Anda di halaman 1dari 17

PEPERIKSAANPERCUBAAN2022PEPERIKSAANPERCUBAAN2022PEPERIKS AA

942/1 STPM 2023


PEPERIKSAANPERCUBAAN2022PEPERIKSAANPERCUBAAN2022PEPERIKS AA
PEPERIKSAANPERCUBAAN2022PEPERIKSAANPERCUBAAN2022PEPERIKS AA
PEPERIKSAANPERCUBAAN2022PEPERIKSAANPERCUBAAN2022PEPERIKS AA
GEOGRAFI
PEPERIKSAANPERCUBAAN2022PEPERIKSAANPERCUBAAN2022PEPERIKS AA
PEPERIKSAANPERCUBAAN2022PEPERIKSAANPERCUBAAN2022PEPERIKS AA
KERTAS 1
PEPERIKSAANPERCUBAAN2022PEPERIKSAANPERCUBAAN2022PEPERIKS AA
PEPERIKSAANPERCUBAAN2022PEPERIKSAANPERCUBAAN2022PEPERIKS AA
PEPERIKSAANPERCUBAAN2022PEPERIKSAANPERCUBAAN2022PEPERIKS
( Dua Jam) AA
PEPERIKSAANPERCUBAAN2022PEPERIKSAANPERCUBAAN2022PEPERIKS AA
PEPERIKSAANPERCUBAAN2022PEPERIKSAANPERCUBAAN2022PEPERIKS AA

MODUL 1 PENINGKATAN AKADEMIK


GEOGRAFI STPM

SKEMA PEMARKAHAN

Kertas soalan ini terdiri daripada 13 halaman bercetak.


© Modul Peningkatan Akademik Geografi STPM 2022.

STPM 942/2 [Lihat


sebelah
*Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat. SULIT*

0
BAHAGIAN A: ALAM SEKITAR FIZIKAL
[40 markah]
Jawab semua soalan.

1a. Nyatakan 3 proses geomorfologi di permukaan bumi hasil tenaga 3m


eksogenik

i. Luluhawa
ii. Pergerakan Jisim
iii. Hakisan
iv. Pemendapan
v. Pengangkutan

1b. Huraikan peranan bahangan suria dalam mempengaruhi proses 6m


geomorfologi tersebut

i.
1bi-Haba daripada bahangan suria akan memanaskan batuan
menyebabkan batuan mengembang. Waktu malam, batuan
kehilangan haba matahari menyebabkan batuan mengecut. Proses
kembang kecut yang berterusan menyebabkan batu retak dan
pecah, menggiatkan proses luluhawa.
Haba daripada bahangan suria semasa musim panas
menyebabkan glasier mencair di kawasan tanah tinggi. Semasa ais
mencair, ia akan bergerak turun dan menghakis permukaan tanah
di bawahnya

1bii-Suhu yang tinggi menyejat air dalam tanah menjadikan


tanah di kawasan cerun kering dan poros. Keadaan ini
menyebabkan air hujan mudah meresap masuk dan melonggarkan
struktur tanah. Tanah yang berat dan tidak stabil menggiatkan
proses gerakan jisim.

Suhu yang tinggi menggiatkan proses sejatan. Wap2 air ini akan
naik ke atmosfera membentuk awan. Hujan lebat yang turun di
kawasan sungai, meningkatkan isipadu air sungai. Keadaan ini
menyebabkan proses hakisan alur sungai menjadi giat.

Suhu yang tinggi menggiatkan proses sejatan. Wap2 air ini akan
naik ke atmosfera membentuk awan. Hujan lebat yang turun di
kawasan sungai, meningkatkan isipadu air sungai.. Tenaga sungai
menjadi lebih kuat semasa isipadu sungai meningkat dan
menyebabkan proses pengangkutan bahan hakisan lebih efektif.

Suhu yang tinggi menggiatkan proses sejatan. Wap2 air ini akan
naik ke atmosfera membentuk awan. Hujan lebat yang turun di
kawasan sungai, meningkatkan isipadu dan tenaga sungai

1
seterusnya menggiatkan proses hakisan dan pengangkutan
sungai. Keadaan ini menyebabkan banyak bahan sedimen yang
dimendapkan di kawasan hilir sungai.

