Anda di halaman 1dari 22

BIL

TAJUK

MUKA SURAT

Penghargaan

Makanan seimbang

Pyramid makanan

Pencemaran

12

Pencemaran udara

12

Pencemaran air

15

Pencemaran tanah

17

Pencemaran bunyi

19

Pencemaran bau

20

10

Rujukan

22

1|Page

Bismillahirahmanirahim..
Alhamdullilah,bersyukur ke atas ilahi dengan limpahan rahmat serta nikmat
masa,nyawa tenaga yang dianugerahkan kepada saya dapat juga saya menyiapkan tugasan ini
dengan jayanya.
Pertamanya, saya ingin mendedikasikan ucapa penghargaan ini kepada pensyarah
tercinta saya, Puan Siti kerana dengan tunjuk ajar serta bimbingan daripadanya membuka
ruang untuk saya menyiapkan tugasan ini dengan suksesnya.
Saya juga ingin mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada ibu bapa saya
yang

memberi

saya

pemudahcara

untuk

menyiapkan

kerja

kursus ini.Mereka

telah memberikan saya segala kemudahan dan sokongan moral yang tidak terhingga sampai
saya Berjaya menghabiskan tugasan ini.
Ucapan penghargaan ini juga saya tujukan kepada rakan-rakan yang banyak memberi
peringatan terhadap setiap apa yang saya telah alpa. Mereka membantu saya dengan
menjawab setiap pertanyaan yang saya uterakan kepada mereka.
Akhir madah, saya mengucapkan terima kasih kepada mereka yang terlibat secara
lansung atau sebaliknya dalam pembikinan kerja kursus ini.Terima kasih.

2|Page

DEFINISI
Makanan seimbang merupakan makanan yang harus dimakan untuk memastikan tubuh badan
seseorang berfungsi dengan normal. Makanan seimbang seharusnya memberikan kita tenaga.
makanan yang mencukupi, karbohidrat, protein dan lemak secara optimum, kandungan fiber
yang mencukupi dan kandungan bahan galian, vitamin dan asid lemak.Makanan yang
memberi tenaga dapat membina badan, dan dapat menjauhi kita daripada mendapat penyakit.
Amalan pemakanan sihat adalah satu faktor yang penting ke arah kesihatan sekeluarga dan
seharusnya dipupuk dari rumah. Selain daripada menyelerakan dan mampu dibeli, makanan
yang dikongsi bersama sekeluarga mestilah berkhasiat dan sihat. Makanan seimbang
seharusnya memberi Tenaga makanan yang mencukupi Karbohidrat, protein dan lemak
secara optimum.Kandungan fiber yang mencukupi ,Kandungan bahan galian, vitamin dan
asid lemak.Makanan ini terdiri dari tiga kumpulan iaitu makanan yang memberi tenaga,
menjauhi dari penyakit dan membina sel-sel dan tisu tubuh .

3|Page

JENIS JENIS MAKANAN SEIMBANG

karbohidrat

vitamin

protein
nutrient
dalam
makanan
seimbang

serat

lemak

garam
galian

Karbohidrat
Karbohidrat menyediakan sumber tenaga yang utama yang diserap segera ke dalam sistem
tubuh manusia. Karbohidrat menyumbangkan kira-kira 50% daripada pengambilan tenaga
yang diperlukan oleh tubuh manusia. Karbohidrat terdiri daripada gula (gula, glukos, sirap,
madu, laktos), kanji (tepung gandum, kanji, kentang, ubi kayu dan kanji tulin koko) dan
beberapa selulosa, gam dan pektin. Karbohidrat banyak terdapat dalam bijiran seperti beras,
gandum , dan sepertinya.
Protein
Protein mengandungi beberapa zat seperti asid amino. Protein kelas pertama kebanyakannya
boleh diperolehi daripada haiwan. Sementara protein sayuran pula mengandungi protein kelas
kedua dan sedikit protein kelas pertama.

