Anda di halaman 1dari 8

FAKULTI SAINS SOSIAL DAN KEMANUSIAAN

HUBUNGAN INDUSTRI DAN PERBURUHAN

PEMBANGUNAN SOSIOLOGI (SSF3044)

TUGASAN 1: ISU PEMBANGUNAN YANG TERDAPAT


DALAM BERITA (10%)

TOPIK: PENGANGGURAN YANG BERLAKU DALAM


KALANGAN BELIA DI MALAYSIA

NAMA PENSYARAH: DR. MOHAMAD SUHAIDI BIN


SALLEH

NAMA NO MATRIKS
ANDRYANA ANAK DAWI 74107
BONG JING FEI 74284
CYNTHIA USUN DISON 74525
UMI ANAK ETA 77049
VANESSA ANAK MUHIE 77061
PENGENALAN

Isu pengangguran yang berlaku dalam kalangan belia bukanlah satu isu yang biasa
diketahui kini. Malah, isu ini telah menjadi salah satu faktor pembangunan sosial dan ekonomi
yang tidak stabil. Berdasarkan berita yang dipilih iaitu ‘Jumlah Belia Menganggur di Malaysia
Masih Tinggi’, menunjukkan bahawa negara Malaysia yang sedang membangun masih sukar
untuk menghindarkan isu ini dengan mewujudkan jalan penyelesaiaan yang lebih baik. Isu atau
permasalahan ini bukan sahaja berlaku dalam negara yang membangun atau yang sedang
membangun malah juga kepada negara yang maju. Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat
(2010), perihal penganggur adalah di mana keadaan seseorang itu tidak mempunyai pekerjaan
disebabkan oleh kesukaran untuk mendapatkan pekerjaan. Menurut Perangkaan Tenaga Buruh
(2016), penganggur adalah mereka yang tidak bekerja semasa minggu rujukan dan dikelaskan
kepada dua kumpulan iaitu kumpulan aktif dan penganggur tidak aktif. Jumlah pengangguran
yang semakin meningkat dari tahun ke tahun telah memberi kebimbangan kepada sosial dan
ekonomi negara.

PUNCA 1: PENINGKATAN PENGAMBILAN TENAGA ASING


Secara umumnya, Malaysia menggunakan banyak tenaga kerja asing demi mengisi
kekosongan perkerjaan. Pada peringkat awal, pembangunan negara kita banyak bergantung
kepada tenaga kerja asing. Menurut Abdul-Rahman et.al, (2012), menyatakan bahawa pada
tahun 1984 hingga tahun 2009, bilangan tenaga buruh asing telah meningkat dan kebanyakkan
tidak mempunyai kemahiran yang tinggi. Hal ini dikatakan demikian kerana kos penggunaan
tenaga buruh asing adalah lebih rendah berbanding dengan tenaga buruh tempatan. Selain itu,
faktor menyebabkan peningkatan tenaga buruh asing adalah disebabkan oleh sikap tenaga kerja
buruh tempatan.

Antara faktor yang menyebabkan pengangguran dalam belia semakin meningkat ialah
peningkatan pengambilan tenaga kerja asing. Hal ini dikatakan demikian kerana kos
penggunaan tenaga buruh asing adalah lebih rendah berbanding dengan tenaga buruh tempatan.
Pada 1 Mei 2022, kerajaan telah meningkatkan gaji minimum sebanyak RM1,500. Ini
menyebabkan kebanyakkan sektor perlu meningkatkan kos dalam tenaga kerja. Jadi, untuk
menampung kos ini, sesetengah syarikat memilih untuk mengurangkan tenaga kerja ataupun
menukar kepada tenaga kerja asing dan akhirnya akan meningkatkan kadar pengangguran di
Malaysia.
Seterusnya, faktor yang menyebabkan pengangguran dalam belia semakin meningkat
adalah disebabkan oleh sikap tenaga kerja buruh tempatan. Menurut Mohamed, Ajis,& Md
Zain (2019), menyatakan bahawa jumlah cuti sakit tenaga buruh tempatan lebih tinggi
berbanding dengan tenaga kerja asing dan tenaga kerja asing lebih sanggup untuk bekerja lebih
masa. Bukan itu sahaja, tenaga kerja tempatan lebih suka memilih perkerjaan yang lebih selesa.
Ini dikatakan demikian kerana sektor pembinaan adalah antara sektor yang paling banyak
menggunakan tenaga buruh asing. Ini disebabkan kebanyakkan remaja beranggap bahawa
sektor pembinaan adalah bahaya, kotor, dan susah. Jadi, kekosongan perkerjaan dalam sektor
pembinaan banyak menggunakan tenaga buruh asing.

