Anda di halaman 1dari 9

Salmiah Ramli,

Sekolah Tinggi Kluang

TENAGA KERJA ASING

Maksud:
 Pekerja asing atau tenaga kerja asing adalah orang yang bekerja di negara yang dia bukanlah
seorang warganegara. Individu yang bekerja di negara ini dengan latar belakang, asal usul dan
negara yang berbeza.
 Mereka datang ke negara ini dengan memiliki permit kerja yang SAH dan diperakui di negara ini.
 Kepesatan sektor perindustrian di negara kita telah mewujudkan banyak peluang pekerjaan.
Oleh itu negara kita memerlukan banyak tenaga pekerja, tidak kiralah dalam bidang
professional mahupun bukan professional.

Pengenalan:
 Keperluan tenaga pekerja yang banyak telah mendesak negara kita untuk mengambil tenaga
pekerja khususnya dari negara jiran seperti Indonesia, Filipina, Bangladesh, Thailand, dan
Myanmar bagi membantu pembangunan negara kita.
 Kemasukan tenaga kerja dari luar negara ini adalah bertujuan untuk membantu pembangunan
negara kita dan sekaligus boleh mengeratkan hubungan yang baik antara negara Malaysia
dengan negara-negara ASEAN yang lain.

 Sehingga tahun 2002, sebanyak 769 656 orang pekerja asing berdaftar di negara ini yang
kemudiannya meningkat kepada kira-kira 1.1 juta pada tahun 2003. Tahun 2010, Malaysia
mempunyai sekitar 2.2 juta pekerja asing yang sah, hampir 20 peratus dari tenaga kerja negara.
Dianggarkan jumlah yang sama untuk pekerja yang tidak berdaftar (PATI).
Pekerja asing dari Indonesia merupakan jumlah yang paling tinggi, iaitu 718 688 orang, diikuti
oleh pekerja dari Nepal sebanyak 107 000 orang

 Pekerja Bangladesh pula mencatatkan 94 204 orang dan pekerja Vietnam sebanyak 70 000
orang
 Mengikut Jabatan Imigresen Malaysia, terdapat juga pekerja asing ini datang dari
Uzbekistan, Laos, China, India dan Filipina.
 Pekerja asing yang diambil bekerja hanya melibatkan sektor-sektor yang dibenarkan oleh
kerajaan, iaitu perkhidmatan, pembinaan, perladangan, pembuatan dan pembantu rumah

1. PEKERJA ASING YANG SAH


2. PENDATANG ASING TANPA IZIN (PATI) (HARAM)

SEBAB KEDATANGAN PEKERJA ASING

1. Kestabilan politik Malaysia .


 Keadaaan negara Malaysia yang aman dan makmur dan kestabilan politik menjanjikan
pekerjaan yang mampu menampung kehidupan.
 Sistem demokrasi yang di amalkan oleh negara Malaysia menjadi pemangkin utama kepada
sistem pemerintahan di negara ini.
 Hal ini dapat dilihat melalui semangat perpaduan yang diamalkan oleh masyarakat
yang berbilang kaum di Malaysia.
 Politik stabil memberi keyakinan ke atas keselamatan mereka semasa tinggal di sini.

2. Kadar upah yang tinggi.


 Perbezaan nilai mata wang juga merupakan faktor tarikan. Jumlah mata wang yang
diperolehi dari negara mereka akan menjadi dua kali ganda nilainya.
Salmiah Ramli,
Sekolah Tinggi Kluang

 Nilai mata wang Malaysia adalah lebih tinggi jika dibandingkan dengan nilai mata wang
negara seperti Indonesia, Bangladesh, Myanmar dan Filipina.
 Menjadi satu kelebihan kepada buruh asing yang datang bekerja di negara Malaysia.
 Upah sekitar RM30 hingga RM40 sehari, terutamanya di bandar-bandar besar membolehkan
mereka menyimpan wang dan mengirimnya kepada keluarga di negara mereka.