4|Page

Lemak
Lemak menyediakan lebih dua kali ganda nilai kalori yang diperolehi daripada karbohidrat
dan menjadi sumber utama lemak tubuh. Sebenarnya lemak penting kepada manusia kerana
merupakan tenaga yang tersimpan di dalam tubuh yang diperlukan untuk menjalankan
sebarang aktiviti.Selain itu,lemak berperanan sebagai penebat dengan menghalang haba
keluar daripada badan dan membantu memanaskan badan apabila seseorang terdedah kepada
suhu persekitaran yang terlalu sejuk. Secara purata, lemak membekalkan 355 daripada
pengambilan tenaga. Lemak juga mengandungi vitamin larut lemak dan asid lemak yang
penting kepada penyatuan selaput sel.
Pengambilan lemak yang berlebihan boleh memudaratkan kesihatan badan.Hal ini kerana
lemak yang tidak digunakan akan disimpan dalam badan dan menyebabkan berat badan
bertambah dan menjadikan seseorang itu gemuk.Lemak yang berlebihan juga boleh
menyebabkan saluran arteri tersumbat dan menyebabkan penyakit jantung koronari.

Galian
Zat galian yang mengandungi kompaun bukan organik yang penting kepada pemakanan
manusia. Ia berperanan dalam pembentukan struktur tulang dan unsur yang diperlukan dalam
tisu organik dan cairan badan seperti hemoglobin darah. Zat mineral banyak terdapat dalam
susu dan telur. Ia juga banyak terdapat dalam buah dan sayuran.

Vitamin
Vitamin adalah bahan kimia yang terkandung dalam kebanyakan makanan. Ia membantu
tubuh mengurai dan menggunakan unsur asas makanan, protein, karbohidrat dan lemak.
Sesetengah vitamin turut terbabit dalam penghasilan sel darah, hormon, bahan genetik dan
kimia dalam system saraf. Tidak seperti karbohidrat, protein dan lemak, vitamin dan mineral
tidak membekalkan kalori tetapi membantu badan mendapatkan tenaga dari tubuh. Maka
pengambilan protein amat penting untuk kesihatan tubuh badan.

5|Page

SERAT
Serat atau pelawas dalam diet permakanan membantu penghadaman dan mengelak sembelit.
Sayuran dan buah segar (termasuk buah kering) dan bijiran merupakan sumber serat penting.
Untuk meningkatkan kebaikan serat, amat penting untuk minum banyak air.

KEPENTINGAN MAKANAN SEIMBANG


A. Makanan yang memberi tenaga
Di Malaysia tenaga 50-60% penduduk didapati daripada nasi. Namun begitu makanan lain
yang menghasilkan tenaga termasuk semua jenis bijirin seperti jagung, gandum, beras, bali,
ubi keledek, keladi, ubi kayu, kentang dan lain-lain. Makanan lain yang menghasilkan tenaga
adalah makanan yang mengandungi gula seperti gula pasir, sirap, jem dan madu.
B. Makanan membina badan
Protein adalahl makanan membina badan. Protein membina sel-sel atau jeringan tisu dalam
badan kita. Punca protein adalah daripada ikan, ketam, kepah, sotong, ayam, itik, dan lembu.
Kekurangan sumber protein boleh membantutkan pertumbuhan seseorang termasuk
pembentukan otot. Kekurangan protein juga mempengaruhi pembentukan darah dan ini
menyebabkan badan menjadi lesu.
C. Makanan menjauhi penyakit
Makanan jenis ini merupakan makanan yang membekalkan tubuh dengan bahan-bahan yang
mengekalkan semua perjalanan organ di dalamnya. Ia mencegah tubuh daripada menghidap
penyakit. Makanan jenis ini meliputi sayur-sayuran dan buah-buahan.

6|Page

DEFINISI PIRAMID MAKANAN


Piramid makanan merupakan panduan bagi memilih makanan secara sihat. Makanan yang
dimakan seharian perlu diambil paling banyak daripada kumpulan makanan di bahagian palingbawah
Piramid, dan paling sedikit daripada kumpulan makanan di bahagian paling atas. PiramidMakanan
mengandungi makanan yang dibahagikan kepada lima kumpulan berasaskan kepadakandungan zat
dan fungsinya.

