Anda di halaman 1dari 55

Modul : Pergerakan Jisim

Konsep pergerakan jisim


Pergerakan jisim merujuk kepada pergerakan bahan atau regolit yang telah terluluhawa dari atas ke
bawah cerun akibat tarikan graviti bumi.
JENIS PERGERAKAN JISIM
ALIRAN CEPAT
Konsep aliran cepat
Aliran cepat dalam pergerakan jisim merujuk kepada pergerakan bahan atau regolit seperti tanih, batuan
dan lumpur dari atas ke bawah secara cepat atau tiba-tiba cerun akibat tarikan graviti bumi.
Proses aliran cepat

Gelungsoran / tanah runtuh


berlaku di kawasan cerun yang sangat curam seperti di kawasan tebing tinggi.

pergerakan tanih atau batuan berlaku dengan cepat atau tiba-tiba.

terdapat berberapa jenis gelonsoran seperti gelonsoran tanah dan gelongsoran batuan.

Sering kali membentuk kun talus di kaki cerun.


Aliran tanih atau lumpur
merujuk kepada pergerakan tanih atau lumpur yang yang sangat lembap secara tiba-tiba
daripada atas cerun.
tanah yang bercampur air hujan bergerak menuruni cerun dalam bentuk aliran lumpur.

aliran lumpur atau tanih biasanya berlaku di kawasan yang sering menerima hujan yang lebat
seperti di kawasan tropika lembap.
Walau bagaimanapun di kawasan gurun panas, hujan lebat yang turun sekali sekala berupaya
untuk menghasilkan aliran lumpur yang bergerak turun dari cerun melalui lurah-lurah sementara
yang terbentuk. Aliran lumpur ini kemudiaannya membentuk kipas lanar di kaki cerun.

ALIRAN PERLAHAN
Konsep aliran perlahan
Aliran perlahan dalam pergerakan jisim merujuk kepada pergerakan bahan atau regolit seperti tanih, dan
batuan dari atas cerun ke bawah cerun secara perlahan akibat tarikan graviti bumi.

PROSES ALIRAN PERLAHAN


Kesotan
egolit seperti batuan dan tanah di cerun terlebih dahulu terluluhawa menyebabkan regolit
tersebut longgar dan peroi.

Batuan atau tanah ini kemudiaannya bergerak secara amat perlahan menuruni cerun yang landai (
10 hingga 20 ) akibat tarikan graviti bumi.
Batuan atau tanah akan membentuk kun talus di kaki cerun.

Pergerakannya tidak dapat dikesan melalui mata kasar sebalik dapat dilihat melalui bukti- bukti
seperti batang pokok yang bengkok, tiang elektrik, pagar dan tembok yang condong.
Gelangsar
merupakan pergerakan tanih dan batu tongkol.

berlaku di kawasan beriklim sejuk akibat proses pencairan salji.

Salji bertindak sebagai bahan pelincir bagi memudahkan pergerakan lempung ( tanah yang
lembap ) di atasnya.
Pergerakan lempung yang dikenali sebagai gelangsar ini dari pelbagai arah tanpa mengikut
lurah tertentu.

FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PERGERAKAN JISIM


Faktor semula jadi

Hujan yang lebat dan pencairan salji


Hujan tahunan yang lebat ( melebihi 2000 mm ), terutama di kawasan tropika lembap
menggalakkan berlakunya pergerakan jisim.
air hujan yang menyerap ke dalam tanah akan menjadi agen pelincir dan pemberat.

air dalam tanah memudahkan pergerakan tanah kerana fungsinya sebagai pelincir manakala
tanah yang basah menjadi lebih berat dan mudah bergerak bebanding tanah yang kering.
hujan apabila bercampur dengan tanah akan menghasilkan aliran lumpur.

di kawasan sederhana dunia, apabila salji mencair tanah di bahagian atas akan bergerak ke
bawah cerun dalam bentuk gelangsar kerana tanah tersebut menjadi licin.
Kegiatan luluhawa
Di kawasan tropika lembap luluhawa dalaman berlaku dengan giat dan jauh ke dalam bumi
( melebihi 30 meter ).
Luluhawa dalaman terutama di cerun akan menghasilkan lapisan regolit yang tebal dan longgar.

Regolit tebal dan longgar ini mudah untuk bergerak akibat tarikan graviti.
Letusan gunung berapi dan gempa bumi
berupaya untuk membentuk gegaran yang kuat ke atas cerun

gegaran ini menjadikan tanah di kawasan cerun longgar ,tidak stabil dan seterusnya mudah untuk
runtuh.

Faktor aktiviti manusia


Penebangan / kegiatan pembalakan di cerun
akar tumbuhan berfungsi untuk memegang dan mencengkam tanah di cerun.

ketiadaan tumbuhan menyebabkan tanah di cerun tidak stabil dan mudah runtuh.
Pertanian
pertanian tanpa teres akan mengurangkan kestabilan cerun.

pertanian melibatkan aktiviti penebangan tumbuhan asal sesuatu kawasan.

Perlombongan kuari
melibatkan penggunaan bahan letupan dan kerja-kerja pengorekan tanah.

struktur tanah kawasan cerun menjadi longgar.


gegaran akibat penggunaan bahan letupan menyebabkan tanah di cerun mudah runtuh.
Pembinaan
Aktiviti pembinaan seperti pembinaan jalan raya, bangunan di cerun akan menyebabkan hutan
asal kawasan tersebut ditebang.
Penebangan hutan akan mendedahkan permukaan bumi kepada aktiviti luluhahawa yang
menyebabkan tanah di kawasan tersebut menjadi peroi, longgar dan tidak stabil.
Tanah yang peroi, longgar dan tidak stabil mudah untuk jatuh sekiranya berlaku gegaran, hujan
dan sebaginya.
Pembinaan bangunan-bangunan di cerun seperti pembinaan hotel, rumah kediaman dan
sebagainya akan melibatkan kerja-kerja penggorekan, pengemburan tanah dan penebangan
tumbuhan asal di kawasan tersebut. Permukaan bumi yang terdedah dan tanah yang longgar
akan mempercepatkan pergerakan jisim.
Penternakan
berlakunya ragutan berlebihan di kawasan cerun.

mendedahkan permukaan cerun kepada proses-proses geomorfologi seperti hakisan dan


luluhawa.
rumput memegang dan mencengkam tanah melalui peranan akarnya.

ketiadaan rumput struktur tanah di cerun menjadi longgar.


Pembinaan jalan raya / lebuh raya
melibatkan kerja-kerja pemotongan cerun atau susuh bukit menyebabkan kecerunan cerun
bertambah.
Cerun yang curam tidak stabil dan mudah runtuh.

ketiadaan tumbuhan mengurangkan cengkaman akar yang memegang dan mencengkam tanah di
cerun.
aktiviti pembajakan menjadikan struktur tanah menjadi longgar dan mudah untuk runtuh.

Turut melibatkan penebangan tumbuhan asal kawasan tersebut menyebabkan permukaan bumi
terdedah kepada proses-proses geomorfologi seperti hakisan dan luluhawa.
Akar tumbuhan berperanan memegang dan mencengkam tanah daripada runtuh.

KESAN PERGERAKAN JISIM


Kehilangan nyawa / kematian
Kemusnahan harta benda rumah kediaman
Kesan psikologi- penduduk dalam keadaan ketakutan / fobia.
Kesan kepada aktiviti ekonomi kemusnahan kawasan pertanian, perniagaan, industri dan
sebagainya.
Kesan kepada infrastruktur- kemusnahan jalan raya, bekalan air, elektrik.
KAEDAH MENGATASI GERAKAN JISIM DI CERUN
Langkah perundangan

Kuatkuasakan undang-undang dan peraturan seperti Akta Pemeliharaan Tanah dan Akta Parit
dan Bangunan.

Langkah bukan perundangan

Menanam tumbuhan tutup bumi


tumbuhan seperti rumput dan tumbuhan jenis kekacang

akar tumbuhan tersebut memegang dan mencengkam tanah di cerun sekaligus mengurangkan
pergerakan jisim.
Peneresan
Cerun yang diusahakan pertanian dan pembinaan mestilah diteres.

Peneresan akan menstabilkan cerun.


Cerun yang stabil tidak mudah runtuh sekiranya berlaku gegaran.
Pembinaan tembok
dibina di kawasan kaki cerun bertujuan menahan pergerakan tanah. tembok tersebut daripada
bahan yang kukuh seperti simen yang telah dikonkrit.

Penyimenan permukaan
keseluruhan permukaan cerun disimen.

Pada permukaan dibuat lubang-lubang bagi mengawal aliran air dalam tanah.

Permukaan cerun yang disimen lebih stabil kerana sifat simen yang kukuh dapat menahan cerun
tersebut daripada runtuh.
Penyimenan permukaan cerun juga dapat mengurangkan susupan air ke dalam tanah yang
bertindak sebagai pelincir dan pemberat.
Sistem Perparitan
sering digunakan di kawasan lebuh raya

dibina disetiap teres di lereng bukit yang curam mengikut garis konturnya

dapat mengatasi masalah air bertakung dan menyusup dalam tanah dan melonggar dan memberat
tanah
Lapisan Plastik
lapisan plastic di gunakan pada cerun yang curam biasanya bagi mengelakkan air hujan
menyusup dan memasuki dalam tanah.
kaedah ini biasa dapat dilihat di beberapa tempat di sepanjang lebuh raya
Pendidikan
pendidikan formal di sekolah seperti pendidikan Alam Sekitar, Geografi, dan Pendidikan Moral.
Pendidikan tidak formal seperti melalui lawatan, ceramah dan sebagainya.
Kempen
kempen yang dijalankan oleh pihak-pihak tertentu sama ada melalui media massa, maklumat
melalui risalah dan sebagainya.
menyedarkan orang ramai tentang kepentingan pengurusan kawasan cerun dengan berkesan.

MODUL :LULUHAWA
Konsep luluhawa
Luluhawa merupakan proses pemecahan, peleraian ,pereputan dan penguraian batuan di permukaan
bumi atau hampir permukaan bumi secara insitu menyebabkan berlakunya perubahan fizikal atau
kandungan kimia batuan oleh agen-agen luluhawa seperti iklim ( suhu, hujan dan fros ) serta
biotik
Faktor-faktor yang mempengaruhi luluhawa batuan
Faktor semulajadi

Bentuk muka bumi


Aktif di kawasan bercerun berbanding dengan kawasan yang bentuk muka buminya rata.

Batuan di kawasan bercerun sentiasa terdedah kepada agen-agen luluhawa kerana bahan-bahan
regolit yang terluluhawa tidak kekal lama di kawasan tersebut ( sentiasa dipindahkan oleh agen
hakisan seperti air mengalir, glasier ) .
Sebaliknya di kawasan yang bentuk muka buminya rata, bahan-bahan regolit hasil kegiatan
luluhawa sentiasa melitupi bahagian batuan daripada terdedah dan keadaan ini menyebabkan
kegiatan luluhawa terganggu.
Cerun yang menghadap angin lazim akan menerima jumlah hujan tahunan yang lebat berbanding
cerun yang membelakangi arah tiupan angin.
Hujan yang lebat akan menggalakkan berlakunya luluhawa kimia di kawasan cerun yang
mengadap angin lazim tersebut tersebut.

Iklim
Unsur-unsur iklim yang mempengaruhi luluhawa ialah suhu, bahangan matahari, hujan dan fros.
( a ) Bahang matahari dan suhu
Mempengaruhi kegiatan luluhawa sama ada luluhawa kimia ataupun luluhawa
fizikal/mekanikal.
Di kawasan gurun panas julat suhu harian yang tinggi menyebabkan berlakunyaluluhawa
fizikal/mekanikal melalui proses pengembangan dan pengecutan. Pada waktu siang bahang
matahari yang diterima di kawasan gurun panas adalah tinggi menyebabkan suhunya tinggi
(lebih daripada 40 C ) dan keadaan ini menyebabkan batuan di kawasan tersebut mengembang.
Pada waktu malam suhu di kawasan ini jatuh secara mendadak ( kurang daripada
10 C ).Penurunan suhu secara mendadak ini menyebabkan batuan di kawasan tersebut
mengecut. Proses kembang-kecut yang berlaku secara berulangkali dalam tempoh yang
lama menyebabkanbatuan di kawasan tersebut mengelupas dan akhirnya pecah.

Suhu juga mempengaruhi kegiatan luluhawa kimia khususnya di kawasan tropika


lembab. Suhu yang sentiasa tinggi sepanjang tahun ( purata 27 C ) menyebabkan
kegiatan luluhawa kimia aktif sepanjang tahun. Menurut Van Den Hof setiap kenaikan suhu
sebanyak 1 C akan meningkatkan keberkesanan luluhawa kimia sebanyak 10 %.
( b ) Hujan
Membekalkan sumber air untuk sebarang proses luluhawa.

Semua proses luluhawa kimia seperti larutan, pengkarbonan, penghidratan,


pengoksidaan dan hidrolisis memerlukan air untuk tindak balas kimia.
Hujan yang lebat di kawasan tropika lembap ( melebihi 2000 mm ) menyebabkan proses
luluhawa kimia berlaku dengan pesat di kawasan tersebut.

( c ) Fros
Di kawasan tanah tinggi yang ketinggianya melepasi tahap pembekuan, fros amat berkesan
untuk memecahkan batuan di kawasan tersebut dalam bentuk luluhawa fizikal.
Pada waktu siang air hujan akan memasuki rekahan batuan di kawasan tersebut dan pada
waktu malam apabila suhu jatuh di bawah takat beku air yang terdapat dalam rekahan tersebut
akan membeku.
Apabila air dalam rekahan tersebut membeku, isipadu dalam rekahan tersebut telah mengembang
sebanyak 10 % daripada isipadu asalnya.
Pengembangan ini akan menyebabkan tekanan yang kuat pada dinding rekahan batuan yang
berkenaan sehinggakan rekahan itu menjadi besar.
Proses beku dan cair akan berlaku secara berulangkali sehingga batuan tersebut akhirnya pecah.
Jenis batuan
Batuan yang berbeza mempunyai daya ketahan yang berbeza terhadap luluhawa.

Batuan yang lembut daripada jenis enapan seperti batu kapur dan batu pasir lebih mudah
terluluhawa misalnya melalui proses larutan dalam luluhawa kimia. Batuan yang lebih
keras seperti feldspar, dan kuarza lebih tahan terhadap luluhawa sama ada luluhawa kimia atau
fizikal.
Ketahanan sesuatu batuan itu terhadap luluhawa bergantung kepada kandungan mineral, warna
dan struktur rekahan yang terdapat pada batuan tersebut.
( a ) Kandungan mineral
Ketahanan mineral yang terdapat dalam batuan terhadap luluhawa adalah berbeza-beza.