1biii- Bahangan/pancaran/sinaran- kaitkan dengan mana2 proses


geomorfologi

1c. Jelaskan dua kesan luluhawa terhadap pembentukan landskap & 6m


pengaruhnya terhadap aktiviti manusia

i. Gua batu kapur, Proses Pengkarbonan iaitu tindak balas air hujan
dengan gas karbon dioksida melarutkan batu kapur. Larutan
tersebut menjadikan batu kapur berlubang dan berongga
membentuk landskap menarik gua batu kapur, stalaktit dan
stalagmit. Gua batu kapur sesuai dijadikan kawasan penternakan
burung layang-layang bagi tujuan mengambil sarang burung untuk
tujuan rawatan tradisional.
ii. Tanah laterit -Proses Pengoksidaan iaitu tindak balas antara
oksigen dan ferum dalam batuan menyebabkan batuan menjadi
berkarat dan reput membentuk tanah laterit. Tanah laterit sesuai
untuk pertanian kelapa sawit dan tanaman getah.
iii. Kaolin-Proses hidrolisis iaitu tindak balas air ke atas mineral
batuan menyebabkan batuan menjadi lemah dan membentuk
kaolin atau tanah liat. Tanah liat sesuai untuk industrI pembuatan
tembikar, bahan kosmetik dan memutihkan kertas.
iv. Tanah aluvium
v. Humus
vi. Regolit
vii. Stalagmit dan stalagmit

2
Jawab sama ada soalan 2 atau soalan 3.

2. (a) Huraikan komponen persekitaran fizikal bumi sebagai satu sistem. [12]

Skema jawapan:

Sistem bumi merupakan gabungan pelbagai komponen spt Sistem atmosfera, hidrosfera,
litosfera dan biosfera yang saling berinteraksi di dalam persekitaran fizikal bumi.

b1 Komponen atmosfera – terdiri daripada pelbagai jenis gas kekal,gas berubah dan
juzuk bukan gas yang akan membentuk unsur cuaca dan iklim. Interaksi antara atmosfera
dan hidrosfera akan membolehkan proses kitaran hidrologi berlaku seperti kejadian sejatan,
hujan ,pemeluwapan dan lain-lain berlaku.

Atmosfera-litosfera = letupan gunung berapi-fenomena jerebu/hujan asid

Atmosfera-Biosfera - pernafasan/kitar oksigen

b2 Komponen litosfera- terdiri daripada kerak bumi yang terbentuk daripada tanah dan
batuan dan di lapisan ini juga menjadi habitat kepada pelbagai jenis hidupan. Interaksi
antara sistem litosfera dengan biosfera membolehkan kelangsungan habitat haiwan dan
tumbuhan.

Litosfera-atmosfera- bahangan tinggi-luluhawa fizikal meningkat

b3 Komponen biosfera – terdiri daripada pelbagai jenis hidupan seperti manusia,haiwan,


tumbuhan dan mikroorganisma. Interaksi antara komponen biosfera dengan atmosfera
membolehkan tumbuhan membuat makanan sendiri ( fotosentesis) dengan bantuan cahaya
matahari.

Biosfera-hidrosfera- tumbuhan/haiwan memerlukan air utk kelansungan hidup/habitat


akuatik

b4 Komponen hidrosfera- terdiri daripada semua bentuk air yang wujud dipermukaan bumi
termasuk air tawar , air masin dan glasier. Interaksi antara komponen hidrosfera dengan
litosfera akan menyebabkan berlakunya proses luluhawa kimia spt pengkarbonatan yang
menghasilkan BMB topografi karst.

Hidrosfera-litosfera- LAP tinggi-tingkatkan kejadian hakisan/pergerakan jisim

Jawapan = komponen + huraian + interaksi ( 4 isi X 3m =12m)

3
(b) Bincangkan kesan peningkatan bahangan suria terhadap komponen sistem bumi.
[13]

Skema jawapan

bi- Sistem geomorfologi -Peningkatan bahangan/suhu tinggi- proses luluhawa fizikal


(kembang-kecut)@pensuriaan berlaku-kesannya batuan menjadi panas/mengembang dan
pecah kepada kumin-kumin lebih kecil.

bii- Sistem geomorfologi- peningkatan bahangan/suhu tinggi-sejatan tinggi-kemarau


berlaku-isipadu air sungai berkurangan-kesannya proses pemendapan sungai meningkat.

biii) Sistem atmosfera- peningkatan bahangan/suhu tinggi-kesannya kadar sejatan menjadi


tinggi yang menyebabkan kelembapan udara rendah-kejadian hujan berkurangan.

biv) Sistem atmosfera-peningkatan bahangan/suhu tinggi- mewujudkan tekanan udara


rendah-perbezaan tekanan udara antara kawasan tekanan udara rendah dan tekanan
udara tinggi akan menghasilkan tiup angin kencang/ribut.

