Anda di halaman 1dari 9

Penjagaan

Kesihatan

Menurut

Pandangan

Perubatan

dan

Islam

Islam memandang berat soal penjagaan kesihatan ummatnya. Islam mengajar kepada kita untuk menjaga kesihatan dengan cara pencegahan sebelum ditimpa sebarang penyakit, Mencegah itu lebih baik daripada berubat sementara apabila ditimpa penyakit, maka kita disuruh untuk mengubatinya. : 82

Kesihatan

dalam

perubatan

Complete physical, mental and social well being Kesempurna aktiviti fizikal, mental dan sosial yang baik. Dalam tahun 1985, WHO telah menambah spiritual rohani sebagai suatu aspek yang menggambarkan seseorang itu mempunyai kesihatan yang baik ataupun tidak.

Konsep Pencegahan di dalam Islam. Mencegah lebih baik daripada berubat (preventive medicine) 1. 2. 3. Perlakuan Penjagaan kebersihan Pemakanan dan aktiviti diri yang fizikal dan persekitaran seimbang senaman

4. Hubungan sesama manusia dan hubungan dengan Allah dalam aspek kerohanian Kebersihan Kebersihan amat dititikberatkan di dalam Islam. Sebagaimana yang disebutkan di dalam Hadith Kebersihan itu sebahagian daripada Iman Wajib untuk kita menjaga kebersihan yang seterusnya akan mengelakkan seseorang itu daripada pelbagai jenis penyakit samada penyakit berjangkit (communicable) ataupun tidak (non communicable) Firman Allah SWT

"Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang banyak bertaubat, dan mengasihi orang-orang yang sentiasa menyucikan diri."

Dari aspek perubatan, kebersihan memainkan peranan yang cukup penting dalam mengelakkan seseorang ditimpa penyakit, kebersihan yang dimaksudkan adalah meliputi kebersihan diri dan kawasan persekitaran. Diri dan persekitaran yang kotor akan

mengundang

pelbagai

jenis

vektor

pembawa

penyakit

ke

kawasan

tersebut.

Makanan yang disediakan juga hendaklah dipastikan kebersihannya dan hendaklah dibasuh dengan cara yang betul dan dimasak dengan sempurna. Jangan sambil lewa dalam menyediakan juadah dan Yang hidangan untuk keluarga. Seimbang

Pemakanan

Dalam kehidupan seharian kita sering dihidangkan dengan pelbagai jenis masakan dan juadah bagi memenuhi keperluan jasmani kita dan membekalkan tenaga yang secukupnya Allah telah dalam menukilkan di melakukan dalam Al aktiviti Quranul Karim sehari melalui hari. firmannya:

Wahai manusia, makanlah apa-apa diatas dunia ini dari makanan yang halal dan baik dan janganlah kamu mengikut jejak langkah syaitan kerana sesungguhnya dia adalah musuhmu Firman yang Allah nyata. juga:

Wahai orang-orang yang beriman, makanlah dari apa-apa yang baik daripada rezeki yang dikurniakan oleh kami kepadaMu dan bersyukurlah kepada Allah dan kepadanyalah kamu bersembah sujud (beribadat)

Makanan yang kita makan sehari-hari adalah merupakan salah satu ibadat terhadap Allah apabila kita meniatkannya untuk membolehkan kita melakukan ibadat kepadaNya, oleh yang demikian amat perlu untuk kita memilih makanan yang kita makan dari jenis makanan yang berkhasiat dan baik bagi membolehkan kita mendapat manafaat yang optimum daripada apa yang kita makan.

Secara umumnya kaedah pemakanan yang seimbang adalah berdasarkan teori piramid makanan Aras sebagaimana di bawah. Pertama:

LEMAK, MINYAK dan GULA Lemak. Minyak dan gula, juga makanan yang kaya dengan bahan ini terletak di Aras 1 Piramid. Ini menunjukkan hanya sedikit sahaja makanan daripada kumpulan ini yang perlu dimakan.