Batuan yang mengandungi bahan yang boleh menyerap air akan mengalami luluhawa kimia
melalui tindakan penghidratan. Antara kandungan kimia batuan yang biasanya mengalami
penghidratan ialah kalsium sulfat ( anhidrit ), feldspar dan mika.
Batuan yang mengandungi banyak sebatian besi ( ferum ) akan mudah terluluhawa melalui
tindakan pengoksidaan.
( b ) Warna batuan
Batuan yang berwarna gelap biasanya mengalami tindakan luluhawa yang lebih giat kerana
lebih banyak menyerap dan menyimpan haba bahang matahari berbanding batuan yang
berwarna cerah yang kurang menyerap dan menyimpan haba. Contoh batuan gelap ialah gabro,
olivin, augit dan biotit menyerap lebih banyak bahang daripada matahari berbanding batuan yang

mempunyai permukaan yang lebih cerah seperti felsfar, kuarza, dan muskovit yang lebih
memantulkan balik sebahagian bahang matahari yang diterimanya.
( c ) Struktur rekahan
Struktur retakan dan rekahan yang wujud di permukaan batuan akan memudahkan air dan hablur
ais ( fros ) bertindak ke atas batuan tersebut.
Proses beku dan cair ( pengembangan ) yang berlaku dalam struktur rekahan batuan
menyebabkan rekahan tersebut bertambah membesar dan akhirnya pecah kerana isipadunya
bertambah sebanyak 10 %.
Struktur retakan dan rekahan pada permukaan batuan juga penting dalam menggalakkan
berlakunya luluhawa kimia ke atas batuan.
Apabila berlakunya hujan, air hujan tersebut akan masuk ke dalam rekahan tersebut dan
berlakulah tindakan luluhawa kimia secara pengkarbonan dan larutan seperti mana yang berlaku
ke atas batu kapur.
Tumbuh-tumbuhan
Tumbuh- tumbuhan membekalkan asid, gas-gas dan sebatian kimia bagi mempercepatkan
tindakan balas kimia terhadap batuan.
Contoh karbon dioksida yang dilepas ke udara akibat pepeluhan tumbuhan akan dilarutkan oleh
air hujan lalu membentuk asid karbonik lemah. Asid karbonik lemah ini amat sangat diperlukan
dalam proses pengkarbonan, dan larutan yang bertindak balas dengan batuan seperti batu kapur
dan dolomit.
Tumbuhan juga membantu dalam proses luluhawa fizikal. Pembesaran akar-akar tumbuhan
boleh meretak dan memecahkan sesuatu batuan.
P. Birot ( 1966 ), menjelaskan bahawa akar-akar pokok yang lebarnya 10cm dan satu meter
panjang apabila memasuki sesuatu rekahan batuan dan kemudiannya membesar akan
berupaya untuk menggerakkan satu bongkah batuan seberat 10 tan.
Tindakan hidupan dalam tanah
Tindakan hidupan dalam tanah seperti cacing, tikus dan arnab secara tidak langsung dapat
membantu kegiatan luluhawa.
Hidupan dalam tanah sentiasa melonggarkan sruktur tanah dengan mengorek lubang dan
memindahkan tanah ke permukaan.
Apabila berlakunya hujan air akan masuk jauh ke dalam tanah melalui lubang-lubang ini dan
kesannya luluhawa akan berlaku jauh ke dalam tanah.
Mikroorganisma
Terdapat mikroorganisma daripada jenis kulat, yang hidup di atas batuan akan mengeluarkan
asid organik yang boleh melarutkan bahan mineral dalam batuan dan sekaligus membantu
mempercepatkan tindakan luluhawa ke atas batuan tersebut.
Masa
Batuan yang lebih keras seperti batu daripada kumpulan igneus memerlukan masa yang lebih
lama untuk terluluhawa berbanding batuan lemah dan lembut daripada kumpulan enapan.
Faktor Aktiviti manusia- aktiviti pembangunan
JENIS-JENIS LULUHAWA
Luluhawa batuan secara umumnya dapat dibahagikan kepada tiga jenis iaitu luluhawa mekanikal/
fizikal, luluhawa kimia / dalaman, dan luluhawa biologi

LULUHAWA FIZIKAL
Konsep luluhawa fizikal
Luluhawa mekanikal/fizikal merupakan proses pemecahan dan peleraian batuan di permukaan bumi
atau hampir permukaan bumi secara insitu oleh agen-agen luluhawa fizikal seperti iklim ( suhu,
hujan dan fros ) serta biotik dengan tanpa mengubah kandungan kimia batuan.
PROSES LULUHAWA FIZIKAL

Pengembangan hablur garam.


Proses ini berlaku secara meluas di kawasan gurun panas.

Pemanasan matahari yang melampau di kawasan ini menyebabkan air di bawah tanah ditarik ke
atas oleh daya rerambut ( capillary force ) dan tersejat ke permukaan.
Apabila air tersejat, hablur-hablur garam akan tertinggal di dalam rongga atau retakan batuan
( batu pasir ).
Proses sejatan yang berterusan akan menyebabkan kuantiti hablur garam dalam rongga atau
rekahan batuan bertambah dan mengembang .
Tekanan yang diwujudkan oleh pertambahan kuantiti hablur garam ini akan menyebabkan
batuan tersebut tersepai.
Tindakan fros
Di kawasan tanah tinggi yang ketinggianya melepasi tahap pembekuan, fros amat berkesan
untuk memecahkan batuan di kawasan tersebut dalam bentuk luluhawa fizikal.
Pada waktu siang, air hujan yang memasuki rekahan batuan di kawasan tersebut dan pada waktu
malam apabila suhu jatuh di bawah takat beku air yang terdapat dalam rekahan tersebut akan
membeku.
Apabila air dalam rekahan tersebut membeku, isipadu dalam rekahan tersebut telah mengembang
sebanyak 10 % daripada isipadu asalnya.
Pengembangan ini akan menyebabkan tekanan yang kuat pada dinding rekahan batuan yang
berkenaan sehinggakan rekahan itu menjadi besar.
Proses beku dan cair akan berlaku secara berulangkali sehingga batuan tersebut akhirnya pecah.

Pelepasan tekanan
Pelepasan tekanan merujuk kepada proses pengurangan tekanan pada batuan.

Tindakan fros ini akan menghasilkan serpihan yang bersegi-segi dan serpihan batuan itu akan
terkumpul di kaki gunung sebagai talus.

Semasa bongkah batuan tersebut tertanam di dalam bumi , tekanan batuan yang terletak di
atasnya menyebabkan bongkah batuan tersebut berada dalam keadaan kecut.
Apabila tanah lapisan atas batuan tersebut di hakis oleh agen-agen hakisan menyebabkan batuan
tersebut terdedah ke permukaan bumi.
Proses pendedahan ke permukaan bumi ini dikenali sebagai pelepasan tekanan. Pendedahan ini
menyebabkan batuan tersebut mengembang akibat daripada tekanan yang berkurangan.
Batuan ini kemudiannya merekah dan retak.

Proses pengembangan yang berterusan akan menyebabkan kepingan-kepingan besar batuan


akan terpisah daripada batuan induk.
Proses pelepasan tekanan ini biasa berlaku ke atas batuan igneus seperti granit.
Tindakan basah dan kering
Berkesan di kawasan tropika yang mengalami musim hujan dan kering yang nyata.

Semasa musim hujan batuan akan basah dan mengembang manakala semasa musim kering
sejatan akan berlaku ke atas batuan tersebut menyebabkan batuan tersebut mengecut.
Proses basah dan kering yang berlaku secara yang berulang dalam tempoh tertentu akan
menyebabkan batuan tersebut merekah dan akhirnya pecah.
Proses basah kering juga berlaku di kawasan pinggir laut tropika lembap.
Semasa air pasang batuan di kawasan pinggir pantai akan basah dan mengembang manakala
semasa air laut surut batuan pinggir pantai akan terdedah kepada pancaran matahari yang terik
menjadikannya kering semula.
Proses basah kering ini akan berlaku secara berulangkali dan akhirnya menyebabkan batuan
pinggir pantai merekah dan kemudiannya pecah dan relai.

Tindakan Kembang- kecut


Tindakan kembang dan kecut berlaku dengan giat di kawasan yang mengalami perubahan suhu
yang ekstrem seperti di kawasan gurun panas.
Di kawasan gurun panas julat suhu hariannya sangat besar. Pada waktu siang pemanasan oleh
matahari ( suhu tinggi ) menyebabkan lapisan luar batuan mengembang lebih cepat daripada
bahagian dalam batuan tersebut. Sebaliknya pada waktu malam suhunya rendah menyebabkan
lapisan luar batuan menyejuk dan mengecut lebih cepat daripada bahagian dalam bataun
tersebut.
Proses ini kembang kecut akan berlaku secara berulang-ulang dan keadaan ini menyebabkan
bahagian luar batuan akan merekah dan pecah secara mengelupas lapisan demi lapisan.
Tindakan biologi
Tumbuhan juga membantu dalam proses luluhawa fizikal.

Pembesaran akar-akar tumbuhan boleh meretak dan memecahkan sesuatu batuan. P. Birot ( 1966
), menjelaskan bahawa akar-akar pokok yang lebarnya 10cm dan satu meter panjang apabila
memasuki sesuatu rekahan batuan dan kemudiannya membesar akan berupaya untuk
menggerakan satu bongkah batuan seberat 10 tan.

LULUHAWA KIMIA
Konsep luluhawa kimia
Luluhawa kimia merupakan proses pereputan dan penguraian batuan di permukaan bumi atau
hampir permukaan bumi secara insitu oleh agen-agen luluhawa kimia seperti iklim ( suhu, dan
hujan ) serta biotik dengan mengubah kandungan kimia batuan.
PROSES LULUHAWA KIMIA
Hidrolisis

Hidrolisis merupakan satu proses kimia yang melibatkan tidak balas antara mineral ( galian )
yang terdapat dalam batuan dengan air lalu menyebabkan mineral tersebut menjadi lemah.
Contoh tindak balas antara air dengan bahan mineral dalam batu granit iaitu felsfar dan mika.

Melalui proses hidrolisis ini felsfar telah membentuk tanah liat putih yang dikenali sebagai
kaolin.
Kaolin banyak terdapat di kawasan batuan granit di kawasan tropika lembap.

Penghidratan
Penghidratan ( hydration ) berlaku apabila bahan mineral yang terdapat dalam batuan telah
menyerap air lalu mengubah bahan mineral tersebut kepada bahan mineral yang baru.
Contoh bahan mineral anhidrit atau kalsium sulfat yang bertindak balas dengan air dan
kemudian menyerapnya lalu membentuk mineral baru yang dikenali sebagai gipsum.
Melalui proses penghidratan bahan mineral yang terdapat dalam batuan bukan sahaja berubah
daripada segi kandungan kimia malah melibatkan perubahan isipadu.

Pengoksidaan
Pengoksidaan ialah proses tindak balas antara mineral batuan dengan air dan oksigen yang
terdapat dalam udara. Proses pengoksidaan paling giat berlaku terhadap batuan yang
mengandungi mineral besi (ferum ) lalu melemahkan struktur batuan tersebut.
Batuan daripada kumpulan igneus yang mengandungi banyak kandungan besi seperti besi sulfida
( pirit ), ferus oksida( magnetit ) dan feromagnesium ( mika dan hornlend ) apabila terdedah
kepada air dan oksigen di udara akan bertukar warna kepada keperangan dan sifat kimianya.
Proses pengoksidaan kerap berlaku di kawasan tropika lembap di mana batuan yang
mengandungi besi yang terluluhawa telah menghasilkan tanih laterit.
Larutan
Larutan ialah proses di mana mineral yang terdapat dalam batuan akan menjadi cair apabila
bertindak balas dengan air.
Larutan biasanya berlaku ke atas batuan yang mudah larut seperti batu kapur dan dolomit.

Air hujan atau asid karbonik telah melarut permukaan batu kapur tersebut lalu menghasilkan
larutan kalsium bikarbonat .
Pengkarbonan
Proses pengkarbonan berlaku apabila bahan mineral yang terdapat dalam batuan bertindak balas
dengan karbon dioksida di udara dan air hujan atau asid karbonik.
Contoh tindak balas antara kalsium karbonat yang terdapat dalam batu kapur dengan air hujan
atau asid karbonik akan menghasilkan kalsium bikarbonat.
Proses ini kerap berlaku di kawasan batu kapur dengan membentuk pelbagai bentuk muka. bumi
yang menarik
FAKTOR- FAKTOR LULUHAWA KIMIA / DALAMAN DI KAWASAN TROPIKA LEMBAP
( i ) Iklim
( a ) Hujan

Membekalkan sumber air untuk tindak balas kimia dalam semua proses luluhawa
kimia seperti larutan, pengkarbonan, penghidratan, pengoksidaan dan hidrolisis.
Hujan yang lebat di kawasan tropika lembap ( melebihi 2000 mm )dan turun sepanjang
tahun mengalakkan proses luluhawa kimia berlaku dengan pesat di kawasan tersebut.
( b ) suhu
Mempengaruhi kadar luluhawa kimia khususnya di kawasan tropika lembab.

( ii )

Suhu yang sentiasa tinggi sepanjang tahun ( purata 27 C ) menyebabkan kegiatanluluhawa


kimia aktif sepanjang tahun.
Menurut Van Den Hof setiap kenaikan suhu sebanyak 1 C akan meningkatkan keberkesanan
luluhawa kimia sebanyak 10 %.
Biologi
( a ) Peranan tumbuh-tumbuhan
Tumbuh-tumbuhan yang banyak di kawasan tropika lembap membekalkan bahan-bahan organik
melalui pereputan ranting-ranting atau daun-daun yang gugur.
Bahan-bahan organik yang mereput akan menghasilkan asid organik seperti asid humik dan asid
fulvik yang bertindak balas terhadap batuan di samping membantu mempercepatkan tindak
balas kimia terhadap batuan.
( b ) Hidupan dalam tanah dan mikroorganisma
Iklim di kawasan tropika lembap yang panas dan lembap sepanjang tahun menggalakkan
pembiakan hidupan dalam tanah seperti cacing dan tikus yang membantu melonggarkan sruktur
tanah dengan mengorek lubang dan memindahkan tanah ke permukaan.
Apabila berlakunya hujan, air dan gas-gas tertentu akan masuk jauh ke dalam tanah melalui
lubang-lubang tersebut dan kesannya luluhawa kimia akan berlaku jauh ke dalam tanah.
Mikroorganisma jenis kulat yang hidup di kawasan tropika lembap mengeluarkan asid organik
yang boleh melarutkan bahan mineral dalam batuan dan sekaligus membantu mempercepatkan
tindakan luluhawa ke atas batuan tersebut.

BENTUK MUKA BUMI HASIL TINDAKAN LULUHAWA KIMIA

Pandang darat batu kapur ( karst )


Pandang darat batu kapur ( karst ) merupakan bentuk muka bumi paling biasa ditemui di
kawasan tropika lembap hasil daripada tindakan luluhawa kimia atau dalaman.
Terhasil melalui tindakan luluhawa kimia melalui proses larutan dan pengkarbonan.

Tindak balas antara kalsium karbonat yang terdapat dalam batu kapur dengan air hujan ( asid
karbonik ) akan menghasilkan kalsium bikarbonat lalu membentuk muka bumi di kawasan gua
batu kapur yang mengandungi stalatktit, stalakmit, tiang kalsit, sungai bawah tanah dan
sebagainya.
Contoh gua yang mempunyai bentuk muka bumi batu kapur ( karst )ialah Gua Niah dan Mulu di
Sarawak,dan Batu Caves di Selangor.
Pembentukan tanah laterit
Kewujudan tanah laterit berkait rapat dengan proses pengoksidaan dalam luluhawa kimia.

Batuan igneus yang mengandungi banyak kandungan besi seperti besi sulfida ( sulferit ), ferus
oksida ( magnetit ) dan feromagnesium ( mika dan hornlend ) apabila terdedah kepada air dan
oksigen di udara akan bertukar warna kepada keperangan dan sifat kimianya.

Pembentukan tanah liat putih ( kaolin )


Tanah liat putih ( kaolin ) adalah hasil tindakan luluhawa kimia melalui proses hidrolisis.

