEAN.

5. Negara-negara ASEAN masih dibebani hutang luar negara.


 Kegawatan ekonomi dunia telah menjejaskan kedudukan ekonomi negara anggota ASEAN.
 Sebagai contoh, negara Indonesia dan Thailand dibebani oleh hutang luar negara.
 Hal ini menyebabkan negara-negara ini terpaksa meminjam wang dari IMF ( International Monetary
Fund).
 Kesannya, sehingga sekarang negara-negara ini masih belum dapat membayar hutang tersebut dan
terpaksa mengikut pelan pembangunan ekonomi yang disarankan oleh IMF yang pastinya akan
dikuasai oleh negara-negara kaya termasuk Amerika Syarikat, Jepun, Jerman, Britain, Perancis, Itali dan
Kanada, kerana mereka dikatakan mempunyai hak dalam menguruskan dana IMF.
 Keadaan ini menyebabkan negara kaya bertambah kaya dan negara miskin semakin tersepit dan
seterusnya boleh membantutkan perkembangan ekonomi di negara-negara Asia Tenggara.

6
NOTA KECEMERLANGAN SEMESTER 2 OLEH: CIKGU PA

Usaha Malaysia tingkatkan Ekonomi Negara (STPM 2019)

1. Perjanjian perdagangan Bebas ASEAN (AFTA)


 Membuka seluasnya pasaran keluaran negara. Gabungan pasara antara negara ASEAN mewujudkan
skala pasaran yang cukup besa
 250 juta penduduk Indonesia dan 65 juta penduduk Thailan merupakan satu ruang pasaran yang cukup
selesa, ditambah denga kadar cukai minimum 5%
 Wujud permintaan kepada barang tempatan, mengaktifkan ekonon pengeluaran

2. Menarik pelaburan asing


 Pelaburan langsung asing (FDI) amat penting dalam menggerakka projek-projek pembangunan
berimpak tinggi
 Dengan kehadiran FDI, ekonomi berskala besar dapat digerakka yang akan memberi kesan besar
kepada kemajuan ekonomi negar
 Kerajaan sentiasa mencari peluang dan ruang mempromosika Malaysia sebagai destinasi pelaburan
yang menarik

3. Meluaskan rakan dagang dua hala (FTA)


 Malaysia berusaha mensepakatkan pembukaan pasaran bagi memac pertumbuhan berterusan
ekonomi. Sebanyak 62% dagangan Malaysi dengan negara rakan FTA, keupayaan menambah bilangan
raka; dagang FTA akan meningkatkan lagi eksport
 Peluasan pasaran eksport merangsang pengeluaran dalam negara merangsang aktiviti ekonomi
 Kegagalan memeterai FTA dengan Amerika Syarikat tela! menjejaskan ruang memasuki pasaran di
negara berkenaan secar terbuka

4. Meningkatkan lagi kesepakatan serantau


 Kesepakatan membentuk pasaran saham berintegriti (ASEAN Trading Link) melibatkan Malaysia,
Thailand dan Singapura Memudahkan urusan transaksi pasaran saham merentasi sempadai antara tiga
negara. Mengelak pengaliran keluar modal oleh pelabu dengan akses mudah dan pantas ke atas ketiga-
tiga pasaran
 Permuafakatan dalam menstabilkan harga getah melalui Persidangar Antarabangsa Tiga Negara
Pengeluar Utama Getah Dunia yanj turut dihadiri negara China dan India.

5. Meningkatkan imej negara.


 Meningkatkan penerimaan antarabangsa terhadap Malaysia
 Imej yang positif dari segi standard antarabangsa seperti kedudukan negara dalam penarafan amalan
rasuah, kadar jenayah dan tahap keselamatan, kemudahan mengakses modal, sistem kewangan dan
perbankan dan jaminan dalam sistem kehakiman yang kukuh membentuk aras keyakinan antarabangsa
yang tinggi khususnya para pelabur
 Usaha mempromosi Malaysia di luar negara sebagaimana yang berlaku di Forum Ekonomi Dunia (WEF)
di Davos, Switzerland amat berjaya atas imej positif yang sedia terbentuk

6. Meningkatkan keamanan serantau


 Menggerakkan segala ruang bagi meningkatkan keamanan serantau termasuk melalui Zon Aman
Bebas dan Berkecuali (ZOPFAN), Zon Bebas Senjata Nuklear Asia Tenggara (SEANWFZ) dan Forum
Serantau ASEAN (ARF). Keamanan ini akan menstabilkan politik serantau dan melancarkan kegiatan
ekonomi
 Malaysia juga berjaya memuktamadkan rundingan konflik Selatan Filipina agar keamanan yang wujud
merangsang lagi pertumbuhan ekonomi serantau

7
NOTA KECEMERLANGAN SEMESTER 2 OLEH: CIKGU PA

Faktor Malaysia berpotensi meningkatkan pertumbuhan ekonominya:-

1. Sumber bahan mentah yang banyak.


• Mempunyai sumber bahan mentah mencukupi untuk dimajukan.
• Contoh Kelapa Sawit, getah, kayu balak, gas asli cecair dan petroleum merupakan sumber
ekonomi penting.
• Pelbagai kegiatan ekonomi seperti industri asas tani dan industri kecil sederhana dapat
diwujudkan dengnan adanya bahan mentah tersebut.

