Anda di halaman 1dari 24

SENARAI KANDUNGAN

BIL. PERKARA MUKA SURAT

1. SENARAI KANDUNGAN 1

2. PENGHARGAAN 2

3. PENULISAN AKADEMIK

- TRANSKRIPSI TEMU BUAL 3-10

- ANALISIS RANCANGAN 11-14


TAHUNAN
- ANALISIS MINAT KERJAYA 14-17
MURID
- KESIMPULAN
17
4. SENARAI RUJUKAN 18

5. LAMPIRAN 19-24

1
PENGHARGAAN

Pertama sekali, saya ingin memanjatkan kesyukuran kepada Tuhan kerana dengan
limpahan berkatnya, saya dapat menyiapkan tugasan ini dengan jayanya.

Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pensyarah bagi subjek
Bimbingan kaunseling kanak-kanak, pn. Rose Maria Ira bt. Ahmad Jailani atas segala tunjuk
ajar, bantuan, nasihat serta dorongan semasa melaksanakan tugasan kerja kursus ini. Beliau
sudi membantu dan berkongsi maklumat tentang kerja kursus ini serta memberikan interaksi
yang berkesan kepada saya.

Tidak lupa juga saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan ribuan terima
kasih kepada kedua ibu bapa saya yang sentiasa prihatin terhadap kebajikan saya. Saya amat
berterima kasih kerana segala sumbangan kewangan yang diberikan amat berguna kepada
saya untuk melaksanakan tugasan kerja kursus ini. Merekalah juga sebagai pembakar
semangat saya yang sentiasa memberikan sokongan kepada saya untuk menyiapkan
tugasan ini.

Saya juga ingin mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada rakan-rakan


saya yang sentiasa membantu serta memberikan pendapat mereka tentang tugasan ini
sehingga saya dapat melaksanakan tugasan kerja kursus ini. Saya bersyukur kerana saya
tidak keseorangan sepanjang menyiapkan kerja kursus ini.

Akhir kalam, saya mengucapkan terima kasih kepada semua yang telah terlibat dalam
perlaksanaan kerja kursus ini sehingga saya berjaya menyempurnakan tugasan kerja kursus
ini dengan jayanya. Semoga Tuhan memberkati kita semua. Sekian dan terima kasih.

2
1.0 PENULISAN AKADEMIK

1.1 Temu bual guru kaunseling.

Temu bual merupakan satu situasi yang mana penemu bual akan bertanya soalan kepada
seseorang atau lebih responden secara bersemuka, (Sabitha,2009). Berdasarkan tugasan
kerja kursus, saya telah melaksanakan satu sesi temu bual bersama seorang guru kaunseling
di sebuah sekolah di SK Putrajaya Presint 11(1) yang merupakan sebuah sekolah tempat
saya menjalankan praktikum pada semester lalu. Saya telah menemubual puan Athiah binti
Mohd Hassan yang merupakan seorang guru kaunseling di sekolah tersebut. Oleh itu, saya
telah menyediakan beberapa soalan untuk disoal kepada guru kaunseling tersebut. Rajah 1
dibawah menunjukkan fokus soalan yang telah dibincangkan dalam aktiviti temu bual
bersama guru kaunseling.

 Jenis-jenis perkhidmatan di sekolah rendah

Soalan temu bual


 Aktiviti kaunseling di sekolah
bersama guru
kaunseling

 Manfaat perkhidmatan dan aktiviti kepada


murid

Rajah 1: Fokus soalan temu bual bersama guru kaunseling di SK Putrajaya Presint 11(1)

Seterusnya, saya telah menghasilkan satu transkripsi temu bual berdasarkan temu
bual bersama puan Athiah, guru kaunseling SK Putrajaya Presint 11(1) selama 20-30 minit di
bilik kaunseling. Sesi temu bual telah berjalan dengan lancar dan perbincangan dijalankan
dengan baik. Hasilnya saya telah mendapat maklumat berdasarkan fokus soalan yang telah
disediakan.

3
TRANSKRIPSI TEMU BUAL GURU
KAUNSELING

4
1.2 Transkripsi temu bual

Nick : Selamat pagi cikgu.

Puan Athiah : Selamat pagi Nick.

Nick : Cikgu sihat? Cikgu apa khabar?

Puan Athiah : Syukur kepada Tuhan, saya sihat dan semuanya baik-baik saja.

Nick : Ya cikgu. Baguslah semuanya baik saja. Saya sebenarnya ingin menemu
bual cikgu sekiranya cikgu ada waktu lapang pada masa ini.

