Anda di halaman 1dari 8

Apa Itu Flipped Classroom?

Jumaat, Mac 25, 2016  Cikgu Hailmi, Hal Guru, Idea P&P Sains, Pembelajaran Abad 21  32 comments

Pembelajaran abad 21 yang sentiasa berkembang menggalakkan lebih banyak strategi pembelajaran. Antara yang
popular adalah Flipped Classroom. Dikesan mula aktif dipraktiskan seawal tahun 2007 oleh guru Kimia di Woodland
Park High School, flipped classroom semakin mendapat tempat dalam kalangan pendidik dengan wujudnya Khan
Academy. Jom kita dalami lagi apa yang dimaksudkan dengan flipped classroom.

Apa itu Flipped Classroom?

Apa Itu Flipped Classroom?


Flipped Classroom merupakan model pendekatan pengajaran yang mengalihkan masa kuliah di dalam kelas kepada
kuliah melalui video di luar kelas. Maka waktu kelas digunakan sepenuhnya untuk aktiviti kolaborasi dan
pengukuhan kepada pelajar secara individu. 

Erti kata mudahnya, pelajar diberi video untuk ditonton sebelum masuk kelas. Di dalam kelas, hanya berlangsung
sesi pembelajaran dengan aktiviti. Mudah kan?

Dalam kontek Malaysia pula, boleh lah kita katakan bahawa, 

"Flipped Classroom merupakan salah satu strategi pembelajaran abad ke-21 (PAK21) yang efektif bagi membantu
guru2 membina kemahiran 4K1V murid untuk menghadapi cabaran masa hadapan. Ia juga memberi lebih masa 
kepada guru untuk membimbing murid-murid dalam aktiviti inkuiri dan penyelesaian masalah (inquiry-based &
project-based learning) yang dapat mengukuhkan kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) murid serta membolehkan
guru melaksanakan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) dengan lebih efektif."
Model Flipped Classroom

Tidak ada struktur khas yang tertentu bagaimana Flipped Classroom ini dijalankan. Tetapi selagi pembelajaran
menggunakan strategi kuliah yang sudah direkodkan dan aktiviti seterusnya berlangsung dalam bilik darjah, itu
dikira sebagai Flipped Classroom. Sumber

Dalam sesetengah keadaan, ianya juga melibatkan perbincangan secara online dan menjalankan kajian di rumah. Itu
pun masih dikira sebagai Flipped Classroom.

Kelebihan Flipped Classroom


Antara kelebihan menggunakan Flipped Classroom sebagai pendekatan pembelajaran adalah : 

1. Menggalakkan murid untuk berinteraksi dan berkolaborasi sesama rakan


2. Menggalakkan penglibatan murid yang lebih aktif
3. Pembelajaran lebih berpusat, tidak hanya mengajar
4. Menggalakkan 'independent learning'
5. Meningkatkan keupayaan murid untuk bekerja secara individu

Berikut adalah contoh perbezaan sesi pembelajaran yang melibatkan kelas tradisional dan juga kelas yang sudah
diflipped. 
Perbezaan kelas tradisional dan Flipped Classroom

Anda boleh lihat dengan jelas, dengan menggunakan model Flipped Classroom, masa dalam kelas lebih banyak
diperuntukkan untuk melakukan aktiviti, perbincangan dan pengukuhan. Tugas 'lecture' telah diambil alih oleh
pelajar dengan menonton video guru sebelum kelas bermula. Pembelajaran jadi lebih bermakna.

Pengalaman Flipped Classroom


Secara praktikalnya, mungkin sebahagian daripada kita sudah lama mengamalkan konsep pembelajaran sebegini.
Iaitu dengan menyuruh pelajar menonton video dan kemudiannya melakukan sesi perbincangan di dalam kelas. Itu
lah Flipped Classroom!

Saya kongsikan sedikit pengalaman saya melakukan Flipped Classroom bersama pelajar saya di SMK Jerlun.

