Anda di halaman 1dari 6

Buruh asing

1.0 Definisi / Konsep Buruh Asing

Buruh asing bermaksud pekerja yang berasal dari negara asing. Kemasukan buruh
asing ke Malaysia secara besar-besaran bermula pada 1987. Kebanyakan pekerja asing ini
terdiri daripada rakyat Indonesia, Bangladesh, Nepal, Myanmar, India, Vietnam, dan
Filipina. Kebanjiran buruh asing ini telah memberi kesan yang memdalam kepada
Malaysia, sama ada dari segi ekonomi ataupun sosial dan sebagainya.
2.0 Punca Kedatangan Buruh Asing
(a) Peluang pekerjaan yang banyak
 Malaysia sedang berada dalam proses pembangunan. Kesannya, banyak peluang
pekerjaan diwujudkan kepada pendatang asing, terutamanya dalam sektor
pembinaan, perladangan, pembantu rumah, pertanian dan lain-lain kerana
kekurangan sumber tenaga. Justeru, banyak pekerja asing datang ke Malaysia
kerana terdapat banyak peluang pekerjaan di Malaysia.

(b) Upah yang diterima oleh warga asing di Malaysia dianggap tinggi
 Biasanya, nilai mata wang negara asal buruh asing lebih rendah daripada nilai
ringgit Malaysia. Pertukaran mata wang asing ini akan menyebabkan mereka
hidup mewah apabila mereka pulang ke negara asal. Oleh itu, mereka datang ke
Malaysia untuk bekerja.

(c) Kemiskinan dan kadar pengangguran yang tinggi di negara asal buruh asing
 Ekonomi yang tidak stabil di negara asal buruh asing menyebabkan kadar
pengangguran meningkat. Bagi menyara diri dan keluarga mereka, mereka datang
ke Malaysia yang mempunyai banyak peluang pekerjaan untuk mendapat sesuap
nasi.

(d) Permintaan yang tinggi terhadap buruh asing oleh majikan tempatan
 Upah yang menggaji pekerja asing adalah lebih rendah berbanding dengan
pekerja tempatan. Tambahan pula, pekerja asing sanggup melakukan kerja berat
dalam jangka masa yang panjang berbanding dengan sikap pekerja tempatan yang
suka memilih kerja. Hal ini menyebabkan permintaan yang tinggi terhadap buruh
asing dan mewujudkan banyak peluang pekerjaan kepada buruh asing.

(e) Kemakmuran dan keamanan negara


 Malaysia amat aman damai. Tiada peperangan, bencana alam atau ketidakstabilan
politik dan ekonomi berlaku di Malaysia. Ciri-ciri yang istimewa dan unik ini
telah menjadi faktor penarik untuk pendatang asing bekerja di sini.

3.0 Kesan-kesan Positif Kedatangan Buruh Asing


(a) Membangunkan negara kita
 Pekerja asing merupakan sumber tenaga utama di negara kita. Dalam proses
memajukan negara, Malaysia memerlukan pekerja yang ramai. Pekerja asing
merupakan sumber tenaga yang baik, sedangkan pendudukan tempatan tidak
meminati sektor perkerjaan tertentu yang kritikal seperti perladangan,
perindustrian dan lain-lain. Hal ini telah tersumbang dalam pembangunan negara.

(b) Membentuk suatu persaingan yang sihat dan menarik


 Persaingan antara pekerja asing dengan pekerja tempatan akan meningkat
semangat dan minat pekerja tempatan. Misalnya, pekerja tempatan akan berusaha
meningkatkan kemampuan diri agar tidak diganti oleh pekerja asing. Kesannya,
pekerja tempatan akan bekerja lebih baik dan menjadi lebih proaktif, berdaya
saing, berprestasi tinggi serta dinamik. Oleh itu, jelaslah bahawa kehadiran buruh
asing dapat meningkat prestasi pekerja tempatan yang boleh memanfaatkan
perkembangan negara.

(c) Menarik perhatian pelabur asing untuk melabur di Malaysia.


 Kehadiran pekerja asing yang banyak di sesebuah negara bermakna negara
tersebut mewujudkan banyak peluang pekerjaan dan juga meunjukkan
kemakmuran negara tersebut. Jadi, banyak pelabur asing akan datang untuk
melabur di negara tersebut. Tegasnya, kehadiran buruh asing dapat menarik
pelabur asing yang dapat meningkatkan tahap ekonomi negara.

4.0 Kesan-kesan Negatif Kedatangan Buruh Asing Tanpa Izin


(a) Peningkatan kadar jenayah
 Terdapat sesetengah pekerja asing tidak mempunyai pekerjaan atau tidak
mempunyai wang yang mencukupi. Bagi memperolehi wang yang banyak dengan
cepat atau untuk membiayai kehidupan diri dan sekeluarga, mereka memilih
untuk menggunakan cara yang haram, seperti merompak. Kesannya, kadar
jenayah meningkat. Keselamatan rakyat Malaysia terancam.

(b) Tahap ekonomi Malaysia menurun.


