Anda di halaman 1dari 4

Flipped Classroom merupakan model pendekatan pengajaran yang mengalihkan masa kuliah di

dalam kelas kepada kuliah melalui video di luar kelas. Maka waktu kelas digunakan sepenuhnya
untuk aktiviti kolaborasi dan pengukuhan kepada pelajar secara individu. 

Erti kata mudahnya, pelajar diberi video untuk ditonton sebelum masuk kelas. Di dalam kelas,
hanya berlangsung sesi pembelajaran dengan aktiviti. Mudah kan?

Dalam kontek Malaysia pula, boleh lah kita katakan bahawa, 

"Flipped Classroom merupakan salah satu strategi pembelajaran abad ke-21 (PAK21) yang efektif
bagi membantu guru2 membina kemahiran 4K1V murid untuk menghadapi cabaran masa
hadapan. Ia juga memberi lebih masa  kepada guru untuk membimbing murid-murid dalam
aktiviti inkuiri dan penyelesaian masalah (inquiry-based & project-based learning) yang dapat
mengukuhkan kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) murid serta membolehkan guru
melaksanakan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) dengan lebih efektif."

Anda boleh lihat dengan jelas, dengan menggunakan model Flipped Classroom, masa dalam
kelas lebih banyak diperuntukkan untuk melakukan aktiviti, perbincangan dan pengukuhan.
Tugas 'lecture' telah diambil alih oleh pelajar dengan menonton video guru sebelum kelas
bermula. Pembelajaran jadi lebih bermakna.

Pengalaman Flipped Classroom


Secara praktikalnya, mungkin sebahagian daripada kita sudah lama mengamalkan konsep
pembelajaran sebegini. Iaitu dengan menyuruh pelajar menonton video dan kemudiannya
melakukan sesi perbincangan di dalam kelas. Itu lah Flipped Classroom!
Saya kongsikan sedikit pengalaman saya melakukan Flipped Classroom bersama pelajar saya di
SMK Jerlun.

Sehari sebelum
Bagi tugasan membina model Sistem Pernafasan Manusia, saya telah memberikan pelajar
sekeping kertas tertulis link kepada video dan juga link kepada website bagi rujukan pelajar. 

Semasa di Rumah
Di rumah, pelajar menonton video dan melakukan bacaan dan sedikit kajian mengenai tugasan.
Mereka juga menyediakan semua bahan dan peralatan yang diperlukan bagi aktiviti pada hari
esok nya. Semuanya dilakukan oleh pelajar, secara individu atau berkumpulan. Tetapi, yang
paling penting adalah proses pembelajaran yang berlangsung di rumah. 

Semasa Waktu P&P


Keesokan harinya sewaktu kelas Sains, mereka hanya perlu memasang semua peralatan.
Perbincangan dan kolaborasi antara pelajar berlangsung semasa penyediaan model. Guru hanya
tidak lagi perlu menceritakan semuanya dari A ke Z. Sebaliknya hanya menjadi pemudahcara
sepanjang kelas berlangsung.
Pelajar melakukan aktiviti di dalam kelas berpandukan video yang ditonton semalam

Masa saya kini tidak dibazirkan lagi dengan sesi lecture yang menggunakan banyak masa. Pelajar
sendiri telah mengambil alih sesi tersebut dengan menonton video pada hari sebelumnya. Masa
dalam kelas hanya tertumpu kepada proses pembelajaran sebenar.

Pelajar membentangkan hasil kerja dengan dibantu oleh pembacaan artikel sehari sebelumnya

Akhir kelas, pelajar membentang hasil kerja mereka masing-masing. Projek yang mereka buat
dalam kelas, tetapi dengan menggunakan bahan dan kajian yang mereka buat di rumah melalui
tontonan video dan bacaan di Internet. Mudah kan? 

Kesimpulannya, pada saya dengan menggunakan pendekatan Flipped Classroom ini, tugas-tugas
mengajar menjadi lebih mudah dan lebih bermakna. Part yang saya suka adalah melalui ini juga
akan menggalakkan pelajar untuk menjadi lebih bertanggungjawab terhadap pembelajaran
mereka. Tidak mengharap usaha guru semata-mata. Maka waktu p&p dalam kelas akan dapat
dilangsungkan dengan lebih berkesan dan lebih bermakna.
Saya akui pasti akan ada beberapa kekangan untuk model ini. Liputan internet yang terhad, latar
belakang murid, sikap murid dan beberapa faktor lain lagi. Tetapi, saya menyeru kita warga
pendidik mencuba sebaik mungkin apa  yang terdaya jika berpeluang, memberi peluang kepada
pelajar kita untuk merasa pengalaman pembelajaran yang berbeza. Belum cuba, belum tahu kan..
:)

Demikian lah perkongsian saya mengenai model pembelajaran Flipped Classroom. Artikel ini
saya tulis berdasarkan pembacaan dan juga perkongsian pengalaman saya sendiri menjalankan
Flipped Classroom kepada pelajar-pelajar saya. Anda ada kisah menarik untuk dikongsikan? Jom
tulis komen di bawah untuk kita dapat manfaat bersama-sama.

Anda mungkin juga menyukai