Anda di halaman 1dari 7

Punca-punca dan Cara-cara Mengatasi Pengangguran

Isu pengangguran telah menjadi satu isu sensitif kepada masyarakat terutama
golongan siswazah. Namun, ada banyak pihak yang beranggapan isu ini bukan sahaja
melibatkan siswazah tetapi golongan lain juga.
Jadi, apakah punca-punca wujudnya pengangguran dan apakah cara-cara
mengatasinya.
Pengangguran merupakan satu penyakit era globalisasi yang semakin menular ke negara
ini. Saban tahun negara kita dikejutkan dengan isu kegagalan belia terutama golongan
siswazah untuk memperoleh pekerjaan. Malah, berita ini sudah dianggap menjadi satu isu
yang akan menjelma setiap kali keputusan peperiksaan umum negara diumumkan atau
konvokesyen sesebuah universiti dijalankan. Jadi, apakah punca-punca yang medorong
isu ini berlaku.
Sudah pasti punca utama berkaitan dengan keadaan ekonomi negara yang merudum.
Situasi ini menyebabkan banyak syarikat atu kilang terpaksa gulung tikar dan membuang
pekerjanya. Bukan sahaja mereka dibuang kerja tetapi mereka juga sukar untuk
memperoleh kerja dalam tempoh yang terdekat akibat tiadanya aktiviti ekonomi di negara.
Malah ekonomi dunia bukan sahaja memberi kesan terhadap ekonomi negara tetapi
mengambil masa yang lama untuk pulih seperti peristiwa kejatuhan ekonomi pada akhir
dekad 90-an.
Selain itu, pengangguran turut disebabkan oleh sikap belia yang tidak mempunyai
kemahiran. Belia kita hanya didedahkan dengan konsep teori baik ketika di sekolah
mahupun ketika di universiti. Akibatnya, belia kita kekurangn kemahiran berfikir,
menganalisa sesuatu, berbicara dalam pelbagai bahasa, dan mempunyai kemahiran
berinteraksi dengan masyarakat. Biasanya, majikan akan memilih pekerja yang mereka
beranggapan mempunyai keunikan yang tertentu terutama penguasaan bahasa asing dan
pengetahuan komputer.
Mungkin juga faktor malas menjadi pendorong wujudnya masalah ini. Sikap belia yang
hidup ketika era pembangunan pesat menyebabkan belia mengambil konsep tunggu dan
lihat. Mereka hanya bertindak apabila keadaan mendesak atau sudah terlewat. Mereka
menganggap pertumbuhan ekonomi negara akan berterusan maju tanpa sebarang

masalah. Mereka juga sudah terlalu lama menerima bantuan kerajaan seperti pemberian
biasiswa dan menganggap kerajaan akan memberi mereka pekerjaan selepas tamat
belajar.
Dalam usaha mengatasi ekonomi negara yang merudum, kerajaan telah menghantar
rombongan perdagangan ke luar negara untuk menarik lebih banyak modal asing ke
Malaysia. Rombongan ini cuba mengiklankan kelebihan negara jika pemodal asing itu
sanggup menanam modal mereka di negara ini. Malah, kerajaan telah cuba menjalankan
beberapa projek mega untuk memastikan ekonomi negara berjalan rancak semula. Projek
Pembangunan Johor Selatan dan Kereta Api Laju KL-Singpura dijangka mampu
meninggikan petrumbuhan ekonomi negara selain mengurangkan pelbagai cukai.
Selain itu, kerajaan telah menjalankan pelbagai program untuk memahirkan golongan
belia seperti mengadakan program bahasa Inggeris dan mengutamakan penubuhan
institut kemahiran dengan negara-negara luar seperti Jerman. Program ini mampu
menyediakan atu sumber manusia yang mempunyai kemahiran tinggi untuk bersaing
dalam era globalisasi. Kewujudan buruh yang berkemahiran tinggi ini turut menjadikan
negara sasaran utama pelabur asing kelak.
Kerajaan turut memudahkan urusan pembiayaan perniagaan terutamanya kepada
golongan belia. Pihak bank sendiri telah memudahkan urusan untuk mendapatkan
pinjaman peribadi untuk membantu belia memulakan perniagaan mereka secara kecilkecilan. Langkah drastik ini memastikan lebih banyak industri kecil dan sederhana
mampu diwujudkan dan menyediakan peluang pekerjaan yang lebih baik dalam tempoh
terdekat ini. Belia yang tidak bekerja akan mengambil peluang ini untuk mencuba nasib
mereka sebagai ahli perniagaan.
Sebenarnya, masalah pengangguran ini bukanlah satu isu baru. Cuma masyarakat harus
berfikiran positif dan cuba meninggikan kemahiran diri mereka. Dunia pekerjaan sering
berubah mengikut teknologi dan mereka yang sering meningkatkan kemahiran sahaja
mampu duduk di tempat yang sama sepanjang hidup mereka. Hendak seribu daya, tak
hendak seribu dalih.
Isu Kadar Pengangguran di Malaysia. Terkini 200,000 Menganggur. Faktor dan
Punca Masalah?

