Anda di halaman 1dari 10

Malaysia dan Hubungan Serantau (ASEAN) Keanggotaan ASEAN 1.

Pertubuhan Negara-negara Asia Tenggara (ASEAN) ditubuhkan di Bangkok, Thailand pada 8 Ogos 1967 melalui Deklarasi Bangkok. 2. ASEAN terdiri daripada Malaysia,Indonesia,Filipina,Singapura dan Thailand. Brunei Darussalam menyertai ASEAN pada 7 Januari 1984, Vietnam pada tahun 1995,Laos dan Myanmar pada tahun 1997 dan Kemboja (Kampuchea) pula menyertai ASEAN pada tahun 1999. Matlamat ASEAN 1. Walaupun pertimbangan strategik dan politik merupakan asas penubuhan ASEAN, pertimbangan ekonomi dan kestabilan sosial kawasan serantau juga tidak diabaikan. 2. Antara matlamat penubuhan ASEAN adalah seperti berikut: a) Mempercepat pertumbuhan ekonomi,kemajuan sosial dan pembangunan kebudayaan di rantau Asia Tenggara. b) Menggalakkan keamanan dan kestabilan politik di rantau Asia Tenggara dengan mematuhi prinsip Piagam Pertubuhan Bangsa-Bangsa bersatu c) Menggalakkan kerjasama dan bantuan antara satu sama lain dalam pelbagai bidang termasuk latihan dan penyelidikan. d) Meningkatkan taraf hidup rakyat negara anggota melalui kerjasama dalam sektor pertanian dan perdagangan. e) Mengeratkan hubungan dengan pertubuhan serantau dan antarabangsa lain.

Kerjasama Potitik 1 Untuk menjamin kestabilan politik dan keamanan negara serantau, konsep ZOPFAN telah diwujudkan melalui Deklarasi Kuala Lumpur pada 27 November 1971. Matlamat penubuhan ZOPFAN adalah seperti berikut:
(a) Memelihara keamanan dan kestabilan politik di Asia Tenggara dengan mengelakkan campur

Langan daripada mana-mana pihak luar seperti Rusia, Amerika Syarikat dan China dalam hal-hal rantau ini.
(b) Menyediakan saluran untuk menyelesaikan pertikaian yang berlaku di Asia Tenggara secara

aman dan bukan dengan menggunakan kekerasan.


(c) Mengelakkan penglibatan dalam pertikaian antara kuasa besar. (d) Memberi peluang kepada negara anggota untuk menentukan nasib sendiri.

2 Zon Bebas Senjata Nuklear (SEANWFZ) dibentuk pada 16 Disember 1987 untuk memastikan kawasan ASEAN bebas daripada ancaman senjata nuklear. 3 ASEAN mengamalkan pendirian bersama dalam isu politik seperti pencerobohan Vietnam di Kemboja, iaitu tentera Vietnam harus berundur dari Kemboja dan rakyatnya diberi peluang untuk menentukan nasib negara mereka sendiri.

Kerjasama Ekonomi 1 Kerjasama ekonomi Bari tahun 1967 hingga 1976 boleh dikatakan lembap kerana tiada aktiviti dijalankan pada peringkat ASEAN. Kerjasama ekonomi bermula setelah beberapa perjanjian seperti Perjanjian Persahabatan dan Kerjasama (Treaty of Amity and Cooperation) dan Perisytiharan Pakatan ASEAN (Declaration of ASEAN Concord) ditandatangani pada tahun 1976 di Bali semasa Mesyuarat Ketua-ketua Kerajaan ASEAN pertama. 2 Antara kerjasama ekonomi negara-negara anggota ASEAN adalah seperti berikut: (a) Melaksanakan projek-projek perindustrian seperti:
(i)

Projek Baja Urea ASEAN di Indonesia

(ii) Projek Baja Urea ASEAN di Malaysia (iii) Projek Fabrikasi Tembaga ASEAN di Filipina (iv) ProjekVaksin Hepatitis B ASEAN di Singapura (v)

Projek Garam Batuan-Abu Soda ASEAN di Thailand

bMengadakan Skim Pelengkapan Perindustrian ASEAN, misalnya dalam bidang automotif. (d) Mewujudkan Peraturan Perdagangan Istimewa 1977 untuk Meningkatkan perdagangan antara negara anggota. Keistimewaan yang diberikan termasuk kontrak kuantiti jangka panjang, perolehan istimewa ole:entiti kerajaan, pelonggaran langkah-langkah bukan tarif dan peluasan tarif istimewa. (e) Mengadakan kerjasama dalam sektor kewangan
(i) Majlis

Perbankan ASEAN (ASEAN Banking Council) telah ditubuhkan untuk

menyelaraskan kegiatan bank-bank perdagangan di rantaL ASEAN.


