Anda di halaman 1dari 48

BAB 1

MASALAH KAJIAN

1.1

Pengenalan
Tajuk photosynthesis adalah satu topik yang bersinambungan bagi pelajar-

pelajar sekolah menengah tingkatan 2 . Dalam tajuk ini pelajar diperkenalkan dan
mempelajari mengenai proses fotosestesis adalah unit dalam Interdependence Among
Living Organism and The Environment dan akan di lanjutkan lagi pada tingkatan
3, 4 dan 5. Pembelajaran berkaitan fotosentesis ini adalah untuk membangunkan
keupayaan pelajar dalam melakukan pemerhatian, perbandingan, membuat hipotesis
serta inferens. Tajuk Photosynthesis di dalam sains sekolah menengah adalah
merupakan kesinambungan dari apa yang di ajar di sekolah rendah. Oleh itu pengkaji
menggunakan tajuk ini dan mengaplikasikan kaedah pembelajaran masteri sebagai
kaedah pembelajaran di kelas yang diharapkan akan dapat memudahkan pemahaman
pelajar-pelajar. Justeru itu tajuk Keberkesanan Kaedah Pembelajaran Masteri Dalam
Pengajaran dan Pembelajaran Photosyenthesis adalah unit dalam Interdependence
Among Living Organism and The Environment di tingkatan 2

telah menarik

perhatian pengkaji untuk diperdalami.

1.2

Latarbelakang Kajian
Kajian ini cuba meneroka keberkesanan kaedah pembelajaran masteri dalam

tajuk fotosentesis adalah unit dalam Interdependence Among Living Organism and
The Environment di tingkatan 2 di mana pengkaji cuba melihat keberkesanan kaedah
pembelajaran masteri setelah dibandingkan dengan kaedah pembelajaran tradisional.
Cadangan oleh Englemann, Guanzin dan Severson (1979) menyatakan bahawa
penaksiran bermula dengan diagnosis pembelajaran untuk menentukan apakah bentuk

kekurangan yang wujud dalam aspek pengajaran untuk mencari sebab bagaimana ia
berkurangan dan menyatakan apa yang perlu dilakukan untuk memperbetulkan
kekurangan itu. Oleh itu, penaksiran adalah terdiri dari proses analisa bersistematik
terhadap pengajaran dari aspek kesesuaiannya kepada para pelajar.
Pembelajaran masteri adalah satu pendekatan pengajaran dan pembelajaran
supaya pelajar dapat menguasai apa yang diajar (Bloom,1968). Konsep pembelajaran
ini berasaskan kepada suatu prinsip atau falsafah iaitu semua pelajar boleh menguasai
perkara yang diajar sekiranya ada masa yang cukup untuk pelajar menguasainya dan
pengajaran dan pembelajaran adalah berkualiti.
Dalam proses pembelajaran masteri, kita harus ingat untuk memastikan semua
pelajar dapat menguasai perkara-perkara yang diajar dalam satu unit pembelajaran atau
tajuk sebelum ke unit pembelajaran atau tajuk yang lain. Lazimnya guru-guru akan
menggunakan kaedah pembelajaran tradisional dalam pengajaran dan pembelajaran di
kelas kerana mereka sudah sebati dengan kaedah itu. Jarang pula guru yang cuba untuk
mempraktikkan kaedah pembelajaran yang lain dalam pengajaran mereka. Walhal
proses pengajaran dan pembelajaran itu sebenarnya melibatkan dua pihak iaitu pelajar
dan guru dimana keserasian dan kesesuaian dua belah pihak diperlukan. Menurut
Maclntosh (1980) salah satu pihak yang harus dipersalahkan dalam proses pengajaran
dan pembelajaran ialah guru itu sendiri kerana mereka tidak menyedari atau tidak
sensitif terhadap kerosakan yang mereka lakukan setiap hari kepada fikiran muridnya
(Nik Azis, 1988).

1.3

Pernyataan Masalah
Hakikat yang para guru perlu sedar ialah kelemahan pelajar dalam menguasai

tajuk ini bukanlah semata-mata daripada pihak pelajar sahaja tetapi guru juga
menyumbang kepada masalah ini. Pemahaman konsep asas fotosentesis ini sangat
penting bagi pelajar untuk meneruskan pembelajaran yang berikutnya seperti
mengenalpasti sel dan organisma yang terlibat dalam proses fotosentesisi. Maka kaedah
pembelajaran yang sesuai dan berkualiti perlu dititik beratkan agar guru-guru dapat
mencetuskan idea-idea untuk meningkatkan mutu pengajaran dan pembelajaran tajuk
ini ke tahap yang lebih baik dari semasa ke semasa.
Menurut Mitzel (1966) keberkesanan atau kecekapan guru tidak bererti selain
daripada ukuran-ukuran kriteria atau definisi operational tentang kejayaan guru. Mitzel
memberikan tiga jenis kriteria iaitu ciri guru yang wujud sebelum pengajaran
(pembolehubah permulaan), ukuran semasa pengajaran (ciri proses) dan pencapaian
akhir perkembangan pelajar dalam ukuran-ukuran tertentu. Menurut Title (1974) pula
menyatakan guru yang berkesan boleh dirujuk kepada hasil pengajarannya.
Rahimah (1992) dalam artikelnya menegaskan bahawa keberkesanan guru perlu
dilihat bukan sahaja dari segi kejayaan menyampaikan pengajaran di bilik darjah
dengan erti kata berjaya atau meliputi semua yang digariskan dalam sukatan pelajaran
tetapi juga kejayaannya membimbing murid menguasai pelajaran itu, membangkitkan
minatnya untuk mempelajari lebih dari apa yang disenaraikan dan memulakan proses
penimbaan ilmu dalam bidang-bidang tersebut .
Oleh kerana terdapat beberapa masalah yang biasa di hadapi oleh pelajar dalam
pengajaran dan pembelajaran sains bagi tajuk Photosynthesis di tingkatan 2 maka
pengkaji ingin menyelidik dengan memfokuskan pernyataan masalah kepada apakah
kaedah masteri berkesan dalam pengajaran dan pembelajaran mengenai tajuk ini.

1.4

Kerangka Kerja Konsep


Topik

Kaedah

Proses

Pembelajaran

Pengajaran dan pembelajaran

Tradisional

Kaedah
Pembelajaran
Masteri

Keberkesanan

Perlaksanaan

Kaedah Yang Digunakan

Sikap dan Minat

Masalah

Rajah 1 : Kerangka Kerja Konsep


Dalam kajian ini, pengkaji menggunakan kerangka kerja konsep seperti dalam
rajah di atas. Kerangka kerja konsep ini bermula dengan memilih topik kajian iaitu
Keberkesanan kaedah pembelajaran masteri dalam tajuk Photosynthesis adalah unit
dalam Interdependence Among Living Organism and The Environment di tingkatan
2. Tajuk sel ini merupakan tajuk dalam sukatan pelajaran Tingkatan 2 di dalam tema
Man and The Variety Of Living Things. Di ikuti dengan kajian tentang penggunaan
kaedah pembelajaran tradisional dalam pengajaran dan pembelajaran. Selepas itu kajian
akan diteruskan dengan penggunaan kaedah pembelajaran masteri dalam proses
4

pengajaran dan pembelajaran di tingkatan 2. Bagi melihat keberkesanan kaedah yang


digunakan pengkaji memfokuskan kajian untuk melihat keberkesanannya dari aspek
pencapaian dan sikap serta minat. Pengkaji hanya memilih dua aspek ini kerana batasan
masa kajian yang diberikan.

1.5

Tujuan Kajian
Tujuan kajian ini di jalankan adalah untuk melihat keberkesanan kaedah

pembelajaran masteri

ke atas tajuk Photosynthesis adalah unit dalam

Interdependence Among Living Organism and The Environment di tingkatan 2.

1.5.1

Objektif Kajian

1) Untuk menentukan keberkesanan kaedah pembelajaran masteri berbanding


kaedah pembelajaran tradisional.
2) Untuk mengetahui sikap pelajar menggunakan kaedah pembelajaran masteri.
3) Untuk mengetahui minat pelajar menggunakan kaedah pembelajaran masteri.

1.5.2

Persoalan Kajian

1) Apakah keberkesanan kaedah pembelajaran masteri dalam tajuk Photosynthesis


adalah unit dalam Interdependence Among Living Organism and The
Environment di tingkatan 2?
2) Apakah sikap pelajar mengenai kaedah pembelajaran masteri dalam pengajaran
dan pembelajaran sel adalah unit dalam hidupan di tingkatan 2 meningkat?
3) Apakah minat pelajar mengenai kaedah pembelajaran masteri dalam pengajaran
dan pembelajaran Photosynthesis adalah unit dalam Interdependence Among
Living Organism and The Environment di tingkatan 2 meningkat?

1.5.3

Hipotesis Kajian
Untuk mencapai tujuan dan objektif kajian ini, dua hipotesis dikemukakan:

1) Hipotesis nul : Tiada perbezaan antara prestasi yang signifikan di antara pelajar
sebelum dan selepas penggunaan kaedah pembelajaran masteri.
2) Hipotesis alternatif : Terdapat perbezaan prestasi yang signifikan di antara
pelajar sebelum dan selepas menerima kaedah pembelajaran masteri.

1.6

Kepentingan Kajian
Melalui kajian ini diharapkan dapat memberi maklumat kepada guru-guru

berkaitan strategi pemilihan kaedah pengajaran dan pembelajaran di kelas sebelum


pembelajaran itu di jalankan . Selain itu memberi keprihatinan dan kepekaan kepada
guru tentang penggunaan kaedah pembelajaran yang sesuai dan berkualiti .
Kajian ini juga diharapkan guru dapat mempertingkatkan penguasaan mereka
terhadap kaedah-kaedah pembelajaran yang sesuai dan berkualiti supaya tidak terikat
kepada kaedah pembelajaran yang biasa.

