Anda di halaman 1dari 72

Teknik Pengajaran Kaji Dan Simpul (KAS) Meningkatkan Penguasaan Kemahiran

Plot Dalam Kalangan Murid Tingkatan Empat Ibnu Batutta

1.0 PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Secara amnya, sastera merupakan perkara yang terhasil daripada keinginan pengarang atau
masyarakat untuk mengkritik, memberi pengajaran mahupun pedoman dan juga untuk
berkongsi sesuatu maklumat dalam hal-hal yang melibatkan kehidupan dan sebagainya.
Dalam memberikan maklumat, mereka telah menggunakan pelbagai medium iaitu secara
lisan atau juga tulisan dan mereka juga menggunakan sumber-sumber daripada persekitaran,
pengalaman, pemerhatian atau pembacaannya untuk mengetengahkan sesuatu yang menarik
untuk dikongsi. Selain itu, sesebuah karya sastera tidak akan dihasilkan atau terhasil dengan
kekosongan atau tanpa sebab. Dalam memaparkan sastera mestilah mempunyai makna yang
boleh ditanggapi oleh pembaca disamping mempunyai tujuan dan fungsinya yang tersendiri
berdasarkan pertimbangan dan pengamatan pengarang.

Dalam melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran, teknik pengajaran dan


pembelajaran terlalu penting bagi mewujudkan kesediaan murid untuk belajar. Hal ini di
mana telah dinyatakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (2011) bahawa KPM telah
mencadangkan penyerapan teknik pengajaran dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
Dengan memperkenalkan teknik di sekolah ini adalah untuk merealisasikan hasrat
transformasi pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah. Selain itu, dengan
memperkenalkan teknik pengajaran dan pembelajaran juga akan menjadikan suasana
pengajaran dan pembelajaran menarik sekaligus menjadikan proses pengajaran dan
pembelajaran menjadi interaktif. Malahan ia juga berpusatkan murid berbanding sebelum ini
yang lebih berpusatkan guru semata-mata.

Bagi melaksanakan sesuatu teknik yang berkesan dan menarik dalam proses
pengajaran dan pembelajaran, penggunaan ICT membantu murid dalam memahami sesuatu
topik sekaligus menimbulkan minat mereka tehadap sesuatu topik yang diajarkan.
Perkembangan kurikulum yang semakin kompleks menuntut kemahiran pemikiran tinggi
yang dapat diproses dengan mudah menerusi Teknologi Maklumat dan Komunikasi.
Malaysia telah mengambil inisiatif dalam sistem pendidikan sebagai penyesuaian dengan era
teknologi maklumat bagi mencapai aspirasi wawasan 2020. Kementerian Pelajaran Malaysia

1
telah mengukuhkan kemahiran ICT para pelajar dengan memperkenalkan subjek Teknologi
maklumat pada 1999. Dalam konteks pendidikan, interaktif melalui ICT adalah penting
dalam mengembangkan proses pengajaran dan pembelajaran ke arah yang lebih dinamik dan
bermutu terutamanya dalam pembelajaran abad ke-21. Menurut Castilo et al. (2016), ICT
juga telah membentuk pemikiran kritis guru bagi membentuk pengajaran baru dalam
penggunaan subjek atas talian yang telah dapat meningkatkan teknik pengajaran guru secara
signifikannya dalam penggunaan ICT. Perkara ini turut disokong oleh Kementerian
Pendidikan Malaysia yang kini telah mewujudkan pengajaran berbentuk ICT di sekolah di
mana guru dibekalkan dengan web site yang dinamakan FROG VLE. Dalam laman sesawang
ini, guru boleh memberikan tugasan kepada murid, murid pula boleh membuat tugasan di
rumah dengan melayari FROG VLE dengan menggunakan kata laluan yang telah diberikan
oleh pihak sekolah kepada murid. Hal ini menunjukkan bahawa multimedia mampu
mewujudkan suasana pembelajaran yang lebih menarik berbanding kaedah konvensional
yang hanya berpandukan buku teks seamta-mata.

Dalam proses pengajaran dan pembelajaran, terdapat beberapa orang subjek kajian
yang tidak dapat memahami dengan jelas tentang topik yang diajarkan oleh pengkaji
terutamanya berkaitan dengan sastera. Di sinilah pentingnya bahan bantu mengajar (BBM)
dan bahan bantu belajar (BBB) dalam mempelbagaikan kaedah dan bahan pengajaran guru.
BBM dan BBB yang digunakan biasanya perlu diinovasikan bagi kelihatan menarik.
Pembelajaran menyeronokkan juga berkait dengan penggunaan bahan bantu mengajar.
Menurut Yahya dan Dayang Raini (2011), penggunaan bahan bantu mengajar yang menarik
akan mewujudkan suasana pembelajaran yang menggembirakan. Dalam kajian ini, pengkaji
telah mengskopkan pengajaran dan pembelajaran kepada plot dalam drama Anna. Dalam
proses pengajaran dan pembelajaran, pengkaji telah memperkenalkan satu teknik pengajaran
yang mudah dan ringkas pada mulanya iaitu teknik “RAMI”. Teknik ini merujuk kepada
kemahiran guru mengelola dan melaksanakan kaedah mengajar yang telah dilaksanakan dan
pengendalian yang benar-benar berlaku di dalam bilik darjah. Menurut Yahya Othman
(2012), keberkesanan pengajaran dapat dinilai melalui kepelbagaian bahan dan teknik yang
digunakan ketika mengajar.

Teknik “RAMI” ini merupakan akronim bagi Rangsangan Minda. Muslizaira Mustafa
(2011) menyatakan bahawa akronin ialah sesuatu teknik yang dapat membantu pelajar
mengingat fakta sejarah yang sukar. Akronim ialah teknik yang terbaru bagi membantu

2
pelajar menghafal fakta dengan mudah, senang, dan lebih lama. Tujuan teknik ini
diperkenalkan adalah untuk memberi pengetahuan kepada murid untuk melengkapkan binaan
plot dan menghuraikan teknik plot dengan tepat dan jelas. Jelaslah bahawa penggunaan
teknik dalam pengajaran dan pembelajaran adalah sangat berkesan sekaligus ia dapat menarik
minat murid untuk belajar. Seperti yang diketahui teknik merupakan cara yang dilakukan
oleh seseorang dalam merangka strategi sesuatu kaedah supaya dapat difahami dengan lebih
mendalam. Namun dengan mengunakan teknik RAMI tersebut, jelas bawa responden masih
tidak mampu untuk menguasai binaan plot dan teknik plot. Oleh itu, pengkaji telah
melakukan satu inovasi teknik pengajaran iaitu teknik “KAS”. Teknik KAS ini merupakan
teknik Kaji dan Simpul. Teknik ini memudahkan responden untuk menguasai binaan dan
teknik plot.
1.2 Refleksi pengajaran dan pembelajaran

Menurut Wan Rozali dan Joseph Anjuman (2013), amalan refleksi merupakan satu proses
pemikiran kendiri berkenaan pengalaman yang dilaksanakan secara berterusan. Seseorang
individu memiliki pelbagai tingkahlaku, idea dan perasaan sepanjang pengalaman atau
aktiviti yang dilakukan. Seorang guru yang melakukan proses pengajaran dan pembelajaran
adalah kaya dengan pelbagai idea, tingkahlaku dan perasaan ini boleh direfleks untuk
menghasilkan suatu pembelajaran yang berkesan. Refleksi ini juga sebagai inkuiri yang
sistematik pada amalan pengajaran sendiri bagi membaiki amalan pengajaran serta
memperdalam kefahaman mengenai sesuatu perkara. Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat
(2013), refleksi membawa maksud bayangan, gambaran dalam cermin, fikiran dan lain-lain.
Menerusi definisi tersebut, jelaslah bahawa refleksi merupakan kajian atau pengalaman yang
diingat kembali untuk mengenalpasti kelemahan-kelemahan yang ada semasa proses
pengajaran dan pembelajaran berlangsung. Melalui kelemahan-kelemahan tersebut akan
dipernambahbaikan semasa proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung. Kebiasaannya,
refleksi ini dilakukan selepas proses pengajaran dan pembelajaran berlaku. Malahan refleksi
ini juga dibuat berdasarkan kepada pengalaman dan situasi yang telah dialami atau dilalui
oleh pengkaji semasa proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung. Selain itu, melalui
proses pengajaran dan pembelajaran inilah yang menyebabkan pengkaji dapat mengetahui
kelemahan atau masalah yang dihadapi oleh subjek kajian, terutamanya subjek kajian
tingkatan 4 Ibnu Batutta bagi mata pelajaran Sastera, di Sekolah Menengah Kebangsaan Tok
Janggut Daerah Pasir Puteh.

3
Mengimbau kembali proses pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan terhadap
murid tingkatan 4 Ibnu Batutta, pengkaji sentiasa merancang aktiviti berkumpulan di dalam
kelas. Murid perlu berbincang untuk menyusun puzzle pintar melalui teknik rami yang telah
ditetapkan oleh pengkaji. Sebagai contohnya, pengkaji meminta murid membentuk lima
kumpulan dan setiap kumpulan tersebut mempunyai enam hingga tujuh orang ahli dan
mereka diminta duduk berbincang bagi menyusun puzzle pintar dengan betul untuk
dilekatkan pada peta alir. Apa yang diperhatikan, pengkaji mendapati bahawa terdapat empat
orang subjek kajian daripada 33 orang kurang faham dan tidak dapat menguasai ketika
proses pengajaran dan pembelajaran yang menggunakan teknik RAMI dengan menggunakan
puzzle pintar dan peta alir tersebut. Teknik RAMI ialah merupakan teknik yang dicipta khas
oleh pengkaji untuk melengkapkan binaan plot dan menghuraikan teknik plot dengan betul.
Memahami perkara ini kerana ketika proses pengajaran dan pembelajaran tersebut pengkaji
hanya membekalkan puzzle pintar kepada subjek kajian untuk melengkapkan binaan plot.
Pengkaji turut meminta murid untuk membentuk kumpulan yang mana mereka perlu
berbincang untuk mengisi teknik plot pada peta buih berganda berdasarkan aktiviti lakonan.
Pengkaji sentiasa merancang aktiviti berkumpulan kerana saya percaya perkara ini berkesan.
Menurut Zamri Mahamd et.al (2015) strategi pembelajaran koperatif yang mewujudkan
pelbagai aktiviti yang menarik membantu murid tertumpu kepada pembelajaran. Hal ini juga
akan mengelakkan murid melakukan pelbagai gangguan di bilik darjah. Semasa aktiviti
lakonan mereka masih tidak boleh melengkapkan peta buih berganda itu. Dengan hanya
pelaksanaan teknik RAMI tersebut tidak mampu merangsang minda subjek kajian untuk
melengkapkan binaan plot dan menghuraikan teknik plot. Subjek kajian juga kelihatan keliru
dalam menentukan binaan plot dan teknik plot berdasarkan drama yang dikaji. Malahan
keempat-empat subjek kajian tersebut juga kurang jelas dan kurang faham penggunaan teknik
RAMI yang digunakan oleh pengkaji dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

Selain itu, mengimbau kembali proses pengajaran dan pembelajaran yang telah
pengkaji laksanakan, pengkaji juga telah menggunakan strategi, teknik atau kaedah iaitu
berpusatkan guru, berpusatkan murid, berpusatkan bahan dan juga berpusatkan aktiviti.
Strategi pengajaran yang lebih berpusatkan pelajar adalah lebih praktikal berbanding
pengajaran berpusatkan pensyarah atau pengajar. Menurut Mohd Yusoff Dagang (2016),
dalam tesisnya menyatakan bahawa amalan kreativiti dalam strategi pengajaran merupakan
perubahan positif dan anjakan yang perlu dihasilkan guru dalam proses pengajaran dan
pembelajaran untuk mencapai objektif pengajarannya dengan berkesan di samping

4
membangunkan keseluruhan aspek modal insan seperti yang terkandung di dalam Falsafah
Pendidikan Kebangsaan (FPK) merangkumi aspek jasmani, emosi, rohani dan intelektual.
Antara strategi berpusatkan guru ialah pengkaji menerangkan tentang teknik RAMI secara
terperinci yang akan digunakan oleh subjek kajian untuk melengkapkan binaan plot dan
menghuraikan teknik plot dengan tepat yang terdapat dalam drama Anna.

Bagi strategi berpusatkan murid pula, subjek kajian banyak bertanya kepada pengkaji
dan berkerjasama dalam melakukan aktiviti serta patuh dengan arahan semasa pengkaji
mengajar dan memberi penerangan. Di bawah strategi berpusatkan murid ini juga, pengkaji
memainkan peranan yang penting dalam proses pembelajaran. Mengikut strategi ini, subjek
kajian digalakkan melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti pembelajaran mereka. Di dalam
bilik darjah, pengkaji merupakan seorang pemimpin yang memandu subjek kajian
menjalankan aktiviti pembelajaran, sama ada secara kumpulan ataupun individu. Dalam
proses pengajaran dan pembelajaran, lebih banyak masa akan diperuntukkan kepada aktiviti
pembelajaran murid. Strategi berpusatkan bahan pula, pengkaji telah menggunakan bahan-
bahan yang sesuia digunakan oleh subjek kajian yang mana bahan tersebut membantu
pengkaji dan juga subjek kajian. Seterusnya, bagi strategi berpusatkan aktiviti pula, pengkaji
telah merangka mahupun merancang aktiviti-aktiviti yang menarik perhatian subjek kajian
untuk membantu mereka dalam menguasai kemahiran plot iaitu binaan dan teknik plot.

Subjek kajian juga telah ditemu bual oleh pengkaji mengenai ketidakmampuan
mereka dalam menguasai kemahiran plot iaitu binaan plot dan teknik plot. Subjek kajian
menyatakan bahawa ketika proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung, terdapat
kekeliruan yang timbul dalam mengenalpasti binaan plot dan teknik plot. Oleh sebab itu,
subjek kajian tersebut tidak mampu melengkapkan binaan plot dan menghuraikan teknik plot.
Dalam proses pengajaran dan pembelajaran, tingkah laku dianggap penting kerana tingkah
laku akan mempengaruhi tahap kefahaman subjek kajian dalam sesuatu topik yang diajarkan.
Kejayaan seseorang pelajar bergantung kepada keberkesanan pola pembelajaran yang
digarapnya. Bagi merealisasikan pola pembelajaran yang berkesan maka ia bergantung
kepada sikap dan tingkah laku positif yang ditunjukkannya dalam proses pembelajaran
tersebut. Menurut Evi Aeni Rufaedah (2017), menyatakan dalam kajiannya bahawa teori
behavioristik menekankan pembentukan tingkah laku yang berdasarkan hubungan antara
stimulus mahupun kostruksi mental. Turut dinyatakan teori behavioristik ini adalah suatu
perubahan tingkah laku yang dapat diamati secara langsung iaitu terjadi melalui hubungan
stimulus dengan stimulus dan respon dengan respon. Hal ini bermakna, ia melihat kepada

5
tingkah laku positif dan negatif subjek kajian semasa proses pengajaran dan pembelajaran
berlangsung. Pengkaji mendapati bahawa keempat-empat orang subjek kajian tersebut tidak
memberi tumpuan semasa proses pengajaran dan pembelajaran terutamanya ketika guru
melakukan aktiviti berkumpulan. Malahan tidak dapat dinafikan bahawa, ketika proses
pengajaran dan pembelajaran berlangsung keempat-empat orang subjek kajian tersebut
membuat bising didalam kelas dan sering berbual. Akan tetapi masih boleh dikawal dan
mereka tidak mengganggu ketenteraman subjek kajian yang lain. Melalui pemerhatian ini,
subjek kajian sukar melibatkan diri secara aktif ketika proses pengajaran dan pembelajaran,
malahan subjek kajian menunjukkan keengganan mereka untuk melakukan aktiviti bersama
rakan-rakan. Melalui pemerhatian ini juga, pengkaji mendapati subjek kajian tidak
menunjukkan minat pada pelajaran kesusasteraan Melayu. Apabila subjek kajian tidak
menunjukkan minat pada mata pelajaran tersebut, subjek kajian kerap keluar daripada kelas.
Guru mempunyai tugas dan tanggungjawab untuk memenuhi kehendak dan keperluan subjek
kajian dari segi pengajaran dan pembelajaran.

Pada pembelajaran lalu sedikit sebanyak membantu subjek kajian untuk mengingat
semula. Namun, keempat-empat subjek kajian tersebut tidak mampu untuk mengingat secara
menyeluruh terhadap apa yang telah dipelajari mengenai plot. Faktor masalah pembelajaran
adalah kerana strategi atau teknik dan kaedah yang digunakan kurang sesuai dan bahan
pengajaran yang digunakan kurang menarik minat murid-murid. Oleh sebab itu, Anuar
Ahmad dan Nelson Jinggan (2015) di dalam kajiannya menekankan bahawa guru perlu
melibatkan pelajar secara aktif dalam proses pengajaran dan pembelajarannya dan ini
menuntut kemahiran pengajaran yang tinggi dalam kalangan guru. Pernyataan ini disokong
oleh pengkaji di mana para pengajar mempunyai peranan yang amat tinggi dalam
meningkatkan kemahiran pelajar dan tidak terkecuali juga penerapan aspek-aspek
peningkatan kendiri yang menyediakan pelajar ke arah persaingan dunia. Dalam proses
pengajaran dan pembelajaran yang telah dilaksanakan oleh pengkaji, pengkaji telah
menggunakan teknik pengajaran. Menurut Kamarudin Husin et al. (2011) menyatakan
bahawa teknik merujuk kepada satu set siri tindakan tindakan guru yang sistematik dengan
tujuan mencapai objektif pelajaran tertentu dalam jangka masa yang pendek.

