Anda di halaman 1dari 1

MEKANISME HELAH BELA DIRI Davidoff (1976) helah bela diri merujuk kepada cara atau taktik seseorang

mereka atau memberi alasan atas sesuatu tindakannya, walaupun sedar alasan yang diberikan itu bukan sebab yang sebenarnya Mekanisme bela diri merupakan perlindungan atau pembelaan terhadap sesuatu perbuatan yang telah dilakukan Helah Bela Diri Aktif Sublimasi Cara seseorang melupakan kekecewaan, kesedihan, atau kegagalan dengan menumpukan terhadap aktiviti lain yang sihat Rasionalisasi Penjelasan yang diberi oleh seseorang tentang sesuatu tindakan atau tingkah lakunya dengan tujuan menyembunyikan objektif yang sebenar. Kerap kali dilakukan demi menjaga air mukanya Pemindahan Memindahkan perasaan yang kurang selesadaripada sesuatu objek atau perkara kepada sesuatu yang boleh diterima Projeksi Meletwkkan konflik atau kelemahan diri dsendiri kepada orang lain Introjeksi Membayangkan dirinya mempunyai persamaan ciri-ciri orang lain tang didukai atau disanjungi Pembentukan Reaksi Menafikan kemahuan yang sebenarnya denngan melakukan sesuatu yang bertentangan Kompensasi - Melakukan sesuatu aktiviti yang hampir serupa bertujuan menggantikan sesuatu aktiviti yang tidak berupaya dilakukannya Fantasi Mencipta khayalan atau angan-angan dengan tujuan mengurangkan perasaan yang kurang selesa atau tidak diingini Helah Bela Diri Pasif Represi Mengalihkan kesedaran dirinya ke atas sesuatu ancaman dalam perasaannya dengan tujuan untuk melupakannya Penafian - Usaha menyakinkan diri sendiri bahawa sesuatu ancaman atau konflik tidak akan berlaku atau tidak wujud sama sekali Agresi Tindakan menghapuskan, mencedera atau merosakkan punca kekekcewaan, konflik atau ancaman Regresi Pengunduran diri dengan menunjukkan tingkah laku yang kurang matang seperti menangis

Anda mungkin juga menyukai