1.7

Batasan Kajian
1) Kajian ini hanya dibuat dalam satu kelas sahaja.
2) Kajian ini hanya melibatkan topik Photosynthesis sahaja.
3) Kajian ini dibuat dengan masa yang agak terhad.
4) Kaedah kajian hanya menggunakan soal selidik, ujian pra dan ujian pos.
5) Kajian ini hanya mengkaji tentang keberkesanan kaedah pembelajaran masteri
sahaja.

1.8

Definisi dan Istilah

1.8.1- Keberkesanan adalah satu proses untuk melihat sejauh mana kejayaan atau
kegagalan sesuatu perkara yang dikaji dengan menggunakan beberapa
pembolehubah yang dijadikan sebagai ukuran kejayaan atau sebaliknya.
Menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga (2003) keberkesanan merujuk kepada
perihal berkesan iaitu berkesannya sesuatu tindakan dan perubahan.
1.8.2- Kaedah pembelajaran masteri ialah satu pendekatan yang dijangkakan dapat
memberi kemudahan kepada pelajar dalam menguasai pembelajaran yang diajar.
Dalam pembelajaran ini pelajar dimestikan menguasai satu unit atau tajuk
sebelum berpindah ke unit atau tajuk yang seterusnya .
1.8.3- Kaedah pembelajaran tradisional pula ialah guru menggunakan papan hijau dan
kapur untuk menyampaikan pengajarannya di kelas. Pengajaran tradisional
adalah satu kaedah yang berpusatkan guru dan pelajarnya hanya duduk
mendengar dan sekali sekala bertanyakan soalan. Komunikasi hanya satu hala.
Pengajaran tradisional susah diukur keberkesanannya dan ianya bergantung
kepada kemahiran dan kebolehan guru bercakap untuk menyampaikan
pengajaran.
1.8.4- Photosynthesis adalah unit dalam Interdependence Among Living Organism and
The Environment adalah satu tajuk yang diajarkan kepada pelajar sekolah
menengah di dalam sukatan KBSM sains di tingkatan 2 di bawah tema Man and
The Variety of Living Thing.
1.8.5- Menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga (2003) minat ialah keinginan (kesukaan,
kecenderungan) kepada sesuatu. Dalam kajian ini pengkaji ingin mengetahui
tahap minat pelajar terhadap kaedah pembelajaran masteri yang digunaka.

1.8.6- Menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga ( 2003 ) sikap ialah perbuatan atau
pandangan yang berdasarkan pada sesuatu pendapat dalam fikiran dan hatinya.
Dalam kajian ini pengkaji cuba mengetahui tahap sikap pelajar terhadap kaedah
pembelajaran masteri yang digunakan dalam tajuk Phosynthesis.

1.9

Penutup
Adalah diharapkan kajian yang dijalankan di bawah tajuk keberkesanan kaedah

pembelajaran masteri dalam tajuk Photosynthesis adalah unit dalam Interdependence


Among Living Organism and The Environment di tingkatan 2 ini dapat menyumbang
kepada peningkatan prestasi pelajar dalam matapelajaran sains. Selain itu, adalah
diharapkan dengan kajian ini akan dapat memberi kesedaran kepada para pendidik
tentang perlunya kaedah pembelajaran yang bersesuaian dan berkualiti semasa proses
pengajaran dan pembelajaran di kelas. Akhirnya pengkaji berharap dapat menjalankan
dan menyiapkan kajian ini dengan sempurna dengan mendapat kerjasama yang penuh
daripada pihak-pihak terlibat. Di masa akan datang, pengkaji juga berharap akan ada
lagi pengkaji yang tampil untuk melakukan kajian dalam tajuk ini supaya dapatan kajian
itu dapat mengukuhkan lagi dapatan dalam kajian ini.

BAB 2
KAJIAN LITERATUR

2.1

Pengenalan
Pengajaran adalah suatu pencapaian dan bukan satu kurniaan. Pengajaran dicipta

dalam suatu realiti yang bergantung antara pengalaman dan keilmuan. Para pendidik
merupakan wahana kepada pengajaran mereka kerana mereka di pertanggungjawabkan
ke atas diri mereka sendiri sebagai pencipta kepada amalan yang mereka praktikkan.
Justeru itu dalam kajian ini pengkaji mengetengahkan kaedah pembelajaran masteri
sebagai kaedah yang baik dan berkualiti dalam pengajaran dan pembelajaran.

2.2

Pembelajaran Masteri
Suatu pendekatan pengajaran dan pembelajaran untuk memastikan semua murid

atau pelajar menguasai hasil pembelajaran yang dihasratkan dalam suatu unit
pembelajaran sebelum berpindah ke unit pembelajaran seterusnya. Pendekatan ini
memerlukan peruntukan masa yang mencukupi dan proses pengajaran dan
pembelajaran yang berkualiti. (Pusat Perkembangan Kurikulum, 2003)

2.2.1

Komponen pembelajaran masteri


Pembelajaran masteri mempunyai beberapa komponen yang tertentu. Komponen

pembelajaran ini adalah hasil pembelajaran yang dihasratkan, proses pengajaran dan
pembelajaran, penilaian formatif (ujian pra dan ujian pos) dan sumatif serta pemulihan
dan pengayaan.

2.2.1.1 Hasil pembelajaran yang dihasratkan


Hasil pembelajaran merupakan objektif pembelajaran yang perlu dikuasai oleh
murid pada akhir sesuatu unit pembelajaran. Hasil pembelajaran perlu ditentukan
bagi;
i)

Mengenal pasti apa yang perlu dikuasai oleh murid.

ii)

Memberi tumpuan dalam penguasaan hasil pembelajaran.

iii)

Merancang pelbagai kaedah dan bahan bantu belajar.

iv)

Membantu membina ujian formatif dan sumatif.

Hasil pembelajaran dinyatakan sebagai;


i)

Berdasarkan sukatan pelajaran.

ii)

Dalam bentuk tingkah laku yang boleh diperhatikan dan diukur.

iii)

Secara eksplisit, jelas dan terperinci.

iv)

Dalam domain kognitif, afektif dan psikomotor.

v)

Mengikut aras pembelajaran dari mudah ke sukar.

2.2.1.2 Proses pengajaran dan pembelajaran


Semasa merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran guru harus mengambil
kira perkara yang berikut;
i)

Kebolehan dan keupayaan murid yang berbeza-beza.

ii)

Kepelbagaian kaedah pengajaran dan pembelajaran.

iii)

Kemudahan yang sedia ada.

iv)

Masa yang diperuntukkan.

Dalam pembelajaran masteri kaedah dan bahan perlu dipelbagaikan dalam


pengajaran dan pembelajaran supaya pelajar lebih mudah memahami dan
menghayati kandungan pelajaran selain menjadikan pembelajaran menjadi lebih
menarik, bermakna dan menyeronokkan. Pendekatan yang boleh digunakan dalam
pembelajaran masteri ialah berpusatkan guru dan berpusatkan murid.

10

2.2.1.3

Penilaian formatif (ujian pra dan ujian pos) dan sumatif


Ujian pra adalah dijalankan untuk menguji tahap kefahaman pelajar setelah

kaedah pembelajaran secara tradisional dilakukan. Sementara ujian pos pula


dijalankan untuk menguji tahap keupayaan pelajar dalam menguasai objektif
pengajaran dan pembelajaran setelah kaedah pembelajaran masteri dilakukan.
Kedua-dua pencapaian pelajar dianalisa dan keberkesanan kaedah yang dikaji
dinilai.
2.2.1.4

Pemulihan dan pengayaan


Pemulihan adalah satu cara atau aktiviti yang dilakukan ke atas pelajar yang

masih belum menguasai kemahiran yang dipelajari. Di mana pelajar akan


menguasai objektif pembelajaran sekurang-kurangnya 80%. Aktiviti pengayaan pula
dijalankan ke atas pelajar yang telah menguasai objektif pembelajaran di dalam
kelas tersebut. Sementara pelajar yang belum menguasai objektif pembelajaran
melakukan aktiviti pemulihan, pelajar ini akan membuat aktiviti pengayaan yang
telah disediakan oleh guru.
2.2.2

Peranan dan tugas guru dalam pembelajaran masteri


Kejayaan pelaksanaan pembelajaran masteri di bilik darjah amat bergantung

kepada kecekapan dan ketrampilan guru dalam merancang dan menguruskan aktiviti
pengajaran dan pembelajaran. Pembelajaran masteri bukanlah perkara yang baru kerana
langkah yang terlibat dalam pembelajaran masteri sudah pun disarankan dalam KBSR
dan KBSM. Adalah penting guru mempunyai kemahiran tertentu untuk menangani
murid

yang

mempunyai

pelbagai

kebolehan

dan

aras

pembelajaran.

Oleh itu, guru bersama muridnya perlu mempunyai rasa tanggungjawab dalam
menentukan proses pengajaran dan pembelajaran supaya berlaku dengan lebih berkesan.
Sesungguhnya peranan dan tugas guru amat penting dalam melaksanakan kaedah
pembelajaran masteri. Antaranya ialah :

2.2.2.1

Guru sebagai Perancang Pengajaran


11

1) Guru seharusnya menyedari semua muridnya mampu belajar. Dengan ini, guru
akan memberi peluang yang mencukupi untuk murid menguasai sesuatu hasil
pembelajaran.
2) Guru berperanan sebagai pemimpin, pembimbing, pengajar dan fasilitator
pembelajaran. Peranan ini boleh disesuaikan mengikut strategi yang digunakan
oleh guru. Jika guru memilih mengajar secara kelas misalnya, guru akan lebih
berperanan sebagai pemimpin dan pengajar, manakala jika guru mengajar secara
kumpulan kecil atau murid memanfaatkan penggunaan teknologi maklumat
maka peranan guru pula lebih sebagai seorang fasilitator.
3) Guru merancang dan mengenal pasti hasil pembelajaran bagi setiap unit
pembelajaran yang perlu dikuasai.
4) Guru menyusun unit pembelajaran mengikut urutan yang bersesuaian dengan
hasil pembelajaran. Contohnya daripada yang mudah kepada yang sukar dan
memastikan perkara asas diajar di peringkat awal.
5) Guru memilih, mengubahsuai dan merancang pelbagai strategi, kaedah, aktiviti
dan bahan untuk pengajaran dan pembelajaran serta aktiviti pengayaan dan
pemulihan bagi murid menguasai hasil pembelajaran. Guru adalah sebagai
pengurus pembelajaran dalam melaksanakan kaedah pembelajaran masteri.
Guru bukan sahaja berperanan untuk menguruskan pembelajaran bagi
memastikan hasil pembelajaran dicapai, tetapi juga mengurus muridnya.