Mineral ( galian ) yang terdapat dalam batuan akan menyerap air dan bertindak balas dengannya
lalu menyebabkan mineral tersebut menjadi lemah.
Contoh tindak balas antara air dengan mineral dalam batu granit iaitu felsfar telah membentuk
tanah liat putih yang dikenali sebagai kaolin.
Pembentukan tors dan bornhard
Tors merujuk kepada tunggul-tunggul sisa yang telah mengalami proses gondolan sama ada oleh
luluhawa dan hakisan.
Luluhawa kimia yang bertindak mereput dan menguraikan struktur batuan bukit yang kemudiaan
dihakis dan diangkut ke tempat lain oleh air yang mengalir.
Sisa-sisa batuan keras yang tahan kepada luluhawa dan hakisan akan tertinggal dalam bentuk
bonjolan dikenali sebagai tors.
Bentuk muka bumi tors banyak terdapat di kepulauan Sulawesi dan cerun Banjaran Titiwangsa
di Malaysia.
Bornhard pula merujuk kepada tonjolan-tonjolan batuan yang timbul dari dalam bumi setelah
batuan di sekitar kawasan tersebut terluluhawa dan kemudiaannya di hakis dan diangkut oleh
air.
Bonjolan ini akan timbul dipermukaan bumi dan dikenali sebagai bornhard.
Terdapatnya bahan regolit yang tebal
Regolith merujuk kepada lapisan tanah di bahagian atas permukaan bumi yang longgar atau
peroi akibat aktiviti luluhawa kimia di kawasan tersebut.
Semakin tebal lapisan ini menunjukkan semakin aktif luluhawa kimia di kawasan tersebut.

Kajian yang dijalankan di Hong Kong mendapati regolith setebal 60 meter ditemui di kawasan
tersebut ,manakala di hutan hujan tropika di Kepulauan Borneo menjumpai lapisan regolith
setebal antara 50-100 meter.
Keadaan ini menunjukkan bahawa di kawasan-kawasan tersebut kegiatan luluhawa kimia
berlaku jauh ke dalam bumi.

LULUHAWA BIOLOGI
Konsep luluhawa biologi
Luluhawa kimia merupakan proses pereputan ,penguraian dan pemecahan batuan
di permukaan bumi atau hampir permukaan bumi secara insitu oleh agen-agen luluhawa biotik seperti
tindakan akar tumbuhan, lumut, kulampair dan hidupan dalam tanah seperti cacing , tikus dan
mikroorganisma.
PROSES LULUHAWA BIOLOGI
( a ) Tindakan akar tumbuh-tumbuhan
Pembesaran akar-akar tumbuhan khususnya akar tunjang boleh meretak dan memecahkan
sesuatu batuan.
Akar tumbuhanapabila memasuki sesuatu rekahan batuan dan kemudiannya membesar
secara perlahan-lahan akan berupaya untuk batuan yang terdapat di kawasan
tersebut. Proses ini juga dikenali sebagai bajian akar.

( b ) Tindakan haiwan dalam tanah


Hidupan dalam tanah seperti cacing, tikus dan arnab secara tidak langsung dapat membantu
kegiatan luluhawa.
Hidupan dalam tanah melonggarkan sruktur tanah dengan mengorek lubang dan memindahkan
tanah ke permukaan.
Lubang-lubang yang diwujudkan oleh haiwan ini membolehkan air hujan dan gas-gas tertentu
jauh ke dalam tanah kesannya luluhawa akan berlaku jauh ke dalam tanah.
( c ) Mikroorganisma
Tumbuhan daripada jenis kulat, yang hidup di atas batuan akan mengeluarkan asid organik yang
boleh melarutkan bahan mineral dalam batuan dan sekaligus membantu mempercepatkan tindakan
luluhawa ke atas batuan tersebut.
KEPENTINGAN BENTUK MUKA BUMI TINDAKAN LULUHAWA KEPADA AKTIVITI
MANUSIA
( a ) Kegiatan pertanian - bahan regolith yang tebal subur untuk kegiatan pertanian
- tanah laterit sesuai untuk tanaman getah dan kelapa sawit.
( b ) Kegiatan perindustrian - Tanah liat ( kaolin ) industri tembikar
- Batuan Kapur untuk industri Simen.
( c ) Kegiatan pelancongan - Pandang darat karst Pemandangan yang menarik dan unik
Modul : Sistem Suria
KONSEP SISTEM SURIA
1. NEBULA
Nebula (Latin: awan) merupakan awan antara bintang yang terdiri daripada debu, gas, dan plasma.
Pada awalnya nebula merujuk pada nama umum yang diberikan untuk semua objek astronomi yang
terbentang di langit, termasuk galaksi di luar Bima Sakti (beberapa contoh penggunaan nama lama
masih digunakan seperti Galaksi Andromeda dirujuk sebagai Nebula Andromeda sebelum galaksi
ditemui oleh Edwin Hubble).
2.Bima Sakti . Galaksi Bima Sakti (Milky Way - terjemahan daripada Bahasa Latin: berasal daripada
Bahasa Greek: (Galaxias) kadang kala merujuk kepada "the Galaxy"), adalah galaksi pilin
berpalang yang merupakan sebahagian galaksi Kumpulan Tempatan dan terletaknya Sistem Suria. Satah
galaksi Bima Sakti dapat dilihat dari Bumi sebagai jalur cahaya di langit malam dan rupa jalur cahaya
berkenaan
merupakan
inspirasi
kepada
nama
galaksi
ini.
3.SISTEMSURIA
Sistem suria merujuk kepada salah satu daripada sistem-sistem yang terdapat di dalam Galaksi Bima
Sakti yang terdiri daripada planet-planet dan bintang-bintang yang mengelilingi matahari mengikut orbit
yang berbeza pada satah yang rata.

Sistem Suria terdiri dari Matahari dan objek selestial yang terikat kepadanya dengan graviti. Objek ini
adalah lapan planet dan 166 bulan mereka yang diketahui, empat planet kerdil dan berbillion dari
anggota kecil, termasuk asteroid, objek berais jalur Kuiper, komet, meteroid, dan debu antara planetari.
Secara umum, rantau bercarta dari Sistem Suria ialah Matahari, empat planet terestrial dalaman, jalur
asteroid, empat planet gas gergasi luaran, jalur Kuiper, cakera bertaburan, dan yang unggulnya
kemungkinan hipotesisnya awan Oort. Mengikut susunan dari jarak mereka dari Matahari, lapan planet
ialah Utarid, Zuhrah, Bumi, Marikh, Musytari, Zuhal, Uranus dan Neptun.

1
-

KEDUDUKAN BUMI DALAM SISTEM SURIA


A. Bumi sebagai planet berbentuk sfera
Ciri-ciri bumi berbentuk sfera
Bumi berbentuk sfera iaitu rata pada kedua-dua kutub.
Jejari bumi pada garisan khatulistiwa sepanjang 6357 km dan di kutub sepanjang 6357 km.
Memerhatikan kaki langit yang melengkung dari jarak jauh.
Memerhatikan kapal yang muncul di kaki langit akan didapati tiang layar terlebih dahulu kelihatan
daripada bahagian-bahagian yang lain.
Semasa kejadian gerhana bulan, bayang-bayang bumi yang terdapat di permukaan bulan berbentuk
sebahagian garis lengkung sesuatu bulatan.

2 B. Kecondongan paksi bumi dan kesannya


Konsep kecondongan paksi bumi

Kecondongan paksi bumi merujuk kepada satu garisan


condong sebanyak 23 daripada satah tegak yang di lukis dari utara ke selatan melalui bahagian tengah
bumi di mana paksi ini sentiasa bekeadaan selari pada setiap kedudukan ( lokasi ) yang menyebabkan
kejadian empat musim dan panjang siang dan malam yang tidak sama di permukaan bumi.
o

Penerangan konsep
Paksi bumi merujuk kepada garisan yang dilukis secara menegak melalui bahagian tengah bumi
iaitu dari utara ke selatan.
Paksi bumi berkeadaan condong sebanyak 23 o daripada satah tegak.
Kecondongan ini sentiasa dalam keadaan yang sama di atas orbitnya pada semua tempat semasa
bumi beredar mengelilingi matahari.
Paksi tersebut berkeadaan selari bagi setiap lokasi dalam peredaran mengelilingi matahari
tersebut.
Kecondongan paksi ini telah menyebabkan berlakunya berberapa kesan di permukaan bumi
seperti kejadian empat musim, panjang siang dan malam yang tidak sama antara kawasan.

Kesan-kesan kecondongan paksi bumi


1. Kejadian empat musim
Pada 21 Mac ( ekuinoks musim bunga di hemisfera utara dan ekuinoks musim luruh di hemisfera
selatan ) , matahari tengah hari tegak di atas kepala di garisan khatulistiwa. Kawasan sederhana dunia di
hemisfera utara mengalami musim bunga dan kawasan sederhana dunia hemisfera selatan mengalami
musim luruh.
Pada 21 Jun ( Solstis musim panas di hemisfera utara dan solstis musim dingin di hemisfera
Sartan ) , matahari tengah hari tegak di atas kepala di garisan sartan. Kawasan sederhana dunia di
hemisfera utara mengalami musim panas dan kawasan sederhana dunia hemisfera selatan mengalami
musim dingin

Pada 23 September ( ekuinoks musim bunga di hemisfera utara dan ekuinoks musim luruh di
hemisfera selatan ) , matahari tengah hari tegak di atas kepala di garisan khatulistiwa. Kawasan
sederhana dunia di hemisfera utara mengalami musim luruh dan kawasan sederhana dunia hemisfera
selatan mengalami musim bunga.
Pada 22 Disember ( solstis musim sejuk di hemisfera utara dan soltis musim luruh di hemisfera
selatan ) , matahari tengah hari tegak di atas kepala di garisan jadi. Kawasan sederhana dunia di
hemisfera utara mengalami musim sejuk dan kawasan sederhana dunia hemisfera selatan mengalami
musim panas.
2. Perbezaan panjang siang dan malam
Pada 21 Jun ( soltis musim panas di hemisfera utara dan solstis musim dingin di hemisfera
selatan ) , matahari tengah hari tegak di atas kepala di garisan sartan. Kawasan sederhana dunia di
hemisfera utara mengalami siang lebih panjang daripada malam dan kawasan sederhana dunia hemisfera
selatan mengalami panjang malam melebihi siang.
Pada 22 Disember ( soltis musim dingin di hemisfera utara dan solstis musim panas di hemisfera
selatan ) , matahari tengah hari tegak di atas kepala di garisan jadi. Kawasan sederhana dunia di
hemisfera utara mengalami malam lebih panjang daripada siang dan kawasan sederhana dunia hemisfera
selatan mengalami panjang malam melebihi malam.
Pada 21 Mac dan 23 September ( ekuinoks ) , matahari tengah hari tegak di atas kepala di
garisan khatulistiwa. Semua kawasan di permukaan bumi mengalami panjang siang dan malam yang
hampir sama.
PUTARAN BUMI DAN KESANNYA
Konsep putaran bumi
Putaran bumi merujuk kepada putaran bumi di atas paksinya yang condong sebanyak 23 daripada
satah tegak dan dalam keadaan selari pada semua tempat dari arah barat ke timur dengan mengambil
masa 23 jam 56 minit ( 1 hari ) bagi melengkapkan satu pusingan.

Kesan-kesan putaran bumi


1. Kejadian siang dan malam

Putaran bumi menyebabkan hanya satu bahagian bumi sahaja yang mengadap cahaya matahari
manakala satu bahagian lagi membelakangi matahari.
Bahagian yang mengadap matahari akan mengalami waktu siang.
Bahagian yang membelakangi matahari akan mengalami waktu malam.

Bahagian Bumi yang mengadap matahati siang bahagian bumi terlindung malam
2.
-

Kejadian pasang surut air laut


Berlaku dua kali dalam tempoh 24 jam.
Disebabkan oleh tarikan graviti bulan dan matahari
Tarikan graviti bulan yang kuat terhadap air yang berhampiran dengannya
menyebabkan aras air naik lalu terjadilah air pasang.
Kawasan yang terletak jauh daripada bulan pula akan mengalami air surut kerana
air dari kawasan ini telah tertarik ke kawasan berhampiran bulan.
3. Perbezaan waktu tempatan

Waktu Tempatan Dunia


-

Satu putaran lengkap bumi ( 360 ) mengambil masa 24 jam.


Bumi berputar sebanyak 15 Olongitud dalam masa 24 jam iaitu kira-kira 4 minit
bagi 1O longitud.
4. Pembiasan angin dan arus lautan
Bumi berputar dari barat ke timur
Di hemisfera utara angin dan arus terbias ke arah kanan.
Di hemisfera selatan angin dan arus terbias ke arah kiri.

PEREDARAN BUMI DAN KESANNYA


Konsep peredaran bumi

Peredaran bumi merujuk kepada peredaran bumi di atas orbitnya yang elips ikut arah lawan jam dengan
mengambil masa 365 hari ( 1 tahun ) bagi melengkapkan satu peredaran.
Kesan-kesan peredaran bumi
Kejadian empat musim
Pada 21 Mac ( ekuinoks musim bunga di hemisfera utara dan ekuinoks musim luruh di hemisfera
selatan ) , matahari tengah hari tegak di atas kepala di garisan khatulistiwa. Kawasan sederhana dunia di
hemisfera utara mengalami musim bunga dan kawasan sederhana dunia hemisfera selatan mengalami
musim luruh.
Pada 21 Jun ( Solstis musim panas di hemisfera utara dan solstis musim dingin di hemisfera Sartan ) ,
matahari tengah hari tegak di atas kepala di garisan sartan. Kawasan sederhana dunia di hemisfera
utara mengalami musim panas dan kawasan sederhana dunia hemisfera selatan mengalami musim
dingin.
Pada 23 September ( ekuinoks musim bunga di hemisfera utara dan ekuinoks musim luruh di
hemisfera selatan ) , matahari tengah hari tegak di atas kepala di garisan khatulistiwa. Kawasan
sederhana dunia di hemisfera utara mengalami musim luruh dan kawasan sederhana dunia hemisfera
selatan mengalami musim bunga.
Pada 22 Disember ( solstis musim sejuk di hemisfera utara dan soltis musim luruh di hemisfera
selatan ) , matahari tengah hari tegak di atas kepala di garisan jadi. Kawasan sederhana dunia di
hemisfera utara mengalami musim sejuk dan kawasan sederhana dunia hemisfera selatan mengalami
musim panas.
1.
-

2.
-

Perbezaan panjang siang dan malam antara kawasan


Pada 21 Jun ( soltis musim panas di hemisfera utara dan solstis musim dingin di hemisfera selatan ) ,
matahari tengah hari tegak di atas kepala di garisan sartan. Kawasan sederhana dunia di hemisfera utara
mengalami siang lebih panjang daripada malam dan kawasan sederhana dunia hemisfera selatan
mengalami panjang malam melebihi siang.
Pada 22 Disember ( soltis musim dingin di hemisfera utara dan solstis musim panas di hemisfera
selatan ) , matahari tengah hari tegak di atas kepala di garisan jadi. Kawasan sederhana dunia di
hemisfera utara mengalami malam
lebih panjang daripada siang dan kawasan sederhana dunia hemisfera selatan mengalami panjang
malam melebihi malam.
Pada 21 Mac dan 23 September ( ekuinoks ) , matahari tengah hari tegak di atas kepala di garisan
khatulistiwa. Semua kawasan di permukaan bumi mengalami panjang siang dan malam yang hampir
sama.
3. Kejadian gerhana
Konsep gerhana
Gerhana merujuk kepada gerhana matahari atau bulan di mana kedudukan bulan, bumi dan matahari
berada dalam satah mendatar yang sama.
- Jika semasa bumi bereda rmengelilingi matahari bumi berada pada kedudukan di Antara matahari
dan bulan maka baying bumi akan jatuh pada bulan dan keadaan ini akan enyebabkan berlakunya
gerhana bulan.
- Sekiranya semasa peredaran bumi mengelilingi matahari tersebut bulan berada antara bumi dengan
matahari maka bayang bulan akan jatuh ke permukaan bumi dan keadaan ini akan menyebabkan berlaku
gerhana matahari.