bv) Sistem hidrologi-peningkatan bahangan/suhu tinggi- kelembapan udara berkurangan


memberi kesan kejadian hujan berkurangan- Larian air permukaan berkurangan.

bvi) Sistem hidrologi- peningkatan bahangan/suhu tinggi- hujan berkurangan-resapan


kurang-kesannya simpanan air bawah tanah berkurangan-menganggu sumber air untuk
sungai/tasik dan kolam.

bvii) Sistem ekologi- peningkatan bahangan/suhu tinggi- pengeluar/tumbuhan layu dan mati-
proses fotosintesis terjejas-pengguna 1 kehilangan sumber makanan-rantaian makanan
terjejas.

bviii) Sistem ekologi- peningkatan bahangan/suhu tinggi- sumber air/minuman haiwan


terjejas- haiwan berpindah/berhijrah-habitat hidupan akuatik terjejas-kesannya hidupan
akuatik pupus/mati.

Pilih mana-mana 6 isi X 2m= 12m + kesimpulan 1m =13m

4
3(a) (i) Sejauh manakah aktiviti manusia mempengaruhi pergerakan jisim di kawasan
tropika lembap? [13]

Skema jawapan

Faktor Aktiviti Manusia

fm 1 – Aktiviti pembalakan di kawasan cerun bukit akan melonggarkan struktur tanah


akibat ketiadaan cengkaman akar pokok . Air hujan mudah meresap masuk ke dalam tanah
yang longgar , menjadikan tanah lembap dan berat. Banjir lumpur akan bergerak menuruni
cerun.

fm 2 – Aktiviti pertanian hawa sederhana di kawasan bercerun juga menyebabkan


struktur tanah menjadi longgar. Aktiviti membajak, mengorek dan menggembur tanah untuk
menanam sayur-sayuran , teh dan bunga-bungaan menyebabkan tanah menjadi longgar
dan cerun tidak stabil. Air hujan mudah meresap masuk ke dalam tanah menjadikan tanah
lembap dan berat. Kejadian banjir lumpur boleh berlaku.

fm 3 – Aktiviti pembinaan jalan perhubungan dan pengangkutan seperti lebuh raya di


kawasan bercerun boleh menyebabkan kejadian tanah runtuh. Cerun dipotong dan ditarah
lalu menghasilkan tebing cerun yang curam . Cerun menjadi tidak stabil dan kesan tarikan
graviti sangat tinggi. Tanah mudah menggelongsor ke kaki cerun.

fm4 – Aktiviti perlombongan batu dan tanah di cerun bukit akan menyebabkan struktur
tanah menjadi longgar dan cerun mudah mengalami runtuhan Penggunaan bahan letupan
untuk memecahkan bongkahan batu akan menggegarkan batuan . Ini akan melemahkan
ketahanan batuan dan menggalakkan kejadian tanah runtuh.

Faktor Fizikal

ff 1 – Faktor batuan – Cerun yang terbentuk daripada batuan enapan adalah lembut dan
poros lebih mudah mengalami pergerakan jisim berbanding cerun yang terdiri daripada
batuan keras. Batuan enapan mempunyai struktur berlapis, tekstur kasar dan mudah
diresapi air – tanah di cerun menjadi lembap dan berat lalu menggelongsor dan runtuh.

ff 2 – Faktor hujan- hujan yang lebat dan turun dalam tempoh masa yang panjang akan
meningkatkan jumlah susupan air ke dalam tanah. Air yang banyak menjadikan batuan tidak
kukuh, sangat lembab dan berat – banjir lumpur akan bergerak menuruni cerun.

ff 3 – Faktor kecerunan- Cerun yang curam melebihi 45o mempunyai kesan tarikan graviti
yang sangat kuat. Akibatnya tanah di bahagian atas cerun mudah mengalami pergerakan
cepat dan runtuh ke kaki cerun – dikenali sebagai tanah runtuh.

ff 4 – Faktor kekurangan tumbuh-tumbuhan –Cerun yang kurang tumbuh-tumbuhan


mempunyai cerun tidak stabil dan longgar kerana kurang cengkaman akar pokok. Air hujan
mudah meresap masuk ke dalam tanah lalu membentuk lumpur. Tanah yang lembap dan
berat akan bergerak menuruni cerun dalam bentuk banjir lumpur.

