Anda di halaman 1dari 6

APLIKASI TEKNIK RODA MASA DALAM MENINGKATKAN MINAT MURID TAHUN

EMPAT DALAM MATA PELAJARAN SEJARAH

PENDAHULUAN

Kajian ini merupakan satu inovasi yang dilakukan kearah mengkaji penggunaan teknik

belajar sambil bermain menggunakan roda masa bagi meningkatkan minat murid tahun

empat dalam mata pelajaran Sejarah.

Sejarah ialah mata pelajaran teras yang wajib dipelajari oleh semua murid dalam Kurikulum

Standard Sekolah Rendah (KSSR) mulai tahun 4 di Tahap II. Ini bertujuan menyemai

kefahaman murid terhadap mata pelajaran Sejarah di peringkat awal agar murid

memperoleh dan menguasai pengetahuan serta kemahiran Sejarah.

Dari aspek Isi kandungan mata pelajaran Sejarah peringkat sekolah rendah. bertujuan

mendidik murid untuk memahami latar belakang negara dan sejarahnya dengan melihat

perubahan yang berlaku serta kesinambungan yang masih dikekalkan terutamanya dalam

kehidupan masyarakat di Malaysia.

Kandungan mata pelajaran Sejarah disusun secara kronologi yang membincangkan

pengenalan sejarah awal negara, kedaulatan negara dan kemakmuran negara. Pendekatan

ini disusun mengikut tajuk supaya murid dapat menghargai sejarah tanah air dan

kegemilangannya.

Mata pelajaran Sejarah merupakan satu bidang akademik yang berfungsi untuk mendidik

murid memahami latar belakang negara dan sejarahnya. Ini adalah bagi memenuhi hasrat
Falsafah Pendidikan Kebangsaan bagi melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari

segi intelek, emosi, rohani dan jasmani.

Kaitan antara permainan dengan kehidupan sememangnya tidak boleh dipisahkan.

Permainan seringkali dijadikan wadah yang membolehkan gaya hidup seseorang itu

menjadi tidak mendatar. Justeru, dalam mengharungi alaf yang serba canggih, minat semula

jadi seseorang itu boleh dijadikan sebagai pemangkin untuk memenuhi objektif

pembelajaran di dalam bilik darjah murid-murid bermasalah pembelajaran.

Demi memenuhi matlamat ini, inovasi-inovasi baharu telah diperkenalkan, pendekatan silam

dinilai semula dan dikemaskini dan kaedah pengajaran baharu dicuba dan dikaji. Maka

proses pengajaran dan pembelajaran harus sentiasa bersifat dinamik untuk memenuhi

keperluan serta kehendak semasa.

Menurut Moyles (2005) dalam kajian Md. Nasir bin Masran dan Ain Hazwani binti Abu

Kasim, bermain adalah pengalaman pengajaran dan pembelajaran yang terbaik dan

menjadi keutamaan dalam pendidikan awal bagi kanak-kanak sebelum melangkah ke alam

persekolahan. Melalui aktiviti bermain sesuatu permainan, murid-murid belajar tentang

persekitaran.

Di samping itu, membaca merupakan salah satu sumber pengetahuan dan asas

pembentukan diri ke arah memperoleh ilmu pengetahuan. Tujuan membaca bagi memahami

teks yang dibaca dan kandungan teks memberi makna kepada pembaca (Yahya, 2005).

Keupayaan membaca merupakan suatu kemahiran yang amat bernilai dan merupakan

proses yang dinamik, iaitu memerlukan komunikasi yang aktif dan bermakna antara

pembaca dengan penulis. Membaca juga dikatakan sebagai keupayaan seseorang

mengecam bentuk visual dan menghubungkan antara bentuk dengan bunyi dan melalui

pengalaman serta berupaya mentafsirkan maksudnya (Yahya, 2005). Seterusnya,


pembelajaran Bahasa Melayu juga perlu diajar dengan menggunakan pedagogi yang

berbeza supaya ia kekal menarik dan tidak membosankan. Namun, jika terdapat

penguasaan bahasa murid yang terbatas, hal ini berkemungkinan akan menjejaskan

kelancaran proses pembelajaran di dalam kelas. Justeru, pengkaji bercadang untuk

memperkenalkan kaedah belajar sambil bermain yang menarik dalam meningkatkan

kemahiran membaca supaya murid-murid bermasalah pembelajaran lebih berminat untuk

mempelajari Bahasa Melayu dengan baik. Dalam masa yang sama, tidak dinafikan juga

bahawa murid-murid bermasalah pembelajaran menghadapi masalah dalam akademik

seperti masalah membaca, kefahaman, masalah bertutur dan interaksi antara satu sama

lain. Oleh itu, adalah wajar mereka diberikan kemahiran dalam bidang bahasa yang mana

secara relatifnya berkait rapat dengan pengajaran mata pelajaran Bahasa Melayu.

Kebolehan dan kesediaan murid-murid bermasalah pembelajaran menggunakan kemahiran

bahasa yang dipelajari menerusi komponen Bahasa Melayu, sama ada aktiviti di dalam

mahupun di luar bilik darjah memberi impak dalam kehidupan mereka.

Sebagaimana yang kita ketahui, manusia menggunakan organ deria mereka untuk

memperolehi pengalaman dan ilmu pengetahuan yang terdapat di persekitaran mereka.