(ii) Syarikat Kewangan ASEAN ditubuhkan untuk memberikan kemudaha_ kewangan kepada

negara-negara yang terlibat dalam projek-proje usaha sama ASEAN. (f) Mengadakan kerjasama dalam bidang komunikasi

(i) Pemasangan kabel laut ASEAN untuk menghubungkan semua negara anggota. (ii) Mengasskan Skim Pertukaran Berita Televisyen. (iii) Mengiktiraf lesen pemandu di rantau ASEAN.

(g) Mengadakan kerjasama dalam sektor makanan dan pertanian


(i) Penubuhan Pusat Perancangan Pembangunan Pertanian ASEAN sebagai bank

data atau pusat maklumat mengenai masalah pertania


(ii) Penubuhan Plant Quarantine Training Centre and Institute di Serda: (iii) Penubuhan ASEAN Centre for Development ofAgricultural Cooperar. di Indonesia.

(h) Mengadakan dialog dengan negara-negara maju. (i) Mewujudkan Kawasan Pertumbuhan Segi Tiga yang menggalakkan per bangunan dalam bidang perdagangan, pelancongan, pengangkutan dan perhubungan seperti:
(i) IMT-GT (Pertumbuhan Segi Tiga Indonesia-Malaysia-Thailand) (ii) IMS-GT (Pertumbuhan Segi Tiga Indonesia-Malaysia-Singapura (iii) BIMP-EAGA (Kawasan Pertumbuhan ASEAN Timur Brunei-Indone Malaysia-Filipina)

Kerjasama Sosial dan Kebudayaan 1 Tabung Kebudayaan ASEAN diwujudkan untuk mengeratkan hubungan an: negara ASEAN melalui aktiviti kebudayaan. Antara kegiatan kebudayaan yang diadakan ialah Pesta Filem ASEAN, Pesta Lagu ASEAN dan Bengkel. Lukisan dan Muzik bagi kaum belia. 2 Penubuhan Majlis Bahasa Brunei Darussalam-Indonesia-Malaysia (MABBIM)
(a) Ditubuhkan pada 4 November 1985 bagi menggantikan Majlis Bahasa Brunei Darussalam-

Indonesia-Malaysia (MBIM) yang ditubuhkan pada 29 Disember 19


(b) Diusahakan oleh sebuah urusetia di setiap negara (Malaysia, Indone- dan Brunei

Darussalam) yang bersidang dua kali setahun.


(c) Tujuan penubuhan adalah seperti berikut: (i) Mengembangkan bahasa Melayu supaya menjadi bahasa yang setaraf. dengan bahasa

moden yang lain.


(ii) Meningkatkan semangat persaudaraan antara negara anggota. (iii) Meningkatkan peranan bahasa Melayu sebagai alat perhubung yang lebih luas.

3 Pembentukan Perubuhan Menteri-menteri Pendidikan Asia Tenggara (SEAMEO) (a) (b) Menganjurkan projek berikut:
(i) (ii) (iii)

Pusat Kajian Bahasa Inggeris di Singapura (RELC) Pusat Pembaharuan dan Teknologi di Filipina (INNOTECH) Pusat Pendidikan Serantau bagi Pendidikan Sains dan Matematik (RECSAM) di Pulau

