Anda di halaman 1dari 8

Forum gizi seimbang solusi sihat

Pengerusi Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualikum w.b.t
Salam sejahtera dan Salam Jalilian Excellent

Ahli panel dan siding hadirin yang dirahmati Allah

Segala puji-pujian ke hadrat Allah kerana dengan limpah kurnia dan


izin-Nya dapat kita bersama-sama bersua dalam Forum remaja
peringkat sekolah pada pagi nirmala yang bening lagi ceria ini.

Hadirin yang dihormati,

Sebelum saya memperkenalkan ahli-ahli panel kita yang cantik


menawan pada hari ini, izinkan saya untuk mengupas terlebih dahulu
tajuk forum kita pada hari ini.

Tajuk forum kita berkisarkan tema Pemakanan iaitu Gizi Seimbang


Solusi Sihat.

Dunia marcapada menyaksikan kita berhadapan dengan senario


kemelut lebih berat badan dan obesiti dalam kalangan segelintir
kanak-kanak dan remaja. Oleh remaja ialah makan walaupun sudah
kenyang, sentiasa makan, gemar makan mengikut nafsu, ketagihan
makanan, menggemari maanan berlemak dan berminyak, menggilai
makanan dan minuman manis seperti coklat, gula-gula, kek, minuman
ringan, dan makan terlalu banyak snek seperti keropok dan kentang
goreng. Biasanya tabiat makanan yang kurang sihatKehidupan yang
sihat bermula dari dalam, darikita sendiri. Sebagaimana yang
diketahui umum, Malaysia kaya dengan kepelbagaian makanannya
yang lazat. Daripada hidangan lauk-pauk, masakan panas, kuih-muih
dan pencuci mulut, semuanya enak belaka. Hal ini menjadi satu
cabaran buat orang ramai untuk memilih dan menentukan jumlah
makanan yang tepat bagi mengamalkan pemakanan seimbang untuk
kehidupan lebih sihat disusuli dengan amalan gaya hidup sihat yang
aktif.

Baiklah sidang hadirin,


Sebelum kita menelusuri lebih mendalam topik perbincangan molek
kiranya kita berkenalan dengan keempat-empat ahli panel kita pada
hari ini.

Kita mulakan dengan ahlipanel yang pertama di sebelah kanan saya,


saudari………………………………………………………. Selamat datang
saudari, apa khabar?
Ahli Panel 1 Terima kasih saudari pengerusi majlis. Saya baik-baik saja.
Pengerusi Seterusnya saya perkenalkan ahli panel kedua iaitu saudari
…………………………………………..
Selamat datang saudari, apa khabar?
Ahli panel 2 Alhamdulillah, khabar baik saudari pengerusi.
Pengerusi Berada di sebelah ahli panel kedua, iaitu ahlipanelkita yang ketiga
saudari …………………………………………………… Walaupun Nampak
pemalu, namun petah bicaranya. Apa khabar?
Ahli panel 3 Alhamdulillah. Saya berada dalam keadaan baik.. Salam forum untuk
semua.
Pengerusi Dan ahli panel kita yang keempat iaitu saudari
……………………………………………………………………….
Selamat datang dan apa khabar?
Ahli panel 4 Terima kasih saudari pengerusi. Saya sihat. Gaya hidup sihat penjana
minda kelas pertama.
Pengerusi Usai salam perkenalan daripada semua ahli panel, kembali kita
kepada topic forum kita tentang gizi seibang solusi sihat.

Siding hadirin sekalian,


Apakah sebenarnya yang dimaksudkan dengan gizi seimbang dan
sejauhmanakah remaja diberi pendedahan tentang pengambilan gizi
seimbang dalm kehidupan harian? Bagi menjawab persoalan ini,
izinkan saya mengajukan soalan pertama kepada ahli forum kita yang
pertama.
Saudari ………………………………………, mohon saudari memberikan
penjelasan tentang maksud gizi seimbangatau konsep gizi seimbang.
Dipersilakan.
Ahli panel 1 Terima kasih saudari pengerusi majlis.

