Anda di halaman 1dari 2

NUR ATHIRAH BITI CHE ZAMBELI

148249

PUSAT PENGAJIAN ILMU PENDIDIKAN

NO. 3

a) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) telah diberhentikan oleh kerajaan dan rentas
negeri telah dibenarkan. Tindakan ini wajar dengan menggunakan alat berfikir AGO
(Aims, Goals, Objectives). Kemungkinan kerajaan memberhentikan PKP dan
membenarkan rentas negeri adalah untuk pemerkasaan sektor ekonomi dan persediaan
menjalani kehidupan fasa endemik dengan selamat. Pandemik COVID-19 terbukti
memberi impak ketara sehinggakan banyak perniagaan dibebani masalah kewangan
serta terpaksa ditutup manakala terdapat golongan berpendapatan tinggi atau T20 yang
sebaliknya kini menjadi kelompok berpendapatan sederhana atau M40. Tindakan
kerajaan ini bertepatan dengan langkah untuk membangkitkan semula ekonomi
tempatan yang telah malap akibat pelaksanaan kawalan pergerakan bagi jangka tempoh
yang lama. Sektor penyediaan makanan, peruncitan dan perhotelan itu akan bangkit
semula serta mampu mencetuskan rantaian pemerkasaan sektor ekonomi secara
menyeluruh. Sektor domestik yang telah terjejas akibat sekatan pergerakan
membabitkan sosial dan perniagaan seperti runcit, makanan dan minuman,
pengangkutan, perjalanan, industri berkaitan hospitaliti dan pelancongan dijangka
menyaksikan perkembangan positif. Kerajaan juga bertujuan membenarkan rentas
negeri ini sebagai persediaan hidup dalam fasa endemik. Kemungkinan pandemik ini
tidak akan berakhir jadi kerajaan mengambil langkah awal memastikan rakyat sudah
terbiasa menjalani kehidupan bersama wabak Covid-19 ini. Kerajaan dapat melihat
objektif dan tujuan mereka memberhentikan PKP dan rentas negeri dibenarkan.

Selain itu, tindakan kerajaan ini diihat wajar dengan menggunakan alat berfikir FIP
(First Important Priorities). Kerajaan mungkin mempunyai pelbagai faktor dalam
mengambil tindakan ini seperti faktor ekonomi, faktor kesihatan mental, faktor
keselamatan dan faktor sosial. Namun begitu, faktor yang menjadi keutamaan dalam
tindakan ini adalah faktor ekonomi. Memandangkan hampir 90% rakyat Malaysia
sudah lengkap divaksinasi, kerajaan mengambil kira faktor ekonomi kerana ekonomi
Malaysia kelihatan merundum semenjak pandemik Covid19. Apabila ekonomi
merundum, hal ini akan menjejaskan peluang pekerjaan dan negara akan jatuh miskin.
Mengambil kira kepentingan ekonomi ini, kerajaan meletakkan ekonomi sebagai
keutamaan dengan memberhentikan PKP dan membenarkan rentas negeri. Tindakan
rentas negeri akan menggalakkan aktiviti pelancongan domestik di samping sektor lain
dapat manfaat daripada aktiviti pelancongan.
b) Dengan menggunakan gaya berfikir konstruktif, langkah penjagaan diri yang sesuai
dilakukan semasa bercuti bersama-sama keluarga bagi mengelakkan dijangkiti virus
covid-9 adalah dengan bercuti menggunakan kenderaan sendiri. Hal ini kerana
kenderaan awam digunakan oleh pelbagai orang yang tidak diketahui sejarah perjalanan
mereka, jadi kemungkinan untuk dijangkiti adalah sangat tinggi. Gaya berfikir
konstruktif sesuai dengan langkah ini kerana menjana idea untuk mencari langkah bagi
mengatasi masalah. Apabila bercuti dengan menggunakan kenderaan sendiri,
kenderaan tersebut hanya digunakan oleh keluarga yang diketahui sejarah perjalanan.
Kita dapat mengesan dari awal dan dapat mengelakkan sekiranya kita mengetahui
sejarah perjalanan ahli keluarga. Berbeza dengan menggunakan kenderaan awam yang
sesak dan dipenuhi oleh pelbagai orang. Selain itu, langkah yang boleh digunakan
dengan gaya berfikir ini adalah bercuti di kawasan yang jarang dikunjungi. Tempat
yang jarang dikunjungi dapat mengelakkan daripada berlakunya kesesakan. Hal ini
mmebolehkan pelancong menjaga jarak daripada bersentuhan dengan orang lain. Selain
itu, gaya berfikir yang sesuai digunakan adalah gaya berfikir secara kreatif. Langkah
yang sesuai digunakan adalah dengan bercuti memakai baju pakai buang. Hal ini dapat
mengelakkan virus bertahan lama dan tidak dibawa pulang.

Anda mungkin juga menyukai