Anda di halaman 1dari 12

KULIAH 9 - PERGERAKAN JISIM

Konsep pergerakan jisim

1. Pergerakan jisim merujuk kepada pergerakan bahan atau regolit


yang telah terluluhawa dari atas ke bawah cerun akibat tarikan
graviti bumi.
Kata kunci
pergerakan bahan atau regolit
yang telah terluluhawa
dari atas ke bawah cerun
akibat tarikan graviti bumi.
2.
3.
4.
5.

Boleh berlaku secara cepat(tiba-tiba) atau lambat


Biasa berlaku di kawasab cerun
Air bertindak sebagai pelincir dan mempercepatkan pergerakan jisim
Gradient kecerunan memainkan peranan penting

JENIS PERGERAKAN JISIM


ALIRAN CEPAT
Konsep aliran cepat
Aliran cepat dalam pergerakan jisim merujuk kepada pergerakan bahan
atau regolit seperti tanih, batuan dan lumpur dari atas ke bawah secara
cepat atau tiba-tiba cerun akibat tarikan graviti bumi.
-

Kata kunci
pergerakan bahan atau regolit
seperti tanih, batuan dan lumpur
dari atas ke bawah cerun
secara cepat atau tiba-tiba
akibat tarikan graviti bumi.
Proses aliran cepat
Aliran Tanah
1. Terdiri drp tanih, lumpur dan kelodak yang tebal menuruni cerun yang
curam 5 40 akibat tarikan gravity
2. Dibantu kejadian hujan lebat dan lama menjadikan regolit tepu
3. Air hujan bertindak sbg bahan pelincir dan menambah berat regolith
4. Contoh kejadian banjir lumpur di pos dipang Perak
Gelangsaran
1. Berlaku di kawasan cerun tundra akibat pengaruh beku cair/ tindakan
ibun
2. Lapisan tanih dan batuan jadi tepu dengan air yang membeku
3. Apabila pencairan salji berlaku lapisan atas akan mencair dan lapisan
bawah masih membeku.memudah pergerakan kerana salji yang
mencair bertindak sbg pelincir
Gelongsoran / Geluncuran Tanih
1. Pergerakan regolith tanih dan bongkah batuan dalam isipadu yang
besar secara cepat adan tiba-tiba dikawasan cerun yang hampi tegak
2. Akibat hujan turun lebat dan tarikan gravity yang kuat

Robohan
1. Geluncuran bongkah batu di cerun curam yang cengkung
2. Berlaku apabila batuan yang berat berada di atas batuan yang lebih
lembut
3. Bebanan batuan menyebabkan batuan yang lembut di bawah runtuh
Runtuhan
1. Berlaku di cerun yang sangat curam melebihi 40 dan adakala 90
2. Berlaku sangat cepat kerana tarikan gravity yang kuat
3. Cth. Runtuhan kondominium highland towers

Batuan Runtuh
Gelungsoran / tanah runtuh

berlaku di kawasan cerun yang sangat curam seperti di kawasan


tebing tinggi.

pergerakan tanih atau batuan berlaku dengan cepat atau tiba-tiba.

terdapat berberapa jenis gelonsoran seperti gelonsoran tanah dan


gelongsoran batuan.

Sering kali membentuk kun talus di kaki cerun.


Aliran tanih atau lumpur

merujuk kepada pergerakan tanih atau lumpur yang yang sangat


lembap secara tiba-tiba daripada atas cerun.

tanah yang bercampur air hujan bergerak menuruni cerun dalam


bentuk aliran lumpur.

Aliran Lumpu

aliran lumpur atau tanih biasanya berlaku di kawasan yang sering


menerima hujan yang lebat seperti di kawasan tropika lembap.

Walau bagaimanapun di kawasan gurun panas, hujan lebat yang


turun sekali sekala berupaya untuk menghasilkan aliran lumpur yang
bergerak turun dari cerun melalui lurah-lurah sementara yang terbentuk.
Aliran lumpur ini kemudiaannya membentuk kipas lanar di kaki cerun.
ALIRAN PERLAHAN
Konsep aliran perlahan
Aliran perlahan merujuk kepada pergerakan bahan atau regolit seperti
tanih, dan batuan dari atas cerun ke bawah cerun secara perlahan akibat
tarikan graviti bumi kerana kecerunan kurang.
-

Kata kunci
pergerakan bahan atau regolit
seperti tanih, dan batuan
dari atas ke bawah cerun
secara perlahan
akibat tarikan graviti bumi.

PROSES ALIRAN PERLAHAN

Kesotan Tanah
Kesotan

Regolit seperti batuan dan tanah di cerun terlebih dahulu terluluhawa


menyebabkan regolit tersebut longgar dan peroi.

Batuan atau tanah ini kemudiaannya bergerak secara amat perlahan


menuruni cerun yang landai ( 10 hingga 20 ) akibat tarikan graviti
bumi.

Batuan atau tanah akan membentuk kun talus di kaki cerun.