 Kebanyakan pekerja asing akan menghantar wang ke negara asal. Hal ini
bermakna wang Malaysia akan mengalir ke negara lain dan wang tersebut tidak
digunakan untuk menjana ekonomi negara Malaysia. Sebaliknya, wang tersebut
digunakan untuk membangunkan negara asal pekerja asing. Kesannya, nilai wang
Malyasia jatuh dan tahap ekonomi Malaysia menurun.

(c) Peluang pekerjaan rakyat juga akan berkurang


 Biasaya, pihak majikan lebih suka mengupah pekerja asing kerana gaji pekerja
asing lebih murah daripada gaji pekerja tempatan. Tambahan pula, pekerja asing
juga sanggup bekerja dalam jangka panjang berbanding dengan pekerja tempatan,
Jadi, kebanyakan pihak majikan mengupah pekerja asing. Akibatnya, peluang
pekerjaan rakyat semakin sempit dan kadar pengangguran semakin meningkat.

(d) Masalah perumahan


 Sesetengah pekerja asing mendirikan kawasan perumahan secara haram. Mereka
membuka kawasan orang lain sebagai kawasan perumahan mereka. Hal ini telah
menimbulkan masalah perumahan, selain menghalang pembangunan negara dan
juga menjejaskan imej negara.

(e) Penyakit-penyakit berbahaya merebak dengan meluas


 Buruh asing tanpa izin tidak membuat pemeriksaan kesihatan. Hal ini bermakna
kesihatan mereka kurang terjamin. Mereka berkemungkinan besar menjangkit
penyakit-penyakit berbahaya, seperti penyakit kelamin, tibi dan lain-lain.
Penyakit-penyakit tersebut mudah merebak dengan meluas dan mengancam
kesihatan rakyat.

(f) Hak rakyat kita juga terjejas


 Pekerja asing telah mengeksploitasi hak asasi rakyat tempatan. Mereka
mengeksploitasi hasil bumi, mendirikan perumahan secara haram dan juga
menggunakan kemudahan asas rakyat. Perbuatan ini telah mengancam hak asasi
rakyat tempatan dan akan mencetuskan perasaan tidak puas hati atas layanan yang
sama terhadap rakyat tempatan dan buruh asing.

(g) Banyak tenaga, wang dan masa kerajaan terbazir dalam usaha mencegah
kemasukan pendatang asing tanpa izin
 Pihak polis, tentera, dan Jabatan Imigresen terpaksa bekerja keras untuk
memberkas buruh asing tanpa izin. Keadaan ini semakin menerukkan kerana
kedutaan asing kurang bekerjasama dan enggan mengeluarkan dokumen
perjalanan sementara kepada rakyatnya supaya mereka dapat dihantar balik.
Kedutaan asing juga enggan membiayai kos penghantaran pulang. Hal ini
menyebabkan banyak tenaga, wang, dan masa kerajaan terbazir dalam usaha
mencegah kemasukan pendatang tanpa izin.

5.0 Langkah Mengatasi Masalah Kebanjiran Buruh Asing


(a) Pihak berkuasa wajar meningkatkan kawalan dan pengawasan di sepanjang
pantai dan sempadan negara kita
 Pihak polis marin, imigresen dan tentera laut hendaklah bergabung tenaga dan
bertindak secara bersepadu. Pihak-pihak tersebut harus lebih giat mengesan
tempat-tempat pencerobohan untuk menyekat kemasukan PATI. Mereka
hendaklah menjalankan pemeriksaan lebih kerap di kawasan sempadan yang
mudah dicerobohi. Usaha seumpama ini akan menyukarkan kemasukan
pendatang tanpa izin lalu mengurangkan jumlah PATI di negara kita.

(b) Meningkatkan penguatkuasaan undang-undang dengan ketat dan tegas


 Pihak berkuasa hendaklah sentiasa mengawasi dalang dan sindiket yang
menguruskan kemasukan pendatang asing tanpa izin ini. Mereka yang diberkas
seharusnya dijatuhi hukuman yang berat termasuk hukuman mandatori. Para
pendatang asing yang ditahan ini harus dikenakan tindakan undang-undang yang
tegas agar mereka tidak mengulangi kesalahan yang dilakukan.

(c) Kerjasama masyarakat, terutamanya pihak majikan


 Sesungguhnya sikap majikan yang acuh tak acuh terhadap seruan kerajaan
berhubung dengan masalah pendatang asing tanpa izin telah tersumbang kepada
masalah kebanjiran buruh asing. Majikan seharusnya mengubah sikap demi
kepentingan negara dan rakyat. Majikan hendaklah menggaji pekerja asing yang
memiliki visa dan permit kerja yang sah sahaja.

(d) Kerjasama antara Malaysia dan negara jiran


 Pihak kerajaan perlu menganjurkan rundingan tentang kawalan sempadan melalui
Kementerian Luar Negeri. Pasukan bertindak juga harus diwujudkan bersama
bagi menjamin kawalan sempadan yang lebih efektif Selain itu, ejen-ejen yang
sah perlu dilantik untuk mengendalikan kemasukan pekerja asing secara lebih
teratur dan terkawal. Dengan ini, masalah kebanjiran pendatang asing tanpa izin
di Malaysia dapat dibendungkan.

Rumusan/Kesimpulan

Rujukan

Lampiran/Berita

Anda mungkin juga menyukai