Anda di halaman 1dari 9

AKTIVITI

EKONOMI
SEKUNDER
Industri Pemprosesan
1. Merupakan industri peringkat asas,contohnya industri memproses hasil pertanian seperti industri
memproses kelapa sawit ,getah dan koko
2. Termasuk juga industri memproses sumber perikanan ,memproses sumber perlombongan seperti
petroleum dan gas asli serta memproses sumber perhutanan.
Ciri-ciri Industri Memproses
Ciri taburan atau lokasi industri ini biasanya berhampiran dengan sumber bahan mentah bagi
memudahkan pengangkutan bahan mentah tersebut untuk diproses seperti kilang memproses
kelapa sawit,kilang memproses getah dan kilang memproses padi.

Ciri skala operasi.kilang memproses biasanya bergantung kepada jenis sumber alam yang
diproses.
Kilang memproses kelapa sawit biasanya berskala besar kerana ianya menggunakan teknologi
dan jentera moden dalam proses menghasilkan minyak mentah kelapa sawit
Begitu juga dengan industri memproses minyak petroleum mentah seperti di Kerteh,Terengganu.
Oleh itu,kawasan yang luas diperlukan untuk membina kilang memproses kelapa sawit dan kilang
memproses petroleum mentah.
Ciri penggunaan modal.
Industri memproses seperti kilang kelapa sawit dan kilang memproses petroleum memerlukan
modal yang banyak kerana skala operasinya yang besar.
Modal datangnya daripada modal tempatan melalui pinjaman bank ataupun modal asing Yng
melabur dalam sektor pertanian.

Ciri orentasi pengeluaran


Industri memproses biasanya membekalkan bahan mentah kepada industri pembuatan yang
menghasilkan barangan separa siap atau barangan siap
Bahan mentah yang diproses akan menjadi pasaran eksport dan juga pasaran dalam
negaraseperti minyak mentah kelapa sawit,kepingan getah dan minyak petroleum mentah.
Ciri penggunaan teknologi
Kilang memproses buah kelapa sawit biasanya menggunakan teknologi tinggi yang
diimport dari luar negara terutama daripada negara-negara maju.
Oleh itu,buruh yang mahir dalam menjalankan jentera berteknologi amat
diperlukan.

Ciri tenaga buruh


Penggunaan tenaga buruh dalam industri memproses bergantung kepada skala
operasi yang meliputi jumlah tenaga buruh dan kualiti buruh.
Kilang memproses kelapa sawit biasanya memerlukan tenaga buruh yang banyak
sama ada separuh mahir ataupun mahir kerana kilang kelapa sawit banyak
menggunakan teknologi moden dalam menghasilkan minyak mentah kelapa sawit.
Impak Aktiviti Industri Pemprosesan
terhadap Alam Sekitar Fizikal
Berlaku pencemaran air akibat pelepasan enfluen dan sisa toksik ke dalam
sungai,paya,tasik dan sebagainya yang boleh memusnahkan dan membunuh hidupan
akuatik seperti ikan,udang dan rumpai air serta menjejaskan bekalan air bersih
kepada penduduk.

Berlaku pencemaran udara akibat pelepasan asap dan bahan pencemar udara
seperti karbon monoksida,sulphur dioksida,asap,jelaga dan lain-lain yang boleh
menyebabkan jerebu dan udara tercemar seperti kilang memproses kelapa sawit
yang banyak mengeluarkan asap dan habuk
Berlaku pencemaran tanih akibat larut resap bahan
industri seperti sisa toksik yang dibuang di tapak
pelupusan.Tanih akan menjadi berasid,tidak subur,dan
berbahaya kepada tumbuhan,haiwan dan manusia.

Berlaku pencemaran bau busuk terhadap persekitaran


udara,air dan tanah apabila sisa kilang dilepaskan seperti
dari kilang memproses getah dan kelapa sawit serta
petrokimia yang menghasilkan bau yang busuk.
Berlaku pencemaran bunyi akibat bunyi bising yang dihasilkan dari jentera kilang atau jentera
pengangkut dalam proses menghasilkan bahan mentah yang diproses seperti kilang memproses kelapa
sawit

Berlaku pencemaran sisa toksik yang berbahaya seperti pencemaran gas ammonia apabila
dilupuskan secara haram seperti yang berlaku di Sungai Gatom di Johor.Keadaan ini berbahaya kepada
manusia yang terhidu gas ammonia tersebut yang boleh menyebabkan sesak nafas

Anda mungkin juga menyukai