Namun demikian, pengkaji sedar bahawa teknik, pendekatan, strategi atau kaedah dan
bahan yang digunakan oleh pengkaji semasa proses pengajaran dan pembelajaran masih tidak
mampu membantu subjek kajian dalam penguasaannya terhadap plot berdasarkan drama
Anna. Dengan itu pengkaji mengambil mereka sebagai subjek kajian bagi kajian tindakan

6
pengkaji. Sehubungan dengan itu, jika diberi peluang untuk mengajar pelajaran ini sekali lagi
untuk kumpulan subjek kajian yang sama iaitu subjek kajian yang tidak mampu menguasai
pembelajaran plot. Pengkaji akan mengubah cara pengajaran kearah yang lebih baik dan
kreatif. Pengkaji akan memastikan subjek kajian memahami apa yang ingin disampaikan
dengan menggunakan pendekatan, strategi atau kaedah, teknik, dan bahan-bahan dengan baik
sekali dan dalam masa yang sama pengkaji akan mempelbagaikan lagi aktiviti kepada subjek
kajian agar subjek kajian mampu mencapai tahap penguasaan yang maksimun semasa proses
pengajaran dan pembelajaran. Hal ini kerana, pengkaji mengalami kekurangan masa atau
waktu semasa mengajar. Oleh itu, pengkaji hanya menjalankan teknik RAMI berdasarkan
puzzle pintar dan peta i-think berdasarkan aktiviti lakonan kita. Bagi mengatasi masalah ini,
pengkaji perlu mencari inisiatif yang boleh membantu subjek kajian mengatasi masalah
tersebut. Justeru itu, pengkaji akan menggunakan teknik terbaru yang dinamakan teknik
“KAS” iaitu Kaji dan Simpul bagi menggantikan teknik RAMI.

1.3 Pengumpulan Data Awal

Setelah mengesan masalah dan kelemahan keempat-empat orang subjek kajian tersebut,
pengkaji telah mendapatkan maklumat yang lebih lanjut dan terperinci tentang subjek kajian
berkenaan. Penyelidikan merujuk kepada satu proses yang sistematik yang melibatkan proses
merancang kaedah penyelidikan, mengumpul data, menghurai data dan melaporkan
maklumat. Bagi mengenal pasti masalah utama yang dihadapi oleh subjek kajian, pengkaji
turut menjalankan sesi pengumpulan data awal terhadap keempat-empat subjek kajian yang
ingin pengkaji kaji dengan menggunakan beberapa cara seperti pemerhatiaan, analisis
dokumen dan juga temu bual.

1.3.1 Pemerhatian

Melalui pemerhatian, pengkaji dapat mengamati sesuatu tingkah laku subjek kajian
berpandukan pembolehubah-pembolehubah yang telah dikenal pasti. Peranan
pengkaji ialah sebagai pemerhati terhadap perubahan-perubahan tingkah laku,
mendengar, serta melihat tingkah laku subjek kajian sama ada dari jauh atau dari
dekat. Menggunakan kaedah ini, pengkaji atau pemerhati perlu rnemerhati sampel-
sampelnya dalam tempoh masa yang tententu. Kaedah pemerhatian sesuai digunakan
khususnya apabila pengkaji mengkaji perkembangan tingkah laku sesuatu unit sosial,
misalnya mengkaji perkembangan tingkah laku subjek kajian dari segi kebisingan dan
sebagainya terhadap keempat-empat orang subjek kajian yang telah dikenal pasti di

7
dalam kelas. Sebelum membuat pemerhatian, pengkaji perlu membuat perancangan
yang baik dan teliti. Setiap pemerhatian mestilah mempunyai tujuan tertentu,
dilakukan secara sistematik, mempunyai fokus, dan mestilah dicatatkan secara betul.

Catatan yang dibuat mestilah tepat, sah, dan boleh dipercayai. Pemerhatian
adalah satu kaedah memerhati, mencatat dan merekod peristiwa dan tingkahlaku
dalam bidang yang dikaji. Walaupun pengkaji mengikuti tingkah laku subjek,
pengkaji tidak mempengaruhi peserta kajian ke arah tingkah laku tertentu. Menurut
Ahkiar Pardi dan Shamsina Shamsuddin (2015), teknik pemerhatian melibatkan
penyelidikan atau sekumpulan penyelidik memerhatikan aktiviti populasi.
Pemerhatian boleh dilakukan pada setiap masa dengan meneliti segala perlakuan dan
kejadian dalam situasi yang dikaji. Melalui kaedah pemerhatian ini, pengkaji
menggunakan kaedah pemerhatian secara berstruktur yang di mana pengkaji
menggunakan senarai semak untuk merekod dan mengumpul data. Semasa proses
pengajaran dan pembelajaran kebanyakkan murid memberikan perhatian, namun
hanya terdapat empat orang subjek kajian tidak menumpukan sepenuh perhatian
semasa berada di dalam kelas. Tingkah laku yang ditunjukkan ini secara tidak
langsung akan mengganggu proses pengajaran dan pembelajaran terhadap topik yang
diajarkan oleh pengkaji. Perilaku tidak memberikan perhatian ketika di dalam kelas
sebenarnya akan memudaratkan diri sendiri.

Jadual:1.3.1
Senarai Semak Tingkah Laku Subjek Kajian

BIL PERKARA SUBJEK SUBJEK SUBJEK SUBJEK


KAJIAN 1 KAJIAN KAJIAN KAJIAN
2 3 4

YA TIDAK YA TIDAK YA TIDAK YA TIDAK


1 Subjek kajian memberikan / / / /
tumpuan semasa proses P&P
2 Subjek kajian membuat bising di / /
dalam kelas.
3 Subjek kajian sering berbual / /
ketika P&P
4 Subjek kajian sukar melibatkan / /

8
diri secara aktif ketika P&P
5 Subjek kajian cuba mengelak / /
daripada melakukan bersama-
sama rakan
6 Subjek kajian menunjukkan minat / / / /
terhadap mata pelajaran
Kesusasteraan Melayu
7 Subjek kajian keluar semasa P&P / /
dijalankan

1.3.2 Analisis dokumen (Semakan latihan bertulis)

Pada amnya, analisis dokumen ialah pecahan kaedah pengumpulan data penyelidikan
daripada analisis kandungan yang merupakan huraian objektif terhadap mesej
komunikasi yang telah dicetak, disiarkan atau digambarkan. Pengumpulan data
melalui analisis dokumen dapat memberikan maklumat yang relevan kepada isu dan
masalah yang dikaji. Dokumen adalah sumber yang paling mudah kepada pengkaji
kerana maklumat yang diperlukan telah sedia ada dan sukar untuk menipu. Analisis
dokumen iaitu latihan bertulis ialah cara mengumpul data yang penting dan tepat
untuk menentukan tahap penguasaan responden. Pengkaji membuat semakan latihan
bertulis yang pengkaji berikan pada setiap kali aktiviti yang dijalankan ketika proses
pengajaran dan pembelajaran. Hasil semakan, didapati subjek kajian tidak dapat
melengkapkan binaan plot dan menghuraikan teknik plot berdasarkan drama Anna.
Hasil analisis dokumen ini juga didapati keempat-empat subjek kajian tidak mencapai
tahap penguasaan. Perkara ini menunjukkan tahap penguasaan mereka amat lemah. Di
bawah ini disertakan empat analisis dokumen daripada empat orang subjek kajian
yang dikesan mengalami masalah dalam kemahian plot iaitu melengkapkan binaan
plot dan menghuraikan teknik plot berdasarkan drama Anna.

9
Latihan 1

Subjek Kajian 1 Subjek Kajian 2

Subjek Kajian 3 Subjek Kajian 4

Latihan 2

Subjek Kajian 1 Subjek Kajian 2

10
Subjek Kajian 3 Subjek Kajian 4

Latihan 3

Subjek Kajian 1 Subjek Kajian 2

Subjek Kajian 3 Subjek Kajan 4

11
Latihan 4

Subjek Kajian 1 Subjek Kajian 2

Subjek Kajian 3 Subjek Kajian 4

Jadual:1.3.2
Analisis Lembaran Bertulis

Bil Subjek Latihan 1 Latihan 2 Latihan 3 Latihan 4


Kajian
1 Subjek 4/10 2/8 4/10 210
Kajian 1
2 Subjek 4/10 4/8 4/10 4/10
Kajian 2
3 Subjek 2/10 4/8 2/10 410
Kajian 3
4 Subjek 4/10 0/8 4/10 4/10
Kajian 4

12
1.3.3 Temu bual

Pengkaji juga turut menggunakan kaedah temu bual bagi mengumpul data atau
mencerap data. Menurut Akhiar Pardi dan Shamsina Shamsuddin dalam bukunya
pada tahun (2015), temu bual ialah sebagai kaedah mengumpul data awal,
penggunaan temu bual membolehkan maklumat mendalam tentang sesuatu perkara itu
diperolehi. Temu bual ialah kaedah yang amat berkesan untuk meninjau persepsi
seseorang termasuk pemikiran, sikap, nilai dan pendapat. Malahan temu bual juga
dapat menghasilkan data dan maklumat yang lebih mandalam yang tidak mungkin
diperoleh melalui pemerhatian dan analisis dokumen.

Memahami perkara ini, pengkaji telah mengadakan temu bual dengan guru
mata pelajaran Kesusasteraan Melayu sendiri. Temu bual ini untuk mengenal pasti
sikap subjek kajian semasa proses pengajaran pembelajaran mata pelajaran
Kesusasteraan Melayu. Temu bual ini juga untuk mengetahui teknik pengajaran yang
biasa digunakan oleh guru ketika proses pengajaran dan pembelajaran dan juga tahap
penguasaan subjek kajian ketika proses pengajaran dan pembelajaran dan minat
subjek kajian terhadap Kesusasteraan Melayu.

Selain itu, pengkaji juga menemubual subjek kajian sendiri bagi meninjau
teknik pengajaran yang bagaimana dikehendaki oleh subjek kajian terhadap pengajran
dan pembelajaran mata pelajaran Kesusasteraan Melayu. Malahan temu bual dibuat
juga untuk meninjau minat mereka terhadap Kesusasteraan Melayu. Hasil temu bual
tersebut, subjek kajian menyatakan bahawa mereka tidak berminat teknik pengajaran
yang dilaksanakan oleh guru secara penerangan sahaja. Mereka menginginkan teknik
pengajaran yang pelbagai dan boleh merangsang mereka untuk fokus ketika proses
pengajaran dan pembelajaran berlangsung. Subjek kajian turut menyatakan bahawa
mereka tidak minat dengan mata pelajaran Kesusasteraan Melayu kerana bagi mereka
agar sukar untuk memahami teks dan sebagainya. Hal ini telah menyebabkan mereka
tidak memberikan tumpuan atau perhatian semasa guru mengajar dan kerap berbual
sesama sendiri dan sebagainya. Subjek kajian juga didapati tidak dapat melengkapkan
binaan plot dan menghuraikan teknik plot walaupun telah diajar secara berulang kali
dengan teknik yang pelbagai oleh guru-guru mereka sebelum ini.

13
Jadual: 1.3.3
Hasil temu bual dengan guru mata pelajaran Kesusasteraan Melayu
Bil Soalan Jawapan
1. Pada pandangan cikgu adakah keempat- Emm.. mereka ini tidak menentu, ada hari
empat murid ini minat dengan mata mereka minat ada hari tak . Tetapi lebih
pelajaran Kesusasteraan Melayu? kepada tak minatlah. Ikut suka mereka nak
belajar ke tak.
2 Bagaimanakah penguasaan mereka dalam Lemah, mereka tak mahu berfikir. Mereka
menguasai pembelajaran plot iaitu binaan lebih kepada jawapan guru.
dan teknik plot?
3 Jika mereka tidak menguasai teknik Ya, saya akan tetapkan dengan teknik yang
pengajaran yang sedia ada untuk sama sebab, sebab kalau saya hendak
pembelajaran binaan plot dan teknik plot, tunggu mereka kuasai, banyaklah
adakah cikgu akan menggunakan teknik pengajaran saya tertinggal nanti.
pengajaran tersebut?
4 Pada pandangan cikgu, apakah yang Murid ni dia mudah lupa. Hari ini bagitahu
menyebabkan keempat-empat murid esok dah lupa. Ini semua sebab sikap
tersebut gagal menguasai kemahiran mereka tidak bagi perhatian, tumpuan
tersebut? masa saya ajar. Mereka juga suka bising,
berborak benda yang tidak berfaedah.
Hmm..
5. Jadi, sebagai kesimpulannya keempat- Ya, bagi saya mereka semua bermasalah
empat murid ini sememangnya untuk mengusai binaan plot dan teknik plot
bermasalah dalam menguasai binaan plot walaupun menggunakan teknik pengajaran
dan teknik plot menggunakan teknik yang saya kira mudah.
pengajaran sedia ada .

Berdasarkan senarai semak temu bual ini ternyatalah keempat-empat subjek kajian
pengkaji sememangnya bermasalah dalam menguasai binaan plot dan teknik plot walaupun
menggunakan teknik pengajaran yang mudah. Oleh sebab itu, pengkaji perlu membuat satu
kajian tindakan terhadap keempat-empat orang subjek kajian yang bermasalah. Harapan
pengkaji dengan terlaksananya kajian ini dapat membantu keempat-empat subjek kajian

14
mengusai binaan dan teknik plot dan harapan pengkaji juga agar kajian ini berjaya dan
keempat-empat subjek kajian dapat keluar dari masalah tersebut.

2.0 Fokus Kajian

Melalui kajian ini terdapat pelbagai masalah yang telah diperolehi daripada proses
pemerhatian terhadap subjek kajian tersebut. Tetapi dalam kajian ini pengkaji hanya
memfokuskan tentang penguasaan subjek kajian terhadap apa yang dijarkan oleh pengkaji
pada sesi pengajaran dan pembelajaran. Kajian ini adalah berfokus kepada penguasaan subjek
kajian terhadap plot dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Penggunaan teknik RAMI
adalah salah satu cara untuk meningkatkan kefahaman subjek kajian terhadap perkara yang
ingin diajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

2.1 Huraian Fokus Kajian

Fokus utama kajian ini ini ialah pengkaji mengenalpasti permasalahn-permasalahan yang
dihadapi oleh subjek kajian terhadap pengajaran pengkaji yang berkaitan dengan plot
berdasarkan drama Anna. Daripada 33 orang subjek kajian, hanya empat orang sahaja yang
dikenalpasti iaitu masih kurang faham terhadap pengajaran pengkaji. Hal ini demkian kerana
keempat-empat subjek kajian tersebut tidak memberi pemerhatian semasa pengkaji memberi
penerangan tentang cara penggunaan teknik RAMI terhadap binaan plot dan teknik plot. Hal
ini membuatkan apabila pengkaji menggunakan teknik RAMI, subjek kajian kurang faham
terhadap pengajaran yang disampaikan oleh pengkaji. Pengkaji akan menyenaraikan masalah-
masalah yang timbul dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Semasa proses pengajaran
dan pembelajaran berlangsung pengkaji mendapati bahawa keempat-empat subjek kajian
tersebut kurang jelas dan faham terhadap pengajaran menggunakan teknik RAMI. Keempat-
empat orang subjek kajian tersebut tidak mempunyai kemampuan dalam menguasai topik
yang diajarkan oleh pengkaji dan keempat-empat subjek kajian tersebut keliru dalam
menentukan binaan plot dan teknik plot berdasarkan drama Anna. Sekiranya, kekeliruan
keempat-empat subjek kajian dalam menguasai binaan plot dan teknik plot tidak ditangani
oleh pengkaji , mereka tidak mampu untuk melengkapkan binaan plot dan menghuraikan
teknik plot dengan menggunakan teknik RAMI berdasarkan drama Anna.

Dari aspek tingkah laku subjek kajian yang bermasalah jelas telah membantutkan
pemahaman mereka terhadap pengajaran yang diajarkan. Tingkah laku yang ditonjolkan di
mana subjek kajian tidak memberi tumpun semasa penerangan yang pengkaji terhadap

15
penggunaan teknik RAMI, dalam membezakan binaan plot dan juga teknik plot. Subjek
kajian juga kelihatan membuat bising namun ia masih boleh dikawal dan tidak mengganggu
responden-responden yang lain. Tercetusnya kebisingan ini kerana mereka sering berbual-
bual ketika proses pengajaran dan pembelajaran. Mereka juga sukar untuk melibatkan dirinya
secara aktif kepada pengajaran dan pembelajaran dan enggan melakukan aktiviti-aktiviti yang
telah disediakan oleh pengkaji bersama rakan-rakannya. Keempat-empat subjek kajian ini
jelas menunjukan bahawa mereka tidak minat terhadap mata pelajaran Kusasteraan Melayu.
Ekoran ini subjek kajian kerap keluar daripada kelas ketika proses pengajaran dan
pembelajaran yang dilakukakn oleh pengkaji. Namun, ia mungkin disebabkan oleh pengkaji
sendirin yang tidak bergitu peka terhadap pemasalahan yang timbul dan tidak mengambil
serius akan hal-hal sedemikian.

Sehubungan dengan itu, tindakan yang perlu dilakukan oleh pengkaji iaitu pengkaji
mengambil inisiatif dengan membentuk kumpulan kecil bagi keempat-empat subjek kajian
yang tidak faham terhadap pengajaran sebelum ini iaitu binaan plot dan teknik plot. Hal ini di
mana pengkaji telah melakukan tindakan dengan menggunakan teknik lain bagi memberi
kefahaman yang jelas terhadap binaan plot dan teknik plot. Malahan pengkaji juga
menggunakan kaedah berpusatkan murid supaya keempat-empat subjek kajian tersebut
mampu melengkapkan binaan plot dan menghuraiakan teknik plot. Pengajaran dan
pembelajaran berpusatkan murid merupakan satu kaedah terkini di mana terdapat komunikasi
dua hala di antara guru dan murid. Subjek kajian bukan sahaja bergantung kepada pengajaran
pengkaji tetapi juga boleh menjana idea sendiri bagaimana untuk menyelesaikan masalah
yang diberi. Proses pemahaman akan menjadi lebih mudah jika mereka melibatkan diri dalam
pembelajaran yang sedang berlangsung dan ia juga boleh meningkatkan daya ingatan mereka
terhadap ilmu yang diberikan oleh pengkaji. Pembelajaran berpusatkan murid adalah satu
cara untuk membangunkan kemahiran mereka kerana ia melibatkan kriteria seperti
kedalaman, kemahiran kognitif dan sosial, perkembangan peribadi, dan kematangan sosial.
Menurut Kamarul Azmi Jasmi (2016), dalam kajiannya menyatakan bahawa Pengajaran dan
pembelajaran berpusatkan pelajar merupakan satu kaedah terkini di mana terdapat
komunikasi dua hala di antara guru dan pelajar. Pelajar bukan sahaja bergantung kepada
pengajaran guru tetapi juga boleh menjana idea sendiri bagaimana untuk menyelesaikan
masalah yang diberi. Proses pengajaran dan pembelajaran ini tidak boleh menumpukan
kepada kaedah berpusatkan guru semata-mata kerana responden akan menjadi pasif dan tidak
memberi fokus ketika proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung. Pembelajaran di

16
Malaysia lebih cenderung ke arah pemusatan guru menyebabkan responden bosan dan kurang
memberi perhatian kepada pembelajaran.