Kesimpulannya, antara punca peningkatan kadar pengangguran dalam belia ialah


peningkatan pengambilan tenaga kerja asing dan sikap tenaga kerja buruh tempatan. Jumlah
pengambilan tenaga kerja asing haruslah dihadkan bagi mengelakkan tenaga kerja asing yang
terlalu banyak sehingga menyebabkan peningkatan kadar pengangguran dalam belia.

PUNCA 2: PENGALAMAN KERJA YANG KURANG MEMUASKAN PERMINTAAN


MAJIKAN

Majikan kini lebih memilih untuk merekrut pekerja yang sudah berpengalaman dalam
bidang kerjaya yang berkaitan dan berpendidikan tinggi. Keadaan ini menyukarkan golongan
belia lebih-lebih lagi bagi yang baru sahaja menamatkan pengajian untuk mendapatkan
pekerjaan yang diperlukan walaupun mereka mempunyai kelayakan akademik yang setara
dengan pekerjaan tersebut. Hal ini kerana kelayakan akademik yang cemerlang bukanlah satu-
satunya kriteria yang dicari dalam sesebuah kerjaya. Dalam hal ini, individu yang pernah diberi
tanggungjawab dalam menguruskan sesebuah tugasan dipercayai dapat memberi usaha yang
lebih baik disebabkan kebolehan yang didapati melalui pengalaman semasa mengerjakan
tugasan tersebut. Hal ini penting kerana seseorang individu boleh meningkatkan kemahiran
dan belajar sesuatu yang baru melalui pengalaman kerja yang dimilikinya.

Tidak dinafikan bahawa tenaga kerja yang berilmu dan berpendidikan merupakan salah
satu wadah yang amat penting untuk membawa kepada kemajuan negara. Namun demikian,
permintaan gaji yang tinggi juga menyebabkan golongan belia bukanlah sasaran tenaga kerja
utama yang diperlukan oleh sesetengah majikan disebabkan pengalaman kerja yang dimiliki
amat terhad. Keadaan ini adalah di mana berlakunya persaingan dalam pasaran buruh.
Permintaan gaji yang tinggi hanya disebabkan kelayakan akademik yang dimiliki oleh
seseorang individu menyebabkannya menjadi pilihan terakhir dalam saingan pasaran buruh.
Hal ini kerana individu tersebut dikalahkan oleh saingannya yang memiliki pengalaman kerja
yang lebih banyak dan berguna untuk syarikat tersebut.

Kemahiran berkomunikasi dalam pelbagai bahasa seperti Bahasa Mandarin, Bahasa


Arab dan sebagainya merupakan kemahiran bonus bagi tenaga kerja tersebut (Abdullah dan
Abd Majid, 2022). Tidak dinafikan bahawa penguasaan pelbagai bahasa seperti yang
dinyatakan amat penting untuk individu yang sedang mencari pekerjaan. Hal ini kerana,
penguasaan bahasa yang pelbagai dapat membantu komunikasi antara syarikat yang sedang
bekerjsama selain meningkatkan pelaburan masuk atau memperbanyakkan lagi kerjasama
dengan syarikat-syarikat dari luar negara yang semestinya akan meningkatkan ekonomi negara.
Keluhan golongan belia mengenai ketidakadilan dalam pengrekrutan tenaga kerja untuk
sesebuah adalah antara situasi yang sering didengari.

Keluhan tersebut termasuklah mengenai keutamaan yang diberikan kepada individu


yang menguasai bahasa selain dari Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. Keadaan ini amat
membimbangkan kerana setiap individu boleh mencari peluang untuk diri sendiri agar dapat
menguasai kemahiran seperti penguasaan bahasa yang pelbagai. Dalam erti kata lain, golongan
belia seharusnya bijak mencari peluang untuk mengasah kemahiran demi kebolehpasaran diri
mereka.

KESAN 1: PENINGKATAN KADAR KEMISKINAN DALAM NEGARA.

