Anda di halaman 1dari 3

KEKUATAN PENGAJARAN

1. Suara guru kuat dan jelas semasa sesi pengajaran dan pembelajaran.
Guru mempunyai suara yang kuat dan jelas. Dengan menggunakan suara yang kuat dan jelas
semasa penyampaian pengajaran murid dapat mendengar setiap arahan dan penyampaian
guru tanpa gangguan. Sekiranya suara guru tidak kuat, murid tidak dapat mendengar arahan
guru dengan jelas dan akan hilang tumpuan terhadap pengajaran guru pada hari tersebut
dan akan menerima gangguan sama ada daripada rakan-rakan di dalam kelas mahupun di
luar kelas. Guru juga tidak perlu mengulang arahan yang diberikan berulang kali kerana
murid boleh mendengar suara guru dengan jelas.

2. Teknik penyoalan digunakan semasa mengajar.


Kemahiran penyoalan ialah kemahiran yang sangat kompleks berbanding dengan kemahiran
yang lain. Saya menggunakan teknik penyoalan semasa mengajar dengan sepenuhnya dan
soalan-soalan yang ditanya adalah dari jenis soalan aras rendah yang tidak memerlukan
poemikiran yang kritis dan membina aras kognatif aras tinggi. Penggunaan kemahiran
penyoalan dapat meningkat tahap pencapaian murid dan dapat mewujudkan suasana
pembelajaran sosial yang berkesan. Saya memberikan soalan bentuk pendek, padat dan
menggunakan perkataan yang mudah difahami oleh murid. Saya mengemukan soalan
kepada semua murid dalam kelas, selepas berhenti sejenak, tujukan soalan itu kepada murid
tertentu dengan memanggil nama murid yang hendak disoal.

Contohnya :

1. “ Apakah nama bentuk ini?” Murid dapat faham soalan tersebut dengan mudah dan menyebut
nama bentuk yang ditunjukkan seperti segiempat sama, segitiga, segiempat tepat dan
bulatan.

2. “Sebutkan benda- benda yang berbentuk bulat?” Murid menyebut objek-objek yang
berbentuk bulat seperti muka jam, duit syailing dan sebagainya. Ulang soalan kepada bentuk
segiempat sama, segiempat tepat dan segitiga.

3. “Lekatkan gambar ini dengan bentuk yang sama di papan putih”. Beberapa orang murid akan
dipanggil untuk memadankan gambar objek dengan bentuk dua matra yang betul di papan
putih.

3. Peneguhan dan pujian kepada murid


Melibatkan satu teknik mengajar yang boleh mengubah perlakuan murid dalam beberapa cara
yang positif seperti guru memberi peneguhan dengan senyuman, angguk kepala, memuji
murid kerana memberi jawapan yang baik, menggalakkan murid yang lambat belajar supaya
terus tekun belajar, atau menulis ‘syabas’ dalam buku murid kerana kerja yang telah
disempurnakan. Peneguhan seperti ini akan membawa kepada perulangan perlakuan
yang baik dan seterusnya akan membina sikap yang positif . Peneguhan ini boleh diberikan
kepada individu, kumpulan atau seluruh kelas. Kajian telah menunjukkan bahawa peneguhan
positif seperti pujian untuk jawapan yang belum selesai adalah lebih berkesan daripada
peneguhan negatif seperti ‘itu salah’ atau ‘jawapan kamu tidak tepat’. Murid akan lebih
bersemangat sekiranya mendapat pujian. Ini adalah kerana mereka akan merasakan diri
mereka dihargai oleh guru dan rakan-rakan meraka. Bidang utama dalam peneguhan ialah:

1. Peneguhan lisan.
Guru boleh menggalakkan murid belajar dengan menggunakan perkataan seperti ‘baik’, ‘ia’,
‘betul’, ‘itu jawapan yang tepat’, ‘bijak’, ‘pandai’, ‘ bagus’, ‘kerja kamu sempurna’, ‘itu adalah
cadangan yang baik’, dan lain-lain peneguahn yang positif. Saya telah menggunakan
peneguhan dalam pengajaran saya seperti memberikan kata pujian kepada murid yang dapat
menjawab soalan dengan perkataan “bagus” dan meminta semua murid memberikan tepukan
kepada murid yang dapat menjawab soalan yang diberikan dengan tepat.

