Anda di halaman 1dari 4

JURNAL MINGGUAN 2

KEPENTINGAN PELAKSAAN PENGAJARAN YANG MENYERONOKKAN

1. ISU YANG DIFOKUSKAN

Setelah dua minggu mengajar mata pelajaran Bahasa Melayu di 4 Jujur jelas
menunjukkan bahawa murid kelas ini memerlukan dan meminati PdPc yang
menyeronokkan. Namun, berikut merupakan perasaan yang ada dalam semua diri
manusia. Hal ini kerana, sewaktu di bangku sekolah saya turut memerlukan Pdpc
yang menyeronokkan untuk mendapatkan maklumat PdPc yang dilangsungkan oleh
guru. Oleh itu, murid kelas 4 Jujur meminati PdPc abad ke-21. Kementerian
Pendidikan Malaysia (KPM) pada tahun 2011 telah mencadangkan penyerapan
pendekatan didik hibur dalam Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR). Tujuan
kerajaan memperkenalkan pendekatan didik hibur di sekolah rendah adalah untuk
merealisasikan hasrat transformasi pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik
darjah. Dengan terlaksananya pendekatan didik hibur dalam bilik darjah diharapkan
proses pengajaran dan pembelajaran akan menjadi lebih interaktif serta
berpusatkan murid. Justeru pengajaran guru akan lebih mudah dihayati dan
difahami oleh murid. Didik hibur merupakan pendekatan pengajaran dan
pembelajaran yang menyeronokkan murid-murid kerana terkandung unsur kelakar,
kecindan, ada unsur estetik, permainan muzik, lakonan dan sebagainya. Didik hibur
merupakan satu pendekatan dalam proses pengajaran dan pembelajaran yang
bersifat santai dan berhibur. Walaupun murid seronok tetapi objektif pengajaran dan
pembelajaran masih dapat dicapai seperti yang ditetapkan. Dalam hal ini, guru perlu
merancang pengajaran dan pembelajaran agar isi kandungan mata pelajaran dapat
disampaikan dengan berkesan. Pada dasarnya amalan penyerapan didik hibur
bukanlah perkara yang baharu dalam siri pendidikan negara. Untuk tujuan
penegasan istilah didik hibur digunakan secara jelas sebagai komitmen yang
bersungguh-sungguh kerajaan untuk mengaplikasikan pendekatan ini yang
diadaptasikan menerusi pendekatan ‘Fun Learning’ yang digunakan secara meluas
dalam pengajaran dan pembelajaran (Bahagian Jemaah Nazir Sekolah, 2004).

Terdapat 5 orang murid pemulihan di dalam kelas 4 Jujur dan akan pergi ke bilik
pemulihan apabila tiba waktu mata pelajaran Bahasa Melayu. Pencapaian murid
kelas 4 Jujur di tahap sederhana dan telah membuka mata guru bahasa Melayu
supaya menggunakan kaedah, pendekatan dan teknik yang sesuai.
2. ANALISIS ISU YANG DIFOKUSKAN (PUNCA DAN KESAN ISU):

Pandangan Yahya (2012), mengaitkan humor dengan kelucuan yang boleh


menyebabkan seseorang menjadi seronok apabila mendengarnya. Pengajaran
bahasa Melayu tidak boleh hanya menekankan penguasaan isi kandungan semata-
mata. Sebaliknya boleh diajar dalam suasana yang selesa dan menyeronokkan.
Murid akan berasa tidak selesa apabila guru bahasa yang berupaya mengajarkan
tatabahasa dengan baik, tetapi dalam keadaan yang membosankan. Amalan jenaka
guru dapat mewujudkan persekitaran pembelajaran yang menyeronokkan. Namun
begitu, terdapat juga guru-guru yang tidak mahir berjenaka dengan murid-murid.
Keadaan ini dapat disalurkan melalui cara lain seperti penggunaan bahan bantu
mengajar yang mempunyai unsur menyeronokkan seperti kartun dan komik yang
mempunyai karikatur yang menarik. Secara langsung kreativiti ini dapat membantu
guru menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung dalam suasana
yang menyeronokkan, ceria dan berkesan.

Kesan terhadap PdPc adalah berjaya mencapai objektif pembelajaran dan telah
berjaya menarik minat murid untuk mengikuti PdPc. Namun, guru perlu sentiasa
membimbing supaya murid tidak melakukan kesalahan serta berada pada tahap
terkawal. Seterusnya, kesan PdPc yang menyeronokkan tentang menjayakan
langkah-langkah PdPc seperti yang telah dirancang dalam Rancangan Pengajaran
Harian (RPH).

3. KAJIAN LAMPAU (LITERATURE REVIEW) TERHADAP ISU


(PENGALAMAN ATAU KAJIAN LEPAS:

