Anda di halaman 1dari 5

Apa maksud huraian bagi fakta2 tertentu dlm geografi?

Oleh:
Hj.Rodzli Hashim

Intro:
Sebahagian besar pelajar geografi menengah atas menghadapi masalah untuk menghurai sesuatu isi.
Keadaan ini berlaku kerana mereka “tidak tahu” apa yang perlu ditulis sebagai huraian bagi sesuatu isi
atau fakta. Ramai pelajar tidak menghadapi masalah untuk mengingat isi atau fakta, tetapi menghadapi
masalah untuk menghurai. Oleh itu, berikut beberapa panduan dan contoh yang boleh digunakan oleh
guru-guru dalam membantu pelajar membuat huraian.

Definisi:
Huraian bermaksud menerangkan dengan lebih lanjut mengenai sesuatu isi atau fakta geografi yang
diberi dalam jawapan calon. Huraian tersebut dibuat berdasarkan kepada apakah jenis isi atau fakta
geografi yang dikemukakan.

Fakta ialah isi atau pernyataan yang berkaitan mengenai sesuatu konsep atau tajuk. Terdapat beberapa
jenis fakta atau isi mengikut konsep atau aspek yang disoal dalam soalan.

Sila kenalpasti jenis isi atau fakta yang hendak ditulis .

JENIS ISI atau FAKTA:

1.Fakta berkaitan ciri atau sifat sesuatu konsep geografi :


 Warna
 Bau
 Saiz ( besar, kecil,panjang,luas )
 Keras , lembut , tahan hakisan , mudah hakis
 … dan seumpamanya

Contoh :
1. (F)..bumi berbentuk bulat sfera (H) iaitu bulat seperti sebiji bola (HL/Huraian Lanjut) saiz
lilitan di bhg tengahnya paling besar (12 760 km ) sementara di hujung atas dan
bawahnya berukuran 12 715 km. (3m)
2. (F) gas co3 yg berlebihan mencemarkan udara (H) Gas ini mengandungi bahan karbon
yang tinggi (2m)
3. (F) bentuk muka buminya bertanah pamah (H) ketinggiannya antara 5-10m dari aras
laut (2m)
4. (F) bandar Bukit Kayu Hitam di utara Kedah adalah berfungsi sebagai bandar sempadan
(H) kerana ia terletak di sempadan Malaysia-Thailand (HL) . Bandar ini mempunyai
pejabat imigresen,kastam , balai polis dan kem tentera yang menguruskan hal keluar
masuk penduduk.
5. (F) lapisan bawah ialah troposfera (H) dengan ketinggian antara 8 hingga 20km dari
permukaan bumi .
6. (F) batuan iginus terjadi akibat penyejukan dan pembekuan magma ( H) batuan ini
bersifat keras dan tahan (HL) mengandungi banyak bahan kimia seperti magnesium dan
sulfur.

2.Fakta berkaitan proses :


 Bagaimana ia bermula ?
 Apa yang mewujudkannya?
 Bagaimana ia berlaku ?
 Apa yang berlaku ?

CONTOH:
1. (F) kitar oksigen bermula dari atmosfera (H) melalui pernafasan haiwan oksigen diserap ke
dalam darah haiwan (HL) dan CO2 dibebaskan ke udara.
2. (F) dalam proses fotosintisis tumbuhan menggunakan Co2 ( karbon dioksida ) dan (H)
membebaskan gas O2 ke atmosfera
3. (F) dalam proses pembakaran , O2 diperlukan dan (H) Co2 dibebaskan ke atmosfera.
4. (F) Proses yang berlaku ialah gelinciran (sesaran) (H) yang terhasil akibat pengangkatan
kerak bumi kesan dari pertembungan plat.
5. (F) proses pembentukan batuan ignius (H) yang terhasil akibat penyejukan dan pembekuan
magma sama ada di dalam atau di luar kerak bumi. (HL) pembekuan magma di dalam kerak
bumi membentuk ignius rejahan (HL) manakala pembekuan magma di luar kerak bumi
membentuk ignius terobosan.
6. (F) .. mengalami proses hakisan hidraul (H) apabila hempasan ombak ke atas permukaan
rongga-rongga batuan pantai memampatkan udara di dalam rekahan tersebut (HL) lalu
menghasilkan tekanan dan memecahkan batuan tersebut.
7. (F) proses pembandaran (H) berlaku melalui perubahan ciri kegiatan ekonomi di mana
kegiatan ekonomi tradisi berubah menjadi kegiatan ekonomi moden seperti perniagaan dan
perkilangan.