Takrif mengenai gizi seimbang ialah pemakanan yang mengandungi


semua kelas makanan yang diperlukan oleh tubuh badan dalam
kuantiti yang betul. Kita boleh merujuk pyramid makanan sebagai
panduan dalam penyediaan makanan yang sihat. Setiap individu,
dalam satu sajian makanan, mestilah mengandungi protein,
karbohidrat, lemak, vitamin dan garam mineral.Dalam dunia serba
moden ini, kadang-kadang makanan yang diambil walaupun cukup
mewah dan lazat, tidak membentuk nutrisi mikro yang diperlukan
tubuh untuk berkembang sepenuhnya. Sebab itulah walaupun kita
kenyang, kadang kala kita nampak letih dan tidak bermaya.
Kekurangan nutrient boleh menyebabkan penyakit malnutrisi.

Doktor menyuruh kita mengamalkan makanan seimbang dan


bersenam untuk kekalkan kesihatan atau mengembalikan kesihatan
kita yang sudah terjejas. Kita perlu mengambil makanan seimbang
agarkita mendapat zat-zat dan nutrien yang diperlukan oleh tubuh
kita untuk kekalkan kesihatan atau memulih tahap kesihatan yang
sudah menurun atau terjejas.

Setakat ini sahaja, pengerusi, definisi dan sedikit penenrangan tentang


gizi seimbang. Terima kasih.

Pengerusi Sidang hadirin sekalian,


Demikianlah tadi penjelasan tentang takrif gizi seimbang yang pada
pandangan saya merupakan penjelasan terperinci dan menarik.

Seterusnya, saya pergi ke ahli panel kita yang kedua,


saudari………………………………………….

Tadi, ahli panel kita ada menyebut tentang pengambilan makanan


perlu mengikut pyramid makanan. Boleh saudari jelaskan kepada
hadirin tentang pyramid makanan. Dipersilakan.
Ahli panel 2 Terima kasih pengerusi.
Assalamualikum dan salam sejahtera.

Sidang hadirin yang dihormati,

Piramid makanan bermula apabila Kementerian Pertanian di US mahu


memberi panduan makanan yang terbaik untuk dipilih dan dimakan.
Di Malaysia, pyramid makanannya mempunyai gabungan lima jenis
kumpulan makanan yang diletakkan pada 4 aras tingkat berbeza. Saiz
setiap arasmenentukan kadar jumlah peratus yang perlu diambil
setiap hari bagi setiap kumpulan makanan tersebut. Bentuk pyramid
yang besar di bahagian tapak dan kemudiannya semakin mengecil
apabila ke puncak, menunjukkan makanan yang paling bawah perlu
diambil dalam jumlah yang lebih berbanding yang di atasnya.

Aras 1 (Tapak)) mengandungi nasi, mi,bijirin, roti, ubi


Di kawasan ini, menunjukkan kumpulan makanan yang paling
penting dan perlu diambil dalam jumlah yang banyak. Selain itu,
kumpulan makanan inijuga lebih berkhasiat dan baikuntuk kesihatan
tubuh. Sumber utama karbohidrat membeklkan tenaga yang
diperlukan setiap hari.

Aras 2 – mengandungi buah-buahan dan sayur-sayuran.


Pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran ini merupakan sumber
terbaik utuk membekalkan serat, vitamin, minerl, mikro dan
makonutrisi pada badan. Selain itu, ia membantu menguatkan
sistempertahanan dan imunisasi tubuh di samping mencegah pelbagai
jenis penyakit kronik yang berbahaya sepertikencing manis dan sakit
jantung. Paling terbaik ialah dengan melebihkan sayur-sayuran hijau.

Aras 3 – mengandungi produk tenusu, daging, ikan, ayam,


telur,kekacang
Bahagian pemakanan ini membantu membekalkan kalsium, protein,
magnesium yang sangat bagusuntuk tumbesaran dan kekuatan tulang
di samping membantu menguatkan system imunisasi tubuh. Protien
sangat diperlukan badam dalam proses membina dan menggerakkan
metabolism badan.Makan ikanlebih kerap daripada daging setiap hari
kerana ikan membekalkan omega yang baik untuk otak.

Aras 4 – mengandungi lemak, minyak, gula dan garam.


Aras ini ialah aras yang terletak paling tinggi dan yang paling kecil
kawasannya. Anda mesti mengmbil dalam kuantiti yang sedikit.
Sekiranya diambil berlebihan, kumpulan makanan ini boleh
menyebabkan tubuh badan menghidap penyakit kronik seperti
kencing manis, darah tinggi dan sakit jantung.