2. Sumber tenaga manusia yang mudah diperoleh.


• Tenaga buruh di Malaysia mudah diperoleh dan mencukupi. Buruh asing dan warga tempatan
bersaing untuk mendapatkan pekerjaan dan merupakan sumber tenaga yang produktiv.
• Hasil hubungan yang baik antara Malaysia dengan negara-negara luar seperti Indonesia,
Myanmar dan Bangladesh telah menyebabkan Malaysia mudah mendapat khidmat buruh
asing yang murah dan banyak.

3. Hubungan antarabangsa yang baik.


• Malaysia mempunyai hubungan dagangan yang baik diperingkat antarabangsa.
• Cth negara China yang merupakan peneraju kebangkitan ekonomi Asia.
• Keyakinan pelabur asing untuk melabur di negara Malaysia merupakan satu potensi yang
besar.

4. Dasar negara.
• Malaysia mempunyai dasar negara yang meyakinkan dan bijak dan dihormati oleh negara-
negara luar.
• Sebagai contoh, pada tahun 1960-an, kerajaan telah mengadakan Dasar Pandang ke Timur
untuk menjalinkan hubungan dengan Jepun dan Korea Selatan.
• Malaysia juga telah melaksanakan Transformasi dalam sektor awam yang memberi impak
yang sangat positif untuk masa depan negara.

5. Sistem perbankan dan kewangan yang kukuh.


• Malaysia mempunyai sistem perbankan dan kewangan yang kukuh.
• Rizab antarabangsa Malaysia di Bank Negara Malaysia sangat tinggi bagi menyokong
perkembangan ekonomi dan pembangunan negara.

6. Pasaran yang luas.


• Sambutan pasaran tempatan dan antarabangsa memberangsangkan.
• Malaysia juga menyokong Kawasan AFTA yang membolehkan Malaysia menembusi pasaran
luar negara.
• Rakyat dalam dan luar negara adalah pembeli barangan buatan Malaysia.
• Sokongan kerajaan kepada rakyat dan sebaliknya juga merupakan hubungan yang unik dan
positif.

8
NOTA KECEMERLANGAN SEMESTER 2 OLEH: CIKGU PA

Manfaat EKONOMI Kawasan Perdagangan Bebas ASEAN (AFTA)

Manfaat AFTA kepada negara anggota ASEAN:

1. Peningkatan pelaburan intra-Asean (antara negara anggota)


 Pelaburan intra Asean akan bertambah dengan dasar pintu terbuka
 Negara lebih besar dan kaya akan membantu meningkatkan taraf hidup di Negara miskin
 Meningkatkan pertumbuhan dan perkembangan dalam sektor ekonomi
 Menjadi pemangkin kepada perkembangan sektor lain.

2. Pertambahan jenis barangan dan peningkatan kualiti produk.


 Perdagangan antara Negara AFTA dijangka meningkat.
 Barangan yang dipasarkan kian bertambah
 Masyarakat dalam Negara AFTA boleh membuat pelbagai pilihan yang lebih baik
 Kualiti produk akan bertambah baik akibat daripada persaingan antara Negara anggota untuk
mendapat pasaran yang lebih besar

3. Pasaran semakin meluas.


 Negara anggota AFTA berkeluasan 4.46 juta km persegi
 Terdapat sejumlah 600 juta penduduk dengan KDNK sejumlah RM5.6 Trillion
 ASEAN merupakan Ekonomi kesembilan terbesar dunia
 Anggota akan menikmati keluasan pasaran ini
 Mewujudkan skala pasaran yang baharu yang cukup besar bagi pasaran negara masing-masing.

