Anda di halaman 1dari 5

5 Strategi PdPc yang Berkesan (Simulasi)

Ada bnyk pilihan aktiviti untuk PdPc yang berkesan di luar sana. Untuk membantu guru
memilih maka saya telah buat simulasi agar guru dapat menyelami proses PdPc dengan
pelbagai aktivit menarik. Berikut sesi saya bersama guru-guru Bahasa Inggeris SK Polis
Kem.

1. Set Induksi

Guru-guru diberikan stickey note. Setiap seorang menuliskan 1 soalan; apa yang mereka
ingin tahu daripada topik yang diberikan. Kemudian mereka tampal di dinding kelas.
Lepas tu, semua pergi ke depan dan melihat semua stickey notes. Jika ada mana-mana
soalan yang murid rasa mereka ada jawapannya, maka stickey note itu diambil.
Kemudian, murid yang ada mengambil stickey note akan jawab soalan itu.

SALIZAANIDA 1
2. Aktiviti

setelah input/introduction/content diberikan....

Tarsia

Konsep puzzle. Murid menyusun kepingan kecil segitiga dan kemudiannya menjadikan
sehingga satu segitiga yang besar. Aktiviti ini mengembangkan kemahiran 'collaboration'
dan 'communication'. Dengan Tarsia ada banyak pilihan bentuk dan mudah untuk
disediakan.
Nak cuba Tarsia? Rujuk: Preparing Tarsia

Fan N Pick

Satu permainan kad. Setiap ahli kumpulan akan memegang peranan berbeza. Sediakan
minima 8 kad dengan soalan topikal.

Murid 1: Pegang dan buka kad


Murid 2: Ambil kad dan bacakan kepada murid ke 2
Murid 3: Jawab soalan
Murid 4: Mendengar dan menentukan samada jawapan itu betul ataupun salah. Juga
memberikan kata-kata dorongan.
Permainan ini membantu murid menerapkan kemahiran 'communication' dan 'critical
thinking'. Mana-mana soalan yang tidak dijawab, cikgu ambil kad tersebut. Cikgu pun
dapat menilai sejauh mana kefahaman murid.

SALIZAANIDA 2
3. Penilaian
Penilaian Lisan

Popsicle Sticks

Bagi penglibatan murid secara maksimum, Popsicle Sticks (batang asikrim) digunakan.
Guru mengambil satu batang aiskrim daripada gelas berisi batang-batang aiskrim itu tadi
dan menyebutkan nama murid. Jika dijawab maka batang aiskrim itu dikeluarkan. Jika
tidak, satu lagi batang aiskrim baru dituliskan dengan nama murid tadi dan dimasukkan
ke dalam gelas. Oleh itu, murid boleh minta bantuan rakan untuk bantu jawab atau guru
berikan peluang kepada murid lain untuk jawab. Murid yang bantu jawab, batang
aiskrimnya dikeluarkan. Murid yang tidak dapat menjawab tadi perlu ulang semula
jawapan rakan tadi jika mahu batang aiskrimnya dikeluarkan dan tidak digandakan.

Kelebihan:
- Cikgu dapat memastikan semua murid menjawab soalan
- Cikgu lebih kreatif mempelbagaikan soalan dan rangsangan
- Mudah untuk buat penilaian

SALIZAANIDA 3
*Kaedah lain.
A. Name Picker (http://www.mudahmengajar.com/2017/04/7-cara-memilih-murid-
menjawab-soalan.html)

B. Decision Roulette
(https://play.google.com/store/apps/details?id=es.treebit.decisionroulette&hl=en)

*Paparan Screen Mirroring


Ada kalanya nak guna apps dari phone perlukan paparan ke papan putih (dengan
projektor). Paling mudah gunakan screen mirroring. Rujuk: Paparkan Skrin Smartphone
ke Skrin Putih Dengan Mudah

SALIZAANIDA 4
Penilaian Bertulis

Selepas beri latihan bertulis, yang paling penting ialah semakan,analisis dan feedback
guru. Hal ini penting untuk menyemak adakah murid telah mencapai objektif
pembelajaran. Contoh mudah saya berikan ialah soalan multiple choice questions. Murid
diberikan borang OMR, dan kemudian mereka lorekkan. Siap sahaja, cikgu scan dan
dapatkan analisis serta merta. Gunakan ZipGrade. Pantas dan memudahkan. Boleh
download borang OMR di laman web, gunakan aplikasinya di smartphone untuk scan
borang OMR.

4. Collaboration
Melalui Entry Ticket. Apa jadi dengan Entry Ticket tidak terjawab tadi, masa inilah guru
kembali kepada tiket dan kad tadi dan buka peluang kepada murid untuk jawab.

5. Ganjaran
Popsicle Sticks? Boleh beri kepada semua murid. Mereka hias dengan sticker kecil yang
cikgu sediakan dan boleh warnakan dengan magic pen. So, mereka boleh ambil dan
simpan :)4C dalam simulasi ini:
Communication: Tarsia dan Fan N Pick
Collaboration: Entry Ticket, Fan N Pick (kad tidak berjawab)
Critical Thinking: Fan N Pick
Creativity: Murid kreatif memikirkan cara menjawab soalan dalam kad; cari jawapan
dalam buku teks, bertanya dengan 'expert group', membuat semakan dalam kumpulan
(proses pembelajaran kreatif mencari sumber pmebelajaran). Selain itu murid juga
kreatif menghias 'Popsicle Sticks' mereka.

5 strategi: Set Induksi, Aktiviti, Penilaian, Collaboration dan Ganjaran.

SALIZAANIDA 5

Anda mungkin juga menyukai