Selain itu, dalam memberikan kefahaman yang baik kepada subjek kajian, pengkaji
hendaklah menggunakan bahan bantu mengajar (BBM) atau juga bahan bantu belajar (BBB).
Penggunaan bahan bantu mengajar (BBM) dalam kalangan guru di sekolah memberi kesan
yang positif terhadap kecemerlangan akademik pelajar dan kaedah pengajaran guru itu
sendiri. Kajian-kajian lalu telah membuktikan bahawa wujudnya kesan positif tersebut
antaranya melalui kajian oleh Jasmi et al. (2011) dan Ilias et al. (2013). Kedua-dua dapatan
kajian Jasmi et al. (2011) dan Ilias et al. (2013) menunjukkan bahawa penggunaan BBM oleh
guru mampu membuatkan pelajar fokus kepada pengajaran sewaktu proses pengajaran dan
pembelajaran (PdP). Guru sewajarnya menjalankan tanggungjawab mereka sebagai pendidik
dengan mendidik pelajar dengan sebaik-baiknya supaya pelajar dapat menguasai
pembelajaran yang diajar oleh guru. Penggunaan BBM adalah amat penting dalam proses
pengajaran dan pembelajaran bagi menarik minat subjek kajian untuk belajar serta
meningkatkan prestasi subjek kajian

. Oleh itu, pengkaji iaitu guru perlu menghasilkan pelbagai BBM yang sesuai dan
menarik serta dapat menjana idea yang bernas untuk menentukan aktiviti yang lebih kreatif di
dalam proses pengajaran dan pembelajaran Bahan bantu mengajar ini bukanlah hanya terhad
kepada buku teks, papan tulis, kapur dan gambar-gambar sahaja tetapi ia juga merangkumi
segala benda yang digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran yang melibatkan
semua pancaindera merangkumi apa sahaja yang dapat dialami oleh para murid. Bahan bantu
mengajar tersebut yang digunakan oleh guru sekurang-kurangnya boleh dibahagikan kepada
tiga kategori yang terdiri daripada pelbagai jenis iaitu bahan bantu mengajar bukan
elektronik, bahan bantu mengajar elektronik, bahan bercorak pengalaman dan bahan sebenar.
Selain itu, PdP yang menggunakan BBM mampu meningkatkan ingatan pelajar terhadap
pelajaran yang disampaikan. Secara tidak langsung, pelajar dapat mengingat secara visual
berdasarkan BBM yang digunakan oleh guru. Hal ini dijelaskan oleh Abdullah et al. (2015)
bahawa kaedah ingatan melalui imej dan visual adalah kaedah yang terbaik kepada pelajar
untuk mengingat semula hafalan.

Melalui pemerhatian yang djalan semasa P&P dijalankan menunjukkan responden


kurang berminat dengan P&P tersebut. Kelihatan subjek kajian kurang memberi tumpuan,
membuat bising namun boleh dikawal, sering berbual dan sebagainya. Sikap yang sebegini

17
menyebabkan mereka tidak memahami isi pelajaran pada hari itu mengenai binaan plot dan
teknik plot. Bagi menarik perhatian responden, pengkaji selalu memanggil nama responden
dan mengajukan beberapa soalan secara lisan. Cara ini dapat mengubah penumpuan mereka.
Perubahan ini amat penting bagi menjayakan teknik yang dilaksanakan. Pemilihan fokus
kajian ini berdsarkan lima aspek penting iaitu kebolehtadbiran, kebolehgunaan, kepentingan,
kerelevenan dan kolaboratif.

2.1.1 Kebolehtadbiran

Sesuatu proses pengajaran dan pembelajaran dianggap berkesan jika sebelum proses
pengajaran dan pembelajaran guru telah menyediakan BBM, mendalami isi kandungan yang
hendak diajar dan mempelbagaikan kaedah pengajaran. Selaras dengan pembelajaran abad
ke-21, guru, kaedah mengajar, dan BBM perlulah seiring supaya pembelajaran yang lebih
berkesan mampu diwujudkan ( Nurul Haniza Samsudin et.al, 2017). Pengakaji iaitu guru
perlu mencari idea, teknik atau pendekatan yang lebih baik untuk diaplikasikan dalam strategi
pengajaran mereka. Sistem pendidikan dan kaedah pengajaran yang berkesan adalah penting
untuk menghasilkan generasi muda yang berkaliber dan memberi sumbangan yang bermakna
demi kemajuan negara (Sarimah Ibrahim, 2015). Sehubungan dengan itu, keupayaan
mengurus dengan bekesan yang di mana pengkaji melihat kebolehtadbiran ketika proses
pengajaran dan pembelajaran berlangsung. Menurut Mok Soon Sang (2010), kebolehtadbiran
didefinisikan sebagai kelicinan kerja-kerja mentadbir ujian atau kerja-kerja yang dilakukan.
Kebolehtadbiran terhadap fokus kajian ini adalah tinggi. Disebabkan perkara ini, langkah
awal yang pengkaji laksanakan ialah memberi tumpuan kepada beberapa aspek penting
dalam proses pemilihan fokus kajian. Kajian ini adalah menggunakan teknik RAMI iaitu
Rangsang Minda. Kajian ini dilaksanakan dalam kelas tingkatan 4 Ibnu Batutta dan dilakukan
ketika sesi belajar berdasarkan jadual kelas dan mata pelajaran yang telah ditetapkan.

Pengkaji mendapati teknik RAMI dapat dilaksanakan dengan baik dalam konteks
masa, tempat dan sampel. Dari segi kebolehtadbiran teknik ini mudah dikendalikan dari segi
masa, tempat dan responden. Pengkaji menggunakan puzzel minda berdasarkan teknik RAMI
dalam melengkapkan binaan plot dan menggunakan peta i-think melalui aktiviti lakonan kita
dalam menghuraikan teknik-teknik plot. Pengkaji telah menjalankan intervensi ini dengan
menggunakan waktu pulang di kelas pemulihan. Kajian ini mudah dilaksanakan kerana
subjek kajian dalam kelas pengkaji. Kekangan yang dihadapi oleh pengkaji dalam
melaksanakan teknik ini di mana semasa proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung

18
menggunakan teknik RAMI didapati empat orang subjek kajian tidak mampu menguasai
pembelajaran plot berdasarkan drama Anna iaitu melengkapkan binaan plot dan
menghuraikan teknik plot.

2.1.2 Kepentingan

Disamping itu, dalam melakukan kajian tindakan ini terdapat kepentingannya tersendiri.
Kepentingan dalam kajian ini adalah untuk membantu subjek kajian melengkapkan binaan
plot dan menghuraikan teknik plot yang terdapat dalam drama Anna. Oleh hal yang demikian,
subjek kajian kurang mahir dalam pembelajaran ini iaitu menggunakan teknik RAMI. Hal ini
menyebabkan pengkaji iaitu guru membuat satu perubahan dengan menggunakan teknik
pengajaran yang baru iaitu teknik KAS dalam proses pengajaran dan pembelajaran untuk
membantu keempat-empat subjek kajian tersebut supaya memahami tentang kemahiran plot.
Kajian ini diharapkan dapat memberi manfaat kepada subjek kajian khususnya dan subjek
kajian lain amnya terutama empat orang subjek kajian tingkatan 4 Ibnu Battuta menguasai
pembelajaran plot. Kajian ini juga penting kepada pelbagai pihak lain khususnya yang terlibat
secara langsung dan tidak langsung dengan pengajaran dan pembelajaran plot berdasarkan
drama Anna.

2.1.3 Kebolehgunaan

Kebolehgunaan merupakan salah satu faktor yang digunakan untuk mengukur sejauh mana
penerimaan pengguna terhadap suatu pembelajaran. Fokus kajian yang telah dilakukan oleh
pengkaji menunjukkan kebolehgunaan yang tinggi. Hal ini disebabkan kajian ini boleh
digunakan oleh sesiapa sahaja yang berminat dengannya. Kajian ini juga boleh memberi
manfaat kepada pengkaji dan guru-guru lain dalam usaha meningkatkan kualiti ketika proses
pengajaran dan pembelajaran berlangsung. Selain itu, kawalan fokus kajian ini adalah mudah.
Perkara ini dapat ditunjukkan bahawa kajian ini hanya melibatkan jumlah subjek kajian yang
kecil sahaja iaitu semasa proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung pengkaji dapat
mengenalpasti empat orang subjek kajian yang lemah dan tidak mampu mengusai topik
pembelajaran sastera iaitu tidak mampu mengusai dalam pembelajaran plot. Hal ini demikian
kerana didapati keempat-empat subjek kajian tersebut keliru dalam menentukkan binaan plot
dan teknik plot. Ketika proses pengajaran dan pembelajaran keempat-empat subjek kajian
perlu melengkapkan binaan plot dan menghuraikan teknik plot, namun keempat-empat subjek
kajian tersebut tidak mampu melengkapkan dan menghuraikan. Oleh sebab itu, pengkaji
menggunakan teknik KAS iaitu kaji dan simpul. Keberkesanan teknik ini dapat membantu

19
subjek kajian untuk melengkapkan binaan plot dan menghuraikan teknik plot. Hal ini dapat
dilihat dengan jelas selepas aktiviti intervensi dijalankan keempat-empat orang subjek kajian
dapat melengkapkan binaan plot dan menghuraikan teknik plot. Hal ini juga secara tidak
langsung menunjukkan bahawa kajian ini berguna sebagai dapatan ilmu yang boleh disebar
luaskan kepada guru-guru yang ingin mencuba teknik ini.

2.1.4 Kolaboratif

Menurut kamus dewan edisi keempat (2013), kolaboratif didefinisikan ialah hubungan yang
erat dari segi kerjasama antara dua pihak ataupun lebih. Kolaboratif kajian ini hanya dapat
dijalankan dengan beberapa pihak. Kebiasaannya pihak yang terlibat adalah seperti pihak
sekolah, murid dan guru. Kolaboratif dengan pihak sekolah amat penting semasa
menjalankan kajian. Hal ini dimana supaya kajian dapat dijalankan dengan lancar dan
sempurna. Memandangkan kajian ini dilakukan semasa sesi persekolahan maka kebenaran
menjalankan kajian daripada pihak pentadbir sekolah. Apabila kerjasama ini daripada
kesemua pihak secara tidak langsung penyelesaian untuk kajian menjadi lebih mudah dan
lancar.

2.1.5 Kerelevelan

Kerelevelan fokus kajian ini memberi tumpuan kepada teknik KAS dalam meningkatkan
kemahiran subjek kajian melengkapkan binaan plot dan menghuraikan teknik plot. Aktiviti-
aktiviti yang dilakukan berdasarkan teknik KAS ini mampu memberi kefahaman yang jelas
kepada responden dalam melengkapkan binaan plot dan menghuraikan teknik plot. Tindakan
pengubahsuaian teknik dalam proses pengajaran dan pembelajaran yang pelbagai menjadikan
guru-guru lebih kreatif dalam merancang pengajaran dan pembelajaran. Malah ia turut
membantu subjek kajian dalam menguasai pembelajaran yang diharapkan. Setelah mengesan
masalah yang dihadapi oleh subjek kajian, pengkaji mendapati subjek kajian adalah lemah
dalam pembelajaran plot kerana keliru dalam mengenalpasti binaan plot dan teknik untuk
dilengkapkan dan dihuraikan. Justeru itu, masalah ini mempunyai kerelevanan yang tinggi
dengan fokus kajian yang dilaksanakan.

2.2. Intervensi

Masalah dalam melengkapkan binaan plot dan menghuraikan teknik plot ialah masalah yang
sering dihadapi oleh rata-rata responden. Begitu jugalah dengan subjek kajian pengkaji. Jika
masalah ini tidak ditangani dengan segera, maka ia akan bertambah serius pada masa hadapan

20
dan boleh membawa kepada keciciran ketika proses pengajaran dan pembelajaran.
Berdasarkan masalah yang telah dikenal pasti, pengkaji telah mengambil langkah lain bagi
keempat-empat orang subjek kajian yang lemah. Hal ini dimana pengkaji akan menggunakan
teknik yang baharu terhadap keempat-empat orang subjek kajian agar boleh menguasai
pembelajaran plot. Kepentingan menggunakan variasi teknik mengajar dalam situasi
pengajaran ialah untuk menarik perhatian subjek kajian. Dengan teknik dan kaedah
pengajaran yang kreatif, subjek kajian akan berasa seronok dan secara tidak langsung mereka
akan memberi perhatian terhadap apa yang ingin disampaikan oleh guru. Malahan
berdasarkan kajan lalu iaitu Pelaksanaan Pembelajaran Menyeronokkan Dalam Pengajaran
Dan Pembelajaran Bahasa Melayu pada tahun 2013 oleh Abdul Rasid Jamian dan Hasmah
Ismail mengatakan keberkesanan pengajaran dapat dinilai melalui kepelbagaian bahan dan
teknik yang digunakan ketika mengajar

Teknik yang ingin digunakan oleh pengkaji ialah teknik “KAS” iaitu Kaji dan
Simpul. Teknik KAS merupakan satu teknik yang memerlukan subjek kajian berkerjasama
dan berusaha untuk mencari maklumat berkaitan dengan apa yang subjek kajian tidak tahu.
Sebelum melaksanakan aktiviti-aktiviti tersebut, pengkaji harus memberi penerangan kepada
keempat-empat orang subjek kajian terlebih dahulu dan seterusnya subjek kajian akan
menggunakan teknik tersebut untuk melengkapkan binaan plot dan menghuraikan teknik plot.

Dalam menjalankan kajian tindakan ini, pengkaji menggunakan model Kemmis dan
McTaggart (1988) sebagai panduan. Model ini telah diperkenalkan oleh Kemmis dan
McTaggart pada tahun 1988. Model ini merupakan model yang paling ringkas kerana
mempunyai empat peringkat sahaja dalam ketika proses pelaksanaannya. Prosesnya ialah
merancang, bertindak, memerhati dan refleksi. Model ini mempunyai kekuatan yang di mana
model ini memberi galakkan kepada pengkaji untuk bekerja secara kolaboratif yang
merupakan aspek penting dalam usaha menyiasat atau menerokai sesuatu isu. Model ini
digunakan dalam sesuatu kajian tindakkan yang dilaksanakan ke atas empat orang subjek
kajan yang masalahnya dapat dikenal pastikan oleh pengkaji. Kajian tindakan merupakan
sesuatu kajian berbentuk lingkaran dan berulang-ulang atau berterusan.

21
Merancang

Membuat
refleksi
Bertindak
(Analisis &
(Laksana)
membuat
refleksi

Memerhati
(Mengumpul
bukti)

Model Kemmis dan Mctaggart (1988)

Sumber: Buku Pengajaran dan Pembelajaran Teori dan Praktis(2009)

2.2.1 Merancang

Menurut kamus dewan edisi keempat (2013), merancang membawa maksud kepada mengatur
terlebih dahulu, mempersiapkan atau merencanakan. Hal ini dimana dalam konteks ini,
merancang tindakan adalah untuk persiapan awal sebelum bertindak. Menurut Faizah Abd
Majid (2016) dalam kajian menyatakan bahawa guru atau penyelidik akan memikirkan cara
atau strategi terbaik di dalam menangani isu tersebut. Kaedah dan strategi yang difikirkan
adalah bersesuaian dengan kemampuan dari segi masa dan fizikal. Di samping itu, kaedah
dan strategi yang dirancang harus harmoni dengan perjalanan dan objektif P&P di dalam
kelas. Pengkaji iaitu guru hendaklah merancang tindakan yang dimana pengkaji mencari jalan
untuk penyelesaian yang terbaik dalam menangani permasalahan yang timbul iaitu kesukaran
subjek kajian dalam melengkapkan binaan plot dan menghuraikan teknik plot. Dalam
melaksanakan kajian tindakan ini, pengkaji perlu merancang intervensi atau tindakan yang
akan dijalankan. Dalam kajian ini pengkaji telah merancang dengan menggunakan inovasi
teknik iaitu teknik KAS. Teknik KAS ini digunakan bagi menyelesaikan masalah dalam
melengkapkan binaan plot dan menghuraikan teknik plot yang telah dihadapai oleh keempat-
empat subjek kajian. Teknik ini memerlukan tiga aktiviti iaitu melalui Kaedah Soal Jawab
Dan Penerangan, Baca, Cari Dan Garis dan Padankan.

22
2.2.2 Tindakan

Tindakan dibuat setelah mengenal pasti masalah keempat-empat subjek kajian dan
merancang intervensi kajian iaitu inovasi melalui teknik. Hal ini dimana pada langkah
seterusnya pengkaji membuat tindakan keatas keempat-empat orang subjek kajian dengan
menggunakan inovasi teknik untuk menyelesaikan masalah bagi melengkapkan binaan plot
dan juga menghuraikan teknik plot. Tindakan yang telah dirancang oleh pengkaji iaitu
intervensi melaui inovasi teknik yang akan dilakukan hanya sekali dan memperuntukkan
masa selama 30 minit. Melalui intervensi ini, pengkaji telah menggunakan kaedah
pemerhatian, analisis dokumen dan juga melalui temu bual bagi mengesan keberkesanan
tindakan yang dilakukan oleh pengkaji. Dalam melakukan intervensi melalui inovasi teknik,
pengkaji telah menyediakan senarai semak tingkah laku pemerhatian bagi setiap aktiviti yang
dilakukan semasa proses intervensi berlangsung terhadap keempat-empat orang subjek
kajian. Pengkaji turut menyediakan lembaran kerja untuk keempat-empat subjek kajian bagi
mengetahui tahap kefahaman subjek kajian terhadap binaan plot dan teknik plot berdasarkan
inovasi teknik KAS. Malah pengkaji turut menjalankan sesi temu bual dengan subjek kajian
selepas intervensi dijalankan. Dalam intervensi iaitu berdasarkan inovasi teknik KAS
pengkaji telah menjalankan sebanyak tiga aktiviti iaitu melalui kaedah soal jawab dan
penerangan, baca cari dan garis dan padankan. Hal ini dimana dalam perlaksanaan aktiviti-
aktiviti tersebut pengkaji akan memerhatikan tujuan bagi setiap tindakan intervensi tercapai
atau tidak.