4. Kemakmuran ekonomi Malaysia.


 Kekayaan ekonomi Malaysia dengan perkembangan pelbagai sektor . Peluang kepada
pekerja asing untuk merebut peluang pekerjaan.
 Wujudnya peluang pekerjaan khususnya dalam sektor perindustrian seperti
pembuatan, perladangan, pertanian, pembinaan dan perkhidmatan.
 Buktinya kebanyakan pekerja yang terlibat di kilang-kilang, pembinaan bangunan dan
ladang-ladang kelapa sawit adalah terdiri daripada pekerja asing seperti Indonesia,
Bangladesh dan Filipina.

5. Imej negara Malaysia yang terjamin


 Rakyat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum amat menyenangkan mereka untuk
datang secara sah.
 Mereka berasa gembira apabila bekerja di sini kerana keadaan negara yang aman, tiada huru
hara atau kekacauan.
 Mereka dapat menumpukan perhatian dalam mencari rezeki tanpa diganggu dan perasaan
takut

6. Persamaan budaya dan bahasa.


 Faktor budaya yang sama telah menarik perhatian pekerja asing terutama dari Indonesia
untuk bekerja di Malaysia.
 Persamaan budaya, agama dan bahasa memudahkan mereka bergaul dengan masyarakat
tempatan.
 Bahasa yang sama memudahkan komunikasi dalam pekerjaan.

MANFAAT/ KESAN POSITIF PENGAMBILAN PEKERJA ASING/TENAGA KERJA ASING.

Manfaat dari segi ekonomi/ pembangunan negara:

1. Membantu mempercepatkan proses pembangunan negara.


 Kemasukan tenaga kerja asing ini telah mempercepatkan proses pembangunan ekonomi
negara
 Tenaga kerja asing sangat diperlukan dalam mempercepatkan arus pertumbuhan negara
kerana membantu menjadi tulang belakang dalam pembangunan negara.
 Sebanyak 355 432 orang pekerja asing di sektor perladangan, 81 913 orang di sektor
perkhidmatan, dan 237 699 orang bekerja sebagai pembantu rumah.
 Kemajuan negara dibantu oleh titik peluh pekerja asing yang mampu bekerja di sektor yang
tidak digemari oleh rakyat tempatan.

2. Mengisi kekosongan tenaga kerja negara (Guna Tenaga Negara).


 Dapat membantu menyelesaikan masalah kekurangan guna tenaga/ tenaga kerja dalam
sektor-sektor utama negara seperti pertanian, pembinaan, perumahan dan perindustrian.
 Sumber tenaga kerja bukan profesional paling banyak ditawarkan seperti perladangan,
pembinaan dan pembuatan.
 Dapat mengatasi permintaan tenaga buruh dalam pelbagai kategori mahir, separuh mahir
dan kurang mahir. Kehadiran mereka juga merancakkan pertumbuhan ekonomi
Salmiah Ramli,
Sekolah Tinggi Kluang

4. Pekerja Asing membawa pelbagai kemahiran/kepakaran.


 Kemahiran, kepakaran dan pengalaman mereka dapat memberi idea baru kepada pekerja
tempatan, terutama yang kurang mahir.
 Tenaga pakar seperti doktor, jurutera dan pakar dari pelbagai bidang dapat meningkatkan
produktiviti negara.
 Boleh membimbing pekerja tempatan untuk menjadi mahir. Budaya kerja berkualiti yang
diamalkan mereka dapat diterapkan kepada pekerja tempatan.
 Menguntungkan negara di masa hadapan kerana dapat mengurangkan pergantungan
kepada pekerja asing dari luar yang mahir.

4. Perkongsian pintar dalam teknologi.


 Tenaga kerja asing daripada negara maju seperti Jepun dan Amerika Syarikat, dapat
berkongsi kepakaran dengan pekerja tempatan.
 Pemindahan teknologi terkini berlaku secara terus dan dapat menjimatkan kos.
 Pihak majikan tidak perlu menghantar pekerja tempatan untuk berkursus di luar negara.