Golongan belia adalah aset terpenting yang sudah pasti akan menjadi tunjang belakang
dalam pembangunan negara pada masa akan datang. Walau bagaimanapun, penyataan yang
dipetik daripada Berita Harian 2023 telah membimbangkan kita kerana kadar pengangguran
dalam kalangan belia kekal tinggi pada kadar 11.8 peratus pada bulan terakhir 2022 berbanding
dengan paras sebelum pandemik iaitu 9.9 peratus. Masalah pengangguran belia yang kekal
tinggi dan lambat diatasi akan memberi kesan kepada peningkatan kadar kemiskinan dalam
negara. Pada pengetahuan, kadar pengangguran dapat menunjukkan sedikit sebanyak
gambaran berkenaan dengan ekonomi sesebuah negara itu. Hal ini dikatakan demikian kerana,
golongan belia turut memainkan peranan penting dalam menyumbangkan segala akal fikiran
dan tenaga kerjanya terhadap pembangunan serta kemajuan negara.
Namun demikian, sekiranya masih ramai golongan belia yang menganggur pada hari
maka pengeluaran dalam sektor ekonomi itu berkurangan dan seterusnya akan menjejas dan
mengurangkan pengeluaran dalam negara. Hal ini disebabkan kerana belia termasuk dalam
golongan yang terpenting bagi menyumbangkan kepentingan mereka kepada negara. Apabila
golongan belia banyak yang menganggur, jadi sumbangan mereka kepada negara adalah
kurang yang sudah pasti sukar untuk menampung atau memberi sokongan sumbangan daripada
golongan dewasa atau tua. Setiap sumbangan sama ada akal fikiran atau tenaga kerja golongan
belia akan membawa kepada keuntungan yang besar dalam sesebuah negara itu. Misalnya,
semakin ramai golongan belia yang produktif maka semakin besar penjanaan keuntungan
mereka dalam aktiviti ekonomi.

Tambahan pula, peningkatan kadar kemiskinan yang disebabkan oleh pengangguran


belia turut menyebabkan pembangunan negara terbantut. Proses pembangunan negara
memerlukan banyak sokongan untuk terus maju ke hadapan misalnya sumber kewangan yang
mencukupi. Antara penjana pendapatan atau sumber kewangan negara termasuklah pelabur
asing. Namun begitu, isi-isu seperti pengangguran dan kemiskinan telah menyebabkan pelabur
asing berasa kurang yakin untuk melabur dalam sesebuah negara itu. Hal ini kerana, pelabur
asing beranggapan bahawa badan kerajaan negara tersebut kurang cekap dalam menguruskan
pentadbiran negara sehingga boleh menimbulkan masalah pengangguran belia. Apabila jumlah
pelabur asing dalam negara rendah, ini akan menyebabkan kadar kemasukan keuntungan atau
modal akan berkurangan. Jadi, proses pembangunan negara sukar untuk dibangunkan dan
terbantut lalu memberi kesan kehidupan rakyat. Oleh itu, tidak hairanlah jika kadar kemiskinan
masih tinggi dalam sesebuah negara kerana jumlah pengangguran belia kekal di paras yang
membimbangkan.

KESAN 2: PENINGKATAN KADAR JENAYAH DALAM KALANGAN


MASYARAKAT

Dari segi sosial, kadar pengangguran yang tinggi dalam kalangan belia akan
menyebabkan peningkatan kadar jenayah dalam kalangan masyarakat (Bernama, 2013).
Hal ini berlaku disebabkan kesesakan hidup yang dialami akibat daripada masalah kewangan
yang dihadapi oleh para penganggur. Lebih-lebih lagi kos sara hidup sekarang lebih tinggi
berbanding tahun-tahun sebelumnya menyebabkan ramai yang terdesak untuk bekerja demi
menyara diri dan keluarga. Disebabkan kesempitan hidup yang mereka alami, mereka sanggup
melakukan rompakan, menyamun, mencuri dan mengugut orang awam untuk mendapatkan
wang demi kelangsungan hidup mereka.

Berdasarkan laporan Berita Awani pada 8 Ogos 2013, Naib Pengerusi Yayasan
Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) iaitu Tan Sri Lee Lam Thye pernah berkata bahawa
kadar pengangguran di Malaysia semakin meningkat disebabkan banyak sektor pekerjaan yang
telah dipenuhi oleh warga asing sehingga menyebabkan mereka tidak berpeluang memenuhi
pelbagai sektor pekerjaan tempatan dan tiada punca pendapatan sehingga menyebabkan
mereka mengalami tekanan hidup untuk bertindak melakukan jenayah bagi memenuhi
keperluan hidup mereka. Disebabkan kadar jenayah yang tinggi akibat daripada peningkatan
pengangguran, ramai masyarakat yang berasa terancam dan tidak selamat malahan berasa takut
untuk keluar rumah kerana risau keselamatan mereka tergugat.