5
ff 5 – Gerakan tektonik – Gerakan tektonik akan menghasilkan gempa bumi dan letusan
gunung berapi. Gegaran pada kerak bumi akan menyebabkan struktur batuan pada cerun
menjadi longgar dan tidak stabil . Kesannya akan berlaku tanah runtuh.

Catatan: Mesti nyatakan sekurang-kurangnya satu faktor aktiviti manusia.

( 1 aktiviti manusia + 5 faktor fizikal = 6 isi x 2m = 12m + Penegasan isi = 1m

Jumlah = 13m )

3(a) (ii) Huraikan enam langkah untuk mengurangkan kesan pergerakan jisim. [12]

Langkah perundangan

aii1 – Memperkasa langkah penguatkuasaan undang-undang - memastikan semua projek


pembangunan dan pembinaan di kawasan lereng bukit melaksanakan Kajian Impak Alam
Sekita (EIA).

aii2 - Hukuman dan denda – mengenakan denda / hukuman kepada pesalah seperti
kepada pengusaha balak haram di kawasan cerun atau kepada individu yang menjalakan
pembinaan di kawasan cerun tanpa kebenaran

aii3 – Kerajaan telah mewartakan kawasan cerun tertentu sebagai kawasan hutan simpan
atau rizab hutan di bawah Akta Hutan Simpan 1984 dan Akta Perhutanan Negara 1984.
Aktiviti pemantauan cerun giat dilakukan oleh pihak bertanggungjawab.

Langkah bukan perundangan

Aii4 – Tanam lebih banyak pokok /tanaman tutup bumi di kawasan cerun bukit – Contoh
tanam rumput. – dapat meningkatkan kestabilan cerun melalui cengkaman akar pokok.

Aii5-Permukaan cerun ditutup dengan lapisan konkrit atau disimen bagi menyekat air
hujan menyerap masuk ke dalam batuan di samping dapat mengukuhkan struktur cerun.
Membina benteng konkrit atau gabion di kaki cerun tertentu bertujuan menstabilkan cerun.

Membina terowong dengan menebuk batuan cerun untuk membina jalan raya. Langkah ini
dapat mengelakkan cerun dipotong dan ditarah. Tumbuh-tumbuhan di kawasan cerun tidak
ditebang – kestabilan cerun teripelihara.

Membina sistem perparitan dan pengairan di cerun dengan terancang. Membina longkang
di atas cerun dan paip air keluar dari tebing cerun.

Cerun diteres untuk mengurangkan kesan tarikan graviti bumi.

Cerun ditutup dengan sungkupan plastik sebagai langkah sementara bagi menghalang air
hujan meresap masuk ke dalam batuan.

Aii6-kempen

Aii7-pendidikan

6
( Mana-mana 6 isi x 2m = 12 markah )

ATAU

3(b)(i) Jelaskan tiga cara sungai mengangkut bebannya. [6]

bi1 – Apungan – bahan muatan yang halus dan ringan diangkut terapung-apung di
permukaan air sungai. Contohnya kelodak, lempung dan sarap tumbuhan.

bi2 – Ampaian – bahan muatan yang agak kasar diangkut secara terampai-ampai di dalam
air sungai. Contohnya pasir, kelikir dan kelodak.

bi3 – Larutan – mineral di dalam batuan dilarutkan oleh air sungai diangkut di sepanjang
aliran sungai.

bi4 – Loncatan – bahan muatan yang sederhana besar saiznya , bersegi-segi atau leper
akan digerakkan secara berperingkat-peringkat di sepanjang dasar sungai . Contohnya
batuan pasir dan kelikir diangkut secara loncatan atau lompatan.

bi5 – Golekan / Tolakan - Bahan muatan yang besar dan berat diangkut di dasar sungai.
Batu tongkol yang bulat atau hampir bulat akan diangkut secara golekan. Bongkahan batu
yang bersegi-segi akan diangkut secara tolakan.

( Pilih mana-mana 3 isi x 2m = 6 markah )

3(b) (ii) Huraikan empat faktor yang mempengaruhi pengangkutan sungai. [ 8 ]

bii1 – Tenaga sungai –Tenaga sungai kuat akan meningkatkan proses pengangkutan
beban. Tenaga sungai akan bertambah apabila isipadu air sungai bertambah. Isipadu
sungai bertambah apabila hujan lebat , musim hujan dan pencairan salji berlaku. Sungai
juga mampu mengangkut beban yang besar dan berat secara tolakan dan golekan.

