Anda di halaman 1dari 22

Panduan penulisan refleksi kerja kursus

Berikut adalah contoh refleksi yang ditulis oleh seorang pelajar pada akhir tugasan
kerja kursus Ilmu Pendidikan berdasarkan tajuk kerja kursus pendek seperti di
bawah.
Tajuk Kerja Kursus Pendek :
Peranan Guru Dalam Pengurusan Bilik Darjah.
Soalan Tugasan : Guru yang tidak mahir mengurus kelas tidak akan berjaya dalam
proses pengajaran dan pembelajaran yang dikendalikannya.
Berdasarkan pernyataan di atas, buat satu pemerhatian dalam sebuah kelas
prasekolah yang anda pilih tentang :
(a) aspek pengurusan bilik darjah iaitu perancangan, pengelolaan, pengawalan dan
arahan.
(b) kesan kemahiran mengurus bilik darjah kepada proses pengajaran dan
pembelajaran.
Berdasarkan pemerhatian tersebut, tulis satu refleksi mengenai amalan pengurusan
bilik darjah guru berkenaan dan kesannya ke atas proses pengajaran dan
pembelajaran.
Semasa menjalankan tugasan ini, kami membuat pemerhatian ke atas pengurusan
bilik darjah sebuah kelas prasekolah. Aspek yang diperhatikan adalah dari segi
perancangan, pengelolaan, pengawalan dan arahan guru dalam kelas tersebut.
Saiz bilik darjah agak sempit dengan ruang pembelajaran yang terhad. Sistem
pencahayaan dan pengudaraan kurang baik menjadikan suasana kelas panas.
Terdapat banyak hasil kerja murid yang digantung dan ditampal di sekeliling kelas
menjadikan kelas kelihatan berserabut, agak padat dan sesak.
Kumpulan kami mendapati guru telah membuat perancangan pengajaran sehari
sebelum pengajaran. Murid membuat aktiviti dalam kumpulan dan berkongsi bahan
maujud dalam kumpulan. Terdapat juga murid yang kurang berpuas hati apabila
tidak dapat menyentuh semua bahan. Dari segi penilaian, kami mendapati terdapat
rekod penilaian yang tidak dilengkapkan. Guru menggunakan corak kepimpinan
autokratik dalam mengawal disiplin murid. Kadang kala guru menggunakan suara
yang agak tinggi dan sesekali menunjukkan pembaris sebagai amaran kepada
murid. Murid agak takut dan sedikit pasif. Seorang murid menangis setelah dimarahi
guru. Murid akur dengan arahan guru. Arahan gurudapat difahami oleh murid.
Bahasa guru mudah dan arahan tidak mengelirukan.
( Pengalaman terpilih Retell)
Setelah selesai membuat pemerhatian, kami membuat perbincangan dalam
kumpulan bagi melengkapkan laporan. Kami dapati suasana kelas kurang kondusif.
Walaupun guru merancang dengan baik, keadaan fizikal bilik darjah yang sempit dan
panas sedikit sebanyak mengganggu emosi pelajar seperti tidak selesa dan
berpeluh-peluh. Ini seperti yang dikatakan oleh Marland dalam buku yang ditulis
oleh Ee Ah Meng (2001) iaitu suasana fizikal bilik darjah mungkin merupakan
kawan atau musuh dalam pengajaran. Susun atur bilik darjah yang baik boleh
merangsang pembelajaran murid. Murid-murid prasekolah berminat dengan bahan
maujud dan mahu memiliki bahan yang sama dengan rakan mereka disebabkan
oleh sifat egosentrik yang ada dalam diri masing-masing. Komunikasi dan gaya
kepimpinan autokratik guru boleh menyebabkan emosi murid terganggu.

Kami juga melihat penilaian perkembangan murid yang tidak disempurnakan boleh
menyebabkan guru sukar mengubahsuai perancangan pengajaran dan
pembelajaran berikutnya supaya bersesuaian dengan tahap murid.
( Review)

Setelah selesai melakukan tugasan ini, kami lebih menyedari tentang keperluan
murid-murid prasekolah dan peranan guru dalam pengurusan bilik darjah.
Berdasarkan pengurusan kelas yang telah kami perhatikan, kami berpendapat guru
prasekolah tersebut perlu mewujudkan suasana kelas yang lebih kondusif dengan
mengubah susunan kerusi meja dalam kelas supaya ada ruang yang lebih luas
untuk memudahkan pergerakan murid. Bilangan hasil kerja murid perlu sesuai
dengan ruang agar tidak terlalu sesak dan ditukar ganti setiap minggu supaya dapat
menarik perhatian murid. Ubahsuaian tingkap perlu bagi mewujudkan pengudaraan
yang lebih dalam kelas.
Semasa mengelolakan pengajaran dan pembelajaran, guru perlu memastikan bahan
yang disediakan mencukupi supaya tidak menjadi rebutan murid.
Murid-murid prasekolah masih tergolong sebagai kanak-kanak yang amat gemar
kepada aktiviti permainan. Justeru guru prasekolah perlu merancang isi dan aktiviti
pengajaran dan
pembelajaran
berbentuk permainan untuk menarik minat murid.
Semasa
mengelolakan pengajaran dan pembelajaran, arahan guru harus jelas dan tidak
mengelirukan.
( Pembelajaran daripada pengalaman)

Hati kami tersentuh apabila mengenangkan salah seorang murid yang menangis
setelah dimarahi guru. Oleh itu kami sedar bahawa sebagai guru prasekolah kita
tidak boleh terlalu berkasar dengan murid. Sebaliknya murid-murid ini memerlukan
perhatian dan kasih sayang. Justeru, guru-guru prasekolah perlu memenuhi
tuntutan tersebut agar murid tidak rasa tertekan dan bersemangat untuk
meneruskan pembelajaran. Cara ini sedikit berbeza dengan cara menangani murid
KBSR yang usianya lebih tinggi.

Guru
prasekolah
juga tidak boleh mengabaikan aspek penilaian ke atas
perkembangan murid kerana mereka berada pada tahap pembelajaran aktif.
Perkembangan kognitif, bahasa, emosi dan sosial perlu diperhatikan dengan penuh
kesedaran dan tanggungjawab.
Sebagai kesimpulan, tugasan ini menyedarkan kami bahawa sebagai seorang guru
prasekolah kita perlu sentiasa peka kepada keperluan dan kehendak naluri kanakkanak prasekolah.
( Peningkatan kualiti diri )

Refleksi 1

Assalamualaikum kami ucapkan bagi pembuka kata refleksi tugasan projek


kerja kursus berasaskan ilmu Bahasa Melayu 1 saya. kami Mohd Aidil B Othman
dan Mohd Safuan B Che Othman sangat berbesar hati kerana tugasan yang
diberikan telah berjaya saya sempurnakan. Semua ini tidak akan berlaku jika kawankawan, pensyarah dan ibu bapa saya tidak memberi galakan dan dorongan kepada
kami untuk menyiapkan tugasan ini.
Refleksi selepas menyelesaikan sangat menarik kerana kami tidak
menyangka bahawa kami telah melakukannya dengan baik. Saya dan Safuan telah
berjaya menyiapkan tugasan yang telah diberikan dan dihantar pada masanya.
Namun terdapat juga beberapa masalah yang kami hadapi semasa melakukan
tugasan. Antara masalahnya ialah untuk mencari bahan rujukan mengenai bentuk
kata, frasa dan fungsi frasa. kami keliru antara bentuk kata yang terbahagi kepada
empat iaitu kata ganda, kata majmuk, kata terbitan dan kata nama kerana hampir
sama tetapi setelah di terangkan oleh Pn Idawati, kami akhirnya dapat membezakan
antara kedua-duanya.
kami juga menghadapi masalah untuk mencari pelbagai sumber rujukan
untuk diisi dalam kerja projek saya. Tambahan pula kami sebelum ini tidak ada asas
dalam matapelajaran ini. Saya terpaksa meneliti setiap bentuk kata yang terdapat
dalam petikan dan menghuraikannya dengan gramatis. Nota-nota yang telah
diberikan oleh Pn Idawati telah kami gunakan untuk dimasukkan di dalam kerja
projek kami.
Banyak perkara yang telah kami pelajari semasa melakukan tugasan ini.
Antara perkara yang kami pelajari ialah bentuk kata, frasa, fungsi frasa, ayat aktif
dan pasif serta maksud morfologi. Hal ini sangat berguna kepada kami kerana
disamping dapat menyiapkan tugasan, kami juga boleh mengulangkaji pelajaranpelajaran yang telah diajar pleh Pn Idawati untuk peperiksaan akhir pada hujung
semesta nanti. Kami juga dapat mempelajari bagaimana untuk mengkaji sebuah
cerpen. Pada mulanya kami berasa susah untuk membuatnya tetapi selepas
diberikan tunjuk ajar oleh Pn idawati, kami berasa yakin untuk menyiapkan tugasan
ini.
Semasa menyiapkan tugasan ini juga, kami telah belajar untuk bekerjasama.
Tugasan ini telah kami pecahkan untuk diberikan sama rata. Komitmen atau rasa
tanggungjawab sangat perlu semasa melakukan kerja berkumpulan jika tidak,
tugasan itu tidak akan berjaya disiapkan. Saya telah membuat tugasan mengenai
kajian cerpen dan memcari bentuk kata setiap perkataan. Mohd Safuan pula
membuat takrif morfologi, frasa dan fungsi frasa.
Kami saling berkomunikasi
untuk bertanyakan tentang tugasan yang dibuat. Kami juga tidak mempunyai
masalah untuk berjumpa kerana bilik kami adalah di blok yang sama.
Perpustakaan menjadi tempat untuk kami memperoleh bahan untuk
dimasukkan di dalam tugasan yang diberikan. Kamus Tatabahasa Dewan ialah buku
yang lengkap dan menjadi penduan utama kami dalam melakukan tugasan ini.
Namun kami juga tetap menggunakan buku-buku tatabahasa lain agar isi-isi di
dalam tugasan kami menjadi mantap. Selain itu, kami juga melayari internet untuk
memperoleh maklumat, kami menggunakan internet kerana tidak mahu ketinggalan
untuk mengunakan teknologi masa kini yang telah maju dan canggih.