Piramid makanan bertujuan untuk memberikan gambaran asas


kepada kita terhadap keperluan nutrisi yang diperlukan badan setiap
hari. Ianya juga menggambarkan satu diet pemakanan seimbang yang
penting untuk kesihatan badan. Sajian terbaik ialah sajian yang
lengkap dari segi aspek nutrisi dan tidak semata-mata tertumpu
kepada satu kumpulan makanan sahaja.

Jagalah kesihatan dan pemakanan kita kerana punca segala penyakit


itu berpunca dari perut dan makanan kita. Itu sahaja yang dapat saya
jelaskan, saudari pengerusi dan hadirin sekalian.
Pengerusi Terima kasih ahli panel kedua atas penjelasan yang panjang lebar
tentang piramid makanan yang mesti diketahui oleh kita semua.

Saya yakin,kita jugatidak sabar untuk mendengarkan penjelasan


selanjutnya tentang gizi seimbang ini.

Soalan saya kepada ahlipanelkita yang ketiga saudari


…………………………………
Boleh saudari jelaskan tentang factor-faktor yang mempengaruhi
keperluan kalori bagi individu. Dipersilakan.
Ahli panel 3 Assalamualaikum,
Terima kasih saudari pengerusi, ahli panel dan hadirin sekalian,

Kalori ialah satu unit tenaga atau satu unit meansurement untuk
tubuh badan. Nak senang faham, setiap makanan yang dimakan
masuk ke dalam badan adalah dalam bentuk kalori. Kalori akan
digunakan oleh tubuh badan untuk ditukarkan menjadi tenaga. Jadi,
apa sahaja yang kita lakukan oleh kita dalam aktiviti harian semuanya
menggunakan kalori. Maksudnya tenaga ini disukat menggunaan unit
kalori. Nilai kalori dalam makanan mengandungi 3 unsur
makronutrien iaitu karbohidrat, protein dan lemak. Salah satu cara
nak tahu berapa bilai kalori dalam sesuatu makanan adalah dengan
melihat label pada bungkusan makanan.

1g karbohidrat bersamaan 4kcl, 1g protein bersamaan 4kcal dan 1g


lemak bersamaan 9kcal.

Contoh pengiraan kalori dalam makanan AAA. Jika karbohidrat 20g,


protein 20g dan lemak 20g adalah 340kcal. Jika dimakan jumlah
kalori yang masuk dalam badan ialah 340 kalori.
(20g x4) + (20g x 4) + (20g x 9) = 340kcal.

Contoh yang lain, seorang perempuan dengan berat badan 60kg yang
telah berjalan kaki dengan cepat selama 30 minit telah menggunakan
122kcal. Jika beliau berenang selama 30 minit akan menggunakan
328 kcal.

Antara factor yang mempengaruhi keperluan kalori iaitu :


1. Saiz badan – orang yang bersaiz besar perlu mengambil
makanan yang lebih banyak kerana mereka memerlukan lebih
tenaga untuk bergerak berbanding dengan orang yang bersaiz
kecil.
2. Umur – kanak-kanak memerlukan karbohidrat yang lebih
banyak untuk tenaga dan protein bagi pertumbuhan mereka
kerana mereka sedang membesar dan lebih aktif.
3. Pekerjaan – Petani, buruh dan nelayan memerlukan lebih
banyak tenaga kerana mereka melakukan kerja berat
berbanding dengan mereka yang berkerja di dalam pejabat.
4. Jantina – Secara umumnya, lelaki lebih berotot dan melalukan
kerja lebih berat. Mereka memerlukan kuantiti makanan yang
lebih banyak daripada perempuan.
5. Keadaan kesihatan – orang ang sakit memerlukan sajian
makanan yang sesuai dengan kesihatannya.
6. Iklim –orang yang tinggal di Negara beriklim sejuk cepat
kehilangan haba berbanding orang yang tinggal di Negara
beriklim panas. Mereka memerlukan kuantiti makanan yang
banyak untuk mengekalkan suhu badan.

Setakat ini dulu yang dapat saya berikan tentang kalori dalam
pemakanan seharian kita.
Terima kasih saudari pengerusi.
Pengerusi Nampaknya, baru kita dapat penjelasan tentng apa itu kalori dan
berapa nilai kalori atau cara mengetahui jumlah kalori dalam
makanan yang diambil.

