Anda di halaman 1dari 3

Lampiran 2

Kaedah dalam smart teaching

A. Inkuiri penemuan
-membolehkan murid menggunakan keperluan ingin tahu mereka untuk meneroka sesuatu
bidang ilmu.

Definisi Inkuiri
Inkuiri secara amnya bermaksud mencari maklumat, menyoal dan menyiasat fenomena
yang berlaku di sekeliling. Melalui inkuiri, pelajar menerangkan objek ataupun proses,
menyoal,menjalankan eksperimen bagi menjawab soalan, dan berkomunikasi bagi berkongsi
penemuan.

B.Amifikasi atau ‘gamification’

- pendekatan yang menggunakan kaedah permainan dalam proses pengajaran dan


pembelajaran (P&P), akan menjadikan proses P&P lebih menarik, interaktif serta
mengasyikkan (engaging) .

c. Flipped Classroom
Flipped Classroom merupakan model pendekatan pengajaran yang mengalihkan masa kuliah
di dalam kelas kepada kuliah melalui video di luar kelas. Maka waktu kelas digunakan
sepenuhnya untuk aktiviti kolaborasi dan pengukuhan kepada pelajar secara individu.

Erti kata mudahnya, pelajar diberi video untuk ditonton sebelum masuk kelas. Di dalam
kelas, hanya berlangsung sesi pembelajaran dengan aktiviti. Mudah kan?

D. Pembelajaran berasaskan masalah


Modul PBL - pembelajaran berasaskan masalah adalah merupakan satu pendekatan
pembelajaran yang digunakan bersandarkan kepada penyelesaian masalah yang akan
diberikan oleh guru kepada pelajar. Permasalahan yang akan diberi kepada pelajar akan
dirangka dan dirancang terlebih dahulu agar setiap strategi yang diambil oleh pelajar untuk
menyelesaikan masalah tersebut akan dapat meliputi keseluruhan kurikulum yang ada.
Pembelajaran berasaskan masalah adalah disokong oleh konsep pembelajaran secara kendiri

F. Pembelajaran masteri
Pembelajaran Masteri merupakan suatu pendekatan pengajaran dan pembelajaran bagi
memastikan semua murid menguasai hasil pembelajaran yang diharapkan dalam suatu unit
pembelajaran sebelum ke unit pembelajaran seterusnya. Pendekatan ini memerlukan proses
pengajaran dan pembelajaran yang terancang dan berkualiti serta memberi fokus kepada
masa pembelajaran yang diperlukan. Dalam proses melaksanakan pembelajaran masteri,
cabaran utamanya ialah menyediakan masa yang mencukupi untuk mengatur strategi-
strategi pembelajaran untuk memastikan semua pelajar akan mencapai keupayaan yang
sama

G.Pembelajaran teradun
Blended face-to-face/teradun bersemuka. Ini adalah pembelajaran teradun yang berlaku
dalam bilik darjah dan paling dekat dengan pendekatan tradisional. Sesuai digunakan untuk
kelas yang mempunyai murid dengan tahap pelbagai. Pendekatan dalam talian
diperkenalkan untuk murid yang tertinggal untuk melengkapi pembelajaran dalam bilik
darjah. Perlu dijalankan dalam bilik darjah yang mempunyai kemudahan peranti.

2. Blended online class. Pendekatan ini terbalik dgn pendekatan #1 tadi. Sejumlah besar
pengajaran dijalankan di dalam talian & aktiviti terpilih sahaja dilakukan dalam bilik darjah
seperti aktiviti makmal.Pendekatan ini tidak memerlukan kehadiran murid dalam bilik darjah
pd setiap hari.

3. Flipped classroom. Konsep yang paling popular dalam pendekatan blended


learning.Kaedah ini membalikkan pendekatan tradisional dimana masa kuliah dijalankan
dalam talian dan masa dalam kelas digunakan untuk kerja-kerja kolaborasi,
perbincangan,projek/tugasan.

H. Pembelajaran terbeza.

3 aspek dalam pembelajaran terbeza iaitu ari segi :


-Kandungan
-Proses
-Hasil

Pembelajaran terbeza dari segi kandungan adalah apabila kandungan yang diberikan
berbeza mengikut tahap murid. Contohnya.
Kemahiran: Murid boleh mencari isi penting berdasarkan petikan yang diberi.
1. Murid pandai/sederhana diberikan teks biodata Datuk Lee Chong Wei. Teksnya lebih
panjang serta banyak info yang diberikan (3 perenggan).
2. Murid lemah pula diberikan biodata Datuk Lee Chong Wei yang lebih ringkas (2
perenggan).

Pembelajaran terbeza dari segi proses pula adalah murid melakukan aktiviti yang sama
tetapi melalui proses yang berbeza.
1. Murid pandai/sederhana mencari isi penting dengan aktiviti think pair share.
2. Murid lemah pula mencari isi penting dengan menggariskan isi-isi penting.

Pembelajaran terbeza dari segi produk pula memerlukan murid berlainan menghasilkan
produk yang berlainan.
1. Murid pandai/sederhana membuat peta minda atau rumusan untuk menerangkan isi-isi
penting.
2. Murid lemah membuat jadual senarai isi penting.

* Adalah perlu diingat, pembelajaran terbeza tidak membezakan kemahiran murid


pandai/sederhana dengan yang lemah. Kemahiran tetap sama yang berbeza ialah
kandungan, proses ataupun hasil. Untuk hasil, ia boleh berada dalam bentuk sesuatu itu
dihasilkan atau pun bilangan. Contohnya, murid pandai/sederhana hasilkan 5 isi penting
sementara murid lemah cuma 3 isi penting.

Perkara yang boleh menjayakan pembelajaran terbeza adalah:


1. Ada analisa kemahrian murid. Guru sudah tahu pencapaian murid. (Aras/tahap
pembelajaran)
2. Guru mengenal kemampuan murid. Maksudnya sejauh mana murid mampu menghasilkan
sesuatu tugasan. (Kemampuan pembelajaran)
3. Kencenderungan pembelajaran murid dikenalpasti melalui ujian psikometrik ataupun
pemerhatian. (Kecenderungan pembelajaran).

Anda mungkin juga menyukai