Anda di halaman 1dari 4

Kesan-Kesan Pengangguran di Malaysia

Pengangguran di Malaysia tidak dinafikan memberi kesan negatif kepada sosial dan
ekonomi sesebuah negara.Kadar pengangguran yang tinggi menggambarkan ekonomi negara
tersebut bukan pada tahap yang baik.Dari aspek ekonomi,pengangguran boleh mengurangkan
pendapatan dan keluaran negara. Sekiranya ramai tenaga buruh yang menganggur, maka
pengeluaran dari beberapa sektor ekonomi akan berkurangan dan akibatnya keluaran negara
bagi negara berkenaan akan berkurangan. pendapatan atau keuntungan pengusaha akan
berkurangan. Ini akan mengurangkan jumlah cukai pendapatan dan cukai keuntungan
syarikat yang dapat dipungut oleh kerajaan dan seterusnya akan mengurangkan pendapatan
negara.

Selain itu,pengangguran akan menyebabkan menurunkan taraf hidup. Taraf hidup


penduduk di sesebuah negara diukur dengan menggunakan pendapatan per kapita. Apabila
terdapatnya ramai tenaga buruh yang menganggur, maka keluaran negara kasar akan
berkurangan dan seterusnya akan mengurangkan pendapatan per kapita. Apabila pendapatan
per kapita rendah, maka taraf hidup penduduk juga akan rendah.

Seterusnya,pengangguran akan melambatkan proses pembangunan negara. Sekiranya


pendapatan negara berkurangan, maka kerajaan tidak dapat menyediakan pelbagai
kemudahan infrastruktur yang perlu untuk menjana pertumbuhan ekonomi. Perbelanjaan
tersebut terpaksa dikurangkan dan akan melambatkan proses pembangunan negara. Pada
masa yang sama,pengangguran yang tinggi kadarnya akan meningkatkan kadar kemiskinan
dalam negara. Kerajaan terpaksa merancang beberapa program untuk mengatasi masalah
kemiskinan. Ini akan menjejaskan usaha kerajaan untuk memajukan negara.

Dari segi sosial, pengangguran akan menyebabkan peningkatan kadar jenayah dalam
kalangan masyarakat. Akibat dari masalah kewangan yang dihadapi oleh pengangguran,
maka mereka sanggup melakukan rompakan, pembunuhan dan lain-lain kegiatan anti sosial
untuk mendapatkan wang. Hal ini akan menyebabkan pelbagai ancaman kepada orang awam
dan keselamatan dalam negara akan terancam akibat peningkatan jenayah dan rakyat hidup
dalam tidak tenteram.

Tambahan pula, kesan pengangguran akan wujudkan masalah tekanan jiwa. Apabila
berlaku pengangguran, keadaan rumah tangga berada dalam keadaan tidak tenteram kerana
akan berlaku pergaduhan dan pertengkaran dan akhirnyanmembawa kepada penceraian.Pada
masa yang sama,pengangguran akan menyebabkan seseorang tiada pendapatan dan
mengalami masalah kewangan yang serius sekali gus menyebabkan tekanan untuk membeli
barang keperluan dan kehendak dalam kehidupan.

Langkah Mengawal Kadar Pengangguran di Malaysia

1. Sikap tidak terlalu memilih pekerjaan

Pekerjaan yang dipilih haruslah sejajar dengan kemahiran dan pendidikan yang
dimiliki seseorang individu bagi membolehkan majikan menerima pekerja tersebut untuk
bekerja dengan syarikat mereka. Hal in disebabkan majikan mengambil kira faktor
produktiviti perkerja untuk meningkatkan hasil pendapatan dan untung syarikat
majikan.Selain itu, setiap individu haruslah bijak memilih pekerjaan berdasarkan kemahiran
yang dimiliki agar individu tidak mengalami tekanan dalam pekerjaan dan tidak dibuang
kerja oleh majikan kerana kurang kemahiran dalam mengendalikan sesuatu pejerjaan.

2. Meningkatkan kemahiran diri

Individu pula harus lebih positif mengharungi kegawatan ekonomi ini dengan cuba
meningkatkan lagi kemahiran diri mereka seperti menyambung belajar, mengambil kursus
jangka pendek dan meningkatkan prestasi diri. Sikap suka meningkatkan kebolehan diri
memastikan seseorang pekerja itu terus dihargai oleh syarikat dan kemungkinan untuk
dibuang kerja amat tipis. Malah, jika mereka dibuang kerja pun, golongan yang positif seperti
ini akan mudah menerima kerja baru kerana mereka memiliki kemahiran lain yang sudah
pasti diperlukan oleh syarikat lain pula atau mungkin mereka boleh bekerja sendiri
berdasarkan pengalaman mereka sebelum ini. Lantaran itu, semua orang harus melihat
pendidikan sebagai satu proses jangka masa panjang dalam hidup seseorang itu dan tidak
menganggap pelajaran tamat selepas meninggalkan bangku sekolah sahaja.