Kita teruskan perbincangan kita dengan ahli panel seterusnya, saudari


………………………………………
Tadi ahli panel kita telah menerangkan tentang definisi gizi seimbang,
pyramid makanan dan kalori dalam makanan.
Kali ini kita minta ahli panel kita yang ke 4 untuk menunjukkan dan
menerangkan kepada kita cara pengiraan kalori dan juga jumlah kalori
yang diperlukan oleh seseorang dalam satu hidangan. Dipersilakan.
Ahli panel 4 Terima kasih saudari pengerusi . Ahli panel dan hadirin sekalian,
Assalammualaikum dan salam sejahtera.

Sebelum kita menghitung nilai kalori (tenaga) dalam makanan yang


diambil, mari kita buat pengiraan BMI terlebih dahulu. Apa itu BMI
(Body Maa Index).

BMI = Berat badan/ (tinggi tinggi)

Jadual BMI (rujuk slide)

Contoh pengiraan =
70 / (1.7 x 1.7) = 70/2.89 = 24.2.
Maksudnya dalam jadual BMI, individu ini mempunyai berat badan
yang normal. Apabila dia melakukan aktiviti sederhana,kita boleh buat
pengiraan berapa kcal sehri pemakanan ang akan diambil.

Aktiviti : sederhana
Berat : 70kg
Tinggi : 1.7 meter
BMI : 24.2 (normal)
Maka , 70kg x 30 kcal/kg = 2100 kcal/hari.

Contoh pengiraan kalori dalam pemakanan :


1 sudu teh gula (5g) = 20 kalori
1 sudu the minyak masak (5g) = 45 kalori
1 senduk nasi putih (75g) = 100 kalori
1 cawan mihun (45g) = 2 sudu teh minyak (10g) + 1 biji telur (50g) + ½
cawan sayur berdaun (30g) = 255 kalori.
1 cawan teh O (200ml) + 1 sudu teh gula (5g) = 20 kalori
1 ekor ikan kembung saiz sederhana (120g)= 80 kalori
1 biji epal (130g) = 60 kalori
1 biji pisang berangan ( 90g) = 60 kcal
½ cawan sayur dimasak (40g) = 10-40 kalori

Agihan kalori mengikut waktu makan:-


Sarapan 400 kalori
Minum pagi 250 kalori
Makan tengah hari 500 kalori
Minum petang 250 kalori
Makan malam 400 kalori
JUMLAH : 1800 kalori sehari.

Contoh penengiraan nilai tenaga makananyang kedua :

Nilai tenaga untuk seketul ayam goreng 120g E.P. 78%?


100g ayam goreng mengandungi 3.2g karbhidrat, 20.2g protein dan
17.9g lemak

Kirakan bahagian yang boleh dimakan (E.P) : 78/100 x 120g = 93.6g


93.6g ayam goring mengandungi :
Karbohidrat : 93.6/100 x 3.2g x 17kJ = 50.9184kJ
Protien : 93.6/100 x 20.2g x 17 kJ = 321.422kJ
Lemak : 93.6/100 x 17.9g x 38kJ = 636.667kJ

Ini sahaja yang dapat saya jelaskan tentang jumlah kalori dan
pengiraan kalori dalam pemakanan. Saya serahkan kembali kepada
saudari pengerusi. Terima kasih.
Pengerusi Terima kasih kepada ahli panel keempat kita.

Dapatkah kita mengamalkan pemakanan atau diet seimbang seperti


yang di sarankan?
Ahli panel dan hadirin sekalian,
Saya cuba menyusun pola pemakanan saya semasa hari belajar
untuk tengok sama ada saya dapat memenuhi keperluan. Kalau
sarapan pagi, saya ambil nasi goring dengan telor goring, manakala
makan tengah hari nasi dengan sayur dan ikan. Buah biasanya jarang
ada dijual di kantin, kalau ada saya ambil sepotong. Seterusnya
makan malam di rumah, saya ambil nasi , satu sayur dan satu jenis
lauk, kadang-kadang tiada sayur.