Pergerakannya tidak dapat dikesan melalui mata kasar sebalik dapat


dilihat melalui bukti-bukti seperti batang pokok yang bengkok, tiang
elektrik, pagar dan tembok yang condong.

Kesotan Tanih
Pergerakan tanih di kawasan cerun landai 2 -4
Tarikan graviti lemah
Air hujan melonggarkan lapisan tanih apabila tepu dan sebagai
pelincir
Tidak dapat dilihat dengan mata kasar
Bukti- pokok,tiang lampu dan telefon yang condong
Kesotan Talus
Pergerakan puin kasar di kawasan cerun sederhana curam
Talus merukan puin yang lebih kasar spt batu kelikir,batu
tongkol

Dipengaruhi tindakan fros


Runtuhan berlaku satu demi satu dan mengambil masa yang
lama
Serpihan batu runtuh akan berkumpul di kaki bukit dan dikenali
sbg kon talus
Kesotan batuan
Pergerakan batu tongkol spt batu syal dan granit
Berlaku dengan amat perlahan
Kesotan Batu Glasier
Pergerakan bahan kasar bersama sedikit tanah atau lumpur
Pencairan salji pada musim panas bertindak sbg pelincir
Gelangsaran Tanah
Pergerakan tanah yang lambat di kawasan empat musim
Bahan tanah dan batu tongkol di cerun landai di kawasan iklim
sejuk
Gelangsar

merupakan pergerakan tanih dan batu tongkol.

berlaku di kawasan beriklim sejuk akibat proses pencairan salji.

Salji bertindak sebagai bahan pelincir bagi memudahkan pergerakan


lempung ( tanah yang lembap ) di atasnya.

Pergerakan lempung yang dikenali sebagai gelangsar ini dari


pelbagai arah tanpa mengikut lurah tertentu.
FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PERGERAKAN JISIM
Faktor semula jadi
Hujan yang lebat dan pencairan salji

Hujan tahunan yang lebat ( melebihi 2000 mm ), terutama di kawasan


tropika lembap menggalakkan berlakunya pergerakan jisim.

air hujan yang menyerap ke dalam tanah akan menjadi agen pelincir
dan pemberat.

air dalam tanah memudahkan pergerakan tanah kerana fungsinya


sebagai pelincir manakala tanah yang basah menjadi lebih berat dan
mudah bergerak bebanding tanah yang kering.
hujan apabila bercampur dengan tanah akan menghasilkan aliran
lumpur.
di kawasan sederhana dunia, apabila salji mencair tanah di bahagian
atas akan bergerak ke bawah cerun dalam bentuk gelangsar kerana
tanah tersebut menjadi licin.
Kecerunan
cerun kurang drp 5 akan sebabkan gravity kurang berbanding cerun
5 40 mempengaruhi tarikan gravity yang kuat
bahan regolith yang tebal
bahan regolith oleh tindakan luluhawa
jika kurang regolith, pergerakan jisim berlaku dalam skala yang kecil
jika regolith tebat, pergerakan jisism dalam skala yang besar
tumbuh-tumbuhan
penghalang titisan air dari terus ke permukaan tanah cegatan silara
akar pokok bertindak sbg pengikat dan mencengkam tanahkesatbilan cerun
tiada pokok-air hujan terus ke tanah-daya ikatan dan cengkaman
akar tiada berlaku pergerakan jisim

Kegiatan luluhawa

Di kawasan tropika lembap luluhawa dalaman berlaku dengan giat


dan jauh ke dalam bumi ( melebihi 30 meter ).

Luluhawa dalaman terutama di cerun akan menghasilkan lapisan


regolit yang tebal dan longgar.

Regolit tebal dan longgar ini mudah untuk bergerak akibat tarikan
graviti.

Gegaran Tektonik / Letusan gunung berapi dan gempa bumi

berupaya untuk membentuk gegaran yang kuat ke atas cerun

gegaran ini menjadikan tanah di kawasan cerun longgar ,tidak stabil


dan seterusnya mudah untuk runtuh.cth di pulau-pulau Indonesia dan
Filipina

Faktor aktiviti manusia


Penebangan / kegiatan pembalakan di cerun

akar tumbuhan berfungsi untuk memegang dan mencengkam tanah


di cerun.

ketiadaan tumbuhan menyebabkan tanah di cerun tidak stabil dan


mudah runtuh.
Pertanian

pertanian tanpa teres akan mengurangkan kestabilan cerun.

pertanian melibatkan aktiviti penebangan tumbuhan asal sesuatu


kawasan.
ketiadaan tumbuhan mengurangkan cengkaman akar yang
memegang dan mencengkam tanah di cerun.
aktiviti pembajakan menjadikan struktur tanah menjadi longgar dan
mudah untuk runtuh.

Perlombongan kuari

melibatkan penggunaan bahan letupan dan kerja-kerja pengorekan


tanah.

struktur tanah kawasan cerun menjadi longgar.

gegaran akibat penggunaan bahan letupan menyebabkan tanah di


cerun mudah runtuh.

Pembinaan

Aktiviti pembinaan seperti pembinaan jalan raya, bangunan di cerun


akan menyebabkan hutan asal kawasan tersebut ditebang.