Pn Idawati juga telah memberikan bimbingan semasa di dalam kelas Bahasa


Malayu agar kami tidak berlengah dan menangguhkan kerja Kerja Kursus
Berdasarkan Ilmu ini. Jika beliau tidak melakukan perkara ini, nescaya kami tidak
dapat menyiapkan tugasan itu dan akan melakukannya pada masa-masa akhir. Hal
ini akan menyebabkan tugasan yang dihantar kurang berkualiti dan markah yang
akan kami peroleh tidak memuaskan. Oleh itu, kami telah menggunakan segala
peluang yang di beri untuk menyiapkan tugasan ini secepat mungkin.
Pada mulanya ia nampak seperti susah untuk di siapkan. Namun berkat doa
dan pertolongan pensyarah kami telah berjaya melakukannya. Tugasan yang telah
diberikan telah berjaya kami siapkan tanpa berlengah. Akhirnya tugasan projek
kerja kursus berasaskan ilmu Bahasa Melayu 1 saya yang diberikan telah berjaya
kami siapkan. kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada mereka yang
telah membantu kami untuk menyiapkan tugasan ini terutamanya pensyarah kami
iaitu Pn Hjh Idawati Bte Moin.
REFLEKSI 2
Semasa melaksanakan tugasan kerja kursus pendek Perkembangan Kanak-Kanak
ini, saya telah menerima banyak faedah yang berguna dan baik untuk diri saya
sebagai bakal guru. Setelah membuat banyak rujukan dan perbincangan bersama
rakan-rakan, saya mula lebih mengenali serta memahami tentang perkembangan
kanak-kanak dari segi kognitif dan sebagainya yang sebelum ini saya tidak pernah
didedahkan secara terperinci seperti ini.

Saya juga mula merasai kepentingan PKK ini terhadap diri saya kerana sebagai
bakal guru, satu hari nanti semua ilmu ini pasti saya perlukan untuk melaksanakan
tugas harian sebagai seorang guru yang begitu mencabar. Saya sebagai bakal guru
yang akan mengajar dahulu di sekolah rendah pasti akan menghadapi pelbagai
situasi yang mungkin saya tidak pernah pikirkan sebelum ini. Melalui pembelajaran
PKK ini, sedikit sebanyak telah membantu saya dalam membuat persediaan dalam
menghadapi dunia perguruan ini.
Melalui segala pengalaman dan ilmu-ilmu baru yang telah saya perolehi, dengan izin
Allah s.w.t, saya akan praktikan sebaik mungkin nanti. Setelah saya banyak
membuat pencarian maklumat, saya berharap ilmu ini akan terus bermanfaat
kepada para pelajar. Saya juga mula sedar kepentingan subjek perkembangan
kanak-kanak ini dimana dengan hanya betul-betul memahaminya barulah saya
dapat melaksanakan tugas saya sebagai guru nanti dengan sebaik mungkin bagi
melahirkan modal insan yang sempurna.
Selain itu, melalui proses menyiapkan tugasan kerja kursus pendek ini yang saya
laksanakan bersama rakan-rakan telah membuatkan hubungan silaturrahim antara
kami semakin rapat. Sikap toleransi dan bekerjasa sama pensyarah dan semua
rakan-rakan juaga dapat di tingkatkan melaui proses menyiapkan tugasan kerja
kursus pendek ini. Saya mula lebih mengenali sikap dan sahsiah rakan-rakan dan
cara pengajaran pensyarah dan hal ini sekaligus mengukuhkan hubungan dua hala
kami.
Tambahan pula, pengalaman berinteraksi bersama pensyarah dan rakan-rakan bagi

melaksanakan tugasan ini membolehkan saya memperbaiki dan meningkatkan cara


saya berkomunikasi. Hal ini sekaligus dapat melatih saya untuk berkomunikasi
dengan baik dan membuat persediaan untuk menjadi seorang guru yang berkualiti.
Selain itu, tunjuk ajar yang diberikan oleh para pensyarah dalam proses menyiapkan
tugasan kerja kursus pendek ini membolehkan saya memperbaiki kelemahan yang
terdapat pada diri saya dan tidak akan mengulanginya lagi pada masa hadapan.
Secara keseluruhannya, tugasan kerja kursus pendek PKK ini telah memberikan
banyak faedah kepada saya dan membuatkan saya lebih mencintai profesion yang
mulia ini serta menambahkan lagi semangat saya untuk menjadi seorang guru yang
berkualiti bagi melahirkan modal insan yang seimbang dan sanggup berkorban demi
agama bangsa dan negara.

Refleksi
Assalamualaikum saya ucapkan bagi pembuka kata refleksi tugasan
Pertanian saya. Saya Mohd Aidil Bin Othaman sangat berbesar hati kerana tugasan
yang diberikan telah berjaya saya sempurnakan. Semua ini tidak akan berlaku jika
kawan-kawan, pensyarah dan ibu bapa saya tidak memberi galakan dan dorongan
kepada saya untuk menyiapkan tugasan ini.
Refleksi selepas menyelesaikan sangat menarik kerana saya tidak
menyangka bahawa saya telah melakukannya dengan baik. Saya dan Nur Diyana
telah berjaya menyiapkan tugasan yang telah diberikan dan dihantar pada masanya.
Namun terdapat juga beberapa masalah yang saya hadapi semasa melakukan
tugasan. Antara masalahnya ialah untuk mencari bahan rujukan tajuk mengenai
tumbuhan hortikultur dan gambar tumbuhan. Selepas itu, saya terpaksa pula
mencari maksud, ciri-ciri dan kegunaan setiap pengelasan hortikultur untuk kerja
kursus saya. Saya tidak tahu bagaimana mahu memulakan tugasan ini kerana tidak
begitu paham akan kehendak soalan tetapi setelah di terangkan oleh En. Hussin B
Yaakob, saya akhirnya dapat membezakan antara kedua-duanya.
Saya juga menghadapi masalah untuk mencari pelbagai sumber rujukan
untuk diisi dalam tugasan saya. Tambahan pula saya sebelum ini tidak ada asas
dalam matapelajaran ini. Nota-nota yang telah diberikan oleh En. Hussin B Yaakob
telah saya gunakan untuk dimasukkan di dalam kerja kursus saya saya. Beberapa
contoh gambar yang saya telah perolehi daripada perpustakaan dan telah saya
cetak untuk memahami setiap pngelasan tumbuhan hortikultur.
Pada mulanya ia nampak seperti susah untuk di siapkan. Namun berkat doa
dan pertolongan pensyarah saya telah berjaya melakukannya. Tugasan yang telah
diberikan telah berjaya saya siapkan tanpa berlengah. Akhirnya tugasan Pertanian
yang diberikan telah berjaya saya siapkan. Saya ingin mengucapkan ribuan terima
kasih kepada mereka yang telah membantu saya untuk menyiapkan tugasan ini
terutamanya pensyarah saya iaitu En. Hussin B Yaakob.
Refleksi 3

Semasa melaksanakan tugasan kerja kursus pendek Tamadun Islam dan Tamadun
Asia (TITAS) ini, saya telah menerima banyak faedah yang berguna dan baik untuk
diri saya sebagai bakal guru. Setelah membuat banyak rujukan dan perbincangan
bersama rakan-rakan, saya mula lebih mengenali serta memahami tentang sejarah
tamadun-tamadun asia dan islam secara terperinci lagi.