4.
-

Perubahan kedudukan ketinggian matahari


Kedudukan matahari tengah hari berubah-ubah seiring dengan perubahan musim.
Pada 21 Jun ( soltis musim panas di hemisfera utara dan solstis musim dingin di hemisfera selatan )
kedudukan matahari tengah hari tegak di atas kepala pada garisan sartan.
Pada 22 Disember ( soltis musim dingin di hemisfera utara dan solstis musim panas di hemisfera
selatan ) kedudukan matahari tengah hari tegak di atas kepala pada garisan jadi.
Pada 21 Mac dan 23 September ( ekuinoks ) , matahari tengah hari tegak di atas kepala pada garisan
khatulistiwa.
5. Kejadian perihelion dan afelion
Konsep perihelion dan afelion

Perihelion dan aphelion merujuk kepada jarak bumi dengan matahari ketika bumi berada orbitnya yang
elips di mana perihelion merujuk kepada jarak bumi dengan matahari yang paling hampir iaitu kira-kira
147 juta km yang berlaku pada bulan Julai manakala aphelion pula merujuk kepada jarak bumi dengan
matahari yang paling jauh iaitu kira-kira 152 juta km yang berlaku pada bulan Januari.

1.
2.
-

Penerangan konsep
Orbit bumi yang elips mengakibatkan bumi tidak sentiasa berada pada jarak yang sama dengan
matahari sepanjang peredarannya mengelilingi matahari.
Kedudukan bumi yang paling hampir dengan matahari ( 147 juta km ) dikenali sebagai perihelion
yang berlaku pada bulan Julai.
Kedudukan bumi yang paling jauh ( 152 juta km) dikenali sebagai afelion berlaku pada bulan
Januari.
FAKTOR BERLAKUNYA KEJADIAN EMPAT MUSIM DI KAWASAN SEDERHANA DUNIA
Kecondongan paksi bumi
Paksi bumi merujuk kepada satu garisan yang melalui bahagian tengah bumi dari utara ke selatan.
Kecondongan paksi bumi sentiasa berada dalam keadaan yang sama bagi semua tempat dalam orbit
bumi.
Istilah keselarian digunakan untuk menerangkan fenomena paksi tersebut kerana paksi tersebut berada
dalam keadaan selari bagi setiap lokasi dalam peredaran bumi mengelilingi matahari.
Keselarian paksi inilah yang menyebabkan berlakunya kejadian empat musim dalam setahun bagi
kawasan-kawasan tertentu.
Peredaran bumi mengelilingi matahari
Menyebabkan kedudukan matahari tengah hari sentiasa berubah-ubah mengikut musim.
Pada 21 Mac ( ekuinoks musim bunga di hemisfera utara dan ekuinoks musim luruh di
hemisfera selatan ) , matahari tengah hari tegak di atas kepala di garisan khatulistiwa.

- Kawasan sederhana dunia di hemisfera utara mengalami musim bunga dan kawasan sederhana dunia
hemisfera selatan mengalami musim luruh.
Pada 21 Jun ( soltis musim panas di hemisfera utara dan solstis musim dingin di hemisfera selatan )
kedudukan matahari tengah hari tegak di atas kepala pada garisan sartan.
- Kawasan sederhana dunia di hemisfera utara mengalami musim panas dan kawasan sederhana dunia
hemisfera selatan mengalami musim dingin.
Pada 23 September ( ekuinoks musim bunga di hemisfera utara dan ekuinoks musim luruh di
hemisfera selatan ) , matahari tengah hari tegak di atas kepala di garisan khatulistiwa. Kawasan
sederhana dunia di hemisfera utara mengalami musim luruh dan kawasan sederhana dunia hemisfera
selatan mengalami musim bunga.
Pada 22 Disember ( soltis musim dingin di hemisfera utara dan solstis musim panas di hemisfera
selatan ) , matahari tengah hari tegak di atas kepala di garisan jadi. Kawasan sederhana dunia di
hemisfera utara mengalami malam lebih panjang daripada siang dan kawasan sederhana dunia hemisfera
selatan mengalami panjang malam melebihi malam.
3.
Putaran bumi atas paksinya
Putaran bumi menyebabkan hanya satu bahagian bumi sahaja yang mengadap cahaya matahari
manakala satu bahagian lagi membelakangi matahari.
Bahagian yang mengadap matahari akan mengalami waktu siang.
Bahagian yang membelakangi matahari akan mengalami waktu malam.
4.
Keselarian paksi bumi ketika beredar mengelilingi matahari
Istilah keselarian digunakan untuk menerangkan fenomena paksi tersebut kerana paksi tersebut berada
dalam keadaan selari bagi setiap lokasi dalam peredaran bumi mengelilingi matahari.
- Keselarian paksi inilah yang menyebabkan berlakunya kejadian empat musim dalam setahun bagi
kawasan-kawasan tertentu.
5.
Kesferaan bumi
Bumi berbentuk sfera dengan permukaan yang rata pada kedua-dua kutub.
Bahangan matahari lebih tertumpu di kawasan tropika kerana lengkungan permukaan yang lebih
sempit dan menjadikan kawasan tersebut sentiasa panas.
Bahangan matahari akan disebarkan dengan lebih luas di kawasan berlatitud tinggi kerana lengkungan
bumi yang lebih luas menyebabkan kawasan tersebut lebih sejuk daripada kawasan tropika.
DAYA KORIOLIS
Daya koriolis merujuk kepada satu objek yang seolah-olah dipesongkan semasa objek ini bergerak
dalam lingkungan satu koordinat yang sedang berputar menyebabkan berlakunya pembiasan objek
tersebut ( contohnya angin ) di mana daya biasannya lebih tinggi di latitud tinggi dan sifar di latitud
rendah.

Modul : Gunung Berapi


PEMBENTUKAN GUNUNG BERAPI
o Gunung berapi terbentuk hasil daripada batuan yang cair di bawah kerak bumi ( bahagian mantel
) akibat daripada keadaan suhu yang sangat panas di kawasan tersebut.
o Batuan cair ini yang dikenali sebagai magma akan naik ke permukaan bumi kerana tekanan yang
sangat tinggi di kawasan tersebut.

o Magma ini kemudiaanya ke luar ke permukaan bumi ( dikenali sebagai lava )melalui rekahan
batuan atau lohong gunung berapi lalu membentuk gunung berapi.
Teori Pembentukan gunung berapi
Gunung berapi terbentuk di kawasan sempadan plat
o
o

Terbentuk apabila berlaku pertembungan antara 2 plat atau lebih.


Pertembungan ini akan menyebabkan satu plat akan ke bawah plat yang lain.
o Zon yang terbenam ini akan menjadi cair disebabkan suhu yang sangat panas di bawah kerak
bumi.
Bahan yang cair ini bersama magma mengalir ke permukaan bumi membentuk gunung berapi.

Gunung berapi dikatakan terbentuk di zon permatang tengah lautan

o
o

o Perebakan dasar laut akan berlaku apabila magma yang naik menolak lapisan kerak bumi ke arah
yangbertentangan.
Lava ini akan membentuk permatang tengah lautan.
Contoh , pembentukan gunung berapi di Iceland.

Gunung berapi yang terbentuk di tengah plat atau jauh daripada sempadan plat
o

Proses pembentukannya dikaitkan dengan titik panas ( hotspots ).


o Kenaikan magma daripada lapisan mantel kira-kira 13 15cm setahun ke permukaan bumi akan
menyebabkan gunung berapi terbentuk.
Contoh gunung berapi di kepulauan Hawaii.

JENIS-JENIS GUNUNG BERAPI


Gunung berapi hidup /aktif
o

Gunung berapi yang masih aktif dan boleh meletus bila-bila masa sahaja.
o Terdapat lebih kurang 500 buah gunung berapi di seluruh dunia yang termasuk dalam kategori
ini.
o Contoh gunung berapi hidup/aktif ialah Gunung Etna, gunung Pelee, Gunung Mayon,gunung
Krakatua dan gunung Stromboli.
Gunung berapi pendam

Gunung berapi yang pernah meletup dan akan meletup lagi di masa depan.
o Gunung ini masih menunjukkan adanya aktiviti gunung berapi seperti terdapatnya mata air panas
di sekelilingnya.

o Contoh gunung berapi pendam ialah gunung Kalimanjaro, Gunung Fujiyama dan Gunung
Vesuvius.
Gunung berapi mati

o Gunung berapi mati ialah gunung berapi yang tidak aktif dan tidak lagi akan meletup lagi di
masa depan.
o Gunung berapi di kategori sebagai mati atau tidak aktif kerana tidak ada lagi aktiviti gunung
berapi di sekitarnya.
Contoh gunung berapi mati ialah gunung berapi Kenya.
BAHAN- BAHAN HASIL LETUPAN GUNUNG BERAPI

o
o
o

Lava
o Merujuk kepada magma yang mengalir keluar daripada bahagian mantel dan mengalir keluar
melalui rekahan batuan atau lohong gunung berapi lalu menyejuk dan membeku di atas
permukaan bumi.
Terdapat dua jenis lava gunung berapi iaitu lava bes dan lava asid.
o Lava asid - Lava yang sangat pekat dan mengalir dengan perlahan, cepat membeku,
mengandungi kandungan silika yang tinggi dan mempunyai takat lebur yang tinggi.
o Lava Bes Lava yang cair dan mengalir dengan laju, lambat membeku dan mengalir lebih jauh di
permukaan bumi, mengandungi sedikit silika tetapi banyak mengandungi besi dan magnesium.
Piroklastik
o Piroklastik merupakan bahan-bahan serpihan seperti debu halus, lapili, bom dan pumis akibat
daripada letupan gunung berapi yang kuat.
Lapili berbentuk batu-batu bersaiz kecil
Bahan-bahan pejal yang besar dan berbentuk bulat, bujur atau bersegi-segi dikenali sebagai bom.
Batuan tempatan seperti batuan pumis yang terdapat disekitar gunung berapi turut diletup keluar.
o Contoh letupan yang menghasilkan bahan piroklastik ialah semasa letusan gunung berapi
Visuvius di pantai barat Itali.
Abu dan gas
Abu gunung berapi merupakan serbuk halus yang berdiameter kurang daripada 4 mm.
o Semasa letupan gunung berapi abu gunung berapi akan menyelibungi atmosfera bumi dan jatuh
ke bumi dalam bentuk salji hitam.
o Contoh semasa letusan gunung berapi Pelee di kepulauan Antiles. Letusan gunung berapi juga
boleh menghasilkan wap-wap air (60-70%) dan gas-gas seperti gas karbon dioksida, nitrogen,
karbon dioksida, sulfur dan klorin.
IGNEUS JALAR DALAM GUNUNG BERAPI
Konsep igneus jalar dalam ( rejahan )
Igneus jalar dalam atau rejahan merujuk kepada bentuk muka bumi dalaman yang dihasilkan oleh
magma yang menyejuk dan membeku pada struktur rekahan dan retakan batuan sebelum tiba ke
permukaan bumi.

Bentuk muka bumi jalar dalam ( Rejahan )

Bentuk muka bumi Jalar Dalam ( Rejahan )


Daik
Daik terbentuk apabila magma yang keluar daripada lapisan mantel
Melalui rekahan dan retakan batuan dan menyejuk dan membeku dalam kerak bumi secara

o
o
tegak

Kadang kalanya daik terbentuk secara berkelompok seperti yang terdapat di barat laut Scotland,
terutama di pulau- pulau Mull dan Arran.
Sil
o
Sil terbentuk apabila magma yang keluar daripada lapisan mantel
o
Melalui rekahan dan retakan batuan dan kemudiaannya menyejuk dan membeku dalam kerak
bumi secara mendatar atau condong. Contoh sil yang paling terkenal ialah Great Whin Sil di utara
England.
Lakolit
o

Lakolit berbentuk seperti cendawan. Magma yang mengalir keluar


Membeku dalam bentuk dom besar yang mempunyai satu lohong bawah.
Contoh lakolit ialah gunung Henry di Utah ( Amerika Syarikat )

o
o
o
Lapolit

Lapolit terbentuk apabila magma yang mengalir keluar menyejuk dan membeku di bawah
permukaan bumi dalam bentuk piring yang bahagian tengahnya berbentuk lembangan. Contoh lapolit
yang terkenal ialah yang terdapat di Ontario dan di Bushveld, Transvaal.
Pakolit
o
Pakolit terbentuk seperti sebuah kanta. Magma yang mengalir keluar membeku di bahagian
kemuncak lintap mungkum atau di dasar lintap lendut dalam lapisan berlipat.
o

o
o
o
o
o
o

Apabila lapisan batuan di atasnya di gondolkan oleh agen-agen gondolan seperti luluhawa dan
hakisan
pakolit akan terdedah ke permukaan bumi dan membentuk kubah, atau gunung.
Corndon Hill di Shorpshire England di percayai berasal daripada pakolit.
Batolit
Batolit merupakan jisim batuan igneus jalar dalam yang paling besar.
Batolit terbentuk akibat pembekuan magma secara besar-besaran dalam kerak bumi.
Biasanya jisim batuan ini apabila terdedah di permukaan bumi akibat yang merupakan batolit
ialah Tanah Tinggi Dartmoor dan Bodmin Moor di barat daya England dan Banjaran Pantai British
Columbia.
IGNEUS JALAR LUAR GUNUNG BERAPI
Konsep igneus jalar luar ( terobosan )
Igneus jalar luar atau terobosan merujuk kepada bentuk muka bumi yang dihasilkan oleh lava yang
menyejuk dan membeku di atas permukaan bumi.
Bentuk muka bumi jalar luar gunung berapi
Dataran tinggi lava / Penara Basalt

o Dataran tinggi lava terbentuk apabila lava


mengalir keluar ke permukaan bumi melalui
satu rekahan atau beberapa siri rekahan.
o Proses pengaliran ini biasanya berlaku secara
senyap tanpa melibatkan letupan.
o Dataran Tinggi Deccan di India merupakan
satu contoh dataran tinggi lava. Menurut
kajian
o Dataran ini mempunyai 29 aliran lava yang
berlainan.

