Anda di halaman 1dari 7

ZAIZURIWATI BAHARUDDIN 790726-06-5612

Gaya pembelajaran merupakan satu set ciri-ciri peribadi yang mempengaruhi bagaimana seorang menerima, mengumpul dan memproses maklumat. Dalam bilik darjah, pelajar-pelajar mempunyai gaya pembelajaran yang berbeza. Model Gaya Pembelajaran Dunn & Dunn (1974) berfokus kepada 18 elemen yang mempengaruhi kebolehan belajar seseorang pelajar. Kesemua 18 elemen itu dapat diklasifikasikan kepada 4 kategori, iaitu Persekitaraan, Emosional, Sosiologikal dan Fizikal. Model Gaya Pembelajaran Dunn & Dunn berasaskan prinsip-prinsip berikut :

Kebanyakan individu mampu dan boleh belajar Setiap individu mempunyai gaya pembelajaran tertentu. Gaya pembelajaran individu bertindak balas dengan iklim, sumber dan pendekatan pengajaran dan pembelajaran. Dengan iklim, sumber dan pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang bersesuaian dengan gaya pembelajaran, seorang dapat mengoptimumkan proses pembelajarannya.

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN MATEMATIK TAHUN 2

ZAIZURIWATI BAHARUDDIN 790726-06-5612

Tarikh Masa Mata Pelajaran Tahun Bilangan Murid Bidang Pembelajaran Tajuk Objektif Pembelajaran Hasil Pembelajaran i.

: 7 Mac 2013 : 7.40 -8.40 pagi : Matematik : 2 Cemerlang : 30 orang : Ruang Dan Bentuk : Bentuk Tiga Dimensi ( 3D ) : Mengenal pasti bentuk tiga dimensi : Pada akhir sesi pembelajaran, murid-murid dapat Menamakan bentuk kubus, kuboid, sfera, piramid, silinder dan kon dengan betul dan tepat. ii. Membezakan bentuk tiga dimensi (3D) yang ada permukaan rata dan permukaan melengkung dengan betul.

Pendekatan P & P Kaedah / Teknik KBKK

: : :

Konstruktivisme , Pembelajaran Masteri Perbincangan Mengelaskan, menjana idea, berkomunikasi, membanding dan membezakan.

Nilai

Bekerjasama

BBB

: 1) ping pong 5 biji 2) kotak tisu 4 kotak 3) set bongkah 3D 2 set 4) lembaran kerja 5) slaid powerpoint

Pengetahuan sedia ada : Murid-murid telah mempelajari nama bentuk tiga dimensi semasa belajar Matematik Tahun 1 dan mereka juga mengetahui bentuk-bentuk bagi sesuatu objek dalam kehidupan harian mereka.

ZAIZURIWATI BAHARUDDIN 790726-06-5612

Langkah Set induksi ( 5 minit )

Isi Kandungan

Aktiviti Pengajaran & Pembelajaran Aktiviti Guru 1. Guru meminta murid memerhati apa yang dilakukan olehnya. Aktiviti Murid 1. Murid melihat apa yang dilakukan oleh guru.

Nota / Catatan BBM : Ping pong Kotak tisu

2. Guru menjatuhkan ping 2. Murid menjawab pong dan kotak tisu ke atas meja. 3. Guru menanya murid : Membezakan permukaan rata dan permukaan melengkung a) Apa yang kamu dapat lihat semasa ping pong / kotak tisu itu terjatuh ke atas meja ? b) Mengapakah ping pong boleh berguling ke depan, kotak tisu tidak dapat? c) Apa bentuk bagi ping pong / kotak tisu ini? d) Cuba kamu merasa dan membuat pemerhatian pada permukaan ping pong dengan tapak tangan. Apa yang kamu rasa? Adakah permukaannya rata atau melengkung? ( diikuti dengan merasa kotak tisu ) e) Sekarang, cuba kamu rasa bahagian yang di Mengenali sisi dan bucu hujung kubus. Apa yang kamu rasa? f) pegang bahagian tepi kotak tisu. Cuba kamu rasa, adakah ia lurus atau bengkok? soalan-soalan guru. (contoh jawapan) a) Ping pong berguling dengan cepat ke hadapan. Kotak tisu tidak berguling. b) Ping pong boleh berguling dengan cepat kerana ia berbentuk bulat. Kotak tisu berbentuk segiempat. c) Ping pong berbentuk sfera. Kotak tisu berbentuk kubus. d) Permukaann pada ping pong licin dan melengkung. Permukaan kotak tisu licin dan rata. e) Tajam. f) Lurus KBKK : Membanding dan membezakan Berkomunikasi Strategi / Teknik : Penyoalan seluruh kelas

