Anda di halaman 1dari 13

1.

3 Faktor yang
Mempengaruhi
Pengangguran
Kadar Kitaran
Kehendak
pertumbuhan perniagaan /
majikan yang
tenaga buruh kemelesetan
berbeza
yang pesat ekonomi

Persaingan
Sikap tenaga
dengan pekerja Musim
buruh
asing

Kekurangan
Perkembangan
maklumat
ekonomi
pekerjaan
1. Kadar Pertumbuhan Tenaga Buruh Yang Pesat

• Apabila berlaku kadar pertumbuhan tenaga buruh yang pesat berbanding dengan kadar pertumbuhan ekonomi, maka
peluang pekerjaan yang tersedia tidak mencukupi bagi menampung pertumbuhan tenaga buruh.

2. Kehendak majikan yang berbeza

• Ketidaksepadanan antara kehendak majikan dengan kemahiran tenaga buruh yang ada menyebabkan tenaga buruh
terpaksa menganggur.

• Misalnya sebuah firma memerlukan tenaga buruh yang mempunyai kemahiran dalam reka bentuk bangunan, tetapi
tenaga buruh yang tersedia ialah hanya setakat kemahiran asas komputer. Maka tenaga buruh tersebut tidak memenuhi
keperluan firma dan tidak akanmendapat pekerjaan.
3. Kitaran perniagaan / kemelesetan ekonomi

• Pengangguran juga boleh berlaku apabila berlakunya kitaran perniagaan, iaitu semasa ekonomi meleset.
• Apabila ekonomi dunia meleset, keadaan ekonomi Malaysia juga turut meleset kerana Malaysia mengamalkan ekonomi
terbuka dengan negara lain.
• Apabila keadaan ini berlaku, permintaan agregat berkurang dan firma-firma akan mengurangkan pengeluaran dan
pengambilan buruh. Di samping itu, terdapat firma-firma yang menamatkan perkhidmatan tenaga buruhnya.
• Ini menyebabkan tenaga buruh yang ditamatkan perkhidmatannya terpaksa menganggur.

4. Persaingan dengan pekerja asing

• Di Malaysia sekarang terdapat ramai tenaga buruh asing sama ada berstatus sah atau tidak sah.
• Mereka sanggup menerima upah yang rendah daripada majikannya.Ini adalah disebabkan negara mereka agak sukar
untuk menjalani kehidupan.
• Keadaan ini berbeza dengan tenaga buruh tempatan yang tidak sanggup bekerja dengan upah yang rendah.
• Persaingan dengan pekerja asing ini dan ketidaksanggupan menerima upah yang rendah menyebabkan tenaga buruh
tempatan terpaksa menganggur.
5. Sikap tenaga buruh

• Pengangguran juga berlaku disebabkan sikap tenaga buruh itu sendiri yang bermobilliti rendah.
• Ada sesetengah tenaga buruh yang tidak mahu berhijrah ke tempat yang mempunyai banyak peluang pekerjaan seperti
di bandar-bandaratau kawasan perusahaan. Ini disebabkan oleh faktor keluarga, tiada kemudahan pengangkutan, tidak
mahu meninggalkan kampunghalaman dan sebagainya.

6. Musim

• Walaupun Malaysia tidak mengalami empat musim seperti di sesetengah negara lain, tetapi negara kita juga
menghadapi musim tengkujuh seperti di perairan Pantai Timur Semenanjung pada bulan November hingga Mac.
• Pada masa tersebut, umumnya laut bergelora dan taburan hujan adalah tinggi yang boleh mengakibatkan banjir.

7. Kekurangan maklumat pekerjaan

• Walaupun dunia serba moden dan alat telekomunikasi menjadi lebih canggih, namun tidak dapat dinafikan masih
berlaku kekurangan sebaran maklumat terutamanya di kawasan-kawasan luar bandar dan kawasan pedalaman.
• Penduduk yang berada di kawasan terbabit tidak semuanya boleh mengakses Internet seperti merekan yang berada di
kawasan bandar-bandar besar dan kawasan yang membangun.
8. Perkembangan teknologi

• Perkembangan teknologi yang semakin moden juga turut menyumbang kepada masalah pengangguran.
• Penggunaan alatan yang lebih moden dan cekap dapat meningkatkan daya pengeluaran dengan kos purata yang rendah
berbanding dengan penggunaan tenaga buruh.
Kesan Pengangguran terhadap Sosioekonomi

Pendapatan per
Pembaziran Pertumbuhan
kapita
sumber ekonomi terjejas
berkurangan

Taraf hidup akan Kemahiran buruh Kadar kemiskinan


merosot akan hilang meningkat

Ketidakstabilan
Masalah sosial
politik
Cara mengurangkan pengangguran dan meningkatkan peluang pekerjaan

