Anda di halaman 1dari 12

5.

0 KERJASAMA ASEAN
BY : NURMAN BIN AMAR IMRAN
BENTUK KERJASAMA ASEAN

Bentuk kerjasama
ASEAN

Politik dan Sosial dan


Ekonomi
Keselamatan Budaya
EKONOMI
1. Rasional
 Kemunculan kumpulan ekonomi serantau seperti :
 Kesatuan Eropah (EU) - mengamalkan skim tarif yang sama, menggunakan mata wang yang
sama (Euro), tidak menggalakkan pelaburan asing
 NAFTA (Amerika Syarikat, Kanada, dan Mexico) - merancang untuk mengamalkan skim tarif
yang sama
 Kegagalan Perjanjian Am tentang Tarif dan Perdagangan (GATT) dalam Rundingan Pusingan
Uruguay (bertujuan menghapuskan halangan perdagangan antarabangsa antara negara maju dan
negara sedang membangun)
 Perkembangan ekonomi yang pesat di Asia Timur

2. Objektif
 Sebagai forum untuk perundingan ekonomi dan perdagangan
 Merapatkan kerjasama dan jaminan pasaran ekonomi dalam kalangan negara anggota
 Menguatkan suara negara Asia Timur dalam forum antarabangsa
 Memperjuangkan sistem perdagangan dunia yang bebas dan terbuka
EKONOMI
3. Kerjasama Ekonomi ASEAN
 Kawasan Perdagangan Bebas ASEAN (AFTA)
 Projek perindustrian ASEAN
 Memorandum Persefahaman Pembangunan Serantau (Konsep Segi Tiga Pertumbuhan)
 Sidang Kemuncak Asia Timur
 ASEAN+3
 Skim Tarif Keistimewaan Sama Rata (CEPT)
 Pembentukan EAEC
 Rakan Dialog ASEAN
 Kawasan Pelaburan Bebas ASEAN (AIA)

4. Rasional Kerjasama Ekonomi ASEAN


 Persamaan faktor pengeluaran
 Pasaran ASIA yang besar (jumlah penduduk yang melebihi 500 juta)
 Negara ASIA yang masih membangun daripada sokongan kuasa serantau
 Perubahan kerjasama ekonomi ASEANmula dicapai pada sidang kemuncak ke-4 apabila Perjanjian
Kerjasama Ekonomi ASEAN diterima pakai
 Kerjasama ekonomi ASEAN merangkumi bidang perindustrian, komunikasi, kewangan dan
perbankan, galian dan tenaga
PROJEK PERINDUSTRIAN ASEAN

1. ASEAN telah membuat pengisytiharan Pakatan ASEAN pada 23-24 Februari 1976 di Bali,
Indonesia
2. Projek Perindustrian ASEAN dilaksanakan di negara-negara ASEAN seperti
 Projek Baja ASEAN di Indonesia
 Projek Perlombongan Potasium di Thailand
 Projek Vaksin Hepatitis B dan Enjin Diesel di Singapura
 Projek Pendidikan dan Urea di Bintulu, Malaysia
 Projek Fabrikasi Tembaga di Filipina
PERATURAN PERDAGANGAN ISTIMEWA (PTA)

Diwujudkan sejak tahun 1970-an bagi menggalakan perdagangan intra-ASEAN tetapi kurang
berjaya kerana setiap negara mengutamakan usaha melindungi pasaran domestik masing-masing
KAWASAN PERDAGANGAN BEBAS ASEAN (AFTA)
1. Kawasan Perdagangan Bebas ASEAN (AFTA) dilancarkan pada 1993. AFTA terlaksana sepenuhnya
pada tahun 2005
2. Melaksanakan Kawasan Perdagangan Bebas ASEAN (AFTA) selama 15 tahun melalui Skim
Keutamaan Tarif Sama Rata (CEPT)
3. Melalui skim ini, barangan yang dijual mesti mengandungi 60% komponen barangan tempatan dan
bebas daripada halangan tarif (NTB) dan pembukaan lebih luas sektor perkhidmatan. Tiada cukai/
sekatan kemasukan atau dengan mengenakan kadar cukai maksimum 5%, merangsang pengusaha
meningkat keupayaan dan kapasiti pengeluaran.
4. Halangan tarif dihapuskan sepenuhnya pada tahun 2010 bagi enam negara ASEAN awal, dan diikuti
oleh Negara Kemboja, Loas, Myanmar dan Vietnam pada tahun 2015. Halangan tarif dan bukan tarif
antara anggota dimansuhkan untuk mewujudkan kebebasan dalam perdagangan sesama anggota
5. TUJUAN AFTA
 Mengukuhkan perdagangan
 Menggalakkan peluang pelaburan
 Memperkasakan perindustrian
KAWASAN PERDAGANGAN BEBAS ASEAN (AFTA)