Selain itu, kesan pengangguran dalam kalangan belia juga akan wujudkan masalah
tekanan jiwa terutama terhadap mereka yang telah lama bergraduat dan mempunyai pelbagai
hutang yang perlu dibayar. Pengangguran jangka panjang akan membawa kepada masalah
tekanan dan ianya dikatakan lebih cepat berlaku terhadap para penganggur berbanding
golongan yang bekerja (Farah Aziz, 2019). Penganggur yang telah lama menganggur dikatakan
mempunyai dua kali ganda risiko penyakit mental terutamanya kemurunngan dan gangguan
kebimbangan berbanding golongan yang bekerja (Farah Aziz, 2019). Apabila penganggur
hidup menganggur untuk sekian waktu yang lama, mereka dikatakan bukan sahaja kehilangan
sumber pendapatan malah mereka juga dikatakan akan kehilangan pasangan hidup mereka
akibat tekanan hidup dan keperluan asas yang tidak dapat dipenuhi.

Apabila berlaku pengangguran, keadaan rumah tangga berada dalam keadaan tidak
tenteram kerana akan berlaku pergaduhan dan pertengkaran dan akhirnya akan membawa
kepada penceraian. Kehilangan orang tersayang pada saat susah merupakan suatu perkara yang
paling sukar diterima sehingga menyebabkan mereka kehilangan motivasi dan kehilangan
prinsip hidup mereka untuk mencari pekerjan. Pada masa yang sama, masalah pengangguran
juga akan menyebabkan penganggur kehilangan matlamat diri dan kehidupannya juga menjadi
tidak terurus disebabkan waktu terluang yang begitu banyak dan tiada sebarang aktiviti dapat
dilakukan disebabkan terlampau banyak waktu lapang. Kesan pengangguran ini dikatakan
banyak mengganggu emosi seseorang apabila mereka terlampau lama menganggur dan ini
bukanlah suatu perkara yang harus dibiarkan sama sekali.
KESIMPULAN

Secara keseluruhannya, scenario yang telah dipamerkan di berita atau di mana-mana


media sosial berkenaan dengan pengangguran ini jelas menyampaikan kepada orang ramai. Hal
ini dikatakan demikian kerana kadar atau jumlah pengangguran yang semakin meningkat saban
hari akan mencerminkan pembaziran dan ketidakcekapan dalam agihan sumber tenaga dan
kegagalan pasaran dalam menyerap golongan belia ini ke sektor pekerjaan. Sungguhpun begitu,
masalah pengangguran di Malaysia masih lagi berada dalam keadaan terkawal berikutan
dengan pelbagai usaha yang telah dijalankan dan dilaksanakan oleh kerajaan. Oleh hal yang
demikian, pihak kerajaan dan pihak yang berkenaan hendaklah memberi perhatian yang lebih
kepada golongan belia untuk mencari pekerjaan yang lebih baik dalam jangka masa yang
panjang.
RUJUKAN

Abdullah, N. S. S., & Abd Majid, Z. (2022). Kebolehpasaran Modal Insan Lepasan Institusi
Pengajian Tinggi di Malaysia: Isu dan Strategi. Malaysian Journal of Social Sciences
and Humanities (MJSSH), 7(8), e001615-e001615.

Abdul-Rahman, H., Wang, C., Wood, L. C., & Low, S. F. (2012). Negative impact induced by
foreign workers: Evidence in Malaysian construction sector. Habitat
International, 36(4), 433-443.
Bernama (8 Ogos 2013). Pengangguran Merupakan Punca Individu Terlibat dalam Kegiatan
Jenayah Samun. Astro Awani. Dipetik daripada
https://www.google.com/amp/s/www.astroawani.com/berita-malaysia/pengangguran-
merupakan-punca-individu-terlibat-dalam-kegiatan-jenayah-samun-19933%3famp=1

Farah Aziz (15 November 2019). Pengangguran dan Penyakit Mental. Hello Doctor. Dipetik
daripada https://hellodoktor.com/kesihatan-mental/kesihatan-mental-
lain/pengangguran-dan-penyakit-mental/

Hanafe, N., & Abdullah, B. (2022). Faktor-Faktor Peningkatan Kadar Pengangguran Di


Malaysia Ketika Pandemik Covid-19.
Mohd Z. Z. (2023). Jumlah belia menganggur di Malaysia masih tinggi. Berita Harian. Dipetik
daripada https://www.bharian.com.my/bisnes/lain-lain/2023/02/1066260/jumlah-
belia-menganggur-di-malaysia-masih-tinggi
Mohamed, N. A., Ajis, M. N. E., & Md Zain, Z. (2019). Dilema majikan dalam isu menggaji
pekerja tempatan atau pekerja asing di Malaysia: perspektif majikan. Malaysian
Journal of Society and Space, 15(3), 136-147.
Jabatan Perangkaan Negara (2016). Perangkaan Tenaga Buruh. Kuala Lumpur. Keluaran
April.
Kamus Dewan Edisi Keempat (2010). Kuala Lumpur, Dewan Bahasa dan Pustaka.

Anda mungkin juga menyukai