Anda di halaman 1dari 28

Definisi

Kesatuan sekerja merupakan sebuah organisasi yang ditubuhkan oleh pekerja untuk mewakili mereka dalam sebarang perundingan dengan majikan supaya dapat menuntut kadar upah dan syarat syarat lain yang lebih berpatutan.

Ia juga berperanan sebagai suara yang mengawal hubungan antara pekerja dan majikan untuk memperbaiki hubungan industri, memajukan status ekonomi dan sosial kedua-dua pihak serta mencari penyelesaian untuk mempertingkatkan produktivi untuk kepentingan pihak-pihak yang terlibat.

Jabatan Hal Ehwal Kesatuan Sekerja


JHEKS dahulunya dikenali sebagai Pejabat Pendaftaran Kesatuan Sekerja telah ditubuhkan dalam bulan Julai 1946 untuk menguatkuasakan Enakmen Kesatuan Sekerja 1940. Di bawah enakmen ini, sebuah kesatuan sekerja yang ditubuhkan diwajibkan memohon untuk pendaftaran kepada Pendaftar Kesatuan Sekerja.

Pendaftaran kesatuan sekerja bermula dalam tahun 1947 dan pada penghujung tahun tersebut sebanyak 298 kesatuan sekerja telah didaftarkan dengan jumlah keanggotaannya seramai 195,113 orang.

1.Mengatur perhubungan antara pekerjapekerja dengan majikan majikan bagi maksud menggalakkan perhubungan perusahaan yang baik, memperbaikkan syarat-syarat pekerjaan, memperbaikan status sosial dan ekonomi pekerja-pekerja dan meningkatkan produktiviti. 2.Mengatur perhubungan antara pekerja dengan pekerja atau antara majikan dengan majikan.

3. Mewakili pekerja-pekerja atau majikan majikan dalam pertikaian perusahaan. 4. Menjalankan atau mengendalikan pertikaian perusahan dan perkara-perkara yang berkaitan dengannya.

5. Menganjurkan atau membiayai mogok atau memperuntukkan gaji atau faedah-faedah lain kepada anggota-anggotanya semasa mogok dijalankan. 6. Menganjurkan dan mengendalikan kursus, seminar dan sebagainya.

7. Menerbit jurnal, majalah, buletin atau penerbitan lain. 8. Menubuhkan dan mentadbirkan tabung kebajikan dan secara amnya melaksanakan apa-apa objektif kesatuan sekerja yang sah.

Di negara ini, kesatuan sekerja telah memainkan peranannya dengan agak berkesan dalam membela nasib pekerjapekerja. Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja dalam Perkhidmatan Awam dan Jabatan Kerajaan (CUEPACS), misalnya, buat pertama kali dalam sejarahnya telah berjaya dalam usaha memperolehi penyelarasan gaji dalam tempoh tiga tahun berbanding sebelum ini yang mengambil masa hampir lima tahun.

CUEPACS juga telah mengesyorkan supaya mulai 1996, kerajaan mengenakan tindakan terhadap ketua-ketua jabatan yang membenarkan terlalu banyak kakitangan bercuti panjang semasa musim perayaan hingga menjejaskan urusan pejabat.

Turut menjadi harapan CUEPACS ialah tuntutan supaya jadual gaji matriks yang dilaksanakan di bawah skim Sistem Saraan Baru (SSB) dimansuhkan. Namun, di sebalik kejayaan yang sedikit ini, masih banyak lagi ruang di mana kesatuan sekerja boleh berperanan dengan lebih aktif. Isu mengenai hak-hak sama rata pekerja wanita, misalnya masih belum dapat ditangani dengan sewajarnya.

Penetapan gaji minimum dan gaji maksimum


Terdapat perbezaan yang ketara di antara gaji terendah dalam sektor swasta dan sektor awam meskipun jenis pekerjaan dan tugas hampir sama.

Kesatuan sekerja boleh berperanan menangani masalah ini dengan meminta kerajaan menetapkan gaji minimum yang melebihi RM650 kerana pendapatan yang kurang daripada itu tidak memungkinkan pekerja di bandar menikmati kehidupan yang selesa berikutan peningkatan kos sara hidup saban tahun.

