Anda di halaman 1dari 3

PUNCA GANGGUAN EMOSI DI KALANGAN MURID Menurut Kauffman (2001), gangguan emosi boleh dibahagikan kepada beberapa faktor.

Di antara faktor tersebut ialah pertama adalah disebabkan faktor biologikal seperti genetik, ketidakfungsian otak, malnutrisi atau alah kepada sesuatu, panas baran dan gangguan kesihatan fizikal; kedua adalah faktor keluarga seperti interaksi keluarga, pengaruh keluarga terhadap kejayaan atau kegagalan di sekolah, masalah atau tekanan luaran memberi kesan kepada keluarga; dan ketiga adalah faktor sekolah seperti ketidakbolehan pihak sekolah memberi peluang kepada pelajar yang yang mempunyai kecerdasan pelbagai, pencapaian akademik dan kemahiran sosial. Gangguan emosi yang dialami oleh murid boleh mempengaruhi proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Akauntabiliti seorang guru adalah untuk memberi murid ilmu pengetahuan sepanjang murid berada di dalam kelas. Namum begitu, proses pengajaran guru tidak dapat berjalan dengan lancar sekiranya terdapat murid yang mempunyai masalah gangguan emosi sering mengganggu proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Malahan situasi seperti ini turut menyebabkan murid-murid lain tidak dapat memberi tumpuan kepada pengajaran di dalam kelas. Akibatnya guru tidak dapat mencapai objektif pengajaran dan murid pula tidak dapat menumpukan sepenuhnya perhatian terhadap pembelajaran. Murid mengalami gangguan emosi kerana keadaan biologikal mereka telah mempengaruhi emosi murid. Pemikiran murid menjadi tidak stabil apabila mereka mengalami ketidakfungsian otak sehingga menyebabkan mereka melakukan sesuatu tindakan diluar kawalan mereka sendiri. Selain daripada itu, gangguan kesihatan fizikal murid turut boleh menyebabkan emosi menjadi tidak normal. Murid yang menghadapi masalah ini sering kali berasa rendah keyakinan diri dan menyisihkan diri disebabkan masalah kesihatan. Seorang murid yang bersikap panas baran tidak dapat mengawal emosi mereka sekiranya berada dalam keadaan geram atau marah. Akibat daripada perasaan tersebut murid akan bertindak untuk menjadi agresif dalam situasi tertentu.

Keluarga juga menjadi faktor terhadap emosi murid terutama sekali semasa mereka berada di rumah. Murid menghabiskan masa setiap hari berada di rumah sendiri dan pengaruh daripada keluarga adalah lebih kuat berbanding dengan pengaruh dari luaran. Keluarga memberikan harapan yang tinggi terhadap pencapaian anak mereka supaya dapat memperolehi kejayaan. Sekiranya anak mereka gagal dalam pencapaian, maka timbul perasaan marah yang menyebabkan ibu bapa bertindak di luar jangkaan. Hal ini akan menyebabkan murid berasa tertekan dengan situasi sehingga menyebabkan emosi terganggu. Tekanan luaran juga mempengaruhi emosi seseorang murid sekiranya keluarga tidak dapat mengatasi masalah tersebut. Antara tekanan luaran yang boleh mengganggu emosi murid seperti masalah hutang ibu bapa yang berlambak. Keadaan ini boleh menyebabkan masalah lain timbul seperti pembayaran yuran sekolah tertangguh, pakaian sekolah murid tidak dibeli dan banyak lagi. Hubungan keluarga yang regang akan turut mempengaruhi interaksi antara ahli keluarga. Terdapat ibu bapa yang tidak menghiraukan masalah anak mereka yang ingin berkongsi masalah dengan ibu bapa. Perkara ini akan menyebabkan interaksi antara anak dengan ahli keluarga tidak menjadi begitu baik sehinggakan murid terpaksa memikul masalah mereka sendiri. Maka berlakulah gangguan emosi murid akibat permasalahan yang ditanggung oleh diri sendiri. Di sekolah juga murid boleh mengalami gangguan emosi sekiranya pihak sekolah tidak dapat menangani masalah-masalah yang melibatkan murid. Sekiranya sekolah tidak mampu untuk menyediakan peluang kepada murid yang mempunyai kecerdasan pelbagai, minat murid untuk pergi ke sekolah semakin lama semakin terhakis. Apabila kemahuan murid untuk mencapai sesuatu tidak dapat dipenuhi menyebabkan gangguan emosi pada diri murid mula timbul. Terdapat sekolah yang terlalu mengharapkan murid-murid mereka mencapai keputusan yang baik. Namun begitu, terdapat juga murid yang tidak berupaya untuk mempamerkan pencapaian pada tahap yang optimum. Keadaan ini menyebabkan murid berasa begitu tertekan dengan kemahuan sekolah. Murid tidak dapat menumpukan perhatian terhadap pembelajaran kerana terlalu fokus terhadap pencapaian yang perlu mereka capai. Kemahiran sosial yang rendah di kalangan murid juga akan menyebabkan keyakinan diri serta ketidakupayaan menyesuaikan diri dengan persekitaran. Keadaan ini akan

menyebabkan murid tidak mempunyai ramai kawan dan sering disisihkan oleh rakanrakan lain. Murid akan berasa diri mereka tidak diperlukan atau tidak bermakna lagi.

RUJUKAN

Kauffman, J. M. (2001). Characteristics of emotional and behavioral disorders of children and youth (7th ed.). Upper Saddle River, NJ: Prentice Hall.

Anda mungkin juga menyukai