Anda di halaman 1dari 1

UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING DI SEKOLAH

Unit Bimbingan dan Kaunseling (UBK) di sekolah merupakan satu perkhidmatan yang
bertujuan membantu seseorang individu itu untuk mengesan, menghadapi,
memahami dan menerima segala potensi dan kekurangan yang ada pada dirinya dan
memperkembangkan interaksinya dengan individu-individulain supaya ia dapat
mengatasi masalah apa jua pun di dalam kehidupannya sehari-hari. Seseorang
individu itu akan dijangka akan dapat menyesuaikan diri dengan alam
persekitarannya.

        Unit Bimbingan dan Kaunseling  (UBK) Sekolah Menengah Kebangsaan Tagasan
(SMKT) telah sedia ada sebelumnya sebelum kaunselor ditempatkan disni. UBK akan
terus melangkah dan mengembangkan aktivitinya secara menyeluruh dengan
adanya sokongan dari pihak pentadbir seperti pengetua dan juga guru-guru SMK
Tagasan. Diharap dengan adanya perkhidmatan ini akan dapat memberikan
sumbangan yang bermakna kepada semua warga pelajar di sekolah ini.

       Perkhidmatan ini akan cuba mengubah tanggapan pelajar dan guru supaya
tidak mengandaikan bahawa Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling hanya untuk
mengatasi masalah pelajar sahaja. Pemahaman baru perlu diterapkan kepada
masyarakat sekolah bahawa perkhidmatan ini mempunyai skop yang luas dan tidak
seperti yang dijangkakan. Ini  dapat dilakukan dengan memperbanyakkan iklan
supaya masyarakat sekolah dapat dijuruskan pemikiran mereka tentang
perkhidmatan yang ditawarkan.
       
        Daripada apa yang dikemukakan oleh kebanyakan pelajar dalam tempoh yang
lepas, kebanyakannya meluahkan masalah tentang akademik, peribadi dan juga
kerjaya. Sehubungan dengan itu, UBK akan dapat memberikan lebih banyak
tumpuan dalam bidang tersebut. Kerjasama dan kepercayaan yang begitu tinggi
daripada pihak pentadbir sekolah akan dapat memberikan kekuatan kepada UBK
untuk bergerak dengan lebih aktif demi kebajikan pelajar dan juga kebaikan
sekolah.

Anda mungkin juga menyukai