Saya juga mula merasai kepentingan matapelajaran TITAS ini terhadap diri saya
kerana saya dapat belajar asal usul serta perkembangan tamadun agama saya
sendiri.. Contohnya melalui pencarian maklumat berkaitan dengan TITAS dalam sub
tajuk sumbangan tamadun, saya begitu teruja dalam meneliti dan membaca setiap
ilmu yang bagi saya amat bernilai ini.
Melalui segala pengalaman dan ilmu-ilmu baru yang telah saya perolehi, dengan izin
Allah s.w.t, saya akan praktikan sebaik mungkin dan akan saya turunkan ilmu ini
kepada para pelajar nanti. Setelah saya banyak membuat pencarian maklumat, saya
berharap ilmu ini akan terus bermanfaat kepada para pelajar.
Selain itu, melalui proses membuat tugasan kerja kursus pendek ini yang saya
laksanakan bersama rakan-rakan telah membuatkan hubungan silaturrahim antara
kami semakin rapat. Sikap toleransi, bekerjasa sama, dan disiplin antara pensyarah
dan semua rakan-rakan juga dapat di tingkatkan melaui proses membuat tugasan
kerja kursus pendek ini. Saya mula lebih mengenali sikap dan sahsiah rakan-rakan
dan cara pengajaran pensyarah dan hal ini sekaligus mengukuhkan hubungan dua
hala kami.
Tambahan pula, pengalaman berinteraksi bersama pensyarah dan rakan-rakan bagi
melaksanakan tugasan ini membolehkan saya memperbaiki dan meningkatkan cara
saya berkomunikasi. Hal ini sekaligus dapat melatih saya untuk berkomunikasi
dengan baik dan membuat persediaan untuk menjadi seorang guru yang berkualiti.
Selain itu, tunjuk ajar yang diberikan oleh para pensyarah dalam proses menyiapkan
tugasan kerja kursus pendek ini membolehkan saya memperbaiki kelemahan yang
terdapat pada diri saya dan tidak akan mengulanginya lagi pada masa hadapan.
Secara keseluruhannya, melalui proses membuat tugasan kerja kursus pendek
TITAS ini telah memberikan banyak faedah kepada saya dan membuatkan saya
lebih mencintai profesion yang mulia ini serta menambahkan lagi semangat saya
untuk menjadi seorang guru yang berkualiti bagi melahirkan modal insan yang
seimbang dan sanggup berkorban demi agama bangsa dan negara.

Refleksi 4
Melalui kerja kursus ini saya dapat memahami tentang permainan-permainan kecil
(invasion game) untuk murid-murid. Secara tidak langsung ianya dapat mengajar
saya dengan lebih mendalam serta terperinci mengenai tentang pergerakan asas ini.
Kami juga dapat berfikir dengan lebih kreatif dan kritis selepas menyiapkan kerja
kursus
ini.
Saya mencari maklumat yang berkaitan di dalam internet, selain itu saya juga tidak

lupa untuk membuat rujukan di perpustakaan untuk mendapatkan maklumat dengan


lebih lanjut. Saya juga bersyukur kerana mempunyai rakan sekelas yang begitu
memahami serta banyak membantu dengan menyumbangkan idea dan sokongan
kepada kami.
Saya juga tidak segan untuk berjumpa dengan pensyarah pembimbing saya iaitu
Encik Yazid bin Deraman untuk mendapatkan maklumat dengan lebih lanjut dan
berbincang mengenai tugasan ini agar apa yang saya hasilkan nanti bertepatan
dengan kehendak soalan.
Setelah semua maklumat dipecahkan kepada bahagian-bahagian tertentu, saya
membuat kerja dengan begitu tekun dan sabar. Saya saling merujuk antara satu
sama lain untuk memantapkan lagi kerja kursus saya ini. Dengan kerjasama
pelbagai pihak, akhirnya siaplah kerja kursus ini dengan jayanya.
Akhir sekali, proses terakhir ialah menyemak semua hasil yang disiapkan dengan
teliti sebelum membukukan kerja kursus saya ini. Saya begitu berpuas hati dengan
hasil ini kerana berjaya menyiapkannya dengan lengkap dan tepat pada masanya.
Saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat secara
langsung mahupun tidak dalam proses menyiapkan kerja kursus saya ini. Semoga
dengan bantuan anda-anda semua diberkati oleh Tuhan yang maha esa.

REFLEKSI 5
Alhamdulillah, syukur kami ke hadrat Yang Maha Esa, kerana dengan limpah
kurnianya kami dapat menyiapkan tugasan ini walaupun dibatasi masa yang terhad
lantaran kesibukan tugas seharian.
Pada mulanya, apabila menerima tugasan bagi subjek PSK 3102 Pendidikan
Sivik dan Kewarganegaraan, kami agak keliru tentang kehendak soalan .Kami
berasa begitu bimbang dan tercabar untuk menyiapkan tugasan ini kerana
pengetahuan sedia ada kami tentang Pendidikan Sivik Dan Kewarganegaraan
amatlah sedikit. Namun demikian, cabaran dan halangan ini tidak mematahkan
semangat kami untuk cuba menghasilkan tugasan yang terbaik, bermula dengan
mencari nota yang berkaitan melalui internet. Di sini kami dapat mencari empat teori
pembelajaran iaitu teori pembelajaran kognitif, konstruktivisme, rangsangan dan
sosial. Keempat-empat teori pembelajaran ini mempunyai kelebihan masing-masing
untuk diikuti di dalam melaksanakan pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik
darjah.

Dalam menghasilkan tugasan ini, banyak ilmu dan pengetahuan tentang Pendidikan
Sivik dan Kewarganegaraan dapat kami kumpulkan dan kami perolehi maklumatmaklumat tersebut melalui Huraian Sukatan Pelajaran Pendidikan Sivik dan
Kewarganegaraan dan sumber internet.Akhirnya dengan usaha gigih yang kami
lakukan, banyak ilmu yang kami perolehi dan akan kami gunakan ilmu ini semasa
proses pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Sivik Dan Kewarganegaraan di
sekolah nanti. Ilmu yang kami perolehi ini akan dapat membantu kami dalam
melaksanakan pengajaran dan pembelajaran yang berkualiti di peringkat sekolah
atau peringkat yang lebih tinggi sekiranya kami diberi peluang untuk mengajar
subjek ini.
Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan merupakan pelajaran yang menarik jika
guru pandai menggunakan teknik yang sesuai. Banyak perkara menarik boleh
dipelajari oleh murid-murid. Guru perlu menggunakan kepakarannya untuk
menyampaikan ilmu kepada murid-murid. Murid-murid perlu dilibatkan secara aktif
untuk mengambil bahagian di dalam proses pembelajaran di dalam kelas.
Untuk memastikan pengajaran dan pembelajaran lebih berkesan, lembaran kerja
juga perlu disediakan oleh guru di samping nota belajar. Lembaran kerja itu boleh
disiapkan oleh murid samada secara individu ataupun berkumpulan. Selain itu, guru
perlu menggunakan juga lima jenis penilaian yang difikirkan sesuai untuk menguji
kefahaman murid-murid di akhir pengajaran pembelajaran. Penilaian ini amat
penting untuk menguji kefahaman murid terhadap perkara yang dipelajari.
Penggunaan BBM juga perlu diambil berat oleh guru untuk melancarkan proses
pengajaran di dalam kelas. BBM yang menarik perlu dibuat agar pengajaran menjadi
lebih menarik dan diminati oleh murid. Guru boleh menggunakan ICT untuk
membuat BBM yang canggih. Guru tidak boleh hanya menggunakan buku teks
sahaja kerana bahan dalam buku teks tidaklah lengkap.
Berbagai maklumat dan input yang berguna dapat kami perolehi melalui tugasan
yang diberikan ini .Sebagai seorang pendidik, ianya amat penting dan berguna
sekali dalam proses melahirkan murid yang bersemangat patriotik, boleh
bekerjasama dengan orang lain, mengapresiasi kepelbagaian budaya masyarakat
Malaysia, menyelesaikan konflik secara rundingan, menyayangi alam sekitar dan
menyumbang ke arah perpaduan dan pembangunan negara akan tercapai. Muridmurid juga akan memperoleh pengetahuan, kemahiran dan nilai sivik dan
kewarganegaraan untuk diaplikasikan dalam kehidupan harian mereka. Sebagai
guru, tugasan ini akan saya jadikan sebagai panduan untuk meningkatkan lagi
proses pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah.
Di kesempatan ini juga saya ingin merakamkan jutaan terima kasih dan setinggitinggi penghargaan kepada Tuan Haji Ab. Razak Bin Shafii yang telah banyak
membantu kumpulan kami dalam memberi tunjuk ajar dalam menyiapkan tugasan
ini. Begitu juga dengan rakan seperjuangan yang tidak lokek berkongsi ilmu
sehinggalah tugasan ini dapat disiapkan.
Disediakan oleh,
.