Organ-organ deria manusia digunakan untuk memilih rangsangan-rangsangan yang sesuai

daripada persekitaran, kemudian diproses dalam otak untuk menjadi pengalaman atau ilmu

pengetahuan yang bermakna dan seterusnya akan diamalkan dalam situasi yang sepadan.

Proses pembelajaran hanya boleh bermula apabila wujudnya tindak balas terhadap sesuatu

rangsangan yang ada. Proses pembelajaran akan diteruskan jika terdapat motivasi yang

sesuai, iaitu suatu penggerak yang dapat mendorongnya berusaha memikirkan erti
rangsangan itu. Proses pembelajaran ini akan berakhir apabila perubahan tingkah laku

dapat dibentuk dan dikekalkan.

Kajian ini merupakan satu inovasi yang dilakukan kearah mengkaji keberkesanan

menggunakan strategi pemusatan bahan. Menurut Mok Soon Sang (2003) , di bawah

strategi pemusatan bahan pelajaran, bahan pelajaran memainkan peranan yang penting

dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Dengan menggunakan strategi ini, guru dapat

menyampaikan pelajarannya dengan lebih mudah, lebih menarik serta lebih berkesan,

manakala murid-murid pula boleh memahami pelajaran dengan lebih bermakna serta boleh

menjalankan aktiviti pembelajaran dengan secara sendiri atau dalam kumpulan tanpa

kehadiran guru.

Bersama-sama dengan strategi yang dirancang, kaedah mengajar yang merujuk kepada

satu siri tindakan guru yang sistematik dan berlandaskan kepada sesuatu pendekatan yang

dipilih, dengan tujuan mencapai objektif pelajaran dalam masa jangka pendek. Dengan

perkataan lain, kaedah mengajar ialah cara mendekati sesuatu objektif pelajaran dengan

langkah-langkah penyampaian yang tersusun.

Bibliography
Md. Nasir bin Masran dan Ain Hazwani binti Abu Kasim. (2014). KEBERKESANAN
KAEDAH BELAJAR SAMBIL MAIN DALAM MENINGKAT KEMAHIRAN MEMBACA
LISAN DALAM KALANGAN MURID-MURID BERMASALAH PEMBELAJARAN.
Asian Education Action Research Journal (AEARJ), 79-95.
Mok Soon Sang. (2003). Ilmu Pendidikan untuk KPLI Semester 1&2. Subang Jaya:
Kumpulan Budiman Sdn Bhd.

kaedah k dalam proses pengajaran dan pembelajaran untuk matapelajaran kajian tempatan.

Kajian tempatan merupakan subjek yang membekalkan pengetahuan am kepada murid


yang merangkumi hal-hal tempatan, ekonomi, geografi, dan juga sejarah. Matlamat

matapelajaran ini diajarkan di sekolah adalah bertujuan melahirkan murid yang setia pada

Negara, cinta akan tanah air, prihatin dan berbangga sebagai rakyat Malaysia yang

harmonis, bersatu padu, demokratik, progresif dan sentiasa mensyukuri nikmat Tuhan,

(sukatan pelajaran Kajian Tempatan 2001).

Pembelajaran mata pelajaran Kajian Tempatan dirancangkan untuk memberi pengalaman

yang menyeronokkan, bermakna dan mencabar melalui penggunaan pelbagai kaedah

pengajaran yang menghiburkan dan menarik minat murid untuk melibatkan diri dalam

proses pembelajaran yang disediakan oleh guru. Penggunaan pelbagai bahan bantu

mengajar seperti penggunaan audio, video, power point dan sebagainya membantu untuk

menarik perhatian murid semasa proses pengajaran berlangsung. Guru yang bijak perlu

mengenalpasti kaedah yang boleh meransang minat murid untuk menyukai matapelajaran

sekolah rendah agar pembelajaran menjadi lebih berkesan, antaranya ialah menggunakan

elemen lagu (nyanyian).

Menurut Hisyamuddin(2010), matlamat pendidikan kebangsaan yang digubal oleh

Kementerian Pendidikan amat jelas. Walaubagaimanapun, ianya memerlukan usaha dan

juga tumpuan yang tidak berbelah bagi daripada guru untuk merealisasikannya. Oleh yang

demikian guru perlu bersedia mewujudkan perubahan bertujuan meningkatkan kualiti

pengajaran dan pembelajaran guru. Guru yang kreatif dan inovatif merupakan kriteria yang

perlu ada pada guru untuk melaksanakan perubahan dari segi penyampaian, komunikasi,

corak perlaksanaan, jenis aktiviti, dan lain-lain lagi.

Kamarul (2003), menyatakan proses penyediaan bahan bantu mengajar, seorang guru itu

terpaksa menjalankan pelbagai kajian yang benar-benar bermanfaat kepada guru dan

pelajar. Oleh yang demikian sebagai salah satu usaha yang untuk memastikan inovasi
dalam pendidikan diteruskan selaras dengan teras utama matlamat pendidikan yang ingin

memastikan murid dapat memahami dan juga mengingati hasil pengajaran dan

pembelajaran serta menyediakan suasana pembelajaran yang menghiburkan, kajian ini

dilakukan untuk menguji keberkesanan penggunaan teknik nyanyian dalam membantu para

guru dan murid dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang telah dilaksanakan. Selain

itu ia juga bertujuan meningkatkan prestasi pencapaian para murid dalam tajuk yang

difokuskan.

Anda mungkin juga menyukai