6. Barangan utama yang dieksport melalui skim ini ialah jentera, peralatan elektrik, organik, besi
dan keluli, dan artikel plastik
7. Kesan kemunculan AFTA kepada Malaysia
 Daya saing produk negara di pasaran antarabangsa meningkat
 Harga barangan Malaysia terpaksa direndahkan akibat persaingan produk sama yang
dikeluarkan oleh negara anggota
 Barangan Malaysia dapat menembusi pasaran ASEAN yang lebih luas
 Pasaran untuk produk dan keluaran barangan negara bertambah baik
8. Malaysia menyokong AFTA kerana menembusi pasaran global dan meningkatkan daya saing
negara
PERJANJIAN PERDAGANGAN BEBAS ASEAN+CHINA, JEPUN,
KOREA, INDIA, AUSTRALIA DAN NEW ZEALAND (FTA)
1. FTA Malaysia menandatangani perjanjian dengan Jepun, Korea, Australia dan Pakistan. Perjanjian antara
Syarikat dari Malaysia dengan Amerika Syarikat dan Turki masih dalam perundingan
2. Di bawah FTA ASEAN-Korea Selatan, Malaysia telah menawarkan semua produk untuk konsesi tarif
kecuali 40 barisan tarif berkaitan minuman keras, tembakau dan senjata api
3. Negara-negara ASEAN yang lain juga mendapat kelonggaran yang serupa untuk mengecualikan 40 barisan
tarif yang dianggap amat sensitif oleh negara-negara terbabit bagi ditawarkan di bawah FTA ASEAN-
Korea Selatan
4. Faktor penubuhan FTA
Meningkat permintaan FTA akan membuka ruang kemasukan barangan ASEAN ke negara-negara
dan penawaran dari luar berkenaan dengan kadar cukai yang lebih rendah atau tanpa sekatan dan tarif.
Perjanjian perdagangan dua hala ini juga mewujudkan ruang mempromosikan
barangan dari ASEAN ke pasaran yang besar negara berkenaan
Meningkatkan Apabila barangan negara ASEAN boieh dipasarkan ke negara-negara
kemasukan pelabur dari berkenaan, bermakna produk yang dihasilkan melalui proses pelaburan juga
luar akan menikmati pasaran yang terbuka luas
5. FTA mampu meningkatkan pasaran produk dan kemasukan pelabur asing ke dalam negara.
KONSEP SEGI TIGA PERTUMBUHAN ASEAN

1. Konsep ini merupakan suatu memorandum persefahaman untuk memajukan dan


membangunkan kawasan serantau
2. Melalui konsep ini, dua kawasan pertumbuhan telah diwujudkan
 Segitiga Pertumbuhan Indonesia, Malaysia, dan Singapura (IMS-GT) - Di selatan yang
melibatkan Batam, Johor, dan Singapura
 Segitiga Pertumbuhan Indonesia, Malaysia, dan Thailand (IMT-GT) - Di utara yang
melibatkan Sumatera, Thailand dan Semenanłung Malaysia Utara
 Kawasan Pertumbuhan ASEAN Timur Brunei - Indonesia - Malaysia - Filipina (BIMG-
EAGA)
3. Tumpuan kerjasama Segitiga Pertumbuhan ASEAN adalah dalam bidang pelancongan,
perdagangan, dan kemudahan infrastruktur (Pengangkutan dan telekomunikasi) pembangunan
sektor perikanan, pertanian, dan perindustrian, kerjasama sektor perhutanan
KONSEP SEGI TIGA PERTUMBUHAN ASEAN

4. Masalah-masalah dałam kerjasama segitiga pertumbuhan ASEAN


 Kegawatan ekonomi serantau — Menjejaskan pelaksanaan projek-projek yang dirancang
 Masalah fizikal — Bentuk muka bumi yang bergunung-ganang dan pulau sukar untuk
dimajukan
 Masalah teknologi dan kepakaran yang rendah
 Masalah pasaran yang terhad — Jumlah penduduk dan kemiskinan menyebabkan kuasa beli
rendah
5. Tujuan kerjasama Segi Tiga Pertumbuhan
 Mempercepatkan pembangunan sumber alam di kawasan yang terbabit
 Perluasan pasaran dan perdagangan
 Perkongsian pelaburan modal
 Perkongsian Teknologi, R&D, dan inovasi baharu
 Pengaliran buruh dan tenaga pakar.
DIALOG PERDAGANGAN ASEAN
1. Dialog Perdagangan ASEAN bersama dengan negara-negara maju
2. Dialog melibatkan usaha-usaha untuk;
 Menumpu kepada hal ehwal ASEAN
 Melibatkan semua isu / tujuan bagi mengatasi apa juga masalah yang timbul di Asia dan rantau lain
3. Antara bentuk dialog
 ASEAN + Jepun, Korea Selatan, China, Australia dan New Zealand - Perjanjian Perkongsian Ekonomi Komprehensif
Serantau (RCEP)
Objektif RCEP
 Mengukuhkan rantaian nilai serantau untuk perniagaan di rantau ini, terutama perusahaan kecil dan sederhana
 Perjanjian perdagangan yang mesra pengguna dan senang digunakan
 Perkongsian ekonomi moden, komprehensif, berkualiti tinggi dan saling menguntungkan yang akan memudahkan
pengembangan perdagangan dan pelaburan serantau dan menyumbang kepada pertumbuhan dan pembangunan
ekonomi global dalam kalangan negara anggota RCEP
Ciri-ciri utama RCEP
 Perdagangan barangan dan perkhidmatan, pelaburan, kerjasama ekonomi dan teknikal, dan perlindungan hak harta
interlek
 ASEAN + 3 - Dialog antara ketua negara ASEAN + Jepun, Korea Selatan dan China.
Fokus kerjasama ASEAN+3 melalui Rancangan Kerja Kerjasama (2007-2017) dan Rancangan Kerja Semasa (2018-
2022)
 Politik dan keselamatan, jenayah transnasional, perdagangan dan pelaburan, kewangan, pelancongan, pertanian
dan perhutanan, tenaga, minerał, perusahaan mikro, kecil dan sederhana, sains, teknologi dan inovasi,
persekitaran, pembangunan luar bandar dan kemiskinan, kebajikan sosial, belia, wanita, perkhidmatan awam,
buruh, budaya dan seni, maklumat dan media, pendidikan, pengurusan bencana, kesihatan awam, dan
perhubungan

Anda mungkin juga menyukai