2.2.2.2

Peranan guru sebagai pengurus pembelajaran

1) Guru menentukan secara spesifik perkara yang perlu dipelajari.


2) Guru memotivasikan murid untuk mempelajarinya.
3) Guru membekalkan murid dengan bahan pengajaran dan pembelajaran yang
sesuai.
4) Guru melaksanakan pengajaran dan pembelajaran mengikut kadar yang sesuai
untuk setiap murid.
5) Guru mengawasi dan memantau kemajuan pembelajaran dan pencapaian murid.

12

6) Guru mendiagnosis kesukaran pembelajaran yang dihadapi oleh murid dan


menyediakan cara terbaik mengatasi kesukaran itu.
7) Guru memberi pujian dan galakkan kepada murid yang memperoleh
peningkatan dalam pembelajaran.
8) Guru menjalankan ulang kaji dan latihan yang boleh mengekalkan semangat
murid untuk belajar pada jangka masa yang panjang.
9) Guru

mempelbagaikan

penggunaan

bahan

sokongan

pengajaran

dan

pembelajaran yang sesuai dan menarik termasuk penggunaan multi media,


lembaran kerja, buku teks, majalah, akhbar dan modul pembelajaran kendiri.
2.2.2.3

Guru sebagai Penilai Pembelajaran

1) Guru merancang dan membina item ujian formatif dan sumatif serta membuat
analisis item ujian dan respons murid bagi tujuan mendapatkan maklumat
tentang tahap penguasaan setiap murid.
2) Guru seharusnya dapat melihat penilaian formatif dan sumatif ini sebagai alat
pengajaran dan pembelajaran. Ini bermaksud maklum balas yang diperoleh dari
penilaian ini dapat digunakan dengan berkesan untuk tujuan meningkatkan
pengajaran dan pembelajaran serta motivasi murid untuk terus belajar.
3) Guru mentadbir ujian dan memeriksa respons murid.
4) Guru mendapat maklum balas tentang apa yang telah dikuasai dan yang belum
dikuasai oleh murid melalui ujian diagnostik.
5) Guru menganalisis dan mentafsirkan hasil ujian bagi mengenal pasti murid yang
telah menguasai hasil pembelajaran dan murid yang belum lagi menguasainya.
6) Guru membenarkan murid yang telah menguasai hasil pembelajaran menjalani
aktiviti pengayaan atau menjadi tutor kepada rakan sekelas atau ke unit
pembelajaran seterusnya. Peranan dan tugas guru seperti yang dinyatakan
memerlukan guru mempertingkatkan pengetahuan dan kemahiran supaya lebih
bersedia melaksanakan pendekatan pembelajaran masteri di sekolah.
2.2.3

Peranan dan tugas murid dalam pembelajaran masteri

13

Murid seharusnya bertanggungjawab dalam pembelajaran mereka dan


sememangnya mempunyai peranan dalam menjayakan pembelajaran masteri. Antara
peranan dan tugas murid adalah seperti berikut:
1) Murid perlu belajar dan bukan bertanding dengan rakan yang lain. Ini adalah
kerana penguasaan hasil pembelajaran dinilai bagi setiap individu dan bukannya
dibandingkan pencapaiannya dengan murid lain.
2) Murid mempunyai sifat berdikari. Oleh itu mereka harus menguasai kemahiran
berfikir dan kemahiran belajar. Sifat berdikari ini membolehkan mereka
menjalani pembelajaran kendiri khususnya bagi aktiviti pengayaan.
3) Murid mengetahui hasil pembelajaran yang perlu dikuasai. Ini membolehkan
mereka memfokuskan pembelajaran ke arah penguasaan dan pencapaian hasil
pembelajaran yang telah diketahui itu.
4) Murid memberitahu kepada guru jika masih belum menguasai dan memahami
pembelajaran. Ini membolehkan guru merancang program pemulihan bagi
murid tersebut.
5) Murid haruslah bermotivasi, terarah kendiri dan tekun dalam menghadapi
pembelajaran.

Pembelajaran

masteri

memberi

peluang

kepada

murid

memperbaiki prestasi diri. Oleh itu, murid haruslah bersungguh-sungguh dalam


memainkan peranan seperti yang dinyatakan di samping memiliki keyakinan
diri, tidak mudah putus asa, boleh mengubahsuai cara berfikir dan bekerjasama
dengan murid lain.

2.2.4

Ciri-ciri Pembelajaran Masteri

14

Pendekatan kaedah pembelajaran masteri mempunyai ciri-ciri tertentu seperti


berikut:
1) Pelaksanaannya berasaskan tahap kemajuan seseorang murid. Bagi murid lemah,
objektif pembelajaran diteruskan dengan aktiviti pemulihan dan pengayaan.
Sementara murid yang telah menguasai objektif akan menjalani aktiviti
pengukuhan.
2) Bahan pembelajaran dipecahkan dan dibahagikan kepada beberapa segmen
kecil yang dikenali sebagai unit pembelajaran.
3) Setiap unit pembelajaran dinyatakan dalam bentuk hasil pembelajaran.
4) Aras masteri bagi setiap hasil pembelajaran ditetapkan pada aras 80%.
5) Proses pengajaran dan pembelajaran bagi setiap unit pembelajaran dijalankan
dengan menggunakan pelbagai strategi dan kaedah serta bahan pengajaran dan
pembelajaran yang sesuai secara kelas, kumpulan besar, kumpulan kecil,
berpasangan atau secara individu.
6) Menggunakan ujian formatif bersifat diagnostik untuk mengesan kemajuan
pembelajaran murid.
7) Menggunakan maklum balas yang tepat tentang hasil pembelajaran yang telah
dikuasai dan yang belum dikuasai oleh murid.
8) Melaksanakan aktiviti pemulihan dan aktiviti pengayaan mengikut tahap
penguasaan setiap murid.

2.2.5

Kadar Pembelajaran murid

15

Dalam melaksanakan program pembelajaran masteri berdasarkan kumpulan,


guru menghadapi masalah dalam mendapatkan masa yang mencukupi untuk
mengadakan pengajaran dan pembelajaran pemulihan bagi murid yang masih belum
mencapai atau menguasai tahap masteri. Satu cadangan ialah menggunakan masa
waktu pelajaran biasa untuk memberikan murid aktiviti pemulihan dan di masa yang
sama memberikan aktiviti pengayaan untuk murid yang telah menguasai masteri.
Walau bagaimanapun, terdapat keraguan berhubung keberkesanan dan manfaat
sebenar yang diperolehi oleh murid yang telah menguasai masteri yang mengikuti
aktiviti pengayaan. Malahan terdapat juga keraguan sama ada murid ini sebenarnya
telah tertahan dalam kadar pembelajaran mereka apabila mereka ini perlu menunggu
murid yang masih belum menguasai masteri dalam menyempurnakan aktiviti
pemulihan mereka. Ini berlaku kerana murid mempunyai kebolehan dan keperluan
yang berbeza. Keadaan ini menyebabkan murid memerlukan pendekatan pengajaran
dan pembelajaran yang sesuai dan berkesan menguasai pengetahuan, kemahiran dan
sikap yang diajarkan.

2.2.6

Prinsip asas dalam pembelajaran masteri

1) Murid normal boleh mempelajari apa yang diajarkan oleh guru.


2) Pembelajaran dipecahkan kepada beberapa unit kecil supaya mudah dikuasai.
3) Murid memerlukan masa yang mencukupi untuk menguasai sesuatu hasil
pembelajaran yang ditentukan.
4) Arahan pengajaran dan pembelajaran bagi setiap unit pembelajaran mestilah
jelas.

2.3

Kajian Lepas

16

Pembelajaran masteri adalah satu pendekatan pengajaran dan pembelajaran


supaya pelajar dapat menguasai apa yang diajar (Bloom,1968). Menurut Bloom lagi,
ianya berasaskan kepada falsafah bahawa semua atau hampir semua murid boleh
menguasai sesuatu pengetahuan atau kemahiran dengan baik dan penuh keyakinan
sekiranya keadaan yang sesuai dan masa yang mencukupi disediakan untuk murid itu
menguasai pembelajarannya. Konsep pembelajaran ini berasaskan kepada suatu prinsip
atau falsafah iaitu semua pelajar boleh menguasai perkara yang diajar sekiranya ada
masa yang cukup untuk pelajar menguasainya dan pengajaran dan pembelajaran adalah
berkualiti serta menggunakan sumber yang dapat menarik minat pelajar untuk belajar.
Anderson & Block (1975) mendefinisikan bahawa pembelajaran masteri adalah
satu set idea dan amalan pengajaran secara individu yang dapat membantu murid untuk
belajar secara konsisten. Idea dan amalan ini menghasilkan pengajaran yang sistematik,
membantu murid apabila menghadapi masalah pembelajaran, memperuntukkan masa
yang mencukupi untuk murid mencapai masteri dengan berpandukan kriteria masteri
yang jelas.
Menurut Noraini, (2001) Lesson can be made more interesting if a teacher
knows how to motivate her students to learn the language such as having dreams and
activities that will get the students involved
Menurut Mohd Daud Hamzah: 1, dalam pembelajaran masteri, pengajaran
berasaskan sumber dikemukakan sebagai satu konsep dengan maksud segala usaha guru
yang melibatkan penggunaan sumber-sumber pembelajaran bagi melengkapkan
pendekatan dan strategi untuk mempengaruhi murid-murid supaya belajar. Sumber
adalah secara luas meliputi bahan-bahan pendidikan atau pembelajaran sama ada bahan
bercetak atau tidak bercetak iaitu apa sahaja bahan yang boleh mendatangkan
pengetahuan atau pun yang menimbulkan minat atau mendorong murid termasuk buku,
dokumen, suratkhabar, model-carta, gambar serta lain-lain objek yang diperolehi dalam
kehidupan seharian. Derick Unwind dan Ray Mc Aleese (1978) telah mengenalpasti
tiga jenis sumber iaitu kemanusiaan, persekitaran dan bahan-bahan.