(MOHD RUSLEE B MOHD SALLEH)


650413-02-5367
Refleksi 6
Tugasan Teknik Baikpulih dan Penyelenggaraan ini merupakan satu cabaran baru
kepada saya. Ini disebabkan saya perlu mengambilnya sebagai pakej opsyen saya
iaitu BM/KH/MU. Walaupun saya tidak mengambil opsyen ini sewaktu mendapatkan
ijazah, saya pernah belajar mata pelajaran Kemahiran Hidup di sekolah menengah
dahulu. Jadi saya tidaklah janggal sangat dengan mata pelajaran ini.
Kumpulan saya mengambil tajuk Lampu Suluh. Saya ditugaskan untuk menyediakan
bahan grafik dari internet yang akan dicantumkan dengan teks oleh ahli lain. Dari
pencarian bahan-bahan di internet, saya dapati mudah untuk mendapatkan gambar
alatan tangan tetapi sukar untuk mendapatkan gambar sebenar membaiki lampu
suluh dan lukisan-lukisan yang diinginkan dalam tugasan ini. Saya pula tidak
mempunyai pengalaman dalam program perisian grafik. Oleh itu saya telah meminta
bantuan sepupu saya untuk menyiapkan lukisan tersebut. Gambar-gambar yang
tidak ada di internet diambil dengan kamera pada handphone saya sebelum
dipindahkan ke komputer.
Selain itu banyak kekangan yang saya lalui untuk menyiapkan tugasan ini,
antaranya kelajuan talian internet, masa untuk berbincang dengan rakan
sekumpulan dan tugasan yang bertimpa-timpa dari mata pelajaran lain. Selain itu
perisian word yang tidak sama juga menyukarkan saya untuk membuka fail yang
dikirim oleh rakan-rakan. Virus dari pen drive luar masih menjadi musuh utama
dalam menyiapkan kerja dengan komputer saya.
Dengan siapnya tugasan ini ia memberikan saya satu dimensi baru mengenai mata
pelajaran Teknik Baikpulih dan Penyelenggaran ini. Ia mejadikan saya seorang yang
teliti dan mempunyai sikap menyelidik atas kerosakan sesuatu barangan mekanikal
yang mudah. Sikap ingin membaiki juga dapat menjimatkan wang sekiranya
diamalkan di luar sekolah. Sikap ini akan saya terapkan kepada pelajar sekolah
apabila saya tamat belajar kelak.

MOHD ALI BIN JEMALI


Jabatan Kemahiran Hidup
Institut Perguruan Temenggong Ibrahim,
Johor Bahru.
REFLEKSI 7
Semasa menjalankan tugasan ini, kami membuat pemerhatian ke atas gajalagejala
sosial dan masalah yang timbul dikalangan masyarakat kita dari segi punca atau
faktor berlakunya perkara tersebut, implikasi dan pengawalan atau langkahlangkah
yang diambil oleh kerajaan untuk membendung perkara daripada terus berlaku.

Kurang kesedaran sivik, hilang jati diri, tidak ada semangat cintakan negara adalah
antara faktor-faktor yang menyebabkan rakyat Malaysia tidak mengenal asal usul
bangsa dan tidak ada semangat patriotisme dalam diri mereka.
Dari segi penilaian kami, sudah sekian lama murid atau remaja tidak didedahkan
dan diterapkan dengan nilai-nilai sivik dalam diri mereka secara langsung. Memang
tidak dapat dinafikan nilai-nilai ini memang wujud disekitar mereka dan boleh
ditunjukkan oleh orang yang lebih dewasa kepada mereka. Namun persoalannya
seberapa banyakkah peratusan keberkesanannya itu. Berdasarkan isu-isu yang
telah dikumpulkan maka kami menyimpulkan bahawa tahap keberkesanan untuk
menerapkan amalan nilai-nilai ini daripada sekeliling adalah rendah.
Setelah selesai membuat kajian , kami membuat perbincangan dalam kumpulan
bagi melengkapkan laporan. Setelah selesai melakukan tugasan ini, kami lebih
menyedari tentang perlunya satu kurikulum khas untuk mengatasi masalah
ini.Penggubalan kurikulum mata pelajaran Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraa
ini, memberi penekanan kepada nilai murni dan semangat patriotik bagi
menyediakan murid untuk memainkan peranan dan tanggungjawab merekasebagai
warganegara. Murid dididik untuk berfikir, berilmu pengetahuan luas beretika tinggi,
hidup dalam semangat perpaduan dan berupaya menyelesaika masalah yang
dihadapi dengan bijaksana. Diharapkan kurikulum ini dapat membentuk peribadi
murid yang berkeyakinan dan tabah dalam mengatas segala rintangan dan cabaran
hidup.
Sebagai kesimpulan, tugasan ini menyedarkan kami bahawa matapelajaran sivik
dan kewarganegraan adalah sangat penting bagi membina sebuah masyarakat yang
harmoni dan dapat hidup dalam keadaan bersatu padu.
REFLEKSI 8
Alhamdulillah, sejuta kesyukuran saya panjatkan ke hadrat Allah S.W.T, kerana
dengan izin dan rahmat daripada-Nya dapatlah saya sempurnakan kerja kursus
projek bagi subjek BMM3105 ini. Sebelum melangkah ke intipati refleksi seterusnya,
terlebih dahulu saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada penysarah
pembimbing subjek BMM3015, En. Firdaus bin Abd Salam kerana telah banyak
menyumbangkan jasa dalam memberikan tunjuk ajar sepanjang kerja kursus ini
dijalankan. Komitmen beliau yang tinggi dalam memastikan setiap dari kami dapat
mengikuti interaksi dengan berkesan telah mendorong saya dan rakan-rakan untuk
turut memberikan kerjasama yang maksimum. Tidak lupa juga kepada rakan-rakan
sekelas yang sudi berkongsi dan bertukar-tukar maklumat sepanjang proses
menyiapkan kerja kursus ini.

Sesungguhnya, kerja kursus yang diberikan sudah tentu memberikan satu


impak yang mendalam terhadap diri setiap individu yang terlibat termasuklah saya
sendiri. Berdasarkan kesemua input yang telah dipelajari sepanjang melaksanakan
kerja kursus, saya berpendapat setiap satu daripadanya adalah amat berguna sekali
bagi tujuan masa kini dan masa hadapan. Kemahiran-kemahiran teknologi yang
asas seperti penyimpanan maklumat (alamat internet) yang telah dipelajari pada
minggu pertama telah memberi saya satu kesedaran bahawa, sesuatu perkara yang

mudah sebenarnya sangat membantu sekiranya kita dapat menggunakannya


dengan cara yang lebih kreatif. Ketiga-tiga bentuk penyimpanan alamat internet
membolehkan saya merujuk dan mengakses mana-mana laman yang diingini
dengan lebih mudah dan pantas.

Tugasan-tugasan mingguan lain yang melibatkan pencarian maklumat


menggunakan enjin pencari turut menajamkan lagi kemahiran mencari maklumat
menggunakan internet. Hampir kesemua tugas mingguan yang diarahkan
memerlukan kemahiran menggunakan enjin pencari, sebagai contoh; mencari bahan
bantu mengajar bagi pengajaran dan pembelajaran kemahiran lisan, membaca, dan
menulis. Hal ini membolehkan saya dan rakan-rakan memperoleh banyak maklumat
atau bahan yang berguna dan sesuai dijalankan dalam pengajaran dan
pembelajaran kelak. Dengan adanya bahan-bahan tersebut, ianya akan membantu
saya untuk melancarkan lagi pengajaran dan pembelajaran yang akan saya jalankan
sendiri satu hari nanti memandangkan kesemua bahan telah disimpan dalam folder
tertentu dan boleh digunakan pada bila-bila masa sahaja.

Selain itu, kemahiran-kemahiran yang dipelajari turut membantu dalam


mendewasakan saya, di mana terdapat beberapa perkara yang pada awalnya saya
anggap tidak perlu diulangkaji lagi kerana sudah mahir dalam menggunakan
kemahiran tersebut. Tetapi pada hakikatnya, masih terlalu banyak yang harus
dipelajari lagi. Sebagai contoh, dalam penggunaan microsoft power point yang mana
kami gunakan bagi tujuan membuat pakej pembelajaran. Walaupun perisian tersebut
seringkali digunakan ketika membuat mana-mana pembentangan di bilik kuliah,
namun saya masih belum mengetahui banyak perkara yang boleh dibuat dengan
menggunakan perisian power point. Saya menyedari hakikat itu setelah melihat
beberapa contoh pakej pembelajaran yang telah diberikan oleh pensyarah
pembimbing, dan mendapati bahawa masih jauh untuk saya mencapai tahap-tahap
tertentu. Oleh itu, sebagai jalan inisiatif, saya seringkali bertanyakan pendapat
kepada pensyarah pembimbing dan rakan-rakan mengenai fungsi-fungsi microsoft
power point dengan lebih mendalam. Alhamdulillah, dengan perkongsian yang ada,
saya telah mempelajari banyak lagi kemahiran-kemahiran baharu seterusnya
membolehkan tugasan kerja kursus ini disempurnakan dalam masa yang lebih
singkat.

