Anda di halaman 1dari 2

BAB 4

DAPATAN KAJIAN

4.1 Pengenalan Dalam bab ini, pengkaji membentangkan hasil analisis bagi pengumpulan data dalam kitaran kajian tindakan. Data dikumpul menggunakan instrumen pemerhatian berstruktur, analisis gambar foto dan video, serta penulisan jurnal. Data-data yang diperolehi daripada sampel dianalisis menggunakan pendekatan kualitatif bagi menguji kesesuaian setiap intervensi yang dipilih bagi memperbaiki larian 3 langkah dalam kemahiran menjaring lompat bola baling.

4.2 Analisis dan interpretasi data Analisis dan interprestasi data dibincangkan mengikut kitaran gelungan dan elemen yang telah dikenal pasti. Perkara ini dibincangkan seperti dibawah.

4.2.1 Kitaran 1 : Menggunakan skital bersaiz sederhana Aktiviti ini dilaksanakan selepas guru mengajar topik berkaitan menjaring bola baling. Pengkaji menggunakan 3 skital untuk mengenal pasti kesesuaian alatan dengan larian 3 langkah dalam jaringan lompat bola baling. Berikut adalah keputusan kesesuaian alatan dengan aktiviti yang dipilih.

jadual 4.1 : Analisis aspek pemerhatian guru Kriteria Bola dipegang melepasi kebelakang kepala paras bahu dan dibawa S1 S2 S3 S4 S5

Posisi siku yang memegang bola dibengkokkan dengan posisi lengan condong sedikit ke sisi Bahagian atas badan tegak, kepala ditengadahkan sedikit dan mata memandang ke sasaran Pemain meloncat kedepan menggunakan kaki yang berlawanan dengan tangan lempar. siku bagi tangan membaling dibawa ke depan dengan segera dan membuat hayunan lengan dengan kuat

Anda mungkin juga menyukai