Penebangan hutan akan mendedahkan permukaan bumi kepada


aktiviti luluhahawa yang menyebabkan tanah di kawasan tersebut
menjadi peroi, longgar dan tidak stabil.
Tanah yang peroi, longgar dan tidak stabil mudah untuk jatuh
sekiranya berlaku gegaran, hujan dan sebaginya.
Pembinaan bangunan-bangunan di cerun seperti pembinaan hotel,
rumah kediaman dan sebagainya akan melibatkan kerja-kerja
penggorekan, pengemburan tanah dan penebangan tumbuhan asal
di kawasan tersebut. Permukaan bumi yang terdedah dan tanah
yang longgar akan mempercepatkan pergerakan jisim.

Penternakan

berlakunya ragutan berlebihan di kawasan cerun.

mendedahkan permukaan cerun kepada proses-proses geomorfologi


seperti hakisan dan luluhawa.
rumput memegang dan mencengkam tanah melalui peranan
akarnya.
ketiadaan rumput struktur tanah di cerun menjadi longgar.

Pembinaan jalan raya / lebuh raya

melibatkan kerja-kerja pemotongan cerun atau susuh bukit


menyebabkan kecerunan cerun bertambah.

Cerun yang curam tidak stabil dan mudah runtuh.

Turut melibatkan penebangan tumbuhan asal kawasan tersebut


menyebabkan permukaan bumi terdedah kepada proses-proses
geomorfologi seperti hakisan dan luluhawa.
Akar tumbuhan berperanan memegang dan mencengkam tanah
daripada runtuh.
KESAN PERGERAKAN JISIM
Kehilangan nyawa / kematian
Kemusnahan harta benda rumah kediaman
Kesan psikologi- penduduk dalam keadaan ketakutan / fobia.
Kesan kepada aktiviti ekonomi kemusnahan kawasan pertanian,

perniagaan, industri dan sebagainya.


Kesan kepada infrastruktur- kemusnahan jalan raya, bekalan air,
elektrik.

KAEDAH MENGATASI GERAKAN JISIM DI CERUN


Langkah perundangan

Kuatkuasakan undang-undang dan peraturan seperti Akta


Pemeliharaan Tanah dan Akta Parit dan Bangunan.

Langkah bukan perundangan


Menanam tumbuhan tutup bumi/Penanaman Pokok

tumbuhan seperti rumput, tumbuhan jenis kekacang, buluh dan


pokok renek

akar tumbuhan tersebut memegang dan mencengkam tanah di cerun


dan menghalan titisan hujan terus ke permukaan tanah sekaligus
mengurangkan pergerakan jisim.
Peneresan

Cerun yang diusahakan pertanian dan pembinaan mestilah diteres.

Peneresan akan menstabilkan cerun.

Cerun yang stabil tidak mudah runtuh sekiranya berlaku gegaran.

Pembinaan tembok

dibina di kawasan kaki cerun yang curam bertujuan menahan


pergerakan tanah. Tembok tersebut diperbuat daripada bahan yang
kukuh seperti simen yang telah dikonkrit.
Paip bagi saluran air dipasang dibahagian tembok supaya air di
belakang tembok dapat dikeluarkan
Batuan dimasukkan ke dalam sangkar dawai dan disusun bertingkat

Penyimenan permukaan

keseluruhan permukaan cerun disimen.

Pada permukaan dibuat lubang-lubang bagi mengawal aliran air


dalam tanah.
Permukaan cerun yang disimen lebih stabil kerana sifat simen yang
kukuh dapat menahan cerun tersebut daripada runtuh.
Penyimenan permukaan cerun juga dapat mengurangkan susupan
air ke dalam tanah yang bertindak sebagai pelincir dan pemberat.

Sistem Perparitan

sering digunakan di kawasan lebuh raya

dibina disetiap teres di lereng bukit yang curam mengikut garis


konturnya dan disalurkan ke tangga-tangga batu menuruni cerun
dapat mengatasi masalah air bertakung dan menyusup dalam tanah
dan melonggar dan memberat tanah

Lapisan/Sungkupan Plastik

bersifat sementara

lapisan plastic di gunakan pada cerun yang curam biasanya bagi


mengelakkan air hujan menyusup dan memasuki dalam tanah.
kaedah ini biasa dapat dilihat di beberapa tempat di sepanjang lebuh
raya

Pendidikan

pendidikan formal di sekolah seperti pendidikan Alam Sekitar,


Geografi, dan Pendidikan Moral.

Pendidikan tidak formal seperti melalui lawatan, ceramah dan


sebagainya.
Tujuan untuk mengetahui kepentingan mengekalkan kestabilan alam
sekitar
Kempen

kempen yang dijalankan oleh pihak-pihak tertentu sama ada melalui


media massa sam ada media cetak atau media elektronik, maklumat
melalui risalah dan sebagainya.
menyedarkan orang ramai tentang kepentingan pengurusan kawasan
cerun dengan berkesan.

Anda mungkin juga menyukai