Nampaknya pola pemakanan saya tidak memenuhi keperluan


pemakanan seimbang.
Jadi untuk merungkaikan masalah saya ini, saya minta ahli panel kita
saudari ………………………………………. Untuk menjelaskan.
Dipersilakan.
Ahli panel Terima kasih saudari pengerusi

Menurut garis panduan pemakanan Kementerian Kesihatan, kita perlu


makan 4-8 hidangan bijirin. Boleh juga ambil ubi. Sekurang-
kurangnya setengah dari bijirin yang diambil mestilah bijirin penuh,
kalau nasi-beras coklat, kalau roti-dari gandum penuh. Nasihat KKM,
apabia masak nasi, campurkan beras putih dengan beras coklat 50-
50. Kalau tak nak, 50% dari karbohidrat kita mestilah dari
roti/makanan yang diperbuat daripada gandum penuh. Kita juga kena
ambil sekurang-kurangnya 3 hidangan sayur-sayuran atau 2 hidangn
buah-buahan. Makanan inidikaitkan dengan pengurangan risiko
mendapat diabetis jenis 2, tekanan darah tinggi, sakit jantung dan
kaner. Garis panduan tersebut juga menasihatkan kita supaya
mengambil daging, makanan laut dan ikan searasederhana. Kita
dinasihatkan supaya memakan ikan. Hasil tenusu diambil 1 hingga 3
hidangan sehari.
Garam, gula, minyak dan lemak? Semua orang tahu, kena kurangkan.
Tapi kalau dah makan kat luar (kat warung atau restoran) banyak
mana mereka taruh, manalah kita tahu. Yang pasti, bukanlah sedikit.
Dapatkah kita penuhi keperluan pemakanan seimbang? Kalau hari-
hari makan di kantin atau makan di luar. Tepuk dada tanya selera.

Terim kasih, saudari pengerusi.


Pengerusi Terima kasih saudari …………………………………………….. Penjelasan
yang sangat terperinci.

Soalan saya yang terakhir. Timbul persoalan, bagaimana untuk


mengetahui makanan yang dipilih atau diambil di dalam pinggan itu
benar-benar berkhasiat dan seimbang?
Saya minta ahli panel saudari ………………………………………………
untuk menjelaskan. Dipersilakan.
Ahli panel Terima kasih saudari pengerusi,

Bagi memudahkan orang ramai mngamalkan pemakanan seimbang


ini, Pinggan Sihat Malaysia diperkenalkan Kementerian Kesihatan
Malaysia sebagai pendekatan mudah bagi seseorang untuk
memastikan pilihan makanan yang diletakkan di atas pinggan makan
waktu utama dalam kuantiti yang sewajarnya. Apa yang diperlukan
hanyalah pinggan yang berukuran kira-kira 0 inci yang dibahagikan
kepada 3 bahagian menggunakan konsep suku-suku separuh.Ikuti
langkah mudah suku-suku separuh ini yang bermaksud suku pertama
pinggan diisi dengan sumber karbohidrat, suku kedua diisi dengan
sumber protein manakala separuh pinggan diisi dengan buah-buahan
dan sayur-sayuran. Selain itu, jangan lupa minum air secukupnya
kerana ia penting untuk mengawal suhu badan, mengangkut nutrient
dan bahan buangan dalam badan. Secara puratanya pengambilan air
yang disarankan ialah 6 hingga lapan gelas sehari. Sekiranya
seseorangitu kuat berpeluh, mereka perlu mengambil 2 gelas air
tambahan bagi mengelakkan dehidrasi.

Terima kasih saudari pengerusi.

Pengerusi Terima kasih kepada semua ahli panel kita pada forum kali ini.

Sidang hadirin sekalian,

Tajuk gizi seimbang solusi sihat telah dikupas dan dijelaskan dengan
terperinci dan panjang lebar. Adalah diharapkan, selepas ini, kita
semua sedar tentang betapa pentingnya pengambilan gizi seimbang
dalam pemakanan seharian. Pengambian gizi seimbang perlulah
dimulakan dari rumah sejak kanak-kanak lagi.

Terima kasih kepada semua ahli panel yang sudi hadir untuk
membicarakan tentang gizi seimbang solusi sihat yang boleh dijadikan
panduan kepada kita semua agardapat melahirkan generasi yang
mengamalkan gayahidup sihat.

Sekian, wabillahitaufikwalhidayah wbt..

Anda mungkin juga menyukai