Anda di halaman 1dari 6

FLIPPED CLASSROOM

PENGENALAN FLIPPED CLASSROOM

• Pembelajaran abad 21 yang sentiasa berkembang


menggalakkan lebih banyak strategi pembelajaran.
Antara yang popular adalah Flipped Classroom.
• Dikesan mula aktif dipraktiskan seawal tahun 2007
oleh guru Kimia di Woodland Park High School,
flipped classroom semakin mendapat tempat dalam
kalangan pendidik dengan wujudnya Khan Academy.
• Flipped Classroom merupakan model pendekatan
pengajaran yang mengalihkan masa kuliah di dalam kelas
kepada kuliah melalui video di luar kelas.
• Maka waktu kelas digunakan sepenuhnya untuk aktiviti
kolaborasi dan pengukuhan kepada pelajar secara individu.
• Erti kata mudahnya, pelajar diberi video untuk ditonton
sebelum masuk kelas. Di dalam kelas, hanya berlangsung sesi
pembelajaran dengan aktiviti.
• Aktiviti ini sangat berbeza dengan cara pembelajaran
tradisional iaitu pembelajaran hanya berlaku dalam kelas dan
murid melakukan latihan di rumah
• Tidak ada struktur khas yang tertentu bagaimana Flipped
Classroom ini dijalankan. Tetapi selagi pembelajaran menggunakan
strategi kuliah yang sudah direkodkan dan aktiviti seterusnya
berlangsung dalam bilik darjah, itu dikira sebagai Flipped
Classroom.

• Dalam sesetengah keadaan, ianya juga melibatkan perbincangan


secara online dan menjalankan kajian di rumah. Itu pun masih
dikira sebagai Flipped Classroom.
KELEBIHAN FLIPPED CLASSROOM

• Memberi peluang kepada pelajar untuk perbincangan dan interaksi dalam dan di luar kelas.
• Bahan-bahan pembelajaran dalam pelbagai format sesuai dengan gaya pembelajaran pelajar yang berbeza
• Lebih banyak masa digunakan untuk berinteraksi dengan pelajar dan bukannya untuk memberi kuliah
• Memberi peluang pembelajaran yang mencukupi untuk pelajar verbal dan pelajar visual.
• Pelajar dapat meningkatkan kemahiran elektronik yang membantu dalam apa-apa media berasaskan
computer
• Menggalakkan murid untuk berinteraksi dan berkolaborasi sesama rakan
• Menggalakkan penglibatan murid yang lebih aktif
• Pembelajaran lebih berpusat, tidak hanya mengajar
• Menggalakkan 'independent learning’
• Meningkatkan keupayaan murid untuk bekerja secara individu

Anda mungkin juga menyukai