17

Menurut (Charles dan Lester, 1982) dalam kajiannya menyatakan masalah yang wujud
dalam menjawab soalan sains adalah disebabkan oleh pelajar kurang bersedia
menunjukkan cara yang betul ketika menjawab. Penyelesaian terbaik seharusnya perlu
didorong oleh semangat motivasi yang tinggi, dan bukannya hanya mengingat sahaja.
Oleh sebab itu ramai pelajar merasa kecewa kerana mereka tidak dapat mencari cara
yang betul dan sesuai ketika menjawab soalan sains. Ini dapat diatasi dengan
menggunakan kaedah pembelajaran masteri. Ianya dapat mengukuhkan maklumat dan
kefahaman murid terhadap sesuatu topik.

2.4

Penutup
Kajian terhadap keberkesanan pembelajaran masteri adalah rentetan kepada

keperluan dan kehendak dunia pendidikan itu sendiri yang semakin berkembang dan
sentiasa berubah dari semasa ke semasa. Kepesatan dunia sains, teknologi maklumat
serta globalisasi membuatkan pendekatan dalam pembelajaran disesuaikan supaya
pelajar-pelajar tidak ketinggalan dalam arus permodenan dan mampu bersaing. Ianya
menggalakkan pelajar menyelesaikan masalah yang dihadapi dan juga mengubahsuai
kaedah atau aktiviti pengajaran dan pembelajaran untuk memastikan pelajar dapat
menguasai apa yang diajar. Walaupun ada beberapa kekangan dalam pelaksanaan
pembelajaran masteri, guru akan mendapati bahawa bilangan pelajar yang dapat
menguasai apa yang diajar akan bertambah dan ini akan memberi kepuasan kepada
guru, pelajar dan pihak lain. Pencapaian pelajar yang telah meningkat walaupun sedikit,
akan merangsang guru dan pelajar untuk mencapai tahap yang lebih tinggi. Adalah
diharapkan dengan pemilihan tajuk dalam kajian ini mampu memberi input baru serta
keyakinan kepada para guru dalam pengajaran mereka di kelas.

BAB 3

18

METODOLOGI KAJIAN

3.1

Pengenalan
Matlamat

kajian

adalah

untuk

mengkaji

akan

keberkesanan

kaedah

pembelajaran masteri yang digunakan dalam tajuk Photosynthesis adalah unit dalam
Interdependence Among Living Organism and The Environment di tingkatan 2.
Sehubungan itu, pengkaji akan mendapatkan dan menghuraikan lokasi kajian,
rekabentuk kajian, pemilihan sample kajian dan prosedur pengumpulan data serta
penganalisaan data di dalam bab ini. Seterusnya data yang diperolehi dianalisa secara
terperinci untuk mendapatkan keputusan atau membuat perbandingan.

3.2

Pemilihan Sampel Kajian


Dalam menjalankan kajian ini, pengkaji melakukan kajian di sebuah sekolah

menengah dalam daerah Pontian ( SMK Parit Betak). Sampel yang di pilih ialah kelas
Tingkatan 2 yang terdiri daripada pelajar tahap tinggi dan tahap sederhana. Kajian yang
di jalankan selama sebulan akan diselia oleh seorang guru pembimbing dalam tempoh
empat minggu bagi memastikan kajian itu berjalan dengan menepati kehendak kajian
yang ditetapkan dan pelajar-pelajar dalam kelas tersebut dapat memberikan kerjasama.
Dalam menjalankan kajian ini, pengkaji mendapat kerjasama dari semua pihak terlibat
khususnya Pengetua, guru kanan sains, guru pembimbing, pelajar-pelajar tingkatan 2
yang terlibat dan juga guru besar tempat pengkaji bertugas.

3.3

Reka bentuk Kajian

19

Kajian ini adalah berbentuk kuantitatif dan tinjauan secara deskriptif. Kaedah ini
dipilih kerana kaedah ini amat bermakna apabila maklumat yang diperlukan hanya
dapat diperolehi secara terus daripada pemberi maklumat (Fink & Kosecoff, 1998).
Selain itu kaedah ini juga paling sesuai untuk mendapatkan maklumat dengan lebih
tepat (Cook,1989 : Cornell Trainer Network,1995 )

dan lebih meluas ( Rye &

Sparks, 1999: Schmidt , 1999) apabila melibatkan populasi keseluruhan yang besar.
Dua bentuk ujian dijalankan bagi menjawab persoalan kajian satu iaitu untuk
melihat peningkatan pencapaian pelajar dalam pembelajaran sains tajuk Photosynthesis
di tingkatan 2. Ujian pertama yang dilaksanakan ialah ujian pra bagi melihat pencapaian
pelajar dibawah kaedah pembelajaran tradisional. Ujian kedua pula yang dilaksanakan
ialah ujian pos bagi melihat pencapaian pelajar dibawah kaedah pembelajaran masteri.
Sementara untuk menjawab persoalan kedua dan ketiga, iaitu untuk melihat
minat dan persepsi pelajar terhadap pembelajaran yang diajarkan menggunakan kaedah
pembelajaran masteri pengkaji menggunakan soal selidik.
Bagi mentadbir ujian pra dan ujian pos, pengkaji menggubal soalan dengan
memilih kemahiran-kemahiran daripada tajuk sel dan kemudiannya membina item
soalan. Dalam pembinaan item ujian beberapa perkara menjadi pertimbangan pengkaji
antaranya jumlah masa ujian tersebut, kemudahan skor markah, kebarangkalian pelajar
untuk meneka, item yang berulang, skema dan skor item ujian. Disamping itu guru
ketua panatia sains yang mengajar di sekolah itu diminta untuk meneliti item soalan
yang dibuat.
Bagi membina item soalan soal selidik pula pengkaji akan menyenaraikan
kriteria yang akan digunakan untuk merekod tahap sikap dan minat pelajar terhadap
pembelajaran. Soal selidik ini dibina dengan cara mengubahsuai beberapa instrumen
sedia ada yang dimantapkan melalui proses penyemakan dan pemurnian serta ujian
rintis.

20

3.4

Instrumen Kajian
Dalam kajian ini, instrumen kajian pelajar terdiri daripada borang maklumat

pelajar (rujuk Lampiran A), kertas ujian pra dan pos(rujuk Lampiran B) serta borang
kajian sikap dan minat pelajar (rujuk Lampiran C). Di dalam borang maklumat pelajar
mengandungi maklumat tentang latar belakang sampel kajian. Maklumat yang
dikehendaki meliputi nama, jantina, pekerjaan ibu, bapa atau penjaga dan gred sains
yang dicapai dalam UPSR tahun 2008. Ujian pra digunakan untuk mengesan kemahiran
awal pelajar yang mempelajari topik fotosestesis. Ujian pos pula dijalankan untuk
menguji kesan penggunaan pembelajaran masteri dalam topik yang sama. Manakala
borang kajian sikap dan minat pelajar digunakan untuk menentukan sikap (item 1
hingga 5) dan minat (item 6 hingga 10) pelajar terhadap keberkesanan penggunaan
kaedah ini dalam pengajaran dan pembelajaran.

3.5

Prosedur Pelaksanaan Kajian

21

Pemilihan Tajuk Kajian


Pemilihan Lokasi Kajian

Pemilihan Sampel Kajian (N = 30)

Kaedah Pembelajaran Tradisional

Ujian Pra

Kaedah Pembelajaran Masteri

Ujian Pos

Proses Analisa Data

Keberkesanan
- Pelaksanaan
- Kaedah yang digunakan
- Sikap dan minat
Rajah 2 : Prosedur Pelaksanaan Kajian
3.6

Prosedur Pengumpulan Data

22

Selepas tamat sesi pembelajaran bagi setiap kaedah pembelajaran yang


digunakan maka ujian pra dan pos dilaksanakan untuk melihat pencapaian atau
penguasaan pelajar. Sebanyak 8 soalan objektif dan 2 soalan amali daripada kemahiran
yang dipilih akan disediakan kepada responden dan seterusnya ditanda oleh pengkaji.
Manakala borang soal selidik yang menggunakan skala ordinal untuk melihat
tahap minat responden terhadap kaedah pembelajaran masteri mengikut skala likert di
mana penelitiannya dengan lima julat 5 : Sangat Bersetuju, 4 : Bersetuju, 3 : Tidak
Pasti, 2 :Tidak Setuju dan 1 : Sangat Tidak Setuju. Borang soal selidik ini akan
diinterpretasikan dalam Analisa Skor Min .

3.7

Prosedur Penganalisaan Data


Data yang diperolehi daripada kajian akan dianalisa menggunakan beberapa

kaedah, antaranya;
i)

Kaedah statistik iaitu mencari nilai kekerapan dan peratusan. Dalam kajian
ini ianya banyak digunakan dalam bab empat terutamanya menganalisa
profail responden.

ii)

Ujian t iaitu satu bentuk ujian bagi membuat perbandingan antara dua min
ujian pra dan pos bagi melihat perbezaan signifikan. Dalam kajian ini akan
digunakan dalam bab empat untuk menganalisa keputusan ujian pra dan pos.

iii)

Kaedah statistik iaitu untuk mencari nilai peratus, min dan sisihan piawai
responden dalam setiap kemahiran yang disoal. Dalam kajian ini banyak
digunakan dalam bab empat di mana untuk melihat pencapaian pelajar bagi
setiap kemahiran.