2.2.3 Pemerhatian

Kaedah pemerhatian merupakan satu kaedah penyelidikan yang digunakan untuk mengukur
pembolehubah penyelidikan. Pemerhatian juga merupakan alternatif yang ada dalam
mengumpul maklumat atau pengumpulan data selain analisis dokumen dan temu bual.
Menggunakan kaedah pemerhatian ini, pengkaji atau pemerhati perlu memerhati sampel-
sampelnya dalam tempoh masa yang tertentu. Sebelum melakukan pemerhatian pengkaji
perlulah merancang terlebih dahulu supaya sistematik. Dalam melaksanakan kajian tindakan
ini, pengkaji telah mememulakan kajian dengan membuat pemerhatian terhadap sesi
pengajaran dan pembelajaran. Semasa proses intervensi berlangsung, pengkaji telah membuat
pemerhatian terhadap aspek-aspek tingkah laku subjek kajian dalam kesemua aktiviti-aktiviti
yang dijalankan. Setelah melakukan intervensi melalui inovasi teknik, didapati kesemua
subjek kajian mampu melengkapkan binaan plot dan menghuraikan teknik plot dengan tepat

23
melalui penyimpulan terhadap apa yang difahaminya. Intervensi melalui inovasi teknik sesuai
diguna pakai oleh semua. Pengubahsuaian teknik RAMI kepada teknik KAS banyak
membantu subjek kajian dalam menguasi kemahiran plot iaitu melengkapkan binaan plot dan
juga menghuraikan teknik plot.

2.2.4 Refleksi

Refleksi dibuat ke atas tindakan yang diperhatikan, selalunya akan dicatatkan dan
dibincangkan dalam kumpulan. Menurut kamus dewan edisi keempat (2013), refleksi ialah
bayangan gambaran (dlm cermin, fikiran, dll). Ia bukan sahaja membolehkan seseorang guru
memperoleh pengertian mengenai tugasnya tetapi ia memberi pelbagai perspektif terhadap
pengajaran yang boleh dicontohi atau dipelajari olrh guru-guru lain. Menurut Roy Reky et.al
(2013) menyatakan dalam kajiaannya bahawa refleksi melibatkan proses membuat analisis
dan keputusan tentang segala yang telah berlaku. Ini penting dalam aspek pembelajaran.
Proses refleksi berlaku sebelum pembelajaran, ketika pembelajaran sedang berlangsung dan
juga selepas pembelajaran. Menurut Ee Ah Meng (2001), refleksi merupakan satu teknik
membuat pertimbangan teliti tentang segala tindakan yang telah dijalankan oleh seseorang
individu. Tujuan melakukan refleksi ini adalah untuk melakukan penambahbaikan terhadap
proses pengajaran dan pembelajaran harian supaya berkesan kepada murid. Dalam intervensi
ini pengkaji telah menjalankan refleksi kepada empat subjek kajian yang di mana untuk
mengenal pasti keberkesanan terhadap teknik pengajaran yang digunakan.

Setelah penganalisian dan menginterprestasi data yang telah dikumpul, pengkaji


membuat refleksi mengenai tahap keberkesanan teknik pengajaran menggunakan teknik KAS
dalam membantu subjek kajian menguasai topik pembelajaran iaitu mengenai binaan plot dan
teknik plot dalam drama Anna. Pengkaji akan menilai dari aspek aktiviti dan juga pencapaian
selepas pelajar menjalankan intervensi melalui teknik pengajaran dan pembelajaran.
Sekiranya pencapaian subjek kajian meningkat, maka subjek kajian yang menjalankan
intervesi tersebut berjaya dalam menguasai topik pembelajaran. Namun sekiranya pencapaian
subjek kajian masih di takat yang sama atau menurun, maka pengkaji perlulah mengambil
langkah dalam menangani hal tersebut dengan mengambil langkah melaksanakan gelung
intervensi yang seterusnya. Hal ini bagi membantu subjek kajian mengatasi masalah yang
dihadapi oleh mereka.

24
3.0 OBJEKTIF KAJIAN/SOALAN KAJIAN

3.1 OBJEKTIF KAJIAN

Terdapat dua objektif utama yang dipilih dalam kajian tindakan ini iaitu:

i. Meningkatkan penguasaan murid dalam melengkapkan binaan plot dan menghuraikan


teknik plot berdasarkan drama Anna melalui teknik KAS.
ii. Membantu guru dalam meningkatkan tahap pencapaian murid dalam melengkapkan
binaan plot dan menghuraiakan teknik plot berdasarkan drama Anna melalui teknik
KAS.

3.2 SOALAN KAJIAN

Kajian ini dijalankan untuk menjawab persoalan berikut:

i. Apakah teknik pengajaran yang dapat meningkatkan penguasaan murid dalam


melengkapkan binaan plot dan menghuraikan teknik plot berdasarkan drama Anna?
ii. Bagaimanakah guru dapat membantu murid dalam menguasai pembelajaran plot
dalam melengkapkan binaan plot dan menghuraikan teknik plot berdasarkan drama
Anna?

4.0 KUMPULAN SASARAN

Menurut Sulaiman Masri (2003), kumpulan sasaran terdiri daripada kumpulan yang terlibat
dalam isu permasalahan yang dikaji. Hal ini di mana murid selaku subjek kajian dalam
kumpulan sasaran ini. Kajian ini melibatkan 33 orang subjek kajian tingkatan 4 Ibnu Batutta
yang terdiri daripada 12 orang lelaki dan 21 orang subjek kajian perempuan di Sekolah
Menengah Kebanggsaan Tok Janggut Pasir Puteh Kelantan bagi mata pelajaran kesusasteraan
Melayu. Namun begitu, kajian ini hanya melibatkan empat orang subjek kajian sebagai
subjek kajian. Melalui pemerhatian, mereka tidak menumpukan pemerhatian ketika proses
pengajaran dan pembelajar berjalan. Selain itu, mereka juga tidak mampu menyiapkan
tugasan yang diberikan dan hasil temu bual guru mendapati hanya 40% sahaja penguasaan
murid terhadap sastera. Empat orang subjek kajian tersebut sebagai subjek kajian utama
dalam kajian ini kerana sebagai kajian. Kajian ini bertujuan untuk membantu responden
melengkapkan binaan plot dan menghuraikan teknik plot dengan menggunakan teknik KAS.

25
Jadual:4.0.1
Ciri-ciri subjek kajian

Ciri-ciri Subjek Kajian A Subjek Kajian B Subjek Kajian C Subjek Kajian D


Jantina Perempuan Perempuan Perempuan Perempuan
Bangsa Melayu Melayu Melayu Melayu
Umur 16 tahun 16 tahun 16 tahun 16 tahun
Prestasi Sederhana Sederhana Sederhana Sederhana
Akademik
Tahap Lemah Lemah Lemah Lemah
Penguasaan
Kelemahan -Subjek kajian -Subjek kajian -Subjek kajian -Subjek kajian
tidak menumpukan tidak menumpukan tidak tidak
perhatian semasa perhatian semasa menumpukan menumpukan
proses pengajaran proses pengajaran perhatian semasa perhatian semasa
dan pembelajaran dan pembelajaran proses pengajaran proses pengajaran
berlangsung berlangsung dan pembelajaran dan pembelajaran
-Subjek kajian -Subjek kajian berlangsung berlangsung
membuat bising di sukar melibatkan -Subjek kajian -Subjek kajian
dalam kelas diri secara aktif membuat bising sukar melibatkan
-Subjek kajian ketika pengajaran di dalam kelas diri secara aktif
sering berbual dan pembelajaran -Subjek kajian ketika pengajaran
ketika proses -Subjek kajian sering berbual dan pembelajaran
pengajaran dan cuba mengelak ketika proses -Subjek kajian
pembelajaran. daripada pengajaran dan cuba mengelak
-Subjek kajian melakukan pembelajaran daripada
tidak mempu bersama-sama -Subjek kajian melakukan
melengkapkan rakan tidak mempu bersama-sama
binaan plot dan - Subjek kajian melengkapkan rakan
menghurai teknik tidak mempu binaan plot dan -Subjek kajian
plot melengkapkan menghurai teknik tidak mempu
-Subjek kajian binaan plot dan plot melengkapkan
sukar dalam menghurai teknik -Subjek kajian binaan plot dan

26
menguasai mata plot sukar dalam menghurai teknik
pelajaran -Subjek kajian menguasai mata plot
kesusasteraan sukar dalam pelajaran -Subjek kajian
Melayu menguasai mata kesusasteraan sukar dalam
-Subjek kajian pelajaran Melayu. menguasai mata
menunjukkan tidak kesusasteraan -Subjek kajian pelajaran
minat terhadap Melayu menunjukkan kesusasteraan
mata pelajaran - Subjek kajian tidak minat Melayu.
Kesusasteraan menunjukkan tidak terhadap mata -Subjek kajian
Melayu minat terhadap pelajaran menunjukkan
-Subjek kajian mata pelajaran Kesusasteraan tidak minat
kerap keluar Kesusasteraan Melayu terhadap mata
semasa pengajaran Melayu -Subjek kajian pelajaran
dan pembelajaran kerap keluar Kesusasteraan
dijalankan semasa Melayu
pengajaran dan
pembelajaran
dijalankan

5.0 PELAKSANAAN INTERVENSI

5.1 Prosedur Pelaksanaan

Hari : Rabu

Tarikh : 11 April 2018

Masa : 11.30 a.m – 12.30 p.m

“TEKNIK KAS”

Cara pelaksanaan:

a) Guru memperkenalkan Teknik “KAS” dan cara pelaksanaan teknik tersebut kepada
ke empat-empat orang subjek kajian.
b) Dalam pelaksanaan teknik “KAS”, mestilah mempunyai interaksi dua hala yang
dimana ada interaksi guru dan murid.

27
c) Guru hendaklah mengemukakan soalan bagi pengajaran dan pembelajaran yang lepas
kepada ke empat-empat orang subjek kajian sebagai mengingat semula.
d) Murid diberi penerangan yang lebih terperinci terhadap topik yang tidak di fahami
dan topik yang tidak dapat dikuasai oleh subjek kajian dalam pembelajaran dan
pengajaran yang sebelumnya.
e) Teknik “KAS” ini sesuai digunakan dalam pelbagai-bagai topik pengajaran
kesusasteraan. Antaranya ialah, tema dan persoalan, watak dan perwatakan, plot, dan
sebagainya.
f) Sekiranya pelaksanaan teknik “KAS” dalam pembelajaran mengenai topik plot,
subjek kajian dibekalkan oleh guru sebuah kotak dan dalam kotak tersebut
mengandungi sinopsis drama Anna, binaan plot, teknik plot dan peta dakap dan
lembaran kerja.
g) Kesemua subjek kajian yang tidak dapat memahami dan menguasai pembelajaran
lepas perlu menggunakan bahan-bahan yang terkandung dalam kotak untuk memberi
kefahaman yang jelas.
h) Dalam melaksanakan teknik “KAS”, perlu menggunakan peta i-think bagi mencatat
isi-isi yang mereka perolehi selepas melakukan kajian dan lembaran kerja untuk
mengukuhkan kefahaman mereka.
i) Subjek kajian hendaklah membentangkan segala isi yang telah dikaji di hadapan kelas
untuk didengari oleh guru dan pelajar lain dan sekaligus menyimpul topik
pembelajaran mengikut kefahaman mereka.
j) Guru menilai penguasaan subjek kajian dan merumus pembelajaran tersebut bagi
mengukuhkan kefahaman subjek kajian.
k) Masa yang diperuntukkan bagi melaksanakan teknik “KAS” ini ialah selama 30 minit.
l) Dalam pelaksanaan teknik “KAS” ini terdapat tiga aktiviti.

Aktiviti 1 : “Kaedah soal jawab dan penerangan”

Aktiviti yang dirancang dan dilaksanakan adalah berasaskan kaedah


soal jawab dan penerangan untuk mengetahui tahap pemahaman dan
penguasaan subjek kajian terhadap binaan plot dan teknik plot yang
telah guru sediakan. Kajian ini sekaligus dapat memberikan
pemahaman kepada subjek kajian mengenai apa yang diajarkan oleh

28
guru. Melalui aktiviti pertama yang dilakukan ialah aktiviti bersoal
jawab dan penerangan.

Cara pelaksanaan:

a) Sebelum proses pengajaran dan pembelajaran, guru telah bersoal


jawab dengan ke empat-empat orang subjek kajian.
b) Guru mengemukakan soalan yang berbentuk penyoalan iaitu
apakah definisi plot ?, berapakah binaan plot yang telah anda
pelajari? Apakah teknik plot yang terdapat dalam drama Anna yang
anda pelajari?
c) Subjek kajian menjawab soalan yang diketahui secara tidak
mendalam dan tidak tepat
d) Subjek kajian diberi penerangan secara terperinci mengenai binaan
plot dan teknik plot oleh guru.
e) Dalam melaksanakan aktiviti ini memerlukan masa selama 5 minit.

Aktiviti 2 : Baca, Cari dan Garis

Cara pelaksanaan:

a) Guru menerangkan aktiviti Baca, Cari dan Warna berdasarkan


teknik “KAS”
b) Subjek kajian hendaklah membaca sinopsis dari drama Anna dan
mengkaji binaan plot yang terdapat dalam sinopsis tersebut.
c) Binaan plot yang subjek kajian perolehi hasil kajian yang dibuat
berdasarkan sinopsis drama Anna hendaklah digariskan.
d) Seterusnya, subjek kajian diagihkan lembaran kerja iaitu peta i-
think (peta dakap).
e) Subjek kajian dikehendaki melengkapkan peta dakap tersebut
sebagai menguji kefahaman subjek kajian terhadap binaan plot.
f) Setelah lembaran kerja itu dilengkapkan, subjek kajian hendaklah
menyimpulkan binaan plot tersebut dengan membuat
pembentangan secara bergilir-gilir di hadapan kelas untuk
diperdengarkan kepada guru dan subjek kajian lain.

29
g) Guru mengutip kembali lembaran kerja tersebut bagi tujuan
penyemakan dan penilaian.
h) Guru menilai penguasaan subjek kajian
i) Guru merumuskan pelajaran.
j) Sekiranya subjek kajian masih tidak dapat menguasai, guru
hendaklah membuat satu langkah baru bagi membantu subjek
kajian dalam menguasai binaan plot.
k) Masa yang diperuntukkan dalam aktiviti ini ialah selama 15 minit.

Aktiviti 3 : “Padankan"

a) Guru menerangkan aktiviti “Padankan"berdasarkan teknik “KAS”.


b) Subjek kajian dikehendaki menggunakan sinopsis drama Anna
sebagai rujukan yang mudah.
c) Seterusnya, subjek kajian hendaklah mengkaji sinopsis tersebut
untuk mencari dan mengariskan teknik-teknik plot yang terdapat
dalam sinopsis tersebut.
d) Subjek kajian diagihkan lembaran kerja yang di mana mereka perlu
memadankan teknik plot dengan situasi dalam drama Anna.
e) Selesai menjawab lembaran kerja, subjek kajian hendaklah
membentangkan teknik plot berserta contoh yang dijumpai setelah
mengkaji sinopsis tersebut dan menyimpul pembelajaran teknik
plot dihadapan kelas secara bergilir-gilir untuk didengari oleh guru
dan juga subjek kajian lain.
f) Guru menilai penguasaan subjek kajian
g) Guru merumuskan pelajaran.
h) Guru mengutip kembali lembaran kerja bagi tujuan penyemakan
dan penilaian.
i) Sekiranya subjek kajian masih tidak dapat menguasai, guru
hendaklah membuat satu langkah baru bagi membantu subjek
kajian dalam menguasai teknik plot.
j) Masa yang diperuntukkan dalam aktiviti ini ialah selama 10 minit

30
Refleksi pengajaran:

Melalui pandangan saya, aktiviti melalui teknik KAS iaitu Kaji dan Simpul ini menarik minat
subjek kajian pengkaji untuk mempelajari mengenai binaan plot dan teknik plot berdasarkan
drama Anna. Subjek kajian tertarik dengan teknik pengajaran KAS kerana melalui helaian
sinopsis, subjek kajian mudah untuk mengemukakan binaan plot dan teknik plot. Melalui
teknik KAS ini juga subjek kajian mempunyai kemampuan untuk menguasai topik yang
diajarkan iaitu plot. Bahkan melalui teknik ini juga subjek kajian tidak lagi keliru dalam
menentukan binaan plot dan juga teknik plot. Malahan subjek kajian sudah mula jelas dan
faham akan penggunaan teknik KAS tersebut. Teknik KAS yang senang dan mudah ini telah
menyebabkan subjek kajian mudah faham terhadap pengajaran yang disampaikan oleh
pengkaji. Pelaksanaan intervensi sebegini merangsang minda pelajar untuk belajar. Jika
dilihat sebelum menggunakan teknik ini, keempat-empat subjek kajian tidak mampu
menguasai pembelajaran mengenai binaan dan teknik plot. Namun selepas intervensi ini
dilaksanakan ke atas subjek kajian, mereka mampu untuk melengkap binaan plot dan
menghuraikan binaan plot serta membezakan binaan plot dengan teknik plot.

5.2 Cara Mengumpul Data

Dalam melakukan kajian tindakan, pengkaji perlu mengumpul data-data yang berkaitan bagi
mengukuhkan kajian mereka. Pengumpulan data kajian ini penting bagi mengenalpasti
keberkesanan penggunaan teknik “KAS” dalam sesi pengajaran dan pembelajaran. Semasa
melakukan kajian tindakan ini, pengkaji telah melakukan beberapa cara untuk mengumpul
data iaitu melalui pemerhatian, analisis dokumen dan temu bual

5.2.1 Pemerhatian

Pemerhatian merupakan satu kaedah penyelidikan yang digunakan untuk mengukur


pemboleh ubah penyelidikan. Kaedah pertama yang pengkaji gunakan semasa mengumpul
data bagi kajian tindakan pengkaji adalah secara pemerhatian. Hal ini di mana pengkaji telah
menggunakan kaedah pemerhatian secara berstruktur iaitu membuat pemerhatian tingkah
laku murid. Melalui pemerhatian, seseorang penyelidik dapat mengamati sesuautu tingkah
laku subjek berpandukan pemboleh ubah-pemboleh ubah yang dikenal pasti.

Pemerhatian yang pengkaji jalankan ini ialah pemerhatian ke atas subjek kajian
pengkaji. Kebaikan kaedah ini ialah penyelidik dapat mengalami sendiri setiap aktiviti yang
dirancang. Dengan ini menjadikan kaedah pemerhatian yang dilakukan menjadi lebih sah.

31
Setiap kali pengkaji menjalankan aktiviti, pengkaji membuat pemerhatian terhadap keempat-
empat orang subjek kajian pengkaji. Pengkaji membuat pemerhatian terhadap tingkah laku
mereka dan juga tumpuan mereka terhadap aktiviti-aktiviti yang dijalankan. Di sini jugalah
pengkaji menili kesungguhan mereka dalam melakukan aktiviti-aktiviti.