5. Dapat mengurangkan kos perbelanjaan majikan.


 Pihak majikan lebih gemar mengambil pekerja asing kerana gaji rendah boleh ditawarkan.
Pekerja asing mampu bekerja dengan baik walaupun gaji yang diberikan rendah.
 mengurangkan dan menjimatkan kos pengeluaran.
 Majikan mendapat keuntungan berganda.
 Contoh - Pembantu rumah hanya diberikan gaji RM600 sebulan. Majikan lebih rela
mengambil pembantu asing berbanding dengan menghantar anak mereka ke pusat asuhan
yang lebih mahal bayarannya

1. Meningkatkan produktiviti.
 Tenaga kerja asing separuh mahir/tidak mahir diperlukan dalam sektor perladangan: contoh
kelapa sawit.
 Mereka akan melakukan kerja-kerja yang diarahkan oleh majikan , tanpa sebarang rungutan.
 Hal ini akan menyebabkan produktiviti meningkat dan seterusnya dapat meningkatkan
pendapatan negara.

Manfaat dari segi Sosial:

1. Meningkatkan kualiti hidup rakyat tempatan


 Pembantu rumah warga asing telah memudahkan urusan rumah tangga rakyat Malaysia.
Pembantu rumah mampu melakukan pelbagai tugas harian seperti menjaga kanak-kanak,
mengemas rumah, memasak, mencuci dan sebagainya. Majikan akan kurang tertekan
apabila pulang dari kerja
 Pekerja asing telah membantu dalam meningkatkan kualiti hidup rakyat tempatan kerana
buruh tempatan banyak pilihan untuk bekerja di bahagian atau sektor yang lebih baik.
 Rakyat tempatan akan berpeluang melanjutkan pelajaran lebih tinggi untuk menjawat
jawatan yang lebih baik.

KESAN/IMPAK NEGATIF KEDATANGAN PEKERJA ASING/ TENAGA KERJA ASING.

1. Mewujudkan persaingan dengan tenaga kerja tempatan.


 Kedatangan tenaga kerja asing telah menyukarkan tenaga kerja tempatan untuk
mendapatkan pekerjaan
 Rakyat tempatan menganggur kerana peluang pekerjaan yang ada telah dipenuhi oleh
pekerja asing
Salmiah Ramli,
Sekolah Tinggi Kluang

 Majikan lebih berminat untuk menawarkan pekerjaan kepada tenaga kerja asing kerana
kadar upah yang rendah dan sifat mereka yang rajin.
 Kadar pengangguran negara meningkat. Kesan- hidup penduduk tempatan tersepit. Buktinya
hampir 2.4 juta juta rakyat tempatan hilang peluang pekerjaan
 Menjejaskan taraf hidup penduduk tempatan

2. Pengaliran keluar wang negara pada kadar yang banyak/ Pengaliran wang keluar meningkat.
 Merugikan negara dari segi tukaran wang asing dan menguntungkan negara asal pekerja
asing ini.Keadaan ini menyebabkan pengaliran mata wang negara, keluar tanpa kawalan
 Sistem transaksi canggih di bank-bank negara kita dan proses pertukaran wang dapat
dilakukan dengan mudah dan cepat serta perkhidmatan yang murah.
 Setiap tahun negara kerugian lebih rm4 bilion melalui aliran wang keluar secara besar-
besaran oleh pekerja asing yang menghantar wang kepada keluarga mereka.
 Menjejaskan imbangan pembayaran negara dan membantutkan perkembangan ekonomi
negara kerana wang tidak beredar di dalam negara.

3. Peningkatan pelbagai masalah sosial


 Peningkatan jenayah kerana tidak mempunyai gaji yang mencukupi dan tidak mempunyai
pekerjaan.
 Bagi menampung hidup dengan melakukan pecah rumah, kecurian, samun,rogol, rusuhan,
dan lain-lain
 Kes-kes pergaduhan di tempat kerja juga semakin meningkat , kes pembunuhan,
penyeludupan, merompak, merusuh dan masalah sosial seperti pembuangan anak,
pelacuran dan lain-lain menunjukkan angka yang membimbangkan.
 Kegiatan pelacuran semakin licik di kalangan pekerja china. Aktiviti pelacuran / perdagangan
seks meningkat , kerana terdapat agensi yang mengambill pekerja asing menyalahgunakan
permit yang diberi
 Mantan ketua polis negara mengakui pendatang asing yang melebihi 2.4 juta orang di
negara ini telah menyumbang kepada peningkatan kadar jenayah di negara ini.