Puan Athiah : Oh sudah tentu boleh. Nama penuh saya Puan Athiah bt Mohd. Hassan

Nick : Terima kasih cikgu. Izinkan saya menemu bual cikgu tentang beberapa
perkara pada hari ini. Tapi sebelum itu, cikgu sudah berapa lama telah menjadi
guru kaunseling?

Puan Athiah : Sebenarnya, saya telah menjadi guru kaunseling selama 7 tahun.

Nick : Wah, sudah agak lama juga cikgu menjadi guru kaunseling. Mesti sudah
banyak pengalaman yang cikgu lalui sepanjang menjadi guru kaunseling.
Baiklah cikgu, saya ingin bertanya tentang jenis-jenis perkhidmatan yang
dijalankan oleh Unit Bimbingan dan Kaunseling di sekolah ini.

Puan Athiah : Ya Nick. Memang saya sudah banyak melalui situasi berjumpa dengan murid-
murid di sekolah ini untuk bersama-sama menjalankan sesi kaunseling. Untuk
pengetahuan kamu, kaunseling merupakan suatu proses interaksi yang
membolehkan murid itu memahami diri dan persekitarannya. Saya
memfokuskan kepada murid kerana, saya seorang guru kaunseling di sekolah
rendah yang ditugaskan untuk memberi bimbingan kepada murid-murid. Bagi
soalan kamu tadi, yang berkaitan dengan jenis-jenis perkhidmatan, teras
utama jenis perkhidmatan bimbingan dan kauseling itu adalah merupakan sesi
kaunseling yang dijalankan. Namun, semasa berada di sekolah, pelbagai
program akan dilaksanakan kepada murid. Tambahan pula, pihak Kementerian
Pendidikan Malaysia (KPM) juga telah menyeru kepada semua guru
kaunseling di sekolah agar memfokuskan perkhidmatan agar membantu
meningkatkan sahsiah dan disipilin dalam kalangan murid.

5
Nick : Oh begitu. Nampaknya tugas guru kaunseling juga agak mencabar ya cikgu.

Puan Athiah : Ya, Nick. Bukan itu sahaja, setiap guru kaunseling juga perlu mengendalikan
inventori individu dan rekod bagi setiap perkara yang berkaitan bagi tujuan
rujukan. Di samping itu, setiap aktiviti bimbingan perkhidmatan bimbingan dan
kaunseling di sekolah ini juga perlu direkodkan di dalam borang yang telah
disediakan. Hal ini bertujuan agar memudahkan urusan sesuatu perkara
diselesaikan dengan terancang dan dijadikan sebagai rujukan kepada
maklumat-maklumat murid.

Nick : Oh begitu. Cikgu, apakah kepentingan perkhidmatan inventori individu ini


khusunya kepada murid?

Puan Athiah : Perkhidmatan inventori dan rekod ini sememangnya penting kerana ianya
bertujuan untuk memberikan maklumat tentang pencapaian dan kemajuan
murid. Selain itu melalui perkhidmatan inventori juga mampu mengenalpasti
murid-murid bermasalah untuk diserapkan ke dalam kelas pemulihan. Bukan
sahaja itu, Unit bimbingan dan kaunseling di sekolah turut menjalankan
pentaksiran psikometrik bagi murid-murid Tahun 3 dan 6. Murid-murid Tahun
3 harus menjalani Ujian Aptitud Am bagi mengetahui tahap perkembangan
pembelajaran mereka. Hasil daripada ujian yang dijalankan bagi tahun 3 akan
dibentangkan dalam mesyuarat yang melibatkan guru-guru tahun 3. Untuk
tahun 6 pula, ujian aptitud dijalankan sebelum peperiksaan UPSR oleh guru
kaunseling. Hal ini adalah bertujuan untuk melihat kesesuaian murid untuk
meneruskan persekolahan di sekolah menengah seperti sekolah berasrama
penuh, sekolah seni dan sebagainya.

Nick : Oh rupanya begitu. Sungguh teliti tugas seorang guru kaunseling dalam
perkhidmatan inventori kepada murid. Bagaimanakah pula dengan
perkhidmatan dan aktiviti kaunseling di sekolah?

