Anda di halaman 1dari 2

Doa solat hajat.

Ya Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Segala puji bagi
Allah, Tuhan penguasa sekalian alam, selawat dan salam ke atas nabi
Muhammad S. A.W ahli-ahlinya dan sahabat-sahabatnya.

Ya Allah Ya Tuhan kami,


Ampunilah dosa kami, dosa kedua ibu bapa kami, dosa guru-guru kami, dan
dosa seluruh muslimin muslimat samada yang masih hidup atau yang telah
pergi sebelum kami.

Ya Allah Ya Tuhan kami,

Kami menadah tangan kepadaMu, berkatilah segala ilmu yang telah kami
pelajari, keluarkanlah kami daripada lembah kejahilan dan kegelapan kepada
daerah cahayaMu dan ilmu pengetahuan.

Ya Allah, sesungguhnya Engkau mengetahui apa yang tersembunyi di


dalam diri kami dan apa yang nyata, terimalah keuzuran kami ini dan
perkenankan hajat kami, berilah apa yang kami pinta sesungguhnya Engkau
Maha Mengetahui akan apa yang terkandung di dalam diri kami mengenai
perkara agama dunia dan akhirat, perkenankanlah permohonan kami ini
wahai Tuhan penguasa alam semesta.

Ya Allah sesungguhnya tiada tuhan yang layak disembah dengan sebenar-


benarnya melainkan engkau Ya Allah Yang Maha Lemah-Lembut dan Maha
Pemurah. Maha Suci Allah pemerintah kerajaan yang maha besar, segala puji
khusus bagi Allah Tuhan Pentadbir seluruh alam. Ya Allah wahai Tuhan kami,
kami bermohon kepadaMu akan segala sebab yang boleh mendorong
mendapatkan rahmatMu dan kepastian mendapat keampunanMu dan
terpelihara daripada segala dosa, beruntung mendapat pahala, terselamat
daripada dosa, beroleh kejayaan syurga dan terlepas daripada api neraka. Ya
Allah, jangan tinggalkan kepada kami walau satu dosapun kecuali Engkau
ampunkan, tiada tertimpa walau satu kesusahan kecuali Engkau lepaskan,
tiada dihinggapi oleh sesuatu beban hutang melainkan Engkau jelaskan,
tiada timbul sesuatu hajat mengenai dunia dan akhirat melainkan Engkau
tunaikan hajat itu, ya Allah Tuhan sebaik-baik mengurniakan rahmat.

Ya Allah Ya Tuhan kami,

Ikhlaskan hati kami dalam menuntut ilmu, kekalkan semangat yang tinggi
untuk kami terus belajar tanpa ada rasa jemu, janganlah Engkau palingkan
hati kami, lindungilah kami dari menuntut ilmu hanya kerana segulung sijil,
hanya untuk harta, hanya untuk wanita, dan hanya untuk tahta, lindungilah
kami dari sifat tamakkan dunia.

Ya Allah Ya Tuhan kami,

Kami berlindung kepadaMu daripada ilmu yang tidak memberi manfaat


kepada diri dan agama kami, jadikanlah kami orang yang beramal dengan
ilmu yang telah Engkau pinjamkan kepada kami.

Ya Allah Ya Tuhan kami,

Kami memohon kepadaMu, mengharap kepadaMu, bertawakkal kepadaMu,


berilah kejayaan kepada kami dalam peperiksaan yang bakal mereka
tempuhi, tenangkan hati mereka, lapangkan dada mereka, luaskan fikiran
mereka, kuatkan ingatan mereka, dan janganlah Engkau jadikan mereka
tergolong dalam golongan yang menggunakan ilmu untuk merosakkan
agama.

Ya Allah wahai Tuhan kami, bahawa sesungguhnya kami bermohon dan


berharap kepadaMu dengan syafaat NabiMu Muhammad, Nabi pembawa
rahmat, wahai junjungan kami, wahai Muhammad, segala rahmat dan
sejahtera ke atasMu, kami berharap denganMu kepada Tuhan kami semoga
berhasil hajat kami.

Anda mungkin juga menyukai