7|Page

KANDUNGAN PIRAMID MAKAN


ARAS 1
Bijirin, Hasil Bijirin dan Ubi-ubian
Piramid Makanan mengandungi kumpulan makanan yang kaya dengan karbohidrat
kompleks, yang merupakan sumber tenaga yang utama. Makanan ini juga membekalkan
vitamin,mineral, serat dan sedikit protein. Di dalam setiap hidangan, makanan daripada
kumpulan iniperlu diambil paling banyak.
Contoh makanan bagi kumpulan ini adalah nasi, bubur, mi, mihun,
roti, pasta, bijirin sarapan, capati, thosai, biskut, dan ubi keledek, keladi dan kentang.
ARAS 2
Sayur-sayuran dan Buah-buahan
Sayur-sayuran dan buah-buahan terletak di Aras 2 Piramid Makanan. Makanan ini kaya
denganvitamin, mineral dan serat. Makanlah buah-buahan dan sayur-sayuran dengan banyak,
dan pelbagaikan pilihan di dalam setiap hidangan.
ARAS 3
Daging, Ayam, Ikan dan Kekacang
Daging, ayam, ikan dan kekacang terletak di Aras 3 Piramid Makanan. Makanan ini kaya
dengan protein, vitamin B, zat besi, zink dan magnesium. Pilihlah daging rendah lemak dan
buang semua lemak yang kelihatan pada daging dan ayam. Sekali sekala tukarkan
penggunaan daging dengan kekacang, kerana ianya rendah lemak dan kaya dengan serat.
Contoh kekacang adalah kacang soya dan hasilnya (seperti tauhu dan tempe), kacang dhal
dan kacang merah.
Hasil Tenusu
Hasil tenusu juga terletak di Aras 3 Piramid. Contoh hasil tenusu ialah susu, keju dan dadih.
Makanan ini kaya dengan protein, kalsium dan biasanya diperkaya dengan vitamin D. Plihlah
hasil tenusu rendah lemak.

8|Page

ARAS 4
Lemak, Minyak dan Gula
Lemak, minyak dan gula, juga makanan yang kaya dengan bahan ini terletak di Aras 4
Piramid.Ini menunjukkan hanya sedikit sahaja makanan daripada kumpulan ini yang perlu
dimakan

KEPENTINGAN PYRAMID MAKAN


Piramid makanan ialah satu carta yang membantu kita untuk merancang pengambilan jenisjenis makanan dan sukatan makanan yang sesuai untuk kita setiap hari . Piramid Makanan
juga digunakan sebagai panduan dalam penyediaan makanan sihat. Pengambilan makanan
yang sihat dapat memastikan bahawa tubuh badan dan otak kita dapat menerima semua
nutrien yang mencukupi bagi membolehkan ianya berfungsi dengan baik. Pengambilan
makanan perlu dipelbagaikan kerana tiada satu makanan yang boleh membekalkan kesemua
nutrien yang diperlukan oleh badan.

9|Page

DEFINISI
Makanan khas adalah makanan yang ditetapkan oleh doctor untuk pesakit yang mempunyai
masalah dan ganguan penyakit tertentu
Terdapat beberapapa jenis makanan khas iaitu makanan lembut, makanan cecair , makanan
untuk pesakit diabetes,makanan berkalori rendah untuk orang yang mengalami masalah berat
badan dan obesity dan akhir sekali makanan untuk pesakit darah tinggi (hipertansi)

JENIS-JENIS MAKANAN KHAS


MAKANAN LEMBUT
Makanan lembut adalah makanan yang mudah dihadam oleh system penghadaman badan
.makanan ini selalu diberikan kepada pesakit yang menjalani pembedahan dibahagian perut .
contoh makanan lembut ialah bubur ,telur dan ikan.
MAKANAN CECAIR
Makanan yang diberikan kepada pesakit yang tidak boleh makan makanan pejal dan makanan
lembut,sebagai contaoh pesakit yang menjalani pembedahan tonsil.pesakit diberi makan
makanan yang tinggi protein ,karbohidrat, dan garam galian .contoh makanan cecair adalah
complain, egg flipsdan milo.

