Anda di halaman 1dari 2

REFLEKSI INDIVIDU

Tugasan ini adalah satu tugasan wajib yang perlu dilaksanakan secara
berkumpulan untuk kursus Permainan(MPU3041) ini. Pensyarah Pembimbing untuk
kursus ini adalah En. Abdul Halim Bin Abdul Wahab. Kumpulan kami terdiri daripada
saya sendiri iaitu Govintharaj, Pushpaveni dan Chiong Ching Ting. Dalam
pelaksanaan tugasan ini, kami perlu menyediakan satu rancangan pengajaran satu
kemahiran asas permainan selama 60 minit,berdasarkan rancangan tersebut kami
dikehendaki melaksanakan satu simulasi pengajaran dan pembelajaran.
Dalam menghasilkan tugasan ini, terdapat satu kekuatan yang sangat ketara
adalah kerjasama di antara ahli kumpulan kami iaitu seperti yang telah dinyatakan di
atas. Kumpulan kami telah berbincang setelah menerima tugasan ini. Perbincangan
telah berjalan dengan sangat baik dan proses pembahagian tugas juga amat mudah
dengan sokongan dan kerjasama semua ahli kumpulan. Setelah menyediakan satu
rancangan pengajaran bahagian masing-masing tersebut, kami kumpul hasil dalam
satukan menjadi rancangan pengajaran yang lengkap. Semua ahli kumpulan
memberikan komitmen yang sangat baik. Kesefahaman dan kerjasama yang kuat ini
merupakan satu kekuatan yang amat mendorong kumpulan kami untuk menghasilkan
tugasan ini. Bimbingan daripada pensyarah juga amat memberikan bantuan dalam
menghasilkan tugasan yang terbaik bagi kumpulan kami.
Terdapat beberapa masalah dan kelemahan yang kami hadapi dalam
menghasilkan tugasan ini. Pada mulanya, tugasan ini memberi tekanan kepada kami
kerana kerisauan tempoh menyiapkan kerja kursus ini. Setelah mula, kami sedar dan
yakin pada diri sendiri bahawa, kami boleh menyiapkannya dalam tempoh yang
ditetapkan. Proses pertama kami buat untuk memulakan kerja kursus ini ialah
merancang atau mendrafkan kerja kursus ini terlebih dahulu. Seterusnya,
perbincangan dibuat dengan rakan-rakan sekelas dan pensyarah. Dalam proses
menyiapkan tugasan ini, kami mencari maklumat berkaitan dengan tugasan baik
dalam internet mahupun buku di perpustakaan. Semasa sesi pengajran mikro,
terdapat sedikit kelemahan bagi kumpulan kami dari beberapa bahagian, namun
keadaan tersebut telah diperbetulkan oleh Pensyarah Pembimbing iaitu En. Abdul
Halim Bin Abdul Wahab.

Melalui tugasan ini, kami dapat mengetahui cara membuat Rancangan


Pengajaran dan juga dapat mempelajari serta dapat pengalaman mengajar melalui
simulasi pengajaran dan pembelajaran yag telah dilakukan. Melalui pelaksanaan
tugasan dalam subjek ini, saya mempelajari bahawa sebagai sseorang guru, kita
haruslah menguasai dan mempunyai pengetahuan kemahiran asas permainan..

Manakala, dari segi nilai murni yang kami dapat pelajari sepanjang
melaksanakan tugasan ini, kami belajar untuk lebih menghargai masa yang diberi
untuk menyiapkan tugasan ini. Maksudnya, apabila sudah mendapat soalan tugasan
daripada pensyarah, kami haruslah bertindak lebih proaktif dengan melaksanakan
tugasan ini dengan seberapa langsung. Hal ini kerana, jika kami dapat melaksanakan
tugasan ini lebih awal lagi, kami akan dapat mengelakkan untuk melaksanakan
tugasan pada saat-saat akhir bagi memastikan tugasan yang kami hasilkan adalah
benar-benar berkualiti dan menepati standard atau piawai yang telah ditetapkan.

Tuntasnya, saya bersyukur kerana dapat menyiapkan tugasan ini dengan


sempurnanya dan berharap hasil yang kami berikan menepati kehendak yang
diperlukan. Paling penting, pengetahuan dan kemahiran yang telah kami pelajari
sepanjang melaksanakan tugasan ini sudah pasti menjadi nilai tambah kepada
pengetahuan dan kemahiran sedia ada saya.

Anda mungkin juga menyukai