3.8

Penutup

23

Semua prosedur yang dipilih oleh pengkaji di atas adalah untuk memastikan
setiap data itu dapat diperolehi dengan tepat supaya

data-data itu akan dapat

menyumbang kepada dapatan kajian yang tepat. Oleh itu, dalam melaksanakan ujian pra
dan pos pengkaji akan melalui proses pembinaan item soalan, menyemak kualiti serta
kandungan soalan dan menganalisa menggunakan kaedah yang sesuai setelah ujian
tersebut di jalankan. Begitu juga soalan soal selidik, pengkaji akan memastikan
pembinaan item soalan yang baik dan menepati aspek sikap dan minat pelajar dalam
kaedah pembelajaran masteri dan seterusnya dianalisa mengunakan kaedah yang sesuai.
Setiap aktiviti dalam bab ini ditadbirkan dengan teliti dan sistematik supaya mendapat
hasil yang sempurna.

Justeru itu, kaedah kajian adalah sangat penting dalam

menjayakan kajian ini, tanpa kaedah yang tepat tidak mungkin hasil dapatan kajian itu
dianalisa dengan sempurna.

BAB 4

24

DAPATAN KAJIAN

4.1

Pengenalan
Dalam bab ini pengkaji menghuraikan hasil dapatan kajian melalui analisa data-

data kajian. Analisa yang digunakan adalah dalam bentuk kekerapan dan peratus.
Dapatan kajian dianalisa kepada dua bahagian iaitu bahagian A menghuraikan profil
pelajar dan bahagian B pula menghuraikan analisa item-item ujian pra, ujian pos dan
soal selidik sikap dan minat. Dapatan kajian dibincangkan berdasarkan persoalan kajian
yang dibina.

4.2

Analisa Profail Responden


Sampel kajian ini terdiri daripada pelajar Tingkatan Satu Rancangan Khas di

Sekolah Menengah Kebangsaan Parit Betak, Benut. Seramai tiga puluh orang pelajar
telah menerima kaedah pembelajaran masteri dalam kajian ini. Ujian pra telah diberikan
untuk menguji prestasi pelajar dalam topik sel adalah unit dalam hidupan ini. Ujian pos
pula menguji pemahaman dan penguasaan pelajar setelah proses pengajaran dan
pembelajaran secara masteri dijalankan. Seterusnya, satu soal selidik diberikan kepada
pelajar untuk mengkaji sikap dan minat pelajar terhadap kaedah pengajaran dan
pembelajaran yang telah dijalankan. Keputusan ujian pra (rujuk Lampiran G) dan ujian
pos (rujuk Lampiran H) telah dicatatkan semua maklumat kajian sikap dan minat pelajar
yang telah dikaji.

Jadual 4.1 : Taburan Bilangan dan Peratusan Responden Mengikut Jantina

25

Jantina
Lelaki
Perempuan
Jumlah

Bilangan
13
17
30

Peratus
43.3
56.7
100

Jadual 4.1 menunjukkan taburan dan peratusan responden mengikut jantina.


Kajian ini telah melibatkan seramai 30 responden yang terdiri daripada 13 orang pelajar
lelaki (43.3%) dan 17 orang pelajar perempuan (56.7%). Dapatan kajian menunjukkan
pelajar perempuan lebih ramai daripada pelajar lelaki.

Jadual 4.2 : Taburan Bilangan dan Peratusan Responden Mengikut Gred Sains
Dalam Ujian Penilaian Sekolah Rendah 2006
Gred
A
B
C
D
E

Bilangan
5
16
9
0
0

Peratus
16.7
53.3
30
0
0

Daripada jadual di atas, keseluruhan pelajar itu lulus sekurang-kurangnya C


dalam peperiksaan tersebut. Bagi gred B ada seramai 16 orang responden (53.3%) dan
gred C pula seramai 9 orang responden ( 30%). Pelajar cemerlang ada seramai 5 orang
(16.7%) yang memperoleh gred A dalam pepepriksaan UPSR tahun 2006.

Jadual 4.3 : Taburan Bilangan dan Peratusan Responden Mengikut Pekerjaan


Ibu, Bapa/Penjaga
Jenis Pekerjaan

Bilangan

Peratus

26

Kakitangan Kerajaan
Swasta
Pesara
Bekerja Sendiri
Lain-lain
Jumlah

6
6
3
14
1
30

20
20
10
46.7
3.3
100

Daripada jadual 4.3, didapati bahawa hampir 50% ibubapa atau penjaga
responden terdiri daripada kalangan mereka yang berkerja sendiri. Sementara 20% ibu
bapa atau penjaga responden adalah kakitangan kerajaan dan pekerja dari sektor swasta.
Selain itu, 10% pula terdiri daripada ibubapa atau penjaga yang telah bersara. Jika
dilihat dari

jadual, 40% daripada ibu bapa atau penjaga responden adalah

berpendapatan tetap.

4.3

Dapatan kajian
Pengkaji akan membincangkan tentang analisa dapatan kajian bagi ujian pra dan

ujian pos yang telah dijalankan. Pengkaji akan membincangkan tentang analisis dapatan
ujian pra dan pos yang dijalankan untuk mendapatkan kekerapan dan peratus. Dalam
ujian pra pengkaji telah menjalankan kaedah pembelajaran tradisional selama lima jam
dan kemudiannya pengkaji menjalankan kaedah pembelajaran masteri selama lima jam.
Pada akhir sesi pembelajaran, ujian pos pula dijalankan kepada pelajar untuk
memastikan sama ada mereka telah menguasai kemahiran dan objektif yang telah
ditentukan oleh guru melalui kaedah pembelajaran secara masteri.
Satu set borang kajian mengenai sikap dan minat pelajar diedarkan kepada
setiap pelajar untuk meninjau sikap dan minat pelajar sama ada pembelajaran secara
masteri akan dapat mengubah sikap dan minat pelajar tersebut terhadap pembelajaran
sains.

4.3.1

Hasil Dapatan Persoalan Kajian 1

27

Analisa Ujian Pra dan Ujian Pos


Jadual 4.4 : Keputusan Bilangan dan Peratusan Responden Mengikut Gred Dalam
Ujian Pra
Gred
A
B
C
D
E
Jumlah

Bilangan
5
12
13
0
0
30

Peratus
16.7
40
43.3
0
0
100

Daripada jadual di atas, menunjukkan pencapaian responden dalam ujian pra


yang telah dijalankan. Majoriti responden telah lulus sekurang-kurangnya mendapat
gred C iaitu peratus kelulusan keseluruhan ialah 43.3% meliputi sekitar 50 hingga 59
markah sahaja. Seramai lima orang responden atau 16.7% telah berjaya mendapat gred
A iaitu mencapai 80 markah dan 12 orang responden ( 40%) pula mendapat gred B
iaitu 60 hingga 79 markah. Tiada responden yang memperolehi gred D dan E. Ini
menunjukkan pelajar mampu belajar sains dengan baik.

Jadual 4.5 : Taburan Bilangan dan Peratusan Responden Mengikut Gred Dalam
Ujian Pos
Gred
A
B
C
D
E
Jumlah

Bilangan
11
19
0
0
0
30

Peratus
36.7
63.3
0
0
0
100

28

Jadual 4.5 menunjukkan taburan bilangan dan peratusan responden mengikut


gred dalam ujian pos yang telah dijalankan. Daripada jadual di atas menunjukkan
seramai 11 orang responden (36.7%) telah mendapat gred A iaitu markahnya 80 ke atas.
Manakala responden yang telah mendapat gred B adalah seramai 19 orang (63.3%) iaitu
mendapat markah antara 60 hingga 79. Tiada responden yang mendapat gred C, D dan
E. Ini menunjukkan kaedah pembelajaran masteri ini berkesan dan pelajar mampu
menguasai kemahiran yang ditentukan oleh guru.

Jadual 4.6 : Analisa Ujian t Antara Ujian Pra dan Ujian Pos
Ujian

Kekerapan

Min

Sisihan

Pra

30

64.00

Piawai
11.99

Pos

30

75.67

8.06

10.79

.000

Jadual 4.6 menunjukkan dapatan yang telah diperolehi menerusi analisa statistik
ujian t (rujuk Lampiran J) yang berkaitan dengan perbezaan pencapaian ujian pra dan
ujian pos yang menerima kaedah pembelajaran masteri dalam pengajaran dan
pembelajaran dalam tajuk sel adalah unit dalam hidupan.

29

Berdasarkan jadual 4.6, didapati skor min ujian pra ialah sebanyak 64.00 dengan
sisihan piawai 11.99. Manakala ujian pos memperolehi skor min sebanyak 75.67 dengan
sisihan piawai 8.06. Nilai t yang diperoleh adalah 10.79.
Analisa ujian t menunjukkan bahawa terdapat perbezaan yang signifikan antara
ujian pra dan ujian pos di mana nilai P kurang daripada 0.05. Maka hipotesis nul yang
menyatakan tiada perbezaan prestasi yang signifikan pelajar sebelum dan selepas
menerima pembelajaran masteri ditolak dan hipotesis alternatif diterima.