Sehari sebelum
Bagi tugasan membina model Sistem Pernafasan Manusia, saya telah memberikan pelajar sekeping kertas tertulis
link kepada video dan juga link kepada website bagi rujukan pelajar. 
Semasa di Rumah
Di rumah, pelajar menonton video dan melakukan bacaan dan sedikit kajian mengenai tugasan. Mereka juga
menyediakan semua bahan dan peralatan yang diperlukan bagi aktiviti pada hari esok nya. Semuanya dilakukan oleh
pelajar, secara individu atau berkumpulan. Tetapi, yang paling penting adalah proses pembelajaran yang berlangsung
di rumah. 

Semasa Waktu P&P


Keesokan harinya sewaktu kelas Sains, mereka hanya perlu memasang semua peralatan. Perbincangan dan
kolaborasi antara pelajar berlangsung semasa penyediaan model. Guru hanya tidak lagi perlu menceritakan
semuanya dari A ke Z. Sebaliknya hanya menjadi pemudahcara sepanjang kelas berlangsung.

Pelajar melakukan aktiviti di dalam kelas berpandukan video yang ditonton semalam

Masa saya kini tidak dibazirkan lagi dengan sesi lecture yang menggunakan banyak masa. Pelajar sendiri telah
mengambil alih sesi tersebut dengan menonton video pada hari sebelumnya. Masa dalam kelas hanya tertumpu
kepada proses pembelajaran sebenar.

Pelajar membentangkan hasil kerja dengan dibantu oleh pembacaan artikel sehari sebelumnya

Akhir kelas, pelajar membentang hasil kerja mereka masing-masing. Projek yang mereka buat dalam kelas, tetapi
dengan menggunakan bahan dan kajian yang mereka buat di rumah melalui tontonan video dan bacaan di Internet.
Mudah kan? 

Kesimpulannya, pada saya dengan menggunakan pendekatan Flipped Classroom ini, tugas-tugas mengajar menjadi
lebih mudah dan lebih bermakna. Part yang saya suka adalah melalui ini juga akan menggalakkan pelajar untuk
menjadi lebih bertanggungjawab terhadap pembelajaran mereka. Tidak mengharap usaha guru semata-mata. Maka
waktu p&p dalam kelas akan dapat dilangsungkan dengan lebih berkesan dan lebih bermakna.

Saya akui pasti akan ada beberapa kekangan untuk model ini. Liputan internet yang terhad, latar belakang murid,
sikap murid dan beberapa faktor lain lagi. Tetapi, saya menyeru kita warga pendidik mencuba sebaik mungkin apa
yang terdaya jika berpeluang, memberi peluang kepada pelajar kita untuk merasa pengalaman pembelajaran yang
berbeza. Belum cuba, belum tahu kan.. :)

Demikian lah perkongsian saya mengenai model pembelajaran Flipped Classroom. Artikel ini saya tulis berdasarkan
pembacaan dan juga perkongsian pengalaman saya sendiri menjalankan Flipped Classroom kepada pelajar-pelajar
saya. Anda ada kisah menarik untuk dikongsikan? Jom tulis komen di bawah untuk kita dapat manfaat bersama-
sama.
Mari kenali apa itu Flipped Classroom?
 Cikgu Razif  09/05/2015
Flipped Classroom merupakan satu pendekatan pembelajaran yang diperkenalkan
dengan memberi pendedahan kepada pelajar terlebih dahulu (diluar kelas) sebelum
sesuatu pembelajaran diajarkan.

Ini bermakna pelajar akan melakukan aktiviti aras rendah dahulu (melalui bacaan dan
sebagainya) sebelum fokus diberikan kepada pemikiran aras tinggi seperti analisis dan
sistesis di dalam bilik darjah.

Satu huraian padat dari Cynthia J. Brame, CFT Assistant Director mungkin dapat


memberi anda gambaran yang lebih terperinci mengenai konsep pembelajaran abad
ke-21 ini.
Infografik dibawah mungkin memberi gambaran lebih lanjut mengenai Flipped
Classroom.

Anda mungkin juga menyukai