bii2 – Cerun –sungai yang mengalir di kawasan cerun curam menjadikan aliran air sungai
sangat deras. Sungai mempunyai tenaga yang kuat dan bukan sahaja berupaya
mengangkut beban yang besar, berat malahan beban yang sederhana dan kecil secara
giolekan, loncatan dan ampaian.

bii3 - Kekasaran alur- dasar sungai yang kasar, berlekuk, berlubuk atau berakar akan
meningkatkan daya geseran dan memperlahankan aliran sungai. Keadaan ini akan
mengurangkan keupayaan sungai mengangkut beban.Malahan beban akan tersangkut di
dasar sungai.

bii4 – Halangan – Halangan seperti batu tongkol dan bongkah batu yang besar di dasar
sungai atau tebing sungai yang berakar serta binaan manusia seperti jambatan konkrit yang
merentasi sungai akan bertindak memperlahankan aliran sungai. Keadaan ini akan
mengurangkan keupayaan sungai untuk mengangkut beban sungai. Sebaliknya beban
sungai akan dimendapkan di dasar sungai.

7
bii5 – Bentuk alur –Bentuk alur sungai yang lurus seperti di bahagian hulu sungai akan
menyebabkan aliran sungai menjadi deras. Tenaga sungai kuat dan berupaya mengangkut
beban sungai yang banyak. Berbanding dengan sungai yang berliku-liku dan bersirat, aliran
sungai menjadi perlahan, tenaga sungai berkurang menyebakan sungai tidak mampu
mengangkut beban yang banyak.

bii6 – Saiz dan jenis bahan – Beban yang besar dan berat seperti batu tongkol dan
bongkahan batu akan diangkut secara tolakan dan golekan di dasar sungai manakala
batuan yang sederhana besar akan diangkut secara loncatan. Beban yang ringan dan halus
pula akan diangkut secara ampaian, apungan dan larutan di sepanjang profil sungai.

( Pilih mana-mana 4 isi x 2m = 8 markah )

3(b) (iii) Bincangkan pengaruh bentuk muka bumi pemendapan sungai terhadap
aktiviti manusia. [11]

biii1 - Delta – delta ialah dataran mendapan lanar yang subur , rata dan luas , terletak di
muara sungai, terdiri daripada lanar, pasir dan kelodak . Delta sangat sesuai untuk aktiviti
pertanian khususnya tanaman padi sawah. Contohnya Delta Chao Phraya (Thailand) dan
Delta Irrawaddy ( Myanmar )

- Delta –delta yang mempunyai alur-alur sungai yang bersirat dan mendapan lanar sangat
sesuai untuk aktiviti penternakan ikan air tawar atau akuakultur. Kolam dan sangkar ikan
boleh dibina di kawasan delta dan pelbagai jenis ikan boleh diternak seperti talapia, lampam
dan patin.

Biii2- Dataran banjir –dataran banjir yang mempunyai tanah lanar yang subur dan rata
sangat sesuai untyk dijadikan kawasan pertanian. Pelbagai jenis tanaman boleh ditanam
seperti padi sawah, sayur-syuran, buah-buahan dan tanaman komersil yang lain.

Dataran banjir – juga menjadi kawasan petempatan penduduk. Tanahnya yang rata dan
pamah sesuai untuk pembinaan petempatan yang membolehkan penduduk menjalankan
aktiviti domestik

Biii3- Tasik ladam – tasik ladam yang mempunyai air yang tenang sangat sesuai untuk
aktiviti menangkap dan menternak ikan air tawar. Ikan air tawar murah dan menjadi
sumber protein utama penduduk.

Tasik ladam – tasik ladam yang mempunyai air yang tenang sesuai untuk aktiviti
pelancongan dan rekreasi. Pelbagai jenis sukan air seperti berkayak dapat dijalankan di
sini.

Biii4Tetambak –tetambak yang terdapat di sepanjang tebing sungai boleh dijadikan jalan
perhubungan penduduk. Bentuk tetambak seperti permatang dan lebih tinggi dari aras
sungai sesuai dijadikan jalan perhubungan.

8
- Tetambak –tetambak di sesetengah negara seperti di negara China sangat lebar dan luas
sesuai untuk pembinaan petempatan. Kebanyakan petani di sini membina rumah mereka
berhampiran kawasan sawah padi yang diusahakan.

