Anda di halaman 1dari 4

Perlaksanaan kurikulum sejarah di sekolah rendah mampu melahirkan pelajar celik

sejarah jika guru menggunakan kepelbagaian kaedah dalam pengajaran dan


pembelajaran abad ke-21. Bincangkan dengan mengaitkan kaedah PAK21.
Sejarah merupakan mata pelajaran teras yang wajib dipelajari oleh semua murid
dalam Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) mulai tahun 4 di tahap dua sekolah
rendah. Objektifnya adalah untuk menyemai kefahaman terhadap mata pelajaran Sejarah
sejak sekolah rendah. Ini disebabkan melalui pengetahuan dan kefahaman terhadap aspek
sejarah negaralah yang mampu melahirkan murid yang berjiwa patriotik (Shakila
Yacob,2010). Jadi, melalui kurikulum Sejarah, murid diberi pendedahan untuk menganalisis
dan menilai fakta sejarah secara matang. Jika sebelum ini, aspek Sejarah hanya diselitkan
dalam mata pelajaran Kajian Tempatan yang diajar pada tahap dua murid sekolah rendah,
kini dengan adanya pengenalan yang berfokus terhadap subjek Sejarah pastinya mampu
memupuk minat terhadap subjek Sejarah sedari sekolah rendah sebelum beralih kepada
Sejarah dengan lebih mendalam di sekolah menengah.
Kurikulum bagi abad ke-21 dibentuk supaya relevan dan koheran dengan keadaan
pada masa itu dan boleh memenuhi matlamat-matlamat yang ditentukan. Garis panduan
tentang bentuk, isi dan pelaksanaan kurikulum itu pastinya ditentukan oleh senario yang
dapat dilihat dari aliran pembangunan dan kemajuan teknologi. Perancangan kurikulum
abad ke-21, mestilah bersifat futuristik, fleksibel dan dinamik supaya dapat menentukan
corak masyarakat dan profil bangsa dan warganegara Malaysia. Warganegara Malaysia
bagi abad ke-21 mestilah dapat menangani cabaran yang akan dibawa arus oleh
globalisasi, ledakan ilmu dan maklumat. Warganegara berupaya merancang masa depan
mereka dan mampu membuat pilihan yang bijak dan tepat sesuai dengan budaya dan nilainilai semasa. Pembelajaran Abad ke-21 ini didasari oleh prinsip 4C iaitu Creative,
Communicative,

Criticise

dan

Cooperative.

Keempat-empat

prinsip

menyokong

pembelajaran yang berpusatkan pelajar dan bukannya bergantung kepada guru lagi
sebagaimana pengajaran terdahulu.
Sehubungan dengan itu, perlaksanaan kurikulum sejarah baru dapat melahirkan
pelajar celik sejarah sekiranya guru melaksanakan kaedah pengajaran dan pembelajaran
abad ke-21. Sebagai contoh, kaedah simulasi. Menurut Banks (1998), simulasi adalah tiruan
dari proses dunia nyata atau sistem. Simulasi adalah suatu pengajaran yang sangat
berkesan. Pengunaan kaedah simulasi membolehkan para guru mencapai objektif
pembelajaran dari segi isi kandungan, konsep,kemahiran dan sikap. Simulasi ini adalah juga
suatu situasi pembelajaran dalam keadaan yang terkawal dan sengaja diwujudkan sama
dengan situasi yang sebenar. Sebagai contoh, dalam mengajar Topik mengenai Empayar
1

Melaka, guru boleh menayangkan satu video pendek berkenaan Melaka dan kemudian
meminta beberapa orang pelajar untuk melakonkan semula apa yang mereka pelajari dari
video tersebut. Hal ini secara tidak langsung menggalakkan pelajar untuk bersifat kreatif di
samping

berkolaborasi

bersama

rakannya

untuk

menjayakan

simulasi

tersebut

sebagaimana kaedah PAK21. Melalui aktiviti simulasi juga, para pelajar akan lebih mudah
memahami dan mengingati peristiwa yang dilakonkan tersebut (Mayer,2004).
Selain itu, kaedah yang turut boleh digunakan ialah seperti permainan atau aktiviti
interaktif. Menurut Mok Soon Sang (1992), main merupakan satu teknik mengajar yang
memberi peluang kepada murid-murid melakukan sesuatu aktiviti secara berpura-pura di
dalam keadaan terkawal. Belajar melalui bermain adalah satu teknik pengajaran dan
pembelajaran yang berkesan kepada kanak-kanak. Teknik ini dilihat mampu mendatangkan
keseronokakan dan kepuasan kepada mereka dalam sesuatu pengajaran yang hendak
disampaikan. Menurut Buku Panduan Guru (Pusat Perkembangan Kurikulum), belajar
melalui bermain adalah satu pendekatan yang terancang dan berstruktur bagi memberi
peluang kepada murid belajar dalam suasana yang bebas dan selamat, menggembirakan
dan bermakna (Siti Nur Nadirah Ibrahim, 2013). Permainan merupakan saluran yang boleh
mengembangkan perkembangan kanak-kanak ke tahap yang optima. Secara tidak langsung
guru dapat memastikan pelajar tidak berasa bosan dalam proses pengajaran dan
pembelajaran (Noraizan Hamzah,2008).
Aktiviti