4. Penyebaran penyakit berjangkit.


 menjejaskan kesihatan rakyat tempatan.
 Penyakit berjangkit seperti TB (batuk kering), mudah merebak kerana mereka tidak
mengambil suntikan /vaksin pencegahan penyakit berjangkit ini.
 Kementerian Kesihatan Malaysia telah mendapati terdapat 20 kes baru penyakit tibi di
kalangan warga Indonesia setahun.
 Selain itu, penyakit-penyakit berjangkit seperti leporasi, malaria, denggi, filariasis dan HIV
juga merebak di kalangan mereka.
 Penyakit-penyakit ini ditakuti merebak dengan meluas seperti siflis dan hepatitis B.
 Menurut kajian Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada tahun 1997, didapati kira-kira
12.7 juta rakyat Nepal dijangkiti HIV dan AIDS.

4. Kadar upah tidak meningkat


 Sebahagian besar pekerja asing adalah tidak mahir dan sanggup menerima upah rendah.
 Ini boleh membantutkan pertumbuhan upah dan menyekat pekerja tempatan dalam proses
tawar menawar upah, lebih-lebih lagi sekiranya pekerja asing itu pengganti kepada pekerja
tempatan
 Gaji di sektor perladangan, pembinaan dan pembuatan tidak akan meningkat kerana pekerja
asing tidak memilih terhadap gaji yang ditawarkan.
 Majikan akan hanya mengambil pekerja asing kerana tidak perlu membayar gaji yang lebih
berbanding dengan pekerja tempatan yang terlalu memilih juga tiada potongan kwsp dan
SOCSO. Dengan ini kos dapat dikurangkan.
Salmiah Ramli,
Sekolah Tinggi Kluang

 Pertumbuhan purata gaji di negara ini sebanyak 2.4%, ekoran bekalan tenaga kerja asing
yang besar. Untuk meningkatkan pertumbuhan gaji, perlu menangani isu pekerja asing
dengan mengurangkan angkanya

LANGKAH-LANGKAH MENGAWAL PERMASALAHAN PEKERJA ASING

1. Prosedur pengambilan pekerja asing yang lebih ketat dan sistematik


 Majikan yang ingin mengambil pekerja asing perlu mendapat kelulusan Kementerian Dalam
Negeri (KDN) kecuali pembantu rumah.
 Majikan perlu pergi ke negara tersebut untuk mendapatkan pekerja.
 Pemeriksaan kesihatan dijalankan apabila biodata pekerja telah didaftarkan di pejabat
imigresen.
 Setelah itu majikan perlu membuat bayaran visa, caj levi, pas lawatan dan bayaran
perkhidmatan

2. Pelaksanaan Program 6P
 Pelaksanaan program 6P iaitu pendaftaran, pemutihan, penguatkuasaan, pengusiran,
pemantauan, dan pengampunan.
 Program tersebut dilaksanakan untuk tujuan mendapatkan anggaran statistik jumlah pekerja
asing yang berada di Malaysia dan mengumpul maklumat peribadi mereka termasuklah data
biometrik.
 Kerajaan juga dapat mengenalpasti keperluan jumlah pekerja yang diperlukan oleh setiap
sektor yang dibenarkan mengambil pekerja asing di negara ini.

3. Mengehadkan pergantungan kepada buruh asing


 Menimbulkan pelbagai masalah sosial dan keselamatan
 Pengambilan pekerja asing dalam sektor-sektor tertentu mengikut negara sumber yang
diluluskan kerajaan saja
 Pihak berkuasa akan mampu memantau kehadiran dan pergerakan warga asing di negara ini
Dengan mengehadkan penyertaan pekerja asing dalam sektor perladangan dan pembantu
rumah
 Mudahlah rakyat serta pihak berkuasa mempersoal dan mengambil tindakan segera ke atas
kehadiran rakyat asing yang tiada permit kerja dalam sektor-sektor yang ditetapkan oleh
kerajaan
 Kesannya-pihak ejen dan majikan yang mengambil pekerja asing perlu memenuhi syarat-
syarat yang ditetapkan oleh kerajaan.