5.2.2 Analisis Dokumen

Analisis data melalui semakan lembaran kerja merupakan data yang sangat penting dalam
melakukan kajian tindakan ini. Data ini menentukan tahap penguasaan kemahiran responden
dari segi pengetahuan. Menurut Kamarul Azmi Jasmi (2016) menyatakan bahawa
pengumpulan data melalui analisis dokumen dapat memberikan maklumat yang relevan
kepada isu dan masalah yang dikaji. Dokumen adalah sumber yang paling mudah kepada
pengkaji kerana maklumat yang diperlukan telah sedia ada dan sukar untuk menipu. Analisis
dokumen merupakan alat saintifik yang melibatkan prosedur khusus bertujuan untuk
menyediakan pandangan baru, serta dapat meningkatkan kefahaman pengkaji berkaitan
fenomena tertentu atau menjalankan tindakan praktikal. Pengumpulan data melalui analisis
lembaran kerja dapat memberikan maklumat yang relevan kepada isu masalah yang dikaji.

Pengkaji turut menjalankan analisis lembaran kerja pada setiap aktiviti yang
mempunyai lembaran kerja yang pengkaji jalankan. Setiap lembaran kerja yang dibuat oleh
subjek kajian, pengkaji mengumpul dan membuat semakan. Dengan cara sebegini, pengkaji
dapat mengesan pencapaian subjek kajian pengkaji dalam menguasai kemahiran teknik
pengjaran KAS yang menjadi kajian pengkaji. Oleh itu, lembaran kerja ini dijadikan sebagai
penanda aras bagi menunjukkan keberkesanan teknik pengajaran pengkaji. Selain itu,
lembaran kerja juga merupakan bukti kukuh dalam menilai penguasaan subjek kajan dan
sekaligus dapat meningkatkan kobelehpercayaan dan juga kesahan sesuatu data yang
diperolehi sehingga dapat menyokong dapatan kajian.

5.2.3 Temu Bual

Temu bual juga merupaka kaedah kajian yang digunakan oleh pengkaji untuk mencerap data
atau mengutip data. Kaedah ini yang mana melibatkan interkasi bersemuka antara penyelidik
dengan informan atau juga yang ditemu bual tersebut. Kaedah temu bual yang dijalankan
oleh pengkaji ini menggunakan kaedah temu bual berstruktur, bentuk dan kandungan soalan-
soalan yang ditanya terhad pada sesuatu tajuk atau juga bidang yang tertentu sahaja. Inilah
kenyataan yang dikeluarkan oleh Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan,

32
Kementerian Pendidikan Malaysi (2008). Terdapat tiga jenis temu bual iaitu temu bual
formal, temu bual tidak formal dan temu bual terbuka.

Dalam menjalankan kajian pengkaji ini, pengkaji telah menyediakan set soalan yang
perlu dijawab oleh subjek kajian pengkaji. Setiap subjek kajian akan diberikan soalan yang
sama. Sepanjang aktiviti yang pengkaji jalankan, keempat-empat orang subjek kajian
pengkaji dapat menjawabnya dengan baik. Mereka memberikan jawapan yang positif pada
setiap soalan yang dikemukakan. Antara jawapan yang dikemukakan oleh keempat-empat
subjek kajian ialah faham, mudah, yakin, senang dan menarik. Jawapan yang diberikan oleh
mereka ini berdasarkan aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan menggunakan intervensi KAS.
Selain itu, subjek kajian juga dapat membezakan teknik pengajaran yang digunakan dahulu
iaitu RAMI dengan teknik KAS yang digunakan sekarang ini. Mereka menyatakan teknik
pengajaran menggunakan teknik KAS amat mudah difahami.

6.0 DAPATAN: ANALISIS DAN INTERPRESTASI DATA

Apabila menjalankan kajian tindakan, pastinya kita akan membuat analisis data. Analisis ini
menunjukkan buki kejayaan sesuatu kajian yang djalankan. Segala data-data yang berkaitan
dengan kajian yang telah pengkaji kumpul melalui beberapa cara yang pengkaji kira boleh
memberikan maklumat yang tepat kepada pengkaji. Antara kaedah pengumpulan data yang
dijalankan ialah pemerhatian, analisis dokumen dan temu bual. Data-data kajian akan
diberikan dalam bentuk rajah dan jadual. Berdasarkan teknik yang telah digunakan iaitu
teknik “KAS” membolehkan subjek kajian melengkapkan binaan plot dan menghuraikan
teknik plot dengan mudah dan senang untuk mereka fahami. Teknik “KAS” ialah satu teknik
yang di mana hanya menggunakan satu medium iaitu sinopsis yang memerlukan subjek
kajian bekerjasama dan berusaha untuk mencari maklumat berkaitan dengan perkara yang
subjek kajian tidak tahu dan ingin tahu. Pengkaji perlu memberikan penerangan sebelum
subjek kajian melakukan teknik KAS. Hasil kajian pengkaji ialah berdasarkan pemerhatian,
analisis dokumen dan temu bual subjek kajian tingkatan 4 Ibnu Batutta seramai empat orang.

6.1 Analisis Pemerhatian

Sepanjang sesi pengajaran dan pembelajaran dijalankan, pengkaji telah menjalankan


pemerhatian terhadap keempat-empat orang subjek kajian. Melalui pemerhatian ini, pengkaji
dapat menilai kesediaan dan penerimaan subjek kajian pengkaji terhadap proses pengajaran
dan pembelajaran yang dijalankan. Dalam menjalankan pemerhatian ini, pengkaji telah

33
menggunakan kaedah pemerhatian berstruktur. Dalam pemerhatian ini, perkara penting ialah
data yang diperolehi mudah untuk dianalisis. Menurut Kavitha Kavi menyatakan
bahawa pemerhatian adalah kaedah yang digunakan untuk memungut data. Cara ini telah
lamadigunakan dalam penyelidikan sosial. Kaedah ini digunakan dalam kedua-dua
penyelidikan kuantitatif dan kualitatif. Pada kebiasaannya, semua penyelidik mempunyai
teori dan nilai masing-masing dan adalah penting untuk dipastikan bahawa semasa mereka
melakukan pemerhatian, pemerhatian tersebut tidak boleh dipengaruhi oleh teori dan nilai
tersebut. Menurut Sidek Mohd Noah (2002) pemerhatian merupakan satu kaedah
penyelidikan yang digunakan untuk mengukur pemboleh ubah penyelidikan. melalui
pemerhatian seseorang penyelidik dapat mengamati sesuatu tingkah laku subjek berpandukan
pemboleh ubah yang telah dikenal pasti.

Semasa menjalankan kajian ini, pengkaji telah menggunakan senarai semak


pemerhatian bagi ketiga-tiga aktiviti melalui teknik pengajaran KAS yang dijalankan. Aspek-
aspek yang diperhatiakan telah dinyatakan di dalam senarai semak. Dengan menggunakan
senarai semak ini tahap penguasaan subjek kajian terhadap teknik yang diajarkan telah
direkodkan di dalam senarai semak. Pengkaji akan menandakan dengan menggunakan simbol
(√) pada ruang “ya” sekiranya responden dapat menguasai teknik pengajaran KAS dan ( X)
pada ruangan “tidak” sekiranya responden tidak menguasai aktiviti tersebut. Berdasarkan
senarai semak didapati keempat-empat subjek kajian pengkaji dapat melengkapkan binaan
plot dan menghuraikan teknik plot berdasarkan aktiviti-aktiviti yang dijalankan berpandukan
teknik pengajaran KAS.

Jadual:6.1.1
Senarai Semak Tingkah Laku dalam Aktiviti 1
Bil Aktiviti/Item Subjek Subjek Subjek Subjek
“Kaedah soal jawab dan Kajian 1 Kajian 2 Kajian 3 Kajian 4
penerangan”
Ya Tidak Ya Tidak Ya Tidak Ya Tidak

1 Subjek kajian aktif ketika / / / /


sesi soal jawab
2 Subjek kajian menjawab / / / /
soalan yang dikemukakan
3 Subjek kajian memberikan / / / /
tumpuan semasa penerangan

34
pengkaji dan mencatat
penerangan tersebut
4 Subjek kajian membuat / / / /
bising dan berbual
5 Subjek kajian menunjukkan / / / /
minat pada mata pelajaran
Kesusasteraan Melayu
6 Subjek kajian keluar kelas / / / /
7 Subjek kajian menguasai / / / /
aktiviti yang dijalan
berdasarkan teknik KAS

Berdasarkan jadual 6.1.1 di dapati keempat-empat subjek kajian dapat menguasai


aktiviti 1 iaitu Kaedah Soal Jawab dan Penerangan berdasarkan penggunaan teknik
pengajaran KAS. Subjek kajian dapat mengguasai aktiviti yang dijalankan dan aktif ketika
sesi soal jawab yang di mana mereka disoal mengenai definisi, binaan dan teknik plot
berdasarkan pembelajaran yang terdahulu ketika menggunakan teknik pengajaran RAMI
walaupun tidak tepat. Keempat-empat subjek kajian juga memberikan tumpuan semasa
pengkaji menerangkan definisi, binaan dan teknik plot secara terperinci serta mendalam dan
rmereka mencatat segala penerangan yang diberikan oleh pengkaji tersebut. Seterusnya,
subjek kajian tidak lagi membuat bising dan berbual ketika proses pengajaran dan
pembelajaran ketika aktiviti 1 berdasakan intervensi teknik KAS. Subjek kajian juga
menunjukkan minat kepada mata pelajaran kesusasteraan Melayu yang pada awalnya
sebelum melaksanakan teknik ini mereka tidak minat akan mata pelajaran Kesusasteraan
Melayu dan mereka juga tidak lagi keluar kelas ketika proses pengajaran dan pembelajaran
sedang berjalan. Dapatan pemerhatian ini boleh dilihat melalui jadual 6.1.1 dan rajah 6.1.1
ialah interprestasi data yang menunjukkan tingkah laku dan penguasaan subjek kajian melalui
aktiviti 1 berdasarkan intervensi yang dijalankan.

35
KAEDAH SOAL JAWAB DAN
PENERANGAN
6
5
4
3 YA
2
TIDAK
1
0
Subjek Kajian Subjek Kajian Subjek Kajian Subjek Kajian
1 2 3 4

Rajah: 6.1.1 Aspek- pemerhatian yang dikuasai oleh keempat-empat subjek kajian dalam
aktiviti 1
Seterusnya, di dalam aktiviti 2 iaitu Baca, Cari dan Garis berdasarkan intervensi
KAS, keempat-empat subjek kajian juga telah menguasai aktiviti yang dijalankan oleh
pengkaji berdasarkan intervensi KAS. Ketika aktiviti ini dijalankan, keempat-empat subjek
kajian memberikan tumpuan dan dapat mengemukakan binaan plot yang terdapat dalam
drama Anna. Mereka juga dapat melengkapkan lembaran kerja yang diagihkan oleh pengkaji
dan membuat rumusan di hadapan kelas. Setersunya, mereka tidak lagi membuat bising dan
berbual semasa aktiviti ini dilakukan berdasarkan intervensi KAS. Subjek kajian mula
menunjukkan minat akan mata pelajaran Kesusasteraan Melayu, apabila minat ini timbul
subjek kajian tidak lagi keluar kelas semasa aktiviti ini dijalankan. Jadual 6.1.2 dan rajah
6.1.2 merupakan dapatan pemerhatian yang diperolehi daripada keempat-empat subjek
kajian.

Jadual:6.1.2
Senarai Semak Tingkah Laku Dalam Aktiviti 2
Bil Aktiviti/Item Subjek Subjek Subjek Subjek
“Baca, Cari dan Garis” Kajian 1 Kajian 2 Kajian 3 Kajian 4
Ya Tidak Ya Tidak Ya Tidak Ya Tidak
1 Subjek kajian menguasai / / / /
aktiviti yang dijankan
berdasarkan teknik KAS
2 Subjek kajian memberikan / / / /
tumpuan

36
3 Subjek kajian dapat / / / /
mengemukakan binaan plot
berdasarkan drama Anna
4 Subjek kajian melengkapkan / / / /
lembaran kerja
5 Subjek kajian membuat / / / /
rumusan di hadapan kelas
6 Subjek kajian membuat bising / / / /
dan sering berbual
7 Subjek kajian menunjukkan / / / /
minat pada mata pelajaran
Kesusasteraan Melayu
8 Subjek kajian keluar kelas / / / /

BACA, CARI DAN GARIS


6
5
4
3 YA
2 TIDAK
1
0
Subjek Subjek Subjek Subjek
Kajian 1 Kajian 2 Kajian 3 Kajian 4

Rajah:6.1.2 Aspek pemerhatian yang dikuasai oleh keempat-empat subjek kajian dalam
aktiviti 2
Di dalam aktiviti 3 iaitu Padankan berdasarkan intervensi KAS, keempat-empat subjek
kajian diberikan sinopsis. Berdasarkan sinopsis tersebut, keempat-empar subjek kajian perlu
mencari dan menggariskan teknik plot yang dijumpai dan memadankannya di atas lembaran
kerja yang diberikan. Berdasarkan pemerhatian yang dibuat, keempat-empat subjek kajian
menguasai aktiviti yang djalankan berdasarkan intervensi KAS. Malahan mereka juga
memberikan tumpuan semasa aktiviti ini dijalankan berdasarkan intervensi yang gunakan.

37
Melalui aktiviti ini, subjek kajian boleh mengemukakan teknik plot berdasarkan drama Anna
dan melalui teknik tersebut mereka boleh melengkapkan lembaran kerja yang dagihkan.
Subjek kajian juga mampu melengkapkan dan membuat rumusan hasil dari akitiviti yang
dilakukan dihadapan kelas. Setersunya, mereka tidak lagi membuat bising serta berbual dan
keluar dari kelas. Melalui akitiviti ini, keempat-empat subjek kajian menunjukkan minat pada
mata pelajaran Kesusasteraan Melayu yang sebelum ini keempat-empat subjek kajian tidak
meminatinya. Jadual 6.1.3 dan rajah 6.1.3 adalah dapatan pemerhatian pengkaji terhadap
keempat-empat subjek kajian.

Jadual:6.1.3
Senarai Semak Tingkah Laku Dalam Aktiviti 3
Bil Aktiviti/Item Subjek Subjek Subjek Subjek
“Padankan" Kajian 1 Kajian 2 Kajian 3 Kajian 4
Ya Tidak Ya Tidak Ya Tidak Ya Tidak
1 Subjek kajian menguasai / / / /
aktiviti yang dijankan
berdasarkan teknik KAS
2 Subjek kajian memberikan / / / /
tumpuan
3 Subjek kajian mampu / / / /
mengemukakan teknik plot
berdasarkan drama Anna
4 Subjek kajian melengkapkan / / / /
lembaran kerja
5 Subjek kajian membuat / / / /
rumusan di hadapan kelas
6 Subjek kajian membuat / / / /
bising dan sering berbual
7 Subjek kajian menunjukkan / / / /
minat pada mata pelajaran
Kesusasteraan Melayu

38
8 Subjek kajian keluar kelas / / / /

PADANKAN

8
7
6
5 TIDAK
4
YA
3
2
1
0
Subjek Kajian 1 Subjek Kajian 2 Subjek Kajian 3 Subjek Kajian 4

Rajah:6.1.3 Aspek pemerhatian yang dikuasai oleh keempat-empat subjek kajian dalam
aktiviti 3

6.2 Analisis Dokumen (Lembaran kerja)

Selain daripada kaedah pemerhatian untuk mengumpul data selepas intervensi dilakukan,
analisis dokumen turut dilakukan oleh pengkaji. Analisis dokumen ini ialah menganalisis
lembaran kerja yang telah dilakukan oleh keempat-empat subjek kajian untuk mengesan
pencapaian subjek kajian pengkaji dalam menguasai kemahiran teknik pengajaran KAS.
Setiap, aktiviti mempunyai lembaran kerja kecuali aktiviti satu iaitu kaedah soal jawab dan
penerangan kerana aktiviti ini hanya untuk mengetahui pengerahuan sedia ada murid yang
telah mempelajari ketika sesi pengajaran dan pembelajaran yang sebelumnya. Lembaran
kerja ini diberikan setiap kali selepas selesai tugasan yang diberikan oleh guru ketika sesi
pengajaran dan pembelajaran. Di dalam lembaran kerja pada aktiviti dua ialah mengenai
binaan plot. Setelah melakukan tugasan yang diberikan, subjek kajian perlu melengkap peta i-
think iaitu peta dakap berkaitan binaan plot yang telah dianalisis menerusi sinopsis yang
diberikan kepada subjek kajian.

Setelah disemak lembaran kerja yang dijawab oleh subjek kajian, pengkaji dapati
keempat-empat subjek kajian dapat menjawab dengan betul. Ini bermakna keempat-empat

39
subjek kajian pengkaji telah dapat menguasai aktiviti kedua. Data ini akan diinterprestasikan
di dalam jadual 6.2.1 dan rajah 6.2.1.

Jadual: 6.2.1
Analisis lembaran kerja subjek kajian aktiviti 2 (Baca, Cari dan Garis)
Bil Subjek Kajian Lembaran Kerja Aktiviti 2

Bil. Jawapan yang betul

1 Subjek Kajian 1 5/5

2 Subjek Kajian 2 5/5

3 Subjek Kajian 3 5/5

4 Subjek Kajian 4 5/5

BACA, CARI DAN GARIS

10

0 MARKAH
Subjek MARKAH
Subjek
Kajian 1 Subjek
Kajian 2 Subjek
Kajian 3
Kajian 4

Rajah: 6.2.1 Skor pencapaian responden dalam lembaran kerja aktiviti 2

40
Subjek Kajian 1 Subjek Kajian 2

Subjek Kajian 3 Subjek Kajian 4

Setelah keempat-empat subjek kajian dapat menguasai teknik pengajaran yang diajar,
pengkaji meneruskan dengan aktiviti ketiga. Aktiviti ketiga, subjek kajian dikehendaki
memadankan teknik plot dengan contoh yang betul berpandukan sinopsis yang diberikan.
Pengkaji menyediakan sinopsis yang sama supaya ada kesinambungan antara aktiviti dua dan
tiga. Seperti di dalam aktiviti 2, pengkaji juga memberikan subjek kajian lembaran kerja ini
sebaik tugasan yang diarahkan oleh pengkaji selesai ketika sesi pengajaran dan pembelajaran.
pengkaji dan setiap lembaran kerja mempunyai lima soalan yang membawa markah
keseluruhan sebanyak 10 markah. Hasil semakan lembaran kerja yang dijawab oleh subjek
kajian pengkaji, pengkaji mendapati keempat-empat subjek kajian dapat memadankan teknik
plot dengan contoh yang betul. Hal ini bermakna, keempat-empat subjek kajian pengkaji
telah mencapai markah 10/10. Data pencapaian subjek kajian pengkaji dapat dilihat dalam
jadual 6.2.2 dan rajah 6.2.2.