Geiser / Pancutan Air Panas.


o Terdapat di kawasan gunung berapi.
o Terdiri daripada punca air dari dalam bumi
yang dipanaskan oleh magma panas di
lapisan batuan rejahan jalar dalam.
o Tekanan yang amat panas menyebabkan
airnya terpancut tinggi yang boleh dijanakan
tenaga elektrik.
o Contoh terdapat banyak di Iceland, Filipina.
Kon komposit

o Kon komposit mempunyai bentuk dan struktur


yang lebih kompleks.
o Lava atau bahan akan diletuskan melalui
lohong tengah dan juga lohong-lohong
sisinya.
o Di bahagian tengah gunung berapi terdapat
sebuah kon yang agak besar dan di ceruncerun tepinya pula terbentuk anak-anak kon
yang lebih kecil hasil daripada pengeluaran
bahan daripada rekahan-rekahan yang
terdapat di bahagian sisinya.
o Contoh gunung berapi jenis kon komposit
ialah Fujiyama di Jepun, Vesivius di Itali,
Shasta di Amerika Syarikat, dan Mayon di
Filipina.
Krater
o Krater atau kawah gunung berapi merupakan
satu lekukan yang berbentuk bujur atau bulat
di puncak gunung berapi.
o Krater di kelilingi cerun bahagian tepi yang
agak curam dengan garis pusat kurang
daripada 1.6 kilometer.
o Contoh Krater ialah tasik crater di Amerika
Syarikat dan Tasik Haleakala di Pulau Maui,
Hawaii

Kaldera
o Kaldera terbentuk disebabkan oleh letusan
gunung berapi yang kuat sehinggakan
sebahagian besar daripada kon sebelah atas
runtuh.
o Bentuk kaldera seakan-akan kawah gunung
berapi tetapi saiznya lebih besar, luas dan
cetek.
o Lekukan kaldera ini biasanya membentuk tasik
yang besar dan luas.
o Contoh kaldera yang terkenal di dunia ialah
Tasik Toba, Sumatera, Indonesia, tasik Aira, di

Jepun, Kilauea di Hawaii.

Danau Toba

Gunung Berapi Kon Perisai( Kubah Lava)


o Gunung berapi perisai mempunyai kubah yang
lebar dan cerun yang landai.
o Bahagian atasnya adalah cembung.
o Terdiri daripada beberapa lapisan lava basalt
( batuan igneus yang terdapat di lembangan
lautan) yang terobos melalui lohong pusat atau
lohong tepi/ parasit.
o Gunung berapi ini adalah gunung berapi pulau
seperti Pulau Hawaii, Samoa dan Galapagos.
Kon Perisai

Gunung Berapi Lava Asid.


o Mempunyai takat lebur dan kadar kelikatan
yang tinggi.
o Berwarna agak cerah dan suhu kurang panas
berbanding lava bes.
o Cepat membeku di lereng gunung
membentuk cerun yang curam..
o Contoh gunung berapi kon asid ialah Puy de
Dome di Perancis.
Kon Lava Asid

Gunung Berapi Lava Bes


o Bersuhu tinggi, agak cair berbanding lava
asid dan berwarna agak gelap.
o Lambat membeku dan dapat mengalir jauh
kebawah cerun.
o Bentuk kon yang landai
o Subur kerana mengandungi unsur besi dan
magnesium. Ct. G. Merapi di Indonesia.

o
o
o

Kon abu / Kon Piroklastik


Kon abu merupakan kon kecil yang terbentuk
daripada bahan-bahan piroklastik seperti
abu, debu, lapili, pumis dan tuf
dilonggokkan di sekitar cerunnya
Biasanya bahan letusan kasar boleh didapati
dibahagian bawah manakala yang lebih
halus di bahagaian atas kon. .
Kon-kon abu mempunyai cerun yang curam
( lebih kurang 40 darjah ), tinggi dan tirus.
Antara contoh gunung berapi jenis kon abu
ialah gunung berapi Vesivius, di Itali dan
Krakatoa di Indonesia.

Kon Lava Bes

Kon Abu

JENIS_JENIS LETUSAN GUNUNG BERAPI


Jenis Hawaiian
Melibatkan pengeluaran lava yang cair, dan dapat mengalir dengan jauh.
Jenis Strambolian
Melibatkan letusan yang agak kerap. Lava yang dikeluarkan tidak begitu cair, dan bercampur dengan
serpihan pepejal.
Jenis Vulcanian
Melibatkan pengeluaran lava yang sangat cepat menyejuk dan membeku. Letupan ini menghasilkan
banyak bahan pepejal yang pelbagai saiz dengan diiringi kumpulan asap yang hitam.

Jenis Pelean
Letusan jenis Pelean melibatkan letupan yang sangat kuat. Pengeluaran lava yang sangat pekat,
menghasilkan kumpulan asap debu gunung berapi yang dikenali dengan nama nuee ardente.
Jenis Vesuvian
Letusan jenis Vesuvian melibatkan pengeluaran lava yang banyak berserta dengan kumpulan gas dan
membentuk kumpulan awan yang bersaiz besar.
Plinian
Letusan jenis Plinian menghasilan bunyi yang sangat kuat, disertai dengan semburan gas yang tinggi ke
udara. Letusan jenis ini juga menghasilkan sedikit bahan-bahan pepejal.
FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI BENTUK DAN SAIZ GUNUNG BERAPI
Jenis lava
Lava bes yang sifatnya cair, lambatmenyejuk dan membeku akan dapat mengalir dalam jarak yang jauh
akan membentuk gunung berapi perisai yang bercerun landai dan besaiz besar. Contohnya gunung
berapi Mauna Loa dan Mauna Kea di Hawaii. Lava asid pula dengan sifatnya yang sangat likat, cepat
menyejuk dan membeku akan menghasilkan gunung berapi yang bercerun curam.
Kekuatan dan kekerapan letusan
Letusan yang senyap dan berterusan akan mewujudkan gunung berapi yang sekata. Bagi letusan yang
kuat, lohong gunung berapi akan musnah dan mewujudkan kawah yang besar.
Struktur lohong dan rekahan sisi
Sekiranya terdapat lohong yang banyak termasuk rekahan sisi gunung berapi maka magma akan keluar
melalui pelbagai arah. Akibatnya kon komposit akan terbentuk.
Kuantiti bahan yang dikeluarkan.
Saiz sesebuah gunung berapi amat bergantung kepada kuantiti bahan yang dikeluarkan. Sekiranya
kuantiti lava dan bahan piroklastik yang dikeluarkan banyak maka gunung berapi yang terbentuk lebih
besar dan landai. manakala sekira kuantiti bahan yang dikeluarkan sedikit maka bentuk gunung berapi
yang terbentuk lebih kecil dan curam.
Tindakan agen gondolan seperti hakisan dan luluhawa
Hakisan yang berterusan ke atas cerun-cerun gunung berapi akan meruntuhkan cerun-cerun tersebut.
Magma yang keras akan terdedah di puncak gunung berapi sebagai palam gunung berapi.
KESAN AKTIVITI GUNUNG BERAPI TERHADAP ALAM SEKITAR DAN AKTIVITI
MANUSA.
KESAN POSITIF
Tanah yang subur
Letusan gunung berapi lava bes kaya dengan pelbagai mineral. Tanah lava bes ini subur untuk kegiatan
pertanian seperti tanaman padi dan kapas. Contoh di Dataran Tinggi Deccan di India, kepulauan Jawa
dan di bahagian timur laut Hawaii.
Sumber galian ( perlombongan )

Sumber galian logan seperti kuprum, emas, perak, plumbum didapati di kawasan gunung berapi yang
mati ( di kawasan sempadan plat yang menjunam ).
Sumber tenaga ( geoterma )
Stim daripada mata air panas dan geiser boleh digunakan untuk menggerakkan turbin lalu menghasilkan
tenaga elektrik geoterma.
Pelancongan
Tasik kawah ( kaldera ) amat unik dan menarik. Kawasan ini amat sesuai dijadikan sebagai kawasan
pelancongan seperti Danau Toba di Sumatera, merupakan kawasan ekopelancongan yang popular.
Mata air panas dan geiser yang banyak terdapat di Rotorua, New Zealand, Yellowstone di Amerika
Syarikat telah menarik ramai pelancong melancong ke kawasan tersebut.
KESAN NEGATIF
Kematian dan kerosakan harta benda
Letusan gunung berapi Krakatoa pada bulan ogos 1883, telah menghasilkan kejadian ombak luar biasa
atau Tsunami setinggi 30 meter. Ombak tsunami ini telah meragut 36,000 nyawa dan memusnahkan
1000 buah kampung di sepanjang pantai Jawa dan Sumatera.
Hujan asid
Gas sulfur dioksida yang terhasil akibat letusan gunung berapi akan menyebabkan berlakunya hujan
asid. Hujan asid ini akan merosakkan tanaman, cat-cat bangunan, ekosistem akuatik, dan kemusnahan
hutan.
Kesan kepada sistem pengangkutan
Letupan gunung berapi berupaya untuk menghasilkan debu yang banyak di atmosfera bumi. Debu-debu
yang berterbangan di udara boleh menghadkan jarak penglihatan di sesuatu kawasan. Keadaan ini boleh
mengganggu aktiviti penerbangan. Debu-debu hasil daripada letupan gunung berapi juga berupaya
untuk menghilangkan kuasa enjin kapal terbang setelah enjin kapal terbang dikotori oleh debu gunung
berapi.
Kejadian Tsunami
Gegaran akibat letupan gunung berapi di dasar laut berupaya untuk mewujudkan pergerakan ombak
selaju 700 km/sejam. Pergerakan ombak akan menjadi semakin tinggi apabila memasuki kawasan pantai
yang cetek. Akibat pergeselan akan mengurangkan pergerakan ombak. Tolakan ombak secara berterusan
di bahagian belakang akan meninggikan ombak-ombak yang berada di hadapan.
Kenaikan ketinggian ombak secara tiba-tiba akan menyebabkan air laut berhampiran pinggir pantai akan
mengundur ke laut untuk tempoh beberapa minit sebelum ianya melanda semula pantai ini dalam bentuk
ombak pembinasa. Contohnya semasa letusan gunung berapi Krakatoa pada bulan ogos 1883, telah
menghasilkan kejadian ombak luar biasa atau Tsunami setinggi 30 meter. Ombak tsunami ini telah
meragut 36,000 nyawa dan menusnahkan 1000 buah kampung di sepanjang pantai Jawa dan Sumatera.
Kesan kepada ekosistem hutan
Aliran lava yang panas apabila merentasi kawasan hutan boleh menyebabkan berlakunya kebakaran
kawasan hutan tersebut. Akibatnya ekosistem hutan musnah dan sekaligus mengganggu sistem rantaian
makanan di kawasan tersebut.

KEPENTINGAN BENTUK MUKA BUMI AKTIVITI GUNUNG BERAPI TERHADAP


KEGIATAN MANUSIA.
Kegiatan pertanian
Dataran tinggi lava - Letusan gunung berapi lava bes kaya dengan pelbagai mineral. Tanah lava bes ini
subur untuk kegiatan pertanian seperti tanaman padi dan kapas. Contoh di Dataran Tinggi Deccan di
India, kepulauan Jawa dan di bahagian timur laut Hawaii.
Kegiatan penternakan
Kaldera- Penternakan ikan air tawar ( akuakultur ) dapat dijalankan seperti yang dijalankan di Tasik
Danau Toba, Sumatera.
Kegiatan pelancongan
Tasik kawah ( kaldera ) amat unik dan menarik. Kawasan ini amat sesuai dijadikan sebagai kawasan
pelancongan seperti Danau Toba di Sumatera, merupakan kawasan ekopelancongan yang popular.
Kegiatan Pelombongan
Batolit- Magma yang membeku di bawah tanah membentuk batuan keras seperti granit. Apabila batuan
ini terdedah ke permukaan bumi akibat aktiviti gondolan batuan tersebut boleh menjadi sumber
perlombongan yang penting. Contoh batuan granit yang terdedah oleh proses hakisan di Californias
Yosemite National Park.

Modul : Lembangan Saliran


Konsep lembangan saliran
Lembangan sungai merujuk kepada kawasan tadahan bagi satu sistem sungai di mana terdapatnya satu
sungai induk dan cawangan-cawangannya yang dipisahkan oleh legeh-legeh serta mempunyai kawasan
luahannya yang tersendiri.
Kata kunci

kawasan tadahan bagi satu sistem sungai


terdapatnya satu sungai
cawangan-cawangannya
dipisahkan oleh legeh-legeh
mempunyai kawasan luahannya yang tersendiri
PROSES DAN PEMBENTUKAN BENTUK MUKA BUMI LEMBANGAN SALIRAN
HAKISAN PERMUKAAN
Konsep hakisan permukaan
Proses pengukiran atau penghausan permukaan cerun serta pengangkutan bahan oleh agen-agen hakisan
seperti air mengalir, angin, titisan air hujan, dan glasier.

Kata Kunci
pengukiran. atau penghausan permukaan cerun
serta pengangkutan bahan
agen-agen hakisan seperti air mengalir, angin, titisan air hujan, dan glasier
Jenis-jenis hakisan permukaan

Hakisan percikan
titisan air hujan yang turun akan mengcungkil butiran tanah lalu membentuk lekukan-lekukan.
- Saiz lekukan bergantung kepada saiz hujan, kelebatan dan faktor perlindungan permukaan bumi.
-

Hakisan kepingan
Butiran tanah yang telah terlerai akibat percikan air hujan akan di hakis dan diangkut oleh larian air
permukaan.
Kesannya kepingan-kepingan kecil tanih di permukaan cerun terhakis.
Hakisan galir ( rills )
Bahan bahan tanih dihakis dan diangkut bersama air dari bahagian atas cerun ke bawah cerun menerusi
alur-alur kecil.
Alur-alur kecil ini bersifat sementara dan akan hilang dalam tempoh yang singkat.
Hakisan galur ( gullies )
Bahan bahan tanih dihakis dan diangkut bersama air dari bahagian atas cerun ke bawah cerun menerusi
alur-laur yang luas.
Alur-alur ini bersifat kekal dan menjadi asas kepada pembentukan sungai.
KAEDAH MENGAWAL HAKISAN PERMUKAAN
A. Kaedah Perundangan
Kuatkuasakan undang-undang dan peraturan seperti Akta Pemeliharaan Tanah dan Akta Parit dan
Bangunan.
B. Kaedah bukan perundangan

Pembinaan teres
Khusus kepada cerun-cerun yang digunakan untuk penanaman tanaman dan pembinaan petempatan.

Teres dapat mengawal pergerakan air permukaan terutama ketika hujan lebat.
Teres dapat memperlahankan pergerakan air dan keadaan ini dapat mengurangkan tenaga kinetik
pergerakan air tersebut sekaligus mengurangkan hakisan.
Pembinaan parit / longkang
Air larian permukaan di cerun dapat dikawal melalui kaedah ini.
Air tidak mengalir dalam bentuk pelbagai hala yang boleh menyebabkan berlakunya hakisan
kepingan.
Longkang-longkang dibina menggunakan bahan konkrit dan secara bertangga bagi menjamin
ketahanannya terhadap hakisan dan mengurangkan kelajuan pergerakan air.
Penyimenan permukaan cerun
Permukaan cerun secara keseluruhannya disimen.
Pada permukaan simen dibuat lubang-lubang bagi mengawal aliran air bawah tanah.
Sesuai bagi mengurangkan hakisan percikan air hujan dan hakisan kepingan.