4. Peranan badan NGO dan Kementerian Pembangunan Wanita dan Keluarga (KPWK)
 KPWK melalui unit kaunseling sentiasa memberikan khidmat nasihat kepada wanita yang
datang membuat aduan tentang penganiayaan yang diterima setelah berkahwin dengan
pekerja asing.
 KPWK dan badan NGO lain telah mengatur langkah dengan memberikan makluman
terhadap prosedur untuk mengambil tindakan apabila menjadi mangsa. Mereka juga
diberikan pendedahan tentang hak wanita sebelum, semasa dan selepas berkahwin dalam
ceramah dan program-program mereka
Salmiah Ramli,
Sekolah Tinggi Kluang

Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI)

 Individu yang bekerja di negara ini dengan latar belakang, asal usul dan negara yang berbeza.
Mereka bekerja di pelbagai sektor seperti sektor perladangan, pembuatan dan perindustrian dan
sebagai buruh bawahan.
 Datang ke negara ini secara haram atau tidak sah iaitu tidak memiliki dokumen kerja yang sah
yang dperakui di negara ini.
 Masuk ke negara ini melalui ‘jalan-jalan tikus’ disepanjang sempadan negara atau pintu-pintu
masuk negara.
 Pekerja asing tanpa izin dianggarkan berjumlah melebihi tiga juta orang.
 Hampir separuh pati berdaftar berasal dari indonesia, diikuti nepal dan bangladesh, bakinya dari
pelbagai negara seperti India, Myanmar, Pakistan, Filipina dan Vietnam.

FAKTOR KEDATANGAN PENDATANG ASING TANPA IZIN (PATI):

FAKTOR PENOLAK :

1. Faktor desakan hidup/ Taraf hidup yang miskin.


 Faktor tolakan disebabkan oleh keadaan negara mereka yang mengalami ketidakstabilan
politik dan ekonomi menyebabkan mereka keluar untuk mencari nafkah.
 Sumber-sumber alam juga semakin berkurangan.
 Jumlah penduduk yang ramai dan keadaan ekonomi negara yang kurang membangun
menyebabkan mereka tidak dapat lari dari masalah kemiskinan.
 Mempunyai jumlah penduduk yang ramai, contohnya penduduk negara Bangladesh kira-
kira 168.957,745 juta orang dan merupakan tempat ke-8 daripada sepuluh negara yang
mempunyai jumlah populasi terbanyak didunia.

2. Kurangnya peluang pekerjaan di negara asal mereka.


 Negara asal mereka seperti Bangladesh, China, Pakistan, Nepal dan Vietnam masih tidak
cukup menyediakan peluang pekerjaan disebabkan kemiskinan.
 Taraf hidup mereka rendah menyebabkan mereka sanggup menerima gaji yang rendah
 keadaan ini menyebabkan persaingan kerja yang agak tinggi diantara mereka.
 Oleh itu berlakulah pengangguran pada kalangan orang yang tidak dapat bersaing.

3. Keadaaan politik yang kurang stabil.


 Keadaan ini menyebabkan penduduknya sentiasa dalam ketakutan akibat pergolakan
politik khususnya dalam golongan kolar putih.
 Disebabkan oleh keadaan negara mereka yang mengalami ketidakstabilan politik dan
ekonomi menyebabkan mereka keluar ke negara lain untuk mencari nafkah.

