Anda di halaman 1dari 3

Nama

: Mohd Shafik B Mohd Jabbar


No Matrik : 127477

LKM 400 BAHASA MALAYSIA

BAHAGIAN KARANGAN
Karangan Bentuk Pendapat.
Kebergantungan negara Malaysia terhadap tenaga buruh dari
luar dilihat mampu mendatangkan pelbagai implikasi terhadap
kemakmuran dalam pelbagai aspek. Berikan pendapat anda

Buruh merujuk kepada orang yang bekerja dengan mendapatkan


hasil yang dikatakan upah. Buruh dari negara luar pula bermaksud pekerja
yang datang dari luar negara dan bekerja di negara kita dalam pelbagai
sektor ekonomi, pertanian dan perindustrian merupakan antara sektor
yang menggunakan tenaga kerja asing seperti dari negara Bangladesh,
Mynmar, Indonesia dan lain-lain. Bilangan pendatang asing semakin
meningkat pada setiap tahun di negara kita dan disebabkan itu
pembangunan yang pesat di Malaysia dan kekurangan pekluang
pekerjaan di negara asal dan mereka terpaksa berhijrah ke negara kita
untuk mencari rezeki. Kehadiran mereka di negara kita membawa banyak
kebaikan kepada negara kita, namun pada masa yang sama mereka juga
memberi impak negatif kepada masyarakat dan negara.
Malaysia merupakan sebuah negara yang pesat membangu, dengan
pertubuhan ekonomi yang mantap. Malaysia sentiasa melakukan
perubahan menyeluruh khususnya dalam pembangunan infastruktur, dan
prasaran yang sistematik. Oleh itu, kesemua ini perlu di bangun dalam
masa yang singkat selaras dengan perkembangan negara. Dalam usaha
untuk mencapai misi tersebut, keperluan tenaga buruh diperlukan kerana
memeainkan peranan dalam memepercepatkan arus pertubuhan negara.
Sungguhpun begitu ,Malaysiamengalami kekurangan tenaga buruh
tempatan untuk memajukan pembanguna tersebut dan secara tidak
langsung menyebabkan Malaysia memerlukan tenaga buruh dari luar
negara seperti Bangladesh, Vietnam, Mynmar, Indonesia, dan India.
Dengan adanya pendatang asing yang bekerja sebagai sebagai tenaga
buruh, maka proses pembangunan negara akan berlangsung dengan
cepat.

Nama
: Mohd Shafik B Mohd Jabbar
No Matrik : 127477

LKM 400 BAHASA MALAYSIA

Selain itu, kedatangan rakyat asing ke Malaysia juga dapat


membantu mempromosikan negara ke pentas dunia. Contohnya
mempromosikan tentang kebudayaan yang terdapat di Malaysia secara
tidak langsung dapat membantu industry pelancongan negara untuk terus
berkembang. Namun begitu, kemasukan pendatang asing ke negara ini
telah menyebabkan penawaran tenaga buruh di Malaysia bertambah dan
secara tidak langsung dapat membantu negara meningkat lagi
produktiviti yang sedia ada untuk keperluan global pada masa kini.
Namun dalam masa yang sama, dasar mengutamakan pekerja asing
ini telah membuatkan peluang kerja kepada masyarakat tempatan
terutama golongan muda terhad. Salah satu kelebihan pekerja asing ialah
kadar gaji yang lebih rendah daripada pekerja tempatan dan keadaan ini
sudah pasti lebih diminati oleh majikan yang mengutamakan keuntungan
sahaja. Persaingan yang tidak sihat ini menjadikan rakyat tempatan tidak
mempunyai kerja tetapi penduduk negara lain pula yang dapat mencari
rezeki di negara ini. Jelaslah, kehadiran pekerja asing menyebabkan
kurangnya peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan.
Walaubagaimanapun kedatangan pendatang asing ini juga memberi
impak yang negatif kepada negara ini, Ada juga pihak yang mengaitkan
kehadiran pekerja asing dengan peningkatan kadar jenayah terutama di
kawasan bandar. Walaupun maklumat ini sukar untuk dipastikan
kebenarannya tetapi keadaan pekerja asing yang tidak mempunyai apaapa itu memungkinkan mereka terjebak dalam kegiatan jenayah memang
tidak boleh diragukan. Sudah menjadi lumrah manusia bahawa pasti ada
segelintir ahli masyarakat yang bertindak di luar batas perundangan
termasuklah dalam kalangan pekerja asing ini kerana setiap manusia
mempunyai masalah peribadi tersendiri. Lantaran itu, peningkatan
jenayah di negara ini sering dikatakan berpunca daripada jumlah pekerja
asing yang terlalu ramai.
Kesimpulannya, sememangnya Malaysia memerlukan tenaga kerja
asing dalam membangunkan negara. Kemasukkan pendatang asing dapat
membawa kebaikan kepada negara kita dan pada masa yang sama juga
akan menimbulkan banyak masalah dalam kehidupan dan keamanan
negara kita. Oleh itu kerajaan harus mengambil langka-langkah dengan
mengawal pengambilan tenaga kerja asing secara ketat untuk
menghalang kemasukan pendatang tanpa izin. Sekiranya langkah-langkah
tetentu tidak dapat diambil dengan secepat mungkin, masalah ini akan
menimbulkan pelbagai amplikasi negative terhadap pembangunan,
ekonomi, social politik, dan kententeraman negara. Justeru itu kerajaan

Nama
: Mohd Shafik B Mohd Jabbar
No Matrik : 127477

LKM 400 BAHASA MALAYSIA


perlu melaksanakan supaya kedatangan pendatang aasing tanpa izin
boleh dibanteras dan dihapuskan.

Anda mungkin juga menyukai