2. Peneguhan gerakgeri
Guru boleh memberi peneguhan dengan menunjukkan perasaan pada mukanya seperti
senyuman, ketawa yang menyukakan, atau menggunakan gerakgeri tubuh badan sebagai
isyarat persetujuan, seperti menganggukkkan kepala, mengangkat tangan, angkat bahu,
menepuk tangan dan sebagainya. Saya menggunakan peneguhan gerakgeri ini dalam
melaksanakan pengajaran saya dimana saya meemberikan senyuman dan menganggukkan
kepala kepada murid yang dapat menjawab soalan dan dapat memadankan gambar dengan
bentuk dua matra dengan betul.

KELEMAHAN PENGAJARAN
1. Tidak menunjukkan objek konkrit kepada murid sebelum memperkenalkan bentuk dua matra.
2. Bentuk dua matra yang ditunjukkan kepada murid kurang menarik kerana mempunyai warna
yang sama.
3. Tidak meminta murid untuk memadankan kad perkataan dengan bentuk dua matra.
4. Tidak memberi memberi hadiah kepada murid yang berjaya menjawab soalan daripada
guru.
PENAMBAHBAIKAN PENGAJARAN
1. Bahan bantu belajar (BBB) yang konkrit .
Bahan bantu belajar yang konkrit sepatutnya digunakan terlebih dahulu untuk
memperkenalkan bentuk dua matra kepada murid. Sebagai contoh jam berbentuk bulatan,
biskut cream craker, sampul surat dan pembaris segitiga. Guru akan memperkenalkan
bentuk-bentuk dua matra yang dapat dilihat daripada benda-benda yang ditunjukkan kepada
murid seperti bentuk bulatan pada muka jam dan sebagainya.
Guru juga boleh meminta murid memakai jam tangan kesekolah, membawa biskut dan
sebagainya yang mempunyai persamaan dengan bentuk dua matra. Bahan bantu belajar
yang berbentuk konkrit akan lebih menarik dan murid akan lebih menghargai bahan tersebut
sekiranya bahan bantu belajar tersebut dibawa sendiri oleh mereka. Disamping itu juga
murid dapat menyentuh bentuk dua matra yang dibawa seperti muka jam tangan yang
berbentuk bulatan, sampul surat yang berbentuk segiempat tepat dan sebagainya. Guru juga
akan menyebut objek-objek dipersekitaran murid yang manyerupai bentuk dua matra seperti
jam dinding, tayar, papan tanda jalan raya, kad hari raya dan sebagainya.

2. Bahan bantu belajar (BBB) yang menarik.


Saya akan menggunakan warna yang berlainan pada bentuk dua matra supaya murid lebih
tertarik melihat bentuk tersebut. Warna yang ceria akan dapat menarik perhatian murid, murid
sungguh seronok dan memberi respon dengan menjawab soalan-soalan daripada guru.

3. Murid memadankan kad perkataan dengan bentuk dua matra.


Semasa sesi pengajaran saya, saya tidak meminta murid untuk memadankan kad perkataan
dengan bentuk dua matra yang ditanpal di papan putih. Sebaliknya saya sendiri yang
meletakkan kad perkataan tersebut. Dalam penambahbaikan proses pengajaran saya ini,
saya akan memanggil beberapa nama murid secara bergilir-gilir untuk memadankan kad
perkataan dengan bentuk dua matra yang betul. Murid akan rasa lebih seronok dapat
melakukan aktiviti bersama guru.

4. Memberi ganjaran kepada murid.


Saya akan memberikan ganjaran kepada semua murid yang dapat menjawab soalan yang
diberikan. Ganjaran tersebut berbentuk hadiah seperti gula-gula sebagai penghargaan
kepada murid yang berjaya menjawab soalan yang diberikan oleh guru. Murid akan rasa lebih
dihargai oleh guru dan akan menambah minat murid untuk menyertai setiap aktiviti yang
dilakukan di dalam kelas. Pembarian ganjaran akan membuatkan murid merasa lebih seronok
dan bersemangat untuk menyertai setiap aktiviti.
Penutup
Setelah menyenaraikan kelemahan dan kekuatan pengajaran saya, saya dapati perancangan
yang sempurna dan masa yang sesuai akan dapat menghasilkan proses pengajaran dan
pembelajaran yang lebih berkesan, bersemangat dan menyeronokkan. Saya akan mengambil
langkah penambahbaikan yang sewajarnya bagi memastikan proses pengajaran dan
penbelajaran saya akan menjadi lebih menyeronokkan seterusnya mencapai objektif
pengajaran yang ditetapkan.

Anda mungkin juga menyukai