Puan Athiah : Ya. Sebagai seorang guru kaunseling, kami haruslah sangat teliti dengan
tugas kami. Ada segelintir masyarakat yang menganggap tugas guru
kaunseling tidak penting di sekolah. Namun, hakikatnya, tugas guru kaunseling
juga memainkan peranan penting di sekolah. Baiklah, untuk pengetahuan
Nick, kaunseling terbahagi kepada dua iaitu kaunseling individu dan kaunseling
kelompok. Kauseling individu ialah sesi kaunseling yang melibatkan dua
individu iaitu seorang kaunselor dan seorang klien. Dalam sesi ini, kaunselor
akan berbincang dengan klien tentang masalah ataupun isu yang dihadapi oleh

6
klien tersebut. Dalam situasi ini, peranan kaunselor amat penting dalam
membantu klien dalam menyelesaikan masalah ataupun isu yang dihadapi
oleh klien tersebut. Seterusnya, bagi kaunseling kelompok pula, ianya
melibatkan lebih daripada seorang klien. Dalam sesi ini, kaunseling kelompok
membuka peluang klien-klien yang lain untuk mengutarakan pendapat mereka
mengenai masalah ataupun isu yang dibincangkan bersama melalui sesi
kaunseling kelompok. Hal ini juga dapat mewujudkan hubungan silaturahim
diantara kaunselor dan para klien. Selain itu, dalam sesi kaunseling yang
dijalankan, sudah semestinya pihak Unit Bimbingan dan Kaunseling akan
menyediakan pelbagai aktiviti menarik dalam sesi kaunseling tidak kiralah
kaunseling individu ataupun kelompok. Antara aktiviti kaunseling yang
selalunya saya laksanakan di sekolah ini ialah saya melaksanakan aktiviti
perbincangan tentang sesuatu isu dan saya menerapkan terapi yang sesuai
dalam sesi perbincangan tersebut. Terapi kaunseling ini sebenarnya banyak
dan guru kaunseling bebas memilih terapi yang sesuai untuk dijalankan.
Antaranya, terapi muzik, terapi seni, terapi bermain, terapi bercerita serta terapi
biblio. Bagi saya pula, selalunya saya akan mempelbagaikan terapi kaunseling
ini kepada murid. Contohnya, pada minggu ini, saya melaksanakan terapi seni.
Manakala pada minggu hadapan pula, saya melaksanakan terapi bermain di
dalam sesi kaunseling saya. Oleh itu, aktiviti kaunseling sebenarnya seronok
dan dapat membantu murid dalam meluahkan masalah mereka melalui terapi-
terapi yang telah diterapkan.

Nick : Wah, sungguh banyak ya terapi kaunseling ini. Adakah aktiviti kaunseling ini
berkesan melalui terapi yang dijalankan itu?

Puan Athiah : Seperti mana yang telah saya katakan tadi, ya, aktiviti kaunseling mendapat
sambutan yang positif oleh murid. Melalui pemerhatian saya, semua aktiviti
dapat melibatkan murid secara aktif dan hasilnya adalah efektif. Oleh itu, guru
kaunseling haruslah bijak dalam mengendalikan aktiviti yang dirancang agar
dapat menarik minat murid dalam mengikuti sesi kaunseling ini.

Nick : Ya, saya sangat bersetuju dengan pernyataan cikgu. Sebagai seorang guru,
kita haruslah bijak merancang aktivtiti yang dapat menarik minat murid agar
murid dapat menerima input secara berkesan. Baiklah cikgu, saya ingin
bertanya tentang klien. Adakah klien ini dipanggil ke sesi kaunseling secara
suka rela ataupun sebaliknya?

7
Puan Athiah : Baiklah Nick. Cikgu tertarik dengan persoalan kamu. Dalam sesi kaunseling
ini ada klien yang datang secara sukarela dan ada juga yang datang kerana
dirujuk oleh guru-guru yang lain. Klien yang mempunyai masalah disiplin
kebiasaannya dirujuk kepada pihak kami. Contohnya, pada minggu lepas
terdapat seorang murid yang telah dikenal pasti telah mencuri wang saku
rakannya. Murid ini sememangnya murid yang bermasalah kerana selalu
melakukan kesalahan disiplin di sekolah. Oleh sebab itu, murid ini telah dirujuk
oleh guru kelas untuk mengikuti sesi kaunseling yang akan dijalankan pada
hari khamis ini.

Nick : Oh begitu. Nampaknya, peranan Unit Bimbingan dan Kaunseling ini juga
membantu murid yang bermasalah. Jadinya, benarlah melalui kaunseling yang
dijalankan akan membantu mengubah sahsiah murid ke arah yang lebih baik
lagi,

Puan Athiah : Ya Nick. Kami akan sedaya upaya membantu menyelesaikan masalah murid
di sekolah ini menerusi sesi kaunseling yang dijalankan. Di samping itu,
terdapat juga sesi kaunseling perkembangan iaitu sesi perbincangan bersama
ibu bapa bagi membincang tentang prestasi dan perkembangan murid.

Nick : Wah, jadinya perbincangan antara guru dengan ibu bapa juga tidak
dikecualikan ya. Saya bersetuju dengan cara ini agar murid-murid akan
sentiasa dipantau dengan baik.

Puan Athiah : Ya, itulah salah satu usaha yang kami sebagai guru kaunseling membantu
murid-murid. Oh ya, bercakap tentang usaha, Unit Bimbingan dan Kaunseling
turut mengadakan program dan aktiviti kaunseling kepada murid yang
memfokuskan kepada kemenjadian murid selaras dengan saranan (KPM).
Sebagai contohnya, program Jom Hadir Awal Ke Sekolah telah diadakan dan
semua murid telah memberikan sambutan yang baik terhadap program
tersebut. Untuk program ini, “traffic light” telah dijadikan panduan kepada
murid untuk mengetahui masa mereka datang ke sekolah berdasarkan warna
lampu “traffic light” tersebut. “traffic light” tersebut akan diuruskan oleh guru
yang bertugas serta dibantu oleh pembimbing rakan sebaya (PRS). Hal ini
memggalakkan murid untuk sentiasa datang awal ke sekolah. Maka dengan
itu, program-program seperti ini diadakan bagi membentuk kemenjadian murid
secara holistik.

8
Nick : Wah, seronoknya program tersebut. Bagaimana pula dengan aktiviti-aktiviti
yang lain?

Puan Athiah : Selain itu, Unit Bimbingan dan Kaunseling turut merancang untuk
mengadakan program Jejak Kerjaya. Melalui program ini, murid akan diberi
pendedahan terhadap jenis-jenis kerjaya yang diminati berdasarkan aktiviti
soal selidik murid. Di samping itu, kami juga menyediakan slot selepas waktu
rehat yang berdurasi selama 10 minit untuk mendedahkan jenis-jenis kerjaya.
Sebagai contohnya, tayangan video tentang tugas seorang polis. Melalui
tayangan video tersebut, murid akan dapat menanamkan minat terhadap
kerjaya sebagai seorang polis dan mengetahui syarat-syarat untuk menjadi
seorang anggota polis pada masa akan datang. Sememangnya program Jejak
Kerjaya ini dapat memotivasikan murid terhadap kerjaya mereka pada masa
akan datang. Bukan sahaja itu, Minggu Pendidikan Pencegahan Dadah
(PPDa) akan dijalankan bagi mendedahkan tentang bahayanya pengambilan
dadah. Melalui aktiviti ini juga akan menyediakan banyak input berguna kepada
murid serta memupuk rasa menghargai diri sendiri untuk tidak mengambil
dadah. Sebenarnya, banyak lagi aktiviti dan program yang akan dijalankan
sepanjang tahun ini. Nanti saya akan berikan Rancangan Tahunan Unit
Bimbingan dan Kaunseling kepada kamu untuk dijadikan sumber rujukan
kamu.

Nick : Wah, seronoknya. Saya pula yang teruja mendengar program dan aktivit-
aktiviti yang akan dijalankan di sekolah ini. Mesti ianya seronok serta
memberikan banyak inout berguna kepada murid. Untuk Rancangan Tahunan
Unit Bimbingan dan Kaunseling, saya akan rujuk selepas ini. Baiklah cikgu,
sebelum mengakhiri sesi temu bual ini, apakah harapan cikgu sebagai selaku
guru kaunseling di sekolah ini?

Puan Athiah : Harapan saya adalah hanya ingin melihat kemenjadian murid melalui program
dan aktiviti yang dijalankan oleh Unit Bimbingan dan kaunseling. Saya juga
sangat mengharapkan agar perkhidmatan bimbingan dan kaunseling yang
dijalankan di sekolah memberi kebaikan dan manfaat berguna kepada setiap
murid untuk menjadi insan yang berguna kelak. Dengan melihat kejayaan
seseorang murid menerusi sesi kaunseling, sudah cukup membuatkan saya
rasa gembira.

9
Nick : Ya cikgu. Saya mengharapkan semua perancangan yang telah dirancang
akan dapat dijalankan dengan jayanya. Baiklah cikgu, terima kasih kerana sudi
meluangkan masa bersama saya untuk sesi temu bual ini.

Puan Athiah : Sama-sama Nick.

10
2.0 Analisis Rancangan Tahunan Unit Bimbingan dan Kaunseling

Bagi Rancangan Tahunan Unit Bimbingan dan Kaunseling untuk sekolah tersebut
telah dilampirkan pada bahagian lampiran A. Berdasarkan Rancangan Tahunan Unit
Bimbingan dan Kaunseling, saya telah mendapati pelbagai aktiviti dan program yang
dijalankan sepanjang tahun 2017 di sekolah tersebut. Kesemua program dan aktiviti yang
telah dirancang sememangnya memberikan manfaat kepada murid-murid. Program dan
aktiviti ini juga merangkumi empat aspek iaitu peningkatan disiplin diri murid,
pembangunan dan perkembangan sahsiah murid, psikososial dan kesejahteraan mental
dan pendidikan kerjaya murid.

2.1 Peningkatan disiplin diri murid

Bagi aspek peningkatan disiplin diri murid, dapat dilihat bahawa antara salah satu
program yang dijalankan adalah pelancaran Jom Hadir Awal Ke Sekolah. Program ini
adalah menyeru dan menggalakkan murid untuk hadir awal ke sekolah berdasarkan “traffic
light” yang disediakan oleh guru bertugas serta dibantu oleh pembimbing rakan sebaya
(PRS) di pagar sekolah pada setiap pagi. “Traffic light” ini akan membantu murid
mengetahui masa mereka hadir ke sekolah berdasarkan warna lampu tersebut. Hal ini
dapat membentuk disiplin murid untuk hadir awal ke sekolah. Di samping itu, manfaat yang
diperoleh melalui program ini adalah murid dapat mengubah sikap lambat hadir ke sekolah
kepada awal hadir ke sekolah. Hal ini kerana, peningkatan motivasi murid akan meningkat
melalui program seperti ini. Maka dengan itu, sangat jelas manfaat yang diperoleh murid
dalam peningkatan disiplin diri murid.

2.2 Pembangunan dan perkembangan sahsiah murid

Untuk aspek pembangunan dan perkembangan sahsiah murid, saya telah mengenal
pasti salah satu program yang akan diadakan ialah Minggu Pendidikan Pencegahan Dadah
(PPDa). Hal ini sememangnya terkandung dalam perkhidmatan bimbingan dan kaunseling
iaitu perkhidmatan mencegah penyalahgunaan dadah. Setelah meneliti program ini, saya
mendapati bahawa dalam minggu tersebut, sememangnya banyak pengisian yang dapat
dijalankan khususnya kepada murid agar murid mendapat manfaat melalui maklumat
terkini mengenai isu berkaitan dengan penyalahgunaan dadah. Sebagai contohnya, aktiviti
karnival seni (PPDa) yang mana murid sekolah rendah boleh melibatkan diri dalam aktiviti
seperti pertandingan mendeklamasikan sajak antidadah, pertandingan mewarna poster

11
antidadah dan pertandingan boria antidadah. Melalui aktiviti ini, bukan sahaja murid
mendapat input tentang pencegahan dadah malah murid akan berasa seronok sepanjang
program ini dijalankan. Manfaat yang diterima oleh murid sememangnya berharga dan
dapat diaplikasikan ke dalam diri murid dengan menetapkan pendirian mereka untuk tidak
terjebak ke dalam situasi berkaitan dengan dadah. Oleh itu, amat jelas bahawa manfaat
yang diperoleh murid adalah dengan menimba ilmu pengetahuan serta membina
pengetahuan baru mengenai topik pencegahan dadah yang dianjurkan oleh Unit
Bimbingan dan Kaunseling di sekolah tersebut.

2.3 Psikososial dan kesejahteraan mental

Seterusnya, saya juga mendapati bahawa manfaat yang diperoleh murid terhadap
aktiviti seperti pelancaran Program Sejenak Bersama Memori Kemerdekaan adalah satu
usaha bagi murid untuk dapat memupuk semangat cinta akan negara. Saya berpendapat
bahawa melalui program ini, murid akan didedahkan dengan sejarah kemerdekaan dan
ditayangkan video mengenai kemerdekaan. Hal ini seterusnya memberi murid input
berkaitan dengan sejarah dan dapat menyemat perasaan cinta dan menghargai negara.
Secara tidak langsung, sahsiah murid dapat dibentuk dengan baik kerana murid
mengetahui betapa pentingnya menjaga keamanan dan keharmonian di negara ini.

Selain itu, merujuk kepada Rancangan Tahunan Unit Bimbingan dan Kaunseling SK
Putrajaya Presint 11(1), saya juga mendapati bahawa manfaat yang diperoleh murid
adalah dapat mencungkil dan mengasah bakat murid melalui program Minggu Kreativiti
dan Inovasi yang diadakan pada bulan Oktober. Sebagai contohnya, murid dapat
melibatkan diri dalam program tersebut menerusi pertandingan reka cipta yang berkaitan
dengan Minggu Kreativiti dan Inovasi. Selain dapat memupuk sikap kerjasama antara
sesama murid, hubungan silaturahim antara murid dan guru juga dapat ditingkatkan
melalui program yang dianjurkan oleh Unit Bimbingan dan Kaunseling.

2.4 Pendidikan kerjaya murid

Antara perkhidmatan yang terdapat di sekolah SK Putrajaya Presint 11(1), saya


mendapati bahawa khidmat pengumpulan dan memberi maklumat wujud terdapat di
dalam Rancangan Tahunan Unit Bimbingan dan Kaunseling. Khidmat pengumpulan dan
memberi maklumat adalah berkaitan dengan pendedahan kerjaya kepada murid. Hal ini
penting agar murid akan mendapat input melalui kerjaya yang diminati dan mengetahui
syarat-syarat sekiranya berminat dalam sesuatu kerjaya tersebut. Sebagai contohnya,
sekiranya murid berminat menjadi seorang anggota polis, murid haruslah mempunyai

12
tubuh badan yang sihat. Maka dengan itu, murid telah mengetahui syarat untuk menjadi
seorang anggota polis dan berusaha untuk mengamalkan gaya hidup sihat demi mencapai
kerjaya tersebut. Berdasarkan Rancangan Tahunan Unit Bimbingan dan Kaunseling,
minggu Jejak Kerjaya telah dirancang dan akan dijalankan pada bulan Ogos dan
September. Rajah 2 dibawah menunjukkan minggu Jejak Kerjaya yang diadakan pada
bulan Ogos dan September.

Rajah 2: Program Jejak Kerjaya yang akan dijalankan di SK Putrajaya Presint 11(1).

Secara keseimpulannya, semua program dan aktiviti yang dijalankan di SK Putrajaya


Presint 11(1) oleh Unit Bimbingan dan Kaunseling memberikan manfaat yang amat berguna
kepada murid dalam membentuk sahsiah, disiplin serta meningkatkan prestasi murid dalam
bidang akademik. Bagi program dan aktiviti dalam Rancangan Tahunan Unit Bimbingan dan
Kaunseling telah dirumuskan pada rajah 3.

Bil ASPEK AKTIVITI


1. Peningkatan Disiplin Diri Murid PROGRAM I AM FREE bersama UBK
Majlis Pelantikan Pengawas/ Kursus Asas PRS
Pelancaran Program Jom Hadir Awal Ke Sekolah
Pelanc. Prog. 5 minit bersama PPDa
Program PERISAI
Penghayatan Ramadhan/ Program Teduhan Kasih
K. Kepimpinan Pengawas sesi 2018
2. Pembangunan dan Pelancaran Booster SMS (SAHSIAH MURID
Perkembangan Sahsiah Murid SEJATI)
• Amalan 3S 3T

13
• Peraturan Sekolah
Kem Kepimpinan Pengawas
Program Kecemerlangan Luar Biasa Paling Mantap
Minggu Pendidikan Pencegahan Dadah(PPDa)
Motivasi Booster Kecemerlangan
3. Psikososial dan Kesejahteraan Pelancaran Guru penyayang
Mental Bengkel Pengurusan Stress
Penghayatan Ramadhan
“POSTO-POSTO Jalinan Ukhwah
Program Warga Emas DWEN
Pelancaran Program Sejenak Bersama Memori
Kemerdekaan
Program Rehat Minda
Program PEKERTI@SEKOLAH
Minggu Kreativiti Inovasi
4. Pendidikan Kerjaya Murid Prog. Sehari Kaunselor Laluan Gemilang
Lawatan Laluan Gemilang
Pelancaran Program Jejak Kerjaya Peringkat
Sekolah
Aktiviti Jejak Kerjaya
Pertandingan Buku Skrap Kerjaya Antara Bangsa

Rajah 3: Aktiviti bimbingan dan kauseling SK Putrajaya Presint 11(1) bagi tahun 2017

3.0 Analisis minat kerjaya murid

Menurut Holland (1973) menyatakan bahawa sekiranya kita mengetahui tentang pola
personaliti dan persekitarannya secara tidak langsung kita akan dapat meramalkan
perkara berkaitan pemilihan kerjaya, pencapaian kerjaya, kecekapan personal, tingkah
laku pendidikan dan sosial serta pertukaran pekerjaan. Di samping itu, tingkah laku
vokasional mempunyai kaitan dengan interaksi antara enam jenis personaliti iaitu:

Realistik (R) Investigatif (I)

Artistik (A) Sosial (S)

Enterprising (E) Conventional (C)

Rajah 4: Enam jenis personaliti (RIASEC) menurut Holland (1973)


14
Saya telah menganalisis salah seorang murid yang bernama Adam
berdasarkan hasil dapatan ujian minat kerjaya yang telah saya berikan. Melalui ujian
tersebut, saya mampu melihat apakah minat dan gaya hidup individu tersebut. Hal ini
kerana gaya hidup menerangkan cara seseorang itu hidup (Adler, 1929) dalam (Lee,
2014).
Berdasarkan inventori minat kerjaya, sebanyak 120 soalan telah diutarakan dengan
pilihan jawapan “Ya” dan “Tidak”. Saya telah mengira bilangan “Ya” sahaja secara
menegak bagi mendapatkan jawapan individu tersebut. Hasil dapatan inventori minat
kerjaya telah dilampirkan pada rajah 5 dibawah.

HASIL DAPATAN INVENTORI MINAT KERJAYA ADAM


Jumlah mata

Realistik

Investigatif

Artisitik

Sosial

Enterprising

Conventional

0 2 4 6 8 10 12 14 16 18 20

Rajah 5: Hasil dapatan inventori minat kerjaya Adam

Berdasarkan carta bar pada rajah 5, jelas menunjukkan bahawa jumlah mata paling
tinggi bagi inventori minat kerjaya ialah artistik (A) iaitu sebanyak 19 daripada 20 soalan
yang telah dikira secara menegak. Bagi ciri-ciri personaliti artistik ialah, seseorang
individu yang berkebolehan artistik dan inovatif. Menurut Lee,.et al (2014) dalam
bukunya, Bimbingan dan Kaunseling Kanak-kanak menyatakan bahawa individu ini
menghadapi persekitaran dengan kebolehan intuisi dan suka bekerja dalam situasi yang
kurang berstuktur. Individu ini juga adalah bersifat asli, tidak gemar berkawan dan bersifat
kewanitaan. Oleh itu, berdasarkan dapatan analisis bagi Adam, dia lebih cenderung untuk
memilih kerjayanya sebagai seorang arkitek, penyanyi, pelukis dan pengarang.

15
Seterusnya, bagi mata kedua tertinggi yang telah dikenalpasti ialah sosial (S)
sebanyak 12 mata. Hal ini menunjukkan bahawa, Adam juga mempunyai personaliti yang
mengendalikan persekitarannya dengan menggunakan kemahiran-kemahiran sosialnya
dalam berkomunikasi. Bagi personaliti sosial pula sesuai dengan kerjaya sebagai
seorang guru dan kaunselor.

Manakala, mata ketiga tertinggi yang telah diperoleh ialah investigatif (I) iaitu individu
yang mempunyai kemahiran santifik dan matematik. Individu seperti ini mempunyai
kemahiran dalam menyelidiki, saintifik, intelektual dan mementingkan ketepatan. Dalam
kata erti yang lain, individu ini adalah amat teliti dalam membuat sesuatu perkara. Oleh
itu, kerjaya yang sesuai dengan personaliti ini ialah seperti pegawai perubatan, ahli
farmasi dan guru matematik.

Oleh itu, berdasarkan analisis bagi ketiga-tiga jenis personaliti yang mana mempunyai
mata tertinggi dalam carta bar tersebut, saya telah mengenalpasti murid ini diletakkan
dalam kelompok minat kerjaya (ASI) iaitu artistik (A), sosial (S) dan investigative (I)
selaras dengan 3 kod Holland yang tertinggi.

3.1 Cadangan bantuan kepada murid

3.1.1 Peranan ibu bapa

Berdasarkan dapatan analisis, saya mendapati bahawa Adam mempunyai


personaliti artistik kerana jumlah mata yang tertinggi bagi inventori minat kerjaya yang
telah dijalankan. Oleh itu, saya dapat simpulkan bahawa dia seorang yang imaginatif,
intuitif dan idealistik serta kerjaya yang boleh dicadangkan adalah seperti arkitek,
pereka fesyen, pelukis dan kerjaya lain yang berkaitan dengan personaliti seperti ini.
Maka dengan itu, saya telah memberi beberapa cadangan untuk membantu murid
dalam minat kerjayaya. Antaranya ialah ialah peranan ibu bapa itu sendiri. Ibu bapa
perlulah selalu berjumpa dengan guru untuk berbincang tentang prestasi anak mereka
untuk melihat perkembangan anak mereka dari semasa ke semasa. Hal ini kerana,
ibu bapa haruslah memberi galakan positif kepada anak mereka berdasarkan
personaliti anak mereka tersebut. Sebagai contohnya, bagi Adam yang mempunyai
personaliti artistik, ibu bapanya perlu memahami keperluan anak mereka dengan
memberi peluang anak mereka untuk menghadiri kelas seni di luar waktu
persekolahan sekiranya anak mereka ini sangat meminati bidang kesenian. Hal ini
dapat meningkatkan bakat dan prestasi anak mereka dengan lebih efektif untuk
memilih kerjaya dalam bidang artistik.

16
3.1.2 Lawatan sambil belajar

Seterusnya, cadangan yang boleh meningkatkan motivasi individu dalam minat


kerjaya ialah individu tersebut perlulah melibatkan diri dalam aktiviti lawatan sambil
belajar yang berkaitan dengan minat individu tersebut. Menurut Kamus Dewan Edisi
Keempat (2005) mentakrifkan lawatan sambil belajar ialah lawatan untuk meninjau,
mengetahui atau mempelajari serba sedikit aktiviti tersebut. Lawatan sambil belajar ini
bertujuan untuk memberi rasa semangat kepada individu terhadap minatnya tersebut.
Sebagai contohnya, bagi Adam, saya mencadangkan agar dia bolehlah membuat
lawatan sambil belajar ke pusat kraftangan yang sesuai dengan personalitinya itu.
Dengan adanya aktiviti seperti ini, Adam akan dapat mendapat idea baru berkaitan
dengan artistik dan seterusnya dapat menggunakan ideanya untuk menghasilkan
sendiri kraftangannya itu.

3.1.3 Program minggu kerjaya

Selain itu, program minggu kerjaya turut dilaksanakan bagi tujuan memberi
pendedahan kepada individu tentang kerjaya yang ingin diceburi berdasarkan minat
dan personaliti individu tersebut. Antara program minggu kerjaya ialah pameran
kerjaya, ceramah kerjaya dan sebagainya. Sebagai contohnya, Adam bolehlah
melibatkan diri dalam ceramah kerjaya untuk mendapatkan lagi input berkaitan
dengan kerjaya yang sesuai dengan personalitinya. Sesi soal jawab dalam slot
ceramah turut dilaksanakan bagi membantu Adam dalam pemilihan kerjayanya pada
masa akan datang.

4.0 KESIMPULAN
Secara kesimpulannya, proses kaunseling bertujuan mempengaruhi perubahan
tingkah laku klien secara sukarela, iaitu klien ingin mengubah tingkah lakunya dengan
meminta kaunselor untuk membantunya (Patterson, 1967). Oleh itu, sebagai seorang
kaunselor atau guru kaunseling haruslah memberi bimbingan dan bantuan kepada klien
bagi menentukan matlamat jangka pendek dan panjang, merancang cara-cara bertindak
serta memperbaiki sikap dan tingkah laku dalam aspek-aspek yang perlu (Crow, 1964).

17
5.0 SENARAI RUJUKAN

Amlah Salleh, Zuria Mahmud & Salleh Amat. (2006). Bimbingan dan kaunseling sekolah (Edisi
1). Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.

Crow, A. (1964). Eucational Psychology (Revised Edition). New Delhi: Eurasia Publishing
House .

Kamus Dewan Edisis Keempat. (2005). Definisi lawatan sambil belajar. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka.

Kementerian Pelajaran Malaysia. (1985). Kaunseling kelompok . Kuala Lumpur: Kementerian


Pelajaran Malaysia.

Lee,.et al. (2014). Bimbingan dan kaunseling kanak-kanak. Shah Alam: Oxford Fajar Sdn Bhd.

Sabitha Marican. 2005. Kaedah penyelidikan sains sosial. Petaling Jaya, Selangor: Pearson
Prentice Hall.

Patterson, Orlando (1967) The Sociology of Slavery: Jamaica 1655-1834 (London: McGibbon
& Kee)

18
6.0 LAMPIRAN

Sesi temu bual bersama guru kaunseling SK Putrajaya Presint 11(1), Puan Athiah.

19
Suasana di dalam bilik kaunseling.

20
Suasana di dalam bilik kaunseling.

Bilik pengurusan dan bilik kaunseling

21
Biodata murid

BIODAT A MURID
• Nama : Adam Shamil
• Cita-cita : Pelukis, Penyanyi
• Usia : 10 tahun
• Tempat Lahir : Selangor
• Tarikh Lahir : 23 Julai2005
• Pekerjaan Ibu dan Bapa :
i. Ibu: Suri rumah
ii. Bapa : Guru

• Bilangan adik beradik : 3 orang


• Pendapatan Keluarga : RM 4000

22
INVENTORI MINAT KERJAYA
MURID

23
24

Anda mungkin juga menyukai