1. Fakta berkaitan masalah yang dihadapi atau cabaran :


i. Masalah fizikal @ alam sekitar fizikal :
i. masalah cuaca ( hujan, suhu, angin,musim )
ii. masalah bentuk muka bumi ( tanah tinggi , paya,gunung-ganang, banjaran,cerun)
iii. masalah saliran ( sungai, bekalan air)
iv. masalah penyakit @ serangga perosak

CONTOH:
1. (F) tanaman getah menghadapi masalah cuaca (H) kerana apabila hari hujan kerja
penorehan tidak dapat dijalankan (HL) air hujan akan bercampur dengan susu getah dan
menjadikan ia cair dan tidak berfungsi lagi sebagai getah.
2. (F) tanaman padi menghadapi masalah serangan serangga persosak (H) seperti pianggang
yang menyedut susu padi ketika buah muda (HL) menyebabkan padi menjadi hampa
(kosong).

ii.masalah kemanusiaan :
i. penduduk ( padat , kurang padat , kadar kelahiran, kadar kematian )
ii. sosial ( pengangguran, kemiskinan,jenayah, buta huruf/literasi , setinggan)
iii. jaringan perhubungan & pengangkutan
iv. petempatan (perumahan )
v. pendidikan (kadar literasi,pendidikan rendah)
vi. kesihatan (tahap kesihatan /wabak )
CONTOH:
1. (F) kawasan tersebut mempunyai taburan penduduk yang sangat jarang (H) kurang dari 50
orang sekm.per (HL) menyebabkan pembangunannya lambat berlaku.
2. (F) penduduk bandar besar menghadapi masalah perumahan (H) iaitu sukar untuk membeli
atau menyewa rumah kerana harga yang sangat tinggi .

4.Fakta berkaitan dengan “kepentingan /sumbangan/faedah/kelebihan”

i. kepentingan kepada ekonomi negara


ii. kepentingan kepada sosio-ekonomi negara
iii. sumbangan kepada alam sekitar fizikal ( udara, tanah, air dan hidupan )
iv. sumbangan kepada alam sekitar manusia ( penduduk, perumahan, pembandaran,
pengangkutan dan perhubungan …)

Contoh :
1. (F) tanah liat atau kaolin (H) bahan mentah industri seramik
2. (F) pandang darat karst (H) tarikan eko pelancongan (HL) menggalakkan ekonomi tertier
@ pelancongan
3. (F) tumbuhan mempengaruhi imbangan gas dalam udara (H) iaitu mengawal
pembebasan gas co2 dan menyumbangkan gas o2 ke dalam udara.
4. (F) tumbuhan yang padat membantu mengawal hakisan tanah (H) litupan silara daun
pokok2 akan menghalang jatuhan terus air hujan ke atas tanah dan mengurangkan
kesan hakisan percikan.
5. (F) penduduk yang ramai (H) menyumbangkan tenaga buruh yang ramai.
5.Fakta berkaitan faktor – menyatakan faktor dan menerangkan pengaruh atau kesan adanya faktor
tersebut .
i. faktor fizikal ( cuaca @ iklim,bentuk muka bumi, saliran,hutan semulajadi ,pantai,laut )
ii. faktor kemanusiaan ( penduduk,sosial,ekonomi,infrastruktur,pendidikan,kesihatan,
keselamatan )

Contoh:
1. (F)faktor aktiviti manusia menanam pokok (membuat ladang ) ,(H) menambah jumlah akar
dalam tanah untuk masuk ke dalam rekahan batuan dan memecahkannya..luluhawa
biotik
2. (F) adanya sumber alam iaitu tanah yang subur (H) membolehkan aktiviti pertanian dan
menarik tumpuan penduduk
3. (F) banyak kemudahan infrastruktur (H) meningkatkan darjah ketersampaian (C) jaringan
jalan raya @ lebuhraya
4. (F) aktiviti pembinaan di cerun (H) cerun diteres/diratakan/dikorek menyebabkan struktur
tanah cerun menjadi longgar – memudahkan pergerakan tanah (jisim)
5. (F) Tiupan angin Monsun Timur Laut yang kuat (H) laut bergelora menjadikan keadaan
yang tidak selamat kepada nelayan (HL) jejas kerja penangkapan ikan
6.