Tugasan kerja kursus projek ini juga turut memberi saya satu pengalaman
yang sangat menyeronokkan, di mana buat julung kalinya saya telah membina satu
laman sesawang secara individu. Laman sesawang yang dihasilkan adalah salah
satu dari kehendak soalan tugasan, yang mana meminta saya dan rakan-rakan lain
memuat naik segala bahan yang telah diperoleh sepanjang pembelajran minggu
pertama hingga minggu kelima ke dalam laman sesawang masing-masing. Bagi
saya, pengalaman baru seperti ini merupakan satu lagi batu loncatan yang berharga
untuk membawa diri ini ke aras yang lebih tinggi. Satu kemahiran yang tidak pernah
saya terfikir untuk mempelajarinya, kini telah menjadi salah satu keistimewaan
dalam diri sendiri.

Secara keseluruhannya, kerja kursus kali ini telah menambah satu lagi ilmu
yang bermanfaat kepada naluri saya sendiri sebagai seorang bakal warga pendidik
yang perlu menguasai banyak hal termasuklah ilmu dalam bidang teknologi. Selepas
ini, segala kemahiran yang diperolehi pasti akan saya gunakan dan manfaatkannya
dengan sebaik mungkin. Akhir kata, saya ingin mengucapkan berbanyak terima
kasih kepada mereka yang terlibat dalam membantu untuk tugasan kali ini. Sekian,
terima kasih. Assalamualaikum...
REFLEKSI 9
Saya berasa bersyukur kerana mampu menyiapkan kerja kursus ini dalam masa
yang ditentukan. Sebelum memulakan kerja kursus ini, saya kurang faham
kehendak soalan tugasan ini. Manakala dengan penerangan jelas yang telah
disampaikan oleh pensyarah saya, iaitu Tn. Hj. Muhammad Amin Bin Simon , saya
telah mendapati bahawa apa yang perlu saya menjalankan dalam tugasan ini.
Dengan kesempatan ini, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada
pensyarah saya atas penjelasan beliau tentang kerja kursus ini.

Tugasan Teknologi Dalam Pengajaran merupakan tugasan yang tidak akan saya
lupakan kerana ia sangat mencabar kesabaran saya. Walaupun tugasan ini adalah
tugasan secara individu tetapi kerjasama daripada semua rakan sekelas amat
penting dan amat dihargai semasa dalam perbincangan. Dengan ini, hubungan
antara kelas juga bertambah erat dan harmoni. Selain itu, pensyarah saya, iaitu Tn.
Hj. Muhammad Amin Bin Simon telah menerangkan langkah-langkah dan prosesproses untuk menghasilkan tugasan ini secara ringkas dan tidak formal kepada
kami. Saya berasa tertekan kerana tugasan ini amat mencabar dan saya risau saya
tidak dapat menyiapkan tugasan ini pada masa yang ditentukan. Sebelum ini
tugasan ini merupakan tugasan dalam kumpulan, tetapi dalam tugasan rasmi,
tugasan ini telah berubah dan tugasan ini bukan lagi dalam kumpulan, malah
merupakan tugasan individu. Apabila mendapati maklumat ini, saya berasa lagi
tertekan dan riasu kerana saya tidak boleh membuat perbincangan dengan ahli
kumpulan saya dan saya perlu menyiapkan tugasan yang mencabar ini dengan
sendiri. Justeru, saya berasa bersyukur kerana masih boleh berbincang dengan
rakan sekelas dan mengamalkan amalan saling menolong. Manakala perbincangan
ini kurang berjaya kerana ramai kawan juga kurang faham dalam proses-proses
menghasilkan tugasan ini.

Semasa cuti, saya juga memaksa diri untuk mula melaksanakan tugasan saya
walaupun saya berasa tidak ingin bermula dengan tugasan yang begitu mencabar
ini. Pada mulanya, saya mencari dan menkaji maksud dan takrif integriti kerana
saya masih kurang faham tentang maksud tersebut. Saya ingin memahami maksud
tersebut sebelum saya memulakan tugasan saya. Setelah mencari maksud dan
contoh integriti dari web, buku dan kamus, saya juga menanya kawan-kawan dan
menemu ramah guru-guru semasa saya melaksanakan Pengalaman Berasaskan
Sekolah di sekolah. Ramai guru yang tidak faham maksud tersebut dan hal ini telah

menjadikan proses saya untuk mendapatkan maksud ini agak susah. Dengan
maklumat yang begitu banyak daripada pihak sekolah, akhirnya saya telah
memahami maksud tersebut.

Tambahan pula, dalam tugasan ini, saya perlu menghasilkan satu video klip
berasaskan tema integriti. Oleh sebab itu, saya telah memilih tajuk yang berkaitan
dengan Pendidikan Moral, iaitu Pencemaran Alam Sekitar dan Jaga Alam Sekitar
sebagai permulaan tugasan saya. Saya telah memilih tajuk tersebut kerana saya
mendapati pencemaran alam sekitar di negara semakin serius seperti pencemaran
air dan pencemaran udara. Alam sekitar yang cantik merupakan anugerah Tuhan
dan sepatutnya perlu dijagai dan dihargai oleh semua rakyat. Amalan ini perlulah
dididik sejak kecil lagi. Oleh itu, saya memilih tajuk ini supaya murid yang
menyaksikan dapat menerima objektif dan maklumat yang saya ingin sampaikan.

Sebelum saya mengambil rakaman video saya, saya bercuba untuk mereka
halaman web saya dengan menggunakan program exe. Pada mulanya saya berasa
senang untuk mereka satu halaman web, tetapi saya asyik gagal dalam mereka
halaman web setelah beberapa kali saya mencuba dalam satu hari. Pada masa itu,
saya berasa gelisah kerana saya tidak tahu apa yang perlu saya lakukan
seterusnya. Walaupun saya berasa susah hati dan tertekan, tetapi saya tidak
berputus asa dan saya memberitahu sendiri bahawa saya tidak boleh menangis
kerana saya adalah seorang lelaki dan saya seharusnya bertabah.
Walaubagaimanapun, saya tetap berusaha untuk mencuba sehingga berjaya.

Sehubungan itu, saya telah melakar skrip video dalam masa yang singkat tetapi
dalam langkah rakaman video, saya telah mengambil masa yang agak panjang.
Saya telah memilih merakamkan video di dalam IPTHO iaitu di Taman Seni yang
berlokasi di sebelah blok C (Jabatan Kajian Sosial). Pandangan di taman tersebut
indah dan sesuai dijadikan tempat rakaman saya kerana saya dapati kebersihan di
sana perlu diberikan perhatian. Oleh sebab saya kurang yakin dalam pertuturan,
saya telah NG beberapa kali. Saya berasa malu apabila menghadapi shot kamera
dan saya ingin ketawa pada mula merakam video kerana ini adalah kali pertama
saya membuat rakaman video. Selepas rehat beberapa minit, akhirnya saya telah
berjaya menghasilkan satu rakaman video yang tiada masalah.

Selepas itu, saya juga menyemak video yang saya hasilkan tersebut dengan teliti
dan saya juga menunjukkan video tersebut kepada kawan-kawan supaya mereka
boleh menunjukkan kesalahan atau cadangan kepada saya untuk saya
menambahbaik rakaman video tersebut. Justeru, saya pun bermula mereka web
dengan menggunakan Microsoft Publisher. Saya tidak jelas sangat tentang
penggunaan Microsoft Publisher kerana jarang saya gunakan Microsoft ini tetapi
saya pernah menggunakan Microsoft Publisher ini dalam rekaan poster dan tentatif.
Demi mendapatkan cara penggunaannya yang lebih jelas, saya juga meminta tunjuk

ajar daripada kawan-kawan sebelum saya menggunakan Microsoft Publisher.


Semasa mereka web, saya perlu tentukan isi kandungan yang perlu diletakkan, reka
letak dan animasi yang perlukan.

Teknik-teknik seperti insert, upload dan hyperlink amat diperlukan dalam mereka
halaman web. Walaupun teknik-teknik ini merupakan teknik yang asas dalam
pendidikan teknologi, tetapi saya masih mengadapi masalah semasa menjalankan
bahagian ini. Saya tidak dapat insert video saya pada mulanya dan saya juga
meminta tunjuk ajar daripada kawan. Manakala kawan-kawan juga berasa sakit
kepala tentang insert video dan kami terpaksa berbincang bersama-sama untuk
mendapatkan cara penyelesaian masalah ini.