4.3.2

Hasil Dapatan Persoalan Kajian 2

Analisa Skor Min Item Soal Selidik (Sikap)


Data taburan peratus, min dan sisihan piawai yang diperolehi daripada item soal
selidik akan dianalisa berdasarkan kaedah yang dicadangkan oleh Mohd. Najib Abd.
Ghafar (1998).
Jadual 4.7 : Taksiran Skala Likert (Mohd. Najib Abd. Ghafar, 1999)
Skala
1
2
3

Taksiran
Sangat tidak setuju
Tidak setuju
Tidak pasti

30

4
5

Setuju
Sangat setuju

Jadual 4.8 : Interpretasi Skor Min ( Mohd. Najib Abd. Ghafar, 1998)
Skor
1
2
3
4
5

Jadual 4.9 :

Skor Min
1.00 1.50
1.51 2.49
2.50 3.49
3.50 4.49
4.50 5.00

Tafsiran
Sangat negatif
Negatif
Neutral
Positif
Sangat positif

Taburan Bilangan dan Peratusan Responden Dari Segi Sikap


Terhadap Pembelajaran Masteri Menggunakan Skala Likert

Nombor Soalan
1

Skala
1 (Sts)
2 (Ts)
3 (Tp)
4 (S)
5 (Ss)
1 (Sts)
2 (Ts)
3 (Tp)
4 (S)
5 (Ss)
1 (Sts)
2 (Ts)
3 (Tp)
4 (S)
5 (Ss)
1 (Sts)
2 (Ts)

Kekerapan
0
0
8
10
12
0
0
2
16
12
0
0
4
14
12
0
0

Peratus
0
0
26.7
33.3
40.0
0
0
6.7
53.3
40.0
0
0
13.3
46.7
40.0
0
0

31

3 (Tp)
4 (S)
5 (Ss)
1 (Sts)
2 (Ts)
3 (Tp)
4 (S)
5 (Ss)

6
14
10
0
0
7
16
7

20.0
46.7
33.3
0
0
23.3
53.3
23.3

Bagi item pertama, seramai 8 orang (26.7%) menyatakan tidak pasti, 10 orang
(33.3%) menyatakan setuju dan 12 orang (40.0%) menyatakan sangat setuju. Tiada
responden yang memilih untuk menyatakan tidak setuju dan sangat tidak setuju bagi
soalan itu.
Bagi item kedua, seramai 2 orang (6.7%) menyatakan tidak pasti, 16 orang
(53.3%) menyatakan setuju dan 12 orang (40.0%) menyatakan sangat setuju. Tiada
responden yang memilih untuk menyatakan tidak setuju dan sangat tidak setuju bagi
soalan itu.
Bagi item ketiga, seramai 4 orang (13.3%) menyatakan tidak pasti, 14 orang
(46.7%) menyatakan setuju dan 12 orang (40.0%) menyatakan sangat setuju. Tiada
responden yang memilih untuk menyatakan tidak setuju dan sangat tidak setuju bagi
soalan itu.
Bagi item keempat, seramai 6 orang (20.0%) menyatakan tidak pasti, 14 orang
(46.7%) menyatakan setuju dan 10 orang (33.3%) menyatakan sangat setuju. Tiada
responden yang memilih untuk menyatakan tidak setuju dan sangat tidak setuju bagi
soalan itu.
Bagi item kelima, seramai 7 orang (23.3%) menyatakan tidak pasti, 16 orang
(53.3%) menyatakan setuju dan 7 orang (23.3%) menyatakan sangat setuju. Tiada
responden yang memilih untuk menyatakan tidak setuju dan sangat tidak setuju bagi
soalan itu.
32

4.3.3

Hasil Dapatan Persoalan Kajian 3

Analisa Skor Min Item Soal Selidik (Minat)


Jadual 4.10 : Taburan Bilangan dan Peratusan Responden Dari Segi Minat
Terhadap Pembelajaran Masteri Menggunakan Skala Likert
Nombor Soalan
6

10

Skala
1 (Sts)
2 (Ts)
3 (Tp)
4 (S)
5 (Ss)
1 (Sts)
2 (Ts)
3 (Tp)
4 (S)
5 (Ss)
1 (Sts)
2 (Ts)
3 (Tp)
4 (S)
5 (Ss)
1 (Sts)
2 (Ts)
3 (Tp)
4 (S)
5 (Ss)
1 (Sts)
2 (Ts)
3 (Tp)
4 (S)
5 (Ss)

Kekerapan
0
0
0
18
12
0
0
2
17
11
0
0
3
19
8
0
1
5
16
8
0
0
2
19
9

Peratus
0
0
0
60.0
40.0
0
0
6.7
56.7
36.6
0
0
10.0
63.3
26.7
0
3.3
16.7
53.3
26.7
0
0
6.7
63.3
30.0

33

Bagi item keenam, seramai 18 orang (60.0%) menyatakan setuju dan 12 orang
(40.0%) menyatakan sangat setuju. Tiada responden yang memilih untuk menyatakan
tidak setuju, sangat tidak setuju dan tidak pasti bagi soalan itu.
Bagi item ketujuh, seramai 2 orang (6.7%) menyatakan tidak pasti, 17 orang
(56.7%) menyatakan setuju dan 11 orang (36.6%) menyatakan sangat setuju. Tiada
responden yang memilih untuk menyatakan tidak setuju dan sangat tidak setuju bagi
soalan itu.
Bagi item kelapan, seramai 3 orang (10.0%) menyatakan tidak pasti, 19 orang
(63.3%) menyatakan setuju dan 8 orang (26.7%) menyatakan sangat setuju. Tiada
responden yang memilih untuk menyatakan tidak setuju dan sangat tidak setuju bagi
soalan itu.
Bagi item kesembilan, seramai 1 orang (3.3%) menyatakan tidak setuju, 5 orang
(16.7%) menyatakan tidak pasti, 16 orang (53.3%) menyatakan setuju dan 8 orang
(26.7%) menyatakan sangat setuju. Tiada responden yang memilih untuk menyatakan
sangat tidak setuju bagi soalan itu.
Bagi item kesepuluh, seramai 2 orang (6.7%) menyatakan tidak pasti, 19 orang
(63.3%) menyatakan setuju dan 9 orang (30.0%) menyatakan sangat setuju. Tiada
responden yang memilih untuk menyatakan tidak setuju dan sangat tidak setuju bagi
soalan itu.

34

Jadual 4.11 : Analisa Skor Min dan Sisihan Piawai Untuk Item Sikap
(rujuk Lampiran K)
Item

Soalan

Skor Min

Sisihan

1.
2.

Pelajar saling berinteraksi antara satu sama lain.


Pelajar boleh mengemukakan idea semasa aktiviti

4.13
4.33

Piawai
.82
.61

3.
4.
5.

perbincangan dijalankan.
Pelajar bekerjasama semasa aktiviti kumpulan.
Pelajar membantu pelajar lain yang lemah.
Pelajar melibatkan diri secara aktif semasa proses

4.23
4.20
4.00

.68
.71
.70

pengajaran dan pembelajaran.


PURATA

4.17

.70

Jadual 4.11 menunjukkan dapatan skor min pelajar dari aspek sikap (item 1
hingga 5) pelajar terhadap kaedah pembelajaran masteri dalam pengajaran dan
pembelajaran dalam menyelesaikan tajuk sel ini. Dengan menggunakan Interpretasi
Skor Min yang dicadangkan oleh Mohd. Najib (1998) (rujuk Jadual 4.8), berikut adalah
interpretasi skor min bagi kajian sikap responden terhadap pembelajaran masteri.
Skor min bagi item pertama ialah 4.13. Ini bermakna responden positif
berinteraksi antara satu sama lain semasa menyelesaikan masalah. Bagi item kedua
pula, skor min adalah 4.33 bermaksud responden positif mengemukakan idea semasa
perbincangan dijalankan. Bagi item ketiga, skor min ialah 4.23 bermaksud responden
positif memberi kerjasama semasa aktiviti kumpulan dijalankan. Bagi item keempat
pula, skor min adalah 4.20 bermaksud responden positif membantu pelajar lain yang
lemah dalam menguasai kemahiran yang sedang dipelajari. Seterusnya bagi item kelima
pula, skor min adalah 4.00 bermaksud responden positif melibatkan diri secara aktif
semasa proses pengajaran dan pembelajaran menggunakan kaedah pembelajaran
masteri. Purata bagi skor min ialah 4.17 membawa maksud responden sangat berminat
menunjukkan sikap yang positif terhadap pengajaran dan pembelajaran menggunakan
kaedah masteri ini.

35

Jadual 4.12 : Analisa Skor Min dan Sisihan Piawai Untuk Item Minat
(rujuk Lampiran L)
Item

Soalan

Skor Min

Sisihan

6.

Pelajar seronok semasa menjalankan aktiviti

4.40

Piawai
.49

7.

menggunakan kaedah pembelajaran masteri.


Saya lebih mudah menerima isi pelajaran apabila

4.30

.59

8.

menggunakan kaedah pembelajaran masteri.


Setelah mengamalkan kaedah pembelajaran

4.17

.59

4.03

.76

masteri.
Saya ingin menggunakan kaedah pembelajaran

4.23

.56

masteri dalam setiap tajuk sains.


PURATA

4.22

0.59

masteri, saya dapat menyelesaikan latihan dan


9.

aktiviti dengan lebih mudah.


Saya berminat untuk belajar sains dengan lebih
lanjut setelah menggunakan kaedah pembelajaran

10

Jadual 4.12 menunjukkan dapatan skor min pelajar dari aspek minat (item 6
hingga 10) pelajar terhadap kaedah pembelajaran masteri dalam pengajaran dan
pembelajaran dalam menyelesaikan tajuk sel ini. Dengan menggunakan Interpretasi
Skor Min yang dicadangkan oleh Mohd. Najib (1998) (rujuk Jadual 4.8), berikut adalah
interpretasi skor min bagi kajian minat responden terhadap pembelajaran masteri.
Skor min bagi item keenam ialah 4.40. Ini bermakna responden positif seronok
semasa menjalankan aktiviti menggunakan kaedah pembelajaran masteri. Bagi item
ketujuh pula, skor min adalah 4.30 bermaksud responden positif untuk mudah
menerima isi pelajaran apabila menggunakan kaedah pembelajaran masteri. Bagi item
kelapan, skor min ialah 4.17 bermaksud responden positif dapat menyelesaikan latihan
dan aktiviti dengan lebih mudah setelah belajar menggunakan kaedah pembelajaran

36

masteri. Bagi item kesembilan pula, skor min adalah 4.03 bermaksud responden positif
dan berminat untuk belajar sains dengan lebih lanjut setelah menggunakan kaedah
pembelajaran masteri. Seterusnya bagi item kesepuluh pula, skor min adalah 4.23
bermaksud responden positif ingin menggunakan kaedah pembelajaran masteri dalam
setiap tajuk sains. Purata bagi skor min bagi minat ialah 4.22 membawa maksud
responden sangat menunjukkan minat yang positif terhadap pengajaran dan
pembelajaran menggunakan kaedah masteri.