Kesimpulan- calon mesti menyatakan semua lima isi dengan sekurang-kurangnya 4 isi
huraiannya betul – 1 markah

( Pilih mana-mana 5 isi x 2m = 10 markah + Kesimpulan = 1m Jumlah= 11 markah )

9
BAHAGIAN B : ALAM SEKITAR MANUSIA
[40 markah]
Jawab semua soalan.

4 (a) Nyatakan tiga ciri piramid penduduk di atas. [3]


a1 – Tapak piramid yang lebar.
a2 – Puncak piramid yang tirus / tajam.
a3 – Cerun piramid yang cengkung.
a4 – Nisbah/bilangan jantina lelaki dan perempuan seimbang.

Mana-mana 3 x 1m = 3m.

(b) Jelaskan tiga faktor yang mempengaruhi pertumbuhan penduduk


di negara X. [6]

b1 – Kadar kelahiran – tapak yang lebar menunjukkan kadar kelahiran adalah tinggi
golongan muda yang ramai.
b2 – Kadar kematian – puncak yang tirus/ tajam menunjukkan kadar kematian yang
tinggi – golongan tua yang sedikit – jangka hayat rendah - penyakit kronik.
b3 – Migrasi – kemasukan buruh asing daripada negara jiran seperti
Indonesia, Filipina, Thailand untuk memenuhi peluang pekerjaan telah
mempengaruhi pertumbuhan penduduk.
b4 – Dasar kerajaan – dasar kerajaan tentang pertumbuhan penduduk seperti Dasar
70 Juta penduduk Malaysia menjelang tahun 2100.
b5 – Kestabilan politik – keadaan politik dalaman negara yang aman, makmur
dapat meningkatkan pertumbuhan penduduk negara X.

Mana-mana 3 x 2m = 6m

(c) Huraikan tiga langkah untuk mengawal kadar kelahiran yang tinggi
di negara X. [6]

c1 – Menaikkan had umur perkahwinan – dari belasan tahun kepada umur 20 tahun
ke atas.
c2 – Menguatkuasakan Dasar Saiz Keluarga Kecil – satu keluarga dua orang anak
sahaja seperti di Singapura / Polisi satu keluarga satu anak di China.
c3 – Menggalakkan amalan perancangan keluarga di kalangan penduduk.
c4 – Pendidikan – melanjutkan pelajaran hingga ke universiti – dapat elak
berkahwin di usia muda terutama wanita.
c5 – Peluang pekerjaan – wanita yang bekerja lebih fokus kepada kerjaya – memilih
untuk punyai saiz keluarga kecil.

Mana-mana 3 x 2m = 6m

10
Jawab sama ada soalan 5 atau soalan 6.

5. a) Bincangkan kesan kemerosotan daya tampung sumber alam terhadap alam


sekitar manusia di
sesebuah kawasan. [13]

Skema Pemarkahan

a1 - Kekurangan sumber makanan


 Kepupusan sumber perikanan akibat eksploitasi berlebihan menjejaskan
bekalan protein kepada penduduk
 Produktiviti tanaman makanan merosot akibat ketidaksuburan tanih apabila
diguna secara kerap - menjejaskan bekalan makanan seperti beras dan
gandum

a2 - Kekurangan sumber tenaga/bahan mentah


 Kehabisan sumber tenaga yang tidak boleh diperbaharui seperti petroleum,
gas asli dan arang batu
 Krisis tenaga dalam jangka masa panjang. Peningkatan kos hidup

a3 - Menjejaskan kesihatan –kualiti hidup merosot


 Pencemaran sumber udara, air dan bunyi - kesihatan terjejas
 Hujan asid – penyakit kulit
 Hidup tidak selesa – akibat suhu tinggi, bunyi bising dll

a4 - Krisis bekalan air


 Pencemaran air sungai dan tasik menjejaskan sumber bekalan air bersih
kepada penduduk
 Bekalan air terpaksa dicatu - menjejaskan aktiviti domestik penduduk

a5 - Risiko bencana alam sekitaran buatan manusia


 Ancaman nyawa akibat banjir lumpur, tanah runtuh dsb
 Kerosakan harta benda dan infrastruktur
 Menjejaskan kehidupan harian penduduk

a6 - Kehilangan sumber & warisan kepada generasi akan datang


 Kepupusan pelbagai sepsis fauna dan flora yang berharga kepada generasi
akan datang
 Kehilangan sumber kajian seperti sumber perubatan herba
 Kemerosotan sumber budaya –seni warisan/bangunan warisan

a7 - Peningkatan kos pemeliharaan & pemuliharaan


 Memerlukan kos tinggi untuk membaik pulih dan memulihara sumber yang
rosak
 Contoh rawatan air sungai/tasik, penanaman semula hutan dll

a8 - Meningkatkan teknologi pengeluaran


 Penggunaan input-input baru dalam pertanian – krisis makanan
 Peningkatan dalam R&D – rawat udara

a9 - Penerokaan sumber gantian/tenaga alternatif

11
 Getah menggantikan kayu balak

Mana-mana 6 x 2m =12m + 1m untuk kesimpulan

b) Jelaskan langkah untuk mewujudkan keseimbangan daya tampung sumber alam


dengan aras penduduk. [12]