ZAIZURIWATI BAHARUDDIN 790726-06-5612

Langkah 1 ( 15 minit )

Menamakan

1. Guru menunjukkan bongkah 3D dan minta murid menyatakan

1. Murid menyatakan nama bentuk bongkah 3D yang

Strategi / Teknik : Penyoalan seluruh kelas Perbincangan

bentuk bongkah 3D

bentuk bongkah tersebut. ditunjukkan oleh 2. Guru mengagihkan murid kepada 2 kumpulan secara berpasangan. 3. Guru memberi satu set bongkah tiga dimensi dan satu jadual kepada setiap kumpulan. 4. Guru meminta murid membilang permukaan rata, permukaan Memperihalkan permukaan rata, permukaan melengkung, sis dan bucu bentuk 3D melengkung, sisi dan bucu bagi setiap bongkah yang dibekalkan. 5. Guru meminta murid merekodkan hasil guru. 2. Murid membilang bilangan permukaan rata, permukaan melengkung, sisi dan bucu bagi setiap bongkah. 3. Murid merekodkan hasil dapatan mereka di dalam jadual. 4. Murid melihat nota di slaid powerpoint yang ditunjukkan dan mendengar penerangan guru.

BBM : Set bongkah 3D

Nilai Murni : Bekerjasama

KBKK : Mengelaskan

perbincangan mereka di 5. Murid menyemak dalam jadual yang diberikan. 6. Guru menggunakan slaid powerpoint untuk menerangkan bilangan permukaan rata dan melengkung, sisi dan bucu bagi setiap bentuk tiga dimensi. 7. Guru meminta murid menyemak jawapan mereka. hasil perbincangan mereka tadi.

ZAIZURIWATI BAHARUDDIN 790726-06-5612

Langkah 2

Mencirikan bentuk 3D

Langkah 3 ( 10 minit )

Memperihalkan permukaan rata, permukaan melengkung, sis dan bucu bentuk 3D

1. Guru mengedarkan latihan. 2. Guru berbincang jawapan bersama dengan murid.

1. Murid menyiapkan latihan penilaian.

BBM: Lembaran kerja

Refleksi / Penutup ( 5 minit )

Teka- teki - Menamakan bentuk 3D

1. Guru menaksir kefahaman murid dengan memberi tekateki. 2. Guru menyatakan penerangan dan minta murid cuba meneka apa bentuk itu.

1. Murid mendengar penerangan guru dengan teliti dan menjawab soalan teka-teki tersebut.

Strategi / Teknik Teka teki

ZAIZURIWATI BAHARUDDIN 790726-06-5612

REFLEKSI

Daripada maklum balas murid, saya dapati mereka memberi respon yang agak memuaskan terhadap soalan yang saya kemukakan pada permulaan pengajaran iaitu set induksi. Ini telah menunjukkan saya telah meransangkan minat murid dengan

menghubungkaitkan pengetahuan sedia ada mereka dan menunjukkan murid dalam keadaan bersedia untuk meneruskan sesi pengajaran dan pembelajaran. Penglibatan murid dalam menjalankan aktiviti adalah aktif dan menunjukkan semangat bekerjasama dalam perbincangan menyiapkan aktiviti yang disuruh dengan baik. Aktiviti yang saya rancang telah menjurus kepada pencapaian objektif pengajaran pada hari itu.