10 | P a g e

MAKANAN PESAKIT DIABETES


Makanan untuk pesakit diabetes adalah makan yang diberikan kepada pesakit diabetes yang
makanannya kurang lemak ,gula dan karbohidrat. Hal ini disebabkan oleh ,pesakit diabetes
tidak mampu menyimpan glukos dalam badan disebabkan kegagalan hati merembeskan
horman insulin,oleh itu glukos tidak akan ditukarkan kepada glikogen dan tidak dapat
disimpan didalam hati.
MAKANAN BERKALORI RENDAH
Makanan berkalori rendah adlah untuk orang yang mengalami masalah berat badan dan
masalah obesity,makanan ini mestilah mengandungi serat yang tinggi seperti sayuran dan
buahan. Tujuan makanan ini adalah untuk mengurangkan selera makan dan seterusnya
menurunkan berat badan.

MAKANAN PESAKIT DARAH TINGGI


Makanan yang kurang kuantiti garam untuk mengurangkan darah tinggi,pesakit hendaklah
mengurangkan makan makanan yang masin dan berkalori tinggi seperti ikan masin dan jeruk.

11 | P a g e

JENIS-JENIS PENCEMARAN

pencemaran
udara

pencemaran
tanah

pencemaran
bau

jenis-jenis
pencemaran

pencemaran
air

pencemaran
bunyi

PENCEMARAN UDARA
DEFINISI

Pencemaran udara merupakan satu keadaan yang melibatkan pengenalan sebarang bahan
kimia, jirim zarahanatau bahan biologi yang boleh menyebabkan mudarat, ketidakselesaan
kepada manusia atau organisma hidup lain serta merosakkan alam sekitar apabila ia
dibebaskan ke atmosfera. Contoh pencemar udara adalah seperti gas karbon dioksida, sulfur
dioksida, kloroflorokarbon, bau-bauan,
radioaktif.
12 | P a g e

logam

toksik

seperti plumbum tembaga dan sisa

PUNCA PENCEMARAN UDARA


Pencemaran udara berpunca daripada pelepasan asap kotor oleh industri terus ke udara
melalui cerobong asapkilang, kenderaan motor di jalan raya, asap rokok,pembakaran terbuka
dan

letusan

gunung

berapi.

Antara

kesan

pencemaran

udara

adalah

penipisan

lapisan ozon, jerebu, hujan asid ,dan pemanasan bumi. Pencemaran udara mungkin boleh
memberi kesan terhadap kesihatan, keselamatan dan keselesaan manusia ataupun harta benda.
Pencemar udara adalah bahan di udara yang boleh memberi kesan buruk kepada manusia dan
ekosistem. Bahan tersebut boleh jadi zarah pepejal, titisan cecair, atau gas. Pencemar boleh
jadi semulajadi atau buatan manusia.Pencemar dikelaskan sebagai utama atau sekunder.
Bahan pencemar utama biasanya dihasilkan daripada proses, seperti abu dari letusan gunung
berapi. Contoh lain termasuk gas karbon monoksida daripada ekzos kenderaan bermotor, atau
sulfur dioksida yang dikeluarkan dari kilang-kilang. Pencemaran sekunder tidak dilepaskan
secara langsung. Sebaliknya, ia membentuk di udara apabila pencemaran utama bertindak
balas atau berinteraksi. Tahap ozon permukaan adalah contoh yang pencemar sekunder yang
menonjol. Sesetengah bahan pencemar mungkin kedua-dua utama dan sekunder: keduaduanya dilepaskan secara langsung dan terbentuk dari bahan pencemar utama yang lain.

Rajah 2:Menunjukkan pencemaran udara di Malaysia

13 | P a g e

KESAN PENCEMARAN UDARA


Kesan utama pencemaran udara kepada manusia adalah sistem pernafasan. Gas-gas seperti
karbon

monoksida

akan

meracuni

system

pengangkutan oksigen dalam darah dan

melambatkan tindak balas manusia. Kesan seterusnya akan menyebabkan seseorang itu
mengantuk, mempunyai penyakit lelah dan mengurangkan fungsi paru-paru.
Kesan kepada tumbuhan adalah seperti mengalami kerosakan nekrosis (keguguran daun),
klorosis (pertukaran warna), dan pertumbuhan terbantut.
Haiwan akan terancam atau mati akibat daripada pencemaran udara. Perkara ini disebabkan
oleh udara yang memasuki paru-paru haiwan. Selain itu, makanan daripada sumber tumbuhan
akan tercemar oleh pencemaran udara.
Kesan kepada bahan bermaksud kerosakan berlaku akibat daripada pencemaran udara seperti
kekotoran pada pakaian, pencemaran pada permukaan dinding bangunan dan sebagainya.
Perkara ini berlaku akibat daripada pengenapan asap atau zarah halus.Hakisan logam juga
merupakan kesan daripada pencemaran udara akibat kehadiran sulfur dioksida di dalam
udara.
Pencemaran udara akan menyebabkan berlakunya pemanasan global akibat daripada
penyusutan lapisan ozon yang melindungi bumi daripada sinaran terus cahaya matahari.
Pendedahan secara terus kepada cahaya matahari boleh menyebabkan kanser kulit. Di
samping itu, pancaran matahari yang terik juga akan menyebabkan berlakunya pencairan
ais di bahagian kutub bumi.
Pada masa kini, ekosistem di dunia mengalami ketidakseimbangan.Hujan asid berlaku
disebabkan oleh penggabungan gas sulfur dioksida dan nitrogen oksida dengan air hujan dan
seterusnya menjadi asid sulfurik dan asid nitrik. Asid ini akan terkumpul di dalam awan dan
bergerak ke tempat-tempat lain. Asid tersebut akan turun bersama-sama dengan hujan dan
menimpa hidupan yang terdapat di dunia. Kesannya, ia membunuh tumbuh-tumbuhan dan
juga hidupan air. Tambahan pula, ia juga boleh menghakis pakaian, kertas dan bahan binaan
bangunan. Selain itu, asid tersebut juga meresap ke dalam tanah dan menyebabkan kualiti
tanah berkurang serta tidak subur.

14 | P a g e

PENCEMARAN AIR
DEFINISI
Pencemaran air ialah perubahan yang berlaku kepada air dari segi kandungan atau warna
serta sifat-sifat kimia yang disebabkan oleh pelbagai bahan pencemar dalam pelbagai bentuk
seperti pepejal,cecair dan gas.

PUNCA PENCEMARAN AIR


Punca utama pencemaran air adalah seperti pembuangan sampah dari kawasan perumahan di
sepanjang sungai, tepi tasik dan laut. Penduduk membuang bahan pembuangan daripada
badan manusia dan binatang ternakan seperti ayam, khinzir,lembu dan lain-lain ke dalam
sungai. Sebagai contoh, Sungai Semenyih pernah dicemari dengan puluhan ladang khinzir
pada tahun 1980-an.Kilang memproses getah dan minyak kelapa sawit juga menjadi punca
kepada pencemaran air . Sisa toksik dibuang dan dialirkan ke dalam longkang, parit, terusan
dan seterusnya ke dalam sungai. Para petani yang telah mengamalkan penggunaan baja kimia
dan racun serangga sehingga menjejaskan kualiti air minuman di Sungai. Hotel dan rumah
kongsi para pekerja tidak mempunyai sistem perparitan yang sempurna sehingga
menyebabkan najis manusia tidak dapat dirawat dengan betul. Kes ini juga telah didedahkan
kepada wartawan dan dipertontonkan di televisyenMembuang sisa radioaktif dengan
memasukkan sisa ini ke dalam tong-tong dram sebelum membuangnya ke dalam laut.
Tindakan ini boleh merosakkan hidupan laut.

Rajah 3 :menunjukkan kesan pencemaran air


15 | P a g e

KESAN PENCEMARAN AIR


Kepupusan hidupan akuatik,menjejaskan binatang marin seperti ikan, udang, batu karang
juga ekologi dan rantaian makanan,membunuh tumbuhan air seperti rumpai dan pokok bakau
burung pula jika terkena minyak akan menyebabkan sukar terbang seterusnya mati spesis
terancam semakin pupus, contohnya penyusebagai contoh, pembuangan plastik di perairan
Terengganu suatu masa dahulu menyebabkan penyu mati kerana termakan plastik yang
disangkakan makanan

Menjejaskan sumber pendapatan nelayan, menyebabkan ikan berpindah habitat yang lebih
selamat, tumpahan minyak menyebabkan segala peralatan nelayan rosak,meningkatkan kos
pemulihan,misalnya, tumpahan minyak di Pengerang telah menjejaskan pendapatan nelayan
di situ memandangkan sumber pendapatan utama penduduk sekitarnya bekerja sebagai
nelayan

Menjejaskan kesihatansumber air bersih berkuranganlaporan Program Alam Sekitar Bangsabangsa Bersatu melaporkan 1.4 ribu juta dari penduduk di muka bumi ini tidak dapat bekalan
air bersih bagi menampung keperluan harian mereka penyebaran bakteria, virus dan parasit
melalui bahan buangan penyakit bawaan air seperti cirit-birit, sakit perut dan keracunan
makanan meningkatPada tahun 2005, WHO memperkirakan sekitar 1.6 juta penduduk
meninggal akibat air yang tidak bersih

Menjejaskan industri pelancongan,tumpahan minyak menyebabkan bau yang tidak selesa


kawasan terumbu karang boleh terjejas teruk apabila berlaku pencemaran air. pulau dan
pantai akan kurang dikunjungi seandaianya tarikan alam marin ini terjejas dan musnah

16 | P a g e

PENCEMARAN TANAH
DEFINISI
Pencemaran tanah atau pencemaran tanih bermaksud perbuatan yang berlaku kepada sesuatu
kawasan sehingga terjadinya pertukaran warna, kesuburan dan hakisan tanah. Ia disebabkan
oleh bahan buangan dalam bentuk air atau pepejal. Bahan pencemar terdiri daripada
pencemar organik, kimia atau fizik. Seriusnya pencemaran tanah bergantung kepada
kesuburan tanah.Pencemaran menunjukkan tahap serius apabila kesuburan tanah sudah
hilang. Tanah akan bertukar warna menjadi kehitaman dan tumbuh-tumbuhan di kawasan
tersebut akan menjadi layu.

Rajah 4 :menunjukkan kesan pencemaran tanah akibat daripada pembuangan sampah

PUNCA PENCEMARAN TANAH


Antara penyebab pencemaran tanah adalah disebabkan oleh racun perosak yang merupakan
bahan atau campuran bahan-bahan yang digunakan untuk membunuh makhluk perosak.
Racun perosak boleh menjadi bahan kimia, agen biologi (seperti virus atau bakteria),
antimikrob, disinfektan atau peranti yang digunakan terhadap mana-mana perosak. Perosak
termasuk serangga, patogen tumbuhan, rumpai, moluska, burung, mamalia, ikan, nematod
(cacing gelang) dan mikrob yang bersaing dengan manusia untuk makanan, memusnahkan
17 | P a g e

harta, menyebarkan atau vektor untuk penyakit atau menyebabkan gangguan. Walaupun
terdapat faedah kepada penggunaan racun perosak, terdapat juga kelemahan, seperti potensi
keracunan pada manusia dan organisma lain. Kumbahan dirawat, yang dikenali dalam
industri sebagai pepejal bio, telah menjadi baja kontroversi pada tanah. Ini kerana ia adalah
hasil sampingan daripada rawatan kumbahan, ia biasanya mengandungi lebih banyak bahan
cemar seperti organisma, racun perosak dan logam berat berbanding tanah yang lain

KESAN PENCEMARAN TANAH


Pencemaran atau tanah yang tercemar secara langsung memberi kesan kesihatan manusia
melalui sentuhan langsung dengan tanah atau melalui penyedutan bahan cemar tanah yang
telah mengewap; potensi ancaman yang lebih besar adalah ditimbulkan oleh penyusupan
pencemaran tanah ke dalam akuifer air bawah tanah yang digunakan untuk kegunaan
manusia, kadang-kadang di kawasan yang kelihatannya jauh dari mana-mana sumber jelas
pencemaran tanah di atas.
Kesan kesihatan akibat pendedahan kepada pencemaran tanah berbeza bergantung kepada
jenis pencemar, laluannya dan kelemahan pada penduduk yang terdedah. Pendedahan kronik
kepada kromium, plumbum dan logam lain, petroleum, pelarut, dan banyak racun perosak
dan racun herba formulasi boleh mengakibatkan karsinogenik, boleh menyebabkan gangguan
kongenital, atau boleh menyebabkan keadaan kesihatan kronik lain. Tumpuhan bahan
perindustrian buatan manusia atau bahan-bahan semulajadi, seperti nitrat dan ammonia yang
berkaitan dengan baja ternakan daripada operasi pertanian, juga telah dikenal pasti sebagai
membahayakan kesihatan dalam tanah dan pada air bawah tanah

18 | P a g e

PENCEMARAN BUNYI
DEFINISI
Pencemaran bunyi (atau bunyi persekitaran) merupakan hasil daripada mesin, haiwan atau
manusia yang mengganggu aktiviti atau keseimbangan kehidupan manusia atau haiwan.
Kebanyakan sumber pencemran ini berlaku di luar rumah seperti sistem pengangkutan,
termasuk bunyi kenderaan, bunyi kapal terbang, dan bunyi kereta api.[1][2] Perancangan
bandar yang tidak tersusun telah menimbulkan pencemaran bunyi kerana bangunan kilang
dan kawasan perumahan yang bersebelahan boleh menyebabkan pencemaran bunyi dalam
kawasan perumahan

PUNCA PENCEMARAN BUNYI


Punca yang lain bagi pencemaran bunyi di dalam dan di luar rumah adalah penggera kereta,
siren perkhidmatan kecemasan, perkakasan pejabat, mesin pengilangan, kerja pembinaan,
peralatan penyenggaraan laman, salakan anjing, alatan elektrik, perkakasan bermotor,
dengungan lampu, sistem hiburan audio, pembesar suara, dan suara yang bising

KESAN
Kesan bunyi adalah berkait dengan kesihatan dan tingkah-laku secara semulajadi. Bunyi yang
tidak dikehendaki ini dikenali sebagai pencemaran bunyi. Bunyi yang tidak diingini ini
mampu merosakkan kesihatan secara fisiologi dan juga secara fisiologi. Pencemaran bunyi
mampu menyebabkan seseorang itu rimas dan mempunyai gangguan seperti sikap yang
agresif, hipertensi, tahap tekanan tinggi, kehilangan pendengaran, gangguan tidur, dan kesan
buruk yang lain. Seterusnya, tekanan dan hipertensi adalah punca utama masalah kesihatan,
di mana telinga berdengung atau 'tinitus' yang boleh menyebabkan seseorang mengalami
masalah daya ingatan, tekanan teruk dan serangan panik yang tidak dapat diduga

19 | P a g e

PENCEMARAN BAU
DEFINISI
Pencemaran bau didefinasikan sebagai aroma atau bauan yang kurang menyenangkan atau
dari segi saintifiknya sebagai interpritasi hasil penerimaan pada system deria .pencemaran
bau merupakan keadaan udara yang dicemarkan oleh bahan pencemar dan melepaskan bau
yang busuk yang boleh membawa ketidakselesaan kepada penduduk di persekitarannya
,menyukarkan pernafasan serta mengganggu alam sekitar dan aktiviti seharian manusia dan
haiwan.

PUNCA PENCEMARAN BAU


Antara punca pencemaran bau adalah disebabkan oleh kawasan pelupusan sampah.sampahsampah yang diambil dan dikutip di kawasan pelupusan sampah menimbulkan bau busuk dan
mengganggu

penduduk setempat.seterusnya , system peparitan yang tidak lancar dan

tersumbat,hal ini disebabkan pembuangan sampah yang menyababkan parit dan longkang
tersumbat
KESAN PENCEMARAN BAU
Antara kesan pencemaran bau adalah bau busuk yang tidak menyenagkan. Selain itu,
menyebabkan pembiakan lalat dan seterusnya menyebabkan mudah menghidapi penyakit
Disamping itu, akan menyebabkan udara tercemar.

Rajah : menunjukan kesan pencemaran udara

20 | P a g e

LANGKAH MENGATASI MASALAH PENCEMARAN


Salah satu langkah yang dapat digunakan untuk mengatasi pencemaran alam ialah pihak
berwajib menghukum individu atau organisasi yang telah didapati bersalah mencemarkan
alam sekitar. Pihak berwajib seperti Kementerian Sains, Teknologi, dan Alam Sekitar wajar
menguatkuasakan undang-undang yang sedia ada untuk menghukum pihak-pihak yang
berkenaan. Hukuman yang dikenakan hendaklah setimpal dengan kesalahan pihak terbabit
mencemarkan alam. Selain itu tindakan penguatkuasaan undang-undang hendaklah
dilaksanakan tanpa sikap memilih bulu dan dilakukan secara tekal dan tidak seperti
melepaskan batok di tangga. Individu dan organisasi yang mencemarkan alam biasanya tidak
serik dengan hukuman yang dikenakan. Mereka akan mengulangi perbuatan keji ini jika
hukuman yang dikenakan terhadap mereka tidak begitu berat. Malahan ada yang sanggup
membayar denda kerana mencemarkan alam sekitar kerana mereka tahu denda tersebut hanya
sekali sahaja. Mereka bebas melakukan kesalahan setelah menjelaskan denda yang
dikenakan.

Selain itu pihak sekolah hendaklah memperkenalkan pendidikan alam sekitar kepada muridmurid sekolah. Pendidikan alam sekitar melibatkan pelbagai aspek yang menjurus ke arah
pengekalan alam yang sejahtera. Satu kurikulum yang khusus perlu digubal agar pendedahan
yang sistematik dapat dilaksanakan. Kurikulum ini boleh diselitkan dalam mata-mata
pelajaran lain dan boleh juga dijadikan mata pelajaran khusus. Hal ini bertujuan untuk
menyemaikan kesedaran secara lebih berkesan. Murid sekolah khususnya yang belajar di
sekolah rendah wajar didedahkan dengan pengetahuan tentang alam sekitar dengan lebih
sistematik. Jika sejak kecil mereka diberikan pendedahan sedemikian, mereka akan berasa
lebih bertanggungjawab terhadap alam sekitar apabila mereka dewasa nanti. Langkah ini
akan mengatasi gejala pencemaran alam pada masa akan datang, bak kata pepatah melentur
bulu biarlah dari rebungnya. Jadi, pengenalan pendidikan alam sekitar di peringkat sekolah
merupakan satu langkah untuk mengatasi pencemaran alam

21 | P a g e

1. http://jerryjournal.com/pemakanan-dan-diet-yang-sihat-nasihat-swiss-sains/
2. Panagos, P., Van Liedekerke, M., Yigini, Y., Montanarella, L. (2013) Contaminated
Sites in Europe: Review of the Current Situation Based on Data Collected through a
European Network. Journal of Environmental and Public Health In Press.
doi:10.1155/2013/158764
3. http://qcikgubm.blogspot.com/2013/07/pencemaran-bau.html
4. http://cikgushakinah.blogspot.com/p/kesan-kesan-pencemaran-sungai.html
5. http://stpm-study.blogspot.com/2013/11/langkah-langkah-untuk-mengatasi.html

22 | P a g e

Anda mungkin juga menyukai