Jadual: 6.2.2
Analisis lembaran kerja responden aktiviti 3 (Padankan)
Bil Subjek Kajian Lembaran Kerja Aktiviti 3

Bil. Jawapan yang betul

1 Subjek Kajian 1 5/5

2 Subjek Kajian 2 5/5

3 Subjek Kajian 3 5/5

41
4 Subjek Kajian 4 5/5

PADANKAN

10

0 MARKAH
Subjek MARKAH
Subjek
Kajian 1 Subjek
Kajian 2 Subjek
Kajian 3
Kajian 4

Rajah: 6.2.2. Skor pencapaian responden dalam lembaran kerja aktiviti 3

Subjek Kajian1 Subjek Kajian 2

Subjek Kajian 3 Subjek Kajian 4

42
Daripada jadual-jadual dan rajah-rajah pada aktiviti dua dan tiga telah menunjukkan
keempat-empat subjek kajian mencapai satu pencapaian yang memuaskan. Keempat-empat
subjek kajian ini telah berjaya melengkapkan binaan plot serta menghuraikan teknik plot. Jika
dilihat sebelum ini dengan menggunakan teknik pengajaran RAMI iaitu Rangsang Minda,
keempat-empat subjek kajian masih tidak mampu untuk melengkapkan binaan plot dan
menghuraikan teknik plot walaupun sudah diterangkan dengan beberapa kali. Akan tetapi
hanya dengan menggunakan teknik KAS iaitu Kaji dan Simpul yang mana menggunakan
sinopsis berdasarkan drama Anna tersebut keempat-empat subjek kajian pengkaji berjaya
melengkapkan binaan plot dan menghuraikan teknik plot. Kesimpulannya, dapat dilihat
menerusi jadual 6.2.3 dan rajah 6.2.3 di bawah.

Jadual: 6.2.3
Analisis Dokumen Aktiviti 2 Dan Aktiviti 3
Bil Subjek Kajian Aktiviti 2 Markah Aktiviti 3 Markah
Bil. Jawapan Yang Bil. Jawapan
Betul Yang Betul
1 Subjek Kajian 1 5/5 10/10 5/5 10/10
2 Subjek Kajian 2 5/5 10/10 5/5 10/10
3 Subjek Kajian 3 5/5 10/10 5/5 10/10
4 Subjek Kajian 4 5/5 10/10 5/5 10/10

10
8
6
4
Bil. Jawapan Yang Betul
2
Markah
0 Markah
Bil. Jawapan Yang Betul

Rajah: 6.2.3 Skor Pencapaian Responden Dalam Aktiviti 2 Dan Aktiviti 3

43
6.3 Temu Bual

Pemerhatian dan analisis dokumen berdasarkan semakan lembaran kerja pengkaji telah
lakukan sebagai kaedah dalam mengumpul data. Bagi mengukuhkan lagi dapatan kajian
dalam mengumpul daa, pengkaji telah menjalankan temu bual dengan subjek kajian pengkaji.
Beberapa soalan telah diajukan kepada subjek kajian pengkaji dalam temu bual itu. Bagi
menjalankan temu bual itu, pengkaji telah menggunakan kaedah temu bual secara berstruktur
iaitu bentuk dan kandungan soalan-soalan yang ingin ditemu bualkan ialah terhad pada
sesuatu tajuk atau bidang sahaja. Dalam hal ini, pengkaji merujuk kepada teknik pengajaran
KAS, oleh itu soalan pengkaji berkisarkan keberkesanan teknik pengjaran KAS dan
penguasan dalam aspek plot dengan menggunakan teknik pengajaran KAS tersebut.
Penggunaan temu bual bertujuan untuk mengumpul maklumat yang tepat daripada murid
sasaran. Temu bual yang pengkaji jalankan ini adalah secara individu. Dengan ini kesahan
dan kebolehpercayaan maklumat yang diperoleh tepat kerana subjek kajian tidak dipengaruhi
oleh subjek kajian lain.

Dapatan temu bual ini telah disediakan dalam bentuk transkrip temu bual selepas
pelaksanaan aktiviti 3. Jadual 6.3.1 menunjukkan hasil temu bual bersama keempat-empat
subjek kajian.

Jadual: 6.3.1
Hasil temu bual tentang perasaan keempat-empat subjek kajian selepas intervensi KAS
Soalan temu Subjek Kajian Subjek Subjek Kajian Subjek Ya Tidak
bual 1 Kajian 2 3 Kajian 4

Adakah teknik Ya, teknik Ya, senorok Saya seronok Teknik 4 0


pengajaran guru pengajaran dengan belajar pengajaran
menyeronokkan cikgu teknik dengan teknik cikgu sangat
kamu? menyeronokkan pengajaran
pengajran seronok
Jawapan: cikgu
cikgu
Teknik
pengajaran guru
memang
menyeronokkan

44
Apakah yang Emm.. semua Ya, saya Saya lakukan Ya, saya 4 0
kamu lakukan aktiviti saya melakukan aktiviti yang melakukan
semasa aktiviti lakukan aktiviti cikgu bagi aktiviti yang
dijalankan? yang ckgu
cikgu
Jawapan: berikan
berikan
Saya melakukan
aktiviti mengikut
arahan guru

Adakah guru Ya, cikgu ubah Cikgu Ya, cikgu Ya, cikgu 4 0
memberi corak banyak sentiasa membimbing
bimbingan pengajaran dan bimbing membimbinga saya
kepada kamu? pembelajaran saya
saya ketika sekiranya
Jawapan:
dalam kelas saya tidak
Guru sentiasa
faham dalam
memberi
kelas
bimbingan dan
perhatian
kepada saya

Berdasarkan daripada temu bual seperti yang dinyatakan di dalam jadual di atas, jelas
menunjukkan bahawa subjek kajian amat suka dengan teknik KAS yang djalankan oleh
mereka. Keempat-empat subjek kajian amat suka melakukan aktiviti satu, dua dan tiga kerana
aktiviti tersebut agak mudah iaitu aktiviti satu hanya soal jawab dan penerangan. Manakala
bagi aktiviti dua dan tiga, mereka hanya perlu membaca, mencari dan menggariskan serta
melengkapkan lembaran kerja iaitu melalui peta dakap dan padankan dengan hanya
menggunakan sinopsis berdasarkan drama Anna sahaja.

Keempat-empat subjek kajian memaklumkan bahawa mereka sudah faham langkah-


langkah awal yang perlu mereka lakukan apabila hendak melengkapkan binaan plot dan
menghuraikan teknik plot. Mereka perlu menggunakan sinopsis sahaja dalam menyelesaikan
aktiviti dan lembaran kerja yang diberikan. Apabila mereka faham akan langkah ini, mereka
berasa gembira kerana meraka sudah tahu cara mudah untuk melengkapkan binaan plot dan
menghuraikan plot dengan betul dan tepat.

45
Jadual: 6.3.2
Hasil temu bual terhadap pencapaian subjek kajian dalam menguasai pembelajaran plot
Soalan temu bual Subjek Subjek Subjek Subjek Ya Tidak
Kajian 1 Kajian 2 Kajian 3 Kajian 4
Adakah kamu boleh Ya, saya Saya dapat Saya dapat Saya dapat 4 0
melengkapkan binaan dapat melengkap- melengkap- melengka-
plot berdasarkan drama melengkap- kan binaan kan binaan kan binaan
Anna? kan binaan plot plot hasil plot
Jawapan: plot berdasar- dari berdasar-
Saya sudah boleh berdasarkan kan drama sinopsis itu kan drama
melengkapkan binaan drama Anna Anna Anna.
plot berdasarkan drama
Anna.
Adakah kamu dapat Saya dapat Ya, saya Ya, dapat Saya dapat 4 0
menghuraikan teknik menghurai- dapat menghurai- menghurai-
plot? kan teknik menghurai- kan teknik kan teknik
Japawan: plot kan teknik plot drama
Saya boleh plot Anna
menghuraikan teknik berdasar- dengan
plot kan drama betul.
Anna
Adakah menggunakan Ya, sinopsis Sinopsis Sinopsis Ya, 4 0
sinopsis membantu tersebut tersebut banyak sinopsis
kamu mlengkapkan membantu membantu bantu saya tersebut
binaan plot dan saya saya untuk bantu saya
menghuraikan teknik melengkap- lengkapkan untuk
plot? kan binaan binaan plot lengkapkan
Jawapan: dan teknik dan teknik binaan dan
Sinopsis drama Anna plot plot. teknikm
banyak membantu saya plot
dalam melengkapkan
binaan teknik plot
Adakah sekarang kamu Ya, saya Binaan dan Ya, Saya sudah 4 0
boleh membezakan mula boleh teknik plot sekarang boleh
binaan dan teknik plot? bezakan benda yang saya boleh bezakan
Jawapan: binaan plot berbeza, bezakan antara

46
Saya boleh dengan saya sudah binaan plot
membezakan binaan teknik plot mula tahu dengan
dan teknik plot teknik plot
Adakah boleh Ya, boleh Tanpa Ya, saya Saya boleh 4 0
melengkapkan binaan melengkap- mengguna- boleh melengkap-
dan menghuraikan kan binaan kan lengkapkan kan binaan
teknik plot tanpa plot dan sinopsis dan plot dan
menggunakan sinopsis? menghuraik- saya boleh huraikan menghurai-
Jawapan: kan teknik lengkapkan teknik plot kan teknik
Tanpa menggunakan plot binaan dan plot tanpa
sinopsi saya boleh huraikan mengguna-
melengkapkan binaan teknik plot kan
dan menghuraikan sinopsis
teknik plot

Hasil temu bual ini menjelaskan lagi kepada pengkaji bahawa keempat-empat subjek
kajian pengkaji telah dapat melengkapkan binaan plot dan menghuraikan teknik plot setelah
mereka faham untuk menentukan binaan plot dan teknik plot. Mereka juga boleh
melengkapkan binaan plot dan teknik plot tanpa menggunakan sinopsis. Selain itu, dapat juga
membezakan dan tidak keliru dalam mengetahui antara binaan dan teknik plot.

Kejayaan keempat-empat subjek kajian dalam mempelajari aspek plot iaitu binaan
dan teknik plot membuktikan bahawa teknik pengajaran KAS yang digunakan sangat
memudahkan keempat-empat subjek kajian dalam melengkapkan binaan plot dan
menghuraikan teknik plot. Walaupun asalnya mereka adalah murid yang lemah dan tidak
mampu menguasai proses pengajaran dan pembelajaran. Kini keempat-empat subjek kajian
sudah berupaya menguasai teknik pengajaran KAS yang digunakan dalam pembelajaran plot.
Peningkatan pencapaian mereka dalam menguasai plot berdasarkan penggunaan teknik KAS
amat memberangsangkan dan membanggakan.

Maklum balas yang diberikan daripada temu bual yang dijalankan secara tidak
langsung memberi maklum balas yang positif terhadap intervensi KAS yang dilaksanakan
untuk membantu subjek kajian dalam menguasai plot. Keupayaan subjek kajian dalam
melengkapkan binaan plot dan menghuraikan teknik plot menggambarkan keempat-empat
orang subjek kajian telah benar-benar menguasai plot dengan menggunakan intervensi KAS.

47
7.0 PERBINCANGAN DAN REFLEKSI

7.1 Perbincangan

7.1.1 Menjawab soalan kajian

Aspek utama dalam pembelajaran adalah pengukuhan yang memberi rangsangan


kepada pelajar. Rangsangan tersebut boleh melalui teknik pengajaran. Perkara tersebut
menjadi inspirasi kepada pengkaji di mana dalam sesuatu prosesn pengajaran dan
pembelajaran memerlukan teknik pengajaran yang baik dalam memberikan kefahaman
kepada subjek kajian mengenai kita sebagai guru ingin ajarkan. Oleh itu, pengkaji awalnya
telah membina satu inovasi dari segi teknik pengjaran iaitu teknik RAMI yang merupakan
Rangsang Minda. Namun teknik pengajaran ini masih tidak mampu untuk memberika
kefahaman yang jelas kepada subjek kajian untuk melengkapkam binaan plot dan
menghuraikan teknik plot. Hal ini telah mendorang pengkaji untuk melakukan teknik
pengajaran yang baru iaitu teknik pengajaran KAS bagi menyelesaikan kekeliruan untuk
mengetahui antara binaan plot dengan teknik plot. Pengkaji telah menggunakan teknik
pengajaran KAS ini dalam kalangan subjek kajian tingkatan empat Ibnu Batutta.

Keberkesanan sesuautu pengajaran dan pembelajaran terletak pada intervensi atau


tindakan yang digunakan. Tindakan yang dilaksanakan itu dirancang dengan teliti dan
sistematik. Hal ini dapat dibuktikan dapatan analisis melalui pemerhatian, analisis dokumen
dan temu bual yang dijalankan. Di samping itu, penggunaan bahan bantu mengajar juga amat
penting dalam sesi pengajaran dan pembelajaran yang berkesan dan memberi impak yang
positif kepada subjek kajian. Tidak dinafikan bahawa Skinner dalam Elliot et al. (2000)
menyatakan aspek utama dalam pembelajaran adalah pengukuhan yang memberi rangsangan
kepada pelajar. Rangsangan tersebut boleh melalui teknik pengajaran yang menggunakan
bahan bantu mengajar (BBM) dan bahan bantu belajar (BBB). Skinner juga menekankan
bahawa penggunaan alat bantu mengajar dapat meningkatkan minat dan motivasi pelajar
dalam proses PdPc. Menurut Mohd Faeez Ilias et.al (2016) menyatakan bahasa penggunaan
bahan bantu mengajar (BBM) dalam kalangan guru di sekolah memberi kesan yang positif
terhadap kecemerlangan akademik pelajar dan kaedah pengajaran guru itu sendiri. Oleh itu,
penggunaan BBM membantu murid dalam menguasai proses pengajaran dan pembelajaran.
Akan tetapi intervensi menggunakan teknik pengajaran ia lebih memberangsangkan.

48
Intervensi teknik pengajaran KAS telah membuka peluang kepada keempat-empat
subjek kajian pengkaji untuk menguasai aspek pembelajaran plot iaitu melengkapkan binaan
plot dan menghuraikan teknik plot berdasarkan drama Anna. Dengan ini juga telah mengubah
persepsi keempat-empat subjek kajian yang pada awalnya tidak meminati mata pelajaran
Kesusasteraan Melayu kerana susah kepada meminati kerana mudah sekiranya mengetahui
teknik dan cara. Sehubungan dengan itu, teknik pengajaran KAS ini telah mencapai objektif
dan menjawab soalan kajian iaitu:

i. Apakah teknik pengajaran yang dapat meningkatkan penguasaan murid dalam


melengkapkan binaan plot dan menghuraikan teknik plot berdasarkan drama Anna?
Kejayaan keempat-empat subjek kajian menguasai teknik pengajaran dalam
meningkatkan penguasaan dalam melengkapkan binaan plot dan menghuraikan teknik
plot berdasarkan drama Anna. Keempat-empat subjek kajian menguasai setiap aktiviti
ketika proses pengajaran pembelajaran dengan menggunakan teknik pengajaran KAS.
Hal ini dibuktikan melalui analisis data daripada pemerhatian, analisis dokumen dan
temu bual.
ii. Bagaimanakah guru dapat membantu murid dalam menguasai pembelajaran plot
dalam melengkapkan binaan plot dan menghuraikan teknik plot berdasarkan drama
Anna?
Keempat-empat orangsubjek kajian pengkaji telah berjaya dalam menguasai plot. Hal
ini kerana pengkaji menyediakan sinopsis drama Anna yang merangkumi binaan plot
dan teknik plot. Hal inilah menyebabkan guru mampu membantusubjek kajian dalam
menguasai pembelajaran plot. Perkara ini dibuktikan melalui analisis data daripada
pemerhatian, analisis dokumen dan temu bual.

7.1.2 Perubahan Sikap Responden

Teknik pengajaran KAS telah membawa kesan positif terhadap subjek kajian dalam
penguasai binaan plot dan teknik plot. Selain itu, keempat-empat subjek kajian aktif dalam
aktiviti yang dilaksanakan pengajaran dan pembelajaran. Malah ia memaparkan sikap yang
baik serta memberikan motivasi pada diri mereka sendiri. Perubahan sikap mereka yang
sudah mula aktif dalam aktiviti pembelajaran terlah menarik minat rakan sebaya untuk
bergaul dalam mempelajari plot. Kajian Zamrah Yaakub (1999) juga menunjukkan bahawa
sikap yang positif dapat melahirkan insan manusia yang cemerlang dan berwawasan. Salah
satu kejayaan pelajar dalam bidang pembelajarannya ialah pembentukan sikap belajar, di

49
mana sikap tersebut mempunyai hubungan yang erat dengan tanggungjawab untuk belajar
memahami dan menyelesaikan tugasan yang diberikan guru. Menurut Gallagher, et. al.
(2013), seseorang murid yang membentuk hubungan dengan individu dewasa yang cukup
prihatin terhadap diri mereka berupaya untuk membina idea.

Kesungguhan keempat-empat orang subjek kajian pengkaji mengaplikasikan teknik


KAS telah membuahkan hasil yang positif kepada mereka. Mereka telah berjaya menguasai
teknik pengajaran KAS dengan bimbingan guru dalam meningkatkan penguasaan mereka
dalam melengkapkan binaan plot dan menghuraikan teknik plot berdasarkan drama Anna.
Melalui sesi temu bual yang dijalankan bersama keempat-empat subjek kajian telah
menunjukkan mereka senorok dengan menggunaka teknik pengajaran KAS kerana mudah
dan ringkas. Kini keempat-empat subjek kajian telah menganggap teknik KAS mudah dalam
memahami plot dan menyeronokkan serta bukan lagi menjadi satu masalah kepada keempat-
empat subjek kajian pengkaji.

Seterusnya, subjek kajian telah memberi perhatian dan tumpuan yang sepenuhnya
semasa pembelajaran mata pelajaran Kesusasteraan Melayu. Hal ini juga menunjukkan
perubahan sikap keempat-empat subjek kajian yang amat ketara sekali. Mereka juga telah
dapat melengkapkan binaan plot dan menghuraikan teknik plot dengan mudah dan cepat.
Mereka tidak lagi melengah-lengahkan masa dan keliru dalam menentukan binaan plot dan
teknik plot. Keempat-empat orang subjek kajian juga sentiasa ceria dan terlibat aktif dalam
aktiviti pembelajaran mereka.