Dengan mengimbas kembali, objektif pengajaran yang telah ditetapkan sebelum ini turut tercapai dengan 93% kerana terdapat dua orang murid membuat tidak dapat memperihalkan permukaan rata, permukaan melengkung, sisi dan bucu bagi bentuk tiga dimensi (3D) kerana mereka adalah murid-murid yang dikategori sebagai murid OKU. Muridmurid dapat menjawab lembaran kerja yang diberi dengan betul setelah disemak.

Kekuatan dan kelemahan : Saya perlu mengawal masa yang digunakan dalam semua fasa pengajaran supaya tidak menjejaskan mana-mana aktiviti yang telah dirancang. Selain itu saya kurang memberi galakkan kepada murid yang menjawab soalan dengan betul semasa pengajaran dan pembelajaran. Aktiviti yang dirancang dapat memupuk nilai kerjasama antara murid-murid serta mengukuhkan kefahaman mereka terhadap isi pengajaran yang disampaikan. Juga tidak ketinggalan dengan bahan bantu mengajar yang menarik perhatian murid dan seterusnya meningkatkan pencapaian objektif pembelajaran pada hari itu.

Walaupun suara saya yang lantang dan jelas memudahkan murid-murid saya faham akan soalan saya dan seterusnya melibatkan diri dalam menjawab soalan yang dikemukakan. Murid-murid juga memberi tumpuan yang sepenuhnya terhadap sesi pengajaran yang dilaksanakan. Namun begitu, saya gagal memanggil seorang demi seorang untuk mencuba menjawab soalan-soalan yang diajukan oleh saya. Soalan-soalan

ZAIZURIWATI BAHARUDDIN 790726-06-5612

yang diajukan adalah secara keseluruhan kelas dan tidak dapat mengesan kefahaman murid terutamanya bagi murid LINUS. Sebagai seorang guru yang efektif, saya seharusnya memanggil nama murid untuk menjawab setelah mengajukan soalan kepada murid dan lebih bertanyakan soalan yang berkaitan dengan topik untuk menguji kefahaman murid LINUS. Sekiranya murid LINUS yang dipanggil masih tidak dapat menjawab soalan yang dikemukakan, saya perlulah menunjukkan kesabaran dan memberi galakkan kepada murid tersebut sehingga dapat menjawab soalan yang dikemukan selain daripada menaksir kefahaman murid terhadap isi pengajaran hari itu. Lama-kelamaan keyakinan pada diri murid tersebut dapat dipupukkan sedikit demi sedikit begitu juga dengan merasai penghargaan daripada saya dalam menjawab soalan. Oleh itu, murid tersebut akan meneruskan usaha mereka untuk mencapai kejayaan.

Dalam p & p pada hari ini, saya telah menggunakan teknologi maklumat seperti powerpiont dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Penggunaan bahan bantu mengajar yang canggih ini telah menarik minat murid kerana seiring dengan perkembangan dunia sekarang yang mana kapur dan papan hitam dilihat sudah ketinggalan zaman. Power Point yang ditunjukkan menarik dan bersesuaian dengan tajuk pengajaran pada hari ini serta juga dapat merangsangkan minat murid dan menggalakkan memberikan tumpuan terhadap isi pengajaran. Lembaran kerja yang disediakan kepada murid juga bersesuaian dan mengikut tahap penguasaan murid iaitu murid LINUS dan murid PERDANA.

Melalui apa yang telah diperkatakan, jika saya diberi peluang untuk mengajar tajuk ini sekali bagi kumpulan murid yang sama, saya akan lebih bersedia dengan menyediakan Power Point yang lebih menarik lagi berbanding dengan slaid powerpoint yang digunakan sekarang. Suasana pembelajaran juga akan saya wujudkan menggalakkan murid berinteraksi secara aktif dalam pelbagai hala dalam kelas seperti memberi senyuman atau respons yang positif kepada murid yang sudi menjawab soalan saya. Melalui cara ini barulah saya dapat membantu murid-murid dalam mencapai objektif pembelajaran secara produktif dan berkesan.

Anda mungkin juga menyukai