4.4

Penutup
Daripada dapatan kajian, didapati bahawa kaedah pembelajaran masteri adalah

pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang berfokus kepada kefahaman pelajar


dalam menguasai setiap topik. Melalui kaedah pembelajaran ini, pelajar berpeluang
untuk mencapai objektif yang ditentukan oleh guru. Terdapat banyak peningkatan
diantara ujian pra dan ujian pos yang telah dijalankan. Ini dapat dilihat dengan melihat
jumlah skor min di antara kedua-dua ujian tersebut iaitu 64.00 bagi ujian pra dan
meningkat kepada 75.67 bagi ujian pos. Ini menunjukkan terdapat peningkatan kualiti
pengajaran dan pembelajaran dalam kaedah pembelajaran masteri. Terdapat juga
perbezaan yang signifikan dari segi prestasi pelajar di antara kaedah pembelajaran
masteri dengan kaedah tradisional. Bagi melihat sikap pelajar terhadap pembelajaran
masteri didapati majoriti soalan yang berkaitan aspek ini memperlihatkan skor min yang
tinggi iaitu dengan tafsiran hampir selalu. Bagi melihat minat pelajar terhadap
pembelajaran masteri didapati majoriti soalan yang berkaitan aspek ini memperlihatkan
skor min iaitu 4.22 dengan sisihan piawai 0.59.
BAB 5

KESIMPULAN

37

5.1

Pendahuluan
Bab ini merumuskan dapatan kajian yang telah dibincangkan dalam bab 4.

rumusan dan kesimpulan yang dibuat adalah berdasarkan persoalan-persoalan kajian


yang telah dibina. Di samping itu, beberapa cadangan akan dikemukakan oleh pengkaji
yang boleh digunakan untuk kajian lanjutan.

5.2

Perbincangan Dapatan Kajian


Kajian ini merupakan satu kajian kes mengenai keberkesanan kaedah

pembelajaran masteri dalam pengajaran dan pembelajaran sel adalah unit dalam
hidupan. Kajian ini telah dijalankan di sebuah sekolah menengah di Daerah Pontian
selama enam minggu. Sampel kajian kes adalah terdiri daripada 30 orang pelajar
Tingkatan Satu Rancangan Khas.
Instrumen kajian yang digunakan dalam kajian ini ialah ujian pra, ujian pos dan
soal selidik. Pengkaji menggunakan perisian SPSS 11.0 untuk menganalisa dapatan
hasil kajian. Dapatan kajian dibincangkan berdasarkan persoalan kajian 1, 2 dan 3
dengan tajuk berikut:
1) Apakah keberkesanan kaedah pembelajaran masteri dalam tajuk sel
adalah unit dalam hidupan di tingkatan satu?
2) Apakah sikap pelajar mengenai kaedah pembelajaran masteri dalam
pengajaran dan pembelajaran sel adalah unit dalam hidupan di tingkatan
satu meningkat?
3) Apakah minat pelajar mengenai kaedah pembelajaran masteri dalam
pengajaran dan pembelajaran sel adalah unit dalam hidupan di tingkatan
satu meningkat?

5.2.1

Perbincangan Persoalan Kajian 1 (Ujian Pra dan Ujian Pos)

38

Sebelum para pelajar ini masuk ke tingkatan satu, pihak pentadbir sekolah telah
menganalisa keputusan peperiksaan UPSR mereka. Berdasarkan keputusan UPSR, para
pelajar ini ditempatkan ke kelas masing-masing. Pelajar-pelajar dalam Tingkatan Satu
Rancangan Khas terdiri daripada pelajar yang mempunyai tahap pencapaian sains yang
baik iaitu gred A, B dan C sahaja. Sebelum kaedah pembelajaran masteri dilaksanakan,
pengkaji telah mentadbir ujian pra kepada pelajar-pelajar. Setelah aktiviti pembelajaran
dan pengajaran menggunakan kaedah pembelajaran masteri, ujian pos pula dijalankan
ke atas pelajar tersebut. Ujian pos ditadbir bertujuan untuk melihat sejauh mana
keberkesanan pembelajaran masteri dalam pengajaran dan pembelajaran di dalam tajuk
sel adalah unit dalam hidupan.
Sampel kajian ini terdiri daripada tiga puluh orang pelajar di dalam satu kelas.
Pelajar-pelajar ini dipilih kerana mereka tidak menghadapi peperiksaan umum pada
tahun ini. Jadual 4.1 menunjukkan sampel kajian terdiri daripada 13 orang (43.3%)
pelajar lelaki dan 17 orang (56.7%) pelajar perempuan. Semua pelajar ini terdiri
daripada kaum Melayu sahaja.
Berdasarkan keputusan ujian pra dan ujian pos yang telah dijalankan, didapati
bahawa jumlah pelajar mendapat gred A dan B meningkat semasa ujian pos berbanding
dengan ujian pra. Dalam ujian pra, hanya 5 orang (16.7%) sahaja mendapat gred A, 12
orang (40%) mendapat gred B dan 13 orang (43.3%) mendapat gred C. Tiada pelajar
mendapat gred D dan E dalam kelas tersebut.
Manakala keputusan ujian pos pula ialah 11 orang (36.7%) pelajar mendapat
gred A dan 19 orang (63.3%) mendapat gred B. Tiada pelajar yang mendapat gred C, D
dan E dalam ujian itu.
Antara kedua-dua ujian ini dapat dilihat bahawa pelajar telah dapat menguasai
objektif pembelajaran dengan lebih baik dan berkesan dengan menggunakan kaedah
pembelajaran masteri. Mereka dapat mengenalpasti dan menguasai fakta-fakta yang
penting dengan menggunakan pelbagai teknik pembelajaran yang dijalankan. Motivasi

39

yang diberikan kepada pelajar juga turut membantu meningkatkan prestasi mereka.
Contohnya, mereka akan mendapat ganjaran dan pengiktirafan berbentuk pelekat
bintang. Ini akan mewujudkan persaingan antara mereka untuk mendapat markah yang
tinggi bagi setiap soalan kuiz atau latihan yang diberikan.
Daripada dapatan di atas, boleh dinyatakan bahawa tahap pencapaian sains
pelajar telah meningkat sebanyak 20% bagi gred A dan B setelah melalui kaedah
pembelajaran masteri.

5.2.2

Perbincangan Persoalan Kajian 2 (Sikap)


Hasil dapatan kajian daripada 10 item soal selidik menunjukkan skor min purata

4.17 dengan sisihan piawai 0.70 bagi kategori sikap (item 1 hingga 5) iaitu pelajar
sentiasa bersikap positif dan saling bekerjasama semasa aktiviti dijalankan untuk
menyelesaikan tugasan yang diberi. Di dalam kajian ini, pelajar yang menganggapkan
diri mereka kurang berkebolehan telah menyatakan bahawa mereka mendapat
bimbingan melalui pengayaan dan pemulihan yang mereka jalani ketika sesi pengajaran
dan pembelajaran dijalani. Mereka perlu belajar dan bukan bertanding dengan rakan
yang lain. Ini adalah kerana penguasaan hasil pembelajaran dinilai bagi setiap individu
dan bukannya dibandingkan pencapaiannya dengan murid lain. Guru memainkan
peranan dengan merancang program pemulihan bagi murid yang belum menguasai
kemahiran yang hendak dicapai. Murid haruslah bermotivasi, terarah kendiri dan tekun
dalam menghadapi pembelajaran. Pembelajaran masteri memberi peluang kepada murid
memperbaiki prestasi diri.
Oleh itu, murid haruslah bersungguh-sungguh dalam memainkan peranan seperti
yang dinyatakan disamping memiliki keyakinan diri, tidak mudah putus asa, boleh
mengubahsuai cara berfikir dan bekerjasama dengan murid lain. Namun, masih terdapat
sebilangan kecil pelajar memerlukan masa yang secukupnya untuk menghilangkan
perasaan rendah diri ketika sesi pemulihan dijalankan.

40

5.2.3

Perbincangan Persoalan Kajian 3 (Minat)


Bagi kategori minat (item 6 hingga 10) pula, skor min purata ialah 4.22 dengan

sisihan piawai 0.59 iaitu pelajar berminat untuk menggunakan kaedah pembelajaran
masteri dalam pembelajaran mereka.
Melalui kaedah pembelajaran ini, pelajar berpendapat bahawa mereka lebih
berminat untuk memahami topik melalui teknik pembelajaran yang dijalankan
menggunakan kaedah pembelajaran masteri. Maklum balas pelajar menunjukkan
bahawa terdapat sebahagian pelajar yang merasakan mereka lebih berkeyakinan untuk
menggunakan kaedah pembelajaran ini dalam menguasai topik-topik yang lain dengan
lebih baik berbanding sebelum ini.

5.3

Kesimpulan Dapatan Kajian


Hasil dapatan kajian ini menunjukkan bahawa terdapat perbezaan prestasi

pelajar dalam ujian pra dan ujian pos dalam tajuk sel adalah unit dalam hidupan.
Pembelajaran menggunakan kaedah masteri ini berupaya meningkatkan pencapaian
prestasi pelajar kerana mereka boleh berinteraksi dengan guru dan sesama sendiri.
Interaksi yang pelbagai hala ini mampu meningkatkan penguasaan pelajar.
Di samping itu, hasil dapatan kajian juga menunjukkan bahawa pelajar bersikap
positif dalam pembelajaran masteri. Apabila pelajar mempunyai sikap positif dan minat
yang tinggi untuk belajar, maka tahap pencapaian prestasi pelajar juga akan meningkat.
Pelajar berpendapat mereka lebih mudah memahami dan menyelesaikan pelbagai
aktiviti dan latihan melalui perbincangan dengan rakan sekumpulan.
Setelah pembelajaran masteri dijalankan, didapati pelajar lebih berminat, berasa
seronok dan lebih yakin diri terhadap mata pelajaran sains kerana kaedah pembelajaran
masteri ini membantu mereka mengukuhkan lagi pemahaman terhadap topik yang
dipelajari.

41

5.3

Implikasi Kajian dan Cadangan


Berdasarkan dapatan kajian yang menunjukkan prestasi pelajar selepas melalui

proses pembelajaran masteri adalah lebih tinggi dan signifikan. Implikasinya di sini
menunjukkan pembelajaran masteri boleh dijadikan sebagai salah satu alternatif kepada
strategi yang sedia ada yang sedia digunakan di dalam pengajaran dan pembelajaran
matapelajaran sains.
Implikasi daripada dapatan-dapatan tersebut, pengkaji perlu menggunakan
kaedah pembelajaran masteri di dalam proses pengajaran dan pembelajaran kerana
kaedah tersebut telah banyak diuji dan didapati dapat membantu meningkatkan
pencapaian prestasi pelajar. Tambahan pula, kaedah tersebut adalah selaras dengan
konsep KBSM dan konsep sekolah bestari yang mementingkan interaksi pelbagai hala
antara guru, pelajar dan bahan.
Berikut adalah beberapa cadangan untuk melaksanakan pembelajaran masteri
yang lebih berkesan:

5.4.1

Memperkenalkan Kaedah Pembelajaran Masteri Kepada Pelajar


Bagi memastikan pelaksanaan pembelajaran masteri, pengkaji perlu
memberikan pengenalan ringkas mengenai maksud, kaedah dan teknik
pembelajaran masteri yang digunakan terhadap pelajar. Melalui gambaran yang
jelas tentang kaedah pembelajaran ini, ianya membolehkan pelajar memainkan
peranan mereka dengan sebaik-baiknya. Di dalam sesi penerangan itu, pelajar
diberi peluang untuk bertanya dan memahami kaedah pembelajaran yang
diperkenalkan. Pelajar digalakkan untuk berinteraksi dalam pelbagai hala
diantara guru, pelajar dan bahan.

42

5.4.2

Pembentukan Kumpulan Pelajar


Dalam matapelajaran sains, pelajar menggunakan makmal sains ketika
sesi pengajaran dan pembelajaran mereka. Mereka digalakkan memilih ahli
kumpulan sendiri untuk memudahkan mereka berinteraksi dan melakukan
pelbagai aktiviti yang dijalankan. Bilangan ahli kumpulan adalah empat orang
dalam satu kumpulan. Bilangan pelajar seramai lima atau enam orang adalah
kurang sesuai.

5.4.3

Pengajaran Guru dan Penggunaan Bahan Bantu Mengajar


Memandangkan kaedah pembelajaran masteri mengutamakan interaksi
pelbagai hala antara pelajar menyebabkan masa penyampaian isi pelajaran
secara kuliah menjadi lebih singkat. Maka, sewajarnya pengkaji membuat
persediaan mengajar yang lebih terancang dan menggunakan bahan bantu
mengajar dengan sebaik-baiknya. Pengkaji masih perlu memberikan penerangan
yang jelas kepada pelajar bagi membantu mereka membuat aktiviti secara
individu atau kumpulan. Oleh kerana masa untuk pengajaran secara kuliah
terhad, maka topik yang dipilih perlu disampaikan secara berperingkat dan
mengikut unit-unit kecil dan bukannya secara sekaligus.
Pemilihan unit ini adalah mengikut kesesuaian tahap pelajar dan
kebolehan pelajar beraktiviti dalam kumpulan mereka. Langkah-langkah
pengajaran dan pembelajaran perlu mengambil kira penglibatan pelajar secara
keseluruhan. Contohnya, dalam menggunakan kaedah eksperimen. Pelajar dan
ahli kumpulan mereka perlu mengetahui tugas dan tanggungjawab mereka
dalam kumpulan. Prosedur hendaklah disampaikan dengan jelas dan terang
kepada setiap murid. Pelajar dalam kumpulan kecil mestilah memainkan
peranan yang aktif dan menyeluruh.

43

Manual kerja dan pelbagai bahan bantu mengajar hendaklah disediakan


dengan baik dan tersusun. Ini memudahkan guru memainkan peranan secara
minimum dan murid dapat berinteraksi dengan bahan dengan maksimum. Dalam
kaedah pembelajaran ini, guru adalah sebagai fasilitator, pembimbing dan
rujukan kepada pelajar-pelajarnya.

5.4.4

Aktiviti Kerja Berkumpulan


Semasa aktiviti kerja kumpulan terutama semasa melakukan eksperimen
(rujuk Lampiran M), pengkaji berperanan sebagai fasilitator dan membantu
kumpulan yang menghadapi sebarang masalah. Pada masa aktiviti dijalankan,
pengkaji dapat mengesan sebarang masalah yang timbul di dalam sesuatu
kumpulan seperti ahli kumpulan yang kurang bekerjasama, ahli kumpulan
membuat kerja secara individu atau hanya pelajar tertentu menguasai kumpulan.
Masalah-masalah tersebut perlu di atasi dengan segera oleh pengkaji supaya
tidak menjejaskan tumpuan pelajar di dalam kelas. Justeru itu, pengkaji tidak
seharusnya mengabaikan pelajar yang lemah sehingga tidak dapat mengikuti
perkembangan yang berlaku di dalam kumpulan.

5.5 Penutup
Antara aspek lain yang perlu diambil kira di dalam kajian selanjutnya adalah kesan
pembelajaran masteri ke atas pelajar mengikut tahap kebolehan yang berbeza, tahap
penglibatan pelajar di dalam pembelajaran masteri, setakat mana pengkaji
melaksanakan pembelajaran masteri dan persepsi pengkaji yang terlibat di dalam kajian.
Kajian yang menggunakan kaedah pembelajaran masteri yang lain seperti teknik
pembelajaran yang dilakukan sama ada secara eksperimen, kajian, kaedah lapangan,
pembelajaran bersama atau sebagainya adalah perlu bagi memperkayakan lagi kaedah
pembelajaran masteri yang boleh disesuaikan dalam konteks pendidikan Malaysia hari

44

ini dan di masa hadapan. Diharap kaedah ini menjadi satu teknik pengajaran dan
pembelajaran yang dapat meningkatkan prestasi pelajar-pelajar secara menyeluruh dan
berkesan.

RUJUKAN
Abd. Fatah Hasan (2002), Penggunaan Minda Secara Optimum Dalam Pembelajaran,
Bentong: PTS Publications & Distributors Sdn Bhd.
Ainon Mohd. & Abdullah Hasan (2002), Guru Sebagai Pendorong Dalam Darjah,
Bentong: PTS Publications & Distributors Sdn Bhd.

45

Anderson, L.W. and Block J.H. (1991), Mastery Learning Models, in Dunkin M.J. (ed)
The International Encyclopedia of Teaching and Teacher Education. New York:
Pergamon Press.
Atan Long (1978), Psikologi Pendidikan, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Coelho, E. (1994), Learning together in multicultural classroom, Ontario: Pippin
Publishing Limited.
De Corte, E. & Verschaffel (1990), Teaching words problems in the primary school:
What research has to say to the taecher? In Greer, G.B. & Mulhern, (ed). New
Direction in Mathematics Education. London: Routledge.
Fink & Kosecoff (1998), How to conduct surveys, Thousand Oaks, Third edition, CA:
SAGE Gabor.
http://myschoolnet.ppk.kpm.my/pNp/pengenalan.htm, Pembelajaran Kaedah Masteri.
http://www.geocities.com, Pembelajaran Masteri.
http://www.teacherseock.net/masteri3.htm, Mastery Learning.
http://www.ppk.kpm.my, Kaedah Pembelajaran Masteri.
http://www.teachersrock.net/rencana.htm,

Rencana-rencana

Pengajaran

dan

Pembelajaran ke Arah Pembelajaran Masteri Kaedah Pembelajaran Koperatif


(BPG, 1995).
http://myschoolnet.ppk.kpm.my/sp_hsp/sains/kbsm/sp_sains_teras.pdf, sp_sains_teras.
John B. Carroll, Benjamin Bloom, and Madeline Hunter (1987), Mastery Learning,
Lecture, ACSA.

46

Kamarudin Hj. Husin, Kamarul Azhar (1994), Asas Pendidikan 1 (Dinamika Sekolah
dan Bilik Darjah), Longman Malaysia.
Mohd. Najib Abd. Ghafar (1999), Penyelidikan Pendidikan, Skudai: Penerbit Universiti
Teknologi Malaysia.
Pusat Perkembangan Kurikulum (1997), Konsep dan Pelaksanaan Pembelajaran
Masteri

Dalam

KBSR

dan

KBSM,

Pusat

Perkembangan

Kurikulum,

Kementerian Pendidikan Malaysia.


Pusat Perkembangan Kurikulum (1994), Laporan Bengkel Kebangsaan Ke Arah
Mastery Learning. Kuala Lumpur: Pusat Perkembangan Kurikulum.
Pusat Perkembangan Kurikulum (2000), Pelaksanaan Pembelajaran Masteri Dalam
Pengajaran dan Pembelajaran Sains, Pusat Perkembangan Kurikulum,
Kementerian Pendidikan Malaysia.
Pusat Perkembangan Kurikulum (2001), Modul Pembelajaran Masteri, Pusat
Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia.
Ralph W. Tyler (1991), Prinsip Asas Kurikulum Dan Pengajaran (Terjemahan), Unit
Penerbitan Akademik Universiti Teknologi Malaysia.
Sidek Mohd Noah (2002), Reka bentuk penyelidikan. Falsafah, Teori dan Praktis,
Serdang: Penerbit UPM.
Tang, C. Y (1989), Psikologi Perkembangan, Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn.
Bhd.
Teuku Iskandar (1979), Kamus Dewan, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka.

47

Webb, N. M. (1982), Student interaction learning in small groups. Review of


Educational Research.
Yap Chee Mon, Nor Hasidah Ishak & Siti Fatimah Kassim (2006), Memory Mastery
Through mind-maps and Diagrams, Seri Kembangan: PNI Neuron (M) Sdn.
Bhd.
Zurida Ismail, Syarifah Norhaidah Syed Idros, Mohd Ali Samsudin (2005), Kaedah
Mengajar Sains, PTS Professional Publishing Sdn. Bhd.

48

Anda mungkin juga menyukai