Penanaman rumput dan tumbuhan kekacang


- Dapat mengurangkan hakisan percikan, mengurangkan air larian permukaan dan sebaliknya
menggalakkan resapan air ke dalam tanih.
- Akar rumput atau tumbuhan kekacang tersebut dapat memegang dan mencengkam tanah daripada
dihakis oleh air larian permukaan.
-

Pendidikan
Melalui pendidikan formal di sekolah seperti pendidikan geografi, alam sekitar, pendidikan moral
dan sebagainya.
Pelajar-pelajar didedahkan kepentingan kawasan tanah tinggi dan impaknya kepada lam sekitar
fizikal dan manusia sekiranya kawasan tanah tinggi diterokai.
Kempen
Melalui risalah-risalah dan lain-lain kempen yang dijalankan oleh agensi-agensi berkaitan seperti
Jabatan Alam Sekitar ( JAS ), Sahabat Alam Malaysia ( SAM ), Jabatan Perhutanan dan lain-lain.
HAKISAN SUNGAI
Konsep hakisan alur sungai
Proses pengukiran. atau penghausan alur-alur sungai sama ada pada bahagian tebing atau dasar serta
pengangkutan bahan oleh agen-agen hakisan alur sungai seperti air mengalir, dan glasier.
JENIS HAKISAN SUNGAI

Mendalam / menegak / dasar


merujuk kepada hakisan bahagian dasar sungai.
berlaku dengan giat di bahagian hulu sungai di mana pada peringkat ini aliran air sungai deras.
alur sungai lama kelamaan akan menjadi dalam , sempit dan berbentuk V .

Melebar / tebing
merujuk kepada hakisan secara mendatar ke atas kedua-dua arah tebing sungai.
lebih aktif di kawasan tengah sungai di mana aliran air sungai sudah mula perlahan.

Alur sungai menjadi semakin luas dan berbentuk U.


Mengundur / kebelakang
merujuk kepada hakisan sungai ke arah belakang atau mengundur ( semakin ke hulu )
aktif di kawasan hulu sungai yang mempunyai air terjun atau jeram.
hakisan air sungai yang semakin giat ke atas air terjun menyebabkan lama kelamaan batuan yang
membentuk air terjun tersebut runtuh.
akibatnya air terjun tersebut semakin mengundur ke belakang.
CARA HAKISAN SUNGAI

Hidraul
hempasan air aliran sungai terhadap lubang-lubang, rekahan, dan retakan batuan di lurah-lurah sungai.
Lebih berkesan di bahagian alur sungai yang terdapat pusaran air seperti di sekitar lurah sungai yang
terdapatnya air terjun, jeram dan lubuk.
Tindakan hidraul berupaya untuk mencungkil bahan batuan yang berstruktur longgar dan
memecahkan batuan pada tebing atau dasar sungai tersebut.
Geseran/lelasan
bahan-bahan yang diangkut oleh aliran air sungai seperti serpihan batuan, pasir, kelikir dan
sebagainya menghakis atau bergesel dengan dasar dan tebing sungai.
Lagaan
merujuk kepada perlanggaran antara bahan-bahan yang diangkut oleh aliran sungai sama ada sesama
sendiri, ataupun perlanggaran bahan dengan dasar atau tebing sungai.
bahan-bahan tersebut berlanggar antara satu sama lain menyebabkannya pecahan, lalu mengalami
perubahan saiz dan bentuk bahan.
perlanggaran bahan berlaku disebabkan sifat pergerakan bahan itu sendiri di mana serpihan batuan yang
kasar dan berat bergerak secara perlahan manakala serpihan batuan yang kecil, lebih ringan bergerak
dengan kadar yang lebih cepat. Kesannya bahan-bahan tersebut berlanggar antara satu sama lain.
Larutan
merujuk kepada hakisan secara kimia di mana air sungai bertindak melarutkan batuan yang terdapat
pada dasar dan tebing sungai tersebut.
melibatkan batuan yang mudah larut seperti batu kapur, dan dolomit.

FAKTOR YANG MEMPENGARUHI HAKISAN SUNGAI


-

Isi padu dan halaju air


halaju aliran air sungai bertambah seiring dengan pertambahan isipadu air sungai.
hakisan dan halaju air bertambah semasa isipadu sungai banyak terutama semasa banjir.

Kecerunan
halaju aliran sungai adalah berkadar langsung dengan kecerunan dasar sungai.
halaju aliran air bertambah apabila kecerunan bertambah.

sungai di peringkat hulu mempunyai topografi yang sangat curam menyebabkan halaju air sungai pada
peringkat ini sangat deras. Proses hakisan dasar sangat dominan pada peringkat ini.
sungai peringkat tengah mempunyai kecerunan yang semakin berkurangan. Aliran air pada peringkat ini
sederhana deras menyebabkan hakisan tebing lebih giat berbanding hakisan dasar sungai.
di bahagian hilir sungai topografinya rata dan rendah. Proses hakisan pada peringkat ini begitu
minima sebaliknya aliran sungai mulai memendapkan bahan-bahan yang dibawanya.
Bentuk alur
Alur sungai yang lurus menyebabkan aliran air sungai deras dan menggalakkan hakisan menegak.
Alur sungai yang berliku menyebabkan aliran air sungai terganggu dan halaju pergerakan air menjadi
kurang. Kesannya kadar hakisan menjadi kurang dan sebaliknya bahan-bahan yang dibawa oleh aliran
air akan dimendapkan.
Jenis batuan
tebing sungai yang terbentuk daripada batuan yang keras daripada kumpulan batuan igneus , maka kadar
hakisan ke atas tebing dan dasar sungai menjadi kurang giat.
manakala bahagian dasar dan tebing sungai yang terbentuk daripada batuan yang lebih lembut
daripada kumpulan batuan enapan seperti batu kapur dan dolomit maka kadar hakisannya adalah lebih
giat.
Bahan muatan
bahan-bahan muatan ( beban ) yang diangkut oleh aliran sungai banyak membantu keberkesanan kerjakerja hakisan yang dilakukan.
bahan-bahan yang diangkut oleh aliran air sungai seperti serpihan batuan, batu tongkol dan lain-lain
akan melakukan hakisan seperti geselan, lagaan, dan lain-lain dengan giat.

Pembentukan Air Terjun

Bentuk muka bumi hakisan sungai ( Peringkat Hulu / Muda )


Air terjun
terbentuk di bahagian hulu sungai yang mempunyai lapisan batuan yang tersusun secara mendatar dan
berselang- seli antara batuan keras dan batuan lembut.
lapisan batuan lembut akan lebih mudah dihakis berbanding batuan keras.
lapisan batuan keras yang tahan hakisan akan tertnggal lalu menghalang aliran air sungai lalu
membentuk air terjun.
Jeram

Jeram Bertingkat
terbentuk di bahagian hulu sungai yang mempunyai susunan batuan lembut dan batuan keras yang
tersusun berselang seli secara tegak atau hampir tegak.
hakisan sungai yang giat ke atas batuan lembut menyebabkan batuan keras yang tahan hakisan
akan tertonjol ke atas.
akibatnya aliran air sungai akan tersekat lalu mengalir secara melompat-lompat menuruni
bonjolan yang keras.
Lubuk
lubuk merujuk kepada lekukan yang terbentuk di bahagian dasar sungai.

tindakan aliran air sungai yang berpusar akan mengorek dan melelaskan dasar lurah sungai terutama
di bahagian dasar air terjun menyebabkan terbentuknya lubang yang dalam pada bahagian dasar
sungai tersebut.
lubang yang dalam ini dikenali sebagai lubuk.
contoh lubuk ialah Telaga Tujuh di Langkawi, Kedah.

Gaung dan Lurah


merupakan bentuk muka bumi hakisan sungai di peringkat hulu sungai.

hakisan yang giat terhadap dasar alur sungai menyebabkan alur sungai menjadi bertambah dalam dan
sempit, dan bertebing curam.
lurah sungai yang bertebing curam ini dikenali sebagai gaung.
contoh gaung yang terkenal ialah Grand Canyon di sungai Colorado, Amerika Syarikat.

Modul : PENGANGKUTAN SUNGAI


Konsep pengangkutan
Pengangkutan merujuk kepada proses pergerakan bahan-bahan atau pemindahan beban yang sedang
atau yang telah terhakis mengikut aliran sungai oleh agen-agen pengangkutan sungai seperti air
mengalir , dan glasier.
CARA PENGANGKUTAN
-

Cara apungan
bahan diangkut oleh aliran sungai di atas permukaan air.
melibatkan bahan-bahan yang ringan seperti sampah sarap, sisa pertanian, dan bahan yang
mempunyai daya apungan yang tinggi.
Cara ampaian
bahan-bahan diangkut oleh aliran sungai hampir dengan permukaan.

melibatkan bahan-bahan yang ringan seperti habuk.


bahan-bahan ini terampai-ampai berhampiran permukaan air.
Cara golekan
melibatkan pergerakan bahan / batuan secara bergolek di dasar sungai.
bahan-bahan bergerak secara golekan ini biasanya berat dan berbentuk bulat.
Cara loncatan/lompatan
melibatkan pergerakan bahan seperti serpihan batuan yang bentuknya bersegi-segi atau bujur.
batuan ini bergerak secara melompat-lompat di bahagian dasar sungai.

Cara larutan
batuan yang mudah larut seperti batu kapur, dolomit akan dilarutkan oleh air sungai.
bukti adanya proses larutan berdasarkan perubahan warna, rasa dan bau air sungai.

Cara seretan
berlaku kepada bahan-bahan yang sangat besar seperti batu tongkol.
proses ini berlaku secara perlahan-lahan di bahagian dasar sungai.
FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PENGANGKUTAN SUNGAI

Tenaga
berkait rapat dengan halaju dan isipadu air sungai.
semasa isipadu air sungai tinggi ( semasa banjir ), halaju aliran air sungai turut bertambah.
aliran air sungai yang deras mempunyai tenaga kinetik yang tinggi.
dengan tenaga kinetik yang tinggi, aliran air sungai berupaya untuk mengangkut bahan dengan lebih
banyak dan cepat.
Cerun
pada peringkat hulu ,cerun sungai curam dan mempunyai aliran air yang deras. Pada peringkat ini
semua bahan yang dihakis akan diangkut secara maksimum.
pada peringkat tengah, cerun sungai agak landai, menyebabkan halaju aliran air berkurangan. Proses
pengangkutan bahan pada peringkat ini agak kurang berkesan di mana sungai mulai memendapkan
sebahagian daripada bahan yang diangkutnya.
manakala pada peringkat hilir, cerun sungai landai, proses pengangkutan minimum sekali dan sungai
mulai memendapkan bahan yang diangkutnya.
Kekasaran alur
merujuk kepada licin atau kasar ( berlekuk-lekuk ) sesuatu alur sungai.
sekiranya alur sungai licin, bahan-bahan diangkut dengan lebih mudah terutama pengangkutan cara
golekan dan seretan.
alur sungai yang berlekuk akan menyebabkan bahan yang diangkut akan tersekat dan melompatlompat di dasar sungai tersebut.
Halangan
sungai yang lurus dan tanpa halangan pada alur, biasanya kurang melakukan proses pemendapan
bahan.

sungai yang pada alurnya terdapat halangan sama ada halangan semula jadi ataupun buatan manusia
akan berupaya unuk memerangkap bahan yang diangkut oleh aliran sungai tersebut lalu
memendapkannya.
Bentuk alur
alur sungai yang lurus menyebabkan aliran air sungai deras dan menggalakkan pengangkutan bahan
berlaku secara maksimum dan keadaan ini mengurangkan proses pemendapan bahan.
alur sungai yang berliku menyebabkan aliran air sungai terganggu dan halaju pergerakan air menjadi
kurang. Kesannya bahan-bahan yang dibawa oleh aliran air akan dimendapkan.
Saiz bahan
bahan yang bersaiz besar dan berat seperti batu tongkol diangkut secara perlahan melalui
cara
golekan atau seretan.
bahan-bahan yang bersaiz kecil dan ringan seperti kelodak, habuk dan debu akan diangkut secara
apungan atau ampaian.
Jenis bahan
bahan yang mempunyai daya apungan yang tinggi seperti sampah sarap, sisa pertanian akan
diangkut
oleh aliran air sungai dengan cara apungan.
bahan yang berat seperti batu tongkol akan diangkut secara seretan atau golekan.
Bentuk bahan
bahan yang berbentuk bulat atau hamper bulat akan diangkut di bahagian dasar sungai dengan cara
golekan atau seretan.
bahan yang berbentuk bersegi-segi seperti serpihan batuan akan terloncat-loncat di
dasar sungai.
BENTUK MUKA BUMI ( SUNGAI PERINGKAT DEWASA )

Pengangkutan sungai biasanya dikaitkan dengan sungai peringkat dewasa ( pertengahan ).


Ini kerana sungai peringkat dewasa menjalankan proses pengangkutan ( proses yang dominan ).
Ini kerana cerun sungai menjadi sederhana berbanding peringkat hulu.
Kesannya aliran air kurang deras berbanding di hulu. ( tenaga kinetiknya mulai hilang )
Isipadu sungai semakin bertambah kerana percantungan beberapa cawangan sungai mengalakkan
proses pengangkutan sungai.

Bentuk Muka Bumi Peringkat Dewasa

PEMENDAPAN SUNGAI
Konsep pemendapan
Pemendapan sungai merujuk kepada proses pemendapan bahan-bahan yang diangkut oleh aliran sungai
di bahagian tebing , dasar atau hilir sungai oleh aliran air sungai itu sendiri akibat daripada hilangnya
tenaga pengangkutan aliran air sungai tersebut .
-

Kata Kunci
proses pemendapan bahan-bahan yang diangkut oleh aliran sungai
di bahagian tebing , dasar atau hilir sungai
oleh aliran air sungai itu sendiri
- akibat daripada hilangnya tenaga pengangkutan aliran air sungai tersebut
FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PEMENDAPAN

Isi padu air/ halaju air sungai


Isi padu atau kuantiti air sungai mempengaruhi halaju air sungai dan keberkesanan pemendapan
bahan.
Semasa isipadu air sungai tinggi terutamanya semasa banjir, air akan melimpahi tebing sungai. Air
yang melimpahi tebing ini akan membawa bersamanya bahan seperti kelodak, pasir, lumpur dan
sebagainya ke tebing sungai. Bahan-bahan ini kemudiaanya akan dimendapkan dibahagian tebing
selepas banjir surut.
Isipadu sungai yang tinggi juga menyebabkan halaju air sungai bertambah. Aliran air yang laju
mempunyai keupayaan yang tinggi untuk menbawa lebih banyak bahan daripada hulu ke hilir sungai.
Bahan yang banyak ini kemudiannya akan dimendapkan dibahagian hilir atau muara sungai.
Walaupun begitu, isipadu air yang tinggi akan menyebabkan proses pengangkutan lebih dominan dan
ini mengurangkan proses pemendapan.
Kecerunan
Kecerunan dasar sungai mempengaruhi halaju air sungai.
Cerun dasar sungai yang curam di kawasan hulu sungai menyebabkan halaju air sungai tinggi. Oleh
itu, proses pemendapan tidak berlaku kerana terdapatnya proses hakisan dan pengangkutan bahan secara
besar-besaran di kawasan ini.
Cerun yang landai di kawasan hilir sungai menyebabkan halaju air sungai berkurangan. Halaju air
sungai yang perlahan menyebabkan bahan-bahan yang diangkut oleh aliran sungai dimendapkan di
kawasan ini.
Muatan sungai
Muatan sungai merujuk kepada bahan-bahan yang dibawa oleh aliran air sungai seperti kelodak,
lumpur, pasir, kelikir dan sebagainya .
Bahan-bahan tersebut berasal daripada kegiatan hakisan yang berlaku ke atas tebing dan dasar
sungai, hakisan permukaan berhampiran dengan sungai ataupun kegiatan luluhawa di bahagian hulu
sungai.
Sungai yang banyak muatan bahan aktiviti pemendapan berlaku dengan hebat berbanding dengan
sungai yang tidak mempunyai bahan yang dibawa.
Bentuk alur
Alur sungai yang lurus menyebabkan aliran air sungai deras dan menggalakkan pengangkutan bahan
berlaku secara maksimum dan keadaan ini mengurangkan proses pemendapan bahan.