Pinang Cabaran ASEAN Ekonomi 1 Pada peringkat permulaan, pengurangan permintaan pasaran dunia terhadap sumber bahan utama seperti bijih timah dan getah asli negaranegara ASEAN telah membantutkan pertumbuhan ekonomi di rantau ini. 2 Akibatnya, negara-negara ASEAN terpaksa memberikan perhatian kepada sektor perkilangan dan perkhidmatan. Walau bagaimanapun, negara-negara maju masih mempunyai kelebihan ekonomi dari segi kos pengeluaran dan kecanggihan teknologi. 3 Pengeluaran dan pemasaran keluaran yang sama menyebabkan persaingan yang sengit dalam kalangan negara anggota dan antara negara ASEAN dengan negara maju. 4 Pergantungan kepada negara maju dari segi ekonomi masih berlanjutan. 5 Kerjasama ekonomi juga terbatas akibat ketidakstabilan politik yang dialami oleh negara-negara tertentu di ASEAN. 6 Indonesia dan Thailand dibebani oleh hutang luar negara. 7 Ada negara anggota yang melaksanakan projek ekonomi mengikut kepentingan negara sendiri dan bukan kepentingan serantau. 8 Dasar perlindungan perdagangan yang dilaksanakan oleh negara maju turut membantutkan pertumbuhan ekonomi ASEAN. Sosial 1 Negara ASEAN menghadapi cabaran besar untuk mengekalkan taraf hidup atau kualiti hidup rakyatnya. 2 Proses pembandaran yang pesat dan kadar pengangguran yang kian meningkat menjejaskan usaha meningkatkan taraf hidup penduduk di negara-negara ASEAN. Politik 1 Perubahan kepimpinan di sesetengah negara ASEAN seperti Malaysia dan Singapura. 2 Percubaan rampasan kuasa atau keganasan di Filipina dan Indonesia. 3 Negara ASEAN terpaksa mengenakan sekatan terhadap kebebasan berpolitik di negara masing-masing. Menggalakkan kerjasama dalam bidang ilmu pengetahuan.

TIPS MENJAWAB PENGAJIAN AM STPM BAHAGIAN A DAN BAHAGIAN B. PEMARKAHAN (Peringkat sekolah) IDEA UTAMA : 4 M HURAIAN : 12 M BAHASA : 4.5 M IMPAK : 4.5 M JUMLAH 25 M Berikut adalah tips atau panduan untuk menjawab soalan Bahagian A dan Bahagian B. 1. LARAS. Jawab satu soalan esei sahaja bagi setiap laras iaitu satu jawapan bagi Soalan Bahagian A (Esei laras sastera) dan satu jawapan bagi soalan bahagian B (esei laras sains).PASTIKAN ANDA MENJAWAB DENGAN LARAS YANG DIKEHENDAKI.

2. RANGKA. Pastikan menjawab soalan yang anda benar-benar yakin boleh menjawab dengan baik. Luangkan masa 3-4 minit untuk menyediakan rangka atau idea-idea utama sebelum memulakan esei. RANGKA INI SEBAGAI PANDUAN SUPAYA TIDAK BERLAKU PENGULANGAN IDEA DAN MEMUDAHKAN PERANCANGAN PENULISAN ANDA. 3. PATAH PERKATAAN. Maksimum jumlah perkataan adalah 350 patah perkataan. Latih diri anda semasa membuat latihan. Cara pengiraan mudah ialah dengan mengira jumlah perkataan purata dalam satu baris (bergantung kepada saiz penulisan) darabkan dengan jumlah baris dikehendaki bersamaan lebih kurang 350 patah perkataan. 4. PERENGGAN. Ada 6 perenggan kesemuanya. Perenggan pertama untuk pengenalan (30-40 patah perkataan sahaja). Perenggan kedua hingga perenggan kelima untuk idea dan huraian. Perenggan keenam untuk kesimpulan/penutup. (IDEA DAN HURAIAN ESEI DITERANGKAN KEMUDIAN) 5. AYAT. Tulis sekurang-kurangnya lima ayat yang sempurna dan setiap perenggan esei anda.Di mana ayat pertama untuk menyatakan idea utama manakala ayat kedua hingga kelima untuk huraian yang padat dan mantap. 6. MASA. Masa yang paling ideal untuk menjawab / menulis sebuah esei yang lengkap adalah selama 40 minit. Oleh itu mula latihkan diri anda menulis dalam ruang masa sepatutnya. MEMAHAMI KEHENDAK SOALAN 1. Calon hendaklah memahami pernyataan diberikan secara ayat demi ayat. 2. Mengenalpasti kata kunci dan kehendak soalan secara mendalam berkemungkinan ada persoalan yang tersirat/tersembunyi. 3. Merangka esei anda. KATA KUNCI SOALAN. 1.BINCANGKAN. Calon perlu mengemukakan idea dengan menjelaskan isu/fakta yang diberi mengikut beberapa pendekatan berikut: a. PRO ATAU KONTRA/POSITIF ATAU NEGATIF b. PRO DAN KONTRA / POSITIF DAN NEGATIF c. PRO KEPADA PENYATAAN POSITIF DAN NEGATIF

d. PRO DAN LAIN-LAIN e. PELBAGAI ASPEK : PUNCA/MASALAH/KESAN/FAEDAH/LANGKAH 2. SEJAUH MANAKAH Calon mestikan nyatakan lebih idea/keterangan dengan alasan yang kukuh dan munasabah untuk menyokong idea yang dikemukan dalam soalan. Ada 3 pendekatan iaitu : a. PRO DAN KONTRA b. PRO DAN LAIN-LAIN c. PRO SAHAJA 3. HURAIKAN, BERI PENJEASAN/PENDAPAT, LANGKAH-LANGKAH, HURAIKAN,