Seterusnya, program Hot Potatoes 6 juga digunakan untuk mereka kuiz. Saya
langsung tidak ada pengetahuan tentang program ini dan inilah kali pertama saya
menyedari terdapat program yang demikian. Malah, sekarang saya mengetahui
program ini telah membawa banyak faedah dan kemudahan bagi guru untuk
menghasilkan soalan. Saya telah cuba menghafalkan cara penggunaan program ini
supaya dapat saya digunakan pada suatu masa nanti kerana sebagai profesion
guru, program ini amat berguna. Selepas itu, saya menggunakan Hot Potatoes ini
membuat empat soalan kuiz.

Di samping itu, papan cerita video juga tidak boleh diabaikan. Sebelum saya meniap
semula ke dalam jadual papan cerita video, saya perlu mencatat masa yang diambil
untuk setiap tayangan audio, video, tulisan dan grafik dalam kertas. Dalam langkah
membuat analisis dan meniap semula, saya telah mengambil masa yang agak
panjang untuk menyiapkan papan cerita video. Kemudian itu, saya upload semua
hasil kerja yang telah dilaksanakan. Semasa upload bahan-bahan ini, ia
memerlukan masa yang banyak. Saya juga mendapati bahawa membuat laman web
ini, upload video bukan perkara yang senang. Saya perlu sentiasa belajar dan
sentiasa menggunakan supaya saya dapat senang untuk membuat laman web ini.

Secara konklusi, tugasan ini telah memberi saya banyak pengalaman yang
baru dan sekarang saya telah mempunyai ilmu pengetahuan tentang mereka
halaman web. Melalui tugasan ini, saya juga telah mempelajari banyak ilmu yang
baharu dan canggih yang akan membawa banyak faedah dan kemudahan kepada
saya kelak. Ilmu pengetahuan tentang teknologi ICT juga telah dipertingkatkan
melalui tugasan yang mencabar ini supaya saya dapat menyesuaikan diri dengan
profesion keguruan. Pengetahuan tentang tentang teknologi ICT misalnya program
Hot Potatoes 6 amat penting untuk saya semasa saya menjadi guru pada masa
depan.
REFLEKSI 10

Saya telah menerima tugasan ini pada 30 Januari 2012 oleh pensyarah
pembimbing bagi subjek Morfologi Bahasa Melayu. Menerusi tugasan ini, saya perlu
menyiapkannya secara individu. Terdapat empat sub-tugasan yang diberikan iaitu
berkaitan pengenalan kepada kandungan bidang kajian morfologi, definisi konsep
pembentukan kata, proses pembentukan kata, analisis kata pinjaman dalam petikan
berkaitan bahasa serta proses dan jenis pembentukan akronim.
Perkara utama yang saya ingin fokuskan dalam tugasan kerja kursus
berasaskan ilmu ini adalah terhadap sub-sub tugasan yang memerlukan saya
mengaplikasikan semua pembelajaran teori di dalam kelas serta pemahaman
tentang subjek morfologi. Sememangnya semua maklumat atau nota dapat dicari
dan dirujuk di dalam buku-buku rujukan dan sumber internet, namun untuk
menjawab dan menjelaskan soalan tugasan ini kami perlu memahami konsep
pembentukan kata terlebih dahulu. Bagi saya, tugasan kali ini saya perlu
mengaplikasikan setiap apa yang dipelajari dalam kelas dan melalui pembacaan
untuk menyelesaikan tugasan ini.
Saya sebenarnya sudah mempelajari tajuk morfolgi pada semester yang lalu.
Saya membuat rujukan menerusi beberapa buah buku dan nota yang telah
dibentangkan oleh pensyarah pembimbing memandangkan saya merasakan kurang
jelas dengan kefahaman saya selama ini. Hal ini membuktikan bahawa lebih kurang
tiga puluh peratus sahaja pembelajaran di dalam kelas membantu daya ingatan
kami. Saya mulai akur dengan pendapat yang menyatakan kita tidak dapat
memperoleh sepenuhnya ilmu yang disampaikan dengan hanya mendengar. Oleh
hal yang demikian, bermula hari ini saya bertekad akan lebih fokus dalam
pembelajaran di dalam kelas dan mencatat apa yang diajar bukan hanya melihat
dan mendengar samata-mata. Bukan itu sahaja, saya mulai sedar bahawa untuk
memahami dan menguasai bidang sintaksis ini, latihan ialah perkara yang paling
penting perlu dilakukan.
Setelah mendapat bimbingan daripada pensyarah pembimbing, saya mulai
jelas sedikit demi sedikit berkenaan tugasan ini. Setelah sesi soal jawab dan
bimbingan di dalam kelas bersama pensyarah, saya mula mendapat gambaran
untuk menyiapkan tugasan ini. Menerusi tugasan ini, saya dapat membina banyak
kefahaman berkenaan konsep pembentukan kata serta proses pembentukan kata
yang terdapat dalam bahasa Melayu yang belum saya kuasai sebelum ini.
Walaupun masih tidak dapat menguasai sepenuhnya, namun saya akui tugasan ini
banyak membantu saya memahami apa yang dipelajari pada semester ini. Pada
masa sekarang, saya rasakan adalah tidak wajar bagi saya untuk tidak
mempraktikkan apa yang telah saya pelajari pada masa terdahulunya kerana
kesannya saya telah lupa apa yang telah pelajari. Oleh hal yang demikian, sebagai
guru bahasa Melayu kelak, saya sangat menyesal atas kesilapan ini. Saya akan
berusaha untuk sentiasa membuat latihan bagi mengukuhkan penguasaan saya
dalam bidang tatabahasa kerana sangat memalukan jika seorang bakal guru bahasa
tidak mahir tentang bahasa khususnya berkaitan morfologi.
Saya sedar bahawa apa yang saya pelajari pada setiap semester di institusi ini
semuanya telah dirancang dengan baik oleh pihak pengurusan. Oleh hal yang
demikian, saya rasa apa yang diajar di sini mempunyai perkaitan antara satu sama
lain dan merupakan keperluan bagi seseorang bakal guru bahasa. Selepas ini saya

tidak akan lagi mengambil mudah terhadap apa yang dipelajari dan akan sentiasa
memastikan diri saya memberi fokus seratus peratus terhadap apa yang
disampaikan di dalam kelas. Saya mulai sedar masih banyak kelemahan diri saya
dalam bidang morfologi. Pada masa akan datang, saya akan mendapatkan
bimbingan yang lebih daripada pensyarah Pengajian Melayu terutamanya dalam
bidang tatabahasa Melayu.
Dengan tugasan ini, saya mengharapkan saya mampu melakukan
perubahan dalam diri saya terutama dari segi sikap sambil lewa terhadap subjek
yang dipelajari serta lebih rajin untuk membuat latihan agar penguasaan dalam
bidang tatabahasa dapat dikukuhkan. Saya akan cuba memajukan diri untuk
memahami dan menguasai bidang ini dengan lebih mendalam memandangkan
masih banyak yang saya masih kurang jelas dalam aspek bahasa Melayu ini.
Tugasan ini secara jujurnya, menjadikan saya lebih bersemangat untuk mempelajari
lebih banyak kemahiran dan pengetahuan daripada pensyarah-pensyarah yang
mempunyai banyak pengalaman di institut ini. Hal ini sekali lagi mendorong saya
untuk menjadi seorang guru yang berkualiti serta mampu menjadikan setiap
pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan sentiasa berkesan. Semua yang telah
saya fahami dan pelajari ini akan saya ingat dan praktikkan apabila menjadi guru
kelak.
REFLEKSI 11
lhamdulillah, berkat keizinan daripada Illahi saya dapat menyiapkan tugasan yang
diberikan ini dengan jayanya. Di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan jutaan
terima kasih kepada pensyarah pembimbing, Puan Salina bt Mokhtar atas tunjuk
ajar dan bimbingan beliau banyak membantu saya dalam proses menghasilkan
tugasan ini. Tidak lupa juga ucapan terima kasih kepada rakan-rakan dan pihak
yang terlibat sama ada secara langsung mahupun tidak langsung dalam menyiapkan
tugasan ini.

Seduah menjadi lumrah di dunia ini apabila melakukan sesuatu usaha, maka akan
ada masalah-masalah yang muncul sepanjang usaha tersebut dijalankan.
Penghasilan tugasan saya ini juga tidak terkecuali daripada menghadapi beberapa
masalah dan saya telah mendapat jalan penyelesaian dalam menghadapinya.

Antaranya adalah pemilihan isu yang sesuai dan mudah untuk diulas. Hal ini kerana
tugasan ini memerlukan ulasan isu yang memerlukan banyak rujukan untuk
menyokongnya. Justeru pemilihan isu perlu lebih teliti supaya isu tersebut
mempunyai banyak rujukan untuk diulas kemudiannya. Saya telah meneliti
beberapa isu yang dimuat turun daripada beberapa laman sesawang rasmi dan
mendapati kebanyakan isu tersebut adalah isu negatif berkenaan guru dan isu
keguruan. Saya merasakan ia tidak kena dengan saya kerana saya tahu masih
banyak isu positif berkenaan guru untuk diulas. Saya telah bertanya kepada
pensyarah pembimbing adakah hanya isu negatif sahaja yang diulas? Jawapan
beliau adalah sebarang isu guru tidak kira sama ada negatif ataupun positif.