Skema pemarkahan

b1 - Pembangunan berterusan (lestari)


 Pembangunan yang mengambil kira keperluan generasi kini dan akan datang
 Adunan pembangunan dengan usaha pemeliharaan dan pemuliharaan alam
sekitar
 Amalan teknologi hijau

b2 - Penerokaan dan penggunaan sumber alam secara berhemah


 Meneroka dan menggunakan sumber alam secara bertanggungjawab – tidak
tamak/rakus
 Tidak cuai yang menyebabkan pencemaran dan kemusnahan sumber alam

b3 - Langkah perundangan – menjaga sumber alam


 Akta dan enakmen pengeluaran dan penggunaan sumber yang cekap
 Perlaksanaan hukuman – seperti denda/kompaun, menyita premis dll
 Langkah dan prosedur EIA (Penilaian Impak Alam Sekitar)

b4 - Meningkatkan kecekapan pengurusan sumber/memperkasakan sistem pengurusan


 Penguatkuasaan yang berkesan oleh agensi pelaksana
 Basmi amalan rasuah - jenayah alam sekitar
 Kurangkan kerenah birokrasi dalam pengurusan alam sekitar
 Menanamkan nilai dan etika yang murni/peningkatan integriti di kalangan agensi
pelaksana

b5 - Kempen dan pendidikan alam sekitar


 Kempen melalui media massa dan badan bukan kerajaan (NGO)/pendidikan
berterusan kepada masyarakat
 Pendidikan formal di sekolah dan IPT

b6 - Kawalan terhadap pertumbuhan penduduk


 Mengawal kadar pertumbuhan tahunan penduduk melalui kaedah perancang
keluarga
 Tingkatkan taraf pendidikan dan kerjaya wanita

b7 - Meningkatkan teknologi dan R&D


 Teknologi modeng yang lebih jimat dan kurang bergantung kepada sumber alam
yang hamper habis
 Mencari sumber/tenaga alternatif – solar, angin, hibrid biodiesel

Mana-mana 6 x 2m = 12m

12
6. (a) Berdasarkan sebuah bandar metropolis, huraikan enam peranan
bandar tersebut terhadap pembangunan sesebuah negara. [13]

Bandar metropolis(Bandaraya besar yang memiliki penduduk melebihi 1 juta orang).


Contohnya Jakarta, Kuala Lumpur, Manila dan Bangkok

a1 Pusat Pemasaran  Pusat pemasaran pelbagai jenis produk industri,


dan perniagaan. perkhidmatan, pertanian dll sama ada di dalam
atau luar negara.
 Pelbagai jenis perniagaan : borong, runcit, pasar
raya, perniagaan perkhidmatan dll.
 Meningkatkan KDNK Negara.

a2 Pusat pekerjaan  Peluang pekerjaan yang banyak dalam sektor


ekonomi moden seperti perindustrian,
perkhidmatan,pembinaan, perniagaan dan lain-
lain.
 Pengangguran berkurang
 Pendapatan perkapita meningkat.
 Taraf hidup meningkat

a3 Pusat Pemodenan  Pemodenan dalam segala aspek terutamanya


ICT dan Bioteknologi.
 Pembangunan R&D dalam pelbagai bidang.
 Mencipta pelbagai inovasi yang mampu
memenuhi citarasa pengguna global.

a4 Pusat Kemudahan  Menyediakan pelbagai kemudahan kesihatan


kesihatan pakar sama ada dalam sektor kerajaan atau
swasta dengan alatan dan kaedah rawatan yang
moden dan canggih.

a5 Pembentukan  Pembangunan dan pemodenan yang pesat


golongan menengah menyebabkan munculnya golongan pekerja,
intelektual, pemimpin masyarakat dan ahli politik
yang berfikiran luas.
 Golongan yang melakukan perubahan ke arah
pembangunan sosioekonomi negara yang
mapan.

a6 Pembauran inovasi  Bandar berfungsi sebagai pusat perebakan atau


penyebaran inovasi/idea baharu daripada R&D.
 Pembangunan dipercepatkan kerana ramai
golongan menengah.

13
 Penyebaran inovasi melalui media cetak dan
media elektronik.

a7 Pusat pelaburan  Pusat pelaburan modal seperti Bursa Saham


dan kewangan Kuala Lumpur.
 Terdapat institusi kewangan dan bank yang
menawarkan penyimpanan dan pinjaman kredit.
 Menarik pelabur asing/ tambah dana dalam
negara.

a8 Perindustrian  Tumpuan industri berat, pembuatan dan


elektronik
 Aglomerasi industri/estet industri
 Tumpuan syarikat multinasional (MNCs)
 Pemangkin industri negara

Pemarkahan : Mana-mana 6 isi x 2m = 12 m


Contoh Metropolis =1m
Jumlah = 13 m

(b) Jelaskan enam kesan bandar metropolis terhadap sesebuah negara.


[12]

KESAN POSITIF  Taraf hidup meningkat, kuasa beli bertambah,


b1 Peningkatan pendapatan kemiskinan dan pengangguran berkurang.
perkapita  Bekerja dalam sektor ekonomi moden seperti
perniagaan, perindustrian dan perkhidmatan di
bandar.
 Berpeluang menjana pendapatan yang
berganda.

b2 Kepadatan  Penduduk melakukan migrasi dari luar bandar


penduduk ke bandar untuk mencari pekerjaan.
 Penduduk bertambah menyebabkan saiz
pasaran barangan dan perkhidmatan
meningkat.
 Kuasa beli penduduk meningkat.
 Bekalan tenaga buruh untuk pelbagai sektor
ekonomi moden.

b3 Kualiti hidup  Taraf pendidikan meningkat –kadar celik ICT


penduduk bertambah tinggi, peluang pendidikan bertambah dengan
baik adanya kolej, IPTA dan IPTS
 Taraf kesihatan meningkat –kadar kelahiran
bertambah, kadar kematian menurun,

14
peningkatan jangka hayat kerana adanya
kemudahan kesihatan yang canggih dan
perkhidmatan pakar yang cukup.
b4 Kadar mobiliti dan  Kadar mobiliti penduduk meningkat –melalui
pembauran inovasi pekhidmatan pengangkutan awam moden
penduduk meningkat seperti komuter, ERL, LRT dll.
 Darjah ketersampaian tinggi.
 Liputan telekomunikasi bertambah yang
memudahkan penyebaran maklumat dan
inovasi.
KESAN NEGATIF  Masalah kekurangan rumah kos rendah dan
b5 Masalah sederhana.
perumahan /  Persaingan guna tanah bandar menyebabkan
setinggan harga rumah mahal.
 Penduduk miskin dan tidak mampu memiliki
atau menyewanya –terpaksa tinggal di
petempatan setinggan.

b6 Kesesakan lalu  Pertambahan penduduk menyebabkan


lintas peningkatan penggunaan kenderaan
persendirian dan awam.
 Kesesakan yang teruk pada waktu puncak –
melambatkan perjalanan-merugikan masa dan
risiko kemalangan jalan raya meningkat.

b7 Kemiskinan bandar  Masalah pengangguran dan kemiskinan


bandar meningkat.
 Peluang pekerjaan terhad.
 Persaingan kerja dengan warga asing.
 Wujud golongan miskin tegar dalam bandar.

b8 Masalah sosial  Kadar jenayah yang tinggi, maksiat, pelacuran,


bertambah penyalahgunaan dadah dll kerana kos dan
tekanan hidup yang tinggi di bandar.
 Nilai murni sosial merosot- dipengaruhi oleh
budaya luar yang liar, ikatan kekeluargaan
yang longgar.

b9 Masalah kesihatan  Perebakan penyakit di kawasan tertentu


seperti kawasan setinggan (slum area) dan
kawasan pembinaan bangunan oleh pekerja
asing.
 Persekitaran setinggan yang kotor
memudahkan penularan penyakit seperti
denggi, tibi, H1N1, SARS dll

15
b10 Kualiti hidup  Kualiti hidup terjejas akibat pencemaran
terjejas udara ,air dan bunyi.
 Kesesakan lalu lintas menyebabkan tekanan
hidup di bandar.
 Pulau haba bandar-kehidupan menjadi tidak
selesa
 Keselamatan penduduk terancam – akibat
peningkatan kes jenayah dan kemusnahan
alam sekitar.

Pemarkahan : Mana-mana 6 isi x2m =12 m

SKEMA PEMARKAHAN TAMAT

16

Anda mungkin juga menyukai