4. Kemasukan teknologi baharu.


 Kerjasama dengan pengusaha Negara asean menggalakkan kepakaran dan pertukaran teknologi dari
Negara luar
 Bagi meningkatkan produktiviti dan kualiti barangan mereka
 Kerana barangan negara anggota terpaksa bersaing sesama mereka.
 Kesan dapat mengembangkan ekonomi Negara

5. Meningkatkan kecekapan pengeluaran.


 Skala pengeluaran yang besar akan memaksimumkan penggunaan input pengeluaran termasuk tenaga
buruh, penggunaan jentera dan keupayaan kilang.
 Sektor industri besar terutamanya spt sektor automotif meningkatkan pengeluaran bidang yg
seterusnya meningkatkan kecekapan

6. Pengaliran tenaga buruh dan kepakaran.


 Mengurangkan lebihan tenaga buruh melalui perkongsian tenaga buruh.
 Malaysia menggunakan ramai tenaga buruh dari Indonesia
 Malaysia membekalkan kepakaran melalui tenaga buruh mahir ke Negara-negara ASEAN yang lain
seperti Indonesia, dan singapura.

7. Perkongsian pelaburan modal dan kewangan.


 Negara-negara yang kukuh dan teguh dari segi ekonomi akan membantu Negara-negara ASEAN yang
mundur dan lemah.
 Mengamalkan konsep pelaburan bersama
 Malaysia dan Singapura melalui projek IMS-GST

Kelemahan AFTA :-

1. Syarikat kecil sukar bersaing.


 Syarikat yang lebih kuat akan bertahan tetapi syarikat yang kecil sukar bersaing
 Syarikat kecil sukar bersaing dengan syarikat gergasi
 Syarikat tempatan dalam Negara terpaksa bersaing dengan syarikat besar daripada luar seterusnya
menyebabkan gulung tikar

2. Ketidakseimbangan perdagangan antara Negara.


 Berlaku lebihan dagangan dalam sesebuah Negara
 Negara pengeksport akan menikmati perdagangan yang lebih berbanding tempatan.

9
NOTA KECEMERLANGAN SEMESTER 2 OLEH: CIKGU PA

3. Kuasa beli pasaran masih rendah dan saiz pasaran yang masih kecil.
 Mempunyai ruang pasaran yang luas namun kuasa beli penduduk masih rendah. Contohnya Negara
Filipina dan Indonesia disebabkan rakyat negara ini majoritinya berpendapatan rendah.
 Bagi sesetengah Negara seperti Singapura dan Brunei, walaupun kuasa beli penduduk Negara ini tinggi
namun, jumlah penduduk yang sedikit menyebabkan ruang pasaran sangat kecil.

4. Berlaku persaingan keluaran barangan.


 Berlaku persaingan antara pengeluar utama komoditi
 Persaingan ini menyebabkan berlaku lambakan barangan dalam pasaran
 Akhirnya menyebabkan harga barangan jatuh
 Contohnya komoditi getah dan sawit antara Malaysia dan Indonesia

Kepentingan EKONOMI Perjanjian Perdagangan Dua Hala (FTA)

A: Kepentingan FTA

1. Menikmati Tarif yang lebih rendah.


 Melalui platform Rundingan Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA), dapat membantu Malaysia
meningkatkan eksport termasuk eksport barangan pertanian melalui penghapusan dan pengurangan
duti import serta halangan bukan tarif.
 Kadar peningkatan eksport Malaysia ke pasaran negara yang menandatangani perjanjian perdagangan
meningkat berganda. Tarif yang rendah menandakan tiada sekatan ke atas suatu barangan oleh
sesebuah negara.

2. Akses pasaran yang lebih baik.


 FTA membolehkan barangan negara bersaing kerana dengan tarif yang rendah atau ketiadaan duti
import, harga barangan menjadi lebih rendah
 Harga yang rendah akan mempengaruhi permintaan terhadap barangan keluaran negara.
 Kos yang rendah membuatkan pengguna beralih kepada hasil keluaran negara

3. Pasaran yang besar


 Kira-kira 62% nilai dagangan Malaysia melibatkan hubungan dagangan dengan negara yang
menandatangani FTA dengan Malaysia
 Dengan kos yang lebih rendah dan tiada sekatan dagangan, pasaran terbuka luas dan kompetitif
 Pengenalan dan promosi suatu barangan di negara berkenaan menjadikan pasaran begitu terbuka
kerana sesetengah negara menjadi pusat kemasukan barangan keluaran negara kepada negara lain

4. Peningkatan pelaburan langsung asing (FDI)


 Teras perjanjian ialah dasar terbuka dan perdagangan bebas
 Iklim pelaburan asing menjadi menarik
 Dorongan untuk pelaburan asing ke dalam negara kita
 Menjana perkembangan industri tempatan.
 Memperkembang ekonomi dan mewujudkan daya saing dengan syarikat tempatan.