Akhirnya saya telah memilih satu isu berkaitan dengan guru cemerlang dan ia
mendapat kelulusan daripada pensyarah pembimbing.

Selain daripada itu, saya juga menghadapi masalah untuk mengulas isu berkenaan
di mana saya tidak tahu apa yang patut diulas daripadanya. Setelah berjumpa dan
berbincang dengan pensyarah pembimbing mengenainya, saya mendapat
gambaran tentang apa yang perlu ditulis. Saya telah menulis beberapa cadangan
untuk pengulasan isu dan berbincang kembali dengan pensyarah pembimbing
mengenai cadangan itu. Ia adalah untuk memudahkan saya mencari bahan rujukan
yang mempunyai kesahan sebagai sokongan terhadap ulasan yang saya lakukan.

Setelah mendapat rujukan yang boleh dipercayai, saya memulakan proses


penulisan. Sepanjang proses penulisan dijalankan, saya menghadapi masalah
untuk menyerapkan bahan rujukan tersebut sebagai sokong terhadap ulasan isu
yang dilakukan. Saya merasakan ia tiada perkaitan antara satu sama lain.
Walaubagaimanapun, saya tetap meneruskan proses tersebut mengikut apa yang
saya tahu. Kemudian, saya merujuk pensyarah pembimbing untuk memastikan
penulisan saya itu menepati kehendak tugasan dan kehendak beliau ataupun tidak.
Alhamdulillah, selepas perbincangan itu dilakukan saya dapat memahami dengan
lebih jelas apa yang perlu ditambah dan dikurankan dalam penulisan ulasan
tersebut.

Di samping itu, saya juga menghadapi masalah untuk pembinaan blog yang
merupakan satu daripada tugasan. Ini adalah kerana pembinaan yang diketuai oleh
seorang daripada ahli kumpulan saya iaitu Mohamad Faizuldin menggunakan
perisian simplesite yang sebelum ini saya tidak pernah dengar tentang perisisan
tersebut. Saya hanya mengetahui tentang perisian blogger untuk membina blog.
Sebagai inisiatif, saya meminta beliau mengajar saya cara untuk menggunakan
perisian tersebut dan berkat kesabaran beliau mengajar saya, alhamdulillah saya
dapat mengatasi masalah saya dalam pembinaan blog tersebut. Rakan sekumpulan
saya, Norliyana juga turut menyertai saya dalam sesia pengajaran tersebut. Namun
setelah berbincang dengan pensyarah, Encik Azmi, beliau mencadangkan kami
untuk menggunakan perisian yang lebih mudah seperti blogger untuk pembinaan
blog kumpulan.
Justeru, kami telah membina semula blog kumpulan kami
menggunakan perisisan yang dicadangkan beliau. Pendek kata, saya tidak
mengalami masalah yang rumit dalam membina blog ini kerana saya mempunyai
sedikit sebanyak pengetahuan dan kemahiran membina blog menggunakan perisian
ini.

Tugasan ini juga memberikan banyak cabaran kepada saya untuk menyiapkan.
Antaranya adalah cabaran untuk menganalisis isu dan bahan-bahan rujukan sebagai
sokongan sebelum ulasan dibuat. Ini adalah kerana pengulasan ini memerlukan
kefahaman yang tinggi terhadap isi penting isu tersebut. Pensyarah pembimbing

saya juga mengatakan bahawa analisis isu ini memerlukan pemikiran yang kritis
mengenainya. Setelah merujuk dan melakukan perbincangan bersama rakan-rakan
dan pensyarah pembimbing, saya berjaya untuk menganalisis isu tersebut sebaik
mungkin dan seterusnya menghasilkan tugasan ini.

Selain daripada itu, saya juga berhadapan dengan cabaran untuk mengadaptasikan
bahan rujukan ke dalam ulasan ini. Saya tahu bahawa bahan tersebut dapat
menjadi bahan sokongan terhadap ulasan saya namun saya tidak tahu bagaimana
untuk melakukannya. Saya cuba untuk menggunakan pemikiran kreatif sebaik
mungkin namun saya merasakan ia tidak dapat dikaitkan ssecara jitu dengan ulasan
tersebut.
Saya cuba melakukan perbincangan bersama rakan-rakan untuk
mendapatkan pandangan mereka mengenainya. Akhirnya, saya berjumpa dengan
pensyarah pembimbing setelah draf pertama penulisan ulasan disiapkan dan
meminta pendapat beliau mengenai penulisan tersebut. Beliau bersetuju dengan
cara saya menggunakan bahan sokongan yang dipilih untuk menyokong ulasan isu.
Alhamdulillah, ini merupakan satu kejayaan pada diri saya kerana mampu
menggunakan bahan rujukan secara tepat untuk menyokong ulasan isu yang dipilih.
Saya juga mendapat pelbagai kemahiran baru sepanjang melakukan tugasan ini.
Satu daripadanya adalah kemahiran menganalisis maklumat yang diperolehi untuk
disuaikan dengan tugasan.
Ia memerlukan masa yang agak lama untuk
mendapatkan penganalisaan yang baik agar dapat menentukan sama ada maklumat
tersebut boleh digunakan atau tidak di dalam tugasan yang dilakukan. Ini adalah
kerana tanpa penganalisaan maklumat, ia tidak dapat menjadi bahan sokongan
yang baik kepada isu yang diulas ini.

Selain daripada itu, saya juga memperoleh kemahiran mereka bentuk blog kerana
perisisan yang digunakan kumpulan kami telah dinaiktaraf kepada format blog yang
baru. Saya terpaksa belajar semula untuk membina blog kumpulan. Pembinaan
blog ini bukanlah tanggungjawab saya seorang malah ia adalah tanggungjawab
sekumpulan. Justeru, sebarang penambahbaikan boleh dilakukan oleh setiap ahli
kumpulan. Oleh kerana itu, saya turut membantu dalam menambaik blog tersebut
tetapi disebabkan ia menggunakan format baru, saya terpaksa belajar semula
daripada rakan-rakan sekumpulan. Walaupun ia memerlukan kesabaran yang tinggi
namun berkat sokongan, tunjuk ajar dan bantuan daripada rakan sekumpulan, saya
dapat menambahbaik blog kumpulan kami.

Pelbagai perkara saya lalui dalam proses menyiapkan tugasan ini baik perkara yang
positif mahupun negatif. Walaupun begitu, saya menganggap semua yang berlaku
adalah sebagai satu pengajaran untuk saya. Sebagai contoh, setiap permasalahan
yang saya lalui adalah untuk membantu saya dalam bertindak sekiranya saya
menghadapi masalah yang sama pada masa hadapan. Segala cabaran yang saya
lalui juga adalah untuk mengajar saya agar tabah dalam menghadapinya di samping
mengajar saya agar berbincang dan meminta pendapat orang lain dalam
menghadapinya. Semua pengalaman dan kemahiran yang saya perolehi ini

diharapkan dapat membantu diri saya apabila telah melangkah ke alam perguruan
secara hakiki kelak.

Ini kerana dugaan dan cabaran yang ada di alam perguruan adalah lebih mencabar
memandangkan bidang pendidikan telah mengalami perubahan ekoran daripada
globalisasi yang berlaku di Malaysia. Selain daripada itu, pengalaman penulisan
ilmiah ini juga merupakan satu pendedahan kepada saya mengenai kaedah
penulisan tesis sewaktu menyambung belajar ke tahap yang lebih tinggi.
Sememangnya menyambung belajar merupakan satu daripada perancangan masa
hadapan saya. Justeru, saya berharap pengalaman-pengalaman ini dapat
membantu saya kelak di masa hadapan.
REFLEKSI 12
ugasan Teknik Baikpulih dan Penyelenggaraan ini merupakan satu cabaran baru
kepada saya. Ini disebabkan saya perlu mengambilnya sebagai pakej opsyen saya
iaitu BM/KH/MU. Walaupun saya tidak mengambil opsyen ini sewaktu mendapatkan
ijazah, saya pernah belajar mata pelajaran Kemahiran Hidup di sekolah menengah
dahulu. Jadi saya tidaklah janggal sangat dengan mata pelajaran ini.