7.1.3 Perubahan Amalan Guru

Selepas melakukan intervensi KAS ke atas subjek kajian, kiri perubahan terhadap cara
pengajaran pengkaji telah berlaku dengan ketara sekali. Hal ini di manak kesilapan dan
kelemahan murid tidak lagi dijadikan penyebab utama kegagalan murid. Tetapi teknik
pengajaran yang menjadi perhatian utama yang dlihat. Teknik pengajaran yang tidak
berkesan tidak lagi diamalkan. Oleh itu, usaha harus dilakukan agar amalan pengajaran yang
lebih kreatif dapat diwujudkan dalam proses pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah.
Amalan pengajaran guru yang bekesan dikaitakan dengan sifat kreatif pengkaji yang bukan
hanya setakat merancang perngajaran, bahkan juga meliputi kreativiti semasa dalam proses
pengajaran dan pembelajaran.

50
Dalam merancang pengajaran dan pembelajaran yang berkesan, pertamanya pengkaji
perlu mengenal pasti permasalahan yang berlaku di dalam kalangan subjek kajian.
Mengetahui dan mengenali masalah yang dihadapi oleh keempat-empat subjek kajian
bermakna pengkaji mencari punca dan cara penyelesaiannya. Selai itu, bagi perubahan yang
kedua ialah sikap pengkaji terhadap profesion keguruannya. Hal ini di mana setelah mencapai
kejayaan dalam kajian tindakan yang dilakukan, kini pengkaji mencari dan menyelesaikan
masalah pembelajaran murid. Tumpuan pengajaran dan pembelajaran merupakan satu
perkara yang terbaik dalam mendidikan keempat-empat responden untuk menguasai sesuatu
topik iaitu plot. Pengkaji perlu menyediakan teknik pengajaran yang pelbagai, menarik agar
membantu keempat-empat responden dalam menguasai sesuatu topik dengan berkesan. Hal
ini di mana pengkaji telah melaksanakan intervensi KAS bagi menggantikan teknik
pengajaran RAMI dalam pembelajaran melengkapkan binaan plot dan menghuraikan teknik
plot.

Dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan (1988), pendidikan di Malaysia merupakan


satu usaha berterusan ke arah mengembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan
bersepadu untuk mewujudkan insan yang harmoni dan seimbang dari segi intelek, rohani,
emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada tuhan. Seperti yang telah
dinyatakan dalam Wawasan 2020 pendidikan merupakan agenda penting bagi memenuhi
aspirasi untuk menjadikan Malaysia sebuah negara maju menjadi realiti. Implikasi daripada
Falsafah Pendidikan Kebangsaan ini, guru seharusnya lebih berilmu dan bersikap positif
dalam melaksanakan aktiviti bagi mencapai aspirasi tersebut. Keberkesanan teknik
pengajaran KAS sememangnya membantu dalam kefahaman subjek kajian terhadap aspek
pengajaran dan pembelajaran plot iaitu melengkapkan binaan plot dan menghuraikan teknik
plot.

7.2 Refleksi

Refleksi ialah pemeriksaan dilakukan secara aktif, teliti dan bersungguh terhadap
kepercayaan atau suatu yang didakwa sebagai pengetahuan (ilmu) berdasarkan asas-asas yang
menyokong dakwaan itu serta terhadap rumusan yang terhasil daripada pemeriksaan itu.
Secara tuntasnya, refleksi ini ialah satu fasa di mana guru meninjau semula pengajarannya di
dalam bilik darjah. Menurut Nor Hasniza Ibrahim (2012), pelaksanaan amalan refleksi dalam
proses pengajaran dan pembelajaran berupaya mendidik guru untuk sentiasa menilai,
mempertimbang dan mendalami pelbagai dilema yang dihadapi serta berusaha dengan

51
bersungguh-sungguh untuk meleraikan kekusutan, sedar dan berwaspada terhadap nilai-nilai
yang dipertekankan dalam pengajaran, peka terhadap budaya dan persekitaran sekolah serta
bertanggungjawab terhadap pembangunan professional. Perkembangan refleksi memerlukan
perkembangan sikap dan kebolehan seperti keterbukaan, kerelaan untuk menerima
tanggungjawab bagi membuat keputusan dan mengambil tindakan. Refleksi memberi peluang
guru menganalisis diri serta menyedari tentang kekuatan dan kelemahan diri. Dengan ini,
guru dapat membuat pengubah suaian serta membaiki proses pembelajaran mereka dengan
efektif.

Pada pandangan pengkaji hasil daripada pengubahsuain teknik pengajaran RAMI


yang sebelum ini kerana tidak memberangsangkan, pengkaji telah merangcang satu teknik
pengajaran baru bagi memberikan kefahaman yang baik kepada subjek kajian. Teknik
pengajaran tersebut ialah teknik pengajaran KAS. Melalui aktiviti pertama iaitu “Kaedah
Soal Jawab dan Penerangan” berdasarkan teknik KAS ini keempat-empat subjek kajian
boleh menjawab definisi plot, binaan plot dan teknik plot. Rasional aktiviti ini dilakukan
berdasarkan teknik KAS kerana ini menguji tahap kefahaman dan penguasaan mereka
terhadap aspek plot. Namun demikian, kelemahan turut wujud dalam aktiviti satu ini.
Antaranya, subjek kajian pada mulanya menghadapi masalah dalam aspek plot. Hal ini
demikian kerana, keempat-empat subjek kajian ini tidak memberi tumpuan semasa
penerangan yang diberikan oleh pengkaji. Oleh tu, pengkaji perlu sentiasa bersoal jawab
dalam memberikan kefahaman kepada mereka.

Seterusnya, di dalam aktiviti yang kedua iaitu “Baca, Cari dan Garis” berdasarkan
intervensi KAS, kekuatan yang dapat dilihat menerusi keempat-empat subjek kajian dapat
melengkapkan binaan plot. Keempat-empat subjek kajian dapat melakukan aktiviti ini dengan
mudah dan cepat kerana mereka hanya perlu menganalisis sinopsis drama Anna. Penggunaan
sinopsis drama Anna memudahkan mereka untuk mencari binaan plot yang terdapat dalam
drama tersebut sekaligus membantu keempat-empat orang subjek kajian tersebut menguasai
binaan plot tersebut. Hasil dari carian tersebut, mereka perlu melengkapkan lembaran kerja
yang diberikan. Implikasinya, mereka seronok melakukkan aktiviti tersebut. Penggunaan
sinopsis ini juga dapat meningkatkan lagi pemahaman mereka terhadap binaan plot dan juga
memberikan daya ingatan yang kuat kerana mereka menentukan binan plot disamping
menentukan contoh sekali. Penggunaan bahan yang sesuai merangsang daya pemikiran
subjek kajian dalam menentukan binaan plot bersandarkan intervensi KAS.

52
Namun, aktiviti dua ini juga mempunyai kelemahan yang tersendiri. Antara
kelemahanya, di mana keempat-empat subjek kajian hanya perlu menganalisis sinopsis
tersebut iaitu membaca, mencari dan menggariskan yang menujukkan binaan plot. Aktiviti ini
terlalu mudah untuk dilaksanakan oleh mereka setelah mereka menguasainya kerana mereka
akan cepat menjadi jemu dengan aktiviti tersebut. Malahan ia juga menjadi kelemahan
sekiranya subjek kajian hanya berpegang kepada sinopsis tersebut sahaja. Situasi ini
memerlukan pengkaji sentiasa untuk memantau keempat-empat subjek kajian dalam
menguasai aktiviti Baca, Cari dan Garis.

Bagi aktiviti ketiga iaitu “Padankan” berdasarkan teknik KAS. Setelah mendengar
arahan dan penerangan serta bimbingan daripada pengkaji, keempat-empat subjek kajian
dikendaki membaca terlebih dahulu sinopsis tersebut buat kali kedua selepas membacanya
pada aktiviti dua. Setersunya, mereka dikehndaki menganalisis sinopsis tersebut untuk
mencari teknik plot. Setelah teknik plot tersebut dapat dijumpai, keempat-empat subjek
kajian hendaklah menggariskan contoh yang menggambarkan teknik plot tersebut. Dengan
pelaksanaan aktiviti ini, mereka dapat mengtahui teknik plot berserta contoh dan hasil
daripada itu mereka perlu memadankan teknik plot yang betul dengan contoh yang sesuai.
Keempat-empat subjek kajian akan membentangkan dapatan mereka kepada pengkaji dan
subjek kajian yang lain untuk menunjukkan bahawa mereka menguasai pembelajaran plot
iaitu menghuraikan teknik plot.

Ternyata keempat-empat subjek kajian telah menguasai aktiviti ini setelah didapati
mereka mampu menghuraikan teknik plot dengan betul. Keempat-empat subjek kajian juga
menunjukkan minat terhadap aktiviti dan aktif melakukannya kerena mereka telah memahami
cara untuk menghuraikan teknik plot. Hal ini telah membuktikan bahawa teknik KAS berjaya
menarik minat dan membantu subjek kajian untuk menguasai teknik plot. Namun ia juga
mempunyai kelemahan yang tersendiri. Hal ini di mana kelemahannya ialah subjek kajian
akan menggunakan contoh yang sama untuk mengukuhkan teknik plot tersebut.

Sebagai kesimpulannya, dapatlah dikatakan teknik KAS telah dapat menarik minat
keempat-empat subjek kajian dalam menguasai binaan plot dan teknik plot. Abu Bakar
(1994) pula menyatakan seseorang yang berminat dalam perkara yang dipelajari lazimnya
akan menunjukkan kesungguhan dan pencapaian yang tinggi. Intervensi KAS yang menjadi
pendorong dalam membantu murid menguasai binaan plot dan teknik plot. Malahan
pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran menggunakan sinopsis berdasarkan teknik KAS

53
dapat meningkatkan penguasaan keempat-empat subjek kajian dalam melengkapkan binaan
plot dan menghuraikan teknik plot dengan mudah dan berkesan.

Secara umumnya, penambahbaikan dalam pengajaran dan pembelajaran


membolehkan keempat-empat subjek kajian menguasai sesuatu teknik pengajaran dengan
lebih berkesan. Setiap permasalahan yang dihadapi oleh mereka dapat diselesaikan melalui
refleksi dan kajian tindakan oleh pengkaji. Oleh sebab itu, pengkaji perlu memilih pelbagai
teknik pengajaran yang sesuai untuk pengkaji-pengkajinya.

8.0 CADANGAN KAJIAN SETERUSNYA

Tuntasnya kajian ini telah berjaya mencapai matlamat seperti yang telah ditetapkan. Hasil
daripada kajian yang dilaksanakan ini, terdapat perubahan yang positif dari segi amalan
pengajaran pengkaji, amalan pembelajaran subjek kajian dan kepelbagai teknik pengajaran
pengkaji. Semasa kajian dilaksanakan pengkaji mendapati bahawa penggunaan intervensi
yang berkesan iaitu teknik pengajaran dapat menarik minat dan meningkatkan penguasaan
subjek kajian untuk mengusai pembelajaran plot iaitu melengkapkan binaan plot dan
menghuraikan teknik plot.

Seterusnya, bagi memantapkan lagi teknik pengajaran ini kepada subjek kajian
pengkaji, pengkaji akan memperbanyakkan lagi latihan atau aktiviti dengan bersandarkan
teknik pengajaran KAS iaitu Kaji Dan Simpul. Aktiviti yang berterusan dengan
menggunakan teknik pengajaran ini akan membantu subjek kajian dalam menguasai
pembelajaran yang dijalankan. Malah ia juga akan memastikan subjek kajian ini konsisten
dalam mengusai pembelajaran berdasarkan teknik pengajaran KAS.

Berdasarkan pencapaian positif yang telah ditonjolkan oleh keempat-empat subjek


kajian pengkaji yang dibuat kajian, pengkaji bercadang untuk memperkenalkan teknik
pengajaran KAS ini kepada murid lain khususnya murid yang sederhana dan lemah
pencapaiannya. Pengkaji bercadang untuk menggunakan teknik yang lebih mudah dalam
mengajar binaan plot dan teknik plot supaya subjek kajian dapat menguasainya. Pengkaji
boleh menyediakan bahan yang ringkas sebagai bahan rujukan untuk subjek kajian
menguasai dalam melengkapkan binaan plot dan menghuraikan teknik plot.

Bagi mengatasi masalah dalam penguasaan binaan plot dan teknik plot, pengkaji
bercadang untuk melaksanakan kepelbagaian teknik pengajaran lagi dalam memberikan
kefahaman yang jelas dan meningkatkan penguasaan subjek kajian. Pengkaji akan

54
menggunakan teknik pengajaran yang mana memerlukan penguasaan yang lebih mendalam
untuk memahami binaan plot dan teknik plot. Kepelbagaian teknik pengajaran ini penting
sekiranya teknik pengajaran yang digunakan gagal untuk membantu subjek kajian dalam
menguasai pembelajaran. Dalam dunia pendidikan, pengkaji merupakan tunjang utama dalam
menjayakan PdPc di sekolah. Menurut Suresh Vellymalay (2016) menyatakan pandangan
bahawa guru merupakan individu yang diberikan mandat untuk mengajar dan mendidik
murid demi menghasilkan murid yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi
dan jasmani guru juga merupakan individu yang penting dalam menyediakan persekitaran
atau ruang yang sesuai untuk interaksi dalam kalangan murid. Menurut Hamdan & Mohd
Yasin (2010) menyatakan guru sewajarnya menjalankan tanggungjawab mereka sebagai
pendidik dengan mendidik pelajar dengan sebaik-baiknya supaya pelajar dapat menguasai
pembelajaran yang diajar oleh guru. Oleh itu, kepelbagaian teknik pengajaran membantu
pengkaji dalam memberikan proses pengajaran dan pembelajaran yang berkesan.

Selain itu, pengkaji juga bercadang untuk mengaplikasikan kemudahan teknologi


maklumat. Pengkaji akan cuba untuk menggabungkan intervensi KAS dalam aktiviti
pengajaran dan pembelajaran menggunakan ICT. Adanya gabungan ICT dalam intervensi
KAS kemungkinan akan menjadikan subjek kajian lebih cepat memahami teknik pengajaran
tersebut dan ditambah pula dengan unsur animasi secara tidak langsung akan menjadikan
teknik pengajaran tersebut lebih menarik mudah difahami oleh subjek kajian. Seterusnya,
harapan pengkaji agar kajian yang telah dijalankan nanti akan memberi peluang kepada
semua subjek kajian untuk menguasai teknik pengajaran yang telah dirancang untuk
menguasai binaan plot dan teknik plot. Di samping itu, diharapkan juga dapat membantu
pengkaji-pengkaji lain dalam proses pengajaran dan pembelajaran mereka berkaitan dengan
binaan plot dan teknik plot. Hal tersebut dapat mengurangkan kerisauan pengkaji-pengkaji
yang menghadapi masalah mengajar binaan plot dan teknik plot kerana mereka boleh
berpandukan teknik pengajaran KAS sebagai salah satu jalan penyelesaiannya.

9.0 PENUTUP

Sebagai seorang guru, mengajar merupakan satu amanah yang diletakkan diatas bahu kita
supaya mendidikan murid-murid dengan baik. Malahan ia merupakan tanggungjawab yang
besar bagi seorang yang bergelar guru. Namun sebagai insan yang bergelar seorang guru,
seharusnya perlu untuk menunaikan amanah ini dengan sebaik mungkin kerana ada pepatah
mengatakan bagaimana acuannya, begitulah kuihnya. Hal ini dapat diberikan kepada guru,

55
bahawa sekiranya guru berjaya mendidik subjek kajian dengan baik, makan baiklah segala
perjalanan hidup. Namun sekiranya didikan guru tidak baik terhadap subjek kajian, maka
gagalah subjek kajian tersebut. Begitu besar amanah dan tanggungjawan yang diberikan
kepada seorang guru. Oleh sebab itu, salah satunya guru perlu berusaha untuk mengatasi
setiap masalah pembelajaran yang dihadapi oleh subjek kajian. Memahami perkara tersebut,
kekangan masa dan bebanan tugas yang semakin bertambah menyukarkan guru untuk
memantau kesemuanya. Namun guru perlu mencari inisiatif agar subjek kajian dapat
menerima pendidikan yang berkualiti selaras dengan kehendak Kurikulum Pendidikan
Kebangsaan dan dapat melahirkan insan yang seimbang dari segi JERIS mengikut apa yang
telah digariskan dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

Kajian tindakan yang dijalankan ini secara tidak langsung akan menjadikan pengkaji
sebagai seorang guru yang bersikap kritikal, reflektif dan bertanggunggjawab terhadap
keguruannya yang mempunyai amanah dan tanggungjawab yang besar dalam mendidik
subjek kajian iaitu murid. Pengkaji akan peka terhadap segala teknik pengajaran, kaedah dan
sebagainya untuk menyelesaikan masalah. Di samping itu, pengkaji akan dapat menilai
keberkesanan pengajaran dan pembelajaran dengan menggunakan teknik pengajaran yang
tekah dirancang pada awal sebelum proses pengajaran dan pembelajaran dan sekiranya gagal
teknik pengajaran tersebut, pengkaji boleh menukarkan teknik pengajaran yang gagal kepada
yang baru. Malah melalui kajian tindakan ini juga dapat berkongsi ilmu untuk meningkatkan
keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran itu.

10.0 RUJUKAN

Abdul Rasid Jamian & Hasmah Ismail. (2013). Pelaksanaan Pembelajaran Menyeronokkan
Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Bahasa Melayu. Jurnal Pendidikan Bahasa
Melayu, 3 (2), 49-63
Abdullah, M., Abdullah, A. H., & Rosman, A. S. (2015). Identifikasi peranan ibu bapa dalam
kelangsungan pendidikan tahfiz anak. Seminar Antarabangsa Isu-Isu Pendidikan
2015.
Ahkiar Pardi & Shamsina Shamsuddin. (2015). Pengantar Penyelidikan Tindakan. Selangor:
Sasbadi Sdn. Bhd.
Anuar Ahmad & Nelson Jinggan (2015). Pengaruh Kompetensi Kmahiran Guru Dalam
Pengajaran Terhadap Pencapaian Akademik Pelajar Dalam Mata Pelajaran Sejarah.
Jurnal Kurikulum Dan Pengajaran Asia Pasifik, 3(2).

