Anda di halaman 1dari 6

SEJARAH SEKOLAH

1. Latar belakang sekolah


Latarbelakang Sekolah
SJK(T) Ladang Wellesley terletak dalam lingkungan 1 km dari Pekan Lunas. Sekolah ini
telah ditubuhkan pada tahun 1938. Pada mulanya, seramai 38 orang murid telah mendaftar untuk
belajar di sekolah ini. Bangunan kuil digunakan sebagai tempat belajar. Pembangunan yang pesat
disekitar Pekan Lunas menyebabkan peningkatan bilangan pelajar pada setiap tahun. Jadi ,
sebuah bangunan kayu didirikan untuk menampung pertambahan pelajar dari ladang ini.
Pada tahun 1986 pihak pengurusan Ladang Wellesley telah memberikan sebidang tanah
yang berukuran 150 X 300 bagi mendirikan bangunan baru sekolah ini dengan bantuan
sebanyak RM120 000 dari kerajaan pusat. Pada tahun ini sebuah bangunan yang mempunyai 6
buah bilik darjah dibina dengan bantuan Menteri Kerja Raya, Dato Seri Samy Velu. Bangunan
baru ini telah dirasmikan oleh YB Dato Seri Dr.S.Samy Vellu pada 13.08.1993. Pertambahan
pelajar yang mendadak telah mendesak PIBG untuk membina sebuah bangunan tambahan yang
mempunyai 6 buah bilik darjah yang sub-standard.

Bilangan murid semakin bertambah sehingga 500 orang pada tahun 1995. Keadaan ini
mendesak pihak sekolah untuk mengadakan sekolah dua sesi. Pihak sekolah sentiasa berusaha
untuk memperbaiki prasarana sekolah ini, dalam usaha ini pihak sekolah telah mengadakan
rundingan dengan tuanpunya tanah untuk

mendapatkan sebidang tanah bagi mendirikan

bangunan baru bagi Sekolah Tamil Ladang Wellesley.


Pihak pengurusan sekolah bersama dengan pihak PIBG sekolah ini sentiasa berganding
bahu dengan YB En.S.Ganeson bagi merialisasikan impian bangunan baru bagi sekolah ini.
Bangunan ini sedang dibina dan dijangka siap secepat mungkin.Kemungkinan besar awal tahun
2010 kami berperasi dibangunan baru ini.
Pada masa kini, sekolah ini mempunyai seramai 887 orang pelajar. Seramai 47 orang
guru sedang bertugas. Sekolah ditadbir oleh 3 orang penolong kanan dan seorang penyelia
petang. Selain itu, seramai 6 orang staf sokongan bekerja di sekolah ini.
Kawasan sekolah adalah sangat terhad dan tidak mempunyai padang pada masa kini.
Murid-murid hanya melakukan pendidikan jasmani di jalanraya. Sebuah kuil terletak di sebelah
sekolah. Semua program awam atau sekolah diadakan di dewan kuil. Pihak kuil sentiasa
membantu dengan memberi tempat supaya murid-murid dan guru dapat mengguna dewan ini.
Pencapaian sekolah dalam UPSR pada tahun-tahun yang lalu adalah kurang
memberangsangkan dan berada pada tahap 45 % ke bawah. Faktor utama yang mempengaruhi
keputusan ialah pengguasaan Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris di kalangan murid-murid.
Sebagai pentadbir, kami telah merancang banyak program untuk meningkatkan
pengguasaan kedua bahasa ini. Namun kesannya tidak begitu ketara. Oleh yang demikian, saya
telah berbincang dengan guru-guru supaya membantu murid-murid dari Tahun Satu lagi supaya
dapat meningkatkan pencapaian pada UPSR nanti.
Di antara projek yang perlu diberi perhatian untuk mencapai visi pada tahun 2013 ialah
pencapaian murid UPSR Yang meningkat cemerlang iaitu 75% kelulusan pada tahun ini.

2. Motto Sekolah
Berusaha
Bermotivasi
Bekerja Keras

Bahagian atas yang seakan topi mahasiswa melambangkan para pelajar akan mencapai
kecemerlangan. Bunga raya bunga kebangsaan yang menjadi lambang perpaduan berlatar
belakangkan warna biru.

3. Visi Sekolah
SJK(T) LADANG WELLESLEY MENJADI SALAH SEBUAH SEKOLAH CEMERLANG
DALAM DI PERINGKAT NEGERI KEDAH PADA TAHUN 2013

4. Misi Sekolah
SJK(T) LADANG WELLESLEY BERAZAM UNTUK :

1.

Melaksanakan keberkesanan kepimpinan dan pentadbiran sekolah

2.

Menjana kecemerlangan dalam kurikulum

3.

Melahirkan pelajar yang berketrampilan dalam kurikulum

4.

Menghasilkan pelajar yang berdisiplin dan bersahsiah mulia.

5.

Mewujudkan prasarana sekolah yang selamat , kondusif dan ceria

6.

Mengeratkan hubungan yang baik dengan ibubapa, komuniti dan agensi luar.

Demi mencapai visi sekolah, sebagai permulaan, satu program untuk mencapai zero
failures pada tahun Empat dimulakan supaya dapat mencapai peningkatan 100 peratus pada
tahun 2010.

PENCAPAIAN UPSR TAHUN 2009 & PELUNJURAN


2010
BIL
1

MATA
PELAJARA
N
BAHASA
MELAYU
(PEMAHAMAN)
ETR 2010
BAHASA
MELAYU
(PENULISAN)
ETR 2010
BAHASA
INGGERIS

AC

Bil

Bil

Bil

Bil

Bil

Bil

Bil

12

9.0

17

12.8

29

21.8

58

43.6

47

35.3

28

21.1

75

20
19

14.9
14.3

30
33

22.3
24.8

40
22

29.8
16.5

74

55.6

40
28

29.8
21.1

4
31

2.9
23.3

59

10
21

7.46
15.8

40
30

29.8
22.6

35
30

26.1
22.6

81

60.9

25
21

18.7
15.8

24
31

17.9
23.3

52

MATEMATIK

40

30.1

25

18.8

49

36.8

114

85.7

11

8.3

6.0

19

SAINS

26

19.5

33

24.8

46

34.6

105

78.9

23

17.3

3.8

28

BAHASA
TAMIL
(PEMAHAMAN)

43

32.3

3.0

46

34.6

93

69.9

12

9.0

28

21.1

40

BAHASA
TAMIL
(PENULISAN)

40

30.1

45

33.8

24

18.0

109

82.0

4.5

18

13.5

24

Jum

Tahun

Jumlah Murid

Bil. Pelajar Lulus

Peratus Pencapaiaan (%)

2005

102

41

40

2006

111

44

39.6

2007

124

42

33.8

2008

139

62

45

2009 ***

134

51

38.5

Anda mungkin juga menyukai