Alur sungai yang berliku menyebabkan aliran air sungai terganggu dan halaju pergerakan air menjadi
kurang. Kesannya bahan-bahan yang dibawa oleh aliran air akan dimendapkan.
Jenis batuan
sekiranya bahagian dasar dan tebing sungai terbentuk daripada batuan yang lembut daripada
kumpulan batuan enapan , maka kadar hakisan ke atas tebing dan dasar sungai menjadi lebih giat.
hakisan yang giat ke atas dasar dan tebing sungai akan menyediakan bahan ( sedimen ) yang banyak
yang diangkut oleh aliran sungai tersebut. Kesannya proses pemendapan akan berlaku secara giat.
Halangan
sungai yang lurus dan tanpa halangan pada alur, biasanya kurang melakukan proses pemendapan
bahan.
sungai yang pada alurnya terdapat halangan sama ada halangan semula jadi ataupun buatan
manusia akan berupaya unuk memerangkap bahan yang diangkut oleh aliran sungai tersebut lalu
memendapkannya.
BENTUK MUKA BUMI PEMENDAPAN SUNGAI ( PERINGKAT TUA / HILIR )

Dataran banjir
banjir yang melimpahi tebing sungai akan memendapkan bahan-bahan yang dibawanya seperti
lumpur, kelodak, lempung,pasir, kelikir dan sebagainya.

kejadian
banjir
yang
berulang-ulang
menyebabkan bahan yang dimendapkan bertambah dan membentuk satu dataran yang luas dan lebar
dikenali sebagai dataran banjir.
satu contoh dataran banjir yang terkenal di Malaysia ialah Dataran Kedah Perlis.
-

Tasik ladam
pembentukan tasik ladam berlaku dalam tiga peringkat.
Peringkat 1 - Hakisan berlaku dengan giat di tebing luar likuan sungai manakala pemendapan
berlaku di tebing dalam likuan sungai. Hakisan di luar likuan dan pemendapan di dalam likuan sungai
menyebabkan kedua-dua lengkok likuan menjadi semakin rapat.
Peringkat 2 - Kedua-dua lengkok bertemu dan air mengalir terus.
Peringkat 3 - Pemendapan yang berterusan membentuk likuan sungai yang terpisah daripada alur
baru sungai. Likuan sungai asal yang terpisah daripada alur baru akan membentuk likuan terpenggal lalu
menjadi sebuah tasik yang dikenali sebagai tasik ladam.

Pembentukan Tasik Ladam


Tetambak
-

merujuk kepada permatang rendah yang terbentuk selari dengan tebing sungai.
terbentuk apabila banjir yang melimpahi tebing sungai memendapkan bahan pada tebingnya.
timbunan bahan ini dibentuk secara berperingkat-peringkat setiap kali berlakunya banjir.
contoh tetambak ialah di tebing sungai Hwang Ho,Rhine dan Sungai Mississippi.
Pulau

terbentuk di bahagian hilir sungai.


bahan-bahan yang dibawa oleh aliran sungai di halang lalu dimendapkan.
pemendapan bahan berlaku secara berulang kali lalu membentuk daratan yang ditumbuhi pelbagai
jenis tumbuhan.
Daratan ini dikenali sebagai pulau. Contoh Pulau Duyung di Terengganu.
Beting Pasir

merujuk kepada timbunan pasir atau kelikir yang mewujudkan permatang rendah selari dengan
tebing sungai.
beting pasir terbentuk apabila terdapatnya pusaran air yang menggali dan memendapkan semula
pasir tersebut.
Delta

merujuk kepada satu dataran mendap yang luas dan rata.


terbentuk apabila bahan-bahan yang dibawa oleh aliran air sungai ditimbunkan secara berterusan di
muara sungai.
sebahagian besar bahan yang membentuk delta ialah terdiri daripada kelodak, lempung, pasir dan
lain-lain.
contoh delta di Malaysia ialah Delta Kelantan.

Pembentukan Tasik Ladam di Peringkat Hilir

KEPENTINGAN BENTUK BUMI HAKISAN DAN PEMENDAPAN SUNGAI TERHADAP


AKTIVITI MANUSIA
Bentuk muka bumi ( hakisan )

kepentingan

Air terjun

Pelancongan

Jeram

Pelancongan

Lubuk

Perikanan

Gaung/ lurah

Pelancongan

Bentuk muka bumi ( pemendapan )

Kepentingan

Dataran banjir

Pertanian, perhubungan, akuakultur

Delta

Pertanian, perhubungan, akuakultur

Tasik ladam

Perikanan, rekreasi, akuakultur

Tetambak

Perhubungan, petempatan

Pulau

Rekreasi / pelancongan , pertanian

Beting pasir

Perlombongan, rekreasi.

PINGGIR PANTAI
Konsep Pantai
Pantai merujuk kepada pemendapan bahan mendak peroi seperti pasir, kelodak. tanah liat, kerangan dan
sebagainya di kawasan pinggir pantai iaitu antara tikas air surut dengan tikas air pasang termasuk pantai
hadapan dan pantai belakang hasil tindakan agen-agen pemendapan pinggir pantai seperti ombak dan
arus.
-

Kata kunci
pemendapan bahan mendak peroi seperti pasir, kelodak. tanah liat, kerangan dan sebagainya
di kawasan pinggir pantai
antara tikas air surut dengan tikas air pasang

termasuk pantai hadapan dan pantai belakang


hasil tindakan agen-agen pemendapan pinggir pantai seperti ombak dan arus.
Konsep Pantai Seimbang
Pantai seimbang merujuk kepada pantai yang seimbang atau sama daripada segi hakisan dan
pemendapan bahan.
PROSES HAKISAN PINGGIR PANTAI
Konsep hakisan pinggir pantai
Hakisan pinggir pantai merujuk kepada proses penghausan, pengukiran dan pemindahan bahan di
kawasan pinggir pantai oleh agen-agen hakisan pinggir pantai seperti ombak, tsunami, arus dan pasang
surut.

Kata kunci
proses penghausan, pengukiran dan pemindahan bahan
di kawasan pinggir pantai
oleh agen-agen hakisan pinggir pantai seperti ombak, tsunami, arus dan pasang surut
Agen-agen hakisan pinggir pantai

Ombak
Wujud akibat tindakan geseran dengan permukaan laut.
terbahagi kepada dua jenis iaitu ombak Pembina ( pemendapan dan ombak pembinasa )
Tsunami
Terbentuk apabila berlakunya gempa bumi, letusan gunung berapi, gelinciran dan tanah runtuh di dasar
laut.
mempunyai kuasa tindakan hakisan yang kuat.

Arus atau hanyutan pesisir pantai


Terhasil daripada kesan perubahan tiupan angin atau biasan angin lazim serta kesan daya koriolis
atau putaran bumi.

Pasang surut
terbentuk hasil daya tarikan graviti bulan dan matahari ke atas permukaan air laut.
Air pasang dan surut berupaya untuk menghakis, mengangkut dan memendapkan bahan di kawasan
pinggir pantai.
CARA HAKISAN PINGGIR PANTAI

Hidraul
berpunca daripada tindakan ombak atau air laut itu sendiri
ombak atau air laut menghempas pinggir pantai yang berbatuan lalu masuk ke dalam rekahan atau
retakan batuan tersebut.
- semasa damparan, ombak atau air laut akan mengasak dan kemudiannya memampatkan udara yang
terdapat dalam rekahan tersebut.
-

semasa unduran ombak ( backwash ), udara yang dimampatkan di celah-celah rekahan tadi
dilepaskan.
- berlakunya proses pengembangan dan penguncupan mengakibatkan retakan dan rekahan tersebut
bertambah besar dan lama kelamaan memecah dan meruntuhkan batuan pinggir pantai tersebut.
-

Geselan/lelasan
disebabkan tindakan bahan-bahan yang di bawa oleh ombak.
bahan seperti serpihan batuan, kelikir, pasir, batu lada dan sebagainya menggesel batuan pinggir
pantai.
semakin banyak bahan yang dibawa oleh ombak, semakin giat hakisan geseran yang berlaku.

Larutan
proses hakisan secara kimia di mana air laut bertindak melarutkan batuan yang terdapat di pinggir
pantai.
berkesan ke atas batuan yang mudah larut seperti dolomit dan batu kapur

Lagaan
Bahan-bahan yang dibawa oleh ombak berlaga atau berlanggar sesama sendiri sehingga pecah.
Melibatkan perubahan saiz bahan.

FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI HAKISAN PINGGIR PANTAI


Faktor Fizikal ( semulajadi )
-

Jenis ombak
Hakisan pinggir berlaku dengan giat sekiranya ombak yang menyerang pinggir pantai adalah jenis
ombak pembinasa atau ombak yang lebih bertenaga seperti ombak ribut dan tsunami

Pendedahan Pantai
Pantai yang terdedah tanpa perlindungan sama ada oleh pulau, beting, tanjung ataupun benteng akan
mengalami kadar hakisan yang giat berbanding pantai yang terlindung.

Arus
arus bergerak selari dengan pantai.
bahan-bahan seperti pasir, kelikir, tanah liat, kelodak dan sebagainya akan diseret selari dengan
pantai.
berupaya untuk menghakis dan memindahkan bahan dari satu tempat ke tempat yang lain.
Bahan
kawasan pinggir pantai yang kurang mempunyai bahan untuk dimendapkan kadar hakisan lebih
tinggi berbanding pemendapan.
bahan-bahan pinggir pantai seperti pasir, kelikir, batu tongkol dan batu lada bertindak sebagai
agen yang menggesel batuan pinggir pantai melalui cara hakisan geselan atau lelasan. Kesannya batuan
pinggir pantai akan terhakis.
Batuan
pinggir pantai biasanya terbentuk daripada pelbagai jenis batuan.
pinggir pantai yang terbina daripada batuan lembut ( daripada kumpulan enapan ) seperti batu kapur
dan dolomit biasanya lebih lembut dan mudah terhakis sama ada melalui cara geselan, larutan ataupun
lagaan.

pinggir pantai yang terbina daripada batuan keras ( daripada kumpulan igneus ) seperti batu granit
biasanya lebih keras dan susah terhakis.
pinggir pantai yang mempunyai batuan di tebingnya lebih susah dihakis berbanding pantai berlumpur.

Cerun pantai
pantai yang bercerun curam biasanya mengalami hakisan yang lebih giat.
bahan-bahan pinggir pantai lebih mudah diangkut ke laut oleh agen-agen hakisan pinggir pantai.

Orientasi pantai
pantai yang lurus kadar hakisan lebih giat berbanding pantai yang berteluk-teluk dan bertanjung.
pantai yang lurus menerima serangan ombak secara terus tanpa perlindungan.
tanjung berperanan menghalang serangan ombak tersebut.

Tumbuhan
tumbuhan ( pokok bakau ) boleh menghalang serangan terus ombak ke atas pinggir pantai melalui
peranan akarnya.
sekiranya tiada pokok bakau, ombak akan menyerang secra terus pinggir pantai dan kesannya pantai
terhakis.
FAKTOR AKTIVITI MANUSIA

1.
Pembalakan dan penebangan hutan bakau
o aktiviti ini mengurangkan kestabilan pinggir pantai
o akar bakau berperanan mencengkam dan memegang tebing pinggir pantai daripada hakisan ombak.
o pengurangan kawasan hutan bakau akan menjadikan hakisan kawasan pinggir pantai berlaku dengan giat.
o akar bakau juga berperanan memerangkap sidemen yang di bawa oleh ombak- memungkinkan berlakunya
pemendapan.
2.
Perlombongan pasir
o menyebabkan pinggir pantai hilang titik keseimbangan.
o pergerakan pasir pinggir pantai akan berlaku secara besar-besaran kerana secara semulajadinya pasir
kawasan pinggir pantai tersebut akan mencari titik keseimbangan yang baru.

o
o
o
o

3.
Pembinaan
pembinaan resort,hotel dan jeti berhampiran pinggir pantai melibatkan kerja-kerja pengorekan yang
melonggarkan struktur tanah.
tanah yang longgar dengan mudah dihakis oleh agen-agen hakisan pinggir pantai.
aktiviti pembinaan juga melibatkan tumbuhan yang terdapat di pinggir pantai seperti bakau ditebang.
penebangan pokok bakau akan mendedahkan pinggir pantai kepada serangan ombak dan seterusnya
menyebabkan hakisan berlaku dengan giat.

4.
Pelancongan
o aktiviti sukan air seperti penggunaan jet ski serta pergerakan bot-bot penumpang akan menghasilkan
pergerakan air atau ombak.
o mempertingkatkan kadar hakisan di kawasan pinggir pantai.
5.
Pendalaman kawasan pinggir pantai
o pendalaman pinggir pantai untuk tujuan pembinaan pelabuhan misalnya akan mengubah jenis ombak.

o ombak pembinasa akan terhasil akibat pendalaman kawasan pinggir pantai tersebut kesannya hakisan
bertambah.
BENTUK MUKA BUMI HAKISAN PINGGIR PANTAI
o
o
o

o
o
o

o
o
o
o
o

Cenuram atau tebing tinggi


terbentuk di kawasan pinggir pantai barbatu-batan
tindakan hakisan ombak ke atas dasar batuan di pinggir pantai melalui tindakan hidraul, larutan,
dan geseran menyebabkan terbentuknya lekukan di bahagian dasar batuan tersebut.
hakisan yang giat dan berterusan menyebabkan lekukan bertambah besar dan akhirnya batuan di
bahagian atasnya runtuh lalu membentuk satu tebing tinggi yang curam.
Pentas atau Pelantar Hakisan Ombak
tindakan ombak secara berterusan ke atas cenuram atau tebing tinggi menyebabkan berlakunya
runtuhan tebing tinggi secara berulang kali.
berlakunya pengunduran tebing tinggi ke arah daratan.
pengunduran secara giat dalam tempoh yang panjang akan membentuk satu pelantar yang rata
dan luas di bahagian hadapan tebing tinggi tersebut yang dikenali pelantar hakisan ombak.
Tanjung dan Teluk
kedua-duanya terbentuk secara bersampingan
tanjung merujuk kepada bahagian batuan pinggir pantai yang menganjur ke laut.
teluk merujuk kepada bahagian yang melengkung kea rah daratan.
proses pembentukan bergantung kepada susunan batuan lembut dank eras yang tersusun secara
berselang-seli.
tindakan hakisan ombak ke atas bahagian batuan lembut yang mudah dihakis seperti dolomit,
batu kapur dan batu pasir menyebabkan bahagian tersebut terhakis dengan cepat dan mengundur ke arah
daratan lalu membentuk teluk.
bahagian batuan yang keras seperti granit, gabro dan basol lebih tahan hakisan ombak akan
membentuk daratan yang menganjur ke laut dikenali sebagai tanjung.
Gua

o
o

o
o
o

Terbentuk hasil tindakan ombak secara hidraul ke atas dasar cenuram atau tebing tinggi yang
mempunyai struktur kelemahan seperti retakan dan rekahan.
Hakisan yang giat akan membentuk satu lekukan atau lubang yang dalam dan luas yang dikenali
sebagai gua.
Lohong Ombak ( gloup )
Terbentuk hasil tindakan ombak secara berterusan ke atas lubang-lubang gua.
Satu lohong ( saluran ) yang menembusi bumbung gua akan terbentuk.
Lohong ini dikenali sebagai lohong ombak.