Membantu menangani kegawatan ekonomi


Kesatuan sekerja boleh membantu kerajaan menangani krisis ekonomi yang melanda negara dengan menyertai Jawatankuasa Bertindak NGO Mempertahankan Kedaulatan Ekonomi Negara (Tindakan) dengan meneruskan kempen yang digelar Belanja Berhemat Kita Selamat .

Selain itu, kesatuan sekerja boleh mengadakan sendiri kempen-kempen menyedarkan ahliahlinya mengenai kegawatan ekonomi dan mendorong mereka membeli barangan perlu sahaja selain meningkatkan amalan membeli barang tempatan dan menjimatkan tenaga seperti elektrik, petrol dan air. Kebanyakkan majikan mengambil keputusan untuk membuang pekerja semasa krisis kegawtan ekonomi.

Jika hal seperti ini berlaku, kesatuan sekerja boleh mengambil tindakan supaya pampasan yang sewajarnya diperolehi oleh pekerja yang malang itu dan majikan menyediakan pilihan pekerjaan di tempat lain.

Isu penamatan pekerja asing pula perlu ditangani dengan adil supaya pihak luar tidak memandang negara ini sebagai hanya pandai menjemput pekerja asing bekerja di sini dan menghalau mereka bila tidak diperlukan.

Pasaran buruh di masa hadapan


Dunia kini berubah dengan begitu pantas.Teknologi baru dicipta dan globalisasi telah berlaku hampir di seluruh dunia. Kadar perubahan pantas yang berlaku ini menyebabkan masalah-masalah yang berlaku hari ini tidak lagi boleh diselesaikan dengan kaedah penyelesaian dahulu.

Cara produk baru dikeluarkan mengalami perubahan yang besar. Ini bermakna tenaga kerja di pasaran buruh menghadapi cabaran-cabaran baru. Pergerakan kesatuan sekerja harus bertindak sebagai pemandu dalam membantu mewujudkan masyarakat pekerja yang berilmu multifleksibel yang berupaya menukar maklumat kepada ilmu pengetahuan yang boleh digunakan dalam pelbagai cara - untuk pembangunan produk, memasarkannya, menyediakan penjagaan yang lebih baik kepada golongan tua dan sebagainya.

Menaikkan Daya Pengeluaran Sut Buruh


Tingkat upah mempunyai hubungan positif dengan tingkat daya pengeluaran. Apabila daya pengeluaran bertambah, maka tingkat upah turut bertambah. Daya pengeluaran sut buruh boleh bertambah melalui program program latihan yang meningkatkan kecekapan dan kemahiran buruh, memperkenalkan jentera moden dan sebagainya.

Menghadkan Penawaran Buruh


Dengan mengenakan syarat-syarat keahlian yang ketat, kuota keahlian, mengehadkan peluang untuk menjalankan latihan dan sebagainya.

Memaksa Majikan Membayar Upah Yang Lebih Tinggi Daripada Upah Pasaran
Boleh menuntut upah melalui kuasa permintaan dan penawaran pasaran. Kesatuan sekerja boleh menuntut upah minimum iaitu tingkat upah terendah yang mesti dibayar oleh majikan.

Perundingan Kolektif
Rundingan secara beramai-ramai atau proses tawar-menawar antara kesatuan sekerja dengan pihak majikan untuk menentukan tingkat upah. Dalam proses tawar-menawar terdapat 2 tingkat upah iaitu upah minimum dan upah maksimum. Kesatuan sekerja menyatakan upah maksimum manakala pihak majikan menyatakan upah minimum.

Kesatuan sekerja cuba tuntut tingkat upah yang paling tinggi, manakala pihak majikan cuba mengenakan tingkat upah yang paling minimum. Tingkat upah yang dipersetujui bergantung kepada kekuatan tawar-menawar. Jika tidak mencapai persetujuan maka wujud mogok, barisan berpiket, pemulauan dan melambatkan kerja oleh pihak pekerja.

Anda mungkin juga menyukai