Aras

Kedua:

HASIL TENUSU Hasil tenusu juga terletak di Aras 2 Piramid. Contoh hasil tenusu adalah susu, keju dan dadih. Makanan ini kaya dengan protein, kalsium dan biasanya diperkaya dengan SATU vitamin D. SAJIAN 1 cawan 1 dadih keping Pilihlah hasil tenusu HASIL gelas rendah rendah lemak. TENUSU susu lemak keju

Aras

Ketiga

DAGING, AYAM, IKAN dan KEKACANG Daging, ayam, ikan dan kekacang terletak di Aras 3 Piramid. Makanan ini kaya dengan protein, vitamin b, zat besi, zink dan magnesium. Pilihlah daging rendah lemak dan buang semua lemak yang kelihatan pada daging dan ayam. Sekali sekala tukarkan penggunaan daging dengan kekacang, kerana ianya rendah lemak dan kaya dengan serat. Contoh kekacang adalah kacang soya dan hasilnya SATU Aras 4 2 5 2 2 2 sudu makan 1 1 ketul sudu biji (seperti SAJIAN ketul ekor daging tauhu dan tempe), AYAM, ayam kembong lemak ikan telur keping keping mentega bilis bersaiz kacang dhal dan DAN bersaiz bersaiz sebesar kotak tanpa kacang merah

DAGING, peha ikan tanpa makan

IKAN,

KEKACANG sederhana sederhana mancis kepala sederhana tempe taukua kacang Keempat

SAYUR-SAYURAN dan BUAH-BUAHAN Sayur-sayuran dan buah-buahan terletak di Aras Piramid Makanan. Makanan ini kaya dengan vitamin, mineral dan serat. Makanlah buah-

buahan dan sayur-sayuran dengan banyak, dan pelbagaikan pilihan di dalam setiap hidangan. SATU cawan cawan sayur sayuran SAJIAN berdaun buah hijau bersama seperti SAYUR-SAYURAN batangnya tomato (dimasak) (dimasak)

berumbi, SAJIAN

terung,

SATU Aras 1 1 1 hiris biji biji oren, biji

BUAH-BUAHAN batu atau bersaiz epal bersaiz nenes atau bersaiz sederhana kecil sederhana tembikai Kelima:

jambu pir pisang betik,

BIJIRIN, HASIL BIJIRIN dan UBIAN-UBIAN Aras 5 Piramid Makanan mengandungi kumpulan makanan yang kaya dengan karbohidrat kompleks, yang merupakan sumber tenaga yang utama. Makanan ini juga membekalkan vitamin, mineral, serat dan sedikit protein. Di dalam setiap hidangan, makanan daripada kumpulan ini perlu diambil paling banyak. Contoh makanan bagi kumpulan ini adalah nasi, bubur, mi, mihun, roti, pasta, bijirin sarapan, capati, thosai, biskut, dan ubi keledek, keladi dan kentang. Pilihlah bijirin atau hasil bijirin mil penuh seperti beras perang, tepung gandum mil penuh atau tepung atta, SATU 1 3 1 biji keping 1 cawan keping cawan cawan kentang biskut capati bubur bijirin bersaiz kraker dan SAJIAN keping roti atau BIJIRIN roti cawan bihun/ mi/ bersaiz nasi biskut DAN mil mil penuh. UBI-UBIAN penuh nasi pasta kecil kosong sarapan sederhana kosong

Begitulah pembahagian kelas-kelas makanan yang dianjurkan bagi membolehkan

seseorang antara kita mendapatkan manafaat yang secukupnya dari apa yang dimakan dan supaya apa yang dimakan tidaklah kurang daripada yang sepatutnya dan tidak pula sebaliknya, Kategori lebih daripada apa zat-zat yang diperlukan oleh badan. makanan.

Secara amnya makanan-makanan yang kita makan terbahagi kepada 4 kategori iaitu Karbohidrat, Protein, Lemak dan zat vitamin dan mineral.

Jumlah tenaga bagi setiap kategori atau kelas makanan tersebut boleh dilihat dari jadual di bawah:

KELAS MAKANAN NILAI KALORI (kilokalori) SUMBER Karbohidrat 4 nasi Lemak 9 minyak masak Karbohidrat Karbohidrat adalah merupakan kategori makanan yang paling utama dalam menu kita sehari-hari kerana tenaga yang dijana dalam badan kita adalah majoritinya diambil daripada kumpulan ini. Ini kerana makanan daripada kumpulan karbohidrat akan melalui proses penghadapan dan pencernaan untuk membolehkannya ditukarkan kepada bentuk yang paling ringkas iaitu sebagai gula penurun atau glukosa yang merupakan sumber utama tenaga dalam badan. Hasil atau lebihan karbohidrat yang tidak ditukarkan kepada glukosa akan terus disimpan oleh badan di bahagian hati sebagai glikogen dan akan digunakan apabila glukosa habis digunakan. protein 4 ikan dan daging

Glukosa yang dihasilkan ini akan digunakan oleh badan selama lebih kurang 2 jam sebelum ianya habis. Pada waktu inilah glikogen yang disimpan di dalam badan kita ditukarkan kembali kepada bentuk glukosa untuk memberikan tenaga yang diperlukan oleh badan sehinggalah ianya habis digunakan. Simpanan glikogen di dalam badan dapat bertahan dalam menyalurkan sumber tenaganya kepada badan sehingga 12 jam apabila bekalannya habis.