bermain

juga

menggalakkan pelajar

untuk lebih kreatif

disamping

menggalakkan komunikasi sesama mereka selaras dengan kaedah PAK21. Aktiviti seperti
jejak sejarah atau eksplorasi adalah contoh aktiviti permainan di luar bilik darjah yang boleh
dilakukan oleh guru bagi proses pengajaran dan pembelajaran. Guru boleh menggunakan
tajuk seperti tokoh perjuangan kemerdekaan dimana setiap stesen akan berdasarkan
kepada setiap tokoh yang terlibat dalam perjuangan kemerdekaan dan pelajar perlu
menjawab soalan atau menyiapkan tugasan yang diberikan di setiap stesen. Selain itu,
permainan seperti puzzle, silangkata adalah contoh aktiviti bermain yang juga boleh
dilakukan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Almy (1984, Fagen) menyatakan
kanak-kanak bermain dengan di arah oleh diri mereka sendiri tanpa mengambilkira tujuan
bermain. Semasa bermain, mereka, bebas dari segala peraturan. Maka, kanak-kanak akan
melibatkan diri dalam permainan secara aktif dan komunikasi antara guru dan pelajar juga
wujud. Hal ini menyokong prinsip PAK21 yang mana mementingkan pembelajaran yang
berpusatkan kepada pelajar.
Seterusnya, guru juga boleh menggunakan kaedah didik hibur. Kaedah didik hibur
merupakan satu pendekatan dalam proses pengajaran dan pembelajaran yang bersifat
2

santai dan berhibur dengan penekanan pelaksanaannya terhadap empat komponen asas
iaitu nyanyian, bercerita, lakonan, puisi dan lain-lain aktiviti sokongan. Oleh itu, keseronokan
murid secara total dalam mempelajari sesuatu subjek itu akan dapat direalisasikan secara
terancang dan bersistematik. Didik hibur dilaksanakan secara penyerapan dalam
pengajaran sesuatu subjek dengan berfokuskan kepada aktiviti mengguna dan memahami
penyerapan sesuatu keadaan. Penyerapan ialah proses menyerapkan pelbagai bidang
ilmu, nilai, murni, dan kemahiran bernilai tambah yang dipelajari semasa pengajaran dan
pembelajaran (Kementerian Pendidikan Malaysia 2001). Kaedah pengajaran akan lebih
bersifat interaktif, iaitu berkonsepkan didik hibur supaya pengajarannya lebih mudah dihayati
dan difahami. Sesuai dengan PAK21 dimana, ia menggalakkan pelajar terlibat secara aktif
dan membentuk pelajar untuk menjadi lebih kreatif selain menyokong pembelajaran
kooperatif (Slavin,2006). Sebagai contoh, dalam mengajar topik bunga kebangsaan dalam
DSKP Tahun 5, guru boleh membawa pelajar menyanyi Lagu Bunga Raya dalam proses
pengajaran dan pembelajaran. Pelajar juga boleh berpuisi, bercerita, berlakon dan
sebagainya. Kaedah sebegini sangat bagus dan mampu menjadikan sesebuah proses
pengajaran dan pembelajaran itu menjadi lebih menarik sekaligus menjadikan pelajar celik
sejarah di sekolah.
Kesimpulannya, pengenalan kurikulum sejarah adalah sesuai tatkala negara
mendepani cabaran globalisasi. Namun, bagi memastikan pelajar celik sejarah, guru perlu
bijak menggunakan kaedah yang pelbagai dalam proses pengajaran dan pembelajaran
mereka. Dalam proses pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah, guru adalah
segala-galanya (Pullias & Young 1982), yang akan menjalankan pelbagai peranan dalam
bilik darjah (Syed Lutfi 1994). Ini bermakna kejayaan sesuatu sesi pengajaran dan
pembelajaran itu adalah terletak kepada kebijaksanaan guru sebagai pengurus dan
perancang pengajaran dan pembelajaran yang berkesan. Semua ini bertolak kepada guru
tersebut, sejauhmana beliau dapat menarik pelajar untuk meminati Sejarah dan akhirnya
menjadi celik sejarah. Ditambah dengan adanya elemen PAK21, pelaksanaan kurikulum
Sejarah menjadi lebih mudah dengan adanya kaedah yang pelbagai selari dengan
pengenalan PAK21.

Rujukan
Banks, J. (1998). Handbook of simulation: principles, methodology, advances, applications,
and practice. John Wiley & Sons.
Fagen, R. (1984). Play and behavioural flexibility. Play in animals and humans, 159-173.
Malaysia, K. P. (2011). Pelan Strategik Transformasi Pendidikan Vokasional.Kementerian
Pelajaran Malaysia, 1-98.
Mayer, R. 2004. Should There Be a Three Rule Against Pure Discovery Learning. The Case
for Guided Methods of Instruction. American Psychologist.
Mok Soon Sang. (1992). Pedagogi 2: Strategi Pengajaran-Pembelajaran Mikro. Persediaan
untuk Pengajaran Praktik. Siri Pendidikan Perguruan. Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman
Sdn Bhd.
Noraizan binti Hamzah @ Daud. 2008. Persepsi Pelajar dan Guru Terhadap Penggunaan
Buku Teks Sejarah. Kertas Projek Sarjana. UKM. Bangi.
Syed Lutfi Syed Hamzah (1994). Peranan guru dalam meningkatkan mutu pendidikan
bagi

mencapai

matlamat

wawasan.

Dalam

Yaakub

Isa.

Guru

yang

efektif.

Kuantan: Jawatankuasa Perayaan Hari Guru Peringkat Negeri Pahang.


Shakila Yacob. (2010). Ilmu Sejarah Membina Negara. Utusan Malaysia.
Slavin, R. E. 2006. Educational Psychology : Theory and Practice. 8th.ed. United States of
America : Pearson Education, Inc.
Siti Nur Nadirah Ibrahim. (2013). Konsep Belajar Sambil Bermain. Diperolehi dari
http://www.kpakk.edu.my/artikel/konsep-belajar-sambil-bermain/ pada 30 Ogos 2016.

Anda mungkin juga menyukai