CADANGKAN DLL. Calon diminta memberi penjelasan/keterangan tentang sesuatu perkara yang dikehendaki. 4. BERIKAN ULASAN Calon diminta menyatakan pandangan, tafsiran dan keterangan yang jelas tentang isu yang dikemukakan. Calon juga boleh mengupas/membuat komentar berdasarkan soalan yang diberikan dan mengemukakan pandangan pro dan kontra jika sesuai dengan pernyataan soalan. 5. JELASKAN CIRI-CIRI PERBEZAAN/PERBANDINGAN Calon diminta memberi kesemua ciri yang membezakan kedua-dua perkara atau membuat perbandingan. UNTUK MAKLUMAN PELAJAR, STPM 2007 KESEMUA SOALAN BAHAGIAN A DAN B ADALAH BINCANGKAN. BAHAGIAN C (PETIKAN) Terbahagi kepada dua bahagian soalan iaitu Roman i dan Roman ii. 1. Roman i 2 Markah Oleh kerana markah yang kecil, calon diminta membina SATU ayat sahaja. Jawapan hendaklah berdasarkan petikan dan telah diubahsuai untuk menyampaikan dan menyambung frasa. Satu ayat ini hendaklah menjawab soalan dengan tepat.

MENYALIN SEMULA PETIKAN (DARI AWAL HINGGA AKHIR) TIDAK AKAN DIBERI MARKAH. 2. Roman ii 8 Markah Aspek pemarkahan: Idea(2 idea) - 2 Markah Huraian - 4 Markah Bahasa - 2 markah a. Pelajar dikehendaki mengemukakan 2 isi/idea. b. Huraian hendaklah relevan dengan isi/idea yang dinyatakan dan hendaklah padat. BERHATI-HATI DENGAN LARAS SOALAN. c. Buat dalam satu perenggan sahaja. d. Jumlah perkataan hendaklah tidak lebih 50 patah perkataan. BAHAGIAN D (MENUKAR TEKS LINEAR KEPADA BUKAN LINEAR) Aspek Pemarkahan: (15 Markah) Pengkelasan Angkubah(PA) 4 markah Kesuaian Teknik (KT) 4 markah Ketepatan Isi (KI) 4 markah Kejelasan (KJ) 3 markah Pengkelasan Angkubah(PA) 1. Paksi X(mendatar) dan Paksi Y (menegak) dilukis dengan betul dan tepat. Begitu juga ukuran bulatan Carta Pai, diukur dengan tepat. 2. Maklumat angkubah pada paksi mesti tepat seperti unit nilai paksi, label paksi dan unit yang digunakan (RMjuta/kg/orang/Kilowatt dll)

Kesesuaian Teknik (KT) 1. Jenis media hendaklah tepat.Kesalahan media menyebabkan pelajar gagal dalam Bahagian ini. 2. Kedudukan media(graf bar/garis/carta) hendaklah seimbang/ditengah kertas graf dan jangan terkeluar daripada kertas graf. Tajuk , Petunjuk, Skala dan Sumber ditulis dengan tepat dan betul. 3. Menggunakan warna /lorekan yang sesuai dan kemas. Ketepatan Isi (KI) Maklumat berikut mestilah lengkap: 1. Label Paksi X dan Paksi Y 2. Unit Paksi 3. Tajuk yang lengkap 4. Petunjuk sama ada warna, lorek atau garisan. 5. Sumber dicatatkan seperti dalam petikan. 6. Data/Maklumat jadual yang ditunjukkan melalui graf/carta 7. Skala / nisbah jejari yang tepat 8. Titik asas (0) di catat pada persilangan paksi X dan Paksi Y Kejelasan (KJ) Maklumat berikut mestilah KEMAS, BETUL dan JELAS 1. Tajuk Utama 2. Label paksi 3. Petunjuk 4. Skala

5. Sumber BAHAGIAN E (MENGALIH TEKS BUKAN LINEAR KEPADA TEKS LINEAR) Ada beberapa media yang kerap disoal dalam peperiksaan iaitu: 1. Media Statistik (jadual) 2. Media Statistik (graf / carta pai) 3. Media Carta Aliran 4. Media Gambarajah

Anda mungkin juga menyukai