Selain glikogen, badan juga mendapat sumber glukosanya daripada sumber-sumber bukan karbohidrat seperti gliserol, asid amino dan lactate, Bahan-bahan ini akan memberikan sumber glukosa yang berterusan kepada badan bagi memastikan fungsifungsi berjalan dan berperanan dengan baik.

Lemak Lemak juga adalah merupakan komponen makanan yang penting untuk badan, namun kita tidaklah memerlukannya dalam kuantiti yang banyak. Lemak perlu dalam membekalkan tenaga kepada badan ketika senaman dan melakukan kerja berat, sebagai lapisan membran bagi sel-sel badan, sebagai pengangkut nutrisi di dalam darah, sebagai sulfactant pada peparu dan banyak lagi.

Kita tidak memerlukan lemak yang banyak kerana lebihan lemak yang banyak dalam badan akan ditukar dan disimpan dibawah lapisan kulit sebagai tisu adipose dan boleh menyebabkan kegemukan dan obesiti kepada seseorang dan seterusnya mengundang pelbagai jenis penyakit kepadanya, seperti kencing manis, tekanan darah tinggi dan sebagainya. Lemak-lemak yang berlebihan juga akan terkumpul dan melekat pada saluran darah dan menebalkan saluran darah tersebut sehingga menyempitkan laluan atau lumen saluran darah tersebut. Keadaan ini boleh menyebabkan seseorang itu mengalami asteroclerosis dan tekanan darah tinggi. Keadaan ini amat merbahaya dan boleh membawa kepada maut.

Selain itu hasil daripada pelekatan asid-asid lemak kepada lapisan salur darah ini juga boleh menyebabkan seseorang itu mengalami aneurisme dan boleh menyebabkannya pecah dan mengalami pendarahan dalam badan. Oleh itu, langkah yang terbaik adalah dengan mengurangkan pengambilan lemak didalam makanan kita lebih-lebih lagi lemak daripada kategori lemak tepu sebaliknya banyakkanlah penggunaan lemak tak tepu dalam menu harian kita kerana lemak tidak tepu dapat membantu mengurangkan kandungan kolesterol dalam saluran darah dan organ-organ lain dalam badan. Protin. Protin juga adalah suatu komponen yang penting bagi badan kita, ia merupakan benda asas dalam membina sel-sel dalam badan kita dan diperlukan oleh badan secukupnya. Tanpa protin perkembangan dan tumbesaran seseorang itu boleh terbantut selain akan menghidapi pelbagai menyakit seperti kwashyiokor, merasmus dan sebagainya.

Selain itu, protin juga merupakan sumber tenaga yang penting apabila kandungan glukosa dan glikogen sudah habis digunakan bagi membolehkan tenaga dibekalkan dengan secukupnya kepada badan terutamanya otak dan bahagian yang tidak boleh menjana tenaga sendiri seperti sel-sel darah, retina, dan sebagainya.

Oleh itu, amatlah penting bagi kita untuk mengawal pemakanan kita agar tidak terlebih dan tidak terkurang agar apa yang kita makan adalah sesuai dengan keperluan badan kita seperti sabda Rasulullah SAW

Kami adalah umat yang makan sebelum lapar dan berhenti sebelum kenyang Selain Tiada bekas itu, yang diisi oleh sabda anak adam yang Rasulullah lebih keji daripada juga. perut

Bermakna di sini jangan lah kita mengisi perut kita dengan sewenang-wenangnya sehingga akhirnya nanti kita akan menghadapi pelbagai masalah kerana tabiat pemakanan Senaman kita yang dan tidak dijaga sejak awal lagi. fizikal

kesihatan

Sebagai individu amnya dan penuntut khususnya, senaman dan kecergasaan merupakan antara komponen utama di dalam kehidupan kita. Sabda Rasulullah SAW sebagaimana yang diriwayatkat oleh Muslim mengatakan