Dunia hari ini semakin mencabar. Masuk sahaja pengajian sudah ada
tanggungan hutang, RM20 ribu, RM40 ribu, RM90 ribu untuk menerus pengajian
yang lebih tinggi.
Dengan lambakan IPTS yang ada di Malaysia, di mana terbitnya ayat-ayat
pemasaran supaya jangan risau dengan keputusan rendah masing-masing di
corong-corong radio, di mana segala akan selesai selepas anda bersetuju untuk
mengambil pinjaman pendidikan.
Berita Semasa perhatikan tiada kawalan permintaan pekerjaan dan industri
daripada pihak kerajaan Malaysia sehingga ke hari ini menyebabkan berlakunya
lambakan beberapa kolej-kolej swasta, IPTS dan juga IPTA yang menawarkan
kursus-kursus yang kurang relevan pada masa kini pun diambil juga, melihatkan
jumlah graduan yang keluar pada setiap tahun. Sehingga ada mentaliti hari ini.
juga, melihatkan jumlah graduan yang keluar pada setiap tahun. Sehingga ada
mentaliti hari ini.

Biarlah masuk kursus apapun, asalkan masuk universiti.

Jikalau tidak nak cakap dan menjawap apa dengan orang kampung,
makcik pakcik dan sebagainya.

Terkini dan saban tahun kita akan terus melihatkan statistik pengangguran di
Malaysia di mana direkodkan sejumlah 200,000 graduan sudah termasuk dalam
kumpulan pengangguran di Malaysia. Nanti dahulu, 200,000 graduan ini belum
dicampur lagi dengan jumlah graduan yang menamatkan pengajian mereka
tahun ini. Agak-agak berapa selepas itu? Adakah kerabat dan saudara mara
termasuk dalam kumpulan ini?

Faktor dan Punca Masalah Pengangguran di Malaysia?


Masalah ekonomi akan datang ekonomi dalam kitaran ekonomi hari ini. Tetapi
jikalau daripada sekarang kerajaan tidak melakukan kajian yang terpinci
berkaitan pasaran pekerjaan sebagai rujukan kepada pengambilan pelajar di di
peringkat yang lebih tinggi, kita akan terus didendangkan dengan lagu masalah
seperti ini setiap tahun.

Pengangguran di kalangan siswazah di negara kita semakin meningkat, mengapa dan


wajarkah ianya terjadi kepada pelajar-palajar lepasan universiti? Apakah masalah sebenar
yang menyebabkan pelajar lepasan universiti itu menganggur?
Faktor-faktor Pengangguran
Masih ramai graduan yang menganggur walaupun mereka sudah beberapa tahun menamatkan
pengajian di institusi pengajian tinggi (IPT). Kebanyakan mereka bukan tidak mendapat
pekerjaan atau tidak menerima sebarang tawaran tetapi mungkin tugas yang ditawarkan tidak