1) Dasar fiskal mengembang


• Masalah pengangguran yang berlaku menunjukkan perbelanjaan agregat kurang daripada penawaran agregat.
• Salah satu cara untuk meningkatkan perbelanjaan agregat ialah dengan menjalankan dasar fiskal mengembang melalui
dasar belanjawan kurangan.
• Melalui dasar ini, pihak berkuasa boleh mengurangkan cukai tanpa kenaikan dalam perbelanjaan kerajaan atau
menambahkan perbelanjaan kerajaan tanpa mengubah cukai atau kedua-duanya sekali secara serentak, iaitu
mengurangkan cukai dan menambahkan perbelanjaan kerajaan.
• Apabila kerajaan menjalankan dasar di atas, tingkat perbelanjaan penggunaan (C), pelaburan (I), dan perbelanjaan
kerajaan (G) akan meningkat. Kesannya perbelanjaan agregat akan meningkat.
Operasi
Pasaran
terbuka
Pujukan Nisbah
rizab
moral
berkanun

2) Dasar
kewangan
Kawalan Nisbah
kredit
mengembang rizab tunai
terpilih

Kadar
Kadar
bunga
diskaun
semalaman
3) Menambahkan peluang pekerjaan
• Peluang perkerjaan dapat ditambah dengan mewujudkan peluang-peluang pekerjaan baharu atau mengembangkan sektor-
sektor ekonomi yang berpotensi.
• Misalnya kerajaan membuka tanah baharu untuk pertanian dan penternakan.
• Selain itu, kerajaan juga boleh menyediakan tapak-tapak perindustrian yang baharu dan menyediakan insentif-insentif
tertentu seperti taraf printis dan elaun cukai pelaburan.

4) Perancangan pembangunan sumber tenaga manusia


• Perancangan dalam bidang ini penting terutamanya untuk menangani masalah pengangguran struktur.
• Pengangguran struktur wujud akibat daripada kekurangan kemahiran yang diperlukan terutamanya dalam sektor ekonomi
yang sedang berkembang. Jadi perlunya perancangan yang sistematik dalam pembangunan sumber tenaga manusia agar
sektor ekonomi yang sedang berkembang mendapat sumber tenaga buruh yang mencukupi.
• Perancangan yang baik dan rapi dari segi penyediaan kemahiran dan pembentukan modal insan di institusi pengajian tinggi
atau di institusi kemahiran tertentu baik yang dikelolakan oleh pihak kerajaan atau swasta perlu sesuai dengan keperluan
kemahiran yang diperlukan oleh pasaran kerja. Jika perkara ini dilaksanakan dengan betul, nescaya tidak akan wujud
pengangguran dalam kalangan siswazah atau lepasan dari institusi kemahiran tertentu.
5) Kemahiran dan latihan buruh
• Latihan kemahiran dalam bidang teknik dan vokasional yang bersesuaian diperlukan dalam pelbagai sektor ekonomi.
• Apabila buruh tidak mempunyai latihan kemahiran yang sesuai, maka mereka susah untuk mendapat pekerjaan. Jadi pihak
berkuasa atau kerajaan perlu menambah bilangan institusi kemahiran teknik dan vokasional serta meningkatkan
pengambilan pelajar dalam bidang ini agar bakal buruh mendapat latihan yang bersesuaian untuk diserapkan dalam
pekerjaan tertentu.

6) Penyebaran maklumat yang lengkap


• Pengangguran geseran berlaku disebabkan oleh kekurangan maklumat tentang pekerjaan.
• Oleh itu, pihak berkuasa perlu memastikan para majikan menyediakan dan menyebarkan maklumat yang secukupnya
tentang sesuatu pekerjaan seperti jenis pekerjaan, tempat, kelulusan atau kemahiran yang diperlukan, gaji, serta
kemudahan lain yang ditawarkan.

7) Reformasi tanah
• Sektor pertanian merupakan sektor yang penting kepada ekonomi terutamanya di negara-negara sedang membangun.
Dalam pada itu, terdapat juga golongan petani yang tidak mempunyai tanah yang mencukupi untuk diusahakan yang
menyebabkan mereka menganggur.
• Lantaran itu, pihak berkuasa perlulah menambahkan lagi pembukaan tanah-tanah baharu untuk diusahakan oleh golongan
tersebut.
8) Perancangan keluarga
• Langkah ini sesuai dilaksanakan di negara-negara yang mengalami kadar pertumbuhan penduduk yang tinggi
sedangkan peluang pekerjaan adalah terhad.

Anda mungkin juga menyukai