Muslim yang kuat itu lebih baik dan lebih disukai oleh Allah berbanding mukmin yang lemah. Hadith Ajarlah lain anak pula kamu adalah berenang, sabda Rasulullah dan yang menunggang berbunyi, kuda

memanah

sebagai justifikasi betapa Islam mengambil berat soal bersukan untuk melahirkan individu yang kuat dan sihat dan bersedia untuk melakukan apa jua tugas yang diberikan. Begitu juga dengan Firmah Allah SWT yang berbunyi:

Sesungguhnya Allah memilihnya menjadi rajamu, dan menganugerahinya dengan ilmu yang luas dan tubuh yang perkasa

Jelas menunjukkan kita disini betapa Islam mementingkan umatnya supaya menjaga kesihatan mental dan fizikal dan berusaha untuk menjadi umat yang kuat dan cergas

sepanjang masa.Namun, kebanyakan daripada kita agak mengabaikan perkara ini dengan beralaskan tugas dan pelajaran. Sikap sebegini amat merugikan kerana banyak faedah yang boleh diperolehi dengan mengamalkan senaman dan mengekalkan kecergasan. " " " " " " " Mengekalkan Memberi Memudahkan Mengurangkan Memberi Melicinkan Memperbaiki lebih anda risiko darah peredaran kerehatan Senaman berat tenaga dan tinggi, dan darah penampilan sakit menangani dapat badan stamina stress jantung tidur dan diri yang untuk dan dan yang membantu: ideal bekerja kerunsingan kegemukan lena pernafasan anda

Apabila anda bersenam atau bersukan, anda sebenarnya membakar kalori yang menyumbang kepada pembentukan lemak di dalam badan. Pengambilan 500 kalori sehari di dalam seminggu ( 500 x 7 ) bermakna anda menambah berat anda sebanyak 2 pound! Kita dapat mengelaskan : : : : senaman ini kepada Senaman Senaman Senaman Senaman empat jenis senaman aerobik anaerobik isometrik isotonik

Pertama Kedua Ketiga Keempat

Senaman aerobik adalah senaman yang kita lakukan dalam keadaan oksigen dapat disalurkan secara terus kepada sel-sel badan dan seseorang itu tidak akan mengalami ketidakcukupan menyebabkan oksigen (hutang itu oksigen) berbanding senaman selepas anaerobik yang seseorang tercungap-cungap melakukannya.

Dalam hal ini, kita disarankan untuk mengamalkan senaman aerobik dalam aktiviti harian yang kita lakukan, tentu bila memperkatakan tentang senaman aerobik anda akan terbayang senaman yang dilakukan beramai-ramai dengan beberapa orang jurulatih di depan dan diiringi dengan alunan musik bukan? Namun pemahaman senaman aerobik adalah lebih luas daripada itu, apa jua bentuk aktiviti yang melibatkan pergerakan badan dan tidak menyebabkan keletihan yang melampau disebabkan kekurangan oksigen adalah merupakan senaman aerobik. Cara untuk anda memastikan samada aktiviti atau senaman yang anda lakukan itu adalah senaman aerobik ataupun

tidak adalah dengan memastikan bahawa anda masih boleh melakukannya dalam keadaan anda masih boleh bercakap-cakap tanpa termengah-mengah. Dalam hal ini, berjalan adalah merupakan salah satu senaman yang baik untuk diamalkan. Berjalanlah setiap hari selama lebih kurang 30 minit setiap hari bagi memastikan anda telah melakukan senaman yang secukupnya.

Ini tidak termasuk perjalanan anda untuk kemana-mana, tetapi peruntukkan lah masa untuk berjalan secara terus menerus seperti pada waktu petang dan awal pagi. Berjalan dan beriadah pada waktu petang dapat membantu anda mendapatkan tidur yang cukup dan nyenyak pada waktu malamnya.

Selain berjalan, anda juga mungkin boleh melakukan apa sahaja jenis sukan yang anda minati seperti bermain bola sepak, berlari dan sebagainya, namun anda dinasihatkan tidak melakukannya dalam tempoh yang lama kerana senaman yang dilakukan ini agak merbahaya Penutup kerana ia menyusutkan bekalan oksigen kepada sel-sel badan.

Anda mungkin juga menyukai