3. Mewujudkan pelbagai program oleh kerajaan

Pihak kerajaan boleh menjalankan pelbagai program untuk memahirkan golongan


belia seperti mengadakan program bahasa Inggeris dan mengutamakan penubuhan institut
kemahiran dengan negara-negara luar seperti Jerman. Program ini mampu menyediakan atu
sumber manusia yang mempunyai kemahiran tinggi untuk bersaing dalam era globalisasi.
Kewujudan buruh yang berkemahiran tinggi ini turut menjadikan negara sasaran utama
pelabur asing kelak. Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) juga memainkan peranan
penting dalam melaksanakan program sekolah atau universiti kerjaya dengan jelas.Dengan
program in, pelajar dapat menilai dengan jelas mengenai keadaan kebolehpasaran graduan
dalam pekerjaan di Negara in dan mendapat pendedahan mengenai kemahiran yang harus
dimiliki sejajar dengan perubahan zaman Revolusi Industri 4.0 .

4. Mewujudkan kemudahan urusan pembiayaan perniagaan

Pihak kerajaan harus mewujudkan kemudahan urusan pembiayaan perniagaan


terutamanya kepada golongan belia. Pihak bank sendiri telah memudahkan urusan untuk
mendapatkan pinjaman peribadi untuk membantu belia memulakan perniagaan mereka secara
kecil-kecilan. Langkah drastik ini memastikan lebih banyak industri kecil dan sederhana
mampu diwujudkan dan menyediakan peluang pekerjaan yang lebih baik dalam tempoh
terdekat ini. Belia yang tidak bekerja akan mengambil peluang ini untuk mencuba nasib
mereka sebagai ahli perniagaan.

Usaha in juga boleh diikuti dengan pengenalan pelbagai insentif baru kepada ahli-ahli
perniagaan terutama pembinaan lebih banyak kawasan industri dan pemberian bebas cukai
kepada industri yang tidak membuang pekerjanya. Pelbagai insentif ini mampu menguatkan
semangat kepada ahli perniagaan untuk mencuba melakukan sesuatu yang baru dalam
perniagaannya dan juga mengharungi cabaran kegawatan ekonomi dengan lebih terbuka dan
rasional kerana menyedari bahawa pihak kerajaan berusaha untuk menyelamatkan mereka
juga. Semua idea baru yang diperkenalkan sudah pasti mampu memberikan suntikan kepada
ahli perniagaan untuk meneruskan kerja mereka tanpa perlu membuang pekerja sebaliknya
mereka mungkin memerlukan lebih ramai pekerja untuk mengambil kesempatan yang wujud
itu.

5. Penguasaan Bahasa Inggeris dalam komunikasi.

Pada zaman Revolusi Industri 4.0, kemahiran berkomunikasi dalam bahasa inggeris
adalah sangat penting untuk berhubung dengan pekerja bawahan mahupun atasan.Hal in
disebabkan data yang digunakan dalam pekerjaan kebanyakanya adalah bahasa inggeris di
samping faktor majikan atau syarikat yang berasal dari luar Negara.Kelemahan berbahasa
inggeris oleh seseorang pekerja akan menjejaskan produktiviti sesebuah syarikat oleh kerana
kesukaran untuk menerima atau memberi maklumat kepada orang lain.

6. Undang-Undang pekerjaan yang tidak terlalu ketat

Faktor majikan yang mengenakan undang-undang yang ketat merupakan faktor


penyumbang kepada pengangguran.Kewujudan undang-undang yang terlalu ketat
menyebabkan pekerja berasa tertekan dalam pekerjaan. Hal ini akan mengurangkan
produktuviti pekerja dan pekerja tidak dapat fokus terhadap sesuatu pekerjaan.Apabila
pekerja berasa tertekan, perkerja akan mengalami masalah sosial seperti masalah keluarga
dan mental dan menyebabkan pekerja membuat keputusan untuk berhenti bekerja.Oleh itu,
majikan harus memainkan peranan untuk melonggarkan sedikit undang-undang pekerjaan
bagi mengurangkan tekanan pekerja.Majikan juga boleh memberi anugerah atau hadiah
bebentuk ganjaran bagi menghargai pekerja yang melakukan pekerjaan dengan cemerlang.
Dengan insentif seperti ini, pekerja akan rasa dihargai dan tidak merasa tertekan untuk
berkerja dan meningkatkan produktiviti seseorang individu sekaligus memberi manfaat
kepada kedua-dua belah pihak.

Anda mungkin juga menyukai