5. Meningkatkan daya saing


 Proses pengeluaran tidak akan mengalami lonjakan
 Mewujudkan persaingan yang sihat
 Harus bersaing dengan entiti asing yang lebih cekap.
 Tidak boleh terus bergantung kepada kerajaan.
 Kualiti akan ditingkatkan selaras dengan kuantiti permintaan yang meningkat.

Implikasi negatif FTA :

1. Kemuflisan syarikat tempatan


 Implikasi kepada syarikat-syarikat tempatan yang kurang kemampuan dan kekurangan modal.
 Persaingan menjadi budaya yang sihat sekiranya pesaing mempunyai kekuatan yang agak sama
 Syarikat asing memiliki kekuatan daripada segi modal, teknologi, kepakaran, dan pengalaman
 Industri kecil dan sederhana (IKS) tidak dapat menentang dan bersaing dengan syarikat luar
 Lebih banyak syarikat tempatan akan gulung tikar

10
NOTA KECEMERLANGAN SEMESTER 2 OLEH: CIKGU PA

2. Perdagangan menjadi tidak seimbang.


 Menggalakkan perdagangan bebas dan tanpa had.
 Syarat ini merugikan negara memandangkan perdagangan import akan melebihi eksport
 Rakyat tempatan didedahkan dengan kelebihan barangan import berbanding dengan barangan
tempatan
 Ketidakseimbangan perdagangan akan berlaku.
 Kemungkinan berlaku lebihan perdagangan kepada sesebuah negara
 Negara pengeksport ini akan menikmati perdagangan yang lebih.

Faktor Krisis Ekonomi Global

1. Peningkatan harga bahan bakar/minyak


• Peningkatan bahan bakar utama dipengaruhi oleh spekulasi dan keadaan politik yang tegang.
• Krisis di Asia Barat menjejaskan pengeluaran minyak lalu menyebabkan kenaikan harga
• Semua sektor yang bergantung pada minyak menanggung beban kenaikan harga tersebut

2. Krisis kewangan dunia


• Boleh terjadi akibat kenaikan atau penyusutan nilai mata wang utama
• Apabila berlaku kenaikan nilai mata wang negara asing, permintaan terhadap barangan atau
perkhidmatan dari negara tersebut akan terjejas
• Kenaikan harga barang dari luar negara boleh menyebabkan masalah inflasi di Malaysia
ditanggung oleh pengguna tempatan

3. Pertumbuhan ekonomi dunia yang tidak stabil


• Pertumbuhan ekonomi terjejas akibat tidak ada perkembangan baharu dalam ekonomi negara
• Ekonomi negara tidak dapat dikembangkan lagi kerana pembangunan sudah dilaksanakan
• Amerika Syarikat pernah mengalami keadaan tersebut pada tahun 2011-2012
• Menjejaskan perdagangan Amerika Syarikat dengan negara lain.
• Persaingan kuasa besar seperti Amerika Syarikat & China

4. Pengurangan import.
• Krisis ekonomi dunia menyebabkan pengurangan import barangan Malaysia
• Firma di Malaysia menghadapi masalah akibat langkah penjimatan negara yang dilakukan oleh
negara asing.
• Malaysia berhadapan dengan pertambahan bilangan penggangur
• komitmen pelaburan asing dalam negara juga berkembang

Langkah Malaysia Menangani Krisis Ekonomi Global

1. Mengeluarkan barang dan perkhidmatan sendiri


• Tidak terlalu bergantung pada barangan dan perkhidmatan asing
• Tidak menjejaskan ekonomi negara jika terdapat masalah di luar negara
• Contohnya, Malaysia mengeluarkan produk besi dan keluli, jentera dan peralatan
• Kempen membeli barangan buatan Malaysia dipertingkatkan.

2. Menstabilkan nilai mata wang tempatan


• Kestabilan nilai mata wang ngara boleh mempengaruhi keadaan ekonomi negara
• Bergantung pada nilai simpanan mata wang
• Kerajaan perlu memastikan kadar simpanan emas negara berkemampuan untuk stabil dengan
meningkatkan kadar simpanan tuNai di bank pusat
• Kestabilan mata wang tempatan mampu menangani spekulasi pedagang mata wang.

3. Meningkatkan perbelanjaan kerajaan


• Semua pihak berbelanja pada waktu kemelesetan ekonomi.
• Membolehkan firma mengalami pertumbuhan semula
• Dapat menghidupkan kembali peluang pekerjaan dan memulihkan ekonomi negara

4. Meningkatkan kerjasama ekonomi dengan kuasa ekonomi dunia.


• Malaysia telah mengadakan hubungan kerjasama ekonomi dengan negara China sebagai salah
satu kuasa ekonomi dunia.
• Usaha ini akan dapat meningkatkan lagi perdagangan antara kedua-dua buah negara

11

Anda mungkin juga menyukai