bersesuaian dengan mereka. Kebanyakan graduan ini masih mencari pekerjaan yang
dirasakan tidak bersesuaian dengan status mereka sebagai bekas penuntut universiti.
Menurut Mohd Suhaidi B. Sautar, 25, pelajar tahun tiga Fakulti Pengajian Bahasa Utama,
antara faktor yang menyebabkan pengangguran di kalangan siswazah ialah sikap siswazah itu
sendiri yang terlalu memilih pekerjaan atau sesuatu pekerjaan yang ditawarkan itu tidak
setaraf dengan kelulusan dan bukan bidang mereka semasa belajar di universiti. Mereka lebih
suka tinggal di rumah tanpa melakukan apa-apa pekerjaan daripada bekerja bukan dalam
bidang mereka.
Mereka lebih sanggup menganggur daripada bekerja sebagai kerani atau jawatan lain yang
dirasakan kurang setaraf walaupun sebenarnya lebih baik bekerja daripada menganggur.
Pemikiran "lebih baik menganggur selagi tidak jumpa kerja sesuai" perlu dibuang dari minda
setiap graduan kerana ia bukan sahaja merugikan mereka, malah merugikan sector yang
memerlukan tenaga kerja.
Sebenarnya, peluang pekerjaan yang ditawarkan masih banyak tetapi mereka tidak tahu
mengambil peluang ini. Di samping itu, terdapat beberapa agensi usahawan yang
menawarkan peluang keusahawan bagi mereka yang berminat memilih keusahawan sebagai
kerjaya pilihan. Selain itu, mereka juga boleh memperolehi pekerjaan dengan pelbagai cara.
Contohnya mereka menceburi bidang pertanian dan mengusahakan kawasan terbiar sehingga
memperolehi hasil dan menjadikan petani yang berjaya. Oleh demikian, bukan kerja kosong
tidak ada tetapi sikap yang terlalu memilih kerja di kalangan graduan menyebabkan pekerjaan
itu tidak dapat diisi.
Menurut Arnida Abu Bakar, 31, pensyarah Fakulti Pengajian Bahasa Utama berkata, "salah
satu masalah penting menyebabkan berlakunya pengangguran siswazah ialah kelulusan
mereka tidak sesuai dengan permintaan dunia pekerjaan." Majikan akan lebih berhati-hati
menggunakan kriteria ini untuk memilih graduan-graduan yang diperlukan. Graduan yang
mempunyai kelulusan yang tidak boleh dipasarkan akan menghadapi krisis dan terpaksa
menganggur dalam tempoh yang lebih lama. Keperluan pengambilan dan penambahan tenaga
buruh pula akan dihitung dengan lebih teliti dari segi keberkesanan kos dan produktiviti.
Perlumbaan untuk mendapatkan pekerjaan dijangka akan lebih bersifat persaingan dan ini
akan memberi faedah yang besar kepada majikan untuk memilih kualiti tenaga yang terbaik
yang menguntungkan firma-firma perniagaan mereka.
Pengangguran di kalangan siswazah akan terus berlaku sekiranya mereka tidak berusaha
mencari alternatif baru membina kerjaya persendirian atau menceburkan diri dalam kegiatan
ekonomi seperti bidang keusahawanan yang boleh membantu menggerakan ekonomi di
samping dapat berperanan memberi peluang pekerjaan kepada golongan lain. Ruang bagi
golongan mahasiswa menceburi pelbagai bidang pekerjaan persendirian, perniagaan dan
keusahawanan begitu luas. Bidang-bidang yang boleh diceburi ini bagaimanapun
memerlukan inisiatif dan kegigihan.