6.Fakta berkaitan kesan:


 Menerangkan BAGAIMANA fakta itu mempengaruhi atau memberi kesan :
i. kesan alam sekitar fizikal sama ada positif atau negatif ( terhadap iklim , cuaca, ai r sungai @
laut,udara,tanah, tumbuhan, hidupan haiwan, muka bumi, pandang darat )
ii. kesan alam sekitar manusia sama ada negatif atau positif ( terhadap kesejahteraan,
keselamatan, pekerjaan, pembangunan, pembandaran, sosial, budaya, politik, dagangan,
ekpsort/import )

Contoh :
1. (F) hujan yg lebat di cerun (H) limpahan air mengalir dengan deras menuruni cerun
menyebabkan hakisan air larian permukaan secara kikisan yang giat ( 2@3m)
2. (F) suhu yg tinggi (H) menyebabkan kadar sejatan yang tinggi (HL) wap air banyak terserap
ke dalam udara menjadikan udara lembab (3m)
3. (F) musim dingin menyebabkan getah pokok conifer beku (H) memudahkan kerja
memotong pokok
4. (F) Kesesakan lalulintas (H) menyebabkan peningkatan jumlah asap dan habuk (HL) udara
tercemar dengan teruk (HL) kadar IPU (Indeks Pencemaran Udara) meningkat
5. (F) taraf hidup penduduk meningkat (H) meningkatkan kuasa beli penduduk (HL)
permintaan barangan meningkat (3m)
6. (F) kepadatan penduduk yg tinggi (H) menyebabkan kesesakan perumahan (HL) kerana
pembinaan taman2 perumahan yang banyak (C) seperti di bandar Kuching (3m)
7. (F) munculnya banyak kawasan industri (H) menyebabkan kesesakan lalulintas terutama
ketika waktu puncak iaitu pagi, tengahari dan lewat petang ( 2@3m)
8. (F) penebangan hutan yang meluas (H) menyebabkan kemusnahan habitat haiwan (2m)
9. (F)pertambahan penduduk menyebabkan persaingan mendapat pekerjaan (H)
meningkatkan pengangguran (HL) golongan berpendidikan rendah atau yang tidak ada
kemahiran sukar mendapat pekerjan

7.Fakta berkaitan langkah mengawal, mengatasi atau mengurangkan – menghuraikan bagaimana


sesuatu langkah/strategi itu dibuat dan bagaimana sesuatu langkah itu memberi kesan atau dapat
mengatasi masalah yang dihadapi. Lazimnya langkah dikemukakan dalam tiga aspek, iaitu sama ada :

i. langkah perundangan
ii. langkah bukan perundangan
iii. langkah kestrukturan ( langkah berkaitan dengan kerja-kerja membina ). Langkah ini boleh
dimasukkan ke dalam kategori perundangan jika ianya dibuat berdasarkan sesuatu akta atau
peruntukan undang-undang .Atau bukan perundangan.

CONTOH:
1. (F) … menganjurkan kempen kesedaran penjagaan alam sekitar kepada penduduk (H) melalui
media cetak seperti akhbar atau media elektronik seperti televisyen (HL) misalnya kempen 3R
2. (F) .. membina benteng konkrit di tebing cerun (H) untuk mengukuhkan cerun dan menghalang
hakisan air hujan
3. (F) .. menanam pokok-pokok di atas cerun (H) cengkaman akar pokok yang banyak akan
mengukuhkan tanah (HL) mengurangkan hakisan air larian permukaan
4. (F) .. menguatkuasa Akta Alam Sekeliling 1974 (H) iaitu menangkap pesalah yang mencemarkan
sungai
5. (F) .. meningkatkan tahap pendidikan penduduk (H) dengan cara menambah jumlah sekolah rendah
dan menengah serta IPT. (HL) dengan ini kadar literasi akan meningkat dalam kalangan penduduk

Anda mungkin juga menyukai