Menurutt Ainul Rahman Ibrahim, Zamri Mahamod & Wan Muna Ruzzana Wan
Mohamad. (2019), bentuk PdPc pada abad ke-21 masih tetap berpusatkan guru,
akan tetapi guru memainkan peranan penting untuk melibatkan murid secara aktif
dalam aktiviti pembelajaran di sekolah. Guru sememangnya individu yang
bertanggungjawab untuk mendidik murid apabila mereka berada di sekolah. PAK-21
yang menekankan pembelajaran berpusatkan murid dan berunsurkan kemahiran
Berfikir Aras Tinggi (KBAT) dilaksanakan dengan penyediaan bilik darjah yang
bersesuaian dan disusuli penyediaan rancangan mengajar serta pelaksanaan
pengajaran dan pemudahcaraan (PdPc) abad ke-21. Bilik darjah yang kondusif
akan menarik minat murid untuk mengikuti PdPc. Hal ini kerana, aktiviti PAK-21
yang menggalakkan penglibatan murid secara aktif membolehkan mereka berfikir
berunsurkan KBAT. Oleh itu, guru perlu mewujudkan aktiviti pembelajaran PAK-21
serta perlu berunsurkan KBAT. Tambahan lagi, kecerdasan pelbagai verbal
linguistik murid juga dapat ditingkatkan kerana murid akan berinteraksi antara satu
sama lain. Tambahan lagi, aktiviti yang menyeronokkan akan membantu guru
mencapai nilai murni yang ditetapkan melalui perlakuan murid sewaktu aktiviti PdPc
yang menyeronokkan.

4. CADANGAN DAN IDEA PENYELESAIAN MASALAH:

Cadangan dan idea penyelesaian masalah bagi mengatasi isu di atas adalah guru
perlu menyediakan aktiviti PdPc yang menyeronokkan bagi meningkatkan minat
murid untuk belajar. Seterusnya, guru wajarlah menyediakan suasana PdPc yang
kondusif dan selamat supaya murid selesa serta tidak diancam oleh bahaya.
Tambahan lagi, dugaan penyakit virus ini perlu diatasi dengan bijak dengan
menyediakan aktiviti individu yang berkesan dan dapat dilakukan oleh murid dengan
jayanya. Guru juga perlu memberikan peranan penting kepada murid yang kurang
memberikan tumpuan di dalam kelas supaya mereka tidak melakukan kesilapan
yang sama pada PdPc yang berikutnya.

5. TEMPOH MASA PENYELESAIAN:

Saya akan cuba mengatasi masalah ini dalam tempoh masa seminggu agar
murid-murid dapat bergaul mesra dengan semua rakan mereka tanpa mengira taraf
dan saling bantu-membantu dalam proses PdP sekaligus bekerjasama dalam
melakukan semua tugasan atau aktiviti yang telah dirancang oleh guru.

6. TINDAKAN SUSULAN:

Tindakan susulan adalah dengan menyediakan aktiviti PdPc yang menyeronokkan


bagi menarik minat murid mengikuti PdPc yang akan berlangsung. Contohnya, bagi
menarik minat murid yang kurang memberikan tumpuan ketika PdPc sedang
berlangsung adalah dengan menyediakan aktiviti yang menyebabkan mereka
menjadi watak utama. Kesannya, mereka akan menggalas watak yang
diamanahkan oleh guru untuk dicontohi oleh rakan-rakan yang lain. Apabila mereka
mempunyai peranan, sikap bertanggungjawab dapat dipupuk melalui peranan
tersebut dan mencuba untuk melaksanakan tanggungjawab mereka.

7. TARIKH TINDAKAN SUSULAN DILAKSANAKAN:

25 Januari 2023
8. KEBERKESANAN LANGKAH YANG DICADANGKAN:

Melalui cadangan penambahbaikan yang dirangka, saya mendapati masalah ini


semakin reda dan berjaya membantu murid untuk mempunyai semangat kekitaan
dalam menjalankan tugasan yang diberikan. Kesannya, aktiviti murid berjalan lebih
lancar dan selari dengan waktu yang telah dirancang. Hal ini demikian kerana murid
kelihatan lebih aktif dan seronok sewaktu pembelajaran berlangsung kerana mereka
mampu bekerjasama dengan baik dalam menyiapkan tugasan berkumpulan.
Kesannya, tiada murid yang membuat kerja sendiri dan tidak terlibat dengan aktiviti
pengajaran dan pembelajaran. Ternyata langkah-langkah yang dicadangkan
berkesan dalam membantu saya merancang aktiviti yang lebih baik serta sesuai
dengan tahap kemampuan murid-murid sepanjang sesi pengajaran dan
pembelajaran berlangsung,

9. KESIMPULAN

Kesimpulannya, impak amalan pembelajaran menyeronokkan dalam bahasa


Melayu yang ketara adalah kepada aspek perspektif dan aplikasi pengetahuan
responden tentang kaedah dan teknik yang efektif sehingga dapat meningkatkan
prestasi pengajaran mereka. Responden sedar jika mereka mengamalkan
pembelajaran menyeronokkan murid-murid akan lebih bermotivasi untuk mengikuti
pelajaran mereka. Cabaran yang ketara adalah dari segi penyediaan bahan bantu
mengajar berasaskan teknologi. Oleh itu dicadangkan diadakan kursus, bengkel
dan program berterusan supaya mereka mendapat pendedahan, pengalaman,
kefahaman dan pengetahuan yang lebih meluas tentang amalan pembelajaran
menyeronokkan.

10. RUJUKAN

Ainul Rahman Ibrahim, Zamri Mahamod & Wan Muna Ruzzana Wan Mohamad.
(2019). Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu: Pembelajaran Abad Ke-21 dan
Pengaruhnya Terhadap Sikap, Motivasi dan Pencapaian Bahasa Melayu Pelajar
Sekolah Menengah. Vol. 7, No (2), 77-88.

Noorazura Abdul Rahman. (2020). Pembelajaran Abad Ke-21 di Semua Sekolah.


Berita Harian.

Anda mungkin juga menyukai