Menurut Hafsah Mohamed, 23, pelajar tahun tiga Fakulti Pengajian Bahasa Utama,
pengangguran di kalangan siswazah semakin meningkat setiap tahun adalah di antara isu-isu
yang saban hari kali diperkatakan. Antara faktor yang menyumbangkan terhadap kewujudan
dilemma ini adalah kerana mereka tidak dapat berkomunikasi dalam Bahasa Inggeris dengan
baik serta kebanjiran siswazah-siswazah dari institusi pengajian tinggi awam dan juga swasta
yang begitu banyak sehiggakan nisbah jumpa penganggur dan kerja kosong tidak sama rata.
Selain itu juga, taraf pendidikan/ piawaian peperiksaan dan kelulusan siswazah-siswazah
yang agak rendah, membuatkan mereka jarang di beri peluang pekerjaan.
Kesemua faktor-faktor ini berhubungkait antara satu sama lain. Kebanyakan pelajar berjaya
mendapat ijazah masa kini walaupun purata pencapaian tidaklah di tahap yang memuaskan.
Dengan pencapaian tahap rendah, iaitu kemungkinan CGPA 2.4 ke bawah, agak sukar bagi
mereka mendapatkan peluang pekerjaan segera. Majikan-majikan akan memilih siswazahsiswazah yang cemerlang dan mepunyai kemahiran serta pengalaman bekerja. Pada masa
yang sama, kebolehan berkomunikasi di dalam Bahasa Inggeris memainkan peranan yang
paling penting di dalam setiap temuduga. Kebanyakan siswazah yang kurang fasih berbahasa
Inggeris akan merasakan kesukaran mendapat tawaran kerja. Namun begitu, ada juga
segelintir siswazah yang mempunyai pencapaian yang cemerlang tetapi tidak mendapat
peluang pekerjaan, ini kerana mereka tidak mempunyai kemahiran dan pengalaman bekerja
serta tiada keyakinan pada diri semasa temudaga diadakan.
Menurut Mohd Faiz Zharif B. Shamat, 24, seorang pelajar lepasan Kolej Universiti Islam
Selangor di dalam pengkursusan Diploma Pengajian Islam (Usuluddin), pernah menganggur
selama enam bulan di rumah tanpa melakukan apa-apa pekerjaan dan tinggal bersama
keluarga kerana sikapnya yang malas bekerja dan ingin rehat di rumah serta tidak bersedia
untuk bekerja. Di dalam tempoh pengangguran itu dia hanya mengharapkan sumber
pendapatan daripada ibubapanya. Selain itu juga, saya adalah seoarang yang cerewet
memilih pekerjaan, dan mahukan gaji yang tinggi dan memilih penempatan yang sesuai bagi
diri saya tanpa berfikir dengan kelulusan saya semasa belajar di kolej dahulu, ujarnya.
Menurutnya lagi selepas enam bulan menganggur, dia mula merasakan bosan tinggal di
rumah dan tidak mengetahui dunia luar, lalu membuat keputusan mencari kerja dan bertekad
untuk bekerja tidak kira apapun pekerjaan asalkan sumber pendapatan itu halal serta boleh
menyara kehidupanya. Selepas itu dia mendapat kerja di satu tempat isi minyak Petronas di
Batang Kali sebagai atenden pam dan bekerja sepenuh masa di situ.
Menurut Amzan B. Satiman, 41, Pensyarah Kolej Universiti Islam Selangor berkata, faktor
lain yang menyebabkan masalah ini berlaku adalah dari segi perindustrian. Kebanyakan
siswazah tidak tahu membawa diri dalam dunia reality, mereka hanya mementingkan
akademik semata-mata. Pembelajaran tidak hanya tertumpu di dalam kelas sahaja tetapi ianya
merangkumi aktiviti luar. Aktivi-aktiviti ini yang memberikan kita banyak pengalaman, dan
mengajar kita bagaimana cara untuk berhadapan dengan khalayak ramai,
berorganisasi,menyelesaikan masalah serta melakukan tugas denan baik.

Pihak swasta selalunya lebih mementingkan pengalaman berbanding dengan akademik, ini
kerana kos untuk mengadakan latihan etensif kepada pekerja baru akan membelanjakan wang
banyak dan memberi sedikit kerugian kepada sesebuah syarikat pada masa itu. Selain itu
juga, siswazah harus bijak dan aktif dalam berkomunikasi serta cemerlang dalam pelajaran
dan korikulum.
Pengangguran siswazah boleh mendatangkan pelbagai masalah kepada diri pelajar itu sendiri,
keluarga, masyarakat, dan negara. Contohnya apabila seseorang itu tidak mempunyai
pekerjaan atau tidak mempunyai wang untuk keperluan harian, kemungkinan dia akan
memilih jalan yang mudah untuk mendapatkan hasil yang lumayan dengan melakukan
perkerjaan yang menyalahi undang-undang, contohnya merompak. Pekerjaan seperti ini akan
mendatangkan risiko kepada dirinya sendiri serta kepada orang lain. Semua ini terjadi kerana
seseorang itu berfikiran sempit, terdesak atau tertekan dengan tiadanya pekerjaan.
Cara-cara Mengatasi Pengangguran
Menurut Hamid, 41, Pesyarah Kolej Universiti Islam Selangor (KUIS), berkata masalah
pengangguran siswazah boleh diatasi dengan pelbagai cara. Antaranya ialah sikap siswazah
itu sendiri yang terlalu memilih pekerjaan serta perlu berfikir secara profesional dan
janganlah bersikap negatif terhadap sesuatu pekerjaan, kerana ianya akan merugikan diri
sendiri. Di samping itu, mereka perlu pilih kerjaya yang betul dan mempunyai sikap
tanggungjawab kepada diri, keluarga, masyarakat dan negara.
Selain itu , kerajaan dan Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) juga memainkan peranan
penting dalam melaksanakan program sekolah atau universiti kerjaya dengan jelas. Mereka
perlu mengadakan kursus khas atau perancangan tegas kepada graduan daripada
menyediakan pekerja untuk sektor awam atau swasta kepada sektor keusahawanan, pertanian,
perlombongan dan lain-lain lagi.
Kerajaan juga perlu mewujudkan pusat maklumat siswazah di semua IPTA dan IPTS dengan
aktif membuat aktiviti-aktiviti penyelidikan mengesan siswazah secara berkala dan
melaksanakan program penempatan guru siswazah sehingga 50% pada tahun 2010 di semua
sekolah rendah. Ini untuk memastikan model insane dan model budaya dapat digunakan
denga cara yang lebih wajar oleh guru-ghuru yang terlatih.
Menurut Amzan, 41, Pensyarah Kolej Universiti Islam Selangor (KUIS), berkata, kursus
yang ditawarkan oleh IPTA atau IPTS hendaklah berasaskan analisis keperluan tenaga kerja
dalam semua jenis sektor di negara ini bukan hanya bersandarkan kepada keupayaan ademik
di sesebuah IPTA atau IPTS.
Di samping itu, golongan yang masih belajar di sekolah atau IPT perlu memilih bidang
paengajian yang boleh disesuaikan dengan penawaran kerja di pasaran. Kerja yang
ditawarkan di pasaran melebihi jumlah golongan penganggur, tetapi pemikiran mereka harus
diubah. Pemikiran lebih baik menganggur selagi tidak jumpa kerja sesuai harus dibuang

jauh-jauh dari minda setiap graduan kerana ia bukan sahaja merugikan mereka, malah ia
merugikan sektor yang memerlukan tenaga kerja
Graduan perlu memperbaiki kelemahan berbahasa Inggeris untuk memberi diri kelebihan
mendapat pekerjaan. Oleh itu, kerajaan haruslah menaikan taraf pendidikan dan juga terus
mempromosikan kepentingan Bahasa Inggeris di kalangan siswazah agar masalah ini tidak
akan menghantui fikiran semua rakyat Malaysia di masa akan datang. Selain itu, graduan
juga perlu bijak berkomunikasi dan mempunyai keyakinan diri sermasa berhadapan dengan
orang lain, jangan takut dan teragak-agak menjawab apabila berinteraksi dengan orang
berpangkat atasan.
Kesimpulanya, graduan harus bijak mengatur langkah kehidupan masing-masing, jangan
terlalu memikirkan profesional. Graduan perlu bermula dari bawah untuk dapatkan
pengalaman, bukanya terus dari atas. Justeru , graduan tidak seharusnya terlalu bersikap
memilih , kerana ini bukan saja untuk kebaikan negara,malah ia juga untuk kebaikan diri
graduan itu sendiri dan sikap seperti ini tidak mendatangkan apa-apa kebaikan ke atas diri
mereka sendiri. Bayangkan berapa banyak pengalaman bekerja dan pendapatan yang mereka
rugi jika hanya duduk di rumah disebabkan sikap memilih kerja. Selain itu, mereka harus
mempunyai kemahiran dan pengalaman bekerja.. Oleh itu, mereka haruslah berfikiran
terbuka dan bijak dalam menagani masalah ini agar tidak menyesal di kemudian hari. Bak
kata pepatah berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian, bersakit-sakit dahulu,
bersenang- senang kemudian, dan satu lagi pepatah yang mengatakan, di mana ada
kemahuan di situ ada jalan dan nak seribu daya tak nak seribu dalih.

Anda mungkin juga menyukai