56
Castillo, J. G. D., Herrera, P. J. C., Carrillo, J. A. O., & McCalman, D. G. (2016). Raising the
technological competence of high school science and mathematics teachers of Mexico
through delivery of an online program. International Journal of Technology, Policy
and Management, 16(2), 163-180.
Ee Ah Meng. (2001). Pedagogi II: Pelaksanaan Pengajaran. Shah Alam: Penerbitan Fajar
Bakti Sdn.Bhd
Elliot, S.N., Kratochwill, T.R., Cook, J.L., & Travers, J.F. (2000). Educational Psychology.
Ed. ke3. Singapore: McGraw Hill Book Co
Evi Aeni Rufaedah. (2017). Teori Belajar Behavioristik Menurut Perspektif Islam. Jurnal
Pendidikan dan Studi Islam, 4 (1).

Mohd Faeez Ilias, Kalthom Husain, Mohd Amin Mohd Noh, Zetty Nurzuliana Rashed &
Murihah Abdullah. (2016). Sumber Bahan Bantu Mengajar Dalam Kalangan Guru
Pendidikan Islam Sekolah Bestari. E- Academia Journal UiTMT. 5 (2).
Faizah Abd Majid. (2016). Kajian Tindakan dan Pembangunan Profesional Guru-guru di
Malaysia: Cabaran dan strategi. Universiti Teknologi Mara, Fakulti Pendidikan.
Gallagher, K.C., Kainz, K., Vernon-Feagans, L. & White, K.M. (2013). Development of
Student-teacher Relationship in Rural Early Elementary Classrooms. Early Childhood
Research Quarterly, 28, 520-528.
Hamdan & Mohd Yasin. (2010). Penggunaan Alat Bantu Mengajar (ABM) Di Kalangan
Guru-Guru Teknikla Di Sekolah Menengah Teknik Daerah Johor Bahru. Universiti
Teknologi Malaysia, Fakulti Pendidikan.
Ilias, M. F., Ismail, M. F. & Jasmi, K. A. (2013). Faktor Dorongan Dan Halangan
Penggunaan Bahan Bantu Mengajar Oleh Guru Pendidikan Islam Di Sekolah Bestari,
3rd. International Conference on Islamic Education: Malaysia, EPF Institut.
Jasmi, K. A., Ilias, M. F., Tamuri, A. H. & Mohd Hamzah, M. I. (2011). Amalan Penggunaan
Bahan Bantu Mengajar Dalam Kalangan Guru Cemerlang Pendidikan Islam Sekolah
Menengah Di Malaysia. Journal of Islamic and Arabic Education. 3(1) 59-74
Kamarudin Husin, Abdullah Yusof & Mohd Rain’ Shaari. (2011). Pedagogi Bahasa Amalan
Bilik Darjah. Tanjong Malim: Emeritus Publications.
Kamarul Azmi Jasmi. (2016). Pendekatan Pengajaran Dan Pembelajaran Berpusatkan
Pelajar Dalam Kecemeelangan Guru Cemerlang Pendidikan Islam Dan Guru Di
Sekolah Menengah: Satu Kajian Kes. Universit Teknologi Malaysia, Facultu Of
Islamic Civillaization
Kamus Dewan Edisi Keempat. (2013). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka

Kavitha Kavi. (n.d). Pengumpulan Data. Dicapai pada April, 28, 2018, daripada
https://www.scribd.com/doc/316189494/kajian-tindakan-pemerhatian
Kementerian Pelajaran Malaysia. (2011). Kurikulum standard sekolah rendah. Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka.

57
Mohd Yusoff Dagang. (2016). Amalan Kreativiti Pengajaran Guru Pendidikan Islam Di
Sekolah-Sekolah Negeri Johor. Universiti Tun Hussein Onn, Fakulti Pendidikan
Teknikal dan Vokasional.
Mok Soon Sang. (2010). Psikologi Pendidikan Dan Pedagogi Murid Dan Alam Belajar.
Kuala Lumpur: Perbitan Multimedia Sdn.Bhd.

Muslizaira Mustafa (2011), Penggunaan Akronin Untuk Meningkatkan Pengindatan Fakta


Sejarah Bagi Pelajar Tingkatan Dua. Universiti Pendidikan Idris.

Noraini Idris & Shukri Osman. (2009). Pengajaran dan Pembelajaran Teori dan Praktis.
Malaysia: McGraw-Hill Companies.
Nor Hasniza Ibrahim. (2012). Model Pengajaran Refleksi Berfokuskan Pengetahuan
Pedagogi Kandungan Sains Dalam Bidang Kimia. Universiti Teknologi Malaysia,
Fakulti Pendidikan.
Nurul Haniza Samsudin, Puteri Roslina Abdul Wahid & Salinah Ja’afar. (2017).
Pembelajaran Bahasa Melayu Kanak-Kanak Pemulihan Khas: Pembinaan Bahan
Bantu Mengajar. Jurnal Pengajian Melayu (28).
Roy Reky, Nor Hasniza Ibrahim, Johari Surif, Marlina Ali, Abd. Halim Abdullah. (2013).
Kajian Pemikiran Refleksi Dalam Kalangan Pensyarah Matematik Universiti
Teknologi Malaysia. Universiti Teknologi Malaysia, Fakulti Pendidikan.
Sarimah Ibrahim. (2015). Motivasi Pelajar Dalam Pembelajaran Bahasa Melayu
Menggunakan Teknologi Multimedia Pada Abab Ke-21. Universiti Malaysia Sarawak,
Doctoral Dissertation.
Sulaiman Masri. (2013). Kaedah Penyelidikan dan Panduan Menulis (Esei, Proposal, Tesis).
Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors.
Suresh Vellymalay. (2016). Keberkesanan Hubungan Guru Kelas-Murid Dalam Merangsang
Kesedaran Terhadap Integrasi Etnik Dalam Kalangan Murid Di Bilik Darjah. Jurnal
Ilmi 6, 69-88
Wan Rozali & Joseph Anjuman. (2013). Isu Pengajaran-Pembelajaran Geografi Dan
Amalan Refleksi Kendiri Dalam Kalangan Guru Pelatih Institut Pendidikan Guru
Malaysia. Universiti Sains Malaysia, Pusat Pengajian Pendidikan Jarak Jauh.
Yahya Othman. (2012). Humor Dalam Pengajaran Bahasa. Kuala Lumpur: PTS Professional
Publishing Sdn. Bhd.
Yahya Othman & Dayang Raini Pakar. (2011). Kesan Perisisan Cerita Interaktif Semasa
Mengajarkan Kemahiran Bacaan Dan Kefahaman Dalam Kalangan Pelajar Tahun 4
Di Brunei Darussalam. Jurnal Pendidikan bahasa Melayu, 1(1), 27-49.
Zamrah Yaakub (1999). Satu Kajian Mengenai Faktor-Faktor Kelemahan Pencapaian Math
Di Kalangan Pelajar Tingkatan 4 Di 3 Buah Sekolah Di Daerah Pasir Mas Kelantan.
Tesis Sarjana Muda, Universiti Teknologi Malaysia.
Zamri Mahamod, Ruslin Amir & Mohamed Amin Embi. (2015). Kepelbagaian Pelajar Dan
Perbezaan Pembelajaran. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka

58
LAMPIRAN

Jadual:1.3.1
Senarai Semak Tingkah Laku Subjek Kajian
BIL PERKARA Subjek Kajian Subjek Kajian Subjek Kajian Subjek Kajian
1 2 3 4

YA TIDAK YA TIDAK YA TIDAK YA TIDAK


1 Subjek Kajian memberikan
tumpuan semasa proses P&P
2 Subjek Kajian membuat bising di
dalam kelas.
3 Subjek Kajian sering berbual
ketika P&P
4 Subjek Kajian sukar melibatkan
diri secara aktif ketika P&P
5 Subjek Kajian cuba mengelak
daripada melakukan bersama-
sama rakan
6 Subjek Kajian menunjukkan minat
terhadap mata pelajaran
Kesusasteraan Melayu
7 Subjek Kajian keluar semasa P&P
dijalankan

59
NAMA :
TARIKH :

Arahan : Sila lengkapkan teknik plot berdasarkan peristiwa dalam drama Anna dengan
menggunakan puzzle pintar.

Dialog watak-watak dalam drama Anna

Dr Chan: Hai, saya tak fikir begitu, Anna. Saya tahu Zaki. Dia memang sayangkan Anna.
Hanya dia menghadapai masalah mata ibunya. Dan usahanya mahu menebus tanahnya ynag
tergadai.

Anna: Saya harap mata Mak Munah akan baik seperti sediakala. Saya harap kasih sayang
anak dan ibu ini tambah kuat. Tambah lagi dengan cucunya yang manis, Tina. Saya ini,
apalah dktor, mengharapkan sesuatu yang tak kunjung datang. Kadang-kadang saya tak
percaya Zaki sampai boleh lupakan saya.

60
Suara ghaib Thomas Carpentar: Engkau akan tahu nanti, mereka tak sama seperti kita.
Aku kira Zak lebih setia kepada ibunya daripa engkau sendiri. Engkau akan ke tepi.
Dmikianlah manusia Timur. Cintanya terhadap ibu dan saudaranya lebih daipada manusia
Barat. Kita hidup atas kekuatan sendiri-sendiri, tetapi mereka bergotong-royong itulah
falsafah hidupnya. Engkau akan tahu nanti, sayang. Waktu itu engkau akan kehabisan air
mata. Engkau tak akan sebulu dengan mereka. Ibumu, ibumu sendiri menjadi korban
kekejaman mereka sebab bkahwin dengank. Ah, tak sampai hatiku melepaskan engkau pula
ke tangannya! Tetapi engkau sendiri berdgil. Apa yang dapat kubuat, sayang selain
melepaskan engkau dengan perasaan berat dan dukacita seorang ayah. tai, biarlah, engka
akan pulang juga kadaku, akhirnya….

Anna: (bercakap sendirian): Ayah, ayah benar, ayah. Zaki lebih cintakan ibunya daripada
anakmu. Zaki tak sayangkan diriku lagi. Zaki lebih speti anak kecil yang baru lahir, ayah. Dia
di bawah takluk bunya. Anna seperti tak percaya ini akan terjadi, ayah (menekup mukanya
dengan telapak tangan). Maafkan Anna, ayah.

Mak Munah: Jangan pergi, Anna. Engkau tak sayangakan Tina? Ingat Tina, Anna. Dia
perlukan kasih sayangmu.

Anna: Taka pa, mak. Mak jagalah Tina bersama-sama Zaki. Lupakan lah Anna. Biarlah
Anna pergi. Ini untuk kebaikan kita juga.

Zaki (memerhatiakan sekeliling dan nampak) : Anna!Anna!

Zaki: Nanti! Anna.

Anna: Bukankah sudah ku kata antara kita…..

Zaki: Anna, engkau terlalu mengikut perasaanmu. Bertenang, Anna. Cuba kau dengar dulu.
Dengar ni, Anna ?

Zaki: Ya, dia perlukan banyak waktu. Ku harap dia akan tahu jga terhadap nilai kasih
sayangku, doktor. Walaupun Anna pergi, ibuku mesti melihat dunia kembali. Dan pada
engkaulah, doktor kuharap akan memberikan ibuku cahaya hidupnya kembali. Ibuku mesti
melihat. Biar dia melihat Tina, cucunya. Dan melihat aku, anaknya kembali.

Dr Chan (dengan tenang): Ya, Zaki. Aku akan cuba sedaya upayaku. Doakan saja. Semuanya
dalam kuasa tuhan belaka. Kuharap engkau akan bahagia bukan saja dengan ibumu. Dengan
Tina tetapi juga dengan Anna.

Zaki: Kasihan Anna. Aku tak salahkan dia. Anna belum dapat memahami aku doktor.

Dr Chan: Saba, Zaki. Berikan dia waktu yang cukup. Kauhadapilah peristiwa ini dengan
tenang. Selepas ini, kuharap engkau akan bahagia, bersama dengan ibumu dan Tina

61
NAMA :
TARIKH :
Arahan : Lengkapkan peta buih berganda di bawah secara ringkas berdasarkan
lakonan yang dilakonkan.

62
NAMA :
TARIKH :
Arahan: Berdasarkan gambar dibawah, lengkapkan binaan plot mengikut urutan yang betul.

63
NAMA :
TARIKH :

Teknik plot merujuk kepada cara atau kaedah pengarang


mengembangkan plot cerita supaya menjadi lebih menarik dan
menambat hati pembaca.

Rajah 1

Berdasarkan rajah 1, jelaskan teknik plot imbas muka, saspens dan kejutan berdasarkan peristiwa
yang terdapat dalam drama Anna.

1. Teknik plot imbas muka

2. Teknik plot saspens

3. Teknik plot kejutan

Jadual:1.3.2
Analisis Lembaran Bertulis

Bil Subjek Latihan 1 Latihan 2 Latihan 3 Latihan 4


Kajian
1 Subjek
Kajian 1
2 Subjek

64
Kajian 2

3 Subjek
Kajian 3
4 Subjek
Kajian 4

Jadual: 1.3.3
Hasil temu bual dengan guru mata pelajaran Kesusasteraan Melayu
Bil Soalan Jawapan
1. Pada pandangan cikgu adakah keempat-
empat murid ini minat dengan mata
pelajaran Kesusasteraan Melayu?

2 Bagaimanakah penguasaan mereka dalam


menguasai pembelajaran plot iaitu binaan
dan teknik plot?
3 Jika mereka tidak menguasai teknik
pengajaran yang sedia ada untuk
pembelajaran binaan plot dan teknik plot,
adakah cikgu akan menggunakan teknik
pengajaran tersebut?
4 Pada pandangan cikgu, apakah yang
menyebabkan keempat-empat murid
tersebut gagal menguasai kemahiran
tersebut?

65
5. Jadi, sebagai kesimpulannya keempat-
empat murid ini sememangnya
bermasalah dalam menguasai binaan plot
dan teknik plot menggunakan teknik
pengajaran sedia ada .

Jadual:4.0.1
Ciri-ciri subjek kajian

Ciri-ciri Subjek Kajian A Subjek Kajian B Subjek Kajian C Subjek Kajian D


Jantina
Bangsa
Umur
Prestasi
Akademik
Tahap
Penguasaan
Kelemahan

SINOPSIS DRAMA “ANNA” KARYA KEMALA (AHMAD KAMAL ABDULLAH)

Drama “Anna” karya Kemala memaparkan kisah Anna seorang gadis peranakan Inggeris dan
Melayu dibesarkan di England, ibunya meninggal dunia ketika zaman darurat di Malaya,
ditembak komunis. Anna anak kesayangan THOMAS CARPENTAR, bekas Pengurus Besar
sebuah Ladang Getah Inggeris di Malaya. Anna siswa jurusan ekonomi di Universiti
Cambridge, tetapi tidak meneruskan pengajiannya itu kerana cinta akan Zaki dan
mengikutnya ke Malaysia. Kisah bermula di sebuah kaunter lapangan terbang pada tahun
1967, jam menunjukkan 8.00 malam Anna berlari-lari anak menuju ke kaunter lapangan
terbang untuk menanyakan jadual perjalanan kapal terbang ke London pada jam 8.30 malam,
namun kerana masalah teknikal kapal terbang dijangka bertolak lewat setengah jam. Sambil
menanti, Anna teringat pesanan dan kata-kata Ayahnya yang menyatakan ‘Anna’ tidak akan
bahagia dengan Zaki kerana Zaki orang timur, orang timur lebih sayangkan ibunya. Sedang

66
Anna menunggu jam 9.00 terdengar petugas kaunter menjawab telefon menyatakan kapal
terbang akan bertolak jam 9.15. Dari arah luar lapangan terbang Zaki sedang mencari Anna
dan cuba memujuk Anna untuk tidak pulang ke London demi dia dan anak mereka iaitu Tina,
namun Anna tetap berkeras ingin pulang ke London. Puas Zaki memujuk namun, tetap
dengan keputusannya. Hal, ini gara-gara kerana selama 4 tahun Anna merasakan diri dia
terpenjara, tidak disayangi oleh Zaki kerana Zaki lebih sayang ibunya Mak Munah. Sedang
Zaki memujuk Anna muncul Dr. Chan. Dr. Chan memberitahu Anna tentang Zaki sangat
menyayangi Anna dan Mak Munah pula akan menjalani operation mata tidak lama lagi. Dr.
Chan berharap Anna akan kembali kepangkuan Zaki. Sambil mereka berbual muncul Mak
Munah dan Tina datang menuju ke arah Anna. Mak Munah memujuk Anna agar fikir
panjang-panjang tentang tindakan yang Anna buat untuk pulang ke London demi masa depan
Tina dan Zaki. Puas Mak Munah memujuk dan Tina merayu pada Anna supaya tidak pergi
tinggalkan Tina. Namun, Anna tetap dengan pendiriannya dan meneruskan juga
perjalanannya dengan memasuki balai berlepas.

NAMA :
TARIKH :
Arahan : Huraikan binaan plot yang terdapat dalam sinopsis drama Anna berserta
contoh.

67
NAMA :
TARIKH :
Arahan : Padankan teknik plot tersebut dengan situasi berdasarkan sinopsis drama
Anna yang betul.

Anna: Nampak dr
Teknik saspen bersungguh
Dr Chan: Apa sangatlah pn
Zaki

Anna terkejut melihat Zaki


Teknik imbas kembali yang datang ke balai
belepas untuk memujuknya

Dr Chan menyatakan pada


Anna, mak munah akan
Teknik kejutan menjalankan pembedahan
mata

Pembaca tertanya-tanya
Teknik dialog Anna pulang ke London
atau tidak

Anna teringat akan kata-


kata daddy bahawa Anna
Teknik imbas muka
tidak bahagia

Jadual: 6.3.1
Hasil temu bual tentang perasaan keempat-empat subjek kajian selepas intervensi KAS
Soalan temu Subjek Kajian Subjek Subjek Kajian Subjek Ya Tidak
bual 1 Kajian 2 3 Kajian 4

68
Adakah teknik
pengajaran guru
menyeronokkan
kamu?
Jawapan:
Teknik
pengajaran guru
memang
menyeronokkan

Apakah yang
kamu lakukan
semasa aktiviti
dijalankan?
Jawapan:
Saya melakukan
aktiviti mengikut
arahan guru

Adakah guru
memberi
bimbingan
kepada kamu?
Jawapan:
Guru sentiasa
memberi
bimbingan dan
perhatian
kepada saya

69
70
71
72

Anda mungkin juga menyukai