KAEDAH MENGAWAL HAKISAN PINGGIR PANTAI


-

Kaedah Perundangan
Menggunakan peruntukan undang-undang yang sedia ada- hukuman ke atas pelombong pasir tanpa
lessen, pengharaman penebangan bakau, kawalan aktiviti pembinaan di kawasan pinggir pantai dan
sebagainya.
Kaedah bukan Perundangan

Penanaman pokok bakau


Mengekal dan penanaman semula pokok bakau.
Akar bakau berperanan memegang dan menahan pinggir pantai daripada serangan ombak terutama
semasa damparan ombak. Semasa unduran ombak akar bakau akan memerangkap bahan atau sediment.
Kesannya hakisan dapat dikurangkan dan menggalakkan pemendapan.

Penambakan
pinggir pantai yang telah terhakis dapat ditebus guna atau ditambak.
Penambakan akan mengubah pergerakan arus pinggir pantai dan sekaligus dapat mengurangkan
kadar hakisan di kawasan tersebut.

Benteng pemecah ombak


benteng yang beberapa meter daripada gigi pantai terutama di zon ombak pecah.
bertujuan memecahkan ombak yang menyerang pinggir pantai terutamanya ombak jenis pembinasa.
Ombak-ombak jenis pembinasa apabila terkena benteng ini akan pecah sekaligus mengurangkan
kelajuan dan kebolehannya menghakis.

Tembok
tembok biasanya dibina di bahagian tebing / tepi pantai.
Bahan yang digunakan termasuk simen yang dikonkrit dan timbunan batuan ( daripada kumpilan
igneus ).
Bahan binaan yang keras sifatnya akan mengurangkan kadar hakisan.

Guni pasir
pasir-pasir dimasukan kedalam guni dan disusun di pantai.
Merupakan kaedah yang bersifat sementara bagi mengurangkan hakisan secara serta merta.

Pendidikan
melalui pendidikan formal dan tidak formal sama ada di sekolah seperti melalui mata pelajaran geografi,
Pendidikan Moral, Sivik dan sebagainya atau melalui kelab-kelab seperti Kelab Alam Sekitar.
dididik supaya menghargai alam sekitar dan kepentingan menjaga kawasan pinggir pantai.
Kempen
kempen-kempen yang dijalankan oleh pihak-pihak yang berkaitan seperti oleh Jabatan Alam Sekitar
( JAS ), Badan-badan Bukan Kerajaan (NGO).
Kempen dijalan melalui risalah-risalah ataupun melalui media massa.
Menyedarkan orang ramai tentang kepentingan menjaga kawasan pinggir pantai.
PROSES PENGANGKUTAN PINGGIR PANTAI
Cara Pengangkutan bahan pinggir pantai

Hanyutan Pesisir Pantai


Konsep Hanyutan Pesisir Pantai
o Hanyutan Pesisir Pantai merujuk kepada satu siri aliran air yang bergerak secara selari dengan pantai
akibat daripada pembiasan ombak .
o bahan-bahan seperti pasir, batu lada, kelodak, tanah liat dan sebagainya pindahkan secara selari dengan
garisan pinggir pantai.
o semasa hanyutan pesisir pantai membawa bahan mendapan ini, tindakan damparan ombak ke atas
pinggir pantai akan membolehkan bahan mendapan tersebut ditolak naik ke pantai.
Golekan
o melibatkan pergerakan bahan / batuan secara bergolek .
o bahan-bahan bergerak secara golekan ini biasanya berat dan berbentuk bulat seperti batu tongkol.
Ampaian
o bahan-bahan diangkut oleh agen-agen pengangkutan pinggir pantai hampir dengan permukaan.
o melibatkan bahan-bahan yang ringan seperti habuk.
o bahan-bahan ini terampai-ampai berhampiran permukaan air.
Seretan
o berlaku kepada bahan-bahan yang sangat besar seperti batu tongkol.
o proses ini berlaku secara perlahan-lahan di bahagian dasar .
FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PENGANGKUTAN BAHAN PINGGIR PANTAI

Ombak dan arus


o ombak pembina mengangkut bahan dari laut ke pantai lalu memendapkannya. Ombak pembinasa
pula menghakis pantai dan kemudiannya mengangkut bahan dari pantai ke laut.
o arus pesisir pantai mengangkut dan memindahkan bahan-bahan secara selari dengan garisan pantai.
Pasang surut
o semasa air laut pasang bahan-bahan dari laut diangkut ke pantai lalu memendapkannya.
o semasa air surut bahan-bahan yang terdapat di pantai diangkut ke laut.
Cerun
o bahan-bahan pinggir pantai yang bercerun curam lebih mudah diangkut ke laut oleh agen-agen hakisan
pinggir pantai berbanding pengangkutan bahan ke pantai.
Halangan
o merujuk kepada halangan di hadapan pinggir pantai seperti pulau, tanjung dan benteng pemecahan
ombak.
o bahan- bahan yang diangkut oleh agen-agen pengangkutan biasanya tersekat pada halangan-halangan
tersebut.
o contoh, pembinaan benteng pemecah ombak menyebabkan bahan yang diangkut tidak sampai ke pantai
tetapi sebaliknya dimendapkan sepanjang benteng tersebut.
Orientasi pantai
o bahan-bahan mendapan diangkut ke pantai dengan giat di pantai yang lurus dan terdedah.
o bagi pantai yang berfiord pergerakan bahan biasanya mudah tersekat pada halangan-halangan seperti
tanjung.
Saiz bahan, jenis dan bentuk bahan
o bahan yang kecil dan ringan seperti habuk, debu dan kelodak diangkut secara ampaian.
o bahan yang berat seperti batu tonngkol diangkut secara golekan atau seretan.
o bahan yang berat dan berbentuk bulat diangkut di bahagian dasar secara golekan.
Modul : Proses Pemendapan Pinggir Pantai
Konsep pemendapan pinggir pantai
Proses pemendapan merujuk kepada bahan-bahan yang diangkut oleh agen-agen pengangkutan pinggir
pantai telah dimendapkan di pantai atau berhampiran pantai oleh agen-agen pemendapan pinggir laut
seperti ombak, angin, arus dan pasang surut lalu membentuk bentuk-bentuk muka bumi pinggir pantai
seperti anak tanjung, beting pasir dan pantai.
FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PEMENDAPAN PINGGIR PANTAI
o
o
o
o

Ombak dan arus


Hakisan pinggir berlaku dengan giat sekiranya ombak yang menyerang pinggir pantai adalah jenis
ombak pembinasa atau ombak yang lebih bertenaga seperti ombak ribut dan tsunami
arus bergerak selari dengan pantai.
bahan-bahan seperti pasir, kelikir, tanah liat, kelodak dan sebagainya akan diseret selari dengan pantai.
berupaya untuk menghakis dan memindahkan bahan dari satu tempat ke tempat yang lain.
Kecerunan

o pantai yang bercerun curam biasanya mengalami hakisan yang lebih giat. Bahan-bahan pinggir pantai
lebih mudah diangkut ke laut oleh agen-agen hakisan pinggir pantai.
Angin
o angin monsum yang melanda pantai timur Semenanjung Malaysia membawa angin yang kuat yang boleh
mengcorakkan pantai
o angin bayu kurang kuat untuk mencorakkan pantai.
Pasang surut
o Air Pasang surut besar / purbani lebih kuat untuk mencorakkan pantai.
o Air pasang biasa kurang kesannya.
Tumbuhan
o tumbuhan ( pokok bakau ) boleh menghalang serangan terus ombak ke atas pinggir pantai melalui
peranan akarnya.
o sekiranya tiada pokok bakau, ombak akan menyerang secra terus pinggir pantai dan kesannya pantai
terhakis.
Orientasi pantai
o Pantai yang terdedah tanpa perlindungan sama ada oleh pulau, beting, tanjung ataupun benteng akan
mengalami kadar hakisan yang giat berbanding pantai yang terlindung.
Jenis dan saiz bahan Bahan muatan
o beban yang mengandungi batuan kelikir lebih senang dimendapkan dan digulingkan ke depan
berbanding batuan tanah liat yang mudah dihakiskan.
o mendakan batuan kelikir akan membentuk pantai yang lebih luas dan lebar.
Halangan
o pulau, benting tembolo tanjung dan tertanjung merupakan halangan kepada ombak untuk membina
pantai.
o Kawasan pantai yang terdedah kepada ombak lebih mudah dan banyak membina pantai.
BENTUK MUKA BUMI PEMENDAPAN PINGGIR PANTAI
Pantai
Konsep pantai
Pantai merujuk kepada pemendapan bahan mendak peroi seperti pasir, kelodak. tanah liat, kerangan dan
sebagainya di kawasan pinggir pantai iaitu antara tikas air surut dengan tikas air pasang termasuk pantai
hadapan dan pantai belakang hasil tindakan agen-agen pemendapan pinggir pantai seperti ombak dan
arus.
-

Proses pembentukan
bentuk muka bumi yang terdapat di garisan pinggir pantai.
mengandungi bahan mendak peroi seperti pasir, kelodak. tanah liat, kerangan
bahan-bahan yang berasal dari daratan atau dari laut akan dimendapkan oleh agen-agen pemendapan
pinggir pantai seperti ombak, arus, angin dan aktiviti pasang surut.
Tetanjung / anak tanjung

merujuk kepada permatang yang rendah dan sempit hasil pemendapan bahan-bahan seperti pasir ,kelikir
dan lumpur di kawasan pinggir pantai terutamanya di muara teluk atau muara sungai.
satu hujungnya bercantum dengan daratan dan satu hujung lagi menganjur ke laut.
dibentuk oleh hanyutan pesisir pantai.
proses pembentukannya bermula dengan adanya tempat-tempat yang sesuai bagi membolehkan pasir,
kelikir dan lumpur tersebut dilonggokkan.
pembentukannya sacara berperingkat-peringkat dan mengambil masa yang lama.
Bentuk Muka Bumi Pemendapan.

KEPENTINGAN BENTUK MUKA BUMI PEMENDAPAN PINGGIR PANTAI KEPADA


AKTIVITI MANUSIA
Bentuk muka bumi hakisan
Teluk - pembinaan pelabuhan,ekopelancongan, akuakultur
Gua , gerbang laut, dan batu bonjol - pelancongan
Geo dan gloup pelancongan, perikanan
Tanjung pelancongan, perikanan
Bentuk muka bumi pemendapan
Pantai ekopelancongan, rekreasi
Beting pasir perikanan, perlombongan pasir
Anak tanjung perikanan dan perlombongan pasir
PERUBAHAN ARAS LAUT
Konsep perubahan aras laut

Perubahan aras laut merujuk kepada kejatuhan atau kenaikan aras laut yang diukur secara
perbandingan dengan daratan sama ada dalam skala kecil ( tempatan ) atau skala besar (dunia ).
TEORI PERUBAHAN ARAS LAUT

Perubahan aras laut tektonik


Peningkatan aras laut yang disebabkan oleh pergerakan pergerakan endogenetik ( dalaman
bumi ) terutama di dasar laut seperti letupan gunung berapi, gelinciran dan sebagainya.
Hanya melibatkan kawasan yang kecil atau kawasan-kawasan yang tertentu sahaja.
Perubahan aras laut mendapan
berpunca daripada pertambahan bahan-bahan mendapan di dasar laut atau lautan.

mendapan ini berasal daripada kawasan-kawasan daratan seperti mendapan oleh sungai dan

glasier.

berlaku secara tidak menyeluruh atau secara terhad.


Perubahan aras laut eustatik
merujuk kepada kenaikan aras laut secara besar-besaran di bahagian pinggir laut seluruh dunia.

diakibatkan oleh pencairan glasier dan ais secara besar-besaran pada masa lampau.
Perubahan isostatik
Isostatik di maksudkan bumi berada terapung di atas lapisan lautan magma yang panas dan cair.

Blok-blok bumi yang lebih berat akan jatuh / turun menyebabkan peningkatan aras air laut.

manakala blok-blok bumi yang lebih ringan ( kurang berat beban ) akan terangkat ( pemulihan
isostatik ) penurunan aras air laut.
BUKTI PERUBAHAN ARAS LAUT

Kenaikan aras laut.


Bukti yang menyokong tentang aras laut yang ada pada masa kini lebih tinggi berbanding masa lampau
adalah:a.
Wujud pinggir pantai tenggelam dan hutan pantai yang tenggelam sepertimana delta dan muara sungai
tenggelam di Lancashire, Utara Wales, England. Kesannya pada masa kini akibat tenggelam ianya
membentuk paya, dataran berlumpur serta anak-anak teluk. Hutan juga tenggelam membentuk hutan
paya air masin.
1.

b.
i.

Wujudnya pelbagai jenis pantai iaitu;


Pantai Ria pantai sebenar tenggelam menyebabkan gigi ombak mengentam cenuram yang
merupakan lanjutan banjaran yang menganjur kelaut.
ii.
Pantai Fiord aras air laut meningkat lalu menenggelamkan lurah-lurah sungai glasier yang berada di
pinggir pantai seperti Fiord Segne, Norway
iii. Pantai Dalmatia aras air laut meningkat lalu menenggelamkan pinggir laut yang terdiri daripada
banjaran yang selari dengan pantai. Membentuk garis pantai yang selari dan memanjang serta selat-selat
yang lurus seperti di Yugoslavia yang selari dengan laut Adriatik.

c.

Kewujudan terumbu karang (pinggir pantai, penghalang dan pulau cincin / atol ) jelas amat
dipengaruhi oleh kenaikan aras air laut.

Penurunan Aras Laut.


Bukti yang menunjukkan aras air laut kini lebih rendah berbanding aras air laut masa lalu adalah:a. Kewujudan pantai timbul / pantai terangkat

bentuk pantai yang bertingkat dengan lekukan, gua dan teluk berada di aras air pasang besar
malah lebih tinggi.

Pentai hakis ombak berada di atas tikah air pasang.


b. Kewujudan teres enapan dan teres hakisan bertingkt-tingkat menunjukkan aras air laut telah jatuh
beberapa kali. Contoh di Pulau Langkawi ada teres enapan bertingkat setinggi 3 meter daripada aras air
laut sekarang.
c. Kewujudan likuan mendalam pada bahagian tengah dan hilir sungai di mana muara sungai dulunya
telah menjalankan balik proses hakisan ( rejuvanisasi )
KESAN KENAIKAN ARAS LAUT

Kawasan daratan mengecil

Kawasan lautan semakin luas.

Pulau yang rendah dan kecil akan tengelam

Kawasan rendah berada di bawah aras air laut seperti dataran tanah pamah rendah, delta dan
kawasan paya bakau serta nipah yang berhampiran laut tengelam.
Muara sungai tengelam dan mempunyai keratan rentas yang lebih luas dan panjang.

Aktiviti ombak dan arus akan masuk kedalam daratan.

KESAN KEJATUHAN ARAS LAUT


Daratan semakin meluas

Kawasan lautan mengecil

Pulau semakin membesar dan tinggi.

Aktiviti sungai berubah, kawasan pemendapan bertukar kepada hakisan pula ( sungai balik muda
/ rejuvanisasi sungai )
Kawasan delta akan semakin membesar.
Aktiviti ombak dan arus lautan turun jauh ke laut.

Anda mungkin juga menyukai