4. Faktor bencana alam.


 Seperti letusan gunung berapi yang berlaku di negara Indonesia, dimana bermula dari
Gunung Sinabung di Tanah Karo sehinggalah di Nusa Tenggara Barat, yang telah
mengorbankan banyak nyawa.
 Selain itu tanah runtuh seperti mana yang berlaku di negara Filipina iaitu di Desa Guinsaugon
di Pulau Leyte.
 Kemarau panjang juga merupaka antara bencana alam yang menjadi faktor penolak dan
wabak penyakit.
Salmiah Ramli,
Sekolah Tinggi Kluang

Kesan-kesan negatif kebanjiran PENDATANG ASING TANPA IZIN (PATI)

1. Menambah beban kewangan kerajaan.


 Rm1.2 juta digunakan sehari oleh kerajaan sebagai kos untuk penahanan PATI.
 Menambah beban kewangan negara.
 Akan merugikan negara dari segi kerancakan perniagaan dan melemahkan kerancakan
ekonomi di negara kita kerana perbelanjaan negara digunakan untuk mengatasi masalah
PATI.

2. Mewujudkan persaingan dengan tenaga kerja tempatan


 Kedatangan PATI akan merebut peluang pekerjaan penduduk tempatan.
 PATI sanggup menerima kadar upah yang lebih rendah kerana mereka terdesak untuk hidup.
 Sikap majikan di negara ini gemar mengupah pekerja asing terutama PATI kerana boleh
menggunakan kudrat mereka secara maksimum.
 PATI bukan sahaja dalam sektor yang dibenarkan, malah mereka turut terlibat dalam sektor
lain seperti perkilangan.
 Kadar pengangguran semakin meningkat

3. Peningkatan pelbagai masalah sosial


 Peningkatan jenayah kerana PATI tidak mempunyai gaji yang mencukupi dan tidak
mempunyai pekerjaan.
 Bagi menampung hidup dengan melakukan pecah rumah, kecurian, samun,rogol, rusuhan,
dan lain-lain
 Kes-kes pergaduhan di tempat kerja juga semakin meningkat , kes pembunuhan,
penyeludupan, merompak, merusuh dan masalah sosial seperti pembuangan anak,
pelacuran dan lain-lain menunjukkan angka yang membimbangkan.
 Kegiatan pelacuran semakin licik di kalangan pekerja china. Aktiviti pelacuran / perdagangan
seks meningkat , kerana terdapat agensi yang mengambill pekerja asing menyalahgunakan
permit yang diberi
 Mantan ketua polis negara mengakui pendatang asing yang melebihi 2.4 juta orang di
negara ini telah menyumbang kepada peningkatan kadar jenayah di negara ini.

4. Penyebaran penyakit berjangkit.


 Menjejaskan kesihatan rakyat tempatan.
 Penyakit berjangkit seperti TB (batuk kering), mudah merebak kerana mereka tidak
mengambil suntikan /vaksin pencegahan penyakit berjangkit ini.
 Kementerian Kesihatan Malaysia telah mendapati terdapat 20 kes baru penyakit tibi di
kalangan warga Indonesia setahun.
 Selain itu, penyakit-penyakit berjangkit seperti leporasi, malaria, denggi, filariasis dan HIV
juga merebak di kalangan mereka.
 Penyakit-penyakit ini ditakuti merebak dengan meluas seperti siflis dan hepatitis B.
 Menurut kajian Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada tahun 1997, didapati kira-kira
12.7 juta rakyat Nepal dijangkiti HIV dan AIDS.

6. Masalah penempatan haram/ rumah setinggan


 Kampung Sungai Kayu Ara, Damansara, pernah di gelar “Ciliwung Kecil Malaysia” sebelum
dapat dikesan oleh kerajaan.
 Pekerja asing/ PATI yang datang telah membina penempatan setinggan kerana majikan
mereka tidak menyediakan tempat tinggal untuk mereka.
 Di bandar-bandar besar, penempatan setinggan telah menyukarkan kerajaan melaksanakan
projek-projek pembangunan di samping kewujudannya mencemarkan imej negara sehingga
menjejaskan pelancongan negara.
Salmiah Ramli,
Sekolah Tinggi Kluang

LANGKAH-LANGKAH MEMBENDUNGNYA KEMASUKAN PATI:

1. Meningkatkan kawalan sempadan/pintu masuk negara.


 Hal ini kerana banyak pekerja asing adalah pendatang haram yang menyusup masuk dengan
menggunakan dokumen palsu.
 Pihak berkuasa wajar meningkatkan kawalan dan pengawasan di sepanjang pantai dan
sempadan negara.
 Pihak polis marin, imigresen dan tentera laut hendaklah bergabung tenaga dan bertindak
secara bersepadu. Perairan negara juga haruslah dikawal sepanjang masa untuk
mengelakkan mereka menyusup melalui jalan laut
 Pihak-pihak tersebut harus lebih giat mengesan tempat-tempat pencerobohan untuk
menyekat kemasukan PATI. Mereka hendaklah menjalankan pemeriksaan lebih kerap di
kawasan sempadan yang mudah dicerobohi.
 Usaha seumpama ini akan menyukarkan kemasukan pendatang tanpa izin lalu
mengurangkan jumlah PATI di negara kita.
 Akta imigresen perlulah lebih tegas agar pendatang haram ini tidak berani bertindak lebih
jauh.

5. Penguatkuasaan undang-undang yang lebih ketat.


 Pelancaran operasi kerajaan seperti Operasi Pemutihan dan Operasi Nyah amat berkesan
dalam usaha membendung limpahan pendatang asing tanpa izin. Operasi-operasi seperti ini
akan mengurangkan kecenderungan kemasukan pendatang tanpa izin ke negara kita
 Pihak berkuasa sewajarnya sentiasa menjalankan rondaan dan serbuan di tempat-tempat
yang dikhuatiri mereka melakukan kegiatan haram. Penempatan setinggan dan kawasan
pembinaan sering menjadi tumpuan pekerja asing tanpa izin bersembunyi di samping
menjalankan aktiviti-aktiviti yang menyalahi undang-undang negara.
 Undang-undang yang lebih keras dan ketat dilaksanakan terhadap majikan yang mengambil
PATI. Majikan yang menyalahi prosedur akan dikenakan denda yang tinggi.
 Hukuman denda, penjara dan sebat bukan sahaja dikenakan terhadap pendatang asing ini
tetapi juga orang tempatan yang membantu mereka seperti pihak majikan pendatang asing
dan juga agensi-agensi pekerja asing. Pegawai kerajaan yang berani mengeluarkan dokumen
peribadi palsu kepada pekerja asing juga patut dihukum.
 Operasi pos pendatang asing diadakan kerap dan tindakan kerajaan ini boleh melemahkan
semangat penganjur dan pembawa pekerja asing.

6. Kerjasama antara kerajaan Malaysia dengan negara jiran.


 Pihak kerajaan melalui Kementerian Luar Negeri, perlu menganjurkan rundingan tentang
kawalan sempadan. Malahan adalah perlu untuk mewujudkan pasukan bertindak bersama
bagi menjamin kawalan sempadan yang lebih efektif
 Kerjasama antara kerajaan hendaklah dieratkan lagi bagi membenteras kemasukan PATI ke
Malaysia secara berleluasa.
 Kawalan sempadan oleh kedua-dua negara berjiran seperti kawalan laut, udara dan darat
oleh pihak keselamatan kedua-dua negara.
 Kerjasama keselamatan ditingkatkan.
 Selain itu, ejen-ejen yang sah perlu dilantik untuk mengendalikan kemasukan pekerja asing
secara lebih teratur dan terkawal

4. Peranan Masyarakat
 Masyarakat juga harus melaporkan kepada pihak berkuasa sekiranya terdapat majikan yang
mengaji PATI
Salmiah Ramli,
Sekolah Tinggi Kluang

 Sesetengah majikan lebih suka menggaji PATI kerana kosnya lebih murah berbanding
pekerja sah atau pekerja tempatan
 Terdapat sesetengah majikan di kawasan pedalaman berkemungkinan mengambil PATI
kerana kosnya yang rendah dan jauh dari pemantauan pihak berkuasa

Penutup:
Kedatangan pekerja asing ini tetap ada kebaikannya - kerajaan haruslah mengkaji segala aspek dari
segi ekonomi# politik dan sosial kesejahteraan dan pembangunan negara

Anda mungkin juga menyukai