Kumpulan saya mengambil tajuk Lampu Suluh. Saya ditugaskan untuk menyediakan
bahan grafik dari internet yang akan dicantumkan dengan teks oleh ahli lain. Dari
pencarian bahan-bahan di internet, saya dapati mudah untuk mendapatkan gambar
alatan tangan tetapi sukar untuk mendapatkan gambar sebenar membaiki lampu
suluh dan lukisan-lukisan yang diinginkan dalam tugasan ini. Saya pula tidak
mempunyai pengalaman dalam program perisian grafik. Oleh itu saya telah meminta
bantuan sepupu saya untuk menyiapkan lukisan tersebut. Gambar-gambar yang
tidak ada di internet diambil dengan kamera pada handphone saya sebelum
dipindahkan ke komputer.

Selain itu banyak kekangan yang saya lalui untuk menyiapkan tugasan ini,
antaranya kelajuan talian internet, masa untuk berbincang dengan rakan
sekumpulan dan tugasan yang bertimpa-timpa dari mata pelajaran lain. Selain itu
perisian word yang tidak sama juga menyukarkan saya untuk membuka fail yang
dikirim oleh rakan-rakan. Virus dari pen drive luar masih menjadi musuh utama
dalam menyiapkan kerja dengan komputer saya.

Dengan siapnya tugasan ini ia memberikan saya satu dimensi baru mengenai mata
pelajaran Teknik Baikpulih dan Penyelenggaran ini. Ia mejadikan saya seorang yang
teliti dan mempunyai sikap menyelidik atas kerosakan sesuatu barangan mekanikal
yang mudah. Sikap ingin membaiki juga dapat menjimatkan wang sekiranya
diamalkan di luar sekolah. Sikap ini akan saya terapkan kepada pelajar sekolah
apabila saya tamat belajar kelak.
REFLEKSI 13
Assalamualaikum dan salam sejahtera , syukur kehadrat Ilahi kerana diberi
kesempatan untuk menyiapkan tugasan kerja kursus pendek subjek Literasi Bahasa
Melayu serta berjaya menganjurkan pameran dan seminar pada 5 September 2013
yang lalu. Sepanjang pelaksanaan kerja kursus ini saya telah membahagikan masa
dengan betul agar saya dapat menyiapkan tugasan lain di samping turut
menyiapkan tugasan ini. Saya juga telah belajar cara mencipta bahan bantu
mengajar (BBM) yang menarik dan kreatif di samping mempelajari bagaimana untuk
menguruskan pameran.

Tugasan ini membuatkan saya lebih faham mengenai LINUS serta konsep
pengajaran Bahasa Melayu yang baru. Sememangnya pelaksanaan pameran ini
amat penting dalam bidang pendidikan kerana ianya merupakan cara untuk
mendedahkan kepada para guru pelatih mengenai kaedah dan teknik P&P yang
lebih menarik dan pelbagai. Saya telah berusaha mencari sumber di laman
sesawang serta bertanya kepada senior dan para pensyarah bagi memperoleh
bahan untuk menyiapkan tugasan ini. Tugasan ini juga dapat dijadikan asas
panduan kepada diri saya pada masa akan datang setelah bergelar sebagai seorang
guru.
Walaupun saya tidak menjawat sebarang jawatan, hanya menjaga gerai pameran
kelas G2.7 dapat juga saya membuat kesimpulan mengenai pameran tersebut.
Pertama sekali, saya ingin memuji kepada semua pihak yang terlibat kerana berjaya
menjalankan pameran dengan jayanya terutamanya kepada ahli jawatankuasa.
Sebelum melaksanakan pameran ini terdapat banyak kekangan yang dilalui.
Mensyuarat sering dilaksanakan untuk mendapat kata putus dari semua pihak. Saya
akui bahawa saya kagum dengan para rakan yang terlibat dalam seminar ini kerana
mereka memberikan komitmen yang sepenuhnya dan saling bantu membantu
antara satu sama lain.

Sempat juga saya berbual dengan penceramah yang hadir sewaktu beliau meminta
tolong untuk membantunya menyelesaikan masalah dengan videonya. Beliau,
menyatakan bahawa program seperti ini wajar dilaksana dalam kalangan guru
pelatih supaya dapat dijadikan panduan kepada setiap guru agar dapat
menggunakan ilmu yang diperolehi kearah meningkatkan lagi kualiti P&P di sekolah.
Bahkan, saya mendapati bahawa kesemua bahan bantu mengajar yang dihasilkan
begitu kreatif dan menarik. Setiap kelas mempunyai idea yang menarik dan berbeza
antara satu sama lain. Namun mempunyai matlamat yang sama iaitu untuk
membantu murid untuk dijadikan sebagai alat bantu mengajar.

Selain itu, saya berpendapat bahawa topik yang dibentangkan oleh pembentang
kertas seminar amat menarik dan bermakna serta mampu memberi ilmu
pengetahuan baru kepada yang mendengarnya. Dengan adanya para guru pelatih
yang berbakat dalam menyampaikan forum berjaya menarik perhatian rakan-rakan
lain. Unsur kecindan turut diselitkan dalam penyampaian serta aktiviti lakonan
menggunakan boneka turut berjaya menghidupkan majlis. Sesungguhnya kesemua
peserta yang terlibat amat berbakat sekali dalam menyampaikan isu masing-masing.

Manakala dari segi kelemahannya pula, saya mendapati bahawa pengurusan


program ini kurang sistematik. Hal ini kerana, kita dapat lihat bahawa kebanyakan
kerja dilaksanakan pada tarikh yang hampir dengan pelaksanaan program dan ini
memberi tekanan kepada para pensyarah serta AJK atasan. Bahkan, apabila
mendapat kertas tugasan, kami agak keliru dengan tugasan yang diberi kerana
tugasan kumpulan dan individu merupakan kerja yang sama. Bahkan apabila
ditanya kepada pensyarah yang mengajar di dalam kelas juga bercanggah.
Sehinggakan kami telah membeli barang untuk membuat aktiviti kumpulan. Namun,
pensyarah mengatakan bahawa ia merupakan kerja individu. Akhirnya kami
membiarkan kerja tersebut sehingga mendapat maklumat yang jelas.

Selain itu, saya juga mendapati bahawa tempoh pelaksanaan seminar dan pameran
ini agak singkat dan ini menjadikan jadual seminar padat dan kelam kabut. Dapat
dlihat bahawa aktiviti yang dirancang berjalan secara terus dan tiada sesi rehat
ketika pertukaran aktiviti yang seterusnya. Hal ini akan membuatkan peserta bosan
dan gagal memberi tumpuan kepada aktiviti yang berlangsung. Malahan, hadirin
yang datang kurang memberi perhatian kepada sesi forum yang datang kerana lebih
tertumpu kepada gerai kumpulan kelas masing-masing.

Kelemahan seterusnya ialah kesukaran berkomunikasi antara guru pelatih. Hal ini
berlaku apabila terdapat segelintir guru pelatih yang lambat menerima maklumat dari
AJK atasan disebabkan oleh sumber maklumat hanya disampaikan melalui laman
sosial facebook. Seperti yang sedia maklum,rangkaian internet di institut ini
mengalami masalah sejak pulang dari cuti raya dan ini menyebabkan para guru
pelatih sukar untuk membaca maklumat yang disampaikan khusunya kepada guru
pelatih yang tiada kemudahan rangkaian internet sendiri. Keadaan ini merupakan
masalah teknikal, namun dengan bantuan-bantuan rakan lain dapat juga
diselesaikan permasalahan ini. Sesunguhnya kerjasama antara satu sama lain
merupakan kunci kepada segalanya.

Cadangan saya untuk pameran seterusnya adalah agar pihak yang terlibat dapat
meningkatkan lagi tahap pengurusan aktiviti kearah yang lebih baik. Pihak yang
berkenaan seharusnya memilih AJK yang memiliki komitmen dan pengalaman

dalam mengendalikan pameran serta seminar. Dengan itu, segala pengendalian


aktiviti mampu berjalan dengan lebih lancar. Cadangan saya yang seterusnya ialah,
pameran ini perlu dilaksanakan dalam tempoh yang lebih lama agar kita dapat
memberi lebih peluang kepada pihak luar seperti sekolah, guru pelatih dari institut
lain mahupun guru pelatih institut ini sendiri untuk turut serta dalam program ini.
Malahan, memasukkan aktiviti yang menarik untuk disertai oleh pensyarah dan juga
para guru pelatih. Selain itu, menjemput seluruh guru pelatih IPGKIK yang
berkelapangan untuk menghadirkan diri untuk melihat idea baru dalam
menghasilkan bahan bantu mengajar.
Konklusinya ,saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada para pensyarah,
rakan-rakan yang bertungkus lumus mengendalikan aktiviti pameran ini serta ibu
bapa saya yang banyak membantu dan memahami keadaan saya yang agak sibuk
sepanjang pelaksanaan tugasan dan program ini. Saya juga ingin memohon maaf
sekiranya terdapat sebarang kekurangan dan kelemahan dalam pelaksanaan
tugasan ini dan tersalah kata. Akhir kata, saya berharap agar program ini mampu
diteruskan dan dapat dipertingkatkan kearah yang lebih baik.

Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai