Anda di halaman 1dari 21

HTV 201

GAYA BERFIKIR

PROF MADYA DR. MOHAMAD HAAFIZ BIN MOHAMAD KASSIM,


Apakah Perasaan Anda
Hari ini; Semalam; sebentar tadi….. Bagaimana Esok?

https://www.pinterpandai.com/perasaan/ 2
Pemikiran
-Adakah pemikiran kita pengaruhi gaya kehidupan KITA?

“The way you think and the things you think about is
the person you will become. In other words, you are
what you think”.

https://www.omaritani.com/blog/what
-you-think 3
Pemikiran

Benarkah?
*BERFIKIR HANYA DITENTUKAN OLEH PERSEPSI
DAN TANGGAPAN DIRI MANUSIA

https://ms.mom-and-child.com/chto-
takoe-kriticheskoe-mishlenie-a- 4
415997
Pemikiran vs Persepsi
Kawalan Interpritasi

Example:
Lets say that you’re out walking on a crowded city street, and all of a
sudden, someone steps on your toe. If you "interpret" this as being a
deliberate act, you may become angry.
But…
if you "interpret" it as being accidental, you will be unlikely to become angry

* Kawalan interpritasi EMOSI

Gaya Berfikit HTV-201 5


Berfikir
Bermaksud :Kemahiran menggunakan akal untuk menyelesaikan sesuatu; Fikir akal; Berfikir 
Menggunakan Akal

Memberi cadangan atau


Consider be of opinion
pendapat

Membentuk Konsep Form conception

Mengenali kewujudan dan Recognize presence or


kehadiran existence

Latihan Minda Exercise of mind

http://nurfarhana91.blogspot.com/p/
kemahiran-berfikir.html/UPMSLIDE
6
Gaya-gaya Berfikir
18 Gaya berfikir

The Power of PowerPoint |


thepopp.com
7
Gaya Berfikir Analikital
Gaya Berfikir: yang melihat sesuatu secara terperinci

• BERFIKIR analitikal adalah suatu kemahiran memberi analisis terhadap:


• Kenyataan
• Pemikiran Proses pemecahan masalah besar kepada masalah yang lebih
• Tulisan, kecil untuk maksud penyelesaian masalah tersebut
proses pencarian punca dan pemahaman situasi yang
• Laporan kompleks melalui pengenalpastian situasi dan unsurnya
• Sebab-akibat berlakunya sesuatu.
• Bila berlaku sesuatu kejadian, kisah dan peristiwa, krisis dan malapetaka, kejayaan dan
kecemerlangan, ia menuntut adanya analisis.

• Gaya Berfikir ini memandu seseorang kepada perkara yang tersirat dan tersurat yang kadang-
kadang di luar kemampuan orang biasa untuk memahaminya.

• Berfikir analitikal bertolak daripada asas logik dan mampu meyakinkan seseorang dengan fakta
dan data serta hujah-hujah yang menggambarkan sesuatu itu benar atau seolah-olah benar. (Dr.
Sidek Baba, 2006).

http://drsidekbaba.blogspot.com/2006/12/
berfikir-analitikal.html 8
Tujuan Gaya Berfikir Analitikal

• Membuat huraian rinci tentang sesuatu idea


• Mencari persamaan dan perbedaan
• Mencari punca masalah
• Menyusun maklumat
• Membuat pelbagai tafsiran
• Mencari pertalian
• Mencari kaitan sebab akibat

The Power of PowerPoint |


thepopp.com
9
Gaya Berfikir Emotif
EMOSI

• Pemikira/Gaya berfikir emotif, merujuk kepada penggunaan pelbagai emosi, ataupun perasaan,
sebagai asas membuat pendapat dan keputusan.
• Apabila berfikir dengan menggunakan pemikiran emotif, seseorang itu menggunakan bermacam-
macam jenis emosi, baik emosi positif, mahupun emosi negatif bagi menjawap mengapa dan
kenapa.
• Berfikir secara emotif juga menggunakan unsur-unsur seperti cita rasa, rasa tawakal, gerak hati
dan seumpamanya. Setiap keputusan yang dibuat melibatkan faktor emosi. Tidak ada
keputusan yang tidak dipengaruhi emosi.
• disukai, dibenci, dianggap mudah, dianggap seni, dianggap merdu, dianggap berharga,
digemari, dicurigai, dikasihi, dikasihani, dimarahi, dihargai, disangsi, didendami…
• Setiap keputusan melibatkan emosi. Emosi ialah unsur normal dan dominan dalam proses
berfikir. Yang penting ialah pengembangan antara emosi dengan faktor lain dalam membuat
penilaian dan keputusan
http://hebatfikir.blogspot.com/2011/12/pemik
iran-emotif.html
10
Gaya Berfikir HIPOTETIKAL
Hipotesis

Hipotesis
• Hipotesis ialah ramalan yang munasabah, anggapan dasar, dan merupakan sejenis idea.
Idea ialah rancangan yang tersusun dalam fikiran, gagasan, cita-cita
• Hipotesis dan idea berperanan untuk menyusun dan menggunakan maklumat dengan cara
tertentu
• Kedua-duanya berupaya untuk mencipta maklumat, tetapi tidak berupaya mencipta idea
• kita lebih banyak memberikan perhatian pada maklumat daripada hipotesis dan idea

https://slideplayer.info/slide/1416
0570/UPMSLIDE
11
Gaya Berfikir Historis
Mengarah minda kita menoleh ke belakang

HistorisMencari Punca
• Pemikiran historis berasaskan sebab dan kerana, iaitu melihat masa lalu untuk menangani masa
hadapan. Cara pemikiran jenis ini lebih mudah kerana yang dicari ialah puncanya.
• Analisis pemikiran jenis ini hanya dapat membantu dalam aspek pemahaman masalah bukannya
penyelesaian masalah
• Pemikiran jenis ini memerlukan tolehan ke belakang, ke dalam sejarah. Dalam beberapa hal,
pemikiran jenis ini amat bermanfaat, terutama untuk mencari punca supaya kejayaan terus
diulang dan dilestarikan atau dijadikan lebih cemerlang
• sesat di hujung jalan balik ke pangkal jalan, jauh berjalan banyak dilihat, lama hidup banyak
dirasa, patah tumbuh hilang berganti

http://tomorrowiscertain.blogspot.com/2011/09/ 12
teknik-berfikir-aplikasi-gaya-pemikiran.html
Gaya Berfikir Konstruktif
Gaya: Menjana idea untuk mencari langkah bagi mengatasi masalah

MEMBINA
• Gaya Pemikiran Konstruktif boleh di definisikan sebagai Gaya Pemikiran membina kerana ia membabitkan usaha-
usaha untuk membangunkan sesuatu secara positif.

• Biasanya gaya pemikiran ini digunakan setelah kita berfikir secara kritikal dan negatif.

• Gaya pemikiran Konstruktif ini terhasil daripada rasa tidak puas hati terhadap apa yang ada dan sentiasa tercari-cari
yang lebih baik.

• Apabila kita menggunakan gaya pemikiran ini kita berusaha untuk memperbaiki kelemahan yang terdapat pada
sesuatu idea.

• Objektifnya untuk: memperbaik yang buruk, menambah yang kurang, memperkuat yang lemah, memperbetul yang
salah, menghilangkan risiko, meminimumkan bahaya, melaksanakan idea, dan menghindari kegagalan.

mencari kata muafakat, menokok mana yang kurangmengulas mana yang senteng, menghubung mana yang pendek

http://hebatfikir.blogspot.com/2011
/12/pemikiran-konstruktif.html
13
Gaya Berfikir Intuitif
Penggunaan: SUARA HATI; GERAK HATI

Suara Hati
• Pemikiran intuitif berasaskan penggunaan suara hati kecil untuk melakukan sesuatu
tindakan, dengan tidak mengambil kira maklumat lengkap. Pemikiran jenis ini digunakan
dalam situasi:
• keputusan perlu dibuat walaupun tiada maklumat lengkap kerana sebab yang tidak dapat
dielakkan
• maklumat banyak tetapi tidak relevan dengan keputusan
• banyak alternatif keputusan yang sama taranya
• keadaan terdesak dan tiada waktu untuk mencari maklumat yang lebih sesuai
• Semakin banyak maklumat dimiliki, semakin tinggi keupayaan intuisi untuk membuat
keputusan yang tepat.
• Dalam kebanyakan keadaan, keputusan dibuat berasaskan:
• INTUISI + EMOSI + NILAI + LOGIK
https://slideplayer.info/slide/1416
0570/UPMSLIDE
14
Gaya Berfikir Kreatif
Berfikir kreatif umpama pohon yang membesar menghasilkan cabang dan dahan, bunga dan buah serta memberi manfaat
kepada manusia (Sidik Baba 2006)

Perubahan idea bukannya penerusan idea


semasa- Berfikir diluar kotak
• Kemahiran berfikir secara kreatif adalah keupayaan seseorang untuk menghasilkan dan
mencetuskan idea yang baru dan mempunyai idea tulen yang tersendiri.
• Hasil idea yang kreatif juga merupakan hasil idea yang diilhamkan sendiri daripada individu atau
hasil daripada gabungan idea yang sedia ada.
• Pemikiran kreatif dapat menghasilkan:
• Persepsi: Tanggapan langsung terhadap sesuatu
• Konsep: Idea yang dimujaradkan daripada peristiwa konkrit
• Idea: Rancangan yang tersusun dalam fikiran
• Penyelesaian masalah:Proses, perbuatan dan cara menyelesaikan sesuatu persoalan
• Peleraian konflik: Proses ke arah penyelesaian ketegangan dan pertentangan
• Reka cipta: Penciptaan sesuatu yang sebelumnya tidak ada

http://nurfarhana91.blogspot.com/p/
kreatif.html
15
Gaya Berfikir Kritikal
Kritikal berasal dari perkataan Greek kritikos yang bermaksud judge atau menghakimi atau mengadili (Sidik Baba 2006)

Menghindarkan kesilapan dan kekeliruan


Pemikiran kritikal bermaksud mampu membuat penilaian. Kritikan membawa konotasi negatif, iaitu mencari kesalahan,
kesilapan dan kelemahan

Berfikir secara kritikal membimbing pemikir ke arah kebenaran.

Puncak kepada berfikir menemukan manusia mengenai kebenaran. Proses berfikir kritikal membolehkan seseorang
membezakan yang benar dengan yang salah, yang buruk dengan yang baik, yang bermanfaat dan bermusibat, yang
memberi faedah atau mendatangkan padah dan sebagainya.

Pemikiran ini bermanfaat untuk memperbaik idea sedia ada tetapi tidak berupaya mencipta idea baharu

Sudah tentu asas yang memberikan kemampuan seseorang berfikir kritikal ialah ilmu, maklumat, pengalaman,
pertukaran pandangan

Pemikiran ini berobjektifkan: kesilapannya, kesalahannya, kecacatannya, kelemahannya, alasannya, rumusannya

Sidik Baba 2006 16


Gaya Berfikir Logika

Benar&Masuk Akal
• EDWARD de Bono dalam bukunya, Thinking Course, menyatakan bahawa logik ialah satu cara
menjana maklumat daripada sesuatu keadaan. Maklumat yang hendak dijana ialah sesuatu yang
benar dan diterima akal (sidik baba 2006)
• Berasaskan kefahaman ini bolehlah dirumuskan bahawa berfikir logikal ialah suatu proses
pemikiran yang cuba mencari maklumat, ilmu, data dan fakta mengenai kebenaran sesuatu
perkara.
• Pemikiran logika berasaskan keupayaan untuk mengenal pasti yang betul dan yang salah dari segi
logiknya.
• Pemikiran logika ini digunakan untuk: membuat rumusan; dan mempermantap hujah untuk
menyokong atau menentang sesuatu idea.
The Power of PowerPoint |
thepopp.com
17
Gaya Berfikir Logika
Yang Benar & Yang Salah
Logik terbahagi kepada dua, iaitu:
• Logik akal: logik ciptaan akal manusia semata-mata seperti matematik (1+1=2)
• Logik alam: logik yang berasaskan realiti alam sebenar
Pemikiran logika akal mungkin benar, tetapi tidak semestinya benar jika dilihat dari sudut logik alam.
Pemikiran logika ini digunakan untuk:
Mengenal pasti sebab akibat hubungan antara perkara atau peristiwa; membuat rumusan; dan
mempermantap hujah untuk menyokong atau menentang sesuatu idea.
Logik akal bersifat nyata dan langsung, dan terdiri daripada satu set peraturan yang tujuannya untuk
memperjelas perkara yang tersirat.
• Apabila peraturan dilanggar, maka terjadilah kesilapan logik.

The Power of PowerPoint |


thepopp.com
18
Gaya Berfikir Logika

Proses Berfikir Logika


Proses berfikir logika terjadi dalam dua tahap, iaitu:
• Peringkat persepsi: membuat tanggapan terhadap sesuatu idea
• Peringkat proses: Penggunaan logik
• Contoh pemikiran logika: Semua agama menuntut manusia supaya
mencintai kedamaian, membuat kebaikan serta menjauhi kejahatan.
Oleh itu, semua orang beragama akan mencari kedamaian,
senantiasa membuat kebaikan dan kebajikan serta tidak melakukan
kejahatan

The Power of PowerPoint |


thepopp.com
19
Kesimpulan

• Dari perspektif barat: Berfikir hanya ditentukan oleh persepsi dan tanggapan diri manusia
• Dari perspektif Agama: Berfikir sebagai amalan dan aktiviti yang perlu akur pada adab dan
akhlak (Nilai)
KATA PEDOMAN:
• KEBAHAGIAAN TIDAK DATANG DARIPADA STATUS ATAU APA
YANG KITA MILIKI, TETAPI DATANG DARIPADA APA YANG KITA
FIKIRKAN

The Power of PowerPoint |


thepopp.com
20
Terima Kasih

The